Isnin, 2 Januari 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Nga Kor Ming saman blogger Umno RM10 juta

Posted: 02 Jan 2012 11:48 PM PST

Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming akan memfailkan saman fitnah terhadap penulis blog yang mendakwa bahawa dirinya telah menyalahgunakan kuasa sebagai exco semasa pemerintahan singkat Pakatan Rakyat di Perak.

"(Saya akan) failkan saman fitnah RM10 juta di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk menyaman blogger kerana memfitnah saya," katanya pada posting di Facebook hari ini.

Dalam tuntutannya Jumaat lalu, Nga telah menghantar surat kepada penulis blog Ahmad Sofian Yahya supaya membuat permohonan maaf kepada dirinya dalam tempoh 48 jam.

Ini kerana penulis blog pro-BN berusia 47 tahun itu didakwa memfitnahnya melalui artikel di www.sekupangduas.blogspot.com

Blogger itu bagaimanapun dilaporkan enggan berbuat demikian dan sebaliknya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan mendakwa peyalahgunaan kuasa oleh Nga, yang ketika itu exco yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan. - Malaysiakini

Kalau Hasan Ali Bermaruah, Beliau Akan Letak Jawatan EXCO/ADUN

Posted: 02 Jan 2012 10:04 PM PST

Berbagai2 kutukan dan cacian yang Hasan Ali berikan kepada PAS sepanjang separuh bulan Disember tahun 2011.
Antaranya adalah seperti yang dinyatakan dalam laporan Sinar Harian di sebelah

Kononnya PAS sudah tidak lagi berjuang atas dasar Islam dan memperjuangkan Negara Islam.

Maka, atas sebab itu, Hasan Ali wajib letak jawatan Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia.

Ini kerana sewaktu dipilih sebagai ADUN Gombak Setia dan Exco Kerajaan Negeri, PAS telahpun berkempen di atas agenda NEGARA BERKEBAJIKAN.

Maka, sepatutnya Hasan Ali meletakkan jawatan beliau seluruhnya, sekiranya dia ada maruah dan harga diri.

Mungkin juga, kerana tersedar akan fakta ini, Hasan Ali menarik kembali kutukan dan nista beliau terhadap agenda Negara Berkebajikan.

Namun, terdapat fitnah-fitnah lain yang telah beliau lemparkan bersama yang masih belum ditarik balik.
Seharusnya Hasan Ali melakukan perkara yang bermaruah dan meletak jawatan.

Bagi saya, tindakan beliau kekal dalam kedua-dua jawatan ini menunjukkan Hasan Ali berjuang untuk jawatan dan pangkat serta kedudukan dunia semata-mata.

Amatlah jijik dan kotor manusia bernama Dato Hasan Ali ini.

Ekoran kenyataan Raja Petra, Haris Ibrahim, Presiden MCLM letak jawatan

Posted: 02 Jan 2012 05:58 PM PST

PETALING JAYA: Peguam Haris Ibrahim meletak jawatan sebagai Presiden Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM).

Peletakan jawatannya itu diumumkan dalam blog beliau pada Isnin, dua hari selepas Pengerusi MCLM dan penulis blog, Raja Petra Kamarudin mengadakan temu bual dengan media tertentu untuk mengkritik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Haris berkata, dia kecewa kerana rakannya itu terus menilai segelintir individu menerusi sentimen perkauman.


Beliau membidas tembu bual Raja Petra dengan mendakwa MCLM tidak menurunkan sebarang calon pada Pilihan Raya Umum akan datang.


"Saya boleh mengesahkan sekarang bahawa tiada keputusan dibuat selepas rundingan," katanya.

Beliau turut membantah kenyataan Raja Petra yang dipetik sebagai berkata," pengundi Cina tidak mahu perubahan seperti yang berlaku di Dataran Tahrir.

"Ekoran itu, saya merasakan adalah mustahil untuk saya terus memegang jawatan sebagai Presiden MCLM," katanya,

Haris turut mendedahkan bahawa dia mengetahui rancangan mengenai temu bual itu kira-kira seminggu lalu sebelum kedua-dua keluarga pergi bercuti sempena Krismas tetapi tidak menyedari apa yang diperkatakan Raja Petra.

Susulan itu, katanya, beliau mahu terus komited untuk melakukan transformasi bagi mewujudkan kerajaan baru di Putrajaya yang membela nasib rakyat.

MCLM ditubuhkan pada 2010 sebagai ruang untuk menawarkan calon berkelayakan untuk bertanding mewakili pembangkang pada pilihan raya umum.

Tattoo 'Allah' di badan Erykah Badu, penyanyi barat yang akan buat konsert di negara ini

Posted: 02 Jan 2012 05:21 PM PST

Erykah Badu Guna Tattoo Islamik Di Badan, Konsert Di Malaysia Jadi Persoalan



Pertama sekali, kami percaya'kan sangat yang motif di'badan si Erykah Badu ini bukan kekal sifatnya tetapi tiada perkataan lain yang timbul di'kepala kami pagi pagi buta sebegini. Heh.
Seorang peminat hiburan yang prihatin menghantarkan gambar di'sebelah untuk mendapatkan penjelasan selayaknya untuk isu tattoo Erykah Badu ini.
Maklumlah, penyanyi R&B, soul & hip hop ini bakal mengadakan konsert sulung beliau di Malaysia pada 28 Februari 2012.

Peminat ini berminat bertanyakan siapa sebenarnya yang layak memberikan kebenaran untuk Erykah Badu mengadakan persembahan di Malaysia jika beliau pernah menggunakan ALLAH sebagai tattoo?

Hollywood sendiri sebenarnya keliru dengan pegangan agama Erykah Badu namun beberapa sumber mengatakan yang penyanyi ini sebenarnya mengakui diri beliau sebagai seorang Muslim — tetapi bukan dari sudut agama.
Kepercayaan dan amalan Erykah Badu merupakan satu serpihan dunia Islam yang di'panggil sebagai Five Percenters dan umat Islam secara sepakat tidak mengakui pengamal ajaran serpihan ini sebagai Muslim sejati.
Erykah Badu pada hemat kami hanya menggunakan nama Islam sebagai satu kepercayaan bermotifkan politk dan bukan kepercayaan mutlak sebagai satu pegangan agama.
Kalau anda tanyakan kepada kami, adakah Erykah Badu berniat menghina Islam dengan mengenakan tattoo atau motif sebegitu, kami tidak mampu menjawab kerana kami sendiri masih perlukan panduan.
Harap'nya ada orang yang pandai selok belok agama Islam dapat memberikan jawapan yang semolek'nya untuk persoalan ini. Tinggalkan di'ruangan komen.

Lagi artis berkahwin : Sherry Merlis - Ash

Posted: 02 Jan 2012 04:47 AM PST

PETALING JAYA: Selepas enam bulan bercinta, akhirnya vokalis kumpulan Gabba Gabba iaitu Ash atau nama sebenarnya, Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid, akhirnya sah bergelar suami kepada pelakon Sherry Merlis, pada pagi Ahad.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Madrasah Islahiyah Addiniyah, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur dan tiada sebarang majlis persandingan dilakukan untuk kedua-dua belah pihak.

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Sherry iaitu Wan Zainal Abidin kira-kira pukul 10 pagi dengan disaksikan oleh 100 orang tetamu.

Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan sejumlah wang hantaran yang dirahsiakan dan mas kahwin berjumlah RM200 beserta tiga dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, cincin dan manisan.


Ia dibalas lima dulang hantaran oleh pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, sebuah kitab Al-Quran, manisan, cincin dan kek.

Menurut Ash, 29, dia bersyukur kerana akhirnya pernikahan mereka berjalan dengan lancar dan berharap ia akan kekal sehingga akhir hayat.

"Saya berdoa hubungan kami kekal selamanya. memandangkan ini merupakan perkahwinan kedua saya dan Sherry, kami memutuskan untuk tidak mengadakan sebarang resepsi, sebaliknya hanya majlis nikah diikuti dengan jamuan kecil-kecilan.

"Walaupun jarak usia kami agak jauh, Alhamdulillah, masing-masing boleh memahami sesama sendiri. Apa yang membuatkan saya tertarik dengan Sherry ialah keperibadiannya dan paling penting, matanya," kata Ash yang dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Tambah Ash, selain mengusahakan syarikat rakamannya sendiri, Babugusto Records, dia dan Sherry turut merancang untuk membuka sebuah perniagaan produksi.

Pada majlis nikah itu, pasangan merpati sejoli itu mengenakan busana rekaan Lagenda Dan Rizal inspiration manakal wajah Sherry disolek oleh Asmara Andaman.

Pasangan ini mula berkenalan apabila sama-sama terlibat dalam produksi drama Cita dan Cinta, arahan Azma Aizal Yusoof yang diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd.

Sebelum ini Ash pernah mendirikan rumahtangga dengan pengacara Melodi, Khaidirah Abu Zahar atau Dira, 28, dan telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Tengku Anggun Deandra, 3.

Begitu juga dengan Sherry, 40, yang pernah berumah tangga sebelum ini dan memiliki dua orang anak iaitu Habib Daniel, 18, dan Harith Daniel, 17, hasil perkahwinannya dengan Esma Daniel.

Lagi Surat Terbuka kepada POLIS

Posted: 02 Jan 2012 02:28 AM PST

by Hanglekiu

Salam sejahtera buat pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang terkenal dengan slogannya 'Cepat, Mesra dan Betul'. Hamba ingin menarik perhatian pihak tuan kepada peristiwa berdarah 1 Januari 2012 ketika penyuraian Himpunan Kebebasan Akademik di hadapan UPSI yang rata-ratanya disertai mahasiswa dan belia.

Di beberapa Negara yang pernah hamba berkelana, polis dianggap sebagai perkakas rejim dan bukan sebagai penjaga keselamatan awam. Polis juga ditakuti dan dibenci bukan diharapkan dan dihormati sebagai penjaga undang-undang.

Polis menjadi simbol kezaliman dan bukan panji-panji keamanan. Sehingga ada yang sanggup melabel polis sebagai anjing-anjing suruhan, yang bertindak mengikut arahan tuan tanpa berperikemanusiaan. Hamba pohon PDRM untuk tidak menjadi sedemikian di Tanah Tumpah Darahku, Malaysia tercinta ini.

Bersempena dengan tahun baru 2012 suka hamba selusuri beberapa peristiwa menarik yang berlaku sepanjang tahun sebelumnya, yakni 2011. Pertama, suka hamba ceritakan tentang Revolusi Tunisia, nyalaan api pengingkaran sivil yang berakar umbi daripada peristiwa seorang beliawan bernama Boazizi.

Bertitik tolak daripada tindakan kasar polis merampas gerainya, beliau membakar dirinya sehingga tindakan tersebut menjadi inspirasi kebangkitan rakyat menjatuhkan Presiden Zainal Abidin Ali.

Kedua, suka hamba kisahkan berkenaan Revolusi Belia Mesir, ketikamana anak-anak muda menggunakan Facebook dan laman interaktif sosial untuk meletupkan public disobedience.

Kempen kebangkitan ini tidak lain tidak bukan meletup kerana tindakan kasar polis memukul dan membunuh seorang aktivis belia bernama Khaleed Said dan kemunculan Laman Facebook, Youtube "We are all Khaleed Said" yang membela kematiannya. Tuan tahu bukan apa akhirnya berlaku kepada Presiden Husni Mubarak?

Ketiga, revolusi dan pergolakan di Yaman yang masih berterusan sehingga kini. Paling mengejutkan hamba antara tokoh yang terjulang namanya membakar semangat kebangkitan hanyalah seorang aktivis beliawati bernama Tawakel Karman! Perhatikan juga, semakin keras, ganas dan zalim perkakas kerajaan menentang rakyat, sebegitu keras, ganas dan dahsyat juga tindakbalas yang diterima!

Tuan perhatikan sendiri bagaimana hakikat yang berlaku di Libya. Bagaimana pula di Syria? Mengapa polis dan angkatan tentera begitu payah sekali menghadapi anak-anak tempatan, rata-ratanya bersenjatakan suara dan kain rentang?

Mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa berkenaan saya mohon dua perkara daripada PDRM. Mohon jangan bertindak keras, ganas dan zalim kepada mahasiswa mahupun belia yang bangkit melaungkan perjuangan. Hamba risau darah muda mereka menggelegak kepanasan untuk bertindak balas.

Kedua, mohon jangan bertindak keras, ganas dan zalim sehingga muncul Boazizi, Khaleed Said dan Tawakel Karman versi Malaysia. Kecederaan Safwan Anang sudah cukup membakar semangat juang para mahasiswa! Jangan katakana tidak diberi ingat!

Yang tulus benar,
Hanglekiu
Sekolah Konsultansi Panglima

Tiada ulasan: