Sabtu, 14 Januari 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PKR tuntut audit penuh akaun NFC

Posted: 14 Jan 2012 06:23 AM PST




ALOR SETAR — PKR mengalu-alukan tindakan Putrajaya membekukan aset milik Pusat Fidlot Nasional (NFC) namun menegaskan pentadbiran kerajaan seharusnya menjalankan audit penuh terhadap syarikat berkenaan.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli (gambar), berkata ini kerana membekukan aset sahaja tidak memungkinkan rakyat mengetahui dengan lebih mendalam penyalahgunaan dana projek ternakan lembu tersebut.

"Kami tetap menuntut kerajaan menjalankan audit penuh terhadap akaun NFC," katanya kepada The Malaysian Insider ketika Konvensyen Pakatan Rakyat di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan aset NFC akan dibekukan buat sementra waktu, menurut Bernama Online.

Najib yang dalam lawatan ke Perak turut berkata, dengan keputusan tersebut, perjalanan projek tersebut akan diawasi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Pulihkan institusi awam untuk selamatkan negara kita

Posted: 14 Jan 2012 06:22 AM PST

Oleh Tunku Abdul Aziz


Terlebih dahulu, saya ingin bermula dengan merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 Persekutuan Malaysia. Semoga pemerintahan Seri Paduka di atas singgahsana Istana Negara akan menyemarakkan semangat demokrasi dan hak asasi di kalangan rakyat jelata. Daulat Tuanku!

Mengimbas sejarah

Perlantikan Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk kali kedua ini telah mengimbas kembali kenangan sejarah negara kita. Tuanku telah menaiki takhta buat julung kali pada tahun 1970. Pada tahun itu, negara kita masih lagi dalam proses pemulihan akibat rusuhan tahun sebelumnya. Parlimen telah digantung dan hubungan antara kaum berada dalam keadaan retak dan tegang.

Namun demikian, pemerintahan Seri Paduka telah menyaksikan pemulihan sistem Parlimen serta normalisasi hubungan kaum. Dalam lima tahun pemerintahannya, Malaysia telah melalui pelbagai peristiwa dan liku-liku yang penting seperti perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, penjalinan hubungan rasmi dengan negara China dan penyertaan PAS dalam Kerajaan Persekutuan melalui Barisan Nasional.

Kali ini pula, Seri Paduka sekali lagi menaiki takhta dalam keadaan negara berada di persimpangan jalan. Sejak tahun 2008 rakyat Malaysia sudah mula menyuarakan rintihan mereka. Pada 9 Julai tahun lepas, rakyat telah bangkit dengan aman untuk mencabar kerajaan yang tamak kuasa dan rasuah.

Suasana di dunia antarabangsa juga tidak tenteram. Kuasa-kuasa barat sedang menyusut manakala China dan India makin menonjolkan diri. Diharap Malaysia akan sekali lagi mengambil tindakan yang wajar untuk menjalinkan hubungan rapat dengan kedua-dua negara yang bakal menjadi ekonomi paling besar dunia dalam masa yang terdekat.

Saya juga harap PAS akan sekali lagi menyertai Kerajaan Persekutuan, cuma kali ini bukan dengan Barisan Nasional tetapi bersama parti DAP dan PKR dalam Kerajaan Pakatan Rakyat!

Kepercayaan awam terhakis

Saudara-saudari sekalian,

Pada hari ini, tanahair kita perlu diselamatkan daripada gejala rasuah, korupsi dan penyelewengan amanah awam. Sebagai seorang pengasas Transparency International di Malaysia, saya ingin menyentuh tentang Indeks Persepsi Rasuah ataupun CPI yang baru-baru dikeluarkan oleh Transparency International.

Malaysia telah mencatat prestasi terburuk selama 20 tahun, dan kadar CPI kita telah menurun untuk tahun ketiga berturut-turut kepada 4.3. Dalam skala 1 hingga 10, 10 adalah yang terbaik. Ini jelas menunjukkan kegagalan usaha Kerajaan Pusat untuk membasmi gejala rasuah.

Yang lebih mencemaskan, kaji selidik umum telah menunjukkan bahawa rakyat kebanyakan melihat pihak polis dan parti-parti politik sebagai institusi-institusi yang paling korup dalam negara kita. Bagaimanakah sesebuah negara itu boleh berfungsi jika rakyatnya tidak mempunyai kepercayaan terhadap institusi-institusi yang sepatutnya melindungi dan menjaga mereka?

Perdana Menteri telah mengumumkan Program Transformasi Kerajaan yang menjanjikan program khusus untuk menangani rasuah. Namun demikian, ahli-ahli Kabinet beliau sendiri nampaknya tidak terbaca memo tersebut, apabila kita ada sekarang seorang menteri yang terlibat dalam skandal yang membabitkan RM250 juta, iaitu skandal projek penternakan lembu di Gemas, Negeri Sembilan.

Saya tidak ingin bercakap panjang tentang isu ini kerana saya tahu saudara-saudari sekalian sudah mengetahui lebih tentangnya. Saya cuma ingin menyatakan bahawa inilah contoh Kerajaan BN yang selalu cakap tak serupa bikin. Di mana-mana negara lain, menteri tersebut bukan sahaja akan dipaksa untuk berhenti, beliau juga akan ditangkap dan didakwa atas sebab pecah amanah. Tetapi di Malaysia, kerana menteri itu hanya "isteri" kepada pengerusi syarikat, beliau tidak ada kena mengena dengannya.

Kes projek lembu ini adalah satu contoh jelas bahawa institusi-institusi negara kita tidak mempunyai sekatan dan imbangan ataupun "checks and balances" untuk memastikan karenah seperti ini tidak boleh berlaku. Bagaimanakah boleh wang berjumlah RM250 juta diberi kepada sebuah syarikat yang berkaitan langsung dengan keluarga menteri? Inilah soalan pokok yang perlu ditanya.

Perkhidmatan awam tonggak negara

Saudara-saudari sekalian,

Institusi-institusi awam sememangnya menjadi tonggak kepada negara. Seperti yang kita sedia maklum, kepercayaan kepada institusi-instusi awam di negara kita sudah pun terhakis. Oleh yang demikian, salah satu kewajipan Pakatan Rakyat adalah untuk memulihkan institusi-institusi awam, bermula dengan Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malasysia, Polis, Badan Kehakiman dan lain-lain lagi.

Institusi-institusi awam negara kita pernah pada suatu ketika dahulu menjadi kebanggaan ramai, bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara. Badan kehakiman kita, perkhidmatan awam kita, semuanya dihormati negara-negara lain, terutamanya dalam Komanwel. Namun demikian, ceritanya sudah berbeza sekarang. Kerana itu, kita harus membuat sesuatu untuk mengembalikan profesionalisme dan kecekapan penjawat-penjawat awam kita.

Kita harus meningkatkan kemahiran dan produktiviti mereka. Kita juga harus memastikan bahawa gaji penjawat awam adalah mencukupi dan berdaya saing, terutamanya mereka yang berada dalam jurusan sokongan dan pentadbiran dan bukan hanya pegawai-pegawai profesional dan pengurusan atas.

Perkhidmatan awam perlu diperhalusi dan dihormati dan bukannya dikurangkan. Saya berharap kita boleh memulihkan perkhidmatan awam supaya ia akan lebih mencerminkan kemajmukan rakyat, bebas daripada politik dan bersikap neutral, serta berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Inilah cabaran yang amat penting kepada Pakatan Rakyat. Pembangunan zahir dan batin negara kita bergantung kepada pembangunan institusi-institusi awam. Jika rosak institusi-institusi tersebut, maka rosaklah masa depan negara kita.

Kerajaan BN tidak berminat untuk melakukan reformasi institusi. Sebaliknya, mereka sedang mengambil kesempatan ke atas kelemahan-kelemahan yang sedia ada. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai Kerajaan yang akan datang untuk memulihkan institusi-institusi awam demi menyelamatkan negara kita.

Marilah kita sama-sama bersihkan Malaysia! – Roketkini.com

* Ucapan Naib Pengerusi DAP Senator Tunku Abdul Aziz di Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di Alor Setar, Kedah pada 14 Januari 2012

Tiada keadilan untuk negeri jika BN kekal pemerintah pusat

Posted: 14 Jan 2012 06:17 AM PST

Roketkini.com


ALOR SETAR: Kerajaan negeri yang dipilih rakyat harus dihormati oleh kerajaan pusat sebagaimana Pakatan Rakyat akan menghormati negeri Barisan Nasional apabila berlaku perubahan pemerintahan persekutuan kelak.

Ketua Pemuda DAP Anthony Loke berkata, keadaan peruntukan kewangan dan hubungan antara persekutuan dan negeri yang berlakus ekarang tidak menepati konsep federalisme dan demokrasi sebenar.

"BN tidak hormat konsep federalisme, terutamanya dengan negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat," katanya sewaktu membentangkan kertas kerja pengukuhan federalisme di Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di sini hari ini.

Beliau memberi contoh penafian royalti minyak negeri Kelantan dan Terengganu oleh kerajaan pusat kawalan UMNO-BN.

"Royalti minyak 5 peratus merupakan 80 peratus dari jumlah belanjawan negeri Terengganu. Wang tersebut tiba-tiba menjadi wang ehsan yang disalurkan melalui ahli-ahli politik UMNO yang membolehkan mereka menang semula kerajaan negeri (pada 2004).

"Rakyat Terengganu tidak akan dapat keadilan jika BN kekal di pusat," tambah beliau.

Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah turut menyebut perihal dana pembangunan negeri Pakatan Rakyat yang telah disalurkan melalui Pegawai Pembangunan Negeri yang dikawal Jabatan Perdana Menteri.

"Kerajaan negeri tidak ada kuasa ke atas dana negeri mereka sendiri," jelasnya.

Beliau membentangkan lima Tawaran Jingga Pakatan Rakyat untuk perkukuh federalisme:

1. Sebahagian hasil yang dikutip di peringkat pusat akan diperuntukkan kepada negeri-negeri, bersekalian dengan penyerahan kuasa kepada negeri untuk menggunakan dana tersebut mengikut budi bicara.

Belanjawan kerajaan negeri akan dipertingkat melalui geran perkapita dan geran pembangunan ekonomi di samping royalti minyak dan gas, bagi memenuhi keperluan pembangunan infrastruktur yang lebih baik serta pembangunan sosial untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri yang memerlukan.

2. Pastikan akauntabiliti dan kebertanggungjawaban dengan mempertingkat bidang kuasa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan Jabatan Ketua Audit Negara supaya dapat mengambil tindakan dan mendapat kuasa pendakwaan bebas.

3. Agih kuasa pusat dalam perkara-perkara yang sepatutnya menjadi tanggungjawab negeri dan kerajaan tempatan seperti soal pengangkutan awam yang sedang dimonopoli syarikat-syarikat tertentu yang masih gagal memberikan khidmat yang memuaskan.

4. Mengkaji semula undang-undang yang melindungi monopoli kerajaan dan menyekat perdagangan antara-negeri dan antarabangsa. Undang-undang seperti Dasar Sabotaj Kebangsaan di Sabah dan Sarawak telah mengakibatkan kenaikan harga barang yang secara langsung meningkatkan kos sara hidup.

5. Iktiraf kedudukan istimewa Sabah dan Sarawak serta menegaskan semula komitmen untuk mendukung dan mengukuhkan Perjanjian 20 Perkara dengan Sarawak dan Sabah; dengan meningkatkan perwakilan kedua-duanya dalam perkhidmatan awam, di samping meningkatkan autonomi dalam bidang pendidikan. – Roketkini.com

Najib Lancar SARA 1Malaysia, Permohonan Dibuka 30 Januari Ini

Posted: 14 Jan 2012 06:12 AM PST

Post Pic



KUALA LUMPUR : Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah, akan dibuka untuk permohonan mulai 30 Januari.
Najib berkata skim khusus untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah itu mempunyai ciri-ciri kelainan menarik yang tidak pernah diwujudkan sebelum ini.

Katanya, ia merupakan satu produk pelaburan unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman bagi menghasilkan satu produk hibrid yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan yang konsisten.
"Hadnya ialah RM5,000, dan mereka boleh membelinya melalui simpanan atau memohon pinjaman pelaburan daripada institusi kewangan terpilih.
"Daripada pelaburan itu, kita jamin mereka akan menikmati pendapatan RM134 sebulan, manakala yang membuat pinjaman, mereka hanya perlu membuat pembayaran balik sebanyak RM84 sebulan dan meraih untung RM50 sebulan," katanya ketika melancarkan skim tersebut di ibu negara.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman serta menteri-menteri kabinet.
Dalam Belanjawan 2012, Najib mengumumkan skim tersebut bertujuan menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur serta membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.
Skim yang dikendalikan PNB dengan kerjasama institusi kewangan terpilih seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) itu dijangka memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah.
Pelabur SARA 1Malaysia boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Pelabur dijangka mendapat pulangan menarik di akhir tempoh lima tahun tersebut dengan memperoleh pendapatan kira-kira antara RM5,000 hingga RM13,000 termasuk pulangan daripada pelaburan dalam Amanah Saham 1Malaysia.
Najib berkata kerajaan telah melancarkan pelbagai produk di bawah slogan 1Malaysia yang bertujuan memberi manfaat kepada rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Menu 1Malaysia dan Program Perumahan 1Malaysia.

Beliau menarik perhatian bahawa pelancaran SARA 1Malaysia pula diterjemahkan sebagai produk yang membantu golongan rakyat berpendapatan rendah.
"Ini adalah usaha kerajaan untuk membela rakyat. Banyak produk yang telah kita lancarkan dalam tempoh kurang daripada tiga tahun, cuba bayangkan dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.

Rashid : SPR Perlukan Lebih Banyak Kuasa Dan Undang-Undang Baru

Posted: 14 Jan 2012 06:11 AM PST

Post Pic



KOTA BHARU : Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menggesa kerajaan terus pro-aktif dalam meminda peraturan dan undang-undang pilihanraya yang telah lapuk dan tidak sesuai dengan keadaan semasa.
Rashid yang berkhidmat dengan SPR selama 26 tahun turut menegaskan keperluan rakyat dan pembangkang menyokong iltizam politik yang dipancarkan oleh kerajaan BN sekarang untuk menambah baik kuasa-kuasa SPR.

"Sekarang ini saya minta (perubahan) sebab sudah ada 'political will' (kerajaan) jadi kita kena sokonglah," jelas Rashid.

Pada masa sama, kerajaan juga harus memperbaiki undang-undang dan kuasa yang ada pada SPR, kata beliau selepas Wacana Perdana Pilihanraya Bebas Dan Adil : Realiti Atau Ilusi.

Turut menyertai wacana itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa.

Kerajaan baru-baru ini menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen Untuk Menambah Baik Sistem Pilihanraya (PSC) yang antara lain akan mencadangkan penggunaan dakwat kekal, selain memastikan ketelusan pada hari mengundi.

Selain itu tempoh berkempen juga dijangka dipanjangkan kepada kira-kira dua minggu manakala penyelarasan lebih gigih dibuat untuk mengemaskini senarai daftar pemilih.

Rashid berkata ramai pihak tidak menyedari bahawa kuasa-kuasa SPR yang ada adalah terbatas dan usang, setelah digunapakai selama 54 tahun tanpa banyak pindaan.

"Banyak perkara yang tidak ada dalam kawalan SPR (tetapi) SPR ini diminta supaya untuk menjalankan pilihan raya yang bersih dan adil tapi (macam mana) kalau banyak perkara tidak ada dalam undang-undang," kata Rashid.

"Pilihan raya ni berpaksi kepada undang-undang. Kalau undang-undang tu pincang ia perlu diperbaiki. Berikan kuasa sepenuhnya kepada SPR untuk menentukan terdapatnya satu pilihan raya yang dikatakan diterima umum sebagai bersih dan adil," kata beliau kepada pemberita.

Rashid membayangkan pentabiran Datuk Seri Najib Razak banyak memberi ruang untuk melakukan pembaharuan bagi memperkasakan SPR, berbanding pimpinan lalu.

"Saya tak kecewa (sepanjang pentadbiran saya) tapi saya dihadkan oleh peraturan sebab ada Akta Suruhanjaya Pilihanraya yang menyebut apa saya boleh dan tidak boleh buat. Kerja itu adalah jalankan pilihan raya ikut undang-undang," kata beliau.

"Masa sudah tiba negara ni buat perubahan yang sesuai bagi pengurusan pilihan raya. Sudah 54 tahun peraturan yang sama digunakan, jadi kita kena kajilah," tambahnya.

Hattan Sah Bercerai Talak Satu

Posted: 14 Jan 2012 06:01 AM PST

Post Pic

ANTARA POS.COM


PETALING JAYA : Penyanyi yang popular dengan lagu Bisa Bonar, Hattan dan isterinya, Farah Asyikin Othman disahkan bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah semalam.

Akhbar Sinar Harian melaporkan, Hattan, 48, melafazkan cerai terhadap Farah di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli sekitar jam 11.30 pagi.

Penyanyi berkenaan hadir bersama pasangannya untuk menfailkan perceraian dan memohon dibicarakan pada hari sama.

Akhbar itu turut melaporkan, penceraian itu berlangsung dengan baik dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Terdahulu, Hattan dan Farah Asyikin, 34, baru dua bulan mendirikan rumah tangga selepas disatukan pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti.

Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tetapi meriah dengan kehadiran hampir 100 ahli keluarga terdekat dan teman rapat termasuk Datuk M Nasir, Ramli Sarip dan Man Bai.

Hattan sebelum ini pernah berkahwin tetapi jodohnya tidak panjang selepas dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman, 13. Beliau menduda selama enam tahun sebelum berkahwin dengan Farah Asyikin.

Skim gaji SBPA ditangguh: Belum sempat dilaksana, dah pun tangguh

Posted: 14 Jan 2012 05:58 AM PST

Editor@WD

WarkahDaily -- Macam Mat Jenin yang tiada perancangan rapi, belum laksana betul-betul lagi dah pun kena tangguh balik. Apa, kerajaan BN yang dianggap hebat tu tiada buat kajian dulu ke atau perancangan rapi ke nak buat sesuatu dasar atau kerja?

Kalau macam tu, kat hebatnya kerajaan Barisan Nasional (BN)? Siapa pun belum lupa, bagaimana projek PPSMI, pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang dibatalkan selepas dibantah ramai pihak.

Belanja nak buat itu semua bukan sikit, malahan memakan berbilion ringgit dengan penyediaan buku dan kelengkapan untuk pembelajaran PPSMI. Tapi tut..tut, hari ini dah batal. Jadi apa hasil dengan peruntukan berbilion ringgit untuk PPSMI? hangus macam tu je ke?

Ini lah hasil daripada tindakan tidak ada masa depan dan tiada perancangan oleh kerajaan Umno-BN sehingga melibatkan kerugian yang besar berbilion ringgit. Jika dah tahu orang bantah masa mula-mula dulu, pasai apa duk gatal sangat nak laksana jugak. Orang bantah bukan hari ini tapi dah lama. Itulah kesan dari sikap sombong dan bongkak kerajaan BN. Berlagak pandai tapi merugikan rakyat.

Sinar Harian -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) mengesahkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disemak semula untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan skim itu, yang dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu.

Pagi tadi, Sinar Harian Online membawa laporan memetik sumber-sumber berkata, Kabinet dalam mesyuarat mingguan semalam telah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan SBPA atas beberapa sebab, antaranya kerana rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.

"Setelah semakan semula tersebut dimuktamadkan, SBPA akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Jemaah Menteri semalam memutuskan supaya pelaksanaan SBPA itu disemak semula.

Katanya, semakan SBPA itu dibuat setelah berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Ketika dihubungi awal hari ini, pimpinan Cuepacs juga mengesahkan pelaksanaan SBPA akan ditangguhkan sementara perundingan diadakan dengan mereka.

Timbalan Presiden Cuepacs, Azih Muda berkata Presidennya Datuk Omar Osman turut mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan mengenai penangguhan SBPA.

"Ya betul, SBPA ditangguhkan. Tetapi setakat ini belum ada pemakluman secara hitam putih (daripada kerajaan). Cuma Datuk Omar telah mengadakan pertemuan dengan KSN pagi tadi membincangkan perkara ini," kata beliau kepada Sinar Harian Online tengah hari tadi.

Sementara SBPA disemak semula, dalam kenyataannya Najib berkata, semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini.

Najib juga berkata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah diminta menentukan mekanisme semakan semula yang akan dijalankan.

"Adalah diharapkan semakan semula itu akan diterima oleh semua pihak," katanya.

Satu kenyataan mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Dalam skim baru itu, hierarki Perkhidmatan Awam terdiri daripada empat peringkat iaitu Kumpulan Premier; Kumpulan Pengurusan Tertinggi; Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.

Tarikh Pilihanraya Ke 13 Di Tangan Najib Razak? Tapi Datuk Najib Masih Belum Bersedia!!

Posted: 14 Jan 2012 05:48 AM PST

Staff Berita Semasa


Ramai pasti yang tertanya bilakah tarikh Pilihanraya Umum Ke 13. Ramai pemerhati politik mengatakan yang pilihanraya umum 13 bakal jatuh pada tahun 2012. Itu sudah hampir pasti. Tetapi yang jadi persoalan. Bilakah tarikh yang sebenar-benarnya?

tarikh pilihanraya ke 13 Tarikh Pilihanraya Ke 13 Di Tangan Najib Razak? Tapi Datuk Najib Masih Belum Bersedia!!

Memang daripada dulu lagi kalau dah namanya Perdana Menteri Malaysia, sudah jadi amalan di Malaysia tarikh pilihanraya umum akan menjadi hak mutlak kepada seorang yang bergelar Perdana Menteri Malaysia, kalau sekarang pastilah kuasanya diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menentukannya "tarikh keramat" tersebut. Ia tidak boleh dikongsikan dengan rakyat Malaysia sendiri apatah lagi terhadap pembangkang jauh sekali.

Pilihanraya secara umumnya akan berlangsung 5 tahun sekali. Tidak kira di negara-negara jiran kita sehinggalah ke negara maju :

  • Thailand
  • Filipina
  • Indonesia
  • Jepun
  • China
  • Britain
  • Amerika

Mereka akan umumkan tarikh pilihanraya umum jauh lebih awal iaitu sekurang-kurangnya setahun daripada berlangsung pilihanraya umum di negara mereka.

Apa Yang Bagusnya Kalau Diumumkan Lebih Awal Pilihanraya Umum?

  • sekurang-kurangnya supaya semua pihak dapat mempersiapkan diri dan jentera sebaiknya
  • ini lebih adil kepada semua parti-parti yang bertanding
  • termasuklah perkara yang melibatkan perancangan perkara besar termasuklah kos yang sangat tinggi
  • rakyat sendiri pun lebih mudah untuk "merancang"

tarikh pilihanraya umum ke 13 Tarikh Pilihanraya Ke 13 Di Tangan Najib Razak? Tapi Datuk Najib Masih Belum Bersedia!!

Sebenarnya, apabila tibanya pilihanraya umum ke 13 nanti semua kita di sini yang bergelar rakyat Malaysia merangkap pengundi adalah juga merupakan pemegang saham (shareholder) kepada sebuah syarikat yang bernama Malaysia. Manakala menteri-menteri serta wakil rakyat, baik daripada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat adalah ahli lembaga pengarah dan Perdana Menteri diibaratkan sebagai pengarah.

  • Anda-anda semua ini yang merupakan "pemegang saham" mempunyai kuasa melalui saham (undi) dalam perlantikan ahli lembaga Pengarah sesebuah syarikat.
  • Dan dengan saham (undi) itu jugalah mampu menukar pengarah mahupun ahli lembaga pengarah yang tidak menunjukkan prestasi yang baik

Kalau sebelum ini, ramai pemerhati politik mengatakan termasukklah akhbar Reuters sendiri buat ramalan pilihanraya umum ke 13 akan berlangsung sekitar bulan Mac 2012 ini.

Ramalan Tarikh Pilihanraya ke 13 (PRU). Antara Faktor Yang Diberikan Mereka :

  • Malaysia sebenarnya sedang berdepan dengan ekonomi yang semakin lesu
  • Berlakunya pergeseran dalaman Umno sendiri yang semakin ketara (mesti diadakan sebelum pemilihan UMNo yang dijangka awal tahun 2013)
  • pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II

Walaubagaimanapun, berita terbaru melalui laporan Wall Street Journal (WSJ) menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak belum lagi bersedia untuk membuat pilihanraya umum ke 13 selagi tranformasi ekonomi yang ingin beliau laksanakan belum lagi berjaya.

2 petikan daripada kenyataan Datuk Seri Najib Razak kepada Wall Street Journal (WSJ) yang menarik perhatian kami :

"You can have all the polling numbers but you must have the sense that this is the right time.

"I hope it will be the right time soon enough, but we still have to deliver on our promises and it's important for people to have the feeling that the reforms we have promised will actually benefit them," he said.

Rupanya lambat lambat lagi ilham Perdana Menteri untuk mendapatkan tarikh pilihanraya umum ke 13 yang sesuai. Dan hati kecil kami juga merasakan yang pilihanraya umum ke 13 tidak akan dijalankan dalam masa yang terdekat iaitu bulan Mac 2012 ini

Itu hanya beberapa perkiraan yang diambil oleh kami buat masa ini. Yang hampir pastinya, pilihanraya umum ke 13 akan dijalankan pada tahun ini.

P/S : Dijangka ramai kalangan yang baru pertama kali mengundi pada pilihanraya umum ke 13 ini. Adakah anda orangnya?

PP/S : Apa pandangan & pemerhatian anda pula mengenai tarikh pilihanraya ke 13 & harapan anda mengenai pilihanraya yang akan datang ini?

Tol PLUS Hapus Jika Pakatan Rakyat Tawan Putrajaya

Posted: 14 Jan 2012 05:47 AM PST

KELAB GREENBOC






P
akatan akan hapuskan tol jika tawan Putrajaya

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan Pakatan Rakyat akan menghapuskan tol lebuh raya yang telah memperolehi keuntungan berlebihan selepas menawan Putrajaya dalam pilihan raya ke 13.


Pakatan janji hapuskan kapitalisme kroni



PLUS Di Hapus Apabila PR Perintah


"Kita akan ringankan beban rakyat dengan mengambil tindakan terhadap konsesi tol macam Projek Lebuhraya Utara Selatan.

"Kos pembinaan PLUS ialah RM6 bilion. Kutipan tol dan ganti rugi dari kerajaan 24.3 bilion. Untung buta 18 bilion," katanya.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bagaimanapun berkata tindakan tidak akan diambil terhadap syarikat konsesi yang tidak memperoleh keuntungan.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar petang ini.

Beliau menambah Pakatan Rakyat akan turut mengambil tindakan terhadap syarikat kroni Barisan Nasional sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan beban ekonomi kepada rakyat.

Lim menambah bahawa tindakan terhadap konsesi yang merupakan kroni BN telah pun dibincangkan bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

`Jasad dan nyawa'

Sementara itu Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk benar – benar menjadi wakil majoriti suara kesederhanaan.

"Jika benar Umno dan BN mewakili suara kesederhanaan, tarik balik kata-kata "walau bercerai jasad dan nyawa, kita akan pertahankan kuasa di Putrajaya."

Najib dilaporkan berkata demikian dua tahun lalu semasa perhimpunan agung Umno.

"Ini bukan kesederhanaan. Jika sederhana, terimalah keputusan rakyat," kata tokoh veteran DAP tersebut.

Beliau turut mencabar Najib menjalankan proses transformasi terhadap akhbar Utusan Malaysia.

ALOR SETAR, 14 JAN: Kerajaan Pakatan Rakyat berjanji untuk memansuhkan ekonomi kapitalisme kroni yang hanya menguntungkan syarikat-syarikat kroni dan membebankan rakyat.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, sebagai ganti, Pakatan Rakyat akan memperkenalkan dasar ekonomi yang berjiwa rakyat dan memartabatkan rakyat.

"Pakatan Rakyat akan menghapuskan tol Lebuhraya Utara-Selatan apabila kita mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

"Kita juga akan mengkaji semula Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Penjana Tenaga Elektrik Bebas (IPP) yang jelas berat sebelah," katanya di Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di sini hari ini.

Menurutnya, masalah besar akibat ekonomi kapitalisme kroni telah dipupuk oleh kerajaan Barisan Nasional di mana subsidi gas berjumlah RM20 bilion setahun diberi kepada syarikat-syarikat IPP melalui perjanjian berat sebelah.

Begitu juga syarikat-syarikat konsesi tol lebuh raya dibenarkan untuk meningkatkan kadar tol secara berkala sepanjang tempoh konsesi yang panjang, walau pun kebanyakan daripada mereka sudah pun mengaut keuntungan yang jauh melebihi pelaburan asal,
tambah beliau.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, setakat 31 Disember 2010, pengendali tol bagi Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) telah membelanjakan RM5,945 juta untuk pembinaan NSE tetapi sudah menerima RM24,266 juta dalam kutipan tol dan pampasan kerajaan.

"Dalam kata lain, pengendali tol NSE telah mencatatkan keuntungan lebihan sebanyak RM18,321 juta setakat 31 Disember 2010 berbanding pelaburan asalnya. Adakah masih perlu pengendali tol NSE untuk meneruskan kutipan tol daripada rakyat, apatah lagi menaikkan kadar tol?

"Demi kepentingan rakyat, kutipan tol NSE harus dihentikan serta merta kerana pulangannya sudah pun 3 kali ganda melebihi pelaburan asal. Ceritanya sama untuk Jambatan Pulau Pinang yang telah mengutip RM1,859 juta berbanding pelaburan asal RM944 juta, iaitu keuntungan sebanyak RM924 juta," katanya.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, pengalaman pentadbiran negeri-negeri Pakatan Rakyat adalah contoh paling baik untuk membuktikan kepada kawan-kawan di negeri-negeri lain bahawa kemakmuran dan kesejahteraan boleh dicapai melalui pentadbiran yang cekap, akauntabel dan telus.

"Kita bersyukur Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan tetapi yang lebih penting adalah membebaskan Malaysia daripada cengkaman BN yang kotor, berasuah, tamak dan rakus.

"Ini tidak bermakna PR pasti menang, tidak, jauh sekali tidak kerana BN masih mempunyai kelebihan tetapi kini PR lebih dekat dengan Putrajaya kalau berbanding tiga bulan yang lepas.

"Itulah sebabnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan pilihan raya akan ditunda lebih lama," katanya.

Beliau meminta semua pemimpin dan ahli Pakatan gigih bekerja dengan beramanah dan berpasukan untuk menjayakan misi bersejarah bagi menggantikan BN.

"Marilah Ubah kepada PR demi bersihkan Malaysia dan selamatkan rakyat agar bantuan ditambah, tol Lebuhraya Utara-Selatan dihapuskan, harga minyak diturunkan dan kos sara hidup ditangani," tambah beliau. – Roketkini -roketkini


ALOR SETAR, 14 JAN: Pakatan Rakyat akan menghapuskan tol Projek Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) sejurus selepas menguasai Putrajaya kelak.

Ketua Menteri Pulau Pinang dalam ucapan penggulungannya berkata tidak mustahil PLUS boleh di hapuskan.

"Kos pembinaan PLUS RM6 bilion, tahun lalu keuntungan PLUS RM24.3 bilion. Jadi untungnya adalah lebih RM18 bilion. Apakah mustahil untuk menghapuskan tol PLUS," kata beliau yang mendapat tepukan gemuruh perwakilan dan pemerhati.

Katanya janji tersebut hanya kepada PLUS dan tidk membabitkan konsesi lebuhraya yang masih belum mendapat keuntungan dan pulangan modal.

"Ini janji Pakatan Rakyat," jelas beliau lagi.

Katanya selain itu, Pakatan juga menjanjikan untuk menurunkan harga barangan dan meningkatkan sara hidup rakyat.

Katanya lagi, janji pakatan tersebut bukan sesuatu yang mustahil di laksanakan sebagaimana tercatat dalam Buku Jingga. -tvsnews

"Saya tidak akan melenting macam Ketua Wanita Umno,"kata Kak Lah

Posted: 14 Jan 2012 05:44 AM PST

Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita50/DSC09185.jpgKUALA NERUS - Dewan Muslimat PAS Pusat menafikan ahlinya bersalaman dengan polis lelaki semasa Himpunan 901 di perkarangan mahkamah Jalan Duta Isnin lalu.

Menurut Ketua Muslimat, Siti Zailah Mohd Yusoff, ia adalah satu serangan dan fitnah ekoran kemenangan suara rakyat apabila keputusan mahkamah yang memihak kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Bahkan, beliau dan kepimpinan Muslimat yang turut berada dalam Himpunan tersebut tidak mengenali 'kumpulan' yang tidak berakhlak dan bersalaman dengan polis lelaki itu.

"keadilan Allah memihak kepada Pakatan Rakyat (dan) Allhamdulillah (kemenangan) kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tapi apa yang berlaku mereka hendak melindungi kekalahan mereka (dan) kami Dewan Muslimat PAS diserang macam-macam fitnah (yang mengatakan) kami seolah-olah tidak berakhlak (dan seolah-olah) kami bersalaman dengan polis, kami meraung (dan) menjerit,"ujarnya ketika menyampaikan ucapan dalam program Pentas Pemuda dan Muslimat di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah disini Khamis 12 Januari.

Beliau menegaskan ia bukan dari kalangan Muslimat PAS, bahkan, beliau dan kepimpinan Muslimat yang turut berada dalam Himpunan tersebut tidak mengenali 'kumpulan' yang tidak berakhlak dan bersalaman dengan polis lelaki itu.

"saya dan berapa pimpinan (muslimat) PAS memang berada dalam majlis tersebut, kita turun dari(ke) masjid wilayah bermula dari waktu subuh. kemudian kta mulakan dengan zikir munajat kemudian kami solat dhuha kemudian cepat-cepat buat bulatan kita duduk tengah tak bercampur dengan yang lain,

"kemudian (kami) turun (dan) apabila kami dalam dalam perjalanan turun mari (datang) kat kami pasukan yang tidak dikenali daripada(nya) ada wanita yang kami tidak dikenali saye dok pernah kenal tanya kawan-kawan pun tak kenal turun meluru-luru,

"dengan laungan yang semangat turun bersalam dengan semua polis-polis kami tidak kenal semua tidak kenal semua tanya kawan-kawan tak kenal,"jelasnya.

Beliau menempelak musuh-musuh PAS dan Pakatan Rakyat yang dianggapnya sudah tidak ada modal dan melakukan semua fitnah itu bertujuan supaya beliau melenting.

Namun, katanya, beliau tidak akan bertindak seperti Ketua Wanita Umno, Sharizat Jalil.

"mereka sudah dalam keadaan yang tak ada modal, mereka bercadang agaknya nak suruh saya melenting macam Shahrizat melenting, selak lengan nak angkat (kain), saya insyaallah Ketua Muslimat Pusat bukan macam tu, inilah yang sebenarnya mereka cuba buat,"tegasnya.

Justeru beliau menyeru semua pihak supaya menyedari keadaan tersebut adalah kerana rakyat sudah menunjukkan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang, hasil kajan yang dibuat di seluruh negara mendapati lebih daripada 89% orang bukan Islam telah memihak kepada kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

"ini adalah satu pencapaian berkat doa rakat, doa pejuang-pejuang yang ikhlas, Alhamdulillah orang bukan Islam telah beralih memberi sokongan kepada kita,

"harapan kita, bukan sahaja untuk mempertahankan kemenangan di negeri yang kita telah menang, Insyaallah terengganu kita nak ambil balik,"ujarnya

FITNAH ANWAR KAKI JANTAN DAN BETINA GAGAL, KINI SOLAT ANWAR PUN JADI BAHAN FITNAH UMPORNO

Posted: 14 Jan 2012 05:31 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS


APABILA DS Anwar dibebaskan oleh mahkamah, maka meroyan segala kaki-kaki fitnah di dalam Umporno bagaikan mahu hilang nyawa. Memang pun Umporno sedang nazak ketika ini kerana rakyat kini tidak lagi peduli kepada cerita lucah, maki hamun dan fitnah dari Umporno tetapi rakyat kini berfikir mengapa setelah lebih 50 tahun Umporno memerintah, rakyat semakin susah bukan bertambah senang.

Umporno tidak mampu menjawab segala isu yang melibatkan rakyat seperti isu Felda, NFC (lembu kondo), wang zakat yang digunakan untuk halang Hukum Qazaf, Cukai (GST), kenaikan harga barang dan berbagai lagi isu termasuk rasuah yang semakin meningkat di negara ini.


Oleh kerana kehabisan modal, memaksa Najib bercakap soal sampah di Selangor. `Standard' PM bercakap pasal sampah? Memang layak seseorang yang berfikiran sampah hanya tahu bercakap soal sampah. Justeru itu, fitnah terpaksa terus dimainkan dan apakah lagi fitnah yang boleh ditujukan kepada DS Anwar? Liwat? Ternyata gagal semenjak dari Liwat I hingga Liwat II yang terbaru.

Liwat I melibatkan Azizan, siapa boleh lupa bila mana Azizan tidak ingat tarikh bila beliau diliwat. Apabila ditanya oleh Peguambela DS Anwar, siapa yang memberitahu kamu tarikh kamu diliwat? Selamba sahaja Azizan menyebut Musa Hassan yang cadangkan tarikh tersebut. Pening dibuatnya, siapa sebenar yang diliwat? Azizankah atau Musa Hassan? Itu belum dikira tarikh pertuduhan dipinda beberapa kali kerana tarikh awal yang disebut menunjukkan kondo tempat yang kononnya berlaku kejadian liwat ketika itu belum siap. Jawapan mudah pihak Pendakwa, `Typing Error'. Masakan `Typing Error' boleh berlaku lebih dari sekali atau teruk sangatkah kerani yang menjadi tukang taip kertas pertuduhan tersebut? Banyak lagi peristiwa di dalam mahkamah di dalam kes Liwat I dahulu menjadi bahan ketawa orang ramai.

Liwat II melibatkan Saiful begitu juga. Bermula dengan kisah Najib tidak kenal Saiful. Lepas tu, Najib beritahu Saiful berjumpa beliau di pejabat atas urusan mohon biasiswa. Bagaimana seseorang yang gagal di dalam pengajiannya boleh memohon biasiswa? Lebih lucu lagi boleh bertemu terus di Pejabat PM tanpa ada protokol atau temujanji, dan semenjak bila Najib menguruskan biasiswa pelajar? Akhirnya, lebih dramatik lagi Najib beritahu Saiful datang ke rumahnya dengan muka pucat dan menggigil-gigil melaporkan beliau diliwat. Apabila dipanggil ke mahkamah untuk menjadi Saksi, Najib tidak berani tampil walaupun sebelum itu melalak di dalam TV memberitahu beliau tahu semuanya.

Melucukan, Saiful tertinggal seluar dalam di rumah teman wanitanya. Ini contoh pemuda yang Soleh sehingga terdapat kesan lebam di dahinya. Kesan lebam di dahi kononnya kuat ibadat itu, dijelaskan lagi dengan kisah skandal sulit beliau dengan salah seorang Tim Pendakwa. Skandal ini langsung tidak dijawab oleh Saiful samada menafikannya atau tidak. Pemuda Soleh ini bersumpah laknat di dalam masjid. Pemuda yang tertinggal seluar dalam di rumah teman wanitanya, yang mempunyai skandal sulit, yang tidak mencuci dubur selama dua hari tetapi tetap bersolat ini mengharapkan sumpah laknatnya berjaya memperbodohkan rakyat. Malangnya, hanya puak-puak lembu kondo sahaja yang mahu percaya.

Kisah video seks? Sejak awak kisahnya sudah nampak bohong. Cuba kita ingat kembali awal mula cerita yang dibawa oleh Eskay. Beliau menceritakan, sewaktu beliau bersama DS Anwar keluar meninggalkan hotel tersebut, DS Anwar minta beliau mengambil jamnya yang tertinggal di dalam bilik hotel. Eskay masuk bilik mengambil jam dan terjumpa wayar alat perakam video yang disorokkan. Beliau mengambil alat tersebut dan setelah dibuka, beliau terperanjat apabila melihat kononnya aksi seks DS Anwar dengan seorang wanita Cina. Tetapi, di dalam pengakuannya bersama kumpulan `Datuk T' di dalam sidang media kemudiannya, beliau mengaku terlibat di dalam perancangan video seks berkenaan. Mana satu yang betul? Mula-mula terjumpa alat, kemudiannya mengaku pula terlibat?

Lebih memeningkan, laporan bercanggah dari Eskay dengan pihak Polis. Ada laporan menyebut berlaku di hotel dan ada laporan menyebut berlaku di kondo. Ada laporan menyebut wanita Cina seorang pelajar, ada menyebut bukan pelajar. Itu belum dikira kandungan di dalam video berkenaan yang jelas secara fizikalnya pelaku bukanlah DS Anwar. Tambahan pula, mereka yang telah menonton video berkenaan termasuk wartawan dapat mengesahkan fitnah ini. Jam Omega? Ada yang dakwa jam tersebut dihadiahkan oleh Kerajaan Arab Saudi. Tetapi akhirnya disahkan jam tersebut didaftar di Taiwan. Pihak Polis menyebut bahawa isu jam sudah selesai dan DS Anwar juga mengesahkan bahawa jam tersebut masih berada di dalam simpanannya.

Persoalan mereka, mengapa DS Anwar tidak tunjukkan jam tersebut? DS Anwar bukan bodoh untuk menampilkan bukti awal sebelum kes dibawa ke mahkamah (jika dibawa). Sewajarnya, mereka kena mencabar Eskay tunjukkan jam Omega yang kononnya ada pada beliau. Bukankah sipenuduh dibebankan dengan bukti bukan yang dituduh? Bodoh sangat DS Anwar jika beliau terpaksa menunjukkan bukti terlebih dahulu sebelum si penuduh mengemukakan bukti.

Kesemua fitnah mereka tidak berkesan. Saya terbaca satu blog yang penulisnya sudah kehabisan modal untuk melakukan fitnah lain pula. Kali ini, soal sembahyang DS Anwar juga menjadi bahan fitnah beliau. Dikatakan bahawa DS Anwar kerap sembahyang Asar di dalam satu hari semata-mata untuk menunjukkan beliau warak. Baca di SINI. Habis sudah modal mereka. Itu tanda Umporno bakal berkubur dan mereka masih berharap agar jangka hayat Umporno dapat diselamatkan melalui dubur Saiful./wfauzdin.blogspot.com

LAGI PROJEK TIRIS DI KUALA PENYU

Posted: 14 Jan 2012 05:30 AM PST

KETERLALUAN.....Projek membubuh batu kelikir bernilai RM100,000 yang dibina menuju ke rumah bungalow milik seorang kakitangan Jabatan Pelajaran Kuala Penyu.

Oleh : KREW SABAHKINI.NET


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa turun padang bagi menyiasat ketirisin pemberian projek yang bernilai RM100,000 kepada seorang kakitangan awam di Kuala Penyu dan dikatakan mempunyai pertalian keluarga dengan Wakil Rakyat di kawasan berkenaan.

Demikian desakan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Beaufort, Taufick Haji Ruschik kepada Krew Sabahkini.net yang kebetulan melawat Beaufort.

Beliau berkata, aduan dan maklumat mengenai perkara tersebut telah disampaikan oleh penduduk di Kuala Penyu kepadanya melalui e-mail dan jika perkara ini benar berlaku, ia adalah sesuatu yang amat malang dan menunjukkan bahawa pemimpin Barisan Nasional terlalu rakus membelanjakan wang hasil cukai rakyat.

TABIKA KEMAS ATAU SARANG ANAI-ANAI?

Posted: 14 Jan 2012 05:23 AM PST

USANG....Asmah menunjukkan dinding kelas berkenaan yang sudah usang.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : ZAMAN ABM FAJEER


48 TAHUN merdeka belum cukup untuk mengajar KEMAS menilai operasinya agar selaras dengan Pelan Transformasi Kerajaan melalui NKRA bagi mengejar kepesatan pembangunan sehingga terpaksa menjadi 'Setinggan' untuk meneruskan operasi TABIKA Taman Rimba, Libaran.

Bangunan Kelas Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) KEMAS Taman Rimba Libaran-Sandakan yang sudah uzur dimamah usia, lebih buruk daripada kandang kambing kerana strukturnya rapuh dan bakal mengundang bahaya perlu dibaik pulih dengan segera.

Kebanyakkan tiang, siling, lantai dan dindingnya 80 peratus sudah rapuh dimakan anai-anai dan akan runtuh menyembah bumi pada bila-bila masa sahaja; lebih sesuai ditransformasi sebagai Pusat Pembiakan Anai-Anai.

Disebabkan bangunan tersebut dianggap kurang selamat kepada murid-murid termasuk guru-guru TABIKA, maka mereka berpindah ke rumah teres yang tidak beberapa jauh untuk menempatkan semula muriud-murid supaya tidak mengganggu keghairahan mereka menimba ilmu, sekalipun terpaksa bersetinggan!

Dalam tinjauan Sabahkini.Net kelmarin, mendapati rumah kediaman tersebut sebagai penempatan sementara kelihatan tidak begitu selesa kerana tidak mempunyai kemudahan asas seperti meja, bangku dan juga kipas angin sehingga murid-murid gelisah saban hari menahan kepanasan dalam ruang bilik yang pengap.


WAWANCARA.....Asmah sedang diwawancara oleh Sabahkini.Net mengenai masalah Bangunan TABIKA.

SEMENTARA....Bangunan rumah kediaman yang digunakan sementara sebagai Kelas TABIKA tidak mempunyai kelengkapan asas.

RUNTUH....Bangunan ini akan runtuh bila-bila saja

REPUT.......Dinding yang sudah reput dimakan anai-anai.

Dalam temubual eksklusif Sabahkini,Net dengan seorang guru TABIKA berkenaan, Asmah Hj Nunong menjelaskan, kelas tersebut mengadakan sesi sidang pagi dan petang dengan bantuan 10 orang guru dan mempunyai murid seramai 250 orang.

"Memandangkan bangunan tersebut sudah hampir usang saya bagi pihak Ibubapa, Guru-Guru dan KEMAS memohon jasa baik Ahli Parlimen Libaran agar dapat memberikan peruntukan atau membaik semula bangunan tersebut dengan seberapa segera yang boleh," kata Asmah dengan nada sebak dan terharu.

"Sementara itu, bangunan yang kami gunakan untuk kelas TABIKA buat sementara waktu ini yang tidak mempunyai kemudahan asas. Saya merayu agar Ahli Parlimen Libaran dapat menyumbangkan 4 buah kipas angin demi keselesaan murid-murid dan juga guru-guru di kelas berkenaan," rayu Asmah dengan rendah hati.

UMNO mengemis undi penduduk,135 wakil rakyat UMNO jadi mangsa

Posted: 14 Jan 2012 05:16 AM PST

Oleh SisiBukit


KEMENANGAN UNTUK RAKYAT Penulis diberi maklumat program UMNO/BN iaitu pemukiman di Parlimen Bukit Gantang. Mereka memberitahu antara 12-14 Januari ini,Bukit Gantang akan dikunjungi wakil rakyat UMNO.

Sementara itu,Najib Razak akan berjumpa penduduk di Dewan Bunga Raya,Changkat Jering pada sebelah petang 13 Januari ini.

Bertemu penduduk Cina lewat petang di Simpang.

Difahamkan seramai 135 wakil rakyat BN akan mengikuti program pemukiman itu di beberapa kawasan di Perak.

Sebelum ini Pengerusi Kelab Adun BN (BNBBC), YB Datuk Nadzri Ismail(ADUN Manjoi) menyatakan , setiap wakil rakyat akan menetap bersama keluarga angkat masing-masing di 135 kampung terpilih melibatkan lapan bahagian utama iaitu Larut, Parit Buntar, Bagan Serai, Bukit Gantang, Taiping, Padang Rengas, Beruas dan Lumut.

Zon utara dipilih pada kali ini.Satu sejarah UMNO/BN ,mengemis undi penduduk.Apabila mereka sudah nazak baru berjumpa penduduk ,untuk meminta talian hayat.Apa yang jelas,pengundi Bukit Gantang bijak dan matang.Bukit Gantang sudah belajar dan mengetahui seni politik UMNO/BN.

Pemukiman sama sebelum ini telah dibuat di Selangor,dilihat gagal.

Dalam pada itu,Ustaz Idris mengulas isu pemukiman ini."Kawasan-kawasan ini adalah kawasan yang gelap pada perkiraan BN, maka tumpuan khas harus diberikan untuk menarik sokongan."kata Ustaz Idris Ahmad,anak tempatan parlimen Bukit Gantang.

"Sekarang pemimpin Umno BN terpaksa melutut kepada rakyat unuk mengemis undi daripada rakyat," ujar Ustaz Idris Ahmad lagi..

http://sisibukit.blogspot.com/

DEDAH : MB Johor Bohong Rakyat

Posted: 14 Jan 2012 04:30 AM PST

Blog Nusajayakini


JOHOR BAHRU – Setelah mendapat desakan daripada PAS Johor berhubung isu pengambilan QSR dan KFCH oleh JCORP, Dato' Abdul Ghani Othman yang merupakan Menteri Besar Negeri Johor telah membuat kenyataan akhbar kali pertama berhubung isu berkenaan seperti yang disiarkan oleh Berita Harian edisi Khamis, 5 Januari 2012 dan Harian Metro edisi Jumaat, 6 Januari 2012.

PAS Johor semalam, telah membuat sidang akhbar sebagai kenyataan balas terhadap kenyataan akhbar yang dibuat oleh Menteri Besar.

Kenyataan akhbar kali ini dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Dato' Dr. Mahfodz Bin Muhamed.

Di dalam kenyataan akhbar sebelum ini, Menteri Besar Dato' Abdul Ghani Othman telah membuat beberapa kenyataan bohong dan mengelirukan rakyat Negeri Johor.

Antara kenyataan beliau adalah seperti berikut :

Kenyataan Pertama MB

1. Pengambilalihan tidak melibatkan pihak asing. JCORP hanya meningkatkan saham dalam QSR dari 33% kepada 51% dan dalam KFCH dari 17% kepada 51%.

Ulasan PAS Johor

Kenyataan cuba untuk mengelirukan dan memperbodohkan rakyat Johor. Bukankah JCORP bekerjasama dengan CVC Capital Partners (CVC) menubuhkan syarikat tujuan khas (special vehicle purpose) iaitu Massive Equity Sdn. Bhd. (MESB) yang mana JCORP memegang 51% kepentingannya manakala 49% lagi dipegang oleh CVC.

CVC merupakan sebuah firma equiti persendirian dan perunding pelaburan asing yang ditubuhkan di London pada tahun 1981 sebagai firma modal teroka kepada Citigroup (Citigroup Venture Capital-CVC) yang dipercayai mendapat sokongan kuat dari yahudi.

Pada tahun 1993, CVC telah diambilalih oleh pihak pengurusannya daripada Citigroup dan ditukar nama kepada CVC Capital Partners.

Bukankah sebaik sahaja pengambilalihan ini selesai maka secara langsung 49% kepentingan dalam QSR dan KFCH akan terlepas kepada pihak asing melalui CVC?

Kenyataan Kedua MB

2. Pengambilalihan keseluruhan kepentingan QSR dan KFCH melalui MESB adalah sebahagian 'Proses Rasionalisasi' perniagaan JCORP agar bahagian tertentunya menumpu kepada perniagaan utama seperti Kulim (M) Berhad tidak lagi terlibatdalam perniagaan runcit makanan tetapi menumpukan kepada perniagaan utamanya sahaja iaitu perladangan.

Ulasan PAS Johor

'Proses Rasionalisasi' dilaksanakan dalam dunia korporat bilamana sesuatu organisasi perniagaan menghadapi masalah di dalam pentadbirannya atau perniagaannya tidak mencapai prestasi yang diharapkan.

Di dalam kes QSR dan KFCH, keua-dua syarikat adalah merupakan syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan kedua-dua syarikat tersebut telah mencatatkan prestasii yang sangat baik dari segi jualan, keuntungan dan jumlah bilangan outlet sepanjang berada di bawah pengurusan Kulim (M) Bhd. Dengan kata lain QSR dan KFCH bukanlah syarikat yang 'tenat' seebaliknya merupakan 'syarikat lubuk emas JCORP' dengan jualan kasar mencecah RM 3 bilion setahun.

Adalah menjadi amalan biasa sesebuah syarikat terlibat dengan beberapa jenis perniagaan terutama ianya sangat baik jika dilihat daripada segi pengagihan risiko perniagaan (business risk diversification). Apa yang dilaksana oleh Kulim (M) Bhd. Dengan terlibat dalam sektor perladangan dan perniagaan runcit makanan adalah perkara biasa.

Antara prestasi cemerlang KFCH adalah peningkatan keuntungan kasar dari RM 65 juta (2005 sebelum diambilalih oleh JCORP) kepada RM 222 juta pada tahun 2010 (peningkatan 241%).

Prestasi cemerlang ini juga telah memberikan kepercayaan pemegang francais utama KFC untuk memberikan hak francais KFC di Singapura, Brunei, Combodia, dan India kepada KFC Malaysia.

Kenyataan Ketiga MB

3. CVC dipilih sebagai rakan kongsi JCORP kerana prestasi cemerlang dan pengalaman luasnya menguruskan perniagaan yang sama dan berpengalaman dalam membuat pelaburan di rantau ini.
Ulasan PAS Johor

Kenyataan ini merupakan satu lagi pembohongan Menteri Besar Johor kepada rakyat Johor. CVC adalah syarikat ekuiti persendirian dan perunding pelaburan dan bukannya pengendali rangkaian restoran makanan.
CVC sebenarnya langsung tidak mempunyai pengalaman dalam mengeendalikan perniagaan rangkaian restoran makanan.

Apa yang dirancang oleh MESB adalah untuk kemungkinan membawa masuk Mr. Art Rautio, bekas Timbalan Presiden dan Pengarah Urusan (Managing Director) Yum! Restaurants International berpangkalan di Singapura.

Beliau adalah lulusan Havards Business School, USA dan memiliki 23 tahun pengalaman kerja dengan PepsiCo dan 14 tahun berpengalaman kerja dengan Yum! Restaurants Asia di Singapura.

Yum! Restaurants Asia melalui Yum! Restaurants (India) Pvt. Ltd. Juga mengendalikan rangkaian Restoran KFC di India milik KFCH Malaysia.

Kenyataan Keempat MB

4. Pengambilalihan QSR dan KFCH akan dibiayai kombinasi tunai (ekuiti) dan hutang. Namun hutang yang ditanggung bukan pada JCORP sahaja, tetapi pada syarikat yang akan mengambilalih QSR dan KFCH. Dalam hal ini hutang itu akan disandarkan kepada kekuatan aliran tunai QSR dan KFCH.

Ulasan PAS Johor

Kos keseluruhan pengambialihan adalah RM 5.2 bilion. Kemungkinan apa yang akan dilakukan adalah mmasing-masing pihak (JCORP dan CVC) akan mengeluarkan modal awalan sebanyak RM500 juta bagi membolehkan MESB memiliki modal pusingan RM 1 bilion.

Baki RM 4.2 bilion akan diperoleh dengan membuat pinjaman atas nama QSR dan KFCH bersandarkan kepada kekuatan aliran tunai mereka.

Sebahagian dari hasil pengambilalihan RM 5.2 bilion yang diperoleh akan dimiliki oleh JCORP. Keuntungan ini akan dapat menampung kembali pusingan modal RM 500 juta yang dikeluarkan oleh JCORP.

Benarlah JCORP tidak menambah hutang di peringkat JCORP, sebaliknya menambah hutang di peringkat kumpulan iaitu QSR dan KFCH akan berhutang bagi meembiayai kos pengambilalihan itu.

Dalam kenyataan akhbar kali ini, Tuan Haji Dzulkefly, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor menyimpulkan bahawa," PAS Negeri Johor sangat bimbang apabila QSR dan KFCH dibebankan dengan hutang maka sudah tentu akan menjelaskan prestasi dan keuntungan QSR dan KFCH, malah ianya juga akan membantutkan program perkembangan syarikat tersebut pada masa hadapan."

Tambah beliau lagi, PAS Negeri Johor juga bimbang, selepas pengambilalihan hutang JCORP tidak selesai malah anak syarikatnya QSR dan KFCH pula akan terlibat dengan bebanan hutang.

Turut hadir dalam sidang akhbar ini ialah YDP PAS Johor Bahru dan Ketua Pemuda PAS Johor.

Sidang akhbar bermula kira-kira jam 11.30 pagi dan tamat sekitar 1.00 tengah hari.

Eksklusif: Pemecatan Dr.Hassan Ali Dari PAS, Beri Peluang Kepada Dia Untuk "Bermuhasabah" Diri !

Posted: 14 Jan 2012 03:59 AM PST

PAHANG DAILY


Ramai yang terkejut sebenarnya dengan keputusan drastik Parti Islam SeMalaysia (PAS) memecat bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr.Hassan Ali (foto) baru-baru ini.

Biar pun keputusan itu dilihat satu tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh PAS, namun ramai pihak yang gembira dengan tindakan tersebut. Malah, ada diantara mereka yang melihat tindakan itu amat tepat demi menjaga imej dan maruah parti itu. Dr.Hassan Ali, antara pemimpin yang dilihat banyak mendatangkan masalah kepada PAS dan Pakatan Rakyat bila tergamak mengeluarkan beberapa kenyataan yang jelas bertentangan dan membelakangkan parti.

Terbaru, beliau mempertikaikan perjuangan rakyat membela Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baginya adalah satu tindakan yang tidak memberi apa-apa faedah kerana kes yang dihadapinya adalah isu peribadi. Malahan, dia juga mempertikaikan motif rakyat hadir dalam Perhimpunan Bebas Anwar 901 baru-baru ini.

Semua ini mengundang kemarahan rakyat dan mereka mula melihat Hassan Ali cuba bermain api dan "membakar jambatan" sendiri. Hassan memulakan kontroversi dengan isu "Kerajaan Perpaduan". Ramai yang mengganggap tindakan Hassan itu dek kerana beliau kemaruk untuk menjadi Menteri Besar Selangor, menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim andainya usaha-usaha itu direalisasikan.

Malah, Hassan juga dilihat menjadi punca perbalahan isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Khusrin Munawi. Beliau dikatakan sering menggadakan pertemuan sulit dengan beberapa orang pemimpin UMNO, dalam usaha untuk mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan andainya PAS berjaya digabungkan dengan UMNO. Semua ini jadi kemarahan ramai penyokong PAS, terutamanya di negeri Selangor.


Tindakan Hassan Ali yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor hadir ke program Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN), anjuran beberapa buah NGO di Stadium Shah Alam baru-baru ini juga dilihat menimbulkan kontroversi, biar pun dia akui hadir atas kapasiti peribadi.

Hassan berucap dan berdiri sebaris dengan NGO yang dilihat lebih cenderung kepada kerajaan UMNO BN. Soalnya sekarang, apakah wajar PAS memecat Hassan Ali yang merupakan seorang tokoh yang cukup disegani sebelum ini?.

Hassan terus mencetuskan kontroversi bila menyarankan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia sekirannya pembangkang menang PRU-13 dan Anwar dipenjarakan dek kerana kes liwat yang beliau hadapi.

Semua kenyataan ini mengundang kemarahan buat seluruh rakyat terutamanya para penyokong pembangkang. Akhirnya Hassan dilihat boleh menjadi "liabiliti" kepada PAS dan Pakatan Rakyat andainya dia terus dikekalkan. Ini menyebabkan Hassan Ali akhirnya diterajang keluar dari PAS.

Terbaru, kami mendapat maklumat Hassan sebenarnya bukanlah pejuang Islam sejati yang boleh dipertahankan. Ini kerana beliau sememangnya seorang pemimpin yang lebih mengejar "nilai-nilai komersial" daripada roh perjuangan Islam itu sendiri.

Fikrah Hassan bukanlah untuk berjuang bersamaa Islam dan beliau bersama PAS hanya kerana pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu.

[Tindakan Hassan yang mahu memperkenalkan "sistem komisyen 10%" kepada penceramah PAS berdasarkan kepada kutipan dana dalam mana-mana program ceramah umum menyebabkan imej Hassan Ali sedikit rosak.

Beliau cuba membawa masuk elemen UMNO ke dalam parti Islam yang dilihat
"tidak kena pada tempatnya". Hassan cuba untu mengkomersialkan PAS selaras dengan cita-citanya.

Inilah yang menjadi kemarahan sebahagian pemimpin PAS yang membawa kepada pemecatan Hassan Ali. Malah, kisah namanya tidak tersenarai sebagai salah seorang calon PAS di
DUN Gombak Setia bukanlah omongan kosong semata-mata.

Memang benar rupanya majoriti rakyat di kawasan itu sudah jemu untuk bersama Hassan Ali lagi. Mereka melihat Hassan masih mengamalkan budaya
"mengejar duniawi" daripada perjuangan Islam sebenar.

Apapun, diharapkan Hassan Ali dapat muhasabah dirinya dan kembali ke landasan perjuangan yang hakiki. Usahlah terpedaya dengan duniawi hingga tergamak menghina mereka yang berjuang di landasan kebenaran.

Apapun, diharapkan masa depan Hassan Ali akan lebih bersinar lagi selepas ini. Semoga pemecatan ini akan memberi peluang kepada beliau untuk muhasabah dan kenali potensi diri. Salam takziah buat Hassan Ali].

Kenapa Utusan 'blackout' gambar Najib?

Posted: 14 Jan 2012 03:54 AM PST

SIASAH DAILY


Akhbar dikuasai Umno, Utusan Malaysia kelihatan telah mengalihkan tumpuan ekoran keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Selepas dua hari, yakni pada 11 dan 12 Januari gambar Najib tidak terbit di halaman dua dan tiga, gambar beliau kembali muncul pada 13 Januari dengan pengumuman program bantuan untuk rakyat berpendapatan rendah.

Pada masa sama, gambar-gambar bersaiz besar Najib muncul di muka depan dan muka tiga dengan nilai yang positif.

Berita pada hari ini, 13 Januari, bersifat positif kepada Najib tanpa sebarang kaitan kepada kes Anwar.

Pada 9 dan 10 Januari, gambar perdana menteri diterbitkan bersama laporan lawatan ke Afrika Selatan untuk meraikan sambutan parti Kongres Nasional Afrika.

Pada 10 Januari, hari selepas keputusan yang menjadikan liputan Utusan Malaysia ditunggu-tunggu, laporan ulasan Najib tentang kes Anwar diletakkan di muka tiga tanpa gambar, dengan komentar yang ringkas dan memberi fokus pada nilai positif keputusan itu kepada integriti kehakiman di negara ini.

Ketiadaan gambar Najib di halaman tiga Utusan Malaysia selama dua hari berturut-turut boleh dikaitkan dengan reaksi ramai ahli dan penyokong parti pemerintah terhadap keputusan kes liwat Anwar.

Sama ada dirancang atau tidak, ketiadaan gambar Najib selama dua hari boleh mengelakkan kaitan dibuat antara keputusan kes Anwar dengan beliau, yang kukuh dalam persepsi sesetengah pihak termasuk penyokong kuat Umno.

Sekiranya tercetus kemarahan ramai ahli dan penyokong Umno terhadap Najib dalam kes ini, kesannya dapat diminimakan dengan tiadanya gambar Najib selama dua hari di halaman depan akhbar dikuasai Umno itu.

Kemunculan pada hari ini 13 Januari pula membawa satu berita yang tidak berkaitan dengan kes itu, malah memperlihatkan kes itu tidak relevan lagi kepada beliau yang kini memberi tumpuan kepada program pembangunan.

Pada masa sama, laporan muka depan pada 10 dan 11 Januari pula memberi fokus pada Anwar dan penyokongnya, dengan kedua-duanya bernilai negatif.

Tajuk pada 10 Januari memberi implikasi Anwar dilepaskan kerana kekurangan bukti atau tidak dapat didapati bersalah kerana hal teknikal, dan petikan kenyataan Anwar yang keputusan mempunyai kaitan tekanan luar terhadap Najib pula disertakan, kerana potensi kesan negatif kenyataan itu kepada Anwar sendiri.

Keesokan harinya, tajuk Peserta Bawa Bom pula menjadi pilihan muka depan, yang juga bersifat sangat negatif kepada pembangkang.

Abdul Gani elak soalan mengenai rayuan kes Anwar

Posted: 14 Jan 2012 03:53 AM PST

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mengelak soalan pemberita mengenai sama ada pejabatnya akan memfailkan notis rayuan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat Isnin lepas.

ghani patail gani 060409Beliau sebaliknya lebih suka untuk membincangkan mengenai
memancing, cuti Tahun Baru Cina dan hujung minggu, daripada melayan soalan media mengenai Anwar.

"Anda tahu, ini adalah hujung minggu dan hari ini adalah hari Sabtu dan dengan Tahun Baru Cina semakin hampir, saya ingin pergi memancing," katanya ketika dikerumuni pemberita.

Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada pertuduhan liwat Isnin lalu apabila Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak keterangan DNA.

Pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden telah mengesyorkan supaya rayuan dibuat terhadap keputusan tersebut.

Pasukan itu telah mengemukakan syor tersebut Rabu lalu kepada bahagian perbicaraan dan Rayuan, Pejabat Peguam Negara.

Bagaimanapun, sehingga semalam, ketua bahagian tersebut, Kamaluddin Md Said berkata tiada lagi keputusan dibuat berhubung perkara itu.

Pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan bapanya, Azlan Md Lazim telah menggesa pihak pendakwaan supaya memfailkan rayuan demi menjaga maruah mereka.

Pihak pendakwaan mempunyai 14 hari untuk memfailkan rayuan dari tarikh keputusan itu dibuat dan kerana cuti Tahun Baru Cina yang akan datang, maka hari terakhir untuk berbuat demikian ialah pada 25 Januari.

Bekas speaker Melaka meninggal dunia

Posted: 14 Jan 2012 03:52 AM PST

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Amid Nordin, 59, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putra Melaka hari ini akibat penyakit barah hati.

Allahyarham yang menjawat jawatan Speaker DUN yang kesembilan pada 1999 sehingga 2004 meninggal dunia kira-kira 12 tengah hari tadi selepas dirawat di hospital itu sejak dua hari lepas.

Amid yang juga bekas ADUN Telok Mas dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Melaka meninggalkan dua balu dan enam orang anak.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar bagi Umno dan BN kerana beliau seorang yang berdedikasi dalam menjalankan tugas.

Beliau berkata Allahyarham telah menghidap barah hati sejak Januari 2011 dan menjalani sesi kimoterapi sejak dua bulan lepas.

"Saya lihat dalam tempoh lima bulan kebelakangan ini, Allayarham sering diganggu masalah kesihatan," katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Allahyarham di Hospital Putra di Melaka.

Mohd Ali berkata Allayarham yang juga merupakan pengerusi Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) telah membawa banyak keuntungan kepada kerajaan negeri dalam menjana pembangunan perdagangan di Melaka.

AG pertahan RUU Perhimpunan Aman

Posted: 14 Jan 2012 03:50 AM PST

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang dikecam hebat, adalah bertujuan untuk "menggalakkan kebebasan bersuara", sambil menegaskan bahawa tidak ada undang-undang yang akan memuaskan hati semua orang.

lingam tape panel meeting 031007 abdul gani patailAbdul Gani (kanan) mendakwa rang undang-undang tersebut telah
melalui perundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan.

Katanya, undang-undang tersebut bertujuan untuk menggantikan seksyen 27 Akta Polis dan untuk menggalakkan kebebasan bersuara.

"Bagaimanapun, dalam perundingan dengan pihak-pihak berkepentingan, kita masih tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (untuk tidak mendedahkan kandungan keseluruhan)," katanya berhubung aduan bahawa banyak pihak berkepentingan, yang tidak dibawa berbincang sebaiknya mengenai perkara itu.

"Juga tidak akan ada undang-undang utopia (ideal) yang memuaskan hati semua lapisan masyarakat," katanya.

Peguam Negara berkata demikian di majlis pembukaan tahun perundangan oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria pagi ini.

Ia turut dihadiri tiga ketua hakim dari negara ASEAN - Ketua Hakim
Singapura, Chan Sek Keong; Ketua Hakim Mahkamah Agung Indonesia, Harifin A Tumpa SH dan Ketua Hakim Negara Brunei, Kifrawi bin Kifli.

NONERang Undang-Undang Perhimpun Aman dibentangkan pada bulan November lalu dan diluluskan secara tergesa-gesa di Dewan Negara bulan lalu, walaupun ia dibantah oleh kalangan ahli parlimen, peguam, masyarakat sivil dan orang awam.

Salah satu kritikan utama terhadap rang undang-undang itu ialah ia melarang demonstrasi jalanan.

TPM: Tak ada keperluan wujud badan khas ganti SPR

Posted: 14 Jan 2012 03:47 AM PST

Kerajaan tidak perlu mewujudkan sebuah badan lain untuk mengendalikan pilihan raya memandangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah terbukti mampu mengendalikan pilihan raya dengan baik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata SPR adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Parlimen dan sebuah jawatankuasa pilihan khas parlimen telahpun ditubuhkan bagi menambahbaik sistem pilihan raya sedia ada.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan bekas pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman supaya kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya kepada suruhanjaya itu untuk melaksanakan tanggungjawabnya tanpa berkongsi kuasa dengan mana-mana agensi.

Akhbar tempatan memetik Abdul Rashid sebagai berkata kerajaan juga disarankan mewujudkan sebuah badan bebas bagi memastikan pilihan raya dapat memuaskan hati semua pihak.

Muhyiddin berkata beliau tidak pasti maksud sebenar Abdul Rashid itu tetapi kerajaan bersedia untuk menerima sebarang cadangan dan mempertimbangkannya jika perlu.

Kerajaan, katanya, tidak nampak adanya keperluan untuk menubuhkan sebuah badan khas yang dimaksudkan itu kerana semuanya telah berjalan dengan betul dan cadangan penubuhan jawatankuasa pilihan khas parlimen itu telah pun diteliti oleh SPR.

Kelantan mahu hapus hutang PTPTN

Posted: 14 Jan 2012 03:33 AM PST

MALAYSIA KINI

Exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata negeri itu akan menghapuskan hutang yang ditanggung warganya daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam perbahasannya di Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di Alor Setar hari ini, Husam berkata bayaran itu akan dibuat sebaik Kelantan berjaya menuntut bayaran royalti minyak daripada kerajaan persekutuan.

Kenyataannya itu bagi menjawab satu cabaran yang dikemukakan seorang wakil pelajar di konvensyen berkenaan dalam sesi terdahulu.

Husam mengulas, hutang yang akan dilupuskan itu melibatkan jumlah yang dipinjam oleh pelajar berkenaan sejak tahun 2005.

K'jaan akan umum langkah atasi kemelut NFC

Posted: 14 Jan 2012 03:25 AM PST

Kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah mengatasi isu yang melanda Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dalam masa yang terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Katanya kerajaan sedang merancang mengenai kaedah mengatasi isu itu dan beliau bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar akan berbincang mengenainya sebelum memaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Muhyiddin berkata segala aset NFC telah dibekukan sementara dan Perdana Menteri telah melantik beliau bersama Noh akan memantau NFC.

"Saya telah berbincang dengan Perdana Menteri bahawa isu NFC ini dimanipulasi oleh pembangkang dan telah sampai ke penghujungnya bahawa kerajaan akan ambil tindakan dan akan umumkan (tindakan yang diambil) dalam masa yang terdekat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan tengah hari dan penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan 2020 di Kangar.

Beliau berkata kerajaan akan meneliti semula semua aspek mengenai NFC itu termasuk meneliti daripada aspek undang-undang dan perjanjian antara kerajaan dengan syarikat terbabit.

Muhyiddin berkata kerajaan mempunyai cara untuk menyelesaikan isu itu dan rakyat akan mengetahui tindakan yang diambil terhadap isu itu selepas memaklumkannya kepada Perdana Menteri.

Beliau berkata siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis mungkin dapat dijadikan panduan untuk langkah-langkah yang boleh diambil kerajaan.

SPRM baru-baru ini memaklumkan isu pembelian kondominium menggunakan dana NFC telah diserahkan kepada polis yang dilanjutkan kepada Pengarah Jabatan Jenayah Komersial.

Isu NFC timbul apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan perbadanan itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

TGNA Mahu BERS✔H 3.0 Digerakkan

Posted: 14 Jan 2012 01:06 AM PST

KELAB GREENBOC


Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datok Nik Aziz Nik Mat menyeru supaya BERSIH 3.0 di gerakkan bagi memastikan Pilihanraya Umum ke-13 akan datang dilaksanakan dengan adil, telus dan bersih.

Dalam perutusan yang di edarkan hari ini, beliau berkata tindakan Kerajaan Umno/BN yang di terajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakankan taktik melengah-lengahkan lapan tuntutan BERSIH 2.0 menerusi Pengistiharan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC).

"Ia satu usaha yang dipertikaikan keikhlasannya. Ini tidak lebih dari usaha pengalih perhatian umum dari menyerang SPR. Ia satu taktik supaya rakyat lupa lapan tuntutan BERSIH 2.0."

Berhubung Konvensyen yang sedang berlangsung, Menteri Besar Kelantan itu berkata perpaduan yang terjalin dengan komponen PR membolehkan PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada masyarakat bukan Islam.

"Umno pula tidak putus-putus mengkhianati perjuangan PAS dengan menuduh PAS menjadi kuda tunggangan DAP.

"Sebab itu Umno tidak layak menjadi rakan PAS dan jauh sama sekali untuk di jemput menjadi rakan dalam PR.

Sehubungan itu menurut beliau sudah tiba masanya menerusi konvensyen ini untuk menggarap dan meningkatkan kerjasama untuk menjayakan agenda BERSIH 3.0 akan menjadi sebuah realiti.

"Ini adalah usaha dan kerjasama yang pasti akan memartabatkan lagi PR selepas 901 iaitu keadilan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, kerjasama politik dalam PR memenuhi prinsip Tahaluf-Siasi yang merupakan kebajikan sejagat yang mendapat keredhaan Allah.

Justeru katanya, keadilan untuk pelbagai kaum yang diperjuangkan PR selepas 901 mempunyai harapan yang cerah untuk menguasai Putrajaya. -tvsnews

Kerajaan perlu dedah daftar pengundi warga asing

ALOR SETAR, 14 Jan: Seluruh rakyat negara ini diseru menolak politik kotor yang diamalkan di negara ini oleh para pemimpin Umno BN dengan menukar BN kepada Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 akan datang.

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga sehubungan itu menyeru seluruh rakyat negara ini menolak segala ciri yang menyumbang kepada politik kotor termasuk menolak pemimpin-pemimpin yang tidak berintegriti.

Menurutnya, selain itu, orang ramai juga perlu menolak pemimpin-pemimpin yang rasif dan pasif dan pemimpin yang mementingkan diri berbanding kepentingan rakyat.

Berucap pada Acara Suara Nurani Rakyat pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu"adzam Shah, di sini, hari ini, beliau berkata, pentadbiran Kerajaan BN ternyata gagal mencegah rasuah, malah indeks rasuah di negara ini terus meningkat dari kedudukan di tangga ke-10 ke tangga ke-6 tahun lalu.

"Aset negara yang telah dikeluarkan ke luar negara juga cukup tinggi sehingga USD291 bilion tahun lalu dan pengeluaran aset secara haram ini mestilah dihentikan," katanya.

Beliau turut mendesak pihak kerajaan dan menteri terbabit mendedahkan akaun petronas untuk pengetahuan seluruh rakyat.

Begitu juga dengan data-data berhubung pendaftaran warganegara asing sebagai pengundi di negara ini yang mesti didedahkan oleh menteri yang bertanggungjawab.

"Kerajaan BN juga mestilah melaksanakan lapan tuntutan Bersih terlebih dahulu sebelum mengadakan PRU Ke-13," ujar beliau.

Kesemua tuntutan itu telah dinyatakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen baru-baru dan ia mestilah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum pilihanraya diadakan.

"Kalau tidak tak ada gunanya kerajaan menubuhkan jawatankuasa itu," tegas beliau. -HD

Ulasan GB

BERS✔H 3.0 memang wajar digerakkan daripada sekarang. Dakwat kekal digunakan tetapi daftar pemilih masih belum diberishkan. Warganegara asing pula ramai didaftar sebagai pemilih.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Pemuda PR mampu menjadi peneraju utama penggerak BERS✔H 3.0 jika pihak J/K BERS✔H 2.0 sudah enggan untuk menjayakannya.

Jangan hanya bercakap, berindak sekarang. Panggil mesyuarat, tetapkan tarikhnya SEGERA.

Dan jangan berlengah sebelum kita terus ditipu SPR dan UMNO/BN.

Masalah Air Di Parlimen Pekan Sendiri Tak Selesai, Mahu Selesaikan Masalah Di Selangor

Posted: 14 Jan 2012 01:04 AM PST

KELAB GREENBOC





N
ajib: Masalah penduduk selesai jika BN berkuasa

Shah Alam — Datuk Seri Najib Razak hari ini berjanji segala masalah penduduk di Selangor akan selesai sekiranya rakyat memilih perikatan tersebut untuk memerintah selepas pilihan raya umum ke-13 depan.

Perdana Menteri berkata demikian ketika Majlis Sepetang Bersama Rakyat di Rimba Jaya, Seksyen 16, di sini.

"Segala masalah penduduk di Selangor termasuk masalah sampah sarap, air dan sebagainya akan selesai sekiranya kerajaan BN memerintah negeri ini," katanya yang sudah melakukan tiga lawatan dalam sebulan ke Selangor dalam usaha yang dilihat sebagai usaha menawan kembali kerajaan negeri daripada Pakatan Rakyat (PR).

Sebelum itu, Najib mengadakan lawatan "walkabout" ke Kompleks PKNS Shah Alam bagi mendengar keluhan peniaga-peniaga yang menghadapi masalah tekanan kenaikan kadar sewa sebanyak seratus peratus oleh kerajaan negeri.

Lawatan Najib ke Selangor hari ini turut menyaksikan mesyuarat tertutup beliau dengan ketua Pusat Daerah Mengundi Selangor di Intekma Resort.

Dalam lawatan ke PKNS, Najib turut berjanji akan menyelesaikan masalah peniaga-peniaga di berkenaan bahawa tidak akan berlaku sebarang kenaikan kadar sewa di kompleks berkenaan sekiranya Barisan Nasional (BN) menguasai kerajaan negeri selepas pilihan raya akan datang.

Malah, Najib turut berjanji akan berbincang dengan Kementerian Pelancongan supaya mewartakan kompleks berkenaan sebagai Kompleks Warisan demi menarik kemasukan pelancong ke Shah Alam.

"Ada cadangan daripada peniaga supaya kerajaan pusat mengambil alih kompleks ini daripada kerajaan negeri, namun begitu, agak sukar untuk kerajaan pusat membantu peniaga-peniaga di kompleks PKNS ini sekiranya kerajaan negeri masih lagi di bawah Pakatan Rakyat, mereka akan tetapkan pelbagai syarat yang ketat kepada kerajaan.

"Adalah lebih mudah sekiranya kita kuasai kerajaan negeri dan kita akan ambil alih komples PKNS ini untuk dibangunkan," katanya dan disambut jeritan sokongan daripada peniaga-peniaga di kompleks berkenaan.

"Sekarang kita mengalami zaman gelap, kita makan ubi kayu, tapi selepas semboyan dibunyikan, saya berjanji kita akan makan nasi minyak," katanya lagi dan mengharapkan peniaga-peniaga di kompleks PKNS berkenaan bersabar dan membuat keputusan bijak dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Penduduk di kawasan Rimba Jaya turut dijanjikan peruntukan untuk membina surau dan kuil untuk aktiviti keagamaan masyarakat di sini.

Selain itu, Najib turut mempertimbangkan kaedah dan cara untuk mengatasi masalah pinjaman untuk penduduk setinggan di kawasan tersebut yang tidak mampu membuat pinjaman perumahan untuk berpindah ke kawasan pangsapuri berkenaan.

"Saya bukan berjanji, tetapi saya minta penduduk beri saya masa untuk memikirkan penyelesaian terbaik untuk membantu mereka yang tidak mampu membuat pinjaman perumahan," katanya lagi. -TMI


Ulasan GB

Demikian hebat janji Najib. Katanya:

"Segala masalah penduduk di Selangor termasuk masalah sampah sarap, air dan sebagainya akan selesai sekiranya kerajaan BN memerintah negeri ini".

Sedangkan masalah air di parlimennya sendiri di pekan Pahang tidak selesai, tiba-tiba beliau membuat kenyataan "semua" masalah seluruh Selangor akan selesai jika BN memerintah.

Menjadikan dirinya seolah-olah seperti Santa Claus yang menabur gula-gula kepada penduduk Selangor.

Kita minta beliau balik ke Pekan selesaikan dahulu masalah air yang kian meruncing di parlimennya.

Persoalannya, kata beliau mengapakah projek pembinaan UMP yang kini telah pun menempatkan mahasiswa di sana dalam keadaan tidak lengkap dengan keperluan asas seperti bekalan air.

"Katanya, mengapa kawasan Perdana Menteri boleh jadi seperti itu sedangkan beliau merupakan ahli parlimen Pekan.

"Adakah beliau tidak turun padang dan tidak ambil tahu permasalahan mahasiswa di UMP yang kian parah?


Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Tiada ulasan: