Jumaat, 27 Januari 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pejuang Akidah Yang Kantoi ....

Posted: 27 Jan 2012 08:37 AM PST


Inna lillahi , wainna ilaihi raji'un .... Masya' Allah ... Gempar ! Seorang Pejuang Akidah terkenal tanah air telah menjadi korban kepada sebuah kereta camry.

Berita 'kantoi' Pejuang Akidah ternama ini boleh dibaca di sini.

Hellooo Zambry, adakah lagi Camry Pakatan Rakyat dulu tu...? Kesianilah mamat ini....dia dah jadi geng kamu wahai Zambry ...!!

Masyarakat harus mendesak pembentukan Suruhanjaya Diraja untuk NFC

Posted: 27 Jan 2012 08:20 AM PST

By Clara Choo

KUALA LUMPUR, 27 Jan — Lim Kit Siang bertekad untuk memastikan kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) terus hangat, dan mendesak rakyat Malaysia berkerjasama mendesak kerajaan supaya membentuk Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal tersebut.

Beliau menggelar NFC satu "kontroversi terbesar", dan pemimpin veteran ini berusaha menyenaraikan beberapa sebab mengapa kerajaan, dan pemimpin utama seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, harus menghadapi kenyataan dakwaan bahawa mereka terlibat terhadap skandal tersebut.

"Konspirasi sedemikian tidak seharusnya dibiarkan, skandal 'kondominium lembu' NFCorp (National Feedlot Corporation) menjadi satu simbol kegagalan pentadbiran Najib dalam mencegah rasuah dan mengetuai kerajaan yang telus dan bertanggungjawab," kata Lim.

Dalam senarainya, Ipoh Timor MP menyatakan bahawa pinjaman kerajaan RM250 juta yang dimaksudkan bagi projek penternakan lembu diakui pernah digunakan untuk membeli unit-unit kondominium mewah di Kuala Lumpur dan Singapura, petak-petak tanah di Putrajaya dan membiayai perjalanan ke luar negara dan "gaji-gaji luar biasa tinggi" untuk ahli-ahli keluarga Shahrizat.

Shahrizat, menteri dalam Kabinet Najib, telah berulang kali dikaitkan dengan skandal terbabit berikutan suaminya merupakan pengerusi NFCorp, dan anak-anaknya merupakan ahli lembaga pengarah dalam syarikat itu.

Lim juga menyatakan bahawa selain daripada Shahrizat dan keluarganya, personaliti-personaliti penting lain juga dikaitkan dengan skandal NFC itu, termasuklah Najib yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Projek Berimpak Tinggi apabila NFC dimulakan, Muhyiddin, yang ketika itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, dan Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian sekarang.

Beliau turut menamakan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, kerana beliau merupakan ketua Kabinet ketika projek itu bermula pada 2007.

Lim juga mempersoalkan keengganan pihak-pihak berkuasa untuk membincangkan skandal berkenaan, walaupun dengan jelas telah dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Antara lain, Lim menunjukkan bagaimana laporan Peguam Negara telah ditangguhkan daripada dibentang di Parlimen tahun lepas, keengganan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) " selepas lima bulan" memulakan penyiasatan, kegagalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Azmi Khalid menyiasat skandal tersebut dan keengganan Najib dan Muhyiddin untuk melaksanakan siasatan Suruhanjaya Diraja.

Menurut Lim, percubaan-percubaan itu dilihat cuba menyembunyikan skandal berkenaan yang menurutnya bukan sahaja "kotor" seperti laporan media, malah, projek penternakan lembu bernilai jutaan ringgit itu merupakan satu "huru-hara yang dasyat".

"Secara keseluruhan, terdapat halangan yang besar terhadap konspirasi tersebut bagi menyembunyikan skandal NFC/ NFCorp.

"Rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama atau fahaman politik, patut bersatu dengan suara yang terang dan jelas bagi menuntut pembentukan Suruhanjaya Diraja untuk NFC/NFCorp," katanya lagi. -Minsider

Hasan akan jadi 'budak suruhan' dalam 'kuasa ketiga'

Posted: 26 Jan 2012 07:24 PM PST

Oleh : Salhan K Ahmad.

Timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Samad berkata bekas ketuanya, Datuk Dr Hasan Ali hanya akan menjadi "budak suruhan" dalam Umno apabila berjinak-jinak dalam kem "kuasa ketiga" – kumpulan yang dikatakan akan meraih sokongan pengundi penentu dalam pilihan raya akan datang.

orange book forum klscah 250111 khalid samadSambil menyifatkan 'kuasa ketiga' itu sebagai hanya "rekaan romantis" untuk kepentingan BN, Khalid (kiri) yang juga ahli parlimen Shah Alam berkata, ia hanya akan menjadi "pengacau" apabila calon dari kem Pakatan Rakyat berdepan dengan calon BN dalam pilihan raya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hasan dalam satu program wawancara di TV3, Rabu lalu yang antara lainnya mengupas mengenai gerakan kuasa ketiga yang bakal disertai bekas exco Selangor itu.
Hasan dalam program tersebut juga berkata, beliau tidak merangka untuk bergerak ke peringkat bertanding dalam pilihan raya, namun usaha melalui gerakan kuasa ketiga itu telahpun dimulakan oleh "teman-teman" yang tidak dinyatakannya.

Hasan juga berkata jenama kuasa ketiga itu masih belum ditentukan, namun beliau akan bergabung dengan wakil rakyat bebas yang lain, dengan menawarkan manifesto bersama walaupun tidak mempunyai parti sendiri.

Mengulas kenyataan itu, Khalid berkata, beliau juga tertanya-tanya siapakah lagi yang masih menyokong ADUN Gombak Setia itu, terutamanya di dalam PAS.

"Kalau dia ramai teman-teman yang sokong dia, seharusnya dia dapat pencalonan untuk jadi calon di Gombak Setia," kata Khalid lagi.

Tambahnya, Hasan juga sebelum ini termasuk dalam senarai 'top five' dalam senarai 18 pemimpin tertinggi untuk bertanding dalam jawatankuasa PAS pusat.

pkr taman ehsan selayang ceramah 020810 hasan ali"Dalam pemilihan tahun lepas, dia turun ke nombor dua tercorot. Kalau betul ramai sokong dia, kenapa perkara itu berlaku? Sepatutnya dialah yang dapat undi paling banyak," katanya lagi.

Dalam pemilihan parti pada 3 Jun itu, Hasan (kanan) berjaya merebut keanggotaan dalam jawatankuasa pusat dengan kedudukan di tangga ke-16, dengan kemenangan tipis 437 undi.

Khalid juga mendakwa, Hasan bukan saja telah "mengelilingi diri dengan orang Umno" selepas Mac 2008, malah turut mengenepikan orang PAS yang banyak membantu beliau ketika kempen pilihan raya.

"Dia tidak manfaatkan (kerjasama) team PAS. Dia tidak ambil orang PAS untuk berada di keliling dia, tapi dia dikelilingi orang Umno, lebih-lebih lagi semenjak dia tak dilantik jadi menteri besar.

"Orang yang kerja keras semasa pilihan raya 2008, lepas menang tiada lagi (bersama Hasan). Itulah antara sebab dia tak dapat pencalonan (bertanding di Gombak Setia)," katanya yang turut menjangkakan Hasan tidak akan merayu pemecatannya daripada PAS.

Hasan masih berpeluang sehingga 8 Februari untuk berbuat demikian.

Khalid berkata, penyokong dalam PAS juga sebelum ini masih bersimpati dengan Hasan selepas penceramah motivasi itu dikenakan tindakan penggantungan.

"PAS pun tak mahu pecat dia sebab kita sayang ahli kita. Kita nak selamatkan dia biar dia terus bersama PAS.

"Nampaknya dia dah tak mahu bersama walaupun telah diberi penjelasan. Semuanya bermula apabila dia tidak lagi jadi pesuruhjaya. Sebelum ini tak timbul masalah tapi bila tak jadi pesuruhjaya dia tak boleh terima.

"Mulalah dia buat perangai pelik-pelik, kemudian barulah (PAS) terpaksa pecat dia," kata Khalid lagi.

Khalid dan Hasan pada Januari 2010 sama-sama didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin – Hasan diberi amaran manakala Khalid dikenakan tindakan penggantungan jawatan sebagai timbalan yang dipertua PAS Shah Alam, serta keanggotaan dalam biro politik untuk tempoh enam bulan.

Hasan digugurkan daripada jawatan pesuruhjaya PAS Selangor pada Jun tahun lalu. Ketika itu, Hasan merupakan exco hal ehwal Islam, adat-adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam Selangor.

shamsul iskandar probed macc 120309Sementara itu, ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin (kiri) pula menjangkakan bahawa Hasan tidak akan dapat menarik ramai penyokong Pakatan dalam program jelajah dan ceramah yang akan dijalankannya.

Beliau juga yakin bahawa kuasa ketiga yang diuar-uarkan itu dibayangi pemimpin Umno, manakala gerakan itu pula diwujudkan untuk mendedahkan kelemahan dalam Pakatan.

Idea mengenai penubuhan kuasa ketiga itu kuat dikempen oleh media pro-BN, sebaik PAS bertindak memecat Hasan pada 8 Jan lalu – dengan mempromosi beberapa nama termasuk bekas ahli parlimen PKR, Datuk Zulkifli Noordin.

Hasan juga tampil dalam program wawancara di TV semenjak dipecat daripada PAS, seperti dalam siaran TV3 pada malam Rabu lalu.

"Rakyat telah matang untuk melihat pemimpin seperti ini kerana integriti dan kredibiliti mereka dipertikai," kata Shamsul ketika dihubungi Malaysiakini.

Katanya, masyarakat di negeri ini telah mula mengetahui bahawa isu bersabit Hasan bersifat "peribadi dan dendam kesumat."

"Itu akan menyebabkan Hasan Ali sukar tarik sokongan yang signifikan. Apatah lagi apabila dia dikelilingi orang yang ada krisis kredibiliti (dalam gerakan kuasa ketiga).

"Saya tak nampak dia popular, kecuali beberapa media yang kita maklum cenderung untuk beri laluan kepada beliau. Kerap kali sidang media (Hasan) diberikan siaran utama sama ada oleh TV1 dan TV3," katanya.

Menurutnya lagi, Pakatan juga tidak bimbang dengan program jelajah yang akan dijalankan Hasan dan strategi itu juga diyakininya tidak akan menjejaskan penyokongnya, terutama daripada PAS.

"Dia akan pergi ke semua kawasan parlimen di Selangor dan pastinya bertujuan untuk melemahkan Pakatan. Tapi di Gombak sendiri yang didokong oleh pemimpin seperti Azmin Ali dan Saari Sungib, bukan laluan mudah untuk Hasan Ali," katanya. - malaysiakini

Tiada ulasan: