Jumaat, 20 Januari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Sadis&Tragis] Ayah SAKSI Anak Perempuannya Dirogol, Bagaimana Kejadian Itu Berlaku?

Posted: 20 Jan 2012 04:27 AM PST


Saya petik:

[SH] PORT DICKSON – Seorang ayah bersama dua anaknya lelakinya melalui pe­ngalaman sedih apabila menyaksikan anak perempuannya dirogol di sebuah rumah kosong di taman perumahan di sini, dalam satu kejadian kira-kira jam 10 malam, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh berkata, kejadian itu bermula apabila mangsa yang berumur 21 tahun bersama sepupu perempuannya berusia 18 tahun dipelawa dua lelaki untuk minum bersama sekitar jam 8.30 malam.

Menurutnya, mangsa bersama sepupunya bersetuju dan lelaki terbabit yang dipercayai kenalan mangsa membawa mereka berdua ke sebuah rumah kosong di sebuah taman perumahan.

"Mangsa dipercayai diberikan sejenis minuman memabukkan sehingga mengakibatkan mangsa tidak sedarkan diri," katanya kepada pemberita di pejabatnya, semalam.

Baljeet berkata, walau bagaimanapun, sepupu mangsa berjaya melarikan diri dan meminta bantuan dengan pergi ke rumah mangsa.

"Ayah, abang dan adik mangsa tiba di lokasi kejadian ketika jenayah (rogol) tersebut berlaku.

"Suspek berjaya ditahan sementara seorang lagi melarikan diri. Suspek direman sehingga Selasa depan untuk siasatan lanjut dan polis masih memburu seorang lagi suspek yang masih bebas. Kes di siasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol," katanya.

Dalam pada itu, Baljeet turut menegaskan orang ramai terutamanya perempuan untuk tidak sewenang-wenangnya terpengaruh dengan ajakan lelaki sama ada kenalan atau tidak lebih-lebih lagi apabila diajak ke kawasan terpencil.


P/s: Saya yakin mangsa dalam kes ini pasti akan menyesal seumur hidup. Oleh sebab sikapnya tidak berhati-hati, cuai, dan mudah dipengaruhi lelaki, dia hilang mahkota diri dalam keadaan yang amat mengaibkan. Bukan dia sahaja, banyak lagi perempuan yang hilang mahkota diri kerana terperangkap dalam jerat yang sama. Apa pula perasaan si ayah, si abang, dan si adik yang menyaksikan anak/saudara perempuan mereka dirogol di depan mata?
 
Sila ambil pengajaran!





Siapa Kata Drama Liwat II Sudah Berakhir? Peguam Negara Failkan Rayuan terhadap Keputusan MT

Posted: 20 Jan 2012 02:14 AM PST

Saya petik:

[MK] Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat.

Ia difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Jenayah) Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang ini.

Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari yang juga bekas pembantunya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya, berkata beliau mendapati tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful.Semalam, Saiful menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail meminta beliau memfailkan notis rayuan terhadap keputusan itu.

Saiful menerusi blog miliknya mohdsaifulbukhari.blogspot.com menulis bahawa surat itu dihantar melalui peguamnya Tetuan Zamri Idrus & Co.

Katanya, rayuan ini penting kerana ia membabitkan maruah dan masa depannya.

Menurutnya, dia hanya menuntut haknya sebagai warganegara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan "di mana setiap aduan itu berhak didengar dan diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Tertinggi".

Katanya, jika dia berhak memfailkan rayuan itu sendiri, dia akan berbuat demikian tanpa menyusahkan individu lain.

Namun, katanya, kuasa mutlak untuk memfailkan rayuan hanya terletak di tangan Peguam Negara.



P/s: Saya sudah duga! Rasanya, orang lain juga berpendapat begitu. Walaupun DSAI sanggup memaafkan konspirator kes ini, namun sifat mulianya itu tidak menginsafkan mereka. Dalam komplot politik lahanat macam ini, rasanya DSAI tidak perlu terlalu baik hati!

Selamat berjuang DSAI!

 



[Video] Anwar Saman RM150 Juta BUKAN RM50 Juta

Posted: 20 Jan 2012 02:01 AM PST


Saya petik:

[MK] Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM150 juta terhadap akhbar milik Umno - Utusan Malaysia - dengan mendakwa akhbar itu telah "mereka pembohongan" yang beliau mahu menghalalkan homoseksual.

Dalam kenyataan tuntutannya yang difailkan oleh firma guaman M/s Daim & Gamany, ketua pembangkang itu menuntut RM50 juta sebagai ganti rugi, serta kos-kos lain yang akan ditentukan oleh pihak mahkamah.

Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan saman tersebut hari ini, peguam dan naib presiden PKR, N Surendran berkata, mereka juga akan meminta mahkamah menganugerahkan RM50 juta gantirugi teruk dan RM50 juta lagi gantirugi teladan.

"Kami menuntut jumlah yang tinggi kerana dakwaan-dakwaan tersebut telah sampai ke peringkat antarabangsa dan juga telah menjejaskan imej Anwar sebagai seorang negarawan," kata Surendran.

Anwar menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarang akhbar harian bahasa Melayu itu, Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan.

Utusan telah menyiarkan berita muka depan bertajuk "Tolak Anwar - Hasan" pada 17 Januari di mana Anwar telah dikritik oleh Dr Hasan Ali kerana mendakwa ahli parlimen Permatang Pauh dan ketua umum PKR itu, mempersoalkan undang-undang anti-homoseksual di negara ini dan dikatakan mahu menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender (LGBT).

Ia turut menyiarkan satu lagi artikel yang bertajuk "Parasit ancam PAS, Anwar mesti tolak" di muka surat 10 pada hari yang sama.

Komen Hasan - bekas pesuruhjaya PAS Selangor yang telah dipecat oleh parti itu - disiarkan selepas wawancara Anwar disiarkan di BBC minggu lepas di mana beliau menggesa disemak semula "undang-undang lapuk".


 


P/s: Saman sampai bankrap!


[PANAS] Jui Meng Dakwa MCA Hanya Ada 40 Ribu Ahli, BUKAN 1.3 Juta Ahli Seperti Dihebohkan di Media

Posted: 20 Jan 2012 12:15 AM PST

KANTOI!!!


P/s: Datuk Chua Jui Meng pernah menjawat jawatan penting dalam MCA.

Kah kah kah!

Cuba selidik pula ahli "sebenar" UMNO? Agak-agaknya sampai 3 juta?

Kah kah kah!



Ketua Unit Media Baru UMNO Akui Sukar Kawal Blogger dan Dedah Latih 1800 Tentera Siber

Posted: 19 Jan 2012 11:06 PM PST


Saya petik:

[MK] Pengerusi unit media baru Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata beliau tidak dapat mengawal penulis blog tertentu seperti Papagomo dan Parpukari yang dikatakan sering menyiarkan tulisan berunsur fitnah di laman berkenaan.

NONEKatanya, beliau tidak menyokong pandangan tertentu yang diketengahkan dalam blog berkenaan namun beliau mengakui bahawa laman berkenaan menyumbang kepada pengaruh Umno, lebih-lebih lagi ketika menghadapi pilihan raya kecil dan pilihan raya umum.

"Tapi saya lebih bimbang apabila berdepan dengan pemilihan Umno. Penulis blog ini akan bersaing antara satu sama lain.

"Nak kawal blogger Umno sendiri bukan senang. Apa cara kita hendak kawal mereka?," katanya lagi ketika ditemui di satu majlis diskusi pengguna laman blog Twitter, malam tadi.

Katanya, walau beliau mengenali penulis blog berkenaan secara peribadi, individu berkenaan tidak mendedahkan identiti mereka di ruang maya.

"Penulis blog yang menyerang ini, sukar untuk kenali mereka, mungkin mereka terikut-ikut dengan orang lain.

"Lainlah macam saya. Saya bertanggungjawab kepada parti," kata anggota exco pemuda Umno itu lagi.

Katanya, Unit Media Baru Umno juga tidak menyokong serangan peribadi yang dilancarkan oleh kumpulan penulis blog berkenaan, seperti yang dilakukan ke atas exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong.

ADUN PKR itu dilanda kontroversi apabila foto separuh bogel beliau tersebar di laman pro-Umno bermula Februari 2009.

Tun Faisal menjelaskan, penulis blog seperti papagomo dan parpukari telahpun meraih populariti apabila Umno mula menubuhkan unit baru itu ketika memasuki gelanggang pilihan raya 2008.

Katanya Umno telahpun jauh ketinggalan di belakang PAS, DAP dan PKR yang beralih untuk menyampaikan mesej mereka di ruang Internet apabila tidak lagi mendapat tempat di media arus perdana.

Kumpulan pro-pembangkang telahpun menggunakan ruang Internet semenjak 1999 ketika slogan seperti "Mahazalim" mula timbul sebagai kritikan kepada corak pemerintahan perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita jauh ketinggalan di belakang sedangkan lanskap (perang media) telahpun berubah. Pada 2008 kita terkejut kerana ia bukan lagi sekadar tulisan tetapi kandungan multimedia digunakan.

"Fitnah semakin banyak dengan gambar dan visual. Sebab itu Pak Lah kena teruk (diserang). Ianya lebih teruk daripada (fitnah) 'zaman Mahazalim'," katanya lagi.

azlanSemenjak dilantik mengetuai unit berkenaan pada 2010, Tun Faisal berkata beliau telah melatih seramai 1,800 orang untuk bergiat di ruang siber melalui penulisan blog dan juga menyertai laman sosial.

Secara peribadi, beliau bagaimanapun hanya mengenali seramai 27 orang daripada jumlah tersebut.

Beliau dilantik oleh ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin ke unit berkenaan untuk mendedahkan orang Umno dengan media baru supaya tidak begitu bergantung kepada media arus perdana.

Sekarang, kata Tun Faisal, pihaknya mempunyai lebih ramai pengendali media dalam talian untuk mengimbangi keadaan tersebut.

'Cybertrooper' berkenaan juga, katanya, dilatih untuk menyerang pembangkang dan juga untuk melengkapi fungsi media arus perdana yang lebih banyak melaporkan dasar dan implementasi kerajaan

"(Latihan tersebut) sama ada anda kelirukan orang atau beritahu sisi cerita yang lain," katanya lagi berjenaka.
Turut hadir dalam program diskusi pada malam tadi ialah kolumnis Malaysiakini Hishamuddin Rais, ahli parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan dan juga timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Perbincangan berkenaan antara lain bertujuan untuk mengadakan dialog yang lebih membina di antara penyokong BN dan Pakatan di ruang Twitter.



P/s: Tentera siber UMNO memang cukup aktif di "wall" kumpulan-kumpulan perbincangan FB. Jika anda "bertemu" dengan puak ini di FB, jangan layan kiriman/isu yang diketengah oleh mereka kerana semakin banyak anda berbahas semakin banyaklah habuan yang diterima oleh mereka. Lazimnya, tentera siber ini akan menyalin dan menampal petikan, artikel yang karut-marut.




Warga Emas Dituduh KURUNG & PERKOSA Warga Indonesia

Posted: 19 Jan 2012 09:00 PM PST

Tertuduh.

Saya petik:

[Kosmo] KOTA BHARU – Seorang warga emas yang dikaitkan dengan kes mengurung seorang gadis Indonesia selama enam bulan bagi dijadikan mangsa memuaskan nafsu seks dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Tertuduh, Yusoff Mat Rani, 61, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Mohd. Yusoff Yunus.

Dakwaan terhadap Yusoff dibuat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 15 tahun dan denda.

Yusoff didakwa memperdagangkan gadis Indonesia berusia 24 tahun itu dengan cara melindunginya bagi maksud eksploitasi seks di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Limau Manis di sini antara bulan Jun hingga Disember tahun lalu.

Lelaki tua yang berjanggut panjang itu tidak mengemukakan apa-apa rayuan setelah Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.


Pelajar Wanita IPTS Pula Ditahan Tulis Mesej Lucah & Ugutan terhadap Najib

Posted: 19 Jan 2012 08:15 PM PST


Saya petik:

[SH] ALOR SETAR - Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan polis semalam kerana menulis kenyataan berunsur lucah dan berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman sosial Facebook.

Ia kejadian kedua membabitkan penuntut IPT dalam tempoh seminggu ini.

Laporan Bernama menyebut, penuntut wanita berusia 20 tahun dari sebuah IPTS di Kuala Muda itu ditahan pada pukul 9 pagi selepas polis menerima laporan mengenai kenyataan yang dipercayai ditulis wanita tersebut pada akaun Facebook miliknya.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira 10 malam semalam mengenai perkara itu, dan menahan penuntut terbabit selepas mengenal pasti pemilik akaun Facebook tersebut.

"Kita telah ke universitinya dan melalui pihak universiti, kita telah memanggil pelajar itu untuk diambil kenyataan berhubung berkara itu," katanya kepada pemberita malam tadi.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik pelajar tahun dua IPTS tersebut untuk siasatan.

"Kita juga turut memanggil ibu bapa pelajar itu bagi membantu siasatan," kata Ahmad.

Katanya, memandangkan pelajar itu masih lagi dalam minggu peperiksaan, pihaknya telah membebaskan pelajar tersebut petang tadi selepas diambil keterangan bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan.

"Kita akan memanggil beberapa individu lain untuk memberi keterangan berhubung perkara ini. Kita juga akan memanggil pelajar tersebut pada bila-bila masa jika perlu," katanya.

Beliau berkata, pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan terhadap pelajar itu dan akan menyiasat dengan terperinci perkara tersebut.

"Kita telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.


P/s: DCM tidak menyokong perbuatan pelajar ini, namun mesej yang perlu  difikirkan oleh Najib ialah orang muda kini sudah berani meluahkan kebencian mereka kepada pemimpin BN. Jika sebelum ini mereka meluahkan kebencian terhadap pemimpin yang tidak digemari di belakang pemimpin, hari ini mereka meluahkan ketidakpuasan hati itu secara terbuka walaupun berhadapan dengan risiko yang tinggi. Bukan setakat Najib dan pemimpin BN, pemimpin PR juga tidak terlepas daripada eskpresi golongan muda jika mereka gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik atau mengkhianati amanah yang diberikan kepada mereka.


Wanita Tua Dipukul, Dipijak, Dibelasah, Disamun Selepas Solat Subuh

Posted: 19 Jan 2012 07:45 PM PST


Saya petik:

[SH] SUNGAI MANIK - Bukan sahaja dipukul, dipijak dan dibelasah tanpa belas kasihan, malah seorang warga emas berusia 64 tahun turut disamun dua lelaki setelah selesai menunaikan solat Subuh di rumahnya, di Parit 8B, awal pagi semalam.

Akibat tindakan ganas penyamun yang hanya mengenakan seluar dalam berwarna kuning itu, warga emas berkenaan terpaksa menerima lima jahitan di bibirnya akibat ditumbuk di bahagian muka dan dipijak berkali-kali.

Warga emas, Aminah Awang berkata, ketika kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, dia yang baru selesai solat Subuh dan mahu berdoa, terkejut apabila secara tiba–tiba diacukan parang di lehernya.

"Makcik terus menjerit meminta tolong tetapi penyamun tersebut membelasah bertubi-tubi tanpa belas kasihan meskipun mengetahui makcik tidak mampu melawan.

"Dalam keadaan kesakitan, lelaki yang tidak mengenakan topeng muka itu memberikan amaran supaya tidak menjerit sambil mengambil barang kemas dan wang sebelum melarikan diri," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Hadir sama, Pegawai Khas Adun Sungai Manik, Halim Mat Jelani

Aminah yang masih trauma akan kejadian itu, mengalami kecederaan agak parah di bahagian muka dan bibir serta menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.


Adik Aminah turut ditumbuk

Kejadian malang yang menimpa Aminah turut dialami adiknya, Aisyah Awang, 63, yang tinggal serumah.

Aisyah berkata, dia tidak menyedari kejadian itu kerana sedang solat Subuh di bilik bersebelahan kakaknya.

Jelasnya, setelah selesai solat, secara tiba-tiba, dia ditumbuk di bahagian muka oleh seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang turut mengenakan seluar dalam berwarna kuning sambil mengacukan parang di lehernya.

"Takut dicederakan lebih teruk, makcik menyerahkan barang kemas dan duit kepada lelaki seperti mana diminta, pada masa yang sama makcik terdengar jeritan kakak meminta tolong.

"Kejadian itu berlaku dengan pantas dan saya hanya mampu berdoa kepada ALLAH supaya keselamatan kami adik-beradik selamat," katanya.

Kata Aisyah, kedua-dua lelaki berkenaan sempat mengunci kembali pintu rumahnya sebelum melarikan diri.

"Kedua-dua lelaki itu sempat mengunci kembali pintu sebelum anak saudara kami, Nazri Zakaria, 43, datang untuk mengambil umpan itik yang disimpan di rumah kira-kira jam 6.50 pagi tadi (semalam), "katanya.

Aisyah berkata, anak saudaranya mereka terus membawa kedua-dua warga emas itu ke Hospital Teluk Intan untuk menerima rawatan dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak sebaik sahaja menyedari ibu saudaranya disamun serta dicederakan.

"Kejadian awal pagi tadi (semalam) menakutkan malahan kami adik-beradik masih trauma akibat kejadian itu.

"Mungkin dalam tempoh tertentu kami akan berada di rumah saudara kerana bimbang kejadian itu akan berulang kembali," katanya.


Dua lelaki diburu

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superitendan Mohamad Zaki Harun ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian itu berlaku.

Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan membuat laporan di IPD Hilir Perak, kira-kira jam 1 petang, semalam.

Jelasnya, pihaknya masih menjalankan siasatan berkenaan kes itu dan anggaran kerugian yang dialami warga emas berkenaan kira-kira RM2,500.

"Kes disiasat di bawah Sekyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata dan usaha mencari suspek sedang giat dijalankan oleh pihak kami," katanya.

Kejadian malang yang dialami dua warga emas berkenaan mendapat perhatian Ketua Kampung Permatang, Abdul Halim Abdul Rashid, 50.

Beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap kejadian itu dan berharap

permohonan kampung tersebut memasang lampu jalan dapat diluluskan dengan segera.

Menurutnya, keadaan beberapa jalan di kawasannya gelap pada waktu malam menyebabkan rumah penduduk berhampiran laluan berkenaan menjadi sasaran penjenayah.

"Kami sering mengadakan rondaan pada setiap malam, tetapi tidak menyangka penjenayah akan bertindak pada awal pagi.

"Mungkin selepas ini saya akan memastikan rondaan akan dijalankan lebih kerap supaya kejadian seperti ini tidak berulang kembali," katanya.


P/s: Lahanat!

[Perhatian] Cicak Gecko/Tokek BUKAN Penawar Penyakit

Posted: 19 Jan 2012 07:15 PM PST


Saya petik:
[Brudirect ] BANDAR SERI BEGAWAN: Pegawai Rangkaian Pemantauan Perdagangan Hidupan Liar Asia Tenggara (TRAFFIC Antarabangsa) menolak dakwaan cicak gecko atau dikenali sebagai "anggak" oleh orang tempatan yang menjadi menjadi kegilaan di Brunei Darussalam dan Malaysia dapat menyembuhkan penyakit.

"Oleh sebab ada dakwaan yang mengatakan haiwan itu boleh menyembuhkan penyakit, orang ramai mula gilakan haiwan ini dan membeli dengan harga beribu-ribu dolar," kata Noraini Awang Anak dalam satu pembentangan Perdagangan Hidupan Liar Antarabangsa di Bengkel Perancangan Negara Pengurusan Hidupan Liar, semalam.

Katanya, seekor cicak gecko seberat 350 gram, berharga berjuta-juta ringgit Malaysia.

"Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) berkata, spesies cicak ini tidak mempunyai keupayaan untuk merawat penyakit seperti yang didakwa," katanya.

Katanya, hidupan liar dan habitat di banyak tempat di dunia ini dalam keadaan terancam akibat pemburuan dan pembalakan haram, pencerobohan, penyeludupan hidupan liar dan perubahan iklim.



P/s: Ada orang kaya raya kerana cicak ini, ada orang yang melaburkan wang berjuta-juta untuk perkara yang sia-sia. Minta maaf tulis, ada orang yang ditahan dan dijadikan tebusan ketika mencari cicak ini.



Pelajar DIKURUNG Sindiket Gores & Menang

Posted: 19 Jan 2012 06:37 PM PST

SELAMAT...Nor menunjukkan duit dan gelang tangan yang diberi kepada sindiket terbabit.

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Hanya kerana tidak mahu menyertai peraduan 'gores dan menang' yang ditawarkan seorang wanita di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), di sini, seorang pelajar perempuan melalui detik hitam apabila dikurung selama tiga jam oleh sindiket berkenaan, petang kelmarin.

Pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu turut dipaksa menyerahkan barang kemas dan wang tunai ketika dikurung di dalam sebuah unit pejabat kosong di Bandar Tasik Permaisuri, di sini.

Difahamkan, sindiket itu beroperasi dalam premis berkenaan yang ditampal pelekat 'untuk dijual/disewa' bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan orang awam mengenai kewujudan mereka.

Bagaimanapun, mangsa bertindak bijak mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kakaknya memaklumkan dia dikurung sindiket terbabit. Kakaknya menghubungi suaminya yang kemudian datang ke premis berkenaan bersama beberapa anggota polis untuk menyelamatkan mangsa.

Menceritakan detik hitam berkenaan, mangsa yang mahu dikenali sebagai Nor, 22, berkata, dia menaiki bas dari kampung halamannya di Tangkak, Johor sebelum tiba di TBS-BTS untuk ke rumah kakaknya di Bandar Baru Ampang, di sini.



P/s: Sindiket ini memang lahanat. Sebelum ini ada dilaporkan salah satu kumpulan ini dibelasah oleh orang ramai. 

Wow, GRO Arab!!!

Posted: 19 Jan 2012 05:00 PM PST


Saya petik:

DITAHAN...antara wanita Arab yang ditahan dalam serbuan, semalam. Gambar kecil, GRO dari Asia Barat.

[HM] KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan haram di Bukit Bintang, di sini, dikesan menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) dari Asia Barat bagi mengubah cita rasa pelanggan yang sebelum ini disogokkan dengan GRO dari China, Vietnam dan Indonesia.

Gadis berkulit gebu dan berpakaian seksi serta berhidung mancung itu dijadikan tarikan baru ke pusat hiburan terbabit sejak beberapa bulan lalu sebelum diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), awal pagi semalam.

Pusat hiburan yang terletak di kawasan strategik itu turut dikunjungi pelancong dari wilayah Arab untuk berhibur dan faktor itu dipercayai punca utama pemilik premis terbabit menawarkan GRO dari rantau itu.

Dalam serbuan jam 12.30 tengah malam itu, seramai 15 GRO warga Iran, Yaman, Uzbekistan dan Tajikistan berusia 20 hingga 27 tahun ditahan. Turut ditahan seorang pondan warga tempatan. Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Md Isa berkata, pemeriksaan awal mendapati sebahagian GRO warga asing terbabit gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri dan ada yang mendakwa pelajar.

"Pengurus pusat hiburan terbabit ditahan bagi membantu siasatan selepas premis itu gagal menunjukkan lesen perniagaan," katanya.

Menurutnya, serbuan dibuat berdasarkan intipan pihaknya sejak sebulan lalu.



P/s: Macam-macam ada di Malaysia!



Orang TAKUT Disaman, Mereka TERUJA Disaman

Posted: 19 Jan 2012 04:36 PM PST


Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR 19 Jan: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata beliau bersedia untuk berdepan saman dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC).
Ia ekoran Shahrizat hari ini mengemukakan saman terhadap beliau dan Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

 
Menurutnya, peluang di mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak penyelewengan yang bakal diikuti lebih ramai rakyat Malaysia.

"Peluang ini memang telah ditunggu-tunggu agar kami boleh menggunakan kuasa mahkamah untuk mencari kebenaran sejauh manakah berlakunya penyelewengan di dalam NFC, selain dari yang didedahkan setakat ini,"

"Oleh itu, kami cukup bersedia dan teruja untuk berdepan dengan Dato' Seri Shahrizat Jalil dan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak," tegasnya.

Menurut Rafizi, beliau yakin semua pendedahan yang dibuat setakat ini adalah benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi yang dibocorkan dari dalam NFC sendiri.

"Sebelum memulakan siri pendedahan skandal, pasukan kami telah pun berbincang dengan peguam-peguam KEADILAN mengenai kemungkinan dikenakan tindakan saman," jelas beliau.

Menurutnya lagi, risiko saman itu adalah berat dipihaknya yang berdepan kemungkinan muflis sekiranya kalah, sedangkan Shahrizat hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran jika saman itu ditolak.


Zuraida ketika membuat laporan polis terhadap NFC 23 November lalu

"Dengan kekayaan keluarga beliau, sudah tentu beliau mampu membayarnya,"

"(Namun) jika pimpinan Umno seperti Shahrizat beranggapan mereka boleh menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan mengemukakan saman seperti ini, mereka tersilap besar," katanya.

Tiada ulasan: