Ahad, 29 Januari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Subsidi PRU13: Subsidi Gula Naik daripada RM0.20 kepada RM0.54

Posted: 29 Jan 2012 07:40 AM PST

 
Saya petik:

[Bernama] Langkah kerajaan meningkatkan subsidi gula daripada 20 sen sebelumnya kepada 54 sen bertujuan mengurangkan bebanan rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, dakwaan yang dilemparkan pembangkang kononnya ia bertujuan memancing sokongan rakyat kerana pilihan raya umum (PRU) dijangka tidak lama lagi merupakan satu tohmahan.

"Itu adalah tohmahan pembangkang dan ia tidak betul kerana ia tidak ada kena-mengena dengan pilihan raya," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Tahun Baru Cina Parlimen Berahari ini.

Jumaat lalu, Ismail Sabri berkata, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan harga gula pada harga RM2.30 sekilogram walaupun harga pasaran dunia telah meningkat.

Sehubungan itu, subsidi gula meningkat daripada RM262.41 juta tahun lepas kepada RM567 juta pada tahun ini.

Menteri itu berkata, sekiranya subsidi gula tidak dinaikkan, harga bahan mentah itu akan meningkat di pasaran dan ia akan turut mengakibatkan kenaikan harga produk-produk lain.



P/s: Kah kah kah!

Lelaki Terima Pampasan ASD22 Juta Selepas Dikurung Tanpa Perikemanusiaan

Posted: 29 Jan 2012 06:55 AM PST

Perbezaan keadaan Stephen Slevin selepas dikurung di dalam sel penjara kecil yang terasing selama 22 bulan.

Stephen Slevin meringkuk di dalam sel penjara kecil yang terasing selama 22 bulan, terputus daripada semua hubungan dengan manusia dan mengalami tekanan mental dan perasaan yang teruk.
 
Selain mengalami tekanan perasaan dan fikiran, tahap kesihatannya turut terjejas. Menurut Stephen, beliau terpaksa mencabut gigi reputnya sendiri.
 
Yang mengejutkan, jenayah yang didakwa pihak berkuasa terhadap dirinya ialah memandu dalam keadaan mabuk dan menerima sebuah kereta curi dan tuduhan-tuduhan itu tidak pernah dibawa ke mahkamah. Kini, Stephen menerima pampasan ASD22 juta selepas berjaya memenangi saman terhadap pihak berkuasa kerana melanggar hak perlembagaannya.
 
Stephen, 58, dari New Mexico, mendakwa pihak penjara Dona Ana County kerana mengabainya, tidak memberinya rawatan kesihatan, dan melayannya tanpa perikemanusiaan selepas dia ditangkap kerana memandu dalam keadaan mabuk.
 
Penyelesaian tersebut adalah antara bayaran terbesar berkaitan dengan hak sivil persekutuan yang melibatkan banduan dalam sejarah Amerika Syarikat.
 
Di luar Mahkamah Persekutuan di Santa Fe, Stephen berkata tindakan yang diambil bukanlah disebabkan wang, namun untuk menghantar mesej bahawa tahanan harus dilayan dengan berperikemanusiaan.
 
Stephen masih mengalami kesan trauma dan tekanan perasaan berpunca daripada apa yang dia dijelaskannya sebagai penderaan fizikal dan mental oleh pegawai-pegawai di Dona Ana County.
 
"Tindakan ini tidak pernah berkaitan dengan wang. Kami telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai perkara yang berlaku kepada saya," katanya.
 
"Pegawai-pegawai penjara berjalan melintasi sel penjara saya setiap hari, mereka memerhatikan keadaan diri saya yang kian merosot."
 
"Hari demi hari, mereka tidak berbuat apa-apa, tidak berbuat apa-apa langsung, untuk mendapatkan bantuan untuk diri saya."
 
Stephen telah ditangkap pada bulan Ogos 2005 dan dibebaskan selepas 22 bulan ditahan sebagai tahanan praperbicaraan, namun akhirnya tuduhan tersebut digugurkan. -DCM




Tiada ulasan: