Rabu, 11 Januari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


901: Ada Penyokong Cukur Rambut, Menangis, Paling Menarik, Nyonya 71 Tahun Berpuasa 5 Hari Kerana Anwar Ibrahim

Posted: 11 Jan 2012 04:46 AM PST

Aunty Ah Mei

Saya petik:

[MR] Sungguhpun di luar jangkaan, namun tidak kurang yang terharu dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah dan dibebaskan dalam kes liwat 2.  Dari klip video yang dimuatkan ke laman Youtube, seorang lelaki India kelihatan menangis (minit 3.32) apabila Naib Presiden PKR Tian Chua mengumumkan keputusan itu di luar mahkamah kepada khalayak ramai.

Seorang lelaki Melayu, Kamarul Hatta  mencukur rambutnya selepas kemenangan memihak kepada Anwar Ibrahim di penghujung perbicaraan yang menelan masa kira-kira tiga setengah tahun.  Malah, seorang wanita Cina, Tuw Ah Mei, 71, telah mengambil keputusan untuk berpuasa selama lima hari, kerana hajatnya agar Anwar dibebaskan termakbul.

Tuw Ah Mei seorang buddhist, dengan empat orang anak dan sembilan orang cucu.  Beliau turun untuk perhimpunan 901 di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada awal pagi 9 Januari, sambil membawa mesej menentang pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Kuantan.

Menurut Ketua Ranting PKR Air Putih, Lee Chean Chung, yang melawat Tuw Ah Mei bersama Kamarul Hatta di rumahnya pada hari ini, ianya bukan kali pertama Tuw Ah Mei "berpuasa".  Sebelum ini, Ah Mei pernah mogok lapar apabila Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP sekarang dijatuhkan hukuman penjara.  Beliau mengulangi protesnya ketika zaman Reformasi, apabila Tian Chua dan rakan-rakan perjuangnnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


Berbeza dengan dua kali yang lalu, Ah Mei (gambar kanan) bukan "mogok lapar" kali ini, tetapi "berpuasa" kerana beliau telah bersembahyang, mendoakan agar Anwar dibebaskan.  Beliau berjanji untuk berpuasa selama lima hari, seandainya hajatnya termakbul.  

Ketika dihubungi MerdekaReview, Chean Chung berkata Ah Mei kini dalam keadaan yang baik, meskipun telah berpuasa sejak 9 Januari, dengan hanya minum air kosong.  Mereka menasihat agar Ah Mei memendekkan tempoh tersebut, memandangkan usianya yang lanjut, tetapi Ah Mei tetap dengan keputusan asalnya.

Ah Mei seorang anggota DAP, sebelum menjadi aktivis yang bergiat  aktif di Kuantan.  Beliau pernah mencukur kepalanya, sebagai tanda protes apabila Sekolah Rendah Kebangsaan Cina Damansara ditutup pada tahun 2001.  Beliau juga pernah mencukur rambutnya, meraihkan kemenangan calon PKR Fuziah Salleh di Kuantan, dalam PRU 12 pada tahun 2008.

Chean Chung berkata, sudah banyak kali Ah Mei mengulangi bahawa dirinya tidak mahu lagi terlibat dengan aktiviti sebegini, kerana usianya yang lanjut.  Namun, akhirnya Ah Mei tampil ke depan juga, apabila mendapati tagak kurang orang berbuat demikian, khususnya dari kaum Cina dan wanita.  Menurut Chean Chung, Ah Mei sentiasa berada di barisan paling depan dalam protes jalanan, mendakwa dirinya sudah tua - dan tidak mengapa seandainya sesuatu terjadi kepada dirinya.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReviewedisi Bahasa Malaysia.


P/s: TM terharu!

[PANAS] Popo Gomo & Parpu Kari DISAMAN RM10 Juta

Posted: 11 Jan 2012 03:43 AM PST


Saya tidak minat nak tulis panjang fasal kedua-dua kaki fitnah UMCO ini, sila klik di sini.


P/s: Kedua-dua jurublog kesayangan UMCO ini cukup banyak menyebarkan fitnah tentang pemimpin PR. Nasib mereka baik sebab pemimpin yang difitnah tidak mengambil tindakan undang-undang.

Isu Penyalahgunaan Wang Zakat: Jamil Khir Kena "Checkmate"

Posted: 11 Jan 2012 02:42 AM PST



Saya petik:

Saya pada hari ini tampil dengan bukti-bukti dakwaan salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum(gambar) selama ini.




Pertama ialah set dokumen daripada MAIWP sendiri termasuk baucer bayaran bernombor 2010B04112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.00. Baucer tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat.

Kedua merupakan surat daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Dato' Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat (iaitu bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150 yang tercatat di dalam baucer tersebut) digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.

Jamil Khir berkali-kali menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM700,000 bagi menampung pelbagai pembayaran termasuk kos guaman.

Namun Laporan Ketua Audit menyebut bahawa MAIWP hanya memulangkan wang tersebut pada Disember 2010, kira-kira enam bulan selepas peruntukan tersebut disalurkan ke dalam MAIWP. Jamil langsung tidak menyebut tentang hal ini.

Saya juga ingin membetulkan laporan Utusan pada 4 Januari lalu yang memetik Bahagian Hal Ehwal Korporat Jabatan Audit Negara bahawa isu salahguna zakat ini tidak dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010. KEADILAN tidak pernah mendakwa demikian, sebaliknya kami merujuk kepada surat Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Negara seperti tertera.

KEADILAN memandang serius penyalahgunaan institusi penting umat Islam ini. Saya akan membuat laporan polis esok 11 pagi di Balai Polis Dang Wangi berkaitan dengan kes salahguna wang zakat ini. - Nik Nazmi Nik Ahmad


Berkaitan:
 
[Mstar] PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Rabu mendedahkan bukti berhubung dakwaan penyalahgunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebelum ini.


Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bukti tersebut ialah set dokumen daripada MAIWP sendiri.


"Ini termasuk baucar bayaran bernombor 2010B04112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.

"Baucar tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.

Bukti yang dikemukakan Nik Nazmi itu berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman Jamil Khir bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dalam satu kes qazaf.

Nik Nazmi berkata, dokumen kedua pula merupakan surat daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara, Datuk Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.

Jumlah itu meliputi bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150 yang tercatat di dalam baucar tersebut.

"Ini mengesahkan laporan atau siasatan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara," katanya.

Nik Nazmi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia berkata, Jamil Khir dalam kenyataannya berkali-kali menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukan kerajaan sebanyak RM700,000 bagi menampung pelbagai pembayaran termasuk kos guaman.

"Namun Laporan Ketua Audit kita sudah nyatakan lebih awal. Jamil Khir hanya menjawab mempunyai peruntukan kerajaan RM700,000 tetapi tidak pernah sentuh langsung bahawa Laporan Ketua Audit ada menyebut bahawa kedua-dua bayaran Februari dan April itu menggunakan wang zakat dahulu," katanya.

Beliau menambah, hanya pada Disember 2010, baru wang tersebut digantikan kira-kira enam bulan selepas peruntukan tersebut disalurkan ke dalam MAIWIP. Jamil Khir tidak menyebut tentang hal ini.

"Ini bukan peruntukan kerajaan tetapi wang zakat. Ini bukan ambil dulu kemudian pulangkan. Kita pernah bangkitkan kes di Johor, (bekas) amil (menyalahgunakan wang zakat kira-kira RM20,000) yang dikenakan hukuman empat tahun penjara dan tiga sebatan.

"Kenapa beza untuk menteri?," soal Nik Nazmi.

Dalam pada itu, Nik Nazmi turut memperbetulkan laporan sebuah akhbar arus perdana pada 4 Januari lalu yang memetik kenyataan Bahagian Hal Ehwal Korporat Jabatan Audit Negara bahawa isu salah guna zakat tidak dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

"Keadilan tidak pernah mendakwa demikian sebaliknya kami merujuk kepada surat Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Negara," katanya.
P/s: Apa lagi Jamil Khir nak gebang?




[PANAS] Haron Din, Ismail Kamus,Taib Azamuddin TIDAK HADIR Beri Sokongan kepada Hasan Ali

Posted: 10 Jan 2012 08:10 PM PST


Sebelum ini, DCM ada mengolah berita daripada KL POS tentang kenyataan Hasan Ali mengulas pemecatannya di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail. Dalam berita yang sama, ada menyebut tentang jangkaan kehadiran Dr Haron Din dan Ustaz Ismail Kamus. Saya sifatkan pernyataan itu sebagai spekulatif. Malah, laporan yang sama juga ada menyebut anggaran kehadiran penyokong sehingga 1000 orang. Saya juga tidak mengiyakan hal itu selagi tidak disertakan bukti bergambar. Lanjut baca di sini.

Hari ini jelas dan terang PAS mengeluarkan kenyataan untuk menafikan kehadiran tokoh-tokoh tersebut di rumah Hasan Ali pada malam selepas dia dipecat dari PAS. Sila baca petikan berita di bawah ini:
[HD] KUALA LUMPUR, 11 Jan: PAS hari ini mengesahkan bahawa laporan berita mengenai kehadiran beberapa pemimpin PAS yang dilaporkan berada di rumah bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Ali, Ahad malam yang lalu adalah palsu.

Selepas Hasan dipecat pada siang hari, media melaporkan bahawa ramai pemimpin PAS yang hadir memberikan sokongan moral kepada bekas Pesuruhjaya PAS Selangor tersebut.

Antara nama yang disebut hadir ialah Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib dan Datuk Ustaz Ismail Kamus.

"Laporan tersebut adalah tidak betul dan mempunyai niat tidak senonoh, kerana hakikatnya kesemua mereka tidak bersama pada malam tersebut.

"Ketika penjelasan itu diberikan, PAS mengesahkan bahawa Datuk Dr Haron Din sedang bermesyuarat Majlis Syura Ulamak di pejabat agung PAS, Ustaz Taib Azamuddin pula berada di China dan Ustaz Ismail Kamus sedang menerima rawatan," terang Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim turut menjelaskan bahawa mantan timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang turut hadir bersama presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk memberikan sokongan moral kepada Hasan ada memaklumkan kepada Majlis Syura akan kehadirannya terlebih dahulu.

"Jelas perkara di atas adalah usaha pihak tertentu bermotif untuk memberi imej buruk kepada para pimpinan parti dan mengelirukan ahli-ahli PAS sehingga bersangka buruk terhadap pimpinan parti demi mengganggu persiapan terakhir pilihanraya.

Lantaran itu, semua ahli dan pimpinan parti mesti merujuk kepada media rasmi parti iaitu Harakahdaily dan Harakah cetak untuk mendapatkan sumber sahih dan rasmi parti," tegas Tuan Ibrahim.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu juga menasihatkan semua ahli dan pimpinan parti untuk menguatkan kesedaran politik agar tidak mudah dipengaruhi permainan jahat pihak lawan.
"Dalam suasana ini, semua ahli PAS diseru untuk memperkukuhkan perpaduan dan ukuhwah dalaman parti agar kita dapat menjauhi kerja yang tidak menguntungkan jamaah dan menumpukan seluruh masa, tenaga dan dana bagi menghadapi persiapan pilihanraya umum yang semakin hampir," seru beliau.

P/s: Hanya Nasharuddin Mat Isa dan Ibrahim Ali yang datang beri sokongan kepada Hasan Ali. Jangan reka cerita yang bukan-bukan.


Kekasih dan Pemuda Bertatu Didakwa Bunuh Rozana

Posted: 10 Jan 2012 07:27 PM PST


Saya petik:
 
[Kosmo] KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang dikatakan kekasih kepada Rozana Mohd. Yusak yang ditemui mati dengan 20 kesan tikaman di rumah sewanya pada Disember lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang dekat sini semalam atas tuduhan membunuh mangsa.

Turut didakwa bersama Muhammad Faizul Mohd. Ali, 27, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ialah rakannya, seorang penganggur, Muhammad Zal Haziq, 23. Muhammad Zal mempunyai tatu pada kedua-dua belah lengannya.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang memberitahu mereka memahami pertuduhan tersebut.

Faizul dan Zal didakwa mempunyai niat bersama membunuh Rozana, seorang kerani bank, di rumah No. B-010-15F, Jalan Puncak Desa 2, Kepong dekat sini antara pukul 12 tengah malam dan pukul 1.15 pagi, 21 Disember 2011.

Kedua-dua tertuduh berhadapan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Hamzah memohon tempoh bagi mendapatkan laporan bedah siasat, laporan forensik dan juga surat izin untuk mendakwa.

Majistret Mohd. Isa Md. Noor menetapkan pada 28 Februari depan untuk sebutan semula kes itu.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam dan tidak dibenarkan ikat jamin.

Kelibat ahli keluarga mangsa dan kedua-dua tertuduh tidak kelihatan di mahkamah.

Baru 2 Hari Bersalin, Remaja 17 Tahun Sudah Ambil Dadah

Posted: 10 Jan 2012 06:31 PM PST


Saya petik:

[HM] KLANG: Seorang remaja berusia 17 tahun yang baru dua hari melahirkan anak ditahan selepas pelbagai jenis dadah ditemui di rumahnya di Bayu Perdana, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamed Mat Yusuf, berkata suspek yang diberkas bersama empat lelaki serta dua wanita lain kini direman hingga 15 Januari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

"Pada jam 12 tengah hari pada 8 Januari lalu selepas melakukan risikan, polis menyerbu sebuah apartmen di Bayu Perdana, Klang, yang dijadikan tempat pembungkusan dadah.

"Sebelum diserbu, penghuni di dalam pangsapuri berkenaan enggan bekerjasama menyebabkan polis memecahkan pintu.

"Sehubungan itu, polis menahan empat lelaki dan tiga wanita warga tempatan berusia 17 hingga 40 tahun dan menemui pelbagai jenis dadah termasuk 11 peket plastik lut sinar berisi syabu seberat lebih 170 gram dan lima peket plastik lut sinar berisi 1,480 pil ecstasy.

"Semua dadah berkenaan yang dirampas itu ditemui di ruang tamu apartmen berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.

Menurutnya, ujian air kencing mendapati semua suspek termasuk remaja yang baru dua hari melahirkan anak serta tidak mempunyai pekerjaan itu positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamin.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.




Populariti Upin & Ipin Kalahkan Mr Bean, Doraemon dan Sponge Bob

Posted: 10 Jan 2012 04:50 PM PST


Saya petik:

JOHOR BAHRU: Siri animasi Upin & Ipin mencatat sejarah tersendiri apabila tersenarai sebagai satu-satunya laman sosial facebook tempatan paling banyak dilawati serta dikongsi sepanjang tahun lalu dengan menduduki tangga kelima di dunia mengalahkan siri animasi antarabangsa seperti Doraemon dan Sponge Bob.

Mengikut sumber facebook, kedudukan itu bagi Kategori Hiburan di bawah subkategori karakter fiksyen didahului dengan Dr House yang dilawati 22,828,438 pelawat, Mr Bean (16,633,297), Dory (14,184,410), Patrick Star (10,959,651) dan Upin & Ipin (5,442,386). Pengarah Web Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai di sini, Dr Nor Azman Ismail berkata, kedudukan itu berdasarkan maklumat diperoleh daripada facebook sepanjang 2011.

"Kedudukan itu menunjukkan pertambahan pengguna facebook dalam negara serta kejayaan animasi tempatan untuk meraih populariti paling tinggi.

"Selain peminat tempatan, ia hasil peminat dari Indonesia yang turut meminati watak Upin & Ipin yang disiarkan di negara mereka.

"Kiraan populariti itu dijalankan berdasarkan jumlah peminat yang melayari facebook berkenaan serta dikongsi dalam tempoh singkat di seluruh dunia," katanya, semalam.

Watak Upin & Ipin ialah tajuk bagi siri animasi tayangan singkat dihasilkan syarikat animasi Les' Copaque di Malaysia.

Ia disiarkan pada Ramadan 2007 di TV9 (Malaysia) dengan tujuan mendidik kanak-kanak supaya menghayati erti bulan mulia berkenaan.

Sambutan hebat terhadap siri animasi pendek itu menyebabkan Les' Copaque menerbitkan satu lagi musim baru dengan 12 episod sempena Ramadan dan Aidilfitri pada 2008. Amat membanggakan apabila pada musim pertama, Upin & Ipin memenangi anugerah Animasi Terbaik pada Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur 2007.

Hasil perkembangan serta peminat yang semakin bertambah, Upin & Ipin kini menjangkau lima musim siaran dan tidak terhad pada siaran televisyen malah diedarkan dalam bentuk Video Cakera Digital (DVD).

Animasi Upin dan Ipin berkisar mengenai sepasang adik-beradik kembar yang belajar di sebuah tadika serta tinggal bersama kakak mereka dan Opah di Kampung Durian Runtuh.

Antara karakter utama yang turut mewarnai Upin & Ipin ialah Mei Mei, Jarjit Singh, Ehsan, Fizi dan Mael.


P/s: Hebat!

Pak Arab Mahu Jual Anak Elak Hidup Miskin

Posted: 10 Jan 2012 04:42 PM PST


Saya petik:
[HM] RIYAHD: Seorang lelaki Arab Saudi cuba menjual anaknya di Facebook dengan harga AS$20 juta (RM60 juta) bagi mengelak untuk hidup dalam kemiskinan selepas perniagaan yang dijalankannya secara haram ditutup.

Saud bin Nasser Al Shahry mendakwa langkah itu adalah satu-satunya cara untuk membolehkannya terus menyara isteri dan anak perempuannya.
Menurutnya, dia bersedia ke mahkamah untuk menjual anaknya.

Saud bagaimanapun menetapkan satu syarat iaitu dia mahu tahu di bandar mana pembeli itu menetap.

 Lelaki berkenaan mengambil keputusan itu selepas bertanya sama ada pihak berkuasa boleh membantunya dari segi kewangan apabila perniagaan memungut hutang yang dijalankannya ditutup, katanya kepada cawangan akhbar Qatar di Riyadh, Al-Sharq.

Permohonannya ditolak kerana usianya sudah melebihi 35 tahun.

Setakat ini tidak jelas sama ada tindakannya hanya gimik, atau jika benar, adakah beliau boleh menjual anaknya tanpa tindakan undang-undang.

Pemerdagangan manusia adalah satu kesalahan di Arab Saudi tetapi negara itu tidak memenuhi standard minimum antarabangsa, menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Dalam laporan terbaru yang dipetik dalam Venture Bear, jabatan itu berkata, Arab Saudi masih tidak mempunyai undang-undang pemerdagangan manusia secukupnya dan walaupun terdapat bukti kegiatan pemerdagangan yang berleluasa, negara itu tidak melaporkan sebarang pendakwaan jenayah, hukuman atau hukuman penjara untuk jenayah itu yang dilakukan terhadap pembantu rumah asing.

Dalam pada itu, Facebook tidak mungkin membenarkan penjualan seumpama itu dilakukan menerusi laman webnya.

Menurut kenyataannya mengenai Hak dan Tanggungjawab, pengguna tidak dibenarkan meletakkan kandungan atau mengambil sebarang tindakan dalam Facebook yang melanggar hak asasi orang lain atau yang melanggar undang-undang.

Hampir separuh daripada kanak-kanak Saudi berdepan dengan keganasan rumah tangga atau penderaan lain, kata kumpulan hak asasi negara itu, Persatuan Kebangsaan Untuk Hak Asasi. - AN




Tiada ulasan: