Jumaat, 27 Januari 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Ustaz Azhar Idrus di Shah Alam, 29 Jan 2012

Posted: 27 Jan 2012 01:08 AM PST


Ayohhh ... ! Dtg ramai ramai .. Datang awal, parking mesti penuh. Jangan tolak tolak nanti ada yang masuk tasek ... !

Adab Berjamaah Umpama Solat - Presiden PAS

Posted: 26 Jan 2012 10:40 PM PST


Panas !! Dr Syed Husin Ali saman Utusan, Zulkifli Noordin RM10 juta

Posted: 26 Jan 2012 10:39 PM PST


KUALA LUMPUR 27 Jan: Senator Dewan Negara, Dr Syed Husin Ali memfailkan saman RM10 juta terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dan Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.
Syed Husin yang juga mantan Timbalan Presiden KEADILAN menamakan pengarang akhbar milik Umno, Datuk Abdul Aziz Ishak dalam writ saman melalui Tetuan Edwin Lim Suren & Soh.
Menurut peguam beliau, Fadiah Nadwa Fikri, tindakan itu diambil ekoran artikel yang diterbitkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 November 2011 bertajuk 'Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin'.
Artikel itu pada asalnya dipetik berdasarkan blog Zulkifli mendakwa Syed Husin berbohong dan mengamalkan rasuah, ketika mengulas buku 'Memoir Perjuangan Politik' yang ditulis beliau.
Antara lain artikel itu mendakwa Syed Husin bersetuju jika mengosongkan kerusi Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji menawarkan jawatan dalam mana anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor dengan imbuhan bulanan antara RM50,000 hingga RM60,000 sebulan.

"Defenden-defenden pertama dan kedua telah secara palsu dan dengan niat jahat mencetak dan menerbitkan atau telah menyebabkan percetakan dan penerbitan perkataan-perkataan fitnah.
"Manakala defenden ketiga (Zulkifli) dalam blog peribadinya bertajuk "Anjing-Anjing Pencen" turut menerbitkan perkataan-perkataan fitnah," kata Fadiah di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini.
Justeru itu katanya, plaintif mengambil kira ganti rugi sepadan dengan fitnah yang dilemparkan oleh defenden.
Syed Husin ketika ditemui pemberita berkata, artikel tersebut mengambarkan seolah-olah beliau 'seorang hiprokit' , 'tidak layak menjadi ahli politik, menikam rakan-rakan parti, tidak berprinsip dan tidak layak memegang jawatan Timbalan Presiden KEADILAN.
"Tindakan menerbitkan artikel itu bukan sahaja memalukan saya, tetapi memalukan akhbar tersebut, di mana integriti mereka sehingga sanggup memaparkan berita fitnah."Ia memalukan negara, sepatutnya akhbar mesti bebas melaporkan berita yang betul, bukannya fitnah dalam unsur politik bagi mempertahankan sesebuah kuasa," katanya. -KD

PAS sasar 12 kerusi Sarawak, 9 Sabah

Posted: 26 Jan 2012 10:33 PM PST


KUALA LUMPUR, 27 Jan: PAS bercadang untuk bertanding 12 kerusi parlimen di Sarawak dan sembilan kerusi di Sabah dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Menurut sumber, kerusi-kerusi itu adalah kawasan tradisi PAS di samping kawasan yang tidak ditandingi oleh mana-mana parti Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu.

"Kalau selama ini PAS bertanding berdasarkan kaum atau agama yang ada di kerusi berkenaan, namun kini PAS tidak lagi ada batasan itu dengan lahirnya Dewan Himpunan Penyokong PAS atau DHPP," kata satu sumber PAS kepada Harakahdaily.

Dalam pilihan raya umum 2008, PAS hanya bertanding satu kerusi parlimen di Sarawak iaitu Batang Lupar dan hanya dua kerusi Dun di Sabah.

Namun begitu, di Sarawak terdapat 10 kerusi yang tidak ditandingi oleh mana-mana parti Pakatan dan sebahagiannya di menangi oleh calon BN tanpa bertanding.

Kerusi-kerusi yang dimenangi tanpa bertanding oleh BN adalah Tanjung Manis, Igan, Selangau, Kapit dan Kanawit.

Kerusi-kerusi yang hanya ditandingi oleh calon bebas pula adalah Lubok Antu, Mukah, Ulu Rajang, Baram dan Sri Aman.

Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, sehingga kini PAS sudah sah bertanding sekurang-kurangnya tiga kerusi di Sarawak berdasarkan kerusi tradisi.

Namun sehingga kini, 10 kerusi yang ditandingi calon bebas dan dimenangi tanpa bertanding oleh calon BN belum ditentukan lagi parti mana yang akan bertanding.

Sejak beberapa bulan lepas, pelbagai badan dalam PAS turun ke Sarawak dan Sabah dari Semenanjung. Antaranya yang berkaitan dengan pilihan raya dan penerangan.

Yang terakhir adalah rombongan Lajnah Penerangan PAS Pusat yang dipimpin Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
(Gambar: Rombongan Lajnah Penerangan PAS yang diketuai Tuan Ibrahim memacakkan kayu asas surau di pulau Shanghai, Sandakan)

Melalui ekspedisi itu, PAS membuka denai dan jalan untuk membolehkan benih-benih PAS di tanam di bumi Kenyalang dan Negeri Bawah Bayu itu.

"Sambutan amat baik dan ramai penduduk tempatan yang berharap PAS bertanding di kawasan mereka," kata salah seorang anggota rombongan itu kepada Harakahdaily.

Di Sandakan, PAS telah membuat satu projek angkat iaitu membina sebuah surau di Pulau Shanghai, yang terletak setengah jam menaiki bot laju dari Sandakan.

Semua penduduk pulau itu beragama Islam namun tidak ada sebuah pun surau di pulau itu. -Hrkh

Gambar Sekitar Ceramah Perdana Anwar Di Sabak Bernam. [Kawasan Umno]

Posted: 26 Jan 2012 04:40 PM PST


http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/401131_10150508855691510_153563841509_9189037_258109871_n.jpg

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/419392_10150508820131510_153563841509_9188982_1257497688_n.jpg

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/428264_10150508805526510_153563841509_9188967_1110753514_n.jpg


Setelah berlakunya peristiwa merusuh dan mengganas di Jalan Kebun jam lebih kurang 9.30 malam 21hb Januari 2012 yang lalu oleh sekumpulan pemuda berjiwa dan berdarah pekat UMNO, kini sambutan terhadap perjumpaan dan ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Selangor, terutamanya jika penceramah itu Datuk Seri Anwar Ibrahim, ternyata dan terbukti sudah tidak mendapat sambutan lagi...terkini dilubuk kuat UMNO sendiri di Sabak Bernam...satu-satu kawasan Parlimen di Selangor yang gagal dirampas oleh Pakatan Rakyat, ceramah YB Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup hambar sekali...kehadiran penduduk setempat hanya disekitar 10 orang sahaja....DSAI pada malam tadi berceramah didepan makhluk-makhluk halus termasuk bunian....CUKUP MENGHAMPAKAN PARA PEJUANG PAKATAN RAKYAT.

PANAS!! Ghani Othman jual ekuiti orang Melayu kepada Yahudi?

Posted: 26 Jan 2012 04:37 PM PST



Entah apa yang telah merasuki pemikiran Menteri Besar Johor sehingga sanggup mengadai hak bumiputera kepada bangsa asing apatah lagi bangsa yang memang dicurigai oleh umat Islam yakni 'Yahudi'.

Dalam kenyataan akhbar 4 Januari yang lalu, ternyata secara umunya Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman juga selaku pengerusi Johor Corporation (JCorp) seperti membuang tabiat ingin menjual sebahagian besar saham QSR Brands dan KFC Holdings (KFCH) yakni anak syarikat JCorp kepada sebuah syarikat yang mendapat sokongan kuat Yahudi.

Dengan beralasan untuk melunaskan hutang, Abdul Ghani seperti rasa tidak bersalah telah mengadaikan sebanyak empat puluh sembilan peratus saham bumiputera JCorp kepada bangsa asing.

Seperti perancangan yang terancang, saham tersebut dijual kepada sebuah syarikat bernama CVC Capital Partners yang ditubuhkan di London pada tahun 1981.

Syarikat tersebut dipercayai adalah sebuah syarikat milik Yahudi.

Apakah Abdul Ghani sengaja mencabar kredibiliti bumiputera dengan menjual saham JCorp kepada golongan Yahudi tidak kepada golongan sasaran bumiputera?

Memang ternyata Abdul Ghani sudah hilang arah haluan dalam menangani isu permasalahan hutang JCorp.

Penjualan ini secara langsung menghilangkan penguasaan bumiputera dalam saham anak syarikat tersebut.

Mengikut kajian yang telah dilakukan, lebihan saham sebanyak lima puluh satu peratus milik JCorp (selepas penjualan empat puluh sembilan peratus saham kepada CVC) kebarangkalian juga akan terjual.

Ini kerana hutang yang dibebani oleh JCorp masih belum terlunas dengan penjualan harga saham sebanyak empat puluh sembilan peratus itu.

Perkara ini dikhuatiri akan meruntuhkan dan secara langsung melenyapkan terus suara bumiputera di dalam syarikat QSR dan KFCH.

Permasalahan yang pasti timbul adalah berkenaan status 'halal' ke atas restoran serta produk yang dikeluarkan oleh QSR dan KFCH.

Sebelum ini, status halal ke atas restoran KFC boleh dipertimbangkan dengan positif kerana selain dari pemiliknya adalah orang Islam (JCorp), pembekal-pembekal yang dilantik membekal ayam sembelihan adalah dari golongan pembekal yang beragama Islam.

Tetapi jika perkara penjualan saham JCorp pada bulan April ini berjaya dilakukan, maka status halal di restoran serta produk QSR dan KFCH pasti diragui.

Perkara inilah yang membimbangkan seluruh pengemar-pengemar makanan segera seperti produk KFC, Ayamas dan Rasamas.

Saham kedua-dua anak syarikat JCorp ini perlu diselamatkan bagi memastikan penggunaan status halal dalam produk QSR dan KFCH terjamin serta menyelamatkan secara langsung saham milik bumiputera di bawah seliaan JCorp.

Maklumat ini harus disedari oleh semua lapisan masyarakat khususnya orang melayu yang beragama Islam selaku pelanggan majoriti ke restoran KFC serta pembeli majoriti produk Ayamas dan Rasamas.

Ternyata Abdul Ghani sudah mula merasakan dirinya diancam.

Kegagalan menangani isu permasalahan hutang JCorp memang secara terang mencacat dan mengudiskan kredibilitinya sebagai seorang pengerusi sebuah syarikat dan juga Menteri Besar Johor.

Mengapa saham sebanyak empat puluh sembilan peratus itu tidak dijualkan kepada syarikat mega bumiputera yang lain seperti saranan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)?

Presiden DPPM Syed Ali Alattas berpendapat pihaknya bersedia menjemput FELDA dan Lembaga Tabung Haji (LTH) bagi membincangkan mengenai pembelian saham JCorp tersebut demi menyelamatkan hak bumiputera dari jatuh ke tangan 'yahudi'.

Jelas dan nyata, semangat cintakan bangsa yang diwar-warkan serta digembar-gemburkan hanyalah mainan politik semata dan ia tidak dijadikan sebagai manifestasi bagi menyelamatkan hak orang melayu.

Usah mengaku sebagai 'pejuang bangsa' jika bangsa sendiri hendak dibunuh haknya.

Memang sudah lama pembohongan ini dilakukan namun kali ini 'agenda tersembunyi' mereka seperti jelas kelihatan.

Kurap jika disembunyikan masih tetap berbau busuk.

Begitulah pesan orang-orang tua dahulu.

Ternyata tanggungjawab mempertahankan bangsa ini bukan terletak kepada sebahagian golongan sahaja malah tanggungjawab ini harus disedari oleh seluruh masyarakat.

Ternyata Abdul Ghani serta partinya tidak lagi berjaya mengendalikan negeri Johor dan Malaysia ini dengan baik sehingga sanggup mengadaikan hak bumiputera kepada yahudi. Bangsa melayu harus sedar akan ketelanjuran ini.

Jangan sudah tergadai baru hendak mengasah parang.

Tiada ulasan: