Rabu, 18 Januari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Jika Abaikan Kebersihan, BERKAM Boleh Sebarkan HIV, AIDS

Posted: 18 Jan 2012 05:00 AM PST

Saya petik:

[Kosmo] KOTA BHARU - Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati menggunakan khidmat bekam pengamal perubatan alternatif bagi mengelak risiko penyakit berjangkit termasuk HIV dan AIDS.

Pensyarah Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail (gambar kecil) berkata, peralatan seperti jarum yang digunakan dalam rawatan tersebut boleh mengundang jangkitan pelbagai penyakit berbahaya.

Menurut beliau, ia berikutan peralatan yang digunakan oleh pembekam tidak diketahui tahap kebersihannya malah ada yang menggunakan jarum sama berulang kali.

"Di mana-mana sahaja ada perkhidmatan berbekam pada masa sekarang tetapi kita harus bijak memilih, kerana jarum, pisau atau cawan yang digunakan apabila terkena darah pembawa pelbagai penyakit dan jika ia digunakan semula, penyakit itu boleh tersebar kepada orang lain.

"Saya harap pengamal perubatan alternatif ini supaya lebih bertanggungjawab dan memastikan peralatan yang digunakan benar-benar bersih supaya penyakit tidak disebarkan kepada orang lain," katanya ketika ditemui semalam.

Ab. Aziz berkata, beliau kini mengetuai lima pakar daripada universiti tersebut yang sedang menjalankan kajian secara saintifik mengenai kebaikan berbekam mengikut kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.



Samun, Culik, Kurung, Rogol, Rakam Gambar Bogel

Posted: 18 Jan 2012 03:30 AM PST

Sekadar hiasan.

Saya petik:

[SH] SHAH ALAM – Disamun, diikat mata, dikurung, dirogol dan gambar bogel dirakam, adalah detik hitam dilalui seorang wanita yang merupakan pelatih sebuah bank dalam kejadian 9 Januari lalu.

Mangsa yang berumur 24 tahun sebelum kejadian malang itu memandu kereta bersendirian menuju ke Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter Shah Alam di Seksyen 19, kira-kira jam 6 pagi.

Difahamkan, setiap hari mangsa menaiki komuter untuk ke tempat kerjanya di ibu negara.

Menurut sumber, ketika mangsa baru meletakkan kenderaannya, datang sebuah kenderaan lain dinaiki dua lelaki.

"Suspek menarik keluar mangsa dan terus mengacukan sebilah parang di lehernya. Suspek meminta wang tetapi mangsa mengatakan duit di dalam bank.

"Berang dengan pengakuan tersebut, suspek mencabut tudung mangsa dan mengikat matanya. Mangsa dibawa lari menaiki kereta dengan niat untuk membawanya ke bank," katanya.

Menurutnya, suspek bagaimanapun tidak membawa mangsa ke bank, sebaliknya membawa wanita itu ke sebuah rumah yang tidak dikenal pasti.

"Mangsa terus dikurung di dalam sebuah bilik. Kemudian, datang seorang lagi suspek, merogol dan merakam gambar bogel mangsa,
" katanya.

Sumber berkata, sebelum didata­ngi suspek ketiga, mangsa dipaksa meminta wang daripada keluarga atas alasan salah seorang penjenayah itu berhutang dengan ah long, RM2,000.

"Selepas dirogol dan diugut, mangsa menelefon teman lelakinya dan meminta wang RM500," katanya.

Menurutnya, suspek membawa mangsa untuk mengeluarkan wang tersebut sebelum ditinggalkan di Stesen KTM Komuter Batu 3, dalam keadaan tidak bermaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.


P/s: Kasihan! 
Lahanatlah kepada penjenayah-penjenayah itu!

[PANAS] Hasan Ali Hantar Surat kepada MB Pertikai Pemecatannya! Kata "Saya rela dipecat"

Posted: 18 Jan 2012 12:48 AM PST


Saya petik:

[MK] Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau ada menerima surat daripada Datuk Hasan Ali - yang dipecat sebagai ahli PAS - yang berpendapat bahawa pelantikan exco baru sebagai penggantinya, mungkin terlalu awal kerana beliau masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Majlis Syura PAS.

"Saya telah menjawab surat tersebut dengan menyatakan keputusan saya menggugurkan beliau adalah lanjutan dari keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PAS pusat pada 8 Januari 2012 yang melucutkan beliau sebagai ahli PAS.

"Surat dari Jawatankuasa PAS bertarikh 10 Januari 2012 telah mengesahkan keputusan pemecatan beliau berkuatkuasa serta-merta dan isu rayuan tidak dinyatakan dalam surat berkenaan," kata Abdul Khalid.

Beliau memberitahu demikian dalam sidang media selepas majlis pelantikan ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai exco kerajaan negeri yang baru di Istana Bukit Kayangan pagi ini.

"Proses rayuan adalah amalan yang dipraktikkan oleh PAS sebagai sebuah parti politik dan saya percaya ianya tidak bermaksud memberi sebarang prasangka kepada kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri.

"Saya berharap Dr Hasan menerima keputusan ini dengan berlapang dada dan mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih di atas peranan yang beliau laksanakan ketika berkhidmat sebagai ahli MMKN," tegas menteri besar sambil menambah bahawa beliau telah menjawab surat itu kepada Hasan.

Khalid berkata beliau berharap  pelantikan Dr Ahmad Yunus ini akan menguatkan lagi barisan pimpinan negeri Selangor dalam melaksanakan reformasi pentadbiran dan pengurusan negeri.

Ditanya mengenai status jawatan timbalan  pengerusi Majlis Agama Islam Selangor yang dipegang Dr Hasan yang juga ADUN Gombak Setia, Khalid berkata: "Terpulang kepada rancangan Tuanku Sultan".

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris shah adalah pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak turut menafikan pihaknya tidak mampu untuk mengambil alih tugas yang dipegang Hasan sebelum ini sehingga beberapa tugas dan jawatan diserahkan kepada pesuruhjaya Dr Abdul Rani Osman dan  ADUN Bandar Baru Bangi, Dr Shafie Abu Bakar.

"Tidak ada.. sebab ia lebih senang dan lebih baik. Dahulunya boleh jadi Datuk Dr Hasan juga (sebagai) delegasi.

"Sekurang-kurang, orang yang saya pilih adalah orang yang mempunyai kualiti dan juga tahap (kelayakan) yang saya mahu... Pengurus yang baik mesti memilih orang yang baik," katanya sambil mmembacakan biodata Dr Shafie kepada pemberita.

Dr Abd Rani yang juga ADUN Meru dilantik sebagai pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL), manakala Dr Shafie Abu Bakar pula dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan (PADAT). Kedua-dua jawatan tersebut dipegang oleh Hasan sebelum ini.

Ditanya sama ada beliau berasa "selesa" selepas pengguguran Hasan, Khalid yang juga ADUN Ijok berkata: "Saya tidak komen soalan spekulasi".



P/s: Apa sudah jadi dengan Hasan Ali? Bercakap di media, dia dengan nada yakin dan mungkin juga angkuh mengatakan bahawa dia tidak akan merayu untuk kembali menjadi ahli PAS. Namun, pengakuan itu berlainan dengan isi suratnya yang dihantar kepada MB Selangor menyatakan ruangnya merayu keahliannya sebagai ahli PAS, selain rmempertikaikan penggugurannya sebagai exco.

Kah kah kah!

Tiada Ahli PAS Keluar Parti Kerana Kecewa Pemecatan Hasan Ali

Posted: 18 Jan 2012 12:35 AM PST


Saya petik:

Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak, Salehuddin Mohd Nasir menafikan dakwaan kononnya lebih 100 ahli PAS daripada cawangan Kampung Kerdas Dua, meninggalkan parti Islam itu dan menyertai Umno.

Tindakan itu dikatakan kononnya disebabkan berlakunya pemecatan ADUN Gombak Setia, Datuk Hasan Mohamed Ali yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor.

"Kita menafikan sekerasnya kemasukan mereka dalam Umno akibat kekecewaan apabila ADUN Gombak Setia Datuk Hasan Ali dipecat daripada PAS baru-baru ini," kata Salehuddin yang disiarkan di Harakahdaily.

Katanya, fakta sebenar adalah pilihan raya umum ke-12 yang lalu pada 2008, PAS Gombak telah menerima 37 borang permohonan keahlian daripada ahli Umno.

Daripada 37 orang hanya 20 orang sahaja yang menyertai Umno dalam majlis yang diadakan di Kampung Kerdas Dua baru-baru ini.

Salehuddin berkata, mereka sebenarnya ahli Umno dan penyokong Umno.

"Bukti mengatakan mereka adalah ahli Umno melalui penyemakan yang telah kita buat dalam daftar ahli PAS di DUN Kawasan Gombak," katanya.

Portal rasmi PAS itu juga memetik Sallehuddin berkata penyingkiran Hasan Ali dalam parti tidak akan merencatkan PAS Gombak untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Kita sentiasa melatih ahli agar sentiasa ikhlas berjuang kerana Allah SWT, bukan kerana orang, dan bukan untuk kepentingan yang lain terutamanya dalam bentuk material dan kebendaan," katanya lagi.


P/s: Kasihan Hasan Ali. Kalau begitu, siapa yang akan mendengar pembongkarannya nanti?



Mengapa MB Selangor Ambil Alih Portfolio Hal Ehwal Islam?

Posted: 17 Jan 2012 11:45 PM PST


Apabila PAS membuat keputusan memecat Hasan Ali sebagai ahli parti, saya yakin keputusan itu amat tepat. Apabila MB Selangor menghadap Sultan dan baginda memperkenankan jawatan yang dipegang HA digugurkan, saya yakin keputusan itu amat tepat. Namun apabila MB Selangor membuat rombakan kecil dan mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam dan hanya mengamanahkan portfolio Adat-adat Melayu, Belia dan Sukan kepada pengganti HA, iaitu Dr. Ahmad Yunus Hairi, saya yakin keputusan itu kurang tepat. Berita itu boleh dibaca di sini.

Tindakan MB Selangor mengambil alih portfolio itu daripada exco PAS akan memberikan ruang dan peluang kepada musuh politik PAS dan PR memainkan isu ini. HA yang mungkin gagal memainkan isu penggantinya selepas jawatan itu diambil alih oleh Dr Ahmad Yunus, bukannya Dr Rani mendapat modal baru untuk siri jelajahnya. Kredibiliti dan peranan PAS akan dipertikaikan oleh puak-puak UMCO. Orang akan mempersoal kelayakan dan kesesuaian Tan Sri Khalid memegang portfolio itu. Malah tidak hairan jika dalam tempoh 2-3 hari ini, blog-blog UMCO akan memainkan isu secukup-cukupnya.

Mengapa Tan Sri Khalid mengambil alih portfolio itu? Adakah beliau masih trauma dengan tindakan HA dalam isu arak dan gereja sebelum ini? Saya tidak mahu mengulas panjang, cukuplah sekadar menimbulkan persoalan. Dalam keadaan Najib begitu rancak menjalankan strategi merampas Selangor, kita tidak mahu kedengaran di TV, di akhbar, dan di blog pencacai kata-kata "Tindakan Khalid mengesahkan PAS tiada peranan dalam hal ehwal Islam" atau "Sah PAS dipinggirkan dalam soal Islam di Selangor" atau "Musnahlah akidah umat Islam di bawah PKR" atau macam-macam lagi kenyataan yang dikeluarkan untuk kepentingan politik BN di Selangor. Saya yakin keadaannya tentu berbeza jika Tan Sri Khalid menyerahkan portfolio yang pernah dipegang oleh HA itu kepada Dr. Ahmad Yunus. -DCM



Segalanya Terbongkar Apabila Si Anak Berkata, "Ustazah saya berzina dengan bapa"

Posted: 17 Jan 2012 10:00 PM PST


Saya petik:

[HM] SHAH ALAM: Seorang bekas pegawai pendakwa mencium kaki anak tirinya selepas Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun berikutan mengaku salah merogol kanak-kanak berusia 11 tahun itu di rumahnya di Seksyen 17, di sini.

Tertuduh berusia 59 tahun itu berbuat demikian bagi memohon maaf terhadap mangsa yang dirogolnya sejak berusia enam tahun. Sambil menangis teresak-esak di atas lantai, lelaki itu melahirkan perasaan kesal terhadap perbuatannya sambil disaksikan isterinya yang juga ibu mangsa.

Berdasarkan fakta kes, hubungan terlarang itu pernah disaksikan isterinya, tetapi tidak diendahkan.

Bagaimanapun, 'drama' tidak berakhir di situ apabila ibu mangsa memeluk erat anaknya tidak rela berpisah dengan mangsa yang diletakkan di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Lelaki itu yang pernah berkhidmat dengan agensi kerajaan didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Seksyen 17, di sini, pada waktu pagi, antara 2005 dan 30 April tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tangkapan tertuduh pada 8 Mei tahun lalu. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Asmary Abdul Rahim memohon hukuman berat kerana tertuduh sepatutnya melindungi anak tirinya sebaliknya merogol mangsa. Malah, mangsa pernah mengadu kepada ibunya, tetapi dimarahi.

Katanya, kejadian menyebabkan mangsa trauma dan memberi tanggapan negatif terhadap anaknya.

Bagaimanapun, peguam bela, Mohd Hidir memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya tua dan menghidap penyakit jantung, kencing manis serta buah pinggang.

Katanya, pengakuan salah lelaki itu juga sudah menjimatkan masa dan kos mahkamah. "Tiada alasan atas apa yang berlaku, cuma tertuduh amat kesal. Dia bertanggungjawab (atas kesalahan itu)," katanya. 

Berdasarkan fakta kes, tembelang tertuduh pecah apabila mangsa menceritakan kepada ustazahnya bahawa dia 'berzina' dengan bapanya selepas mempelajari perkara yang membatalkan puasa ketika pendidikan agama.

Ustazah itu merujuk kepada guru kelas sebelum membuat laporan polis.

Siasatan mendapati, kejadian berlaku ketika ibu mangsa tiada di rumah. Malah, ibu mangsa mengetahui kejadian itu tetapi mendiamkan diri dan berpura-pura ia tidak berlaku, malah memarahi anaknya.

Mangsa menyatakan tertuduh mengugut menghentak kepalanya ke dinding jika tidak memenuhi permintaan mengadakan hubungan seks, selain mengemukakan kondom diberikan tertuduh kepadanya.



P/s: Mengapa si ibu yang jelas bersubahat masih belum dikenakan tindakan?

Budak Perempuan 15 Tahun dengan 2 Lelaki di Hotel Bajet, Bikin Apa?

Posted: 17 Jan 2012 08:28 PM PST

Sekadar hiasan.

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang ayah selepas mendapat tahu anak gadisnya berusia 15 tahun yang lewat pulang ke rumah sebenarnya menginap di hotel bajet di Taman Desa bersama dua lelaki.

Malah, remaja bawah umur itu turut mengakui mengadakan hubungan seks dengan seorang daripada lelaki itu, semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, pekerja kilang berusia 39 tahun itu bersama rakan baik anaknya pergi ke hotel berkenaan sebaik mendapat tahu anaknya berada di hotel itu.

Menurut sumber, dia pada mulanya menyangka anak gadisnya itu lewat pulang dari sekolah kerana mengulang kaji pelajaran sebelum menghubungi rakan baik anaknya untuk mengetahui ke mana anaknya itu pergi.

"Lelaki berkenaan terkejut selepas dimaklumkan anaknya berada di bilik hotel di kawasan berhampiran sebelum mengajak rakan anaknya pergi ke hotel itu.

"Namun sebaik pintu bilik hotel dibuka, dia terkejut mendapati anaknya berada bersama dua lelaki.

"Tergamam melihat keadaan itu, lelaki terbabit terus bertindak menahan kedua-dua rakan anaknya itu, namun seorang daripada mereka berjaya melarikan diri," katanya.

Sumber berkata, lelaki itu kemudian membawa anaknya dan rakan lelakinya itu untuk membuat laporan di Balai Polis Petaling.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.



P/s: Sila ambil pengajaran kerana remaja yang lemah imannya, lemah jati dirinya, kurang mendapat perhatian ibu bapa  berlumba-lumba memecahkan dara dan teruna!

Bukan Dr. Rani Ganti Hasan Ali untuk Jawatan Exco Negeri Selangor

Posted: 17 Jan 2012 07:22 PM PST

 
Saya petik:

SHAH ALAM, 18 Jan: Dr Ahmad Yunus Hairi, Adun Sijangkang mengangkat sumpah sebagai Exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Nama Dr Yunus telah diperkenankan oleh Sultan Selangor dan mengangkat sumpah di hadapan baginda Sultan hari ini.

Beliau dijangka akan menyertai mesyuarat Exco pertamanya selepas mengangkat sumpah.

Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor diadakan Bilik Singgahsana, Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Turut berada di majlis ini adalah Adun Meru Dr Abdul Rani Osman yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dan pimpinan kerajaan negeri yang lain.

Sebelum ini, Dr Ahmad Yunus adalah Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Sumber Manusia yang Exconya adalah Dr Halimah Ali. Di bawah portfolio ini, Dr Ahmad Yunus banyak membantu Halimah dalam urusan Briged Amal, Gems dan lain-lain projek di bawah Exco ini.

Dr Yunus juga menjaga urusan belia negeri Selangor yang portfolionya dipegang oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri.

Perlantikan Dr Ahmad Yunus dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang kepada Menteri Besar Selangor berdasarkan kouta kerusi ini adalah milik PAS.

Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, Dr Ahmad Yunus mengalahkan calon BN yang juga bekas Exco Selangor, Datuk Abdul Fatah Iskandar dengan majoriti 2,081 undi.

Dalam pilihan raya umum 2004, Abdul Fatah mengalahkan Dr Ahmad Yunus di kerusi Dun yang sama.
 
Perawakan


Dr Ahmad Yunus berperawakan lemah lembut namun tegas dan mengutamakan perkhidmatan kepada masyarakat.

(Gambar: Dr Ahmad Yunus menerima watikah perlantikan dari Tuanku Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan.)

Semasa menjadi Pembantu Exco kepada Dr Halimah, beliau banyak melibatkan diri dalam pembangunan belia.

Ketegasannya boleh dilihat melalui tindakannya menyaman Datuk Abdul Fatah Iskandar yang didakwanya memfitnah beliau melalui Berita Harian beberapa hari menjelang pilihan raya umum tahun 2004 lalu.

Ekoran itu, Mahkamah Sesyen Klang merekodkan persetujuan Datuk Fatah Iskandar, akhbar Berita Harian dan kumpulan NSTP Press membayar gantirugi RM55,000 tanpa pengakuan liabiliti kepadanya.

Persetujuan itu direkodkan oleh pihak yang terlibat iaitu Dr Ahmad Yunus sebagai plaintif melalui peguamnya Mohamed Hanipa Maidin dan para defendan iaitu Datuk Abdul Fatah Haji Iskandar, Kalimullah Hassan dan The News Straits Times Press (Malaysia) Berhad.

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/400911_10150532516903901_38012338900_8792568_753099611_n.jpg

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/405818_10150532495468901_38012338900_8792540_1044002532_n.jpg
ADUN Sijangkang YB Dr. Yunus Ahmad Hairi mengangkat sumpah sebagai Ahli Exco yang baharu di hadapan DYMM Sultan Selangor di Istana Kayangan pagi ini.

 

P/s: Tahniah!



Angkara Pemandu Lori Berahi VCD Lucah, Sepasang Suami Isteri Terkorban

Posted: 17 Jan 2012 06:34 PM PST


Saya petik:

REMUK...keadaan kenderaan selepas  kemalangan di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, semalam.
REMUK...keadaan kenderaan selepas kemalangan di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, semalam.

[HM] JOHOR BAHRU: Keasyikan seorang pemandu lori pasir menonton cakera padat video (VCD) lucah pada skrin mini kenderaannya ketika memandu dikatakan menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan lain dan mengorbankan sepasang suami isteri di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, lori berkenaan dalam perjalanan ke Singapura sebelum kecuaian pemandunya menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbabas dan berlanggar dengan sebuah lori lain, dua kereta serta dua motosikal, termasuk motosikal dinaiki pasangan suami isteri yang maut itu.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir tiga jam manakala usaha mengeluarkan mayat pasangan suami isteri terbabit dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, suami isteri yang terbunuh itu dalam perjalanan ke tempat kerja dan mereka mati di tempat kejadian manakala seorang penunggang motosikal lain parah.

Menurutnya, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai K Vijaya, 34, dan isterinya, S Hemalatha, 27, dari Bukit Indah, di sini, manakala mangsa yang parah, lelaki berusia 32 tahun belum dikenal pasti identitinya dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

"Lori pasir yang dipandu lelaki itu mempunyai skrin mini LCD dan kita sedang menyiasat dakwaan dia memandu sambil menonton VCD lucah. Kami sedang mengesan VCD lucah yang didakwa berada dalam lori berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurut Ruslan, pemandu lori terbabit ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian dan beliau meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.

Sementara itu, bapa mangsa yang dikenali sebagai Muruandy, 54, berkata, kejadian yang menimpa Vijaya dan menantunya adalah tragedi buruk bagi keluarganya kerana kedua-duanya maut sekelip mata.

"Setiap hari mereka ke tempat kerja dengan menaiki motosikal dan saya tidak menyangka rutin harian itu menjadi tragedi. Saya sedih mengenangkan nasib tiga cucu yang masih kecil, berusia bawah 12 tahun," katanya.


 

Tiada ulasan: