Ahad, 29 Januari 2012

Biaqpila

Biaqpila


Live dari Shah Alam: Ceramah Ustaz Azhar Idrus

Posted: 29 Jan 2012 05:19 AM PST

SIARAN LANGSUNG TELAH TAMAT...
HARAP MAKLUM.


Live video from your iPhone using Ustream
Published with BloggSer-droid v1.7.4

FITNAH VIDEO SEKS TERBARU!!! Tanda UMNO hampir tumbang

Posted: 29 Jan 2012 04:00 AM PST

Shahbudin Husin



Di ketika Najib dan Muhyiddin sedang sibuk melakukan lawatan ke negeri-negeri bertemu dengan rakyat sambil menawarkan pelbagai 'gula-gula' yang memberi petanda bahawa PRU 13 makin hampir, tiba-tiba seorang anggota trio Datuk T iaitu Shuib Lazim bersuara kembali dengan mengugut akan mendedahkan satu lagi video seks yang dikatakan membabitkan Anwar Ibrahim.

Kali ini kononnya video yang dirakam secara curi itu berlaku di Thailand pada 12 dan 13 Januari tahun lalu.

Dalam masa yang sama beliau turut mencabar Anwar supaya menyamannya di mahkamah berhubung ketulenan video seks yang dikatakan membabitkan Anwar dengan seorang pelacur China yang telah didedahkannya sebelum ini.

Shuib kononnya akan mendedahkan video terbaru ini kiranya Anwar tidak mahu menyamannya.

Melihat bahawa kenyataan berbaur ugutan ini dikeluarkan di ketika Najib dan Muhyiddin sedang sibuk menjelajah ke seluruh negara bagi meyakinkan rakyat agar terus memilih BN dalam PRU 13 ini, ia seakan-akan memberi gambaran bahawa 'roadshow' kedua-dua pemimpin itu tidak begitu berjaya menarik sokongan rakyat.

Kehambaran sokongan yang diterima dan seterusnya memberi signal yang cukup jelas bahawa UMNO dan BN semakin hampir kehilangan kuasa telah menyebabkan Datuk T digunakan sekali lagi bermodalkan isu video seks sebagai 'talian hayat' dengan harapan rakyat akan terpedaya dengan gambaran moral yang cuba digambarkan mengenai Anwar sebagai bakal Perdana Menteri.

Jika siri demi siri bertemu rakyat yang dilakukan oleh Najib dan Muhyiddin sudah cukup memuaskan hati mereka dari segi penerimaan dan sokongan rakyat, sudah tentu isu video seks ini tidak muncul lagi kerana semua orang sudah tahu dan memahami bahawa isu video seks dan kes liwat kedua yang disensasikan sebelum ini tidak pun mampu mengalih sokongan rakyat sepertimana yang diharap-harapkan.

Kedua-dua isu itu sebelum ini hanya meriah menjadi percakapan di kalangan ahli dan penyokong tegar UMNO sahaja manakala rakyat terbanyak umumnya merasa mual, jijik dan tidak terpedaya sama sekali. Bagi rakyat terbanyak isu yang lebih besar ialah isu rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, kronisme, nepotisme, pembaziran, pemborosan, kerajaan dan menteri yang lemah serta hal-hal yang berkaitan dengan kepedulian kerajaan terhadap rakyat.

Namun hakikatnya UMNO masih seperti seorang jurujual tua yang gagal menjual barangannya sendiri lalu mereka-reka cerita tentang keburukan barang yang dijual pesaingnya dengan harapan barang-barangnya akan laku akhirnya.

Sepatutnya apabila barang kita tidak laku, kita harus mengkaji kekuranganya dan cuba menambahbaiknya dari segi kandungan, bungkusan dan sebagainya supaya akhirnya ia bukan sahaja laku tetapi juga memberi kepuasan kepada pengguna.

UMNO nampaknya tidak pernah berusaha sebaik mngkin menambahbaik nilai-nilai perjuangan, perilaku, pemimpin yang ditonjolkan, keikhlasan dan amanah dalam membela rakyat tetapi sebaliknya hanya sibuk mencari keburukan pihak lawan untuk diaibkan sebagai satu-satunya cara yang mudah untuk mengekalkan kuasa.

Dengan kemungkinan video seks terbaru bakal dimunculkan sebagaimana yang diluahkan oleh Shuib Lazim itu, ia tidak lain hanya mendedahkan kelemahan dan kepincangan UMNO yang makin parah serta sokongan rakyat yang masih tidak berubah.

Jika ada lagi isu-isu yang berkaitan seks yang dikaitkan dengan UMNO, ia bukan sahaja memberi imej dan gambaran yang lebih buruk kepada rakyat yang tidak berparti mengenai UMNO, malahan tidak mustahil kekalahan UMNO lebih teruk daripada yang diramalkan dalam PRU 13 nanti. (SH 27/1/2012).

paspb2


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Bersatu untuk dedahkan skandal “kondo dan lembu”

Posted: 28 Jan 2012 11:00 PM PST



KUALA LUMPUR, 27 JAN: Semua rakyat Malaysia tidak kira pegangan agama, politik mahu pun kaum yang cintakan negara perlu bersatu untuk mendesak kerajaan pusat menubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai penyelewengan melampau "lembu dan kondo" NFC.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menggariskan empat sebab kenapa rakyat perlu bersatu padu menentang penyalahgunaan wang rakyat untuk kepentingan peribadi pemimpin UMNO-Barisan Nasional dan keluarga mereka.

Pertama: Pinjaman oleh NFCorp berjumlah RM250 juta dengan kadar faedah 2 peratus dari kerajaan persekutuan untuk memperomosikan penternakan lembu.

Menurut Kit Siang, ada khabar bahawa terdapat pembelian kondominium di Kuala Lumpur dan Singapura, pembelian sebidang tanah di Precint 10 Putrajaya, pelancongan ke luar negara, dan gaji tinggi yang tidak masuk akal untuk keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Kedua: Beberapa personaliti politik tertinggi tanah air juga dikaitkan dengan skandal ini atau mungkin terlibat secara langsung.

"Personaliti itu perlu ke hadapan, jelaskan kepada rakyat, dan mereka yang terlibat itu bukan sahaja Shahrizat, malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Projek-projek Bernilai Tinggi yang meluluskan projek NFC pada 2006.

"(Selain Najib,) Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu dan menteri sekarang Datuk Seri Noh Omar.

"Malah, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga perlu ke hadapan kerana beliaulah yang mempengerusikan kabinet sebelum pilihan raya umum 2008," kata Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.

Ketiga: Kelewatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang mengambil masa lebih lima bulan selepas Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan penyelewengan NFC.

Keempat: Usaha terbaharu personaliti-personaliti politik untuk "menutup" dan lari dari tanggungjawab skandal itu.

Sehubungan itu, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, konspirasi-konspirasi skandal NFC/NFCorp boleh dijadikan tanda aras atau simbol kegagalan Najib dan 'pengikutnya' yang kononnya mahu melawan rasuah dan pelbagai lagi korupsi.

"Walau pun tanpa skandal "kondo berisi lembu" itu, Malaysia telah pun menjunam teruk ke tangga 60… Paling rendah sejak 17 tahun lalu menurut Laporan Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2011," katanya.

Tambah beliau, Malaysia akan terus menjunam lebih teruk dan buruk lagi tahun ini sekiranya skandal NFC ini tidak disiasat secara telus. –Roketkini.com

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Lelaki hampir putus kepala dilanggar tren LRT

Posted: 28 Jan 2012 08:00 PM PST


Gambar oleh: ondscene.my

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Myanmar maut dengan kepalanya hampir putus akibat dilanggar sebuah tren LRT Laluan Ampang di Stesen Chan Sow Lin di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata, dalam kejadian 6.45 pagi itu, lelaki berusia 26 tahun itu telah menceroboh kawasan stesen itu melalui tempat yang tidak berpagar sebelum dilanggar tren berkenaan dan diseret sejauh 10 meter.

"Mangsa mengalami patah tulang pada keseluruhan anggota badan dan lehernya hampir putus. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Divisyen Rail RapidKL, Khairani Mohamed berkata, berikutan insiden itu, perkhidmatan tren laluan Ampang diberhentikan selama 31 minit mulai 8.15 pagi bagi membantu siasatan polis.

Perkhidmatan itu disambung semula pada 8.46 pagi, katanya dalam satu kenyataan.

– BERNAMA


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LAWAK AHAD: CUCU NENEK

Posted: 28 Jan 2012 05:00 PM PST


Seorang nenek tersenyum mndengar cucunya yg bru berusia 5 tahun belajar mengeja..

cucu : bu+ku = buku, ba+ju= baju..

tiba2 mata si nenek masok habok..

nek : cu, tolong nenek jap..

cucu : apa nek ?

nek : tolong amek ubat titis mata kat atas almari tu.. warna kuning..

seketika kmudian..

cucu : nah nek..

lalu si nenek menitiskannya.. tiba2..

nek : cu.. awat pedih ni.. btul ke wrna kuning kaler dia ni ?

cucu : warna kuning la nek..

nek : cube eja jap nama ubat ni..

cucu : u+hu = UHU..

nek : omg..


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: