Rabu, 11 Januari 2012

Biaqpila

Biaqpila


AMK cabar Perkasa nafi insiden letupan

Posted: 11 Jan 2012 02:00 PM PST



PETALING JAYA 11 Jan: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mencabar Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menafikan penglibatan mereka dalam insiden letupan berhampiran Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta Isnin, lalu.


Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulas laporan utama akhbar Utusan Malaysia bertajuk ‘Peserta Bawa Bom’ yang mendakwa tiga butir bom buatan sendiri itu adalah milik peserta perhimpunan Bebas Anwar 901.


Menurut Shamsul, laporan berita yang kononnya memetik sumber polis itu jelas bersifat jahat dan bertujuan memburuk-burukkan imej penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Kita semua sedia maklum bahawa penyokong-penyokong Saiful Bukhari Azlan yang dikatakan terdiri daripada beberapa orang ahli Perkasa turut berada berhampiran dengan lokasi di mana letupan bom tersebut berlaku.


“Sebelum daripada itu, Presiden Perkasa Dato' Ibrahim Ali turut membuat kenyataan kepada pihak media bahawa Perkasa akan turun untuk melakukan provokasi pada perhimpunan Bebas Anwar 901. Apakah wujud kemungkinan bahawa insiden letupan tersebut didalangi oleh ahli Perkasa?,” soal beliau.


AMK juga katanya, mendesak akhbar Utusan Malaysia mendedahkan identiti 'sumber polis' yang dikatakan mendakwa tiga butir bom berkenaan milik peserta perhimpunan tersebut.


Katanya lagi, adalah pelik apabila polis sendiri masih belum mengumumkan hasil siasatan, tetapi akhbar Utusan Malaysia telah melaporkan 'hasil siasatan' mereka sendiri yang kemudian diolah menjadi berita fitnah dan propaganda jahat.


“Berdasarkan pemantauan pihak AMK pada pagi tersebut, peserta perhimpunan hanya dibenarkan masuk ke kawasan kompleks mahkamah seawal jam 6.30 pagi dengan dikawal ketat oleh pihak polis.


“Pihak polis turut memeriksa beg setiap peserta perhimpunan yang masuk ke perkarangan kawasan sekitar kompleks mahkamah dan kemudiannya meneruskan kawalan sehingga perhimpunan bersurai,” kata beliau.


Justeru, katanya, AMK akan menulis surat rasmi kepada Ketua Polis Kuala Lumpur supaya mengumumkan hasil siasatan polis dan pihak yang bertanggungjawab dalam insiden yang menyebabkan beberapa peserta perhimpunan mengalami kecederaan.



KD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

JUAL ANAK DI FACEBOOK UNTUK ELAK MISKIN

Posted: 11 Jan 2012 04:23 AM PST


Seorang lelaki Arab Saudi di Riyadh cuba menjual anaknya di Facebook dengan harga AS$20 juta (RM60 juta) bagi mengelak untuk hidup dalam kemiskinan selepas perniagaan yang dijalankannya secara haram ditutup.Saud bin Nasser Al Shahry mendakwa langkah itu adalah satu-satunya cara untuk membolehkannya terus menyara isteri dan anak perempuannya.Menurutnya, dia bersedia ke mahkamah untuk menjual anaknya.

Saud bagaimanapun menetapkan satu syarat iaitu dia mahu tahu di bandar mana pembeli itu menetap.

Lelaki berkenaan mengambil keputusan itu selepas bertanya sama ada pihak berkuasa boleh membantunya dari segi kewangan apabila perniagaan memungut hutang yang dijalankannya ditutup, katanya kepada cawangan akhbar Qatar di Riyadh, Al-Sharq.

Permohonannya ditolak kerana usianya sudah melebihi 35 tahun.

Setakat ini tidak jelas sama ada tindakannya hanya gimik, atau jika benar, adakah beliau boleh menjual anaknya tanpa tindakan undang-undang.

Pemerdagangan manusia adalah satu kesalahan di Arab Saudi tetapi negara itu tidak memenuhi standard minimum antarabangsa, menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Dalam laporan terbaru yang dipetik dalam Venture Bear, jabatan itu berkata, Arab Saudi masih tidak mempunyai undang-undang pemerdagangan manusia secukupnya dan walaupun terdapat bukti kegiatan pemerdagangan yang berleluasa, negara itu tidak melaporkan sebarang pendakwaan jenayah, hukuman atau hukuman penjara untuk jenayah itu yang dilakukan terhadap pembantu rumah asing.

Dalam pada itu, Facebook tidak mungkin membenarkan penjualan seumpama itu dilakukan menerusi laman webnya.

Menurut kenyataannya mengenai Hak dan Tanggungjawab, pengguna tidak dibenarkan meletakkan kandungan atau mengambil sebarang tindakan dalam Facebook yang melanggar hak asasi orang lain atau yang melanggar undang-undang.

Hampir separuh daripada kanak-kanak Saudi berdepan dengan keganasan rumah tangga atau penderaan lain, kata kumpulan hak asasi negara itu, Persatuan Kebangsaan Untuk Hak Asasi.

kl-today

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

LETUPAN KANTOI PASAI BAJET CIPUT?

Posted: 10 Jan 2012 08:00 PM PST


Salah seorang mangsa letupan.Lima orang dipercayai tercedera akibat letupan di sekitar Mahkamah Jalan Duta.Angkara siapa ni beb?


DEY MACHA!!!
TIGA LETUPAN BERLAKU KEMARIN
SELEPAS ANWAR DIBEBASKAN DARI TUDUHAN
TAPI ORANG RAMAI TAK PANIK
SEMUA ORANG COOL SAJA
PASAI LETUPAN TAK CUKUP KUAT
JADI PLAN DEPA NAK BUAT HURU-HARA KANTOI
KAH! KAH! KAH!

HANGPA TAU PASAI PA KANTOI?
PASAI BAJET CIPUT
MAINCON DAH SEBAT BANYAK SANGAT
KULI YANG BUAT GUNA BARANG MURAH LA
MAKA LETUPAN PUN ALA KADAR JE LA
KAH! KAH! KAH!

TAPI NASIB BAIK KANTOI
KALAU BOM SEMALAM BOLEH BAGI BERKECAI KEPALA ORANG
DAH TENTU HURU-HARA JUGAK TU
INI MACAM SUDAH KIRA BAHAYA LA
KALAU DAH ADA BOM MACAM NI
MACAMANA NAK BERHIMPUN LAIN KALI
DAH TENTU PAK POLISI TAK BAGI BERIMPUN DAH
DEPA AKAN GUNA ALASAN NI PULAK
KAH! KAH! KAH!

TAPI BILA PIKIAQ-PIKIAQ
APA KEJADAH PENYOKONG PAKATAN NAK LETUPKAN BOM
KALAU KAWASAN TU PENUH DENGAN PENYOKONGNYA
MACAM JUGAK DALAM PEPERANGAN
DAH TENTU MUSUH YANG PASANG BOM
LU PIKIR LA SENDIRI
KAH! KAH! KAH!




Biasanya perbuatan khianat dilakukan oleh musuh,orang tidak buat khianat untuk diri sendiri.Dalam hal ni penganjur perhimpunan adalah PR,siapa musuhnya?

---------------------------------------------

TERDAPAT TIGA KEJADIAN LETUPAN YANG BERLAKU DI LUAR KAWASAN MAHKAMAH, JALAN DUTA. KEJADIAN TERSEBUT : i. LETUPAN PERTAMA JAM 10.20 PAGI BERLAKU DI JALAN KHIDMAT USAHA KIRA-KIRA 300 METER DARI PINTU A MAHKAMAH. KECEDERAAN / KEROSAKAN (2) LELAKI TELAH MENGALAMI KECEDERAAN RINGAN DI BAHAGIAN MUKA DAN SALAH SEORANGNYA ADALAH SEORANG PEGUAM. KEDUA-DUA MANGSA TELAH DIHANTAR KE HOSPITAL KUALA LUMPUR DENGAN MENGGUNAKAN KENDERAAN JPAM. ii. LETUPAN KEDUA BERLAKU PADA JAM 10.45 PAGI DI JALAN DUTA MAS KIRA-KIRA 100 METER DARI TEMPAT KEJADIAN PERTAMA. KECEDERAAN / KEROSAKAN TIADA KECEDERAAN DILAPORKAN. KEROSAKAN (1) MOTOLORI PECAH CERMIN, (2) MOTOSIKAL PECAH CERMIN HADAPAN. iii. LETUPAN KETIGA BERLAKU PADA JAM 10.55 PAGI KIRA-KIRA 150 METER DARI PINTU B MAHKAMAH. KECEDERAAN / KEROSAKAN TIADA SEBARANG KECEDERAAN. TERDAPAT (4) BUAH MOTOKAR MENGALAMI KEROSAKAN.-PDRM


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Marah keputusan mahkamah, banner jadi mangsa

Posted: 10 Jan 2012 05:00 PM PST


(Kain rentang Pakatan Rakyat jadi mangsa di Seberang Temerloh)

TEMERLOH, 10 Jan: Mungkin kerana marah dengan keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, banner yang memaparkan janji Pakatan Rakyat untuk pilihan raya akan datang menjadi mangsa.

Banner atau kain rentang yang memaparkan tawaran Pakatan Rakyat di Seberang Temerloh telah diconteng oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Gambar conteng ini dipaparkan oleh blog selamatkanpahang.

Dalam banner itu, Pakatan Rakyat menjanjikan harga minyak diturunkan serta merta manakala elaun guru dinaikkan RM500.

Jenerasi kedua Felda pula ditawarkan menjadi peneroka untuk tanah Felda Plantation yang hendak dicagarkan oleh Felda untuk Felda Global Venture Berhad (FGVB).

Turut ditawarkan menjadi peneroka atas tanah itu adalah pesara tentera.

Namun, mereka yang tidak berpuashati telah menconteng janji ini dengan dakwat merah dan hitam.

Mereka menulis perkataan "Tipu" di atas banner itu.

1rakyat


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: