Sabtu, 14 Januari 2012

Biaqpila

Biaqpila


KEPUTUSAN LIGA SUPER 14/1/2012

Posted: 14 Jan 2012 06:45 AM PST

LAWAK LA NAJIB NAK TOLONG RAKYAT SELANGOR,RAKYAT NEGERI SENDIRI PUN MENDERITA

Posted: 14 Jan 2012 04:00 AM PST




NAMPAKNYA Najib terlupa bahawa Selangor suatu ketika pernah ditadbir
oleh Umno/Bn selama berpuluh tahun dan pada ketika itu rakyat di
Selangor menderita di bawah Umno/Bn walaupun Selangor adalah negeri yang
terkaya.  Apabila kehilangan kuasa pada tahun 2008, sekarang barulah
Najib tersedar dari lamunan bahawa selama ini Selangor terabai berpuluh
tahun dahulu.




Beliau berkunjung ke Selangor semalam, maka seperti biasa cuba untuk
memperbodohkan lagi rakyat di negeri tersebut.  Najib berjanji untuk
meringankan masalah peniaga Melayu yang menyewa lot kedai di Kompleks
PKNS di Shah Alam, jika BN mengambil alih kerajaan negeri itu dalam
pilihan raya umum akan datang.



 




Mahu tolong rakyat Selangor?  Rakyat Pahang apa macam, bro?



 



Najib berucap isu apa di Selangor?  Tiada isu yang Najib boleh
perlekehkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.  Beliau bercakap
tentang masalah sampah yang sering dimainkan oleh media seperti TV 3. 
Amat memalukan sebagai seorang PM, Najib membawa isu sampah.  Selain
dari itu isu apa?  Tiada samasekali melainkan berjanji dan terus
berjanji.  Kononnya mahu meringankan beban para peniaga.  Mengapa tidak
dilaksanakan di negeri-negeri yang Umno/Bn perintah sekarang?  Di Pahang
contohnya, adakah para peniaga hidup senang lenang dan terlalu murah
harga menyewa lot kedai?  




"Wahai Najib, kau jangan temberang la....Tolong rakyat aku kat Pahang ni dulu beb....."



 



Di Pahang, sudahlah harga sewa lot kedai mahal, terpaksa pula menanggung
bil air yang tinggi.  Adakah air percuma 20 Liter Padu di Pahang
seperti di Selangor?  Ertinya, di negeri beliau sendiri pun Najib tidak
mampu bantu, adakah rakyat Selangor boleh harap anak jati Pahang ini
mahu membantu rakyat Selangor?  Eloklah Najib balik ke Pahang dahulu dan
arahkan Nan Yaakob buat seperti yang beliau janjikan di Selangor.  


 


Paling utama, suruh Nan Yaakob beri air percuma seperti di Selangor. 
Itu belum dikira pemberian saham RM100 setahun kepada anak-anak yang
lahir di Selangor.  Nan Yaakob mampu buatkah?







Kepada rakyat Selangor, anda datang ke Pahang dan bertanya rakyat Pahang
apakah yang rakyat Pahang dapat dari Nan Yaakob dan bandingkan dengan
apa yang anda dapat di Selangor.  Nescaya jauh bezanya umpama langit dan
bumi.  Maka, releven kah janji Najib kepada rakyat Selangor kalau di
negerinya sendiri rakyat menderita? Fikir-fikirkanlah, jangan menjadi
bodoh terlampau./wfauzdin.blogspot.com
















 

atsixty-zakriali

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

UMNO DAH SAPU LICIN

Posted: 13 Jan 2012 11:00 PM PST


Gambar ~ wartamaya

DEY MACHA!!!
TIADA TERTINGGAL....SEMUA DEPA SAPU
TIADA TERPINGGIR....SEMUA DEPA TIPU
KAH! KAH! KAH!

TIADA YANG TERTINGGAL
SEGALA KHAZANAH DAN KEKAYAAN
SEMUA UMPORNO DAH SAPU LICIN
TIADA YANG TERPINGGIR
DALAM NEGERI DARUL KARTUN
SEMUA KENA TIPU MACAM LEMBU
KAH! KAH! KAH!

"Khazanah kekayaan di Perak tiada tertinggal walaupun sejengkal".. "Rakyat Perak tiada terpinggir dari kezaliman UMNO BN".. itu maksud tersirat billboard ni kot.. Rakyat terus diperbodohkan oleh UMNO BN.. kah..kah..kah.. -addin77


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Nenek 69 Tahun Dirogol Ketika Kutip Durian

Posted: 13 Jan 2012 06:40 PM PST


BENTONG: Tanpa mengira usia, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an merogol nenek berusia 69 tahun ketika mangsa mengutip durian di kebunnya di Chamang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa yang bersendirian, terkejut dan rebah selepas disergah lelaki terbabit sebelum suspek mengikat tangan wanita berkenaan menggunakan kain dan merogolnya.

Mangsa menggagahkan diri melepaskan ikatan tangan dan pulang mengadu dirinya dirogol kepada ahli keluarga sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), jam 10 pagi.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri, mengesahkan menerima laporan kes terbabit dan siasatan sedang dijalankan.

"Siasatan awal mempercayai suspek sudah lama memerhati mangsa dari jauh sebelum menyerang dan bergelut dengan mangsa," katanya.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Bentong (HB) untuk pemeriksaan dan laporan perubatan mengesahkan terdapat kesan rogol.


duniacacamarba


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

MALAYSIA PENGELUAR KONDOM UTAMA DUNIA

Posted: 13 Jan 2012 03:26 PM PST

Malaysia kini diambang menjadi pengeluar kondom utama di dunia pada tahun ini, dengan meninggalkan Thailand di belakang sebagai peneraju pasaran, demikian menurut Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC).MREPC berkata Malaysia kini menguasai satu pertiga daripada pengeluaran dunia, yang dengan mudah melepasi paras satu bilion.

"Kita boleh menjadi pengeluar nombor satu dunia tahun ini berikutan banjir di Thailand. Angka pengeluaran tahun lepas boleh melepasi angka satu bilion kondom," kata Pengarah Pemasaran dan Pembangunan majlis itu, Low Yoke Kiew kepada Bernama.

Pada 2010, Malaysia, pengeluar getah asli keempat terbesar dunia, telah mengeksport sarung kontraseptif bernilai hampir RM300 juta, iaitu hampir tiga kali nilai eksport pada 2005.Pengeluar utama Asia – Thailand, China, India, Jepun dan Malaysia – terus membanjiri pasaran global dengan jumlah lebih 10 bilion keping, yang dijual di dalam pelbagai warna, walau pun di negara yang konservatif seperti India.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menggalakkan pengguna kondom berikutan kesedaran terhadap kesihatan.Di China, lebih dua bilion kondom dijual, di Jepun terjual 580 juta setahun manakala pengeluaran India telah melepasi satu bilion keping. "Kondom Malaysia mendapat permintaan yang baik dan kompetitif. Kami kini banyak membekalkan kepada program PBB.

Kita menjangka pertumbuhan yang baik bagi kesemua produk lateks kita tahun ini, yang termasuk kondom," kata Low.Pengeluar kondom bergantung kepada getah asli kerana lebih 90 peratus daripada sarung kontraseptif itu dibuat menggunakan lateks manakala usus biri-biri adalah satu lagi bahan yang digunakan di dalam industri itu.

Kondom getah yang pertama dikeluarkan pada 1855, yang mempunyai ketebalan tiub dalam tayar basikal tetapi perkembangan teknologi telah menjadikannya lebih murah, ringan nipis dan berpelincir.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada ulasan: