DUNIACACAMARBA |
- [Video] Apa Punca KEMARAHAN Hasan Ali terhadap PAS? Ikuti Pendedahan PAS Selangor
- [PANAS] Andrew Hornery Dakwa Pereka Fesyen Dedah Rosmah Tempah 61 Pakaian Mahal, Sudah Tentu Bukan Kameja T
- Warga Emas Nyaris Dibakar Hidup-hidup
- Syed Husin Saman Utusan & Zul Kulim RM10 Juta
- [PANAS] Video Fitnah "Made in Thailand" Pula Bakal Didedahkan untuk Aib Anwar
- 3 Remaja, Ibu Tunggal KANTOI Projek Berahi di Taman Permainan
- Guru Rogol Murid Kena 7 Sebatan, 12 Tahun Penjara
- Datuk 73 Tahun CABUL Cucu di Hotel, Kondo, dan di dalam Kereta
[Video] Apa Punca KEMARAHAN Hasan Ali terhadap PAS? Ikuti Pendedahan PAS Selangor Posted: 27 Jan 2012 06:42 AM PST Berkaitan: Thiqah, Wala', Road Show [Khalid Samad] Kedengaran juga ada pihak yang ingin membuat road-show ke seluruh Negara. Bagi saya itu adalah hak dia dan lagi banyak dia cakap, lagi jelas pendiriannya yang dangkal. Hanya dia perlu ingat, kesalahannya kali ini bukan kesalahan kali pertama. Dulu dia pernah ditegur dan sudah pun diberi amaran. Kali ini dia lajak lebih jauh lagi maka dan bagi yang menganggap pemecatan beliau agak drastik; perlu diberi amaran dulu dan sebagainya, harap ingat kembali peristiwa lampau. Mungkin dia akan mencanangkan bahawa dia dipecat kerana DSAI. Itu jelas satu pembohongan. Dia dipecat kerana sikap dirinya sendiri. Semasa road-show boleh cakap apa yang dia suka, reka cerita dan sebagainya, tapi semua tahu, dia dipecat kerana sikapnya. Sikapnya yang tidak mahu terima pendirian parti dan kesungguhannya membawa mesej UMNO/BN untuk mempengaruhi ahli PAS dan rakyat jelata. Dulu dia juga yang menjadi juara wala' dan thiqah. Tetapi itu hanya ketika dia sebagai ketua. Semua kena dengar cakap dia. Kalau tidak maka tidak wala', tidak thiqah serta tidak cukup tarbiyyah dan sebagainya. Tetapi apabila dirinya bukan ketua, nampak gayanya konsep tersebut tidak lagi releven. Mungkin itulah yang berlaku apabila dikuasai hawa nafsu. Terlalu membesarkan diri, dengan beranggapan bahawa dirinya sahaja yang betul dan yang lain semuanya bagaikan parasit. Parasit ini sebenarnya hidup di atas kekuatan yang lain dan secara perlahan merosakkan pihak yang menanggungnya. Itulah apa yang ingin dilakukan. Tetapi, Alhamdulillah, Allah sayangkan PAS dan memberi PAS kemampuan untuk 'nyah-parasit' dan inilah yang telah berlaku. Parasit sudah pun dinyahkan dan dengan itu PAS akan mara ke hapadan bagi memenuhi kehendak rakyat dan ummat Islam untuk menggantikan UMNO dengan menjadi wadah politik ummat Islam yang utama di negara Malaysia. | ||
Posted: 27 Jan 2012 05:30 AM PST Saya petik: [MK] Kolumnis The Sydney Morning Herald, Andrew Hornery (gambar) tetap mempertahankan tulisannya bahawa isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak - Datin Seri Rosmah Mansor - berbelanja besar di butik pereka fesyen Carl Kapp semasa bercuti di bandar itu. "Kapp berkata beliau menempah 61 pakaian. Katanya ia tempahan "besar". Barangan mahal. Beliau bukannya beli kemeja-T," jawab Hornery di Twitter hari ini. Hornery menegaskan bahawa sumbernya "sangat kuat" dan bertegas bahawa perbelanjaan Rosmah itu membabitkan jumlah yang besar.Hornery menjadi sasaran kecaman penulis blog pro-Umno, yang habis-habisan memburuk-burukkan perwatakannya dengan kenyataan provokasi mengenai seksualitinya. Selepas dikecam ekoran laporannya tentang perbelanjaan 'mewah' Rosmah itu, Hornery berkata beliau tidak berhasrat untuk datang Malaysia. "Saya tidak akan bercuti di Malaysia dalam masa terdekat ini," tulisnya lagi. Minggu lepas, Hornery dalam kolum 'Private Sydney' berkata Rosmah telah membelanjakan A$100,000 (kira-kira RM325,000) untuk 61 pakaian di butik Kapp. Rosmah Mansor bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar" serta berkata beliau "selalu menjadi mangsa". Kapp kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang mengatakan Rosmah memang membeli-belah di butiknya tetapi menafikan pernah berkata beliau telah membelanjakan A$100,000. Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Kapp berkata, Rosmah dan "kumpulan yang agak besar" semasa kunjungan tersebut "membuat pelbagai pembelian". Jumlah A$100,000 itu dianggarkan oleh blogger fesyen Frockwriter pada Januari 17, dan merupakan orang pertama melaporkan mengenai perkara itu. "Berdasarkan harga purata dalam koleksi beliau - yang bermula dari A$400 (RM1,290) hingga beberapa ribuan dolar, Frockwriter menganggarkan ia boleh mencecah A$100,000," tulis blogger Patty Huntingon. P/s: Semakin terburai! Bila Rosmah akan memfailkan saman terhadap Andrew dan SMH? | ||
Warga Emas Nyaris Dibakar Hidup-hidup Posted: 27 Jan 2012 04:28 AM PST Seorang wanita berusia 72 tahun di India hampir dibakar hidup-hidup selepas doktor tersalah mengisytiharkan kematiannya. Sebaik menerima berita sedih itu, kaum keluarga wanita itu menyediakan ritual untuk pembakaran mayat. Ketika ahli keluarga mahu membawa mayat Kanwar Magan ke tempat pembakaran, wanita itu tiba-tiba "bangun", lapor The Times of India. Kaum wanita yang sedang menyiapkan "mayat" Kanwar menyedari bahawa Kanwar masih bernafas. Upacara pengebumian yang sepatutnya dilakukan di Jaipur, barat laut India itu dihentikan. Kanwar dikejarkan ke hospital dan menjalani rawatan lanjut untuk masalah pendarahan otak selepas dia terjatuh pada hari Selasa lalu. Anaknya, Surendra Singh Rathore menyatakan kekesalan kerana doktor tergesa-gesa mengisytiharkan kematian ibunya. "Semasa menjalankan ritual pengembumian di kampung, kami mendapati ibu masih bernafas dan hidup." "Kemudian, seorang doktor di sana memberitahu kami degupan jantung dan tekanan darah ibu adalah normal," katanya kepada The Times. -DCM | ||
Syed Husin Saman Utusan & Zul Kulim RM10 Juta Posted: 27 Jan 2012 01:00 AM PST Saya petik: [KD] KUALA LUMPUR 27 Jan: Senator Dr Syed Husin Ali memfailkan saman fitnah RM10 juta terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dan Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin. Syed Husin yang juga mantan Timbalan Presiden KEADILAN memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil melalui Tetuan Edwin Lim Suren and Soh. Dalam pernyataan tuntutannya, beliau menamakan Utusan Melayu yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Datuk AbdulAziz Ishak dan Zulkifli sebagai defendan. Syed Husin juga mendakwa Utusan Melayu dan Abdul Aziz telah secara palsu dan dengan niat jahat mencetak dan menerbitkan perkataan fitnah terhadapnya dalam Utusan Malaysia bertarikh 20 November tahun lalu berjudul 'Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin'. Artikel itu pada asalnya dipetik berdasarkan tulisan Zulkifli dalam blog beliau bertajuk 'Anjing-anjing pencen' yang mendakwa Syed Husin berbohong dan mengamalkan rasuah, ketika mengulas buku 'Memoir Perjuangan Politik' yang ditulis ahli politik itu. Antara lain artikel itu mendakwa Syed Husin bersetuju sekiranya mengosongkan kerusi Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji menawarkan jawatan dalam mana anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor dengan imbuhan bulanan antara RM50,000 hingga RM60,000 sebulan. Sehubungan itu, Syed Husin menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif lain dan juga perintah injunksi bagi menghalang defendan menerbitkan lebih lanjut perkataan fitnah yang sama terhadapnya. Syed Husin ketika ditemui pemberita berkata, artikel tersebut mengambarkan seolah-olah beliau 'seorang hiprokit' , 'tidak layak menjadi ahli politik, menikam rakan-rakan parti, tidak berprinsip dan tidak layak memegang jawatan Timbalan Presiden KEADILAN. "Tindakan menerbitkan artikel itu bukan sahaja memalukan saya, tetapi memalukan akhbar tersebut, di mana integriti mereka sehingga sanggup memaparkan berita fitnah. "Ia memalukan negara, sepatutnya akhbar mesti bebas melaporkan berita yang betul, bukannya fitnah dalam unsur politik bagi mempertahankan sesebuah kuasa," katanya. P/s: Terbalik! Sepatutnya, Zul Kulim yang menfailkan saman kononnya Syed Husin menipu fasal dakwaan dalam memoirnya. Namun, Syed Husin pula yang menyaman Zul Nordin kerana memfitnah dan menjatuhkan kredibiliti dirinya. Siapa yang menipu sekarang? Syed Husin atau Zul Kulim? | ||
[PANAS] Video Fitnah "Made in Thailand" Pula Bakal Didedahkan untuk Aib Anwar Posted: 26 Jan 2012 10:49 PM PST
Saya petik: [MK] Trio 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat". Dalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu - Utusan Malaysia - salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim (kanan), berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand. ''Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami," katanya, merujuk kepada seorang lagi anggota trio Datuk T, Datuk Shazryl Ekay Abdullah. ''Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,'' katanya lagi. Shuib menambah Anwar perlu segera menyaman Trio Datuk T, termasuk bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, jika mana-mana penganalisis forensik antarabangsa boleh membuktikan bahawa pelaku dalam video seks pertama yang didedahkan Mac lalu, adalah bukan Anwar. Video itu yang mula-mula ditayangkan kepada wartawan, menunjukkan seorang lelaki mirip Anwar melakukan aksi seks dengan seorang wanita. Anwar telah membuat laporan polis menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video itu, manakala trio Datuk T didapati bersalah menayangkan bahan pornografi di khalayak ramai. P/s: Kering modal: "Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu.'' Video Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara pun masih belum berani disahkan oleh pihak polis. Rasanya, tiada lagi kenyataan yang menyatakan siasatan kes video itu selesai. Apa pula jadi dengan kenyataan pakar forensik video dari AS? Senyap sunyi? Kalau video fitnah satu itu benar-benar tulen, tiada unsur rekayasa sudah tentu pakar forensik video dibawa ke Malaysia dan satu siri pendedahan akan dilakukan oleh puak tersebut. Mungkin juga Anwar akan didakwa bersabit dengan video itu. Jangan tanya beliau didakwa atas sekyen apa kerana di Malaysia apa-apa pun boleh terjadi. Misalnya, kes Drama Liwat II, sekejap dituduh kerana seks suka sama suka (377b), kemudian dituduh meliwat tanpa kerelaan (377c). Untuk pendedahan kali ini, apa reaksi polis? Buat bodoh? Trio ini dikenakan saman kerana menayangkan video fitnah satu. Satu hal yang saya setuju, SAMANLAH puak yang hidupnya suka memfitnah. Anwar tidak harus terlalu berhati mulia dalam hal ini. | ||
3 Remaja, Ibu Tunggal KANTOI Projek Berahi di Taman Permainan Posted: 26 Jan 2012 06:45 PM PST Saya petik: [SH] KULIM - Tiga remaja lelaki berusia 16, 17 dan 19 ditahan orang awam ketika sedang melakukan perbuatan sumbang bersama seorang ibu tunggal berusia 22 di tahun di padang permainan di Taman Desa Impiana, kira-kira jam 3.15 pagi semalam. Saksi yang enggan namanya disiarkan berkata, dia ternampak suspek terlibat menunggang tiga motosikal berasingan dan mengekori mereka dari Taman Alma Jaya sehingga ke Taman Selasih. "Perlakuan mereka mencurigakan apabila berlegar di sekitar kawasan perumahan. Mereka kemudiannya melarikan diri apabila ternampak Unit Peronda MPV Polis yang sedang membuat rondaan. "Kira-kira jam 2 pagi, mereka berhenti di kedai makan. Apabila selesai makan, mereka berlegar sekali lagi di kawasan Taman Selasih sebelum berhenti di padang permainan di Taman Desa Impiana. Menurutnya, dia kemudiannya membuat pemantauan dari jauh dan mendapati dua remaja lelaki bersama seorang remaja perempuan masuk dalam lubang papan luncur di taman permainan itu manakala seorang lagi berada di luar. "Saya kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada Polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim untuk tindakan lanjut, " katanya. Dari pemeriksaan dijalankan, polis mendapati mereka tinggal di sekitar kawasan Kulim dan Permatang Pauh. Polis turut menemui senjata buku lima buatan sendiri dalam beg galas yang dibawa salah seorang remaja yang ditahan. Selain itu, terdapat kesan lebam di leher sebelah kanan ibu tunggal berkenaan. Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk diambil keterangan sebelum diserahkan kepada Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK). Ketua Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, semua remaja lelaki terlibat tidak bersekolah manakala ibu tunggal yang ditahan bekerja di kantin kilang di Perai. "PADK sudah mengambil keterangan semua suspek dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988. Jika sabit kesalahan, setiap suspek boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. "Mereka dibebaskan dengan ikat jamin RM500 setiap seorang dan diarahkan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada tarikh ditetapkan. Sekiranya gagal berbuat demikian, waran tangkap akan dikeluarkan terhadap mereka," katanya. P/s: Parah! | ||
Guru Rogol Murid Kena 7 Sebatan, 12 Tahun Penjara Posted: 26 Jan 2012 06:18 PM PST Saya petik: [SH] KOTA BHARU – Demi nafsu buasnya, seorang guru yang diberi tanggungjawab mendidik bertindak di luar batasan apabila sanggup merogol dan mencabul anak muridnya sendiri. Padahnya, guru terbabit dijatuhi hukuman 12 tahun penjara dan tujuh sebatan rotan oleh Hakim Rofiah Mohamad di Mahkamah Sesyen di sini, semalam. Yek Hock Soon, 29, didapati bersalah pada pertuduhan pertama mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun tiga bulan, antara jam 8 pagi dan 3 petang pada awal Ogos 2009. Dia juga disabitkan bersalah pada pertuduhan kedua mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan kekerasan dengan niat hendak mencabul kehormatan mangsa pada jam 12.15 tengah hari, 17 Ogos tahun sama. Lebih kejam, kedua-dua kes tersebut dilakukan di tempat guru terbabit mengajar di makmal sebuah sekolah jenis kebangsaan di Pasir Puteh. Menurut Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazali, mangsa mengalami trauma akibat perlakuan guru bahasa Cina dan Sains itu. Rofiah dalam keputusannya berkata, pencegahan untuk membendung jenayah seperti ini adalah sangat penting. "Hubungan antara guru dan anak murid sepatutnya suci dan bertanggungjawab. Selepas menimbang kesemua hujah, dengan ini, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan lima sebat untuk kesalahan pertama. "Pada kesalahan kedua, tiga tahun penjara dan dua sebatan. Kedua-dua hukuman berjalan berasingan," katanya. Peguam bela, Rosmizan Sulaiman bagaimanapun memohon penangguhan hukuman untuk anak guamnya itu mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan. Selepas dipertimbangkan, Rofiah membenarkan dengan syarat jaminan tertuduh RM7,000 sebelum ini dinaikkan kepada RM12,000 dengan seorang penjamin. "Kamu juga perlu melaporkan diri di balai polis setiap bulan selain pasport diserahkan kepada pihak berkuasa," katanya. | ||
Datuk 73 Tahun CABUL Cucu di Hotel, Kondo, dan di dalam Kereta Posted: 26 Jan 2012 05:47 PM PST
Saya petik: Seorang bekas pengarah urusan sebuah syarikat berusia 73 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat tuduhan mencabul seorang cucu perempuannya yang berusia lapan tahun sejak dua tahun lalu. Lelaki berketurunan Inggeris itu mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Zulkpli Abdullah. Tertuduh didakwa mencabul cucunya di tiga tempat berasingan iaitu di bilik Hotel Cititel Mid Valley, sebuah unit kediaman di sebuah kondominium di Bangsar dan di dalam kereta jenis Hyundai Matrix yang berada di tempat meletak kereta di kondominium terbabit antara Mei dan Oktober 2011. Selain itu, ahli perniagaan tersebut mohon dibicarakan atas tuduhan mencabul kanak-kanak tersebut di bilik Hotel Sheraton Imperial, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang di sini antara pukul 1 dan 6 petang, April 2010. Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan. Ketika kertas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa, kelihatan ibu mangsa selaku pengadu kes itu menangis teresak-esak, bagaimanapun keadaan wanita itu kembali terkawal apabila dia ditenteramkan oleh ahli keluarganya. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, S. Maline Anne mencadangkan jaminan sebanyak RM70,000 bagi kesemua tuduhan dengan seorang penjamin, bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam bela Muhammad Fauzi memohon agar jumlah itu dikurangkan. Zulkpli kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 28 Februari ini. Beliau turut memerintahkan lelaki tersebut supaya tidak berkomunikasi dan tidak menganggu mangsa secara langsung atau tidak langsung sehingga kes selesai. Mengikut laporan akhbar minggu lalu, seorang ahli perniagaan ditahan polis selepas menerima aduan daripada bekas menantunya yang mendakwa lelaki itu telah mencabul cucunya sendiri sejak dua tahun lalu. Kejadian tersebut mula terbongkar ketika kanak-kanak itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada dua minggu lalu kerana menghidap penyakit apendiks. Doktor dan jururawat yang merawat mangsa mengesyaki sesuatu yang tidak kena kerana kanak-kanak itu secara tiba-tiba akan berang selepas dia dimaklumkan bahawa datuknya akan datang melawat. Kanak-kanak tersebut kemudian menceritakan perkara sebenar kepada ibunya. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan