Khamis, 19 Januari 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Bekas presiden NUJ Hata Wahari sertai DAP

Posted: 19 Jan 2012 01:40 AM PST


MALAYSIA KINI

Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Mohd Hata Wahari menjadi orang Melayu terbaru yang menyertai DAP.

Setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng, dalam mengalu-alukan Hata, berkata beliau berharap bekas presiden NUJ itu akan terus berjuang demi kebebasan akhbar di negara ini.

"Saya percaya beliau boleh menyumbang kepada parti dan berjuang untuk kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar," katanya.

Awal bulan ini, penulis blog Sakmongkol AK47 yang juga bekas ADUN Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz juga menyertai parti itu.

Selain Sakmongkol yang merupakan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004, turut dikatakan berbuat demikian ialah seorang lagi penulis blog Umno dan veteran parti itu, Aspan Alias.

Isu NFC: Shahrizat saman Zuraida, Rafizi RM100 juta

Posted: 19 Jan 2012 01:26 AM PST

MALAYSIA KINI
Menteri pembangunan wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengemukakan saman ke atas dua orang pemimpin PKR ekoran kenyataan oleh kedua-dua individu berkenaan berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC).

shahrizat wanita umno victory 250309 3Shahrizat dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendakwa ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin dan pengarah strategi parti itu, Rafizi Ramli telah memfitnah dan memburuk-buruk beliau.

Ketua wanita Umno itu, yang kini bercuti selama tiga minggu, menuntut RM50 juta untuk gantirugi umum dan RM50 juta untuk gantirugi teruk dan teladan.

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata, saman itu dikemukakan dengan asas bahawa siasatan yang sedang berjalan itu diyakini akan membuktikan Shahrizat tidak bersalah.

2012 tahun mahasiswa bangkit

Posted: 19 Jan 2012 01:17 AM PST

MOHD AFIQ MOHD SALEH

http://malaysiatribune.com/melayu/wp-content/uploads/2011/12/demo-upsi.jpgEMPAT tahun saya di rantau orang, jauh dari tanah air sendiri hanya memendam semangat, ketika itu saya juga memegang "jawatan" seorang mahasiswa. Tidak mampu memberi sumbangan kerana jauh daripada medan sebenar. Hanya mampu mendengar, membaca, menganalisis dan memberi respons.

Kerja-kerja ini membuatkan saya tidak puas dan malu sepanjang memegang title seorang mahasiswa, ketika mereka di jalanan bermandikan keringat dan mempertaruhkan tubuh, saya di sana hanya mampu melihat.

Saya bersangka baik dengan Tuhan, bahawa saya belum diizinkan berjuang bersama-sama mereka yang lebih dahulu merasai kesakitan seorang mahasiswa.

Sekarang adalah masanya, saya telah kembali ke tanah air, pada saya masanya adalah tepat, tahun 2012 adalah tahun kepunyaan mahasiswa. Saya tidak hanya membawa balik semangat dari Timur Tengah tetapi disertakan jiwa yang bersedia untuk bersama-sama mereka:

1. Hari ini kita tidak lagi mahu membincangkan soal kehendak mahasiswa, tetapi lebih penting daripada itu adalah soal keperluan yang diabaikan, hak yang ditindas, dan "nafkah" yang tidak ditunaikan. Cuba anda bayangkan, jika makanan mereka disekat, pakaian mereka disorok, dan duit mereka pula dicuri, saya pasti orang yang kurang siuman juga akan mengamuk.

2. Mahasiswa pastinya tidak akan senang duduk, mereka adalah manusia berfikir, diam mereka bukanlah seperti besi berkarat. Mereka tahu maksud kezaliman dan keadilan. Untuk menipu mahasiswa dengan suapan dan janji manis bukanlah caranya, mahasiswa boleh lagi bersabar dengan kekasaran fizikal, tetapi jika maruah dan hak mereka "dijual" dengan murah, itu sudah melangkaui prinsip dan dasar mahasiswa.

3. Sehingga hari ini, Najib masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung tindakan Adam Adli. Kini Safwan Anang pula telah menjadi mangsa seterusnya. Insiden bendera telah menyerlahkan lagi keaiban barisan kerajaan yang tidak berhati perut. Padahal, jika Najib hanya melafazkan kata maaf, barangkali ia akan menaikkan kredibilitinya sebagai Perdana Menteri.

4. Melihat kekuatan mahasiswa dalam Tragedi Semanggi 1998, ia adalah teladan yang harus dicontohi dan diambil sebagai 'spirit' untuk melakukan anjakan revolusi.

Kita tidak mahu menjadi mahasiswa yang diikat hidungnya, bacul dan membiarkan diri diperlakukan seperti lelaki dayus. Jika sedekad yang lalu Soeharto dijatuhkan oleh kuasa mahasiswa, tidak mustahil sejarah itu akan berulang tayang, kali ini tempatnya di Malaysia.

Kita mempunyai kesedaran, tapi kurang kekuatan dan keberanian. Sebaliknya mereka ada kesedaran yang sikit tetapi digabungkan dengan kekuatan dan keberanian yang banyak! Revolusi tidak hanya dengan kesedaran tetapi juga faktor kekuatan. Ayuh kuatkan jemaah kita dengan fizikal dan intelektual.

5. Peranan Saifuddin Abdullah harus dipuji, beliau membawa mahasiswa ke arah dunia yang lebih matang dan berhemah. Mahasiswa diajak berfikir dan berunding, kerana beliau tahu golongan yang terpelajar ini tidak mudah untuk dibohongi.

Yang benar disokong dan didukungi manakala yang salah dibicarakan dengan seadilnya. Bahkan jika beliau dihalau daripada jawatan menteri, pada pandangan mahasiswa beliau adalah wira dan hero yang harus dijadikan qudwah.

6. Baru usai tahun 2012 menjelma, sudah dua orang yang menjadi mangsa kebobrokan kerajaan, kita tidak perlu menunggu semua mahasiswa dizalimi untuk menuntut keadilan, kerana apabila peha kanan dicubit, sebelah peha lagi akan terasa sakitnya. Diingatkan, masuk ini sudah dua orang, jangan tunggu sampai yang ketiga menjadi korban, pasti mahasiswa akan memperlakukan lebih dasyat dari itu. Kerana kuasa mahasiswa ada dijiwa mereka bukan di tangan kerajaan.

7. Ertinya hari pengebumian Barisan Nasional sudah semakin hampir, liang lahad telah digali, nama mereka ada terpahat disetiap nisan-nisan yang dibina.

Jika mereka tidak mahu "mati" dalam keadaan hina, maka bermula daripada sekarang hamparkanlah tikar sejadah untuk memohon taubat kepada Allah, selagi nyawa belum tiba di hujung rongga gunakanlah kesempatan itu sebaiknya.

Rakyat semakin matang dalam urusan penilaian, yang jahat walaupun dikaburkan dengan wang ringgit, ia bukan lagi kemewahan yang diharapkan, sebaliknya jika kesusahan itu menjamin kebenaran dan kebahagiaan yang berpanjangan, maka jalan itulah yang akan dipilih.

MOHD AFIQ MOHD SALEH Mantan, Pimpinan Mahasiswa Jordan 2010/2011

Anak-anak muda dipaksa isi borang masuk Umno

Posted: 19 Jan 2012 01:14 AM PST

Skuad BO


KUALA NERUS - Menurut Bekas Ketua Puteri Umno , Rusni Hassan, Umno memaksa anak-anak muda menandatangani borang keahlian Umno sebagai syarat untuk mendapat 'Dana Bakti Remaja'.

"Anak-anak muda dipaksa masuk masuk Umno, kalau nak wang Dana Bakti Remaja masuk Umno dulu, saya tahu sebab saya pernah buat program itu,"katanya ketika berucap di Majlis Penerangan Isu Semasa di Kampung Bukit Berangan, dekat sini.


Beliau berkata demikian ketika membidas ucapan Pengerusi Umno Kampungnya, Kampung Banggol Donas yang memperkecil-kecilkan tindakan beliau bersama 80 rakannya menyertai PAS 9 Disember lalu.

Menurutnya , telah dua kali wakil rakyat Umno Teluk Pasu, Dato' Rahin Said memperdayakan rakyat dalam kes pengambilan tanah yang berlaku di kampungnya.

Kali pertama, katanya, sewaktu projek jalan dan jambatan tersebut baru dimulakandan kali kedua pada minggu lalu, apabila mengumumkan bayaran pampasan tanah tersebut.

"Dato' Rahin buat kenyataan di akhbar, ucap terima kasih keana penduduk kampung bersetuju dengan pembinaan tersebut, sedangkan tidak ada apa-apa perbincangan yang dibuat dengan orang kampung,

"Minggu lalu, ketika datang berceramah, beliau kata pampaan tanah RM1 juta bagi sehektar, mana boleh sama pampasan tanah pembangunan dengan tanah pertanian,"ujarnya.

Beliau mengulangi tekadnya untuk bekerja bagi memastikan Umno dan Barisan Nasional jatuh pada pilihanraya umum akan datang.

PAS sedia ‘rampas’ yang belum menang, pertahankan sedia ada

Posted: 19 Jan 2012 01:12 AM PST

Wartawan Buletin


KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu akan mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen yang dimenanginya serta 'merampas' kerusi-kerusi yang tewas daripada Barisan Nasional (BN).

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata PAS Terengganu akan bekerja bersungguh-sungguh bagi mengekalkan kerusi-kerusi Dun dan Parlimen yang dimenangi.

Dalam masa sama, katanya berusaha merampas kembali kerusi-kerusi yang PAS kalah dan dimenangi oleh Umno-BN.

"Kita (PAS) bekerja bersungguh-sungguh sekarang. Jentera parti kita akan pertahankan semua lapan kerusi Dun dan dua kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Masa yang sama, kita (PAS) berusaha untuk menang dan rampas kerusi-kerusi yang kalah ditangan BN, Insya'Allah," tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berpuas hati dengan sokongan serta sambutan masyarakat Tionghua terhadap PAS dan Pakatan Rakyat hari ini.

Kata Abdul Wahid, penerimaan pengundi Cina dan India di Dun Bandar Kuala Terengganu cukup memberangsangkan berbanding tahun sebelumnya.

"Saya hari ini, buat lawatan ziarah sempena orang Tionghua hendak sambut Tahun Baru Cina 2012. Sambutan sangat baik dan mesra dengan kita (PAS).

"Saya masih yakin, mereka (pengundi Cina) akan buat perubahan dalam pilihan raya akan datang, Insya'Allah," jelasnya sempena lawatan temu mesra dengan mengagihkan limau mandarin dan angpau kepada penduduk di Kampung Cina, 17 Januari lalu.

Menurutnya, sudah tiba masa rakyat boleh menyatakan pilihan hati memilih PAS-Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 'Asal Bukan Umno' (ABU).

Turut serta mengiringi beliau menemui masyarakat Tionghua di sekitar Kampung Cina tersebut Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing, pimpinan Parti KeADILan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Terengganu dan Muslimat PAS Dun Bandar.

HUTANG!!! Kerajaan UMNO tambah hutang, Kerajaan PAS bayar hutang

Posted: 19 Jan 2012 01:07 AM PST

PASPB


http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/faktahutangkerajaanpasa.jpg


Kerajaan-kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS menunjukkan rekod cemerlang pemerintahan apabila kesemua kerajaan tersebut berjaya membayar hutang kepada kerajaan pusat.

Terbaru, kerajaan Kedah yang di pimpin Menteri Besarnya Dato' Seri Azizan Razak telah berjaya membayar hutang peninggalan Umno-Barisan Nasional (BN), walaupun baru sahaja menerajui tampuk pemerintahan sejak Mac, 2008.

Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di pekan Manir, dekat sini, 16 Oktober lalu.

"Tengok (negeri) Kedah, sebelum kita menang, sebelum Dato' Seri Azizan jadi Menteri Besar, Kedah berhutang RM2 bilion dengan kerajaan pusat,

"tahun ni buat kali pertamanya, Kedah membayar (hutang sebanyak) RM10 juta,"katanya

Menurutnya, perkara tersebut telah dibentang dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak.

Katanya, apabila mendengar laporan tersebut, Najib 'berasa malu' terpinga-pinga dan tidak berkata apa-apa, akhirnya bertanya kepada Menteri Besar Selangor, bilakah Selangor akan membayar hutang kepada kerajaan pusat.

Hasrat 'menutup malu' dan cuba menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah dipulangkan 'paku buah keras' oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kerana 'tidak ada arah' akhirnya pusing ke arah Menteri Besar Selangor, lalu bertanya, bila Selangor mahu bayar hutang,

"Menteri Besar Selangor menjawab 'dengan cerdik' dan berkata, hutang kita (negeri Selangor) bukan saya yang buat, tapi milik anak'Toyo' (Dato' Seri Mohd Khir Toyo) sebelum ini,"jelas Nik Amar.

Sebelum itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, negeri-negeri dibawah pemerintahan Umno-BN adalah negeri yang paling teruk berhutang namun tidak pernah membayar hutang.

Sebaliknya berdasarkan rekod yang disemak Buletinonline, negeri-negeri dibawah pemerintahan PAS telah berusaha membayar hutang kerajaan, walaupun hutang tersebut telah dibuat oleh kerajaan Umno-BN (Lihat jadual)

Sebagai contoh, sehingga bulan Oktober 2008, Kerajaan negeri Kelantan telah berjaya membayar

sejumlah RM220 juta hutang kepada kerajaan pusat sejak memerintah Kelantan bermula tahun 1990.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Dato' Husam Musa berkata, jumlah hutang yang ditinggalkan kerajaan BN ketika PAS mula-mula mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri sebanyak RM718 juta.

Katanya, setiap tahun kira-kira RM11 juta dibayar kepada kerajaan pusat, menjadi jumlah yang dibayar sehingga sekarang sebanyak RM220 juta.

Perkara yang sama telah dilakukan oleh kerajaan PAS Terengganu diantara 1999 sehingga 2004 lalu.

Kerajaan Barisan Alternatif (BA) negeri Terengganu (ketika itu) yang dipimpin oleh PAS telah membayar balik hutang peninggalan kerajaan Umno-BN sebanyak RM37,115,398.89 kepada kerajaan Pusat.

Bayaran balik yang dilakukan pada tahun 2000 itu terdiri daripada pokok sebanyak RM24,590,666.52 dan faedah berjumlah RM12,524,732.37.

Perkara diatas telah didedah oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Menteri Besar Terengganu ketika itu.

Beliau menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani (PAS-Rantau Abang) pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kesepuluh, pada bulan April tahun 2002.

Justeru, dengan rekod cemerlang tersebut, Nik Mohd Amar ketika mengakhiri ceramahnya berkata, rakyat Malaysia tidak perlu ragu untuk memilih PAS menjadi kerajaan dan melantik dikalangan pemimpin PAS untuk menjadi Menteri Besar sesebuah kerajaan.

HASAN ALI NAK SERTAI UMNO!!! Jawab 45 soalan Cepu Emas ini dulu

Posted: 19 Jan 2012 01:04 AM PST

PASPB


Soalan Cepu Emas dan Fakta menarik Soalan2 utk kita jawab bersama:

1. Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?
A. Presiden DAP B. Presiden PAS C. Presiden UMNO

2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk
judi?
A. DAP B. PAS C. UMNO

3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?
A. DAP B. PAS C. UMNO

4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka?
A. DAP B. PAS C. UMNO

5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Singapura baru-baru ini?
A. DAP B. PAS C. UMNO

6. Siapakah yang memberi arahan supaya membunuh orang-orang kampung di Memali, Kedah pada 19 Nov 1985?
A. DAP B. PAS C. UMNO

7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain?
A. Negeri UMNO B. Negeri PAS (Kelantan)

8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dgn audit negara mencatat audit yg pening kepala ?
A. UMNO/BN B. PR

9. Siapakah yg me'lego' telaga minyak pada Brunai berjumlah 300 billion ?
A. PAS B. DAP C. UMNO

10. Siapakah merampas Perak ala samseng dan mafia ?
A. PAS B. DAP C. UMNO

11. Siapakah yg memberi arah supaya menyumbat ke dalam ISA MP dan rakyat dalam operasi lalang dahulu ?
A. Presiden PAS B. Presiden DAP C. Presiden UMNO

12. Siapakah yg selalu menaikan harga barang ?
A. PAS B. DAP C. UMNO

13. Siapa yg menolak hukum islam selama ini ?
A. PAS B. DAP C. UMNO

14.Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ?
A. PAS B. DAP C. UMNO

15. Siapakah yang menghapuskan kekebalan dan kuasa Raja Raja melayu sehinggakan boleh dibicarakan Raja2 di Mahkamah?
A. PAS B. DAP C. UMNO

Dan soalan cepu emas siapakah bela lembu dalam kondo
A. Anwar B Nik Aziz C Kak Ijat

16. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999? (Negeri Terengganu itu majoriti penduduknya adalah Melayu)

17. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu (Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

18. Siapakah yang menghalau peneroka bandar dikalangan orang Melayu di Kg Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL)?

19. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

20. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

21. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

22. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

23. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

24. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

25. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT? Dari 54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu hanya 2 billion sahaja yang sampai kepada orang Melayu, 52 billion lagi lesap di telan pentadbiran UMNO.

27. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

28. Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an?

29. Siapa yang menggelarkan rajanya 'NATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

30. Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak menambah kerusi Parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu pada persempadanan semula tahun 2002?

31. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu untuk mendapat biasiswa?

32. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman PTPTN dengan kadar 4%?

33. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" dan lain-lain?

34. Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan
bandar-luar bandar semakin melebar?

35. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti-universiti?

36. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

37. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

38. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

39. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an dahulu?

40. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist Islam dan mengwar-warkan perkataan "Sindrom Qiamulail" kepada anak-anak yang bersekolah ketika itu?

41. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu
atau setengahnya berkubur tanpa nesan?

42. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

43. Siapa yang kekang akta-akta maklumat, Auku dan pandangan kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

44. Siapa yang naikkan harga petrol, diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

45. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?

PRU 13!!! SPR setuju laksana 7 dari 10 cadangan PSC

Posted: 19 Jan 2012 12:46 AM PST

PASPB

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjV7G-qWC3XVPtTZKiI2DH9BFFaz2JsvFi2QBx0mZnmg-4Yv-5iR0-PLp7puR8wyHdpneoD7AXkwOyb-CgViHq88fgs_Wz4ySIlhc5RJ5a3ywMYAwEn5tUU7EuUOC96T6_9TVvVMeMXbULh/s1600/Tan+Sri++Aziz+SPR.jpg


KUANTAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju melaksanakan tujuh daripada 10 cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13)akan datang.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, baki tiga lagi cadangan iaitu melibatkan pengundi luar kawasan, pertukaran kawasan pendaftar dan pengundi tidak hadir yang berada di luar negara masih dalam kajian SPR.

"Tujuh cadangan yang akan dilaksanakan pada PRU13 termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal bagi anggota polis dan tentera serta pasangan masing-masing, memanjangkan tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan dari tujuh hari kepada 14 hari, pemansuhan proses bantahan dan tempoh penarikan diri pencalonan serta pembersihan daftar pemilih," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas taklimat kepada pegawai pengurus dan penolong pengurus pilihan raya sempena persiapan PRU13 di sini hari ini.

Katanya jawatankuasa itu yang dibentuk Ogos lalu telah menamatkan sesi pendengaran awam yang dijalankan ke seluruh negara Jumaat lepas di Johor Baharu.

"Kita difahamkan laporan akhir daripada jawatankuasa tersebut akan dibentangkan di Parlimen pada persidangan Dewan Rakyat Mac nanti," katanya.

Sebelum ini 10 cadangan dalam laporan awal oleh jawatankuasa itu telah dibahas dan diterima oleh Parlimen.

Berhubung pembersihan daftar pemilih, beliau berkata SPR telah mengemukakan senarai 12.4 juta pengundi berdaftar kepada MIMOS Berhad bagi tujuan tersebut awal bulan ini.

"Kita tidak meletakkan tarikh akhir bagi pihak MIMOS tetapi kita harap ia akan selesai sebelum laporan akhir PSC dibentang di Parlimen Mac nanti," katanya.

Mengenai kebimbangan jika terdapat pihak yang masih tidak berpuas hati berhubung pelaksanaan cadangan berkenaan, Abdul Aziz berkata mereka boleh mengemukakan cadangan tersebut menerusi semua medium kepada SPR termasuk menulis surat.

"Mereka telah diberikan platform yang seluas-luasnya untuk mengemukakan cadangan atau bantahan menerusi jawatankuasa yang telah dibentuk...apa yang kita buat adalah bertindak atas jawatankuasa yang telah dibentuk," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata SPR pada bulan lepas menamatkan perkhidmatan 24 Penolong Pendaftar Pemilih manakala 67 lagi diberi amaran akibat pelbagai kesilapan termasuk mendaftarkan pemilih mengikut alamat yang tidak wujud, menggunakan alamat yang terlalu umum dan mendaftar pemilih yang belum cukup umur. – Bernama

Jangan Biarkan Hasan Ali Disangka Gila

Posted: 19 Jan 2012 12:41 AM PST

Oleh WFAUZDIN NS


REALLY HASAN ALI TIDAK AKAN KELUAR DARI PARTI TERTARIK dengan kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang menawarkan keselamatan buat Dr Hassan Ali untuk `Road Show' mendedahkan `Parasit-Parasit' di dalam PAS sehingga menyebabkan beliau tercampak keluar dari PAS. Baca di SINI.

Maka, bermulalah episod di mana `Pelesit akan memburu Parasit'. Jika mahu diikut `fatwa' Hassan Ali, elok benarlah jika kita semua, ahli keluarga kita serta semua mahasiswa jangan melibatkan diri di dalam `Road Show' Hassan Ali kerana itu adalah `masalah peribadi' beliau.

Bukankah Hassan Ali pernah beranggapan sedemikian terhadap DS Anwar ketika menghasut kita serta para mahasiswa agar tidak terlibat menyokong Ketua Pembangkang tersebut di mahkamah pada 09 Jan yang lalu atas `fatwa'nya bahawa itu `masalah peribadi' DS Anwar?

Beliau berkata, DS Anwar tidak perlu mengheret rakyat di dalam masalah peribadinya. Nah, sekarang Allah bayar `cash' dan kini Hassan Ali menghadapi `masalah peribadi' dan ingin membuat `Road Show' pula.

Namun, atas ihsan dan budi baik Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS ini berjanji akan menentukan keselamatan Hassan Ali untuk bercakap apa sahaja yang terlintas di kepala otak Pakar Motivasi itu. Mungkin tidak cukup ruang media pencacai yang selama ini Hassan Ali gunakan untuk menunjukkan betapa hebatnya beliau sebagai seorang pejuang Islam yang terbuang.

Saya rasa kita patut hadir untuk menyaksikan episod `Pelesit mencari Parasit' di dalam `Road Show' ini nanti.

Biarpun itu sebagai masalah peribadi Hassan Ali, tetapi kita sebagai manusia yang bermasyarakat patut simpati dengan beliau. Masakan kita sanggup melihat beliau bertegang urat leher dan kembang kempis hidungnya bercakap seorang diri di atas pentas itu nanti.

Jika ini berlaku, saya khuatir Hassan Ali akan ditangkap oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana disangka gila berceramah seorang diri. Bagi mengelakkan Hassan Ali ditangkap dan dimasukkan ke Hospital Tg Rambutan, marilah kita meraikan beliau beramai-ramai./wfauzdin.blogspot.com

Letakkan Tarikh Akhir Untuk Perbaiki Sistem Pilihanraya

Posted: 19 Jan 2012 12:35 AM PST

SELATAN ONLINE



Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong usaha Bersih 2 untuk mengadakan himpunan bersih kali ketiga sekiranya cadangan mengenai reformasi pilihanraya yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) dan tuntutan Bersih 2.0 gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

DPPM berpandangan, sekiranya kerajaan gagal menepati syor dan cadangan PSC serta cadangan Bersih 2, ini bermakna kerajaan tidak serius mahu membersihkan sistem pilihanraya di Malaysia.

Kerajaan juga dianggap menipu dan hanya 'bermain wayang' dengan penubuhan PSC kononnya mahu memperbaiki sistem pilihanraya di Malaysia, hakikatnya mereka tidak berniat mahu memperbaikinya.

Apakah gunanya penubuhan PSC serta 8 tuntutan Bersih sekiranya kerajaan gagal mengotakan janjinya. Sekiranya ia berlaku, tidak ada keperluan untuk berbincang dan berdialog antara Bersih dengan kerajaan kerana kerajaan jelas tidak menghormati suara rakyat. Oleh itu, DPPM bersetuju langkah untuk 'mengajar' kerajaan yang bongkak adalah jalan raya kerana itu sahaja pengajaran yang boleh mereka pelajari.

DPPM mengesyorkan kepada Bersih supaya membuat suatu 'dateline' atau tarikh akhir kepada kerajaan agar memenuhi semua syarat dan tuntutan yang dikemukakan oleh PSC termasuk Bersih. Ini penting untuk mengukur adakah kerajaan berjaya atau gagal memenuhi janji mereka sebelum ini dan melihat sejauh mana seriusnya kerajaan bagi memperbaharui sistem pilihanraya di negara ini.

DPPM menegaskan, pembaharuan sistem pilihanraya di Malaysia bukan suatu perkara yang boleh dipandang kecil. Ia adalah suatu perkara besar kerana melibatkan integriti negara di mata dunia. Lebih dari itu, ia adalah suatu kebenaran dan keadilan terhadap sistem pilihanraya di Malaysia. Rakyat mahukan pemerintah yang diangkat di negara ini adalah daripada sistem demokrasi yang tulen dan bersih, hasil daripada pilihanraya yang adil dan telus. Rakyat tidak mahu tertipu buat kesekian kalinya pemerintah yang memimpin negara ini menang pilihanraya dengan penuh penipuan dan penyelewengan.

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Permainan 'Aku Jimat' mirip Rosmah di pasaran

Posted: 19 Jan 2012 12:31 AM PST

NONEKiriman -NSA-


"Pengguna alat elektronik Apple - iPod, iPad dan iPhone - kini boleh mempelajari beberapa petua tentang bagaimana untuk berjimat untuk masa depan berdasarkan satu permainan yang dipercayai diilhamkan dari watak isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Permainan versi 1.1 Aku Jimat boleh didapati di App Store sejak 17 Januari lalu. Ia memaparkan watak kartun yang mirip Rosmah, termasuk gaya rambutnya. Permainan ini mengajak pengguna supaya 'menyimpan wang' untuk membolehkan mereka 'membeli-belah'.
Pengusaha permainan Antartica Group berkata, permainan ini adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung" sejak kecil dan "lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan".

NONEDengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama ada sebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15, 000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000).

Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$ 24 juta (RM74 juta).

NONESetiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan.

Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom.

Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukkan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk "bersara" pada usia 99 tahun.

BR1M (Bantuan RM500) Bukan Gula-Gula Politik? Bukan Juga Taktik “Bom”? – Dakwaan Bekas Menteri

Posted: 18 Jan 2012 10:03 PM PST

Staff Berita Semasa


br1m bantuan rm500 BR1M (Bantuan RM500) Bukan Gula Gula Politik? Bukan Juga Taktik Bom?   Dakwaan Bekas Menteri


Bantuan RM500 (BR1M) telah mula diagih-agihkan kepada penerimanya. Ada yang dah terima bantuan RM500 (BR1M) dan ada pula yang masih tunggu giliran. Cuma apa yang kami hendak fokuskan di sini adalah kenyataan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini mengatakan pemberian bantuan RM500 (BR1M) tidak sama sekali berunsur politik apatah lagi mahu membeli undi.

Apa yang kerajaan lakukan sekarang, kita semua patut hargai dan ikhlas daripada kami mengatakan, kami ucapkan terima kasih. Sekurang-kurangnya dengan bantuan RM500 (BR1M) tersebut, dapat meringankan beban orang-orang di kampung terutamanya ataupun golongan yang berpendapatan serdahana yang tinggal di kawasan bandar bagi menampung kos sara hidup yang semakin melambung tinggi

"Orang kata lebih baik ada, daripada tiada. Betul tak?

Dan kalau tanya kami sekali lagi, kalau bantuan RM500 (BR1M) seumpama ini dapat dilakukan sekerap mungkin kepada kumpulan sasaran, tidak hanya dijalankan "secara bermusim", itu sebenarnya lebih baik. Ini kerana kos sara hidup akan terus meningkat dan tidak "mengenal mangsa mahupun mengikut musim". Harga barang contohnya kalau dah naik, akan jadi "mimpi disiang hari" jikalau boleh turun semula.

Walaubagaimanapun, kenyataan Datuk Seri Muhyiddin Yaasin dengan mengatakan pemberian bantuan RM500 (BR1m) tidak berunsur politik menyebabkan kami tertanya-tanya sehingga menimbulkan pelbagai persoalan, selepas kami melihat beberapa gambar di bawah ini yang menunjukkan pemandangan di sekitar pengagihan & pemberian bantuan RM500 (BR1M) :

Mungkin Datuk Muhyiddin terlepas pandang melihat "aktiviti anak-anak buahnya di bawahnya?

br1m bantuan rm500 3 BR1M (Bantuan RM500) Bukan Gula Gula Politik? Bukan Juga Taktik Bom?   Dakwaan Bekas Menteri

br1m bantuan rm500 4 BR1M (Bantuan RM500) Bukan Gula Gula Politik? Bukan Juga Taktik Bom?   Dakwaan Bekas Menteri

br1m bantuan rm500 5 BR1M (Bantuan RM500) Bukan Gula Gula Politik? Bukan Juga Taktik Bom?   Dakwaan Bekas Menteri

br1m bantuan rm500 6 BR1M (Bantuan RM500) Bukan Gula Gula Politik? Bukan Juga Taktik Bom?   Dakwaan Bekas Menteri

br1m bantuan rm500 7 BR1M (Bantuan RM500) Bukan Gula Gula Politik? Bukan Juga Taktik Bom?   Dakwaan Bekas Menteri

Bagi kami jika pemberian bantuan RM500 (BR1M) bertujuan untuk membantu rakyat yang susah dan sememangnya tiada niat untuk berkempen, tidak perlu rasanya meletakkan unsur-unsur politik di setiap majlis yang diadakan.

Dan baru-baru ini, keluar pendedahan "berani" seorang bekas menteri. Beliau ini cukup terkenal dengan pemakaian bow tie di setiap penampilannya daripada dahulu sehinggalah sekarang. Bekas menteri penerangan & pelancongan semasa era Perdana Menteri Tun Dr Mahathir ini mendakwa Barisan Nasional sering menggunakan wang untuk membeli undi yang mana beliau gelarkan sebagai taktik atau strategi " bom"

br1m bantuan rm500 21 BR1M (Bantuan RM500) Bukan Gula Gula Politik? Bukan Juga Taktik Bom?   Dakwaan Bekas Menteri

(sumber : MalaysianInsider)

P/S : Benarkah dakwaan yang mengatakan kerajaan Barisan Nasional sedang membeli undi menerusi pemberian RM500 (BR1M). Apa kata kalangan pembaca di sini yang menerima bantuan tersebut?

Mana ada pemimpin seperti Nik Aziz di dunia ini sekarang - Anwar

Posted: 18 Jan 2012 10:00 PM PST

Oleh: Editor@WD


Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diakui sebagai pemimpin terbaik di seluruh dunia masa kini, dengan penilaian terhadap sikap dan prestasinya yang memuaskan dalam pelbagai sudut.

Lebih membanggakan apabila sikap dan prestasi yang memuaskan itu berjaya dipertahankan oleh Nik Aziz sejak mula menjadi Menteri Besar Kelantan sehingga kini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dengan sikap dan prestasinya yang membangggakan itu menjadikan orang yang seperti Nik Aziz amat sukar ditemui di dunia ini.

"Mana ada pemimpin seperti Nik Aziz di dunia ini sekarang? Dah 20 tahun lamanya menjadi Menteri Besar, tapi Tuan Guru Nik Aziz tetap tidak ada tanah, tak ada balak, tak ada wang yang banyak dan rumah mewah," katanya.

Kalau orang lain, menurut beliau, setelah 20 tahun menjadi menteri besar atau memegang tampuk kuasa, pasti akan mengambil kesempatan untuk mengaut kekayaan diri dan keluarga seperti yang sering berlaku di seluruh dunia.

Katanya, kemunculan Mursyidul Am PAS itu sebagai menteri besar yang bersih berpunca dari potensi dirinya sendiri selaku manusia yang kuat berpegang kepada agama, guru agama dan sejajar dengan penglibatannya dengan perjuangan bersama parti Islam atau PAS.

"Tanpa pegangan kuat kepada agama, tidak akan lahir kekuatan iman, kemantapan rohani sehingga menjadikan Nik Aziz muncul sebagai pemimpin yang bersih dari rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pelbagai unsur negatif lain," tegasnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut berbangga kerana Menteri Besar Kelantan dari PAS itu bukan sekadar muncul sebagai pemimpin bersih dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa, tetapi juga dapat memimpin serta mentadbir kerajaan dengan cemerlang.

"Walaupun ada orang kata ustaz atau guru agama tak boleh jadi pemimpin kerajaan, tetapi Nik Aziz telah membuktikan bahawa guru agama juga layak, malah lebih berkelayakan menjadi pemimpin," tegasnya yang juga Ketua Umum PKR.

Ketika berucap pada acara Ucapan Penggulungan Pimpinan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Alor Setar, Kedah, Sabtu lalu, beliau turut menyebut perkara itu dan disambut tepukan gemuruh daripada lebih 2,000 perwakilan.

Dengan kecemerlangan sikap dan prestasi yang ditunjukkan oleh Nik Aziz itu, tegasnya, ia sekali gus boleh mematikan dakwaan pihak-pihak tertentu yang sering mempertikaikan kemampuan golongan agama atau ulama menjadi pemimpin.

"Kini setelah 20 tahun menjadi menteri besar, Nik Aziz ternyata lebih berkebolehan menjadi pemimpin berbanding pemimpin-pemimpin dari Umno BN sehingga menjadikan Kelantan jauh lebih baik setelah berada di bawah PAS atau Pakatan Rakyat berbanding di bawah BN," tegasnya.

Beliau turut memuji sikap dan prestasi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Kesemua Menteri Besar dan Ketua Menteri yang berada di bawah Pakatan Rakyat ternyata mempunyai sikap yang baik, bebas dari rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya sehingga menjadikan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada yang berada di bawah BN," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Beliau yakin prestasi baik yang ditunjukkan oleh kesemua Menteri Besar dan Ketua Menteri yang memegang tampuk pemerintahan di negeri-negeri yang berada di bawah pakatan itu akan dapat dipertahankan oleh kesemua mereka yang terbabit, selaras dengan perjuangan Pakatan Rakyat untuk membela rakyat, bukan untuk mengaut kepentingan peribadi.

Sumber: Harakahdaily.net

Penduduk Rumah Rakyat SEDC Saman MB, Kerajaan Negeri

Posted: 18 Jan 2012 09:58 PM PST

Post Pic



JOHOR BHARU: Kesal diarah keluar secara paksa dari Rumah Rakyat SEDC Tampoi, di sini pada 2002, seramai 44 penduduk melalui Tetuan Hassan Karim and Co memfailkan saman kepada Menteri Besar, (MB) Datuk Abd Ghani Othman dan Kerajaan Negeri.

Peguam yang mewakili penduduk, Hassan Abdul Karim berkata, mereka ber­buat demikian kerana kecewa apabila tanah tapak rumah yang dijanjikan dengan pembinaan rumah baru untuk mereka telah dibina bangunan SPRM dan sebuah pasar raya.

Dakwanya, pada asal dahulu, penduduk bersetuju keluar dari Rumah Rakyat SE­DC itu dengan harapan akan dibenarkan kembali menduduki rumah baru seperti janji MB.

"Sekitar November 2009, penduduk mulai menyedari sebahagian tanah tapak rumah mereka seluas 30 hektar telah dibina bangunan lain.

"Penduduk telah menghantar notis tuntutan ganti rugi kepada MB dan Kerajaan Negeri pada Mac 2010 kerana mungkir janji," katanya di sini, semalam.

Hassan berkata, penduduk menuntut MB dan Kerajaan Negeri membina rumah kos rendah di atas tapak tanah Rumah Rakyat SEDC Tampoi yang dianugerahkan secara percuma.

Menurutnya, secara alternatif sekiranya rumah tersebut tidak dibina, penduduk menuntut supaya dibayar ganti rugi wang tunai sebanyak RM35,000 setiap seorang.

"Selepas tiga kali mediasi yang diadakan gagal pada tahun lepas, Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah menetapkan perbicaraan penuh pada Mac depan.

"Bagaimanapun MB dan Kerajaan Negeri telah memfailkan permohonan untuk membatalkan writ saman dan penyataan tuntutan penduduk pada Disember tahun lepas dan bakal dibicarakan pada Februari depan," katanya.

Hassan berkata, sebanyak 999 unit Rumah Rakyat SEDC Tampoi telah dibina pada 1976 dengan perjanjian selepas tiga tahun penduduk boleh membeli rumah itu dengan harga RM8,000.

Menurutnya, bagaimanapun pihak berkenaan ingin menjual rumah itu dengan harga RM14,000 sedangkan jumlah itu dianggap terlalu besar oleh penduduk pada waktu itu yang rata-ratanya berpendapatan rendah.

"Semua penduduk diarahkan keluar sehingga berlaku kontroversi dan memaksa campur tangan polis apabila penduduk enggan berpindah dari rumah itu.

"Ketika itu datang MB cuba menyelesaikan masalah dan menyuruh penduduk berpindah sementara kerana dalam masa dua tahun Kerajaan Negeri akan membina rumah kos rendah di tanah tapak penduduk dan mereka boleh kembali menetap di situ," katanya.

Katanya, akhirnya penduduk merasa kecewa dengan janji tersebut apabila sebahagian tanah yang dinyatakan telah dibangunkan dengan kompleks SPRM dan sebuah pasar raya.

Aset Pertahanan : Pembangkang Temui Zahid

Posted: 18 Jan 2012 09:57 PM PST

Post Pic



PETALING JAYA : Pemimpin pembangkang akan mengadakan pertemuan khas dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid bagi membincangkan mengenai pembelian aset-aset dalam inventori pertahanan negara.

Pembangkang akan diwakili Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua; Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

Pertemuan tersebut akan diadakan di Wisma Pertahanan pada pukul 3 petang ini.

Antara perkara utama yang bakal dibangkitkan pembangkang menerusi pertemuan tersebut ialah mengenai dakwaan Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara sebelum ini mengenai pembelian kapal rondaan pesisir pantai (LCS).

Pua sebelum ini mendakwa bahawa harga kapal LCS telah meningkat melambung kepada RM9 bilion daripada RM6 bilion sebaik sahaja tender pembinaan enam LCS diberi kepada Boustead Naval Shipyard (BNS).

Sebelum ini Ahmad Zahid pernah menafikan berlakunya penyelewengan terhadap pembelian mana-mana aset termasuk LCS dan beliau sedia menjawab segala persoalan dan tuduhan yang dibangkitkan pembangkang.

Beliau juga pernah mencabar Pua dan mana-mana pihak yang mempunyai bukti penyelewengan berhubung pembelian inventori pertahanan negara agar melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Pertemuan yang bakal diadakan petang ini juga atas pelawaan Ahmad Zahid Disember lalu.

Bapa Saiful Terus Gesa Peguam Negara Batal Keputusan Pembebasan Anwar

Posted: 18 Jan 2012 09:43 PM PST

Post Pic



KUALA LUMPUR : Bapa kepada Mohd. Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim, 58, sekali lagi merayu pihak Peguam Negara supaya segera bertindak mengemukakan rayuan demi keadilan anaknya.

Menurut beliau, ini kerana Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sehingga kini seakan 'berdiam diri' daripada mengemukakan sebarang rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat anaknya, 9 Januari lalu.

Jelasnya, apa yang merisaukan, tempoh masa untuk memfailkan notis rayuan berkenaan cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi.

''Saya sebagai bapa kepada Mohd. Saiful berharap Yang Berbahagia Tan Sri Peguam Negara (Abdul Gani) sebagai pendakwa raya dapat memfailkan notis rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari lepas.

''Saya juga merasa sedikit risau kerana sehingga hari ini tiada perkembangan berkenaan memfailkan rayuan tersebut. Saya percaya tempoh masanya hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

''Bagaimanapun saya percaya Peguam Negara akan mengambil pertimbangan yang sewajarnya dalam memfailkan notis rayuan itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan yang disiarkan di blog Mohd. Saiful, http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

Pada 11 Januari lalu, Azlan dalam satu sidang akhbar merayu Peguam Negara segera mengemukakan rayuan serta mengecam keras kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar Abdul Gani tidak perlu memfailkan rayuan terhadap kes membabitkan anaknya itu.

Mengulas lanjut, Azlan berkata, pihaknya percaya hak anaknya sebagai seorang warganegara dan rakyat yang menjunjung Perlembagaan negara untuk melalui proses rayuan tidak akan dinafikan.

''Saya juga percaya bahawa hak untuk aduan anak saya diadili sehingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi tidak akan diabaikan dan dinafikan oleh pihak Peguam Negara.

''Saya juga mohon pihak Peguam Negara agar tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan,'' tegasnya.

Penduduk Serah Memo Pada MBI

Posted: 18 Jan 2012 09:41 PM PST

Oleh Hafizan Taib


IPOH - Penduduk dan peniaga Pasar Jelapang di Perak menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap keadaan bangunan pasar dan persekitarannya yang kotor menerusi memorandum diserahkan kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) semalam.

Memorandum yang mengandungi kira-kira 2,000 tandatangan itu mengharapkan tindakan segera diambil MBI bagi menangani masalah itu yang didakwa dihadapi sejak sekian lama.

Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), M Sarasvathy berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk dan peniaga di pasar itu yang berharap MBI melakukan tindakan segera mengubahsuai bangunan pasar dan membersihkan kawasan persekitarannya.

Beliau berkata, pasar tersebut merupakan kawasan tumpuan penduduk berhampiran yang mengunjunginya saban hari untuk membeli barangan keperluan harian.

"Penduduk dan peniaga berharap Datuk Bandar Ipoh (Datuk Roshidi Hashim) mengambil kira masalah ini dan melakukan tindakan segera bagi mengatasinya. Premis pasar ini adalah kawasan dikunjungi orang ramai pada setiap hari terutama mereka dari kawasan berhampiran iaitu Taman Jati, Taman Meru, Taman Puncak Jelapang dan Kampung Jelapang.

"Berikutan itu satu memorandum dengan tandatangan orang ramai telah diserahkan kepada MBI bagi menyatakan perkara ini," katanya dalam satu menyataan kepada TVSelangor hari ini.

Sarasvathy menjelaskan antara isu yang dikemukakan dalam memorandum itu adalah penyediaan jalan bertar di sekeliling pasar, paip air untuk setiap peniaga, masalah lantai berlubang dan lampu yang tidak mencukupi selain longkang pecah, masalah air bertakung dan bau busuk.

Menurutnya lagi, ia termasuk masalah troli sampah yang diletakkan di hadapan pasar yang perlu dialihkan ke kawasan lain serta zink pasar yang bocor.

"MBI perlu memberi perhatian terhadap masalah ini demi kepentingan penduduk dan peniaga di pasar Jelapang ini.

"Kita juga meminta Datuk Bandar Ipoh membuat tinjauan di kawasan ini bagi mendapat gambaran sebenar," katanya.

Letupan 901: Polis Perlu Kemuka Siasatan

Posted: 18 Jan 2012 09:38 PM PST

Oleh Afix Redzuan


SHAH ALAM: Polis Di Raja Malaysia (PDRM) diminta mengemukakan hasil siasatan berhubung kejadian letupan bom yang berlaku pada hari pengumuman keputusan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim (901) pada 9 Januari lalu.

"Antara bom tersebut diletakkan dibawah kon polis sedangkan polis sudah menutup kawasan tersebut. Siapa yang nak masuk polis akan monitor dan semua dibenarkan masuk selepas jam 6 pagi. Dan apabila bom itu meletup setentunya timbul kecuigaan. Pihak polis perlu tampil memberikan penjelasan terperinci," katanya.

Mengulas lanjut katanya, pihak Perkasa Yang diketuai oleh Datuk Ibrahim Ali juga perlu tampil memberikan penjelasan berhubung tugas dan gerak kerja yang dilakukan oleh Unit Tindakan Khas (UTK) yang mereka tubuhkan untuk perhimpunan tersebut.

"Kedua adalah apabila Perkasa melalui Presidennya, Ibrahim Ali mengumumkan mereka telah menubuhkan Unit Tindakan Khas (UTK) pada hari tersebut dan ia perlukan penjelasan, apa tugas UTK yang Ibrahim Ali tubuhkan.

"Saya masih hormat kepada Perkasa yang boleh mobilise ahlinya. Takkan hari itu (9 Jan) UTK yang dinamakan Ibrahim Ali hanya 30 orang berbaju kuning akhirnya lari dan minta perlindungan daripada polis pada hari perhimpunan tersebut. Sudah tentu Ibrahim Ali juga harus tampil memberikan penjelasan dalam isu ini," katanya.

Dalam kejadian tersebut, lima orang tercedera akibat terkena serpihan letupan selain mengakibatkan kerosakan beberapa buah kenderaan yang diletakkan berhampiran kawasan kejadian.

Selain itu, Chegu Bard turut meminta pihak polis menyiasat pihak Utusan Malaysia yang mendakwa bahawa bom tersebut dibuat oleh peserta-peserta perhimpunan sedangkan tidak ada laporan siasatan lengkap daripada pihak polis.

"Tidak masuk akal, kita berhimpun dan kita nak letupkan diri kita sendiri. Saya melihat ini lebih kepada unsur sabotaj supaya selepas ini digunakan dalil tidak boleh berhimpun kerana apa, kerana akan ada bom meletup. Saya yakin itu akan digunakan sebagai dalil untuk menghalang perhimpunan-perhimpunan aman selepas ini," katanya.

Beliau turut melahirkan kegusaran memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara aman sedangkan sebelum ini tidak pernah ada sebarang kekecohan dan kejadian letupan sebegini. Jika dibiarkan ianya akan menjadi trend tidak sihat kepada negara.

"Justeru itu saya tidak pasti, tanggapan masyarakat melihat secara kemungkinan akan wujud penglibatan polis secara tidak sengaja atau tidak." kata beliau yang juga Ketua Cabang Rembau.

Sehubungan itu beliau meminta siasatan terperinci dilakukan sekiranya pihak polis ingin membersihkan nama baik institusi keselamatan tersebut.

Tegas beliau, mereka yang terlibat wajib didakwa dan dihadapkan ke muka pengadilan.

"Sekiranya pihak polis gagal mengemukakan hasil siasatan, polis tidak boleh menghalang tanggapan rakyat bahawa kejadian ini merupakan satu bentuk konspirasi dan sabotaj untuk menghalang perhimpunan aman di masa hadapan." kata beliau ketika di hubungi TVSelangor.

Isu Lynas: Debat Fuziah - Adnan Yaakob Pada Februari

Posted: 18 Jan 2012 09:34 PM PST

Oleh Hafizan Taib


SHAH ALAM- Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh bersedia untuk berdebat dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengenai isu kilang Lynas yang mendapat perhatian umum khususnya masyarakat di Kuantan, Pahang.


Ketika dihubungi TVSelangor hari ini, Fuziah berkata, beliau sememangnya bersetuju dan menyambut baik saranan Adnan untuk bersemuka dalam satu sesi perbincangan atau debat secara ilmiah berhubung perkara itu.

Menurutnya, pasti ia adalah medan terbaik bagi orang ramai membuat pernilaian terhadap persoalan Lynas tersebut.

Katanya, pihaknya kini menunggu kata putus dari Kerajaan Negeri Pahang berhubung perkara itu.

"Saya menyatakan persetujuan untuk berdebat apabila diajukan Sinar Harian dan menyambut baik persetujuan Adnan dalam perkara ini. Sinar Harian yang mempunyai pengalaman dalam mengadakan sesi perbahasan seperti Wacana Sinar Harian juga bersetuju untuk bertindak sebagai penganjur.

"Program ini dijangka diadakan di Kuantan pada minggu pertama atau kedua Februari ini," katanya.

Difahamkan sesi perdebatan itu akan menyentuh mengenai soal sama ada wajar atau tidak Lynas diberikan kelulusan untuk memulakan operasinya di Kuantan.

Fuziah berkata, program tersebut akan mempertemukan dua pihak iaitu pihak yang bersetuju serta menentang dan pihaknya akan mengemukakan hujah selain fakta termasuk bukti kukuh yang disokong pakar luar.

"Perdebatan itu juga akan memberi kesempatan kepada rakyat Kuantan untuk memahami isu Lynas dengan lebih lanjut.

"Apa yang kita perkatakan selama ini adalah untuk kebaikan rakyat Kuantan," ujarnya.

Beliau turut menyentuh mengenai keputusan Kerajaan Negeri Pahang yang tidak melanjutkan tempoh meneliti dokumen permohonan lesen peringkat pengendalian sementara syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai tidak relevan.

Tegasnya, dokumen lebih 100 muka surat yang penuh aspek teknikal itu perlu dikaji secara teliti dan tidak boleh semudahnya diputuskan dalam tempoh singkat.

Isu Kg Baru: Khalid Rangka Plan baru

Posted: 18 Jan 2012 09:33 PM PST

Oleh Afix Redzuan


KAMPUNG BARU, KUALA LUMPUR, : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan melakukan penyusunan semula Jawatankuasa Lembaga Pengarah Malay Agricultural Settlement (MAS) supaya ianya dapat bergerak dengan lebih tersusun dan lancar demi memastikan hak dan kedudukan penduduk Kampung Baru dapat dipertahankan.

Katanya, masalah Kampung Baru ini perlu diselesaikan dengan cara rundingan bersama supaya kuasa dan undang-undang dapat dimantapkan tanpa membelakangkan penduduk.

Malay Agricultural Settlement (MAS) telah ditubuhkan sejak sekian lama, sebelum kemerdekaan supaya dapat menjaga kepentingan tanah-tanah.

Selain Menteri Besar, MAS dianggotai 11 anggota, termasuk tujuh ketua-ketua kampung di kawasan itu dan empat anggota dilantik.

Jelas Abdul Khalid, beliau telah menyiapkan pelan pembangunan Kampung Baru sejak 20 tahun lalu. Oleh kerana tidak ada ketetapan dari segi undang-undang dan penyatuan pendapat daripada penduduk setempat maka perkara ini berlarutan sehingga sekarang.

"Saya telah diminta oleh beberapa ahli untuk campurtangan dan saya akan selidik kalau betul, kita akan campurtangan supaya diadakan perhimpunan Jawatankuasa Akta MAS. Saya akan buat mengikut lunas undang-undang bukan untuk merugikan tetapi untuk memberi kuasa kepada semua pimilik dan pewaris.

"Kita juga ada peguam termasuk peguam negeri untuk menerangkan mengapa kita mesti ada kuasa tersebut," katanya.

Beliau menambah, berdasarkan pengalaman daripada kes projek terbengkalai yang lalu akan dipraktikkan supaya dapat membantu masyarakat di Kampung Baru selain menyediakan khidmat nasihat guaman secara percuma supaya pemilik dapat maklumat yang betul.

"Negeri Selangor akan membantu penduduk Kampung Baru kerana negeri Selangor yang membuat undang-undang MAS dan ianya berkuat kuasa. Tapi bila tanah Kuala Lumpur diserahkan kepada kerajaan persekutuan, maknanya tanah itu dibawah kuasa mereka, tapi idea MAS itu masih lagi dibawah jagaan negeri Selangor. Sebab itu kita bertanggungjawab untuk membantu," katanya di Majlis Jamuan bersama Pemilik/ pewaris tanah Kampong Bharu, Kuala Lumpur malam tadi

Sementara itu, Pengurus Pembangunan perniagaannya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Fathul Rahman Abu memberi jaminan pelan pembangunan baru dalam tempoh dua minggu daripada sekarang.

Beliau yakin satu-satunya kampung Melayu di Kuala Lumpur itu akan dibangunkan tanpa mengetepikan kepentingan penduduk.

MB Lantik Dua Pegawai Khas Baru

Posted: 18 Jan 2012 09:27 PM PST

Oleh TVSelangor


SHAH ALAM : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah melantik dua Pegawai Khas untuk melancarkan usaha beliau menjalankan portfolio Infrastuktur dan Kemudahan Awam yang baru diambil alih semalam.

Dua pegawai khas tersebut ialah ADUN Rawang YB Gan Pei Nei (gambar) dan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta Sdn Bhd, V. Ganabatirau.

Kedua mereka dipertanggungjawabkan untuk memastikan segala penyelarasan kerja-kerja pembaikan jalan dan parit di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berjalan lancar.

Khalid berharap kedua-dua pegawai yang baru dilantik ini akan bekerja keras mencapai tahap perkhidmatan terbaik dan berkesan untuk rakyat Selangor.

Pemimpin BN Terlibat Bawa RM1.07 Trilion Keluar Negara?

Posted: 18 Jan 2012 09:15 PM PST

Oleh TVSelangor


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Selayang, William Leong mempertikaikan samaada ada dikalangan pemimpin BN terlibat dalam pengaliran wang haram keluar negara berjumlah USD291 bilion (RM1.07 trilion) sejak 10 tahun lalu.

Katanya berdasarkan pendedahan Bank Negara bahawa pengaliran wang haram tersebut membuktikan tiada usaha dilakukan oleh kerajaan BN untuk menangani isu tersebut.

"Pengaliran wang haram ke luar negara dalam tempoh 10 tahun berjumlah USD291 bilion (RM1.07 trilion) membuktikan amalan rasuah dan aktiviti haram di negara ini berlaku secara berleluasa.

"Saya pertikai ketelusan kerajaan BN yang tidak mengambil sebarang tindakan drustik berhubung hal ini.

"Apakah hal ini tidak diambil tindakan disebabkan oleh ramai pemimpin BN terlibat. Inilah persepsi rakyat sekiranya kerajaan bersikap lepas tangan dan tidak mengambil sebarang usaha untuk menghentikan kegiatan yang merugikan negara ini.

Kata William, Pakatan Rakyat merasa amat kesal dan bimbang dengan pengaliran aset negara tersebut.

"Amat membimbangkan apabila Malaysia di istihar sebagai negara ke lima di dunia menjadi pusat pengaliran wang haram.

"Jumlah ini bukan sedikit tetapi amat besar serta memberikan imej buruk kepada negara dimata antarabangsa.

"Secara tidak langsung menjadikan negara ini sebagai pusat kegitan haram antarabangsa yang gagal ditangani oleh kerajaan." kata beliau ketika di hubungi TV Selangor.

Beliau yang juga seorang ahli ekonomi berkata masalah pengeluaran wang haram yang telah berlaku sekian lama dinegara ini tidak ditangani oleh kerajaan BN.

"Mengapa isu ini tidak ada pemimpin BN yang bersuara untuk mengatasinya kerana sudak 10 tahun negara berhadapan masalah ini." ujar beliau

Katanya, tidak sukar untuk mengenal pasti isu tersebut kerana transaksi pengaliran wang haram tersebut boleh dilakukan oleh pihak Bank Negara dan Kementerian Kewangan.

"Saya bimbang ada komplot yang besar yang beroperasi di negara ini dan saya menyeru supaya kerajaan segera bertindak menghalang kegiatan ini." tegas beliau

Dalam pada itu beliau berkata sekiranya Pakatan Rakyat di pilih menerajui negara dalam pilihanraya akan datang, usaha untuk memburu dan mengatasi masalah ini akan diberi perhatian utama.

"Kita tidak mahu wang negara dan aset negara dikhianati oleh mereka yang tidak bertanggungjawab." katanya

Tiada ulasan: