Rabu, 18 Januari 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Mana Ada Pemimpin Seperti TG Nik Aziz Sekarang

Posted: 18 Jan 2012 04:44 PM PST

KUALA LUMPUR, : Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diakui sebagai pemimpin terbaik di seluruh dunia masa kini, dengan penilaian terhadap sikap dan prestasinya yang memuaskan dalam pelbagai sudut.

Lebih membanggakan apabila sikap dan prestasi yang memuaskan itu berjaya dipertahankan oleh Nik Aziz sejak mula menjadi Menteri Besar Kelantan sehingga kini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dengan sikap dan prestasinya yang membangggakan itu menjadikan orang yang seperti Nik Aziz amat sukar ditemui di dunia ini.

"Mana ada pemimpin seperti Nik Aziz di dunia ini sekarang? Dah 20 tahun lamanya menjadi Menteri Besar, tapi Tuan Guru Nik Aziz tetap tidak ada tanah, tak ada balak, tak ada wang yang banyak dan rumah mewah," katanya.

Kalau orang lain, menurut beliau, setelah 20 tahun menjadi menteri besar atau memegang tampuk kuasa, pasti akan mengambil kesempatan untuk mengaut kekayaan diri dan keluarga seperti yang sering berlaku di seluruh dunia.

Katanya, kemunculan Mursyidul Am PAS itu sebagai menteri besar yang bersih berpunca dari potensi dirinya sendiri selaku manusia yang kuat berpegang kepada agama, guru agama dan sejajar dengan penglibatannya dengan perjuangan bersama parti Islam atau PAS.

"Tanpa pegangan kuat kepada agama, tidak akan lahir kekuatan iman, kemantapan rohani sehingga menjadikan Nik Aziz muncul sebagai pemimpin yang bersih dari rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pelbagai unsur negatif lain," tegasnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut berbangga kerana Menteri Besar Kelantan dari PAS itu bukan sekadar muncul sebagai pemimpin bersih dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa, tetapi juga dapat memimpin serta mentadbir kerajaan dengan cemerlang.

"Walaupun ada orang kata ustaz atau guru agama tak boleh jadi pemimpin kerajaan, tetapi Nik Aziz telah membuktikan bahawa guru agama juga layak, malah lebih berkelayakan menjadi pemimpin," tegasnya yang juga Ketua Umum PKR.

Ketika berucap pada acara Ucapan Penggulungan Pimpinan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Alor Setar, Kedah, Sabtu lalu, beliau turut menyebut perkara itu dan disambut tepukan gemuruh daripada lebih 2,000 perwakilan.

Dengan kecemerlangan sikap dan prestasi yang ditunjukkan oleh Nik Aziz itu, tegasnya, ia sekali gus boleh mematikan dakwaan pihak-pihak tertentu yang sering mempertikaikan kemampuan golongan agama atau ulama menjadi pemimpin.

"Kini setelah 20 tahun menjadi menteri besar, Nik Aziz ternyata lebih berkebolehan menjadi pemimpin berbanding pemimpin-pemimpin dari Umno BN sehingga menjadikan Kelantan jauh lebih baik setelah berada di bawah PAS atau Pakatan Rakyat berbanding di bawah BN," tegasnya.

Beliau turut memuji sikap dan prestasi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Kesemua Menteri Besar dan Ketua Menteri yang berada di bawah Pakatan Rakyat ternyata mempunyai sikap yang baik, bebas dari rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya sehingga menjadikan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada yang berada di bawah BN," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Beliau yakin prestasi baik yang ditunjukkan oleh kesemua Menteri Besar dan Ketua Menteri yang memegang tampuk pemerintahan di negeri-negeri yang berada di bawah pakatan itu akan dapat dipertahankan oleh kesemua mereka yang terbabit, selaras dengan perjuangan Pakatan Rakyat untuk membela rakyat, bukan untuk mengaut kepentingan peribadi.

PAS sedia ‘rampas’ yang belum menang, pertahankan sedia ada

Posted: 18 Jan 2012 04:34 PM PST

KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu akan mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen yang dimenanginya serta 'merampas' kerusi-kerusi yang tewas daripada Barisan Nasional (BN).
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata PAS Terengganu akan bekerja bersungguh-sungguh bagi mengekalkan kerusi-kerusi Dun dan Parlimen yang dimenangi.

Dalam masa sama, katanya berusaha merampas kembali kerusi-kerusi yang PAS kalah dan dimenangi oleh Umno-BN.

"Kita (PAS) bekerja bersungguh-sungguh sekarang. Jentera parti kita akan pertahankan semua lapan kerusi Dun dan dua kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Masa yang sama, kita (PAS) berusaha untuk menang dan rampas kerusi-kerusi yang kalah ditangan BN, Insya'Allah," tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berpuas hati dengan sokongan serta sambutan masyarakat Tionghua terhadap PAS dan Pakatan Rakyat hari ini.

Kata Abdul Wahid, penerimaan pengundi Cina dan India di Dun Bandar Kuala Terengganu cukup memberangsangkan berbanding tahun sebelumnya.

"Saya hari ini, buat lawatan ziarah sempena orang Tionghua hendak sambut Tahun Baru Cina 2012. Sambutan sangat baik dan mesra dengan kita (PAS).

"Saya masih yakin, mereka (pengundi Cina) akan buat perubahan dalam pilihan raya akan datang, Insya'Allah," jelasnya sempena lawatan temu mesra dengan mengagihkan limau mandarin dan angpau kepada penduduk di Kampung Cina, 17 Januari lalu.

Menurutnya, sudah tiba masa rakyat boleh menyatakan pilihan hati memilih PAS-Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 'Asal Bukan Umno' (ABU).

Turut serta mengiringi beliau menemui masyarakat Tionghua di sekitar Kampung Cina tersebut Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing, pimpinan Parti KeADILan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Terengganu dan Muslimat PAS Dun Bandar. -BO

Terjah! Peguam Rais Yatim kantoi berbohong dalam media?

Posted: 18 Jan 2012 04:33 PM PST

BEBERAPA hari lalu blogger Sharpshooter yang sebelum ini disaman oleh Rais Yatim berhubung isu dakwaan merogol amah dikatakan telah melarikan diri daripada menerima dokumen saman menghina mahkamah.

Oleh kerana berita ini disiarkan di Utusan Malaysia, maka kita wajib merasa ragu kerana akhbar ini sering kali menyebarkan cerita tipu unuk memperbodohkan rakyat.

Di bawah ini printscreen laporan akhbar yang dipetik dari portal Utusan Malaysia. Kononnya blogger Sharpshooter atau nama sebenarnya Amizuddin Amat, dilaporkan telah melarikan diri dan mengelak dari menerima dokumen dari peguam Rais.




Sharpshooter benar-benar terkejut dengan laporan berita ini sebaik sahaja ditunjukkan kepada beliau. Blogger tersebut berasa hairan, sejak bila beliau lari atau menghilangkan diri?

Oleh kerana tidak berpuas hati, Amizuddin Amat (Sharpshooter) ditemani oleh tiga orang rakannya telah pergi sendiri ke pejabat Peguam Rais Yatim di Alamat 25, Jalan Tunku, Bukit Tunku Kuala Lumpur untuk meminta dokumen saman tersebut.

Namun peguam Rais Yatim atau nama sebenarnya Mohd Shafie dilihat terkedu dengan kehadiran Sharpshooter di pejabatnya untuk mendapatkan dokumen saman yang heboh disiarkan dalam Utusan Malaysia itu.

Peguam Rais dilihat berdolak dalih dan meminta Sharpshooter hadir ke mahkamah keesokkan harinya untuk mendapatkan dokumen itu. Dalam media pung pang pung pang kata Sharpshooter lari, bila Sharpshooter datang minta sendiri tak boleh nak bagi?

Salah seorang rakan blogger tersebut sempat merakamkan sebahagian adengan berdolak dalih Peguam Rais. Saksikan sendiri rakaman di bawah ini.

Peguam Rais kata tujuh kali hantar dokumen saman tetapi gagal kerana Sharpshooter hilangkan diri. Tapi bila Sharpshooter datang sendiri ke pejabat, dia terkedu melilau cari alasan.

Kalau Sharpshooter takut dan nak hilangkan diri tak adanya dia berani datang sendiri pejabat mintak dokumen saman tu. sumber Milosuam

Skandal NFC: Cutikan Shahrizat, Strategi Najib Untuk Selamatkan Kroni

Posted: 18 Jan 2012 04:26 PM PST

Keputusan untuk merehatkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil adalah strategi Datuk Seri Najib Razak untuk menyelamatkan Ketua Wanita Umno itu dalam skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

Ini kerana katanya, Shahrizat hanya dicutikan selepas lebih tiga bulan skandal itu didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010.

"Mengapa kini baru Shahrizat merancang cuti sedangkan telah digesa banyak pihak agar beliau mengundurkan diri sewaktu isu ini didedahkan awal dahulu.

"Kelulusan permohonan cuti ini jelas satu lagi pelan strategi Datuk Najib untuk menyelamatkan Shahrizat, NFC dan kroninya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, keputusan untuk bercuti itu sudah terlambat, sebaliknya Shahrizat perlu segera berundur kerana skandal itu telah diketahui umum.

"Shahrizat harus sedar, tindakannya ini sudah terlambat kerana rakyat kini sudah mula bersuara menuntut penjelasan.

"Atas dasar hormat politik, saya sarankan Shahrizat segera mengundurkan diri secara terhormat," tegas Ahli Parlimen Ampang ini.

NFC- yang dimiliki suami dan anak-anak Shahrizat menerima pinjaman mudah sebanyak RM250 juta dari kerajaan pada 2007, namun sebahagiannya didakwa telah diselewengkan.

Ia termasuk pembelian kondominium mewah di Kuala Lumpur dan Singapura berharga RM23 juta, pembelian tanah di Putrajaya, pembelian kereta mewah Mercedez Benz, membayar keahlian kelab golf dan pelbagai transaksi meragukan.

Terbaru, KEADILAN mendedahkan hampir RM600,000 digunakan dari dana NFC untuk membiayai kad kredit ahli keluarga Shahrizat pada 2009
.

Selain Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meluluskan pinjaman itu, turut terlibat dalam skandal ini, ialah Perdana menteri sendiri selaku Pengerusi Projek Impak Tinggi yang meluluskan projek berkenaan. -KD


PKR: Segalanya sudah terlambat, Shahrizat


Tindakan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang diselubungi isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) bercuti daripada menjalankan tugas sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dianggap sudah terlambat.


Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata, mengapa kini baru Shahrizat bercuti sedangkan telah digesa banyak pihak supaya berundur sewaktu isu itu didedahkan sejak awal.


"Beliau harus sedar bahawa segala tindakannya kini sudah terlambat dan rakyat kini sudah mula bersuara menuntut penjelasan," katanya sambil menyifatkan "nasi sudah menjadi bubur".


Zuraida berkata, Shahrizat harus sedar bahawa rakyat kini sudah mula bersuara menuntut penjelasan dan atas dasar "hormat politik" senator itu digesa berundur secara terhormat.


Shahrizat memohon cuti rehat tiga minggu mulai 9 Januari sebagai menteri dan berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menjalankan siasatan sama ada beliau terlibat atau tidak dalam apa-apa keputusan kerajaan mengenai NFC.


Dalam kenyataannya hari ini, Zuraida juga mengandaikan percutian Shahrizat itu sebagai pelan strategi Datuk Seri Najib Razak "bagi menyelamatkan Shahrizat-NFC dan kroni".


"Walaupun setelah lebih seminggu Shahrizat Jalil bercuti, namun PM Najib dilihat seolah terus gentar untuk membuat keputusan terhadap beliau, NFC dan semua pihak yang terlibat dalam skandal projek industri daging negara ini.


"Malahan, mengapa kini baru Shahrizat merancang cuti sedangkan telah digesa banyak pihak untuk agar beliau mengundurkan diri sewaktu isu ini didedahkan awal dahulu," kata Zuraida, antara pemimpin PKR paling ke depan mengasak dengan isu itu. -mk

Najib 'restui' ancaman ke atas saya, dakwa Ambiga

Posted: 18 Jan 2012 04:26 PM PST


Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak "merestui" ancaman yang dibuat ke atas dirinya menjelang perhimpunan awam menuntut reformasi pilihan raya pada 9 Julai tahun lalu.

Sambil menceritakan pengalaman yang "mengerikan" itu kepada siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini, Ambiga berkata keselamatan peribadi dipertaruhkan.

bersih pc on jom 100 170112 ambigaMemetik laporan portal berita The Malaysian Insider, yang melaporkan Najib menyokong Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, sebuah organisasi kumpulan-kumpulan silat yang memberi amaran bahawa mereka akan berdepan dengan BERSIH 2.0 jika perhimpunan itu tidak dibatalkan.

"Saya percaya, jika ada musuh-musuh jahat yang mahu menyerang negara ini baik dari luar mahupun dari dalam, 'anak-anak lincah' akan bangkit melawan mereka," Najib dipetik berkata dua hari sebelum perhimpunan itu.

Pada 2 Julai tahun lalu, Ambiga berkata Najib juga melabel dirinya sebagai "ancaman kepada Islam" apabila beliau berkata: "Siapa yang tidak kenal Ambiga? Beliau adalah pengancam Islam. Dan di bawah beliau ialah Mat Sabu."
Katanya, beliau juga dituduh menyokong mermutadkan umat Islam dituduh mewakili Azlina Jailani yang memeluk agama Kristian dan mengheret kerajaan ke mahkamah kerana enggan membenarkan wanita itu menukar namanya di kad pengenalan kepada Lina Joy.

"Terdapat juga desakan supaya kewarganegaraan saya dilucutkan, serangan oleh media yang dikawal oleh kerajaan dan saya percaya bahawa semua ini direstui oleh kerajaan," kata Ambiga.

Dalam mengukuhkan keterangannya, beliau juga mengemukakan laporan berita dan keratan akhbar mengenai 'pengumuman perkhidmatan awam' oleh Radio Televisyen Malaysia yang memomokkan BERSIH.

NONESelain itu, katanya kumpulan pendesak Melayu, PERKASA telah membakar gambarnya dan secara meluas mengedarkan risalah dengan perkataan tertera 'Awas! Ambiga wanita Hindu yang berbahaya '.

Katanya lagi, presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali juga memberi amaran kepada masyarakat Cina supaya tidak menyertai perhimpunan BERSIH dan menasihatkan mereka supaya tidak keluar rumah serta menyimpan bekalan makanan. -M'kini

Ceramah Terkini!! DSAI di Kedah (video wajib tonton)

Posted: 18 Jan 2012 06:37 AM PST








Portfolio agama: PAS S'gor yakin MB ambilalih sementara

Posted: 18 Jan 2012 06:34 AM PST



NONETimbalan pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A Samad yakin Menteri Besar Selangor membuat keputusan untuk mengambil alih portfolio hal ehwal Islam buat sementara waktu kerana untuk memberi masa kepada Dr Ahmad Yunus Hairi menyesuaikan diri sebagai exco.

"Potfolio tersebut membawa tanggungjawab yang berat dan memerlukan seorang exco yang dapat memberi tumpuan yang tidak berbelah bahagi," tulis Iskandar dalam laman facebooknya.

"Saya yakin menteri besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) akan menyerahkan potfolio tersebut kepada Dr Yunus pada masa yang sesuai," tegas beliau yang juga exco kerajaan negeri Selangor.

Iskandar juga yakin Dr Ahmad Yunus berupaya meneruskan perancangan dan kerja-kerja yang ditinggalkan oleh Datuk Dr Hasan Ali.

"Saya berharap orang ramai akan memberhentikan sebarang spekulasi berhubung portfolio yang penting ini," tambahnya.

Dr Ahmad Yunus yang juga ADUN Sijangkang dilantik menjadi exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Hasan yang digugurkan dari jawatan tersebut minggu lalu.

Dalam sidang akhbar selepas majlis berkenaan, Abdul Khalid mengumumkan bahawa Dr Ahmad Yunus akan bertanggungjawab terhadap portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan yang sebelum ini dipegangnya.

Manakala portfolio mengenai hal ehwal Islam, infrastruktur dan kemudahan awam akan disandang oleh Abdul Khalid.

BLOGGER UMNO SERTAI PAS!

Posted: 18 Jan 2012 06:31 AM PST

 
 
BLOGGER dan aktivis maya UMNO, Husaini Harun, yang terkenal dengan serangan-serangan terhadap PAS di alam maya sebelum ini, kini menyerahkan borang permohonan untuk menyertai PAS.

Borang diserahkan kepada Timbalan YDP PAS Kawasan Alor Setar, Haji Zulkifli Yahaya di pertemuan santai bloggers dan rakan maya PAS Daerah Kota Setar yang diadakan Pejabat PAS Kawasan Alor Setar.

Sementara itu satu majlis rasmi penyertaan beliau dan rakan-rakan muda secara beramai-ramai ke dalam PAS akan diadakan di kawasan DUN Bakar Bata

Sementara itu seorang lagi blogger UMNO Kedah dijangka menyertai PAS dalam masa terdekat. Penyertaan mereka ke dalam PAS merupakan pukulan terhadap kumpulan aktivis maya UMNO Kedah kerana mereka adalah anak didik kepada Dr. Novandri dan Papagomo dan telah menyertai banyak kem latihan cyber troopers UMNO.

Saya dengar lain, akhbar tulis lain - TG Nik Aziz

Posted: 18 Jan 2012 06:26 AM PST

KOTA BHARU, 18 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim penyokong 'gay' adalah karut.
Katanya, pihak media masih belum serik membuat fitnah terhadap Anwar walaupun usaha yang sama menerusi kes liwat telah tersungkur.

Katanya, apa yang beliau dengar kenyataan Anwar berhubung undang-undang gay berlainan dengan apa yang tersiar dalam media.

"Saya dengar Datuk Seri (Anwar) sebut benda lain tetapi surat khabar tulis benda lain.
"Sudahlah tuduhan liwat baru-baru ini memakan masa berpuluh tahun berakhir dengan sekelip mata, kali ini tak serik lagi nak buat tuduhan lain pula," ujarnya.

Beliau seterusnya mengingatkan pihak lawan untuk menyerang parti yang lain perlu menyerang dasar dan bukan batang tubuh atau peribadi.

"Menyerang manusia ini dipanggil mengumpat, tetapi politik ini diserang dasar oleh pihak lawan dan bukannya peribadinya.

"Serang dasar parti yang dipegang oleh Datuk Seri, itu perkara lain, ini tidak serang peribadi, semuanya kerja tak cerdik," ujarnya lagi.

Sebelum itu,Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan menerima kunjungan Menteri Pembangunan Pusat Bandar Kampung Baru dan Kewangan Negara China, Zhao Guang Qing, di pejabatnya tengah hari tadi.
Turut sama dalam kunjungan berkenaan, Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan bekas anggota Dewan Negara, Ahmad Rusli Ibrahim.

Sementara itu Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, BN sendiri ternyata gagal dalam menangani isu homoseksual ini.

Malah beliau mempersoal, apa tindakan kerajaan terhadap aktiviti terkutuk itu yang aktif beroperasi di sekitar Chow kit dan Lorong Haji Taib.

"Kalau benar kerajaan BN bersungguh menentang gay, kenapa di Lorong Haji Taib ini bersepah aktiviti ini.

"Saya nak katakan bahawa, undang-undang yang sedia ada ini gagal menangani permasalahan ini," katanya. -Hrkh

Tahniah...Dr Yunus ganti Hasan Ali

Posted: 17 Jan 2012 06:43 PM PST


SHAH ALAM, 18 Jan: Dr Ahmad Yunus Hairi, Adun Sijangkang mengangkat sumpah sebagai Exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Nama Dr Yunus telah diperkenankan oleh Sultan Selangor dan mengangkat sumpah di hadapan baginda Sultan hari ini.

Beliau dijangka akan menyertai mesyuarat Exco pertamanya selepas mengangkat sumpah.

Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor diadakan Bilik Singgahsana, Istana
Bukit Kayangan, Shah Alam.

Sebelum ini, Dr Ahmad Yunus adalah Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Sumber Manusia yang Exconya adalah Dr Halimah Ali.



NONEPerlantikan Dr Ahmad Yunus dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang kepada Menteri Besar Selangor.

Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, Dr Ahmad Yunus mengalahkan calon BN yang juga bekas Exco Selangor, Datuk Abdul Fatah Iskandar dengan majoriti 2,081 undi.

Dalam pilihan raya umum 2004, Abdul Fatah mengalahkan Dr Ahmad Yunus di kerusi Dun yang sama. -Hrkh


Bersihkan Malaysia

Posted: 17 Jan 2012 04:54 PM PST


              Pada 22 RabiulAwwal 1431 bersamaan 8 Mac 2010 yang lalu saya telah merakam suatu pengharapan bersempena dua tahun usia Pakatan Rakyat yang terbina dan mencorakkan politik Malaysia pasca PRU-12.
 
Mengingati semula apa yang saya tegaskan dalam rakaman pengharapan tersebut, saya ulangi: "Perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam. Malah, Umno dilihat jelas mengkhianati perjuangan Islam apabila tidak berubah-ubah tindakan memfitnah PAS, misalnya menuduh PAS menjadi tunggangan DAP dan membuang matlamat negara Islam."

Atas sebab tersebut, Umno tidak layak menjadi rakan PAS dan jauh sama sekali untuk dijemput menjadi rakan dalam Pakatan Rakyat.


Pilihan Raya Harmoni

Saya kekal dengan keyakinan bahawa kerjasama politik Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Meskipun di sebalik proses pilihan raya yang berjalan sekarang nampaknya paling tidak adil dan penuh dengan pelbagai spekulasi yang mendera dan menekan PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat.

Justeru, kenangan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 lalu perlu dipersegarkan, meskipun pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib telah menggunakan taktik melengah-lengah menerusi pengisytiharan Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen ke arah penambahbaikan pilihan raya. Ia suatu usaha yang patut diragui keikhlasannya.

Ia tidak lebih daripada taktik mengalih perhatian umum supaya rakyat tidak menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya dengan proses pilihan raya yang diamalkan selama ini. Apa yang jelas, ia suatu taktik supaya rakyat melupai lapan perkara tuntutan Bersih 2.0!

Maka, sukacita saya rakamkan balik apa yang pernah saya nyatakan sebelum ini iaitu, "tidak ada maknanya pilihan raya diadakan tanpa mengambil kira usaha-usaha pembaharuan pilihan raya, malah mengkebelakangkan lapan tuntutan yang dibangkitkan rakyat…. pilihan raya bersih hanya akan terjelma melalui kertas undi. Maka kalau pilihan raya diadakan dalam keadaan undang-undang dan peraturan yang ada, ia masih menghasilkan pilihan raya yang kotor."

Bersih 3.0

Atas prinsip dan pemahamaan tersebut, saya berpendapat sikap Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Mohd Najib sekarang ini perlu terus diasak dan dipastikan agar penambahbaikan proses pilihan raya dibuat dalam pilihan raya ke-13 nanti. Ayuh, kita bangkit menggerakkan Bersih 3.0 demi memenuhi pilihan raya yang adil, telus dan bersih.

Bagi PAS, sampai masanya semua bahagian parti dapat menggarap dan meningkatkan kerjasama bersama Pakatan Rakyat. Kesempatan konvensyen ke-3 ini harus dimanfaatkan semoga hasilnya nanti, agenda Bersih 3.0 akan berjaya.

Ia suatu kerjasama yang pasti memartabatkan lagi Pakatan Rakyat selepas 901–– keadilan untuk Datuk Seri Anwar. Harapnya ia selari dengan firman Allah Subhanahu wa Taala:

Maksudnya, "Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka. Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya."
[Surah as-Syura, ayat 41-42]

Semoga kerjasama politik Pakatan Rakyat ini benar-benar memenuhi prinsip tahaluf-siasi dan merupakan kebajikan yang mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Kejayaan Pakatan Rakyat, tertegaknya keadilan di puncak Putrajaya.

Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS,
merangkap Menteri Besar Kelantan.
20 Safar 1433 bersamaan 14 Januari 2012.

Melaka Negeri Maju Projek Tergendala

Posted: 17 Jan 2012 04:50 PM PST


Majukah Melaka? Dari persektif mana Melaka dikatakan maju? Tidak menampakkan langsung Melaka maju terutama bagi orang Melayu di Melaka. Orang Melayu Melaka selalu ditipu oleh pemimpin UMNO/BN yang sekarang ini dikatakan gila kuasa dan sanggup lakukan apa sahaja. Sebenarnya Melaka banyak projek tergendala dan cumanya rakyat sedar atau tidak. Itu yang menjadi persoalannya.
 
Kepentingan Melayu di Melaka hanyalah ilusi sahaja yang sentiasa menjernihkan keadaan dan pada masa yang sama rakyatnya terus ditipu atas nama pembangunan projek sana-sini. Pernahkah rakyat yang kononya menyokong UMNO/BN melihat segala projek-projek yang dilakukan oleh UMNO/BN? Semestinya tidak. Ini kerana mereka terlalu bergantung kepada media jerabgkung seperti TV dan akhbar yang banyak ilusi dari realiti.
Di kawasan bandar sering kita lihat banyaknya pembangunan di Melaka. Sedarkah rakyat Melaka bahawa segala projek yang dilakukan itu sebenarnya projek "expired date". Golongan-golongan yang tidak celik tentang maklumat projek mesti akan berkata seperti ini "Bagulsah kerajaan Melaka, ada pembangunan dan lebih baik dari Pakatan Rakyat". Tahukah anda itu adalah projek "basi" kerajan tipu rakyat.
 
Melihat kepada dua contoh sampel kajian projek tamat tempoh. Kerajaan Melaka sebenarnya tidak mempunyai kewangan yang kukuh buat masa ini akibat pembaziran projek monorel fasa 1 yang boleh dikatakan menanggung kerugian yang besar akibat kerosakan yang berpanjangan. Pembaziran seperti itu tidak terhenti di situ malahan Ketua Menteri Melaka yang bijak pandai akan menruskan projek fasa kedua pada masa terdekat.
 
Rakyat Melaka harus sedar penipuan atas nama pembangunan. Mereka sepatutnya sudah sedar bahawa Melayu juga yang menipu mereka. Jika benar-benar Ketua Menteri Melayu yang kononnya "hidup Melayu" sepatutnya membantu orang Melayu di DUN Asahan yang dikatakan kurang pembangunan di sana. Namun Ketua Menteri tetap tidak dapat memberi jaminan bahawa kawasan kampung Melayu akan dapat membuka mata untuk pembangunan.
 
Ketua Menteri Melaka selalu membandingkan negeri Kelantan dan Melaka. Beliau mengatakan Melaka lebih maju dari Kelantan dalam pembangunan namun harus diingat minda Melayu Kelantan lagi cerdik dari minda pemimpin Melayu Melaka. Akibat perkembangan minda orang Melayu Kelantan mereka sanggup berhijrah mencari peluang di negeri luar. Namun, rakyat Melaka dimomokkan oleh pemimpin mereka bahawa rakyat Kelantan adalah pengemis yang datang bekerja di negeri Melaka.
 
Pembangunan Melaka yang 'basi' mencerminkan pemerintahan Melayu bukan menjadi ukuran lagi. Berapa ramaikah peniaga Melayu telah dihalau oleh orang Melayu sendiri atas nama pembangunan yang cuba dilakukan oleh UMNO? Melayu merempat di negeri sendiri. Rakyat Kelantan berhijrah tetapi rakyat Melaka merempat dalam negeri sendiri akibat kebiadaban pemimpin UMNO dan Melayu.
 
Pesanan kepada Ketua Menteri Melaka, jangan asyik menghina rakyat negeri lain dikala rakyatmu itu banyak yang merempat. Selepas ini rakyat Melaka harus berani buat perubahan sebelum Bumi Melaka hancur digadai oleh pemimpin yang korup di bawah UMNO. Berani buat perubahan. Rakyat Melaka boleh!! sumber

Tiada ulasan: