Khamis, 12 Januari 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


K'jaan didesak beku aset NFC sebelum EGM

Posted: 12 Jan 2012 04:20 AM PST


MALAYSIA KINI

PKR hari mendesak kerajaan supaya membekukan aset projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) berikutan pendedahan bahawa ia akan mengadakan mesyuarat agung tergempar dan mesyuarat dengan lembaga pengarahnya.

NONEPengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (kiri) berkata pembekuan aset itu penting bagi memastikan NFC tidak melakukan penstrukturan semula dan akan membantutkan siasatan polis.

Katanya, amat mencurigakan apabila EGM yang dirancang minggu ini dengan hanya tiga hari notis diberikan.

Lazimnya, menurut beliau, tempoh lebih lama diperuntukkan untuk mengadakan EGM tetapi dengan notis tiga hari ini menunjukkan ada sesuatu yang cuba disembunyikan.

"Berdasarkan maklumat dalaman, saya dimaklumkan bahawa pengurusan NFC telah memanggil satu mesyuarat Lembaga Pengarah NFC dan Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) minggu ini dengan hanya memberikan tempoh 3 hari untuk membuat beberapa keputusan penting.

NONE"Di antara agenda yang akan dibincangkan termasuklah membuat keputusan mengenai cadangan pengambilalihan National Meat & Livestock Corporation (NMLC) yang dimiliki oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil oleh NFC.

"Saya percaya tindakan tergesa-gesa memanggil mesyuarat Lembaga Pengarah NFC dan EGM dalam tempoh yang singkat ini berniat tidak baik dan akan mengganggu siasatan
terhadap NFC yang sedang berjalan," katanya.

Justeru, Rafizi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan tidak lagi sepatutnya membisu.

Sebaliknya, beliau perlu campur tangan segera dengan membekukan sebarang aktiviti an keputusan di dalam semua syarikat-syarikat yang pernah menggunakan dana RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan.

azlan"Bukan sahaja Menteri Kewangan cuba mencuci tangan dengan langsung tidak menerima pertanggungjawaban walaupun beliau sendiri yang menganugerahkan projek ini kepada
NFC, malah kini kecuaian beliau boleh menyebabkan baki dana dan harta yang dibeli dengan dana rakyat lesap melalui pelbagai urusniaga yang dibuat selepas skandal ini didedahkan.

"Oleh kerana ada cubaan di pihak NFC untuk menjalankan urusniaga yang mencurigakan, saya mencadangkan Kerajaan Malaysia melalui wakil-wakilnya di dalam Lembaga Pengarah NFC perlu melantik pentadbir korporat sementara yang bebas untuk mengambilalih pentadbiran NFC sementara siasatan selesai.

"Tindakan ini bertepatan dengan amalan tatakelola yang baik seperti yang biasa diamalkan untuk mengelakkan lebih banyak penyelewengan berlaku," katanya.

NFC adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan melalui saham khas yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan.

Sementara itu, Rafizi mendakwa menerima satu e-mel berhubung cadangan seorang ahli lembaga penasihat suruhanjaya itu, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas, bertarikh 31 Disember lalu, yang didakwanya meminta siasatan dijalan terhadap dakwaan cubaan merasuah penyiasat kes tersebut melalui orang tengah.


VIDEO | 9.25 min

Suara Keadilan tarik balik amanat palsu Anwar

Posted: 12 Jan 2012 04:16 AM PST


MALAYSIA KINI
Akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan menarik balik 'Amanat Anwar Ibrahim' yang disiarkan pada edisi 49 pada halaman 18 apabila menyedari ia bukannya amanat dari ketua pembangkang itu tetapi sebaliknya adalah palsu.

Dalam notis di laman web Suara Keadilan hari ini, akhbar itu berkata artikel 'Kenapa Perlu Tawan Putrajaya?' bukan ditulis oleh Anwar seperti yang didakwa.

Artikel satu muka surat penuh itu disiarkan pada edisi akhbar itu yang bertarikh 10 Jan.

Penarikan semula artikel itu memetik Penyelaras Media di Pejabat Anwar, Eekmal Ahmad berkata: "Kami nafi bahawa Amanat itu dari Datuk Seri Anwar Ibrahim atau dari pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim."

Antara lain, menurut artikel itu, jika penulisnya sememangnya kaki liwat, adalah molek jika beliau menjalankan amalan seks luar tabiee itu di luar negara untuk mengelakkan dirinya daripada ditangkap.

"Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it's a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana.

"Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di negara sendiri, di negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga," petik artikel palsu itu.

Penulis juga kononnya mempersoalkan beberapa tuduhan palsu yang dilemparkan terhadapnya pada masa lalu.

"Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh.," petik artikel palsu itu lagi.

Artikel berkenaan juga menyebut tentang bekas pemimpin PKR seperti Ezam Nor dan Datuk Zulkifli Nordin, lazimnya, Anwar akan mengelak daripada mengulas.

"Pemimpin Pakatan Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya.

"Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah!" kata penulis itu.

Dalam notis di laman web Suara Keadilan, pihak pengarangnya juga memohon maaf atas kesilapan itu dan memohon pembaca supaya mengabaikan artikel berkenaan.

Exco Pulau Pinang isytihar harta secara terbuka

Posted: 12 Jan 2012 04:14 AM PST

Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.

Bagaimanapun, pegawai ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kewangan negeri dan pegawai undang-undang negeri tidak diwajibkan berbuat demikian.

Lim berkata perisytiharaan aset mereka itu bertujuan memenuhi amanah peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

NONE"Saya yang mencadangkan langkah-langkah integriti ini bagi memastikan kepimpinan yang yang lebih bersih berdasarkan prinsip CAT iaitu cekap, akauntabel, telus (CAT) ," katanya kepada pemberita di kompleks pejabat kerajaan negeri di Komtar.

Lim juga mencadangkan enam langkah integriti yang akan diambil termasuk mengharamkan pembabitan mereka dalam bidang perniagaan yang boleh membawa kepada konflik kepentingan parti-parti politik; sistem tender terbuka, undang-undang maklumat bebas dan perisytiharan aset peribadi.

Mengenai sama ada aset teman dan ahli keluarga akan juga diisytiharkan, Lim berkata, "Kami akan mengambil langkah satu persatu."

Ditanya bagaimana orang ramai boleh mengesahkan aset ahli-ahli politik berkenaan, Lim berkata, perisytiharan ini adalah secara sukarela oleh semua ahli exco.

Menurut borang perisytiharan aset yang diedarkan kepada wartawan hari ini, pelaburan Lim dalam Amanah Mutual Bhd menunjukkan sedikit peningkatan dari 112,843 unit kepada 124,845 unit antara Mac 2008 dan akhir tahun lalu.

Pelaburan Dana Public Mutual miliknya pula meningkat dari 10,000 unit hingga 25,989 unit manakala simpanan tetapnya menunjukkan kenaikan daripada RM245,000 hingga RM298,785. Pelaburan lain iaitu sebanyak 8,000 unit tidak menunjukkan peningkatan dari tahun 2008.

NONESelain itu, Lim juga memiliki dua rumah kedai di Melaka, satu daripadanya adalah harta milik bersama yang bernilai RM435,000 dan satu lagi bernilai RM530,000. Beliau juga ada membuat pinjaman RM650,000 bagi membayar hartanah itu.

Paling mencururi tumpuan adalah ahli exco dan ADUN Batu Maung Datuk Abdul Malik Abul Kassim kerana borang pengisytiharannya menunjukkan beliau tidak memiliki sebarang harta mahupun membuat sebarang pelaburan.

Beliau hanya memiliki kereta Proton Tiara apabila mengambil alih jawatan pada tahun 2008, dan baru-baru ini membeli sebuah Honda CRV 2.0 berharga RM143,000 yang dibayar dengan pinjaman kerajaan.

"Rumah saya kepunyaan isteri kerana dia bekerja. Saya kini tinggal di sebuah rumah sewa. Rakan-rakan saya melawak bahawa sekiranya saya bergaduh dengan isteri saya, maka saya akan tidur di kereta," katanya.

Aziz Bari saman Zulkifli Noordin dan Utusan

Posted: 12 Jan 2012 04:11 AM PST

Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari memfailkan saman terhadap ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad berhubung dakwaan menerbitkan kata-kata fitnah.

NONEDalam saman itu Abdul Aziz menamakan Zulkifili, yang juga seorang peguambela dan peguamcara, ketua pengarang kumpulan akhbar Utusan Malaysia dan juga akhbar Mingguan Malaysia Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu sebagai defendan.

Beliau memfailkan saman itu melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates pada 22 Disember tahun lepas. Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini.

Peguam Azhana Mohd Khairudin, yang mewakili Abdul Aziz, memberitahu pemberita bahawa timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Norhatini Abdul Hamid menetapkan 10 Februari ini untuk pengurusan kes itu semasa menemui pihak-pihak yang terlibat dalam kamarnya ketika kes itu disebut di hadapannya.

NONEDalam pernyataan tuntutannya, Abdul Aziz mendakwa Zulkifli (kanan) pada 17 Oktober tahun lalu telah mengeluarkan kata-kata fitnah mengenainya yang kemudiannya diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia sehari selepas itu dalam satu artikel bertajuk "Zulkifli Noordin sahut cabaran Aziz Bari".

Abdul Aziz mendakwa kata-kata fitnah itu adalah secara langsung merujuk kepadanya kerana nama dan jawatannya telah disebut secara spesifik dalam artikel itu.

Beliau berkata kata-kata fitnah itu di dalam makna asal dan biasa bermaksud beliau antara lain adalah seorang individu dan professor undang-undang yang kurang ajar dan biadab serta tidak layak menjadi pensyarah undang-undang.

Najib dinasihatkan supaya teladani Gorbachev

Posted: 12 Jan 2012 04:04 AM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa menolak ketepi golongan ahli Umno 'beraliran garis keras atau "hardliner' dan membuat perubahan sekalipun tindakan itu mungkin menyebabkan kehilangan kuasa.

NONEBekas menteri kabinet dan ahli veteran Umno Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dalam membuat saranan itu berkata majoriti akar umbi Umno daripada lebih tiga juta ahli, berasa tidak gembira kerana merasakan wujudnya amalan kronisme, pembaziran, rasuah dan ketirisan yang memerlukan "perubahan radikal".

"Kumpulan yang menentang ini, sekadar pemimpin yang ada kepentingan sahaja. Berapa jumlah mereka ini, sepuluh ribu, lima ribu, itu sahaja?

"Kalau beliau (Najib) berani membuat sesuatu yang popular dan betul, majoriti ahli parti akan menyokongnya," kata Kadir yang kini berusia 73 tahun dan telah berkecimpung aktif dalam politik sejak tahun 1970an.

Keikhlasan dipersoal

Kadir yang juga timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) ketika diwawancara bersama Malaysiakini, mengakui Najib banyak membuat "kenyataan yang menarik" dan dipercayai mendapat nasihat secukupnya mengenai perkembangan ehwal semasa.

"Tetapi apa yang belum saya lihat... sekalipun saya menghargai pengumuman yang baik itu, (tetapi) pelaksanaannya seolah-olah dilihat ada kekurangan. Jadi, keikhlasan pelaksanaannya menjadi tanda tanya," katanya.

Last day of Abdullah Ahmad Badawi. Najib Abdul Razak takes over as prime minister in PutrajayaSelepas mengambil alih pentadbiran dari Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008, Najib cuba menonjolkan dirinya sebagai seorang reformis bagi mendapatkan semula sokongan masyarakat yang semakin memihak Pakatan Rakyat dengan memperkenalkan pembaharuan yang liberal.

Bagaimanapun, agenda perubahannya mendapat tentangan daripada kumpulan aliran garis keras Umno dan kumpulan pendesak Melayu sehingga menyaksikan inisiatifnya itu seringkali ditukar atau ditangguhkan.

Paling ketara Model Ekonomi Baru (MEB) bahagian kedua yang diperkenalkan pada akhir 2010, gagal untuk menghapuskan ekuiti 30 peratus bumiputera dan meluluskan cadangan suruhanjaya kesamarataan selepas diasak dan dibantah oleh PERKASA.

Ditanya sama ada BN atau Pakatan Rakyat mempunyai kelebihan berdasarkan situasi politik ketika ini, Kadir bagaimanapun menegaskan beliau sukarnya menyatakannya.

Serahkan kepada rakyat

Sebaliknya beliau berdoa agar Najib meneladani pemimpin hebat dalam lipatan sejarah dunia seperti Presiden Perancis Charles de Gaulle dan Setiausaha Agung Kesatuan Soviet Mikhail Gorbachev.

NONECharles menamatkan penaklukan Perancis di tanah jajahannya di Afrika manakala Gorbachev menolak cadangan campurtangan tentera dalam Palkatan Warsaw dan membubarkan Kesatuan Soviet bagi mengakhiri perang dingin.

"Di Malaysia, saya berharap Najib, dapat memberi kemerdekaan kepada rakyat seperti mana Tunku dan bapanya berikan dahulu. Serah sahaja kepada rakyat untuk memilih kerajaan serta (adakan) pilihan raya yang benar-benar bersih dan adil.

"Apa sahaja keputusannya, beliau akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang hebat. Apa sahaja yang keputusannya, beliau boleh berdiri dengan bangga di mana beliau telah melakukan sesuatu yang terbaik untuk generasi akan datang.

"Pemimpin hebat sepatutnya berfikir begitu," kata Kadir yang juga bendahari Umno bahagian Kulim Bandar-Baharu.

Kertas siasatan himpunan UPSI diserah pada pendakwa

Posted: 12 Jan 2012 04:01 AM PST

Kertas siasatan berhubung perhimpunan kira-kira 70 pelajar universiti di perkarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, 31 Disember lepas telah diserahkan kepada pihak pendakwa raya baru-baru ini untuk tindakan.

smm protest in sultan idris university 010112 put into police truckKetua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata kertas siasatan itu turut memuatkan rakaman percakapan semua individu terlibat.

"Kertas siasatan telah diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk dibuat keputusan...hasil daripada keputusan yang diputuskan kelak barulah kita tahu tindakan susulan yang akan mereka arahkan kepada kita," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh hari ini.

Di majlis itu, Shukri turut menyampaikan Anugerah Tahunan IPK Perak kepada 15 penerima.

smm protest in sultan idris university 010112 pushing in front clinicDalam kejadian 31 Disember lalu, 17 mahasiswa termasuk seorang wanita ditahan kerana menyertai perhimpunan haram anjuran kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan ambang Tahun Baru 2012 di UPSI.

Sementara itu, Mohd Shukri berkata sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 23 dan 24 Januari ini, polis akan mengadakan Ops Sikap selama 10 hari bermula 16 Januari ini.

Polis juga akan meningkatkan rondaan di kawasan-kawasan perumahan pada sambutan perayaan itu nanti, katanya.

Anwar bebas, Umno pecah

Posted: 12 Jan 2012 03:56 AM PST

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, apabila ditanya mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, secara sinikal beliau menjawab:

"Walaupun saya hairan jugalah pasal dia (Anwar) tak bersalah. Tapi ini bukti bahawa tidak ada konspirasi dari dulu sampai sekarang.

mahathir ebook launching 091211 04"Apabila pihak mahkamah berpendapat dia (Anwar) tidak bersalah, mereka (mahkamah) berkata dia tidak bersalah. Mungkin ada pihak yang nak appeal, saya tak tahulah."

Mahathir memang terkenal dengan komen-komen sinikalnya. Anwar Ibrahim adalah bekas anak didik yang ditatang beliau satu ketika dahulu.

Namun akhirnya Anwar menjadi musuh politik nombor satu Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu. Anwar juga merupakan satu-satunya ahli politik yang masih belum dapat "dibunuh" karier politiknya olehnya.

Ahli-ahli politik lain seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Musa Hitam dan ramai lagi, terpelanting dengan mudah apabila bertembung dengan Mahathir.

Sudah pasti Mahathir adalah orang yang paling tidak gembira dengan keputusan mahkamah tersebut. Jika Anwar didapati bersalah Isnin lalu, Mahathir sudah boleh berehat dengan tenang bersama keluarganya menghabiskan sisa-sisa hayatnya yang masih ada.

NONEApabila Mahathir berkata, "Mungkin ada pihak nak appeal, saya tak tahulah" – ini merupakan satu isyarat bahawa kes liwat II ini masih belum selesai dan sudah pasti bapa kepada Datuk Mukhriz itu mahu rayuan dilakukan terhadap keputusan mahkamah supaya perang liwat II berterusan.

Peperangan politik antara Mahathir-Anwar masih belum selesai walaupun ia telah memakan masa hampir 12 tahun. Suka tak suka pertembungan antara kedua-dua ahli politik ini telah mengheret seluruh negara bersama.

Glongan pro transformasi

Walaupun kecil dalam Umno, golongan ini sedikit sebanyak membantu memulihkan sokongan orang muda terhadap Barisan Nasional (BN). Golongan ini, kebanyakannya, adalah bekas penyokong Anwar sewaktu dalam Umno dahulu.

Golongan ini gembira dengan keputusan mahkamah dan selepas selesai kes liwat II ini, mereka mahu perlawanan antara BN dan Pakatan Rakyat naik ke tahap yang lebih matang iaitu ke tahap polisi.

student handing memo to saifuddin abdullah on academic freedomTimbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah adalah antara yang tergolong dalam golongan ini. Keberanian beliau untuk berhadapan dengan politikus Pakatan dalam majlis-majlis debat sedikit sebanyak telah memenangi hati anak-anak muda dan pengundi atas pagar.

Akan tetapi di dalam parti Umno, golongan pro-transformasi terlalu lemah dan jika transformasi politik itu bukan program Datuk Seri Najib Razak selaku presiden dan perdana menteri, sudah pasti golongan ini telah lama dikuburkan.

Sebab itu kita boleh lihat kurangnya komen-komen dari golongan pro-transformasi mengenai keputusan mahkamah Isnin lalu.

Mungkin golongan ini mengambil sikap berhati-hati oleh kerana kini, umum tahu golongan "garis keras" dalam Umno yang dipayungi oleh Mahathir sedang marah.

Sokong parti kuat

Politik Melayu itu mudah. Sokongan diberikan kepada parti yang kuat. Arwah atuk penulis sendiri pernah berpesan, jika mahu menyertai politik, ikutlah parti yang kuat.

Keputusan mahkamah Isnin lalu telah memberikan satu kekuatan baru kepada Anwar Ibrahim dalam usaha untuk memenangi hati majoriti pengundi Melayu terutamanya di kawasan luar bandar sekaligus menawan Putrajaya.

Bekas menteri Umno yang masih ahli parti tersebut, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir secara terang-terangan telah menunjukkan sokongannya terhadap Anwar.

Beliau hadir ke rumah Anwar dan menemani mantan timbalan perdana menteri itu ke mahkamah pada hari keputusan diumumkan.

Tindakan Kadir ini juga boleh dilihat sebagai isyarat jelas beliau tidak bersama Najib. Jika Datuk Zaid Ibrahim pada satu ketika dahulu dipecat dari Umno kerana hadir di kongres PKR, apa pula tindakan yang bakal dikenakan terhadap Kadir yang juga merupakan timbalan presiden AMANAH – di bawah pimpinan Ku Li.

Setidak-tidaknya, penyokong Kadir akan mengikut jejak langkah beliau untuk memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim. Ini merupakan satu kerugian politik kepada Najib Razak.

Apa yang bakal terjadi?

Kita lihat nanti apabila pendakwaraya membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah Isnin lalu. Apabila itu berlaku, lebih jelas lagi perpecahan dalam Umno kelihatan.

Najib akan berusaha keras untuk pastikan keputusan mahkamah Isnin lalu kekal di mahkamah rayuan. Jika keputusan mahkamah rayuan berbeza, hilang terus kepercayaan golongan atas pagar terhadap program transformasi politik beliau.

Sementara golongan "garis keras" yang berdiri di belakang timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan Anwar disimpan dalam penjara agar ketua pembangkang itu mengalami nasib seperti mantan pengerusi Putera-AMCJA, Dr Burhanuddin Helmy – menghabiskan masa lama dalam penjara sepanjang perjuangan politiknya.

Jika gagal menjinakkan golongan garis keras dalam Umno,Najib akan berada dalam keadaan, "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Apatah lagi pada ketika ini Umno mengalami masalah besar di basis sokongan mereka – Melayu kawasan pedalaman apabila Skandal NFC diketahui umum.


ULASAN ini adalah pandangan peribadi penyumbang/penulis dan tidak semestinya mencermin pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Amin Iskandar menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) 2009-10 untuk menjalankan kajian tentang sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia. Memblog di http://www.aminiskandar.blogspot.com dan berkicau di http://www.twitter.com/aminiskandar.

Taib disepina beri keterangan di Mahkamah Tinggi Syariah

Posted: 12 Jan 2012 03:28 AM PST

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah disepina untuk memberi keterangan sebagai saksi dalam pertikaian mengenai harta sepencarian antara anak keduanya, Datuk Mahmud Abu Bekir Taib, dan bekas isterinya, Shahnaz A Majid.

NONEDokumen mahkamah yang diperolehi Malaysiakini menunjukkan Taib,
72, telah dipanggil memberi keterangan sebagai saksi untuk Shahnaz dalam sambungan perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur Tinggi mulai Isnin.

Sepina yang bertarikh 22 Disember itu dihantar melalui pos berdaftar oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, dan dialamatkan ke kediaman rasmi ketua menteri di Demak Jaya, Jalan Bako, Petra Jaya, Kuching.

Bekir, yang juga timbalan pengerusi kumpulan Cahaya Mata Sarawak, telah berkahwin dengan Shahnaz - kakak ratu jazz Sheila Majid - pada 9 Januari 1992. Mereka mempunyai seorang anak lelaki berumur 17 tahun.

Shahnaz menuntut aset bernilai RM300 juta yang didakwanya harta sepencarian pasangan tersebut selama 19 tahun berkahwin, serta permohonan RM100 juta tuntutan mutaah.

SITC dan UPSI: Beza yang ketara

Posted: 12 Jan 2012 03:24 AM PST

Saya bukan lepasan UPSI (dulu; SITC) namun terpanggil menulis artikel ini setelah melihat saudara seperjuanganku Safwan Anang disepak, diterajang dan dilukai tanpa belas kasih dan teman aktivisku Adam Adli digantung tidak bertali oleh mahkamah 'ala rimba' AUKU.

Murahnya nilai Universiti yang selama ini dianggap sebuah institusi 'suci'. Harga setitis darah adalah terlalu mahal untuk dibayar, berbanggalah kalian kerana itulah mahar dalam perjuangan menegakkan kebenaran.

Dulunya, Sultan Idris Training College (SITC) merupakan pusat intelektual anak-anak petani dan nelayan. Institusi ini berjaya membentuk golongan elit Melayu yang sedar akan untung nasib bangsanya.

Mereka melihat penjajah sebagai penindas dan telah menekan kehidupan orang Melayu sejak berkurun lamanya. Oleh itu, mereka bangkit menentang penjajah.

Kesedaran cinta akan tanah air dan bencikan penjajah ini bermula dengan idea 'Alam Melayu' yang diperoleh daripada tenaga-tenaga pengajar di SITC.

Para penuntut SITC ini mengalami proses sosialisasi politik yang lebih intensif dan disengajakan untuk menyuburkan semangat kebangsaan (nasionalis) dan kepribumian mereka.

OT Dussek, merupakan pengetua SITC yang pertama telah mendapatkan buku-buku Indonesia terbitan Balai Pustaka untuk kegunaan pelajar. Beliau juga telah menubuhkan Biro Terjemahan di SITC.

Guru Eropah

Kesan dan dampaknya memperlihat para penuntut SITC sudah mula mengenali dengan sesungguhnya akan perubahan politik dan sosial semasa serta masalah yang berhubung dengan orang Melayu.

Institusi ini dinamakan Maktab Latihan Sultan Idris (Sultan Idris Training College) sebagai menghormati Almarhum Sultan Idris Ibni Raja Iskandar, Perak. Pembinaannya mengambil masa selama 3 tahun di dalam kawasan seluas 80 ekar dan boleh memuatkan sehingga 200 pelajar dan guru.

Selang beberapa tahun kemudian, SITC berupaya menampung lebih kurang 400 pelajar. Tenaga pengajar awal di SITC ialah empat orang guru Eropah, sembilan orang guru Melayu dan seorang guru Filipina.

Pembinaan SITC berkait rapat dengan inisiatif RO Winstedt, Penolong Pengarah Pelajaran yang bertanggungjawab terhadap pelajaran vernakular Melayu di Negeri-negeri Selat dan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Hasil kajian penyelidikan di Jawa dan Filipina, beliau telah mengesyorkan pelajaran Melayu diperkembangkan atas 'garisan praktik perindustrian'. SITC diharapkan dapat memainkan peranan tersebut di samping mengatasi masalah kekurangan guru terlatih di sekolah-sekolah Melayu.

Beliau juga berharap agar latihan di SITC bersifat efisyen, ekonomikal dan seragam. Kurikulum yang diajar di SITC selaras dengan kurikulum sekolah. Mata pelajaran yang diajar ialah Pertanian Asas, Pertukangan Tangan, Agama, Ilmu Hisab (kira-kira), Bahasa dan Kesusasteraan, Sejarah, Ilmu Alam, Tulisan serta Lukisan.

Guru-guru yang mengajar mata pelajaran tersebut ialah para guru tempatan yang berpengalaman termasuk tenaga pengajar yang berkelayakan tinggi dibawa daripada England dan Filipina.

Penyuntik semangat nasionalisme

Tokoh-tokoh pendidik di SITC yang kemudiannya menjadi peniup kesedaran kebangsaan dan penyuntik semangat nasionalisme ialah Abdul Hadi Hassan, Harun Muhammad Amin, Zainal Abidin Ahmad (Za'ba) dan Nordin Harun.

Sebagai sebuah institusi yang mulanya hanya bertujuan untuk melahirkan tenanga pengajar di desa-desa bagi membentuk anak-anak petani dan nelayan menjadi sedikit lebih baik daripada bapa mereka, kini telah berubah matlamat.

Kurikulum yang diterapkan bukan sahaja membentuk para pelajar menjadi guru, malah berjaya membangkitkan semangat kebangsaan yang tebal. Golongan guru lepasan SITC ini telah sedar dan bangun untuk membebaskan tanah air dari belenggu penjajahan dan cengkaman kolonialisme.

Walaupun sekolah-sekolah Melayu lahir lewat berbanding sekolah-sekolah inggeris, namun kesan pendidikan yang diterima amat mendalam kerana berjaya memupuk kesedaran tentang nusa dan bangsa dan ia bertiup kencang ke seluruh tanah air sehingga terbitnya kesepakatan menuju kemerdekaan.

Hal ini kontradik dengan para lulusan pendidikan Barat pada ketika itu, mereka terdiri daripada golongan feudal (istana, bangsawan dan atasan) yang lebih dilihat bersikap pro-Barat.

Namun begitu, berbeza pula dengan golongan pendidikan Barat di Indonesia, mereka lebih bersikap anti-kolonial dan menjadi penggerak kepada kebangkitan nasionalisme.

Ini kerana, peranan golongan tersebut digerakkan dan dimainkan oleh golongan berpendidikan Melayu di Tanah Melayu, terutama oleh tenaga-tenaga pengajar, para pelajar dan lepasan SITC. Kesedaran cinta akan tanah air dan bencikan penjajah kian menular dan ia bermula dengan idea 'Alam Melayu' yang diperoleh daripada para pensyarah SITC.

Sebenarnya, 'prime mover' dan penggerak utama yang sangat penting dalam kebangkitan kesedaran ini ialah OT Dussek sendiri.

Peranan besar beliau ini diakui oleh Karim Rashid, bekas pemimpin KMM. Beliau menyatakan semangat kebangsaan yang mula tumbuh dan bercambah mekar di Tanjung Malim adalah hasil dorongan Dussek.

Sebagai pengetua SITC yang wibawa, beliau telah mencabar para pelajarnya dengan berkata: "....mana Hitler kamu, mana Musollini kamu, orang-orang Melayu?"

Dussek sering membangkitkan semangat para pelajar Melayu dengan tujuan membasmi sikap tidak apa. Beliau cuba membangkitkan perkara-perkara yang menimbulkan kemarahan seperti "orang Melayu itu BODOH", "kamu orang Melayu, asam garam juga kena beli dari orang lain", dan "kamu orang Melayu kuli (balaci) kepada Inggeris".

Perkara-perkara inilah yang akhirnya berjaya membangkitkan kesedaran dikalangan pelajar SITC tentang jatuh bangun bangsa Melayu ketika itu.

Tokoh SITC yang kian dilupakan

Selain OT Dussek, tiga orang tokoh besar SITC yang sangat berjasa ialah Abdul Hadi Hassan, Harun Muhammad Amin (nama penanya Harun Aminurrashid) dan Ibrahim Yaakob (lepasan SITC).

Mereka sangat berpengaruh dan konsisten dalam menyebarkan idea 'Alam Melayu' dan sangat dipengaruhi konsep nusantara yang mengatasi rasa kenegerian yang sempit.

Abdul Hadi Hassan adalah antara pelopor awal yang membangkitkan kesedaran terhadap para penuntut di SITC. Sebagai pensyarah, beliau antara yang disebut-sebut paling aktif, dinamik, progresif dan dinamik.

Menerusi mata pelajaran sejarah ditanamnya semangat kebangsaan kepada para penuntutnya. Beliau sangat marah jika para pelajarnya gagal dan tidak lulus dalam subjek tersebut. Menurut beliau, melalui sejarahlah seseorang itu boleh mengetahui kelemahan dan kejayaan sesuatu masyarakat dan bangsa.

Beliau menggunakan Jepun sebagai contoh yang telah berjaya mencapai kemajuan dan dapat mengalahkan kuasa besar iaitu Rusia.

Jelas di sini, beliau telah berjaya memainkan dua peranan penting iaitu sebagai guru yang bertanggungjawab menyampaikan ilmu dan sebagai penyuntik serta pembakar semangat kesedaran kepada para penuntutnya.

Kesannya, beliau berjaya melahirkan beberapa orang pelajar ulung, antaranya Harun Muhammad Amin, Buyong Adil dan Karim Rasyid. Kesedaran terhadap apa yang difahami tentang nasib bangsa membuatkan beliau sangat bersemangat ketika mengajar.

Beliau bukan sahaja mahu pelajarnya mengerti apa yang diajar malah mengharapkan kesedaran dan keinsafan seperti apa yang dirasainya. Sikap dan usaha beliau dalam memberikan kesedaran tidak menyenangkan pihak kerajaan (British) dan akhirnya beliau ditukarkan ke Kelantan atas alasan kenaikan pangkat.

Tokoh lain yang menjadi pemangkin kebangkitan ini ialah Harun Muhammad Amin. Pada 1924 hingga 1926 beliau melanjutkan pengajiannya di SITC. Hasil kecemerlangan akademiknya, beliau telah terpilih sebagai tenaga pengajar di situ.

Pembacaannya yang luas telah membuatkan minda beliau terdedah kepada senario politik Indonesia dan seterusnya memberikan pemahaman mendalam terhadap landskap politik tanah air.

Nama Melayu habis binasa

Impaknya, Harun menjadi seorang guru tinggi semangat kebangsaannya dan bercita-cita membebaskan negara dari belenggu penjajah. Walaupun bukan guru sejarah, namun beliau memasukkan unsur-unsur tersebut di dalam penulisan dan syarahan-syarahan berkala yang disampaikannya.

Beliau memang terkenal kerana sangat fasih berpidato sehingga pada 1938, berlaku satu peristiwa yang ditimbulkan oleh para pelajar kesan daripada ceramahnya dengan berarak beramai-ramai dan menyanyikan lagu yang berunsur kebangsaan, liriknya ditulis oleh beliau berbunyi:

"Kita sekalian orang muda Melayu,
Mestilah sedar bergerak maju,
Kalau kita lambat, Kita akan rosak,
Nama Melayu habis binasa,
Ingat-ingat, Kaumku sekalian."

Perarakan itu juga menjadi sebab akhirnya Harun dipindahkan ke Brunei. Sebagai pembangkit semangat dan kesedaran perjuangan, beliau berjaya melahirkan seorang pelajar yang unggul, yang amat kagum dengan falsafah Melayu Raya iaitu Ibrahim Yaakob.

Mereka juga telah berjaya membentuk beberapa persatuan pelajar yang mempunyai rangkaian yang sangat luas. Ibrahim Yaakob sememangnya mengagumi Harun Aminurrashid.

Dalam satu perbincangan dengan Dr Burhanuddin al-Helmy berkenaan bagi menentukan kemerdekaan sekembali bertemu Soekarno di Taiping, beliau berkata: "Kalau ada Cikgu Harun, dia tentu mahu Merdeka sekarang ini juga, tanpa menunggu persetujuan kaum-kaum yang lain lagi, sebab negara ini negara Melayu".

Pada beliau, seluruh negara di Nusantara ini dikenali dengan Alam Melayu dan tidak bisa berpisah melainkan ia dipecahkan setelah kedatangan penjajah.

Dari idea 'Alam Melayu' kepada Gagasan 'Melayu Raya'

Melalui para pengajar SITC seperti Cikgu Abdul Hadi Hassan dan Cikgu Harun Muhammad Amin, idea Melayu Raya menyerap masuk ke dalam benak fikiran para penuntutnya.

Gagasan yang diperkenalkan dalam bentuk konsep akhirnya cuba direalisasikan dalam bentuk perjuangan politik. Sebagai seorang pelajar dan aktivis di SITC, Ibrahim Yaakob dikatakan sangat mengagumi idea tersebut dan cuba menjadikan asas perjuangan politiknya beberapa tahun selepas tamat pengajiannya bermula dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang merupakan pertubuhan politik berhaluan kiri pertama sekali muncul di Tanah Melayu yang tidak bekerjasama dengan pemerintah kolonial.

Walaupun jangka hayat KMM tidak lama perjuangan beliau tidak pernah terhenti malah berkesinambungan oleh teman-teman seperjuangan yang lain seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ishak Muhammad dan Ahmad Boestamam melalui PKMM, API dan Putera-AMCJA.

Hakikatnya SITC (kini; UPSI) telah berjaya mencetuskan idea perubahan dan membangkitkan kesedaran ke arah kemerdekaan serta melahirkan ramai tokoh gerakan massa yang wibawa.

UPSI hari ini

Muktahir ini, apa yang difahami daripada penceritaan sejarah hanyalah tinggal sejarah. UPSI seolah tidak berdaya lagi.

Kebanyakkan para sarjana dan para guru yang lahir darinya seolah-olah tidak pernah langsung memahami apa yang pernah berlaku di bumi Tanjung Malim tersebut.

Guru hanya dianggap sebagai kerjaya dan profesion demi sesuap nasi dan tangga gaji. Para graduan kini hanya diajar tentang ilmu tetapi tidak diterapkan dengan penghayatan terhadapnya serta beramal dengannya secara praktis.

Walaupun taraf UPSI telah sampai ke peringkat Universiti, malah lebih jauh ketinggalan dan mundur daripada SITC dahulu. Mana perginya seorang Naib Canselor sepeti OT Dussek yang hanya pengetua pinjaman malah dia bukan seorang Melayu namun faham tentang peri penting membina jati diri bangsa agar berjuang mempertahankan hak.

Mana hilangnya tenaga pengajar seperti Abdul Hadi Hassan dan Harun Muhammad Amin yang mampu menggembleng kesedaran bangkit melawan kezaliman, penindasan dan sedia berkorban untuk mempertahankan kebenaran sehingga ada di antara mereka pernah ditukar tempat berkerja, dipenjarakan dan seringkali diintip serta diburu pemerintah kerana hanya mejalankan tanggungjawab mendidik anak bangsanya kenal tentang perihal nusa.

Apa yang dilihat kini, sikap pendidik sekarang lebih banyak menghukum tanpa usul selidik daripada bertanggungjawab memanusiawikan pelajarnya.

Mana perginya pelajar sehebat Ibrahim Yaakob yang mampu memimpin puluhan pertubuhan dan persatuan serta mampu menukar konsep idea menjadi realiti pergerakan perjuangan beliau menuju kemerdekaan.

Adakah kita sudah lupa akan jasa, pengorbanan dan perjuangan mereka? UPSI tidak akan menjadi seperti hari ini sekiranya mereka tidak pernah belajar dan mengajar di situ dahulu.

Insiden Adam Adli dan Safwan Anang

Apa yang berlaku belakangan ini sungguh menyayat hati. Insiden yang melibatkan pembantaian terhadap mahasiswa di bumi bersejarah Tanjung Malim telah menafikan hakikat sejarah bahawa di sanalah bermulanya era kebangkitan rakyat melawan kezaliman dan berjuang demi kebenaran.

Di SITC (kini; UPSI) inilah dahulunya, hak kebebasan berhimpun, bersuara, melazimi orentasi organisasi, semangat berpersatuan, menghayati aktivisme dan menyusun atur gerakan ini bermula.

Namun setelah Safwan Anang diperlakukan sedemikian rupa tanpa rasa belas kasih, dan Adam Adli dihukum dengan tidak adil meyakinkan saya bahawa UPSI sudah jauh berbeza.

Generasi yang ada sekarang tiada upaya mempertahankan legasi hebat dan agung SITC dahulu, hanya rela diperalat dan menjadi perkakas kepada regim baru (pemerintah) pasca merdeka, seolah masih meneruskan agenda neo-kolonial versi mellinium sehinggakan institusi suci bernama 'Universiti' ini dikotori dengan campur tangan politik yang ketara 'bias'nya.

Pada saya, kerajaan pemerintah dan pentadbiran UPSI perlu sedar bahawa perjuangan mereka (mahasiswa) yang inginkan kebebasan akademik adalah sekelumit cuma daripada apa yang pernah diperjuangkan oleh generasi terdahulu yang cintakan kebebasan dan impikan kemerdekaan.

Tidak malukah kalian dilihat terlalu dangkal dalam menilai dan meghukum perjuangan mereka sedangkan apa yang dibawa adalah terlalu murni daripada kerusi jawatan yang kalian nikmati.

Mereka tidak pernah memilih untuk bermusuh, namun hanya sekadar ingin berkongsi tentang idealisme dan cita-cita perjuangan mereka kepada kalian. Kenapa perlu diterima? Sebab kita diajar tentang meyakini kebenaran kerana ilmu dan hujahnya, tetapi bukan kerana orangnya.

Maka jangan takut jika benar, berjuanglah untuk terus mempertahankannya. Salute kepada yang berani! Tribute untuk Mahasiswa!


ULASAN ini adalah pendapat peribadi menyumbang/penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Malaysiakini.

Azlan Zainal adalah bekas aktivis mahasiswa 2005-2008. Beliau sekarang bekerja sebagai pengarah eksekutif Ilham Centre, sebuah firma penyelidikan bebas.

Rumah pelakon Wardina disamun, suami dipukul

Posted: 12 Jan 2012 03:21 AM PST

MALAYSIA KINI
Pelakon, model dan pengacara televisyen, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot kerugian RM20,000 apabila rumahnya disamun tiga lelaki bersenjata di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di Kuala Lumpur hari ini.

NONEPada kejadian jam 3 pagi itu, tiga penjenayah terbabit memasuki rumah Wardina setelah mengumpil pintu belakang rumah teres tepi dua tingkat milik beliau sebelum mengarahkan semua anggota keluarga Wardina berkumpul.

Wardina, 33, yang masih trauma dengan kejadian itu berkata, ketika kejadian beliau, suaminya, tiga anak mereka dan seorang pembantu rumah berada di dalam rumah itu.

"Ketika itu saya tidur berseorangan di bilik tidur utama kerana saya demam. Disebabkan itu, suami saya, Ikhwan Johari, 36, tidur bersama anak bongsu lelaki saya, Imran Ar-Razi, 3.

"Salah seorang penjenayah telah menarik selimut saya lalu mengarahkan saya bangun dari tidur sementara penjenayah lain membawa kesemua ahli keluarga dan pembantu rumah berkumpul di bilik tidur utama," katanya.

Katanya, anak sulungnya, Amna Nafeesa, 8, dan Azra Fareera, 5, tidur bersama di bilik mereka di tingkat atas manakala pembantu rumahnya seorang warga Aceh, tidur di tingkat bawah.

"Kesemua mereka dikumpulkan di dalam bilik saya dan hanya Ikhwan diikat dengan wayar telefon. Kami diawasi oleh seorang penjenayah, manakala dua lagi menyelongkar rumah kami," katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga penjenayah lelaki itu memakai topeng kain menutup wajah mereka dan mereka memegang pemutar skru, kayu panjang dan pemotong besi.

Beliau berkata suaminya juga turut dipukul oleh penjenayah terbabit di bahagian muka dan kaki sebelum diikat.

Penjenayah mengambil masa 45 minit menyelongkar seluruh rumah sebelum melarikan barang berharga termasuk lima komputer riba, empat telefon bimbit, cincin emas, kunci kereta dan wang tunai RM200.

Katanya, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Hulu Kelang pada pukul 4.30 pagi dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian serta siasatan sedang dijalankan. Bernama

PAS hantar surat rasmi minta Hasan digugurkan

Posted: 12 Jan 2012 03:18 AM PST


MALAYSIA KINI

PAS telah menghantar surat rasmi kepada kerajaan negeri Selangor bagi memaklumkan bahawa exco kerajaan negeri, Datuk Hasan Mohd Ali telah dipecat daripada menjadi ahli parti itu.

Menurut Harakahdaily, makluman pemecatan itu dibuat melalui sepucuk surat yang dihantar kepada pejabat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada jam 2.00 petang semalam.

NONE"Surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (kanan) itu disampaikan melalui faksimili.

"Surat itu disahkan penerimaannya oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husein," petik portal rasmi PAS itu.

Bagaimanapun Harakahdaily tidak menyatakan sama ada pengganti Hasan ada dinyatakan dalam surat berkenaan.

Semalam, Hasan Ali tidak hadir pada mesyuarat exco di Shah Alam dan menurut rakan sejawatannya, Ronnie Liu, bahawa beliau sedang bercuti.

Sebelum ini, Abdul Khalid berkata beliau tidak didesak oleh sesiapa untuk menggugurkan Hasan tetapi sewajarnya beliau mengosongkan secara sukarela jawatan pengerusi tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri kerana tidak lagi mewakili PAS dalam kerajaan negeri.

Katanya, beliau akan mengadap Sultan Selangor esok untuk memberi taklimat kepada baginda mengenai perkembangan terbaru dan membincangkan calon sesuai bagi jawatan itu.

Ahad lalu, jawatankuasa pusat PAS semasa mesyuaratnya selama lebih tiga jam di Kuala Lumpur, membuat keputusan memecat Hasan berkuatkuasa serta merta.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, pemecatan dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS.

hadi awang on hasan ali sacking 080112Hasan didakwa menimbulkan keresahan pelbagai pihak khususnya di kalangan anggota dan penyokong Pakatan Rakyat kerana mengambil pendirian bercanggah dengan partinya dan pembangkang.

Antaranya mempersoalkan konsep dasar negara kebajikan yang dterajui PAS.

Pemimpin kontroversi yang dikatakan mesra dengan Umno itu, sebelum ini mengecam golongan bukan ulama dalam PAS dan menuduh parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan Islam.

Hasan mempunyai 30 hari bermula tarikh keputusan pemecatan untuk membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulama PAS.

Individu simbah cat pejabat Umno belum ditahan

Posted: 12 Jan 2012 03:17 AM PST

MALAYSIA KINI

Polis masih mengesan individu yang menyimbah cat pada bangunan Umno di Hulu Terengganu dan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong pada Selasa lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, pihaknya masih gagal mendapatkan sebarang petunjuk berhubung perkara itu.

"Kita masih menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut dan setakat ini pihak polis belum membuat tangkapan kerana tidak menjumpai sebarang petunjuk berhubung individu tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan perbuatan itu berunsur khianat.

Jamshah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu segera tampil bagi membantu siasatan polis. Bernama

Saiful dikecam sebab paksa rayuan

Posted: 11 Jan 2012 04:09 PM PST

SELATAN ONLINE


Pengadu kes liwat II Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak boleh memaksa pihak pendakwaan untuk membuat rayuan berhubung pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu yang memutuskan ketua pembangkang itu tidak bersalah.

Ini adalah pandangan beberapa peguam kes jenayah apabila diminta pandangan mereka mengenai sama ada Saiful boleh memfailkan permohonan untuk memaksa pihak pendakwaan untuk membuat rayuan.

Peguam V Sithambaram memberitahu media bahawa ini tidak boleh dilakukan kerana walaupun Saiful mendakwa menjadi mangsa jenayah tetapi dakwaan kesalahan sebenarnya itu dikatakan dilakukan terhadap negara.

"Walaupun dia adalah pengadu, Saiful tidak boleh memfailkan apa-apa permohonan semakan kehakiman bagi memaksa pihak pendakwaan membuat rayuan dalam perkara ini," kata Sithambaram, yang pernah mewakili jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam Hanif Basree Abdul Rahman dalam kes pembunuhan Noritta Samsudin

Seorang lagi peguam kes jenayah, Amer Hamzah Arshad, juga bersependapat. Katanya, apabila penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, peguam Karpal Singh memfailkan permohonan untuk memaksa pihak pendakwaan membuat rayuan.

"Bagaimanapun, permohonan itu kemudiannya ditarik balik, kerana budi bicara bagi memfailkan rayuan terletak di tangan Peguam Negara. Segalanya terpulang kepada pihak pendakwaan untuk memutuskan sama ada mereka akan membuat rayuan ataupun tidak," kata Amer Hamzah, yang adalah antara peguam pembelaan dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya.

Berikutan pembebasan Anwar Isnin lalu, Saiful dilaporkan berkata beliau berharap bahawa pihak pendakwaan akan mengemukakan rayuan berhubung penghakiman itu.

Menurut Saiful adalah menjadi haknya membawa kes berkenaan ke peringkat seterusnya iaitu di Mahkamah Rayuan demi mendapatkan keadilan.

Dalam kes jenayah, pihak pendakwaan mempunyai 14 hari untuk memfailkan rayuan, kata seorang lagi peguam kes jenayah, Baljit Singh Sidhu.

"Justeru, hari terakhir buat rayuan terhadap keputusan Liwat II boleh difailkan sebelum 23 Januari iaitu pada hari Tahun Baru Cina. Bagaimanapun, mengikut Akta Interpretasi 1948, jika hari berkenaan jatuh pada cuti umum, maka hari terakhir untuk difailkan rayuan adalah pada hari bekerja berikutnya.

"Jadi mengikut kiraan saya, hari terakhir bagi pihak pendakwaan untuk memfailkan notis rayuan adalah pada 25 Januari," kata Baljit .

Amer Hamzah juga bersependapat dengan pandangan Baljit bahawa pihak pendakwaan mempunyai sehingga 25 Januari ini untuk memfailkan notis rayuan itu tetapi berkata bahawa dalam amalan perundangan, lazimnya lebih baik jika rayuan dibuat awal.

Dalam perkembangan berkaitan, ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan, Jabatan Peguam Negara, Kamaluddin Md Said, memberitahu bahawa pejabatnya masih belum membuat keputusan sama ada untuk memfailkan rayuan. Kes Anwar kini adalah di bawah bidang kuasa beliau.

Peguam Sithambaram juga berkata sebaik sahaja notis rayuan difailkan, hakim mesti memberikan alasan-alasan bertulis mengenai penghakimannya itu.

"Ini termasuk memasukkan rekod rayuan, sebelum pendaftar mahkamah menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan itu," katanya.

Peguam kanan itu berkata hakim tidak diwajibkan menyediakan alasan penghakiman semasa menyampaikan penghakimannya, tetapi sebaik sahaja notis rayuan difailkan, maka beliau hendaklah memberi alasan secara bertulis secepat mungkin.

Pada masa lalu, Sithambaram berkata, ada arahan bahawa alasan penghakiman bertulis mesti dikeluarkan dalam tempoh enam bulan, selepas keputuswan dibuat, tetapi beliau tidak pasti sama ada arahan itu masih berkuatkuasa.KL-Today

Konvensyen Pakatan janji 4 tawaran 'Bersihkan Malaysia'

Posted: 11 Jan 2012 04:07 PM PST

SELATAN ONLINE


Konvensyen Pakatan janji 4 tawaran 'Bersihkan Malaysia' PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) menjanjikan empat tawaran untuk mewujudkan Malaysia Baru pada konvensyen ketiga mereka yang bertemakan Bersihkan Malaysia", yang akan berlangsung di Alor Setar, Kedah, Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Jingga PR, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, empat tawaran itu merupakan jalan keluar bagi mengatasi krisis yang menurut mereka melanda negara ini sekarang.

Ada empat bidang besar yang akan jadi tunggak kepada Tawaran Jingga," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Pertama menurut beliau, ialah usaha menangani krisis penjawat awam manakala kedua menyentuh soal federalisme.

"Ketiga, kertas kerja adalah mengenai antimonopoli dan terakhir, isu-isu felda," katanya pada sidang media sempena Konvensyen Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PKR N Surendran dan Naib Pengerusi DAP Tan Kok Wai.

Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, konvensyen kali ini juga akan membincangkan penyelesaian untuk menjadikan Malaysia Baru dengan menggunakan pendekatan berbeza.

Sementara itu, Mahfuz berkata, perbincangan ketiga-tiga parti dalam PR kini lebih bertumpu kepada persiapan menghadapi pilihan raya.

"Kita menjangkakan bahawa paling awal Parlimen dibubarkan pada Februari selepas perayaan Chap Goh Meh manakala paling lewat kita rasakan pada Jun," katanya.

Katanya, kelainan konvensyen pada kali ini juga ialah terdapatnya satu slot ucapan oleh wakil mahasiswa, budayawan, penjawat awam, wakil dari Sabah dan Sarawak, wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil dari Felda.

Katanya, ia bertujuan untuk memberi ruang kepada wakil-wakil tersebut tampil beri pandangan dan luah masalah mereka.

"Kita mahu mengetahui apa tanggapan dan luahan mereka terhadap masalah yang dihantui mereka terhadap pemerintahan Barisan Nasional (BN).

"Ini yang kita mahu kongsikan dan ia akan memberi input pada PR seterusnya kepada Malaysia," katanya.

Antara wakil yang akan beri ucapan pada konvensyen ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih), Datuk S. Ambiga dan wakil mahasiswa, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Razab.

Sempena konvensyen kali ini juga, prakonvensyen akan dibuat pada Jumaat ini. Sebanyak 14 bahagian Parlimen di Kedah akan dijelajah dengan mengadakan ceramah oleh pimpinan PR.

Pada malam konvensyen, satu Rapat Rakyat Perdana akan diadakan dengan menampilkan barisan pimpinan tertinggi PR seperti Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi DAP Karpal Singh.

Menurut Mahfuz, sasaran pengunjung konvensyen kali ini ialah seramai 100,000 orang dengan perwakilan dijangkakan 2,500 orang./Sinar Harian

Hj.Hadi Bakal Tentukan 'Siapa Pengganti' Hasan Ali Untuk Di Lantik Ke 'Jawatan Exco' Yang Baru !

Posted: 11 Jan 2012 04:03 PM PST

PAHANG DAILY


PETALING JAYA - Individu yang akan dilantik bagi menggantikan Datuk Dr. Hasan Ali (foto) sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor akan ditentukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam satu mesyuarat kepimpinan Pas tidak lama lagi.

"Bila (mesyuarat) itu saya tak tahu. Tapi buat masa ini, kita belum buat keputusan lagi. Surat (pemecatan) sudah dihantar kepada Hasan Ali," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada Ahad lepas, Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dipecat sebagai anggota PAS berkuat kuasa serta merta kerana didakwa bertindak melanggar kepentingan parti.

Mahfuz berkata, Hasan masih mempunyai peluang untuk merayu kepada Majlis Syura PAS jika tidak berpuas hati dengan pemecatan beliau.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Hassan Ali dipercayai tidak menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor hari ini kerana beliau sedang bercuti. Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, mesyuarat hari ini tidak membincangkan portfolio Hasan itu.

"Mesyuarat Exco hari ini hanya berbincang mengenai program kendalian kerajaan negeri bagi faedah rakyat di negeri ini," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di sini.

Panas: Mangsa Cynide Di Bukit Koman Meninggal Dunia Semalam, Kerajaan Perlu Batalkan Lynas !!

Posted: 11 Jan 2012 03:54 PM PST

PAHANG DAILY


KUANTAN - Kerajaan digesa membatalkan segera operasi projek kilang memproses Rare Earth milik syarikat Australia, Lynas Corporation yang dibantah rakyat sekarang ini. Ia berikutan, seorang penduduk yang berjuang bermati-matian untuk membantah sebuah lagi syarikat Australia yang membawa projek berisiko ke negeri ini meninggal dunia malam semalam.

Mustapa Hussin
(foto) yang menderita sakit kritikal akibat kesan penggunaan racun Cynide di lombong emas Lombong Emas Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (RAGMSB) meninggal dunia selepas sekian lama menderita.

Kerajaan perlu sedar, rakyat tidak mahu berhadapan lagi dengan risiko seperti yang dialami oleh para penduduk Bukit Koman selama ini. Biar pun berbagai alasan yang diberikan termasuk tindakan Lynas menyiarkan iklan setiap hari di media arus perdana untuk mempertahan kilang terbabit, namun rakyat sebenarnya lebih mengetahui risiko radiasi yang dihadapi oleh mereka.

Kerajaan sepatutnya mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Bukit Koman yang menimbulkan masalah kesihatan terhadap penduduk sekarang ini. Malah, kedua-dua syarikat berkenaan adalah dari negara yang sama iaitu Australia.

Tentangan rakyat terhadap kilang yang boleh mendatang risiko ada kewajarannya jika dibandingkan dengan industri lain. Memang benar, ada pihak yang mempertikaikan kenapa rakyat tidak menentang kilang kimia yang banyak terdapat di Kawasan Perindustrian Gebeng. Namun, mereka juga perlu faham bahawa Lynas akan memproses "rare earth" yang diakui seantero dunia akan mengeluarkan radiasi atas pembuangan sisa-sisanya.

Jika kita lihat penggunaan racun sianida (Cynide) di Lombong Emas Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (RAGMSB) sebelum ini maka ternyata senarionya hampir sama. Tentangan rakyat dijawab dengan alasan mudah oleh kerajaan untuk mengiyakan apa yang telah mereka lakukan. Namun, hakikatnya projek berisiko wajib ditentang demi anak cucu dan generasi kita pada masa yang akan datang hendaknya.



Penduduk terus bangkit menentang penggunaan racun Cynide di Lombong
emas Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (RAGMSB) sejak sekian lama


[Pihak yang akan menderita adalah rakyat setempat yang terpaksa berhadapan dengan ancaman kesihatan untuk tempoh yang lama. Pemimpin besar yang mendapat hasil lumayan atas projek itu tidak berhadapan dengan apa-apa risiko sebab mereka tinggal di tempat lain.

Inilah yang akan terjadi kepada penduduk Kuantan pada masa akan datang jika mereka terus berdiam diri dengan isu ini. Soalnya, apakah lebih ramai yang meninggal dunia baru kerajaan mahu melakukan sesuatu.

Insaflah atas apa yang berlaku dan jadikanlah ia sebagai pengajaran. Jangan biarkan rakyat terus dibelenggu risiko. Teruskan perjuangan tentang Lynas dan Cynide, demi kesejahteraan rakyat pada masa akan datang. Jangan menggadaikan nyawa rakyat kerana mengejar keuntungan semata-mata]
.

Filem Keramat - Diana Amir jawab isu Aksi Berkemban.

Posted: 11 Jan 2012 03:49 PM PST

Radhi Razak

alt

KUALA LUMPUR - Pelakon Diana Amir menjawab isu yang membabitkan aksi berkemban melalui filem terbaru beliau yang bakal ditayangkan pada 12 Januari ini.

Beliau yang kini telah berhijrah dengan menggayakan tudung menjelaskan, lakonan tersebut telah dirakamkan sebelum beliau mengambil keputusan untuk beralih arah mengenakan pakaian muslimah.

Mengakui rasa kesal dengan aksi melalui filem terbabit, Diana Amir turut mendakwa beliau kini bukan sahaja telah mengubah dari segi penampilan semata-mata, malah ideologi dan tindakan juga memberi peransang kepada dirinya untuk menjadi seorang wanita yang lebih terjerumus ke arah kerohanian.

"Filem Keramat menjalankan penggambaran lebih kurang dua tahun lepas iaitu akhir tahun 2010. Manakala keputusan saya berhijrah baru sahaja iaitu pada pertengah bulan September tahun lalu.

"Jadi dalam masa dua tahun semua orang boleh berubah. Bukan sahaja dari segi penampilan, malah ideologi dan tindakan kita juga boleh berubah.

Begitu jugalah saya. Apa yang berlaku ini adalah pengajaran buat diri saya dan saya ambilnya sebagai iktibar dalam hidup saya," luahnya yang ditemui wartawan Murai selepas prebiu Filem Keramat di MBO Subang Parade baru-baru ini.

Filem keluaran Metrowealth arahan David Teo itu menampilkan aksi Diana Amir sebagai seorang wanita yang memegang watak menggoda.

Turut membintangi filem tersebut Azahari Zain, Rebecca Nur Islam dan Zul Handy Black.

Diana Amir sebelum ini telah mengambil langkah untuk bertudung secara mengejut setelah didakwa mendapat alamat mimpi seolah-olah berlakunya Hari Kiamat.


"Tiada apa yang boleh saya lakukan selain meyakinkan peminat dan orang ramai bahawa apa yang mereka lihat itu adalah diri saya sebelum ini yang kurang keteguhan dan pendirian agama.

"Filem ini juga sudah menjadi hak milik MIG. Saya hanya akur dan redha walaupun pengarahnya, Azahari Zain telah datang kepada saya dan melahirkan rasa serba salah terhadap saya.

"Apa yang berlaku bukan salah sesiapa, tetapi semua adalah tanggungan saya. Kini saya hanya berserah kepada Tuhan kerana Dia yang maha mengetahui segalanya," katanya lagi.

Lebih menggusarkan pelakon Aku Masih Dara ini bukan sahaja kepada filem Keramat sahaja tetapi kepada tiga buah filem lain iaitu 3Temujanji, X, dan Per3 yang bakal ditayangkan tidak lama lagi kepada umum dengan penampilannya tidak bertudung.

"Ketiga-tiga filem ini semuanya menjalankan penggambaran sebelum saya bertudung. Sekali lagi saya akan tanggung semua rasa malu dan terkilan ini dalam tempoh yang agak lama. Apa yang penting, saya mahu minta Tuhan ampunkan segala dosa saya yang lalu kerana saya benar-benar kesal. Namun saya redha," jelasnya penuh sesalan.

Nik Nazmi tampil Bukti Salahguna Wang Zakat MAIWP.

Posted: 11 Jan 2012 03:46 PM PST

Syukri Hamzah

alt

KUALA LUMPUR – Satu laporan polis akan dibuat esok oleh Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung isu penyalahgunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum selama ini.

Nik Nazmi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia di dalam sidang medianya hari ini turut menampilkan bukti-bukti dakwaan penyalahgunaan wang tersebut.

"PKR memandang serius penyalahgunaan institusi penting umat Islam ini. Oleh itu hari ini saya tampil dengan bukti-bukti salah guna wang zakat MAIWP yang dinafikan oleh Jamil Khir," kata Nik Nazmi.

"Pertama ialah set dokumen daripada MAIWP sendiri termasuk baucer bayaran bernombor 2010B04112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.00. Baucer tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat.

"Kedua merupakan surat daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Dato' Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat (iaitu bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150 yang tercatat di dalam baucer tersebut) digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP," tambah beliau.

Menurut Nik Nazmi, Jamil Khir berkali-kali menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM700,000 bagi menampung pelbagai pembayaran termasuk kos guaman.

Namun Laporan Ketua Audit menyebut bahawa MAIWP hanya memulangkan wang tersebut pada Disember 2010, kira-kira enam bulan selepas peruntukan tersebut disalurkan ke dalam MAIWP. Jamil langsung tidak menyebut tentang hal ini.

Beliau turut membetulkan laporan akhbar Utusan Malaysia pada 4 Januari lalu yang memetik Bahagian Hal Ehwal Korporat Jabatan Audit Negara bahawa isu salahguna zakat ini tidak dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Katanya, PKR tidak pernah mendakwa demikian, sebaliknya mereka merujuk kepada surat Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Negara seperti tertera.

"Saya akan membuat laporan polis esok 11 pagi di Balai Polis Dang Wangi berkaitan dengan kes salahguna wang zakat ini kerana kami memandang serius penyalahgunaan institusi penting umat Islam ini," katanya.

Tiada ulasan: