Rabu, 18 Januari 2012

Biaqpila

Biaqpila


Apa maksud Najib ni?

Posted: 18 Jan 2012 04:00 AM PST

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peneroka Felda di
seluruh negara bakal mendapat durian runtuh selepas penyenaraian Felda
Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia pada Jun ini.


Menurut Perdana Menteri, ini seperti mana yang beliau nyatakan dalam
Bajet 2012 lepas iaitu peneroka Felda akan mendapat durian runtuh.



"Jangan bimbang, kita tidak akan rugi dalam penyenaraian tersebut, sebaliknya kita akan mendapat keuntungan lebih besar.



Ini bukan durian runtuh beb tapi durian buang buruk beb cuma 5 rat je apa rasa beb.



Gua lebih tertarik dengan kata2 ni "Jangan bimbang, kita tidak akan rugi dalam penyenaraian tersebut, sebaliknya kita akan mendapat keuntungan lebih besar."





Gua nak bagi teka teki siapa yang dimaksudkan kita ni beb, lu jawab la sendiri, adakah KITA itu bermaksud najib dengan isa, atau Najib dengan rosmah atau najib dengan wak din pagoh.?



Ok lu orang lagi cerdik tolong gua sikit bagi jawapan yang agak bernas, maklum la gua ni macam dah jadi biol asik kena kencing je dengan najib ni



johorborn


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Sejadah corak babi

Posted: 17 Jan 2012 11:00 PM PST


"Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi," kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.

Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.

"Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

"Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai.

"Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil," katanya.


Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.

"Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.

"Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam," katanya.

Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang 'panas' dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.

"Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya," katanya.

Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang.


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK



WARDINA DIFITNAH BERLAKON KENA ROMPAK?

Posted: 17 Jan 2012 07:30 PM PST



DEY MACHA!!!
PUAK-PUAK PENCACAI NI TAK HABIS-HABIS DENGAN FITNAH,
DEPA DAH TAK TAKUT DENGAN DOSA PAHALA
ASAL ADA BARANG JADI DUIT
ASAL ADA BAHAN JADI FITNAH
KAH! KAH! KAH!

SEMUA YANG TAK SOKONG PENCACAI DI TUDUH KELENTONG,
MATI JATUH BANGUNAN PUN DITUDUH TERJUN SENDIRI,
CEDERA KENA PUKUL PUN DITUDUH PUKUL DIRI SENDIRI,
KENA ROMPAK PUN DITUDUH ROMPAK DIRI SENDIRI,
APA NAK BUAT,
DEPA NAK SANGAT JADI LEMBU,
PASAI BOLEH DUDUK KONDO DAN PAKAI KAD KREDIT
KAH! KAH! KAH!



BACA SETERUSNYA DI SINI


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

PANAS!!! BEKAS MENTERI DAKWA BN BELI UNDI DI PILIHANRAYA LALU

Posted: 17 Jan 2012 05:00 PM PST



Bekas menteri dakwa BN beli undi dengan wang tunai

PETALING JAYA, 17 Jan — Bekas menteri persekutuan daripada Umno hari ini mendakwa wang yang digunakan pada kempen pilihan raya lalu adalah untuk membeli undi, satu taktik yang dikenali sebagai "bom".


Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) berkata demikian dalam satu forum dengan menjelaskan mengalami pengalaman itu sendiri dengan memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi.

"Saya telah menjadi ketua dalam banyak kempen dan saya diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan," kata bekas menteri penerangan dan pelancongan di Persidangan Perancangan Strategik Malaysia 2012 di sini.

"Ia secara terang-terangan untuk membeli undi."

Abdul Kadir berkata istilah yang digunakan untuk strategi itu adalah "bom".

Beliau menambah secara peribadi tidak pernah menggunakan wang itu.

James Chin, Ketua Sekolah Seni dan Sains Sosial, Monash University, Bandar Sunway, berkata strategi itu merupakan paling berkesan di Sabah dan Sarawak.

Semasa ucapannya, Abdul Kadir berkata semasa beliau masih memegang jawatan dalam Umno, beliau mahu mengingatkan mereka tentang "Amanah Merdeka" — yang bermaksud memberi rakyat hak untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil.

Beliau turut menggesa Umno agar tidak perlu takut untuk kalah sekiranya ikhlas dalam perjuangan.

"Jika anda kalah, terimanya; rakyat ubah kerajaan banyak kali di USA dan Australia," katanya.

"Saya adalah ahli Umno, saya tiada masalah jika kalah. Jika anda berada di sana untuk menggunakan jutaan ringgit untuk diri sendiri dan kroni anda atau jika saya mempunyai bilion ringgit dan saya akan ditangkap selepas saya kehilangan kuasa, maka saya akan gunakan semua tipu helah ini.

"Jika anda ikhlas, tiada apa yang perlu ditakutkan," tambahnya.

Beliau berkata untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil, perlu ada akses sama rata terhadap media, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan jabatan kerajaan mesti neutral.

"Anda perlu berikan mereka (pembangkang) kebebasan untuk mempunyai TV, radio dan akhbar," katanya. "Selama 50 tahun PAS telah meminta lesen akhbar tetapi tidak diberikan — kerajaan pembuli besar."

Beliau menambah semasa pilihan raya, BN tidak sepatutnya menggunakan Kementerian Penerangan, Felda, Felcra dan Unit Cawangan Khas (SB) serta agensi lain untuk membantu kempen mereka.

Abdul Kadir juga Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Sazean.

Malaysian Insider



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: