DUNIACACAMARBA |
- Waktu Terbaik Lakukan Seks - Pukul 7:30 pagi
- Konvensyen PR 3: PR Akan Hapuskan Tol PLUS & Batal Penyenaraian Felda Global Jika Tawan Putrajaya
- Suspek Kes Dadah Belasah Polis
- Konvensyen PR 3: TG Nik Dedah Tawaran Sertai BN, Apa Jawapan Beliau kepada Wakil BN?
- [Video] Ular Sawa LAWAN Buaya, Teka Pemenangnya?
- Siswi Didenda Rm3 000 Kerana Berkurung dengan 5 Orang Lelaki
- Ratu Belanda HENTAM Pemimpin Anti-Islam
- Najib Jalan2 Dengar Masalah Rakyat Selangor, Mungkin Dia Lupa Rintihan Rakyat PEKAN
- Remaja 15 Tahun "Dijual" & Dipaksa Melacur
- Nenek Usia 69 Tahun Dirogol Ketika Kutip Durian
- Jurublog UMCO Tanya: "Setelah 3 Tahun Baru Isytihar Harta?" DCM Tanya...
Waktu Terbaik Lakukan Seks - Pukul 7:30 pagi Posted: 14 Jan 2012 08:13 AM PST Menurut ahli terapi seks, Suzie Hayman, hubungan seks yang dilakukan pada pukul 7:30 pagi adalah yang terbaik. Hal ini berdasarkan pendedahan suatu kajian yang mendakwa hubungan seks pada waktu itu memberikan kesan positif kepada kesihatan seseorang. Pada pukul 7:30 pagi, tubuh badan menghasilkan lonjakan hormon seks dan adrenalin. "Anda akan menikmati dua perkara, iaitu rehat dan deria yang kian meningkat," kata Suzy kepada The Sun. Penyelidikan di Itali menunjukkan bahawa waktu itu (7:30 pagi) kebanyakan pasangan mungkin mudah untuk mencapai orgasme dan hamil. Anda tidak percaya? Sila baca di sini. -DCM P/s: Jika begitulah kata pakar, banyaklah orang yang lewat pergi ke tempat kerja. Saya kira cuti hujung minggu adalah waktu terbaik untuk mencubanya! | ||
Konvensyen PR 3: PR Akan Hapuskan Tol PLUS & Batal Penyenaraian Felda Global Jika Tawan Putrajaya Posted: 14 Jan 2012 07:00 AM PST Saya petik: Berita 1 PR Akan Hapuskan Tol [FMT] PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan Pakatan Rakyat akan menghapuskan tol lebuh raya yang telah memperolehi keuntungan berlebihan selepas menawan Putrajaya dalam pilihan raya ke 13. "Kita akan ringankan beban rakyat dengan mengambil tindakan terhadap konsesi tol macam Projek Lebuhraya Utara Selatan. "Kos pembinaan PLUS ialah RM6 bilion. Kutipan tol dan ganti rugi dari kerajaan 24.3 bilion. Untung buta 18 bilion," katanya. Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bagaimanapun berkata tindakan tidak akan diambil terhadap syarikat konsesi yang tidak memperoleh keuntungan. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar petang ini. Beliau menambah Pakatan Rakyat akan turut mengambil tindakan terhadap syarikat kroni Barisan Nasional sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan beban ekonomi kepada rakyat. Lim menambah bahawa tindakan terhadap konsesi yang merupakan kroni BN telah pun dibincangkan bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. Berita 2 PR Akan Batal Penyenaraian Felda Global [TMI] ALOR SETAR, 14 Jan — Pakatan Rakyat (PR) akan membatalkan penyenaraian kontroversi Felda Global Ventures Holdings (FGVH) jika mereka menguasai persekutuan selepas pilihan raya umum akan datang. Ketua biro PKR Felda and Orang Asal Suhaimi Said memberitahu konvensyen PR di sini penyenaraian tersebut bertentangan dengan semangat asal skim pembangunan tanah persekutuan Felda yang bermaksud peneroka-peneroka tidak lagi akan mempunyai tanah mereka. "(Felda) yang dibangunkan atas kerja keras peneroka-peneroka akan dipertaruhkan di pasaran saham," tambahnya. FGVH, bahagian komersial Felda, dijadualkan untuk disenaraikan kepada umum pada pertengahan tahun ini sebagai entiti perladangan dunia yang terbesar. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan penyenaraian tersebut dalam ucapan Bajet 2012 tahun lepas. Tetapi cadangan telah ditentang pembangkang daripada Persatuan Anak-anak peneroka Felda (Anak), yang mendakwa penyenaraian tersebut merupakan penipuan terhadap 200,000 peneroka Felda di seluruh negara. Di bawah cadangan penyenaraian itu, peneroka-peneroka akan menukar kepentingan 51 peratus mereka dalam Felda Holdings — yang memperoleh keuntungan sebanyak RM760 juta tahun lepas — kepada kepentingan 61 peratus dalam FGVH, yang menyaksikan subsidiar antarabangsanya itu kerugian RM500 juta sehingga 2010. P/s: Macam biasa, pencacai akan mempertikai kenyataan ini terutamanya berkaitan dengan pemansuhan tol. Hujah saya mudah, tolong undi PR dalam PRU13, biar mereka buktikan. Jika gagal, anda makilah cukup-cukup. Dalam PRU14, anda undilah BN semula! | ||
Suspek Kes Dadah Belasah Polis Posted: 14 Jan 2012 06:22 AM PST Saya petik: [SH] TAMPIN – Hanya kerana mengarahkan suspek untuk menukarkan pakaian kepada pakaian lokap, seorang anggota polis dekat sini dibelasah menggunakan sebuah kerusi kayu. Sinar Harian difahamkan, ketika kejadian, suspek iaitu seorang lelaki berusia 20-an ditahan polis di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana dipercayai memasukkan dadah ke dalam badan. Berikutan kejadian, anggota polis berkenaan membuat laporan di Balai Polis Tampin pada 7 Januari lalu. Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin ketika anggota polis berkenaan mengarahkan suspek untuk menukar pakaiannya kepada pakaian lokap. "Ketika itu, anggota polis tersebut melakukan prosedur biasa mengiringi suspek ke lokap dan sebaik sahaja masuk ke dalam lokap, gari suspek dibuka. "Kemudian, anggota polis berkenaan menghulurkan pakaian lokap untuk ditukar, namun suspek berang sebelum mencapai sebuah kerusi kayu lalu menyerang anggota polis itu menyebabkan dia mengalami kecederaan di kedua belah tangan," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Kooi Cheang berkata, insiden itu berjaya dileraikan dengan bantuan beberapa anggota polis lain yang bertugas dan selang beberapa minit kemudian, anggota polis yang cedera membuat laporan polis. "Suspek ditahan di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama seminggu bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan bagi menakutkan penjawat awam dari menjalankan kewajipan. "Jika sabit kesalahan, suspek boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau keduanya sekali dan suspek bakal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin, Isnin ini," katanya. | ||
Konvensyen PR 3: TG Nik Dedah Tawaran Sertai BN, Apa Jawapan Beliau kepada Wakil BN? Posted: 14 Jan 2012 06:14 AM PST Saya petik: [SH] ALOR SETAR - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa ada wakil daripada Umno pernah berjumpa dengannya selepas Pilihan Raya Umum ke-12 empat tahun lalu bagi mengadakan perundingan menyertai Barisan Nasional (BN). Pada pilihan raya umum 2008, lima kerajaan negeri dikuasai oleh pembangkang yang kemudiannya menubuhkan perikatan Pakatan Rakyat secara formal. Malah, ekoran keputusan itu wujud usaha untuk mewujudkan kerjasama politik antara Pas dan Umno, dalam usaha membentuk kerajaan perpaduan. Mereka ini datang tanpa malu, dan mengaku wakil pemimpin tertentu, ada juga mendakwa mereka tidak mewakili mana-mana individu," kata beliau pada sesi penggulungan Konvensyen PR Ketiga di sini, hari ini. Beliau yang secara konsisten menentang usaha ke arah kerajaan perpaduan menegaskan: "Saya tidak akan membiarkan Pas dikhianati." Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas komited bersama dengan DAP dan PKR sehingga PR mendapat mandat menjadi kerajaan. Katanya, beliau tidak mahu perkara yang sama berlaku pada tahun 1977 apabila dikhianati lalu bertindak keluar daripada kerajaan campuran Umno dan BN ketika itu. "Ketika mereka mengajak semula sertai Umno, saya berkata cis. Saya tahu anda semua siapa. Tak perlu untuk menyatakannya. "Saya yakin penggabungan yang ditawarkan itu pasti mereka mahukan 'pulangan', jika tidak kenapa ia berlaku," katanya. Nik Abdul Aziz berkata, dalam politik pelbagai ragam akan berlaku. Oleh itu, katanya, terpulang kepada indivdu terbabit untuk menyuarakannya. Tambah beliau, jangan mudah terpengaruh dengan apa jua tawaran kerana "kita tidak akan dapat menjangka apa yang bakal berlaku." | ||
[Video] Ular Sawa LAWAN Buaya, Teka Pemenangnya? Posted: 14 Jan 2012 01:10 AM PST | ||
Siswi Didenda Rm3 000 Kerana Berkurung dengan 5 Orang Lelaki Posted: 14 Jan 2012 12:00 AM PST
Saya petik: [HM] MELAKA: Seorang pelajar wanita sebuah universiti tempatan didenda RM3,800 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, kelmarin selepas mengaku bersalah terhadap dua tuduhan termasuk berkurung dengan empat lelaki di sebuah hotel murah di pusat bandar ini pada Februari tahun lalu. Hakim Syarie Mohd Asri Tahir menjatuhkan hukuman itu terhadap Iranazira Yaacob, 20, selepas tertuduh mengaku salah terhadap dua tuduhan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka (EKSNM) 1991 iaitu bersekediaman atau berkurung dengan lelaki bukan mahram hingga mendatangkan syak melakukan maksiat. Bagi kes pertama, dia didakwa berkurung hingga mendatangkan syak dengan empat lelaki bukan mahram dalam sebuah bilik Hotel Fairway di Jalan Banda Hilir, dekat sini, 14 Februari 2011, pada jam 12.35 tengah malam. Dia didakwa mengikut Seksyen 53 (4) EKSNM 1991 yang memperuntukkan denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum 24 bulan atau kedua-dua sekali jika disabitkan. Bagi kes kedua, dia didakwa berkurung hingga mendatangkan syak dengan Mohd Fazley Nawi, 19, di sebuah bilik Hotel Tan Kim Hock, Jalan Laksamana Cheng Ho, pada 10 Januari lalu, pada jam 11.55 pagi. Dia didakwa mengikut Seksyen 53 (2) EKSNM 1991 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum 24 bulan atau kedua-dua sekali. Sementara itu, Mohd Fazley didakwa mengikut Seksyen 53 (1) EKSNM 1991 yang memperuntukkan denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum 24 bulan atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan. Mohd Asri menjatuhkan denda RM2,300 atau penjara empat bulan jika gagal membayar denda terhadap Iranazira bagi kes pertama dan RM1,500 atau penjara lima bulan bagi kes kedua. Mohd Fazley pula didenda RM2,400 atau penjara lima bulan jika gagal membayar denda. Mereka turut dinasihatkan supaya bijak memikirkan baik dan buruk tindakannya memandangkan mereka adalah penuntut universiti. Katanya, Iranazira nyata tidak insaf apabila mengulangi kesalahan selepas ditangkap berkurung dengan empat lelaki di sebuah hotel tahun lalu dan mencipta rekod sebagai pasangan pertama tahun ini didakwa kerana kesalahan jenayah syariah. "Awak (Iranazira) malang kerana menyalahgunakan tanggungjawab dan kepercayaan ibu bapa dengan melakukan perkara tidak bermoral. Mungkin awak anggap biasa, apabila dua kali ditangkap. "Saya tegaskan alasan apa sekalipun termasuk pelajar, kesalahan ini tidak boleh dipandang ringan kerana banyak kes membabitkan pelajar ditangkap melakukan maksiat, namun kamu tidak ambil iktibar. Kamu jadi anak yang tidak kenang budi ibu bapa," katanya. P/s: Pertama, hukuman yang dikenakan cukup ringan. Oleh sebab itu, kes khalwat dan seks bebas di negara ini semakin hari semakin bertambah. Kalau dicekup pun hanya dikenakan denda. Kedua, janganlah ada yang kata siswi ini mengadakan perbincangan akademik dengan lelaki-lekaki tersebut! | ||
Ratu Belanda HENTAM Pemimpin Anti-Islam Posted: 13 Jan 2012 10:15 PM PST
Saya petik: [BH] AMSTERDAM: Ratu Belanda, Beatrix, menghentam pemimpin parti anti-Muslim negaranya, Geert Wilders, dengan menyifatkan kata-katanya sebagai 'mengarut' mengenai tindakan ketua diraja itu memakai tudung kepala ketika melakukan lawatan di sebuah masjid di sebuah negara Teluk. Kenyataan beliau dianggap luar biasa kepada wartawan Belanda yang mengiringinya ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman, baru-baru ini. Beatrix memberitahu wartawan, beliau memakai tudung kepala berkenaan ketika di UAE dan sekali lagi sewaktu mengunjungi Masjid Besar Sultan Qaboos, sebagai menghormati agama Islam. Ratu Belanda berkenaan menjawab pertanyaan wartawan berhubung soalan yang dikemukakan di Parlimen yang dikemukakan oleh Wilders, pemimpin Parti Kebebasan (PVV) yang menuduh keputusan ketua diraja itu menutup kepala ketika mengunjungi masjid di Abu Dhabi, Ahad lalu, sebagai mengesahkan penindasan wanita. Wartawan yang mengiringi ratu Belanda itu di Muscat pada Khamis lalu melaporkan Beatrix menarik nafas panjang sambil berkata beliau tidak terkejut dengan apa yang disuarakan oleh Wilders. Puteri Maxima juga menolak tuduhan Wilders dengan menyatakan bahawa dua pertiga pelajar di Abu Dhabi adalah wanita, lapor media Belanda. Media Eropah menyifatkan kata-kata yang diluahkan secara terus terang oleh Beatrix itu sebagai luar biasa kerana ia jarang disuarakan terhadap parti politik Belanda sendiri. Wilders berpendirian menentang pemakaian tudung termasuk burqa bagi wanita. Malah, kerajaan Belanda sendiri sudah mengumumkan rancangan mengharamkan burqa. Di Belanda, orang Islam meliputi satu juta daripada 16.7 juta penduduk negara berkenaan, kebanyakannya imigran dari Turki dan Maghribi. Sementara itu, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte pula mempertahankan tindakan Beatrix. "Apabila beliau mengunjungi rumah ibadat, sudah semetinya beliau menghormati adab berpakaian," kata Rutte dalam jawapan bertulis kepada soalan Wilders di Parlimen. – Agensi | ||
Najib Jalan2 Dengar Masalah Rakyat Selangor, Mungkin Dia Lupa Rintihan Rakyat PEKAN Posted: 13 Jan 2012 08:00 PM PST TM malas nak menulis panjang-panjang, cuma nak beritahu Ahli Parlimen Pekan ini agar menjaga kawasannya dahulu, sebelum berjanji macam-macam di kawasan orang lain!
| ||
Remaja 15 Tahun "Dijual" & Dipaksa Melacur Posted: 13 Jan 2012 06:34 PM PST
Saya petik: [HM] KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dia bukan saja 'dijual' rakan baiknya, malah dipaksa melacur sejak empat bulan lalu. Jika mangsa enggan melakukan perbuatan keji itu, dia akan dipukul ibu ayam berusia awal 40-an selain dikurung dan tidak diberi makan serta minum. Mangsa yang tidak tahan menanggung derita seksaan itu terpaksa akur arahan sindiket pelacuran terbabit selain menanti peluang melarikan diri. Remaja itu mendakwa dia dibawa ke hotel di seluruh negara mengikut permintaan pelanggan selain dibayar RM200 hingga RM500 mengikut perkhidmatan diberikannya. Selain hotel di ibu kota, mangsa pernah dibawa ke hotel di Pulau Pinang, Genting Highlands dan Johor, oleh sindiket pelacuran yang mengawasi setiap pergerakannya. Bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri daripada sindiket pelacuran itu pada jam 7 pagi, 8 Januari lalu, sebelum membuat laporan di Balai Polis Sentul, di sini, Rabu lalu. Menceritakan semula kejadian berkenaan, sumber polis berkata, mangsa yang berasal dari Melaka meninggalkan rumahnya pada jam 8 malam, 18 Ogos tahun lalu, selepas diperdaya rakan perempuannya untuk ke ibu kota. "Rakan baik mangsa yang berusia 20-an menawarkan pekerjaan kepada mangsa selain berjanji mengahwinkannya. "Lelaki yang dijanjikan untuk dikahwinkan dengan mangsa dikenali mangsa kerana mereka pernah berjumpa pada majlis kenduri di Ayer Keroh, Melaka, Ogos tahun lalu," katanya. Menurutnya, mangsa kemudian dibawa menaiki sebuah Proton Wira bersama lima wanita lain yang tidak dikenali. "Mangsa dan beberapa wanita itu dihantar ke sebuah flet di Damansara Damai. Tiga hari kemudian, mangsa dibawa ke sebuah hotel di Jalan Ipoh sebelum diarahkan melacur. "Tersentak dengan itu, mangsa berkeras dan cuba melawan menyebabkan dia dipukul seorang wanita dipercayai ibu ayam. Dia juga tidak diberi makanan mahupun minuman," katanya. Sumber itu berkata, difahamkan, selepas dua kali cubaan melarikan diri gagal, remaja terbabit mencuba sekali lagi pada 8 Januari lalu dan berjaya. Katanya, mangsa membuat laporan polis mengenai nasib itu dan difahamkan, dia kini berlindung di rumah keluarganya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan membabitkan kes berkenaan. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang 2007. P/s: Banyak sangat kes seumpama ini. Sila ambil pengajaran! | ||
Nenek Usia 69 Tahun Dirogol Ketika Kutip Durian Posted: 13 Jan 2012 05:00 PM PST Saya petik: BENTONG: Tanpa mengira usia, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an merogol nenek berusia 69 tahun ketika mangsa mengutip durian di kebunnya di Chamang, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa yang bersendirian, terkejut dan rebah selepas disergah lelaki terbabit sebelum suspek mengikat tangan wanita berkenaan menggunakan kain dan merogolnya. Mangsa menggagahkan diri melepaskan ikatan tangan dan pulang mengadu dirinya dirogol kepada ahli keluarga sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), jam 10 pagi. Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri, mengesahkan menerima laporan kes terbabit dan siasatan sedang dijalankan. "Siasatan awal mempercayai suspek sudah lama memerhati mangsa dari jauh sebelum menyerang dan bergelut dengan mangsa," katanya. Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Bentong (HB) untuk pemeriksaan dan laporan perubatan mengesahkan terdapat kesan rogol. P/s: Gila berahi tahap melampau! Kalau saya cakap orang jenis ini wajar direjam sehingga mati, mesti banyak orang yang setuju. | ||
Jurublog UMCO Tanya: "Setelah 3 Tahun Baru Isytihar Harta?" DCM Tanya... Posted: 13 Jan 2012 04:16 PM PST |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan