Jumaat, 20 Januari 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Apa perlunya Parasit kekal jadi Timbalan Pengerusi Mais?

Posted: 20 Jan 2012 08:02 AM PST

Pelik – Hasan Akidah dilantik jadi Timbalan Pengerusi Mais pada 2008 kerana beliau merupakan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Tetapi satelah dipecat sebagai Exco masih dikekalkan dengan jawatan tersebut. Inilah kelebihan parasit itu untuk meneruskan misi jihadnya....(gambar : Parasit bersama dua pelesit Umno/BN)

Semenjak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama , Media Umno , termasuk parasit yang di pecat, Hasan Akidah, telah menyerang kononnya PAS tidak Islam lagi tanpa portfolio tersebut.

Umno memang telah merancangkan isu tersebut untuk menyulitkan PAS, khususnya individu yang akan menggantikan tempat parasit tersebut.

Ini dapat dilihat apabila kedudukan parasit itu kekal memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), walaupun beliau bukan lagi Exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Agama Islam.

Hasan Akidah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Mais pada 2008 kerana beliau merupakan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Sepatutnya parasit tersebut tidak lagi dibenarkan memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Mais ini setelah sudah tidak jadi Exco berkaitan.

Malah Parasit tersebut dikekalkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kariah yang bertanggungjawab menguruskan sebarang pelantikan ahli jawatankuasa masjid dan surau.

Begitulah agenda Umno – tetapi Pakatan Rakyat mengambil jalan yang bijak dengan meletakan satu institusi yang lebih besar untuk mengawal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sebab itu, adalah lebih baik untuk Tan Sri Khalid mengambil exco agama disamping melantik Pembantu Exco Hal Ehwal Agama dari Adun PAS (Bangi) iaitu Dr Shafei Abu Bakar (Gambar).

MB Kedah pertahankan AUKU

Posted: 19 Jan 2012 05:07 PM PST


Tetapi hingga kini, kenapa Azizan gagal untuk menyelesaikan isu tersebut secara baik? Budak-budak tu terpaksa mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu.

shahrul · 18 hours ago

Azizan patut diajar memahami apa itu erti keadilan, dan menjunjung apa yg telah dipersepakati didalam dasar Pakatan Rakyat. Apa alasan sekalipun, AUKU adalah akta zalim. Kalau tak tahu mendaulatkan apa yg sudah disepakati, pastikan PRU13, Azizan mesti "digulingkan" dari kerusi MB.

Inilah manusia yg akan merosakkan aspirasi dan cita2 murni rakyat yg mahukan perubahan. Walak dalam PAS ini tidak kena pada tempatnya. Apakah Azizan merasakan dirinya maksum lantas mengenepikan cita2 rakan2 sekutu dalam Pakatan Rakyat. jatuhkan Azizan dan PAS Kedah dalam PRU13 sekiranya kes KUIN ini tidak dapat diselesaikan dengan seadilnya.. hanya ini saja cara untuk mengajar kerajaan negeri yg merasakan dirinya bagus dan maksum bersembunyi di bawah jubah dan serban agama islam.



Pemuda PAS bantah KUIN gantung pelajar

Lima pelajar KUIN yang digantung pengajian

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat mahu pihak pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah mengkaji semula tindakan menggantung pengajian lima pelajarnya kelmarin.


Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Ketuanya Nasruddin Hassan berkata terdapat cara yang lebih baik bagi menyelesaikan perkara itu dan selain hukuman menggantung pengajian.

"Tindakan itu tidak mendatangkan kebaikan kepada pelajar sebaliknya menjejaskan masa depan mereka. Bertindaklah dengan hikmah dan lunak.

"Gantung mahasiswa menjejaskan masa depan pengajian mereka. Mereka perlu didikan dan bimbingan bukan tindakan keras seperti itu," tambahnya.

Dalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, enam mahasiswa kolej itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian dan seorang darinya dikehendaki membayar denda.

Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Mohd Aiman Che Ab Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.

Seorang lagi, Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin juga diberi surat amaran dan didenda RM100.

Kesemua mereka didakwa di bawah kesalahan Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) kerana menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara (speaker corner), dan serta mengadakan kenyataan akhbar dan kepada orang awam berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari menggunakan bangunan tahfiz.

"Saya harap pihak KUIN mengkaji semula tindakan gantung yang diambil ke atas 6 pelajarnya.

"Saya juga merayu agar pihak kerajaan negeri campur tangan menyelesaikan perkara ini dengan baik dan bertemu dengan pelajar," gesa Nasruddin.

Sebelum daripada itu, pada 1 April lalu, sekumpulan pelajar mengadakan demonstrasi selepas solat Jumaat bagi menuntut semula bangunan tahfiz yang akan diguna untuk pembangnan Sekolah Insan Bestari tersebut.

Rentetan itu, Timbalan Dekan Kuliah Al-Quran, Muhammad Idrus Ismail didakwa telah dilucutkan jawatan kerana turut terlibat dalam demonstrasi tersebut.

Selain itu, mereka kemudiannya mengadakan sepaker corner bagi menjelaskan perkara itu namun dihalang pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Mereka kemudiannya bertindak mengeluarkan kenyataan akhbar kepada media menggesa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak campur tangan.

Tidak cukup dengan itu, mereka kemudiaanya menyerahkan satu memorandum 'selamatkan idealisme mahasiswa' kepada Presiden PAS meminta agar Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menasihati Menteri Besar Kedah untuk menangani isu tersebut secara adil.

Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) juga bercadang untuk membawa isu tersebut ke Muktamar PAS Ke-57 pada 4 dan 5 Jun ini, untuk dibahaskan oleh para perwakilan.

Cadangan tersebut dibuat dengan membawanya menerusi perwakilan untuk membolehkan para pemimpin PAS campurtangan bagi menyelesaikan isu itu yang kini telah menjadi semakin rumit.

Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Che Ab Razab menjelaskan, dengan membawa isu tersebut ke muktamar, pihaknya berharap agar ia akan menjadi salah satu isu utama untuk dibahaskan bagi membolehkan semua pihak mendapatkan penjelasan mengenainya.

Menurut beliau, lanjutan dari itu, ia diharap akan membawa kepada satu penyelesaian yang baik terhadap isu tersebut, setelah ia menuju kepada kemuncak tindakan, dengan tindakan tatatertib yang membawa kepada penggantungan pengajian ke atas 6 orang pelajar KUIN.

Tiada ulasan: