Rabu, 11 Januari 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


'Bersihkan Malaysia' pecutan akhir Pakatan ke Putrajaya

Posted: 11 Jan 2012 03:06 AM PST


Aziz Muda,


PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan memasuki pusingan akhir dengan penyusunan agenda khusus dalam usaha membentuk momentum kebangkitan rakyat, ke arah merealisasikan harapan pakatan itu menggantikan BN ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dengan tema 'Bersihkan Malaysia', pakatan tersebut akan melakukan pecutan akhirnya di Alor Setar, Kedah pada 14 Januari ini menerusi Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3, dengan perlaksanaan pelbagai agenda sebagai hala tuju bersama parti-parti gabungannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pemilihan tema "Bersihkan Malaysia" bagi konvensyen itu merupakan gambaran komitmen yang tinggi di kalangan parti-parti gabungan Pakatan Rakyat bagi mengatasi masalah-masalah yang berlaku dalam negara sejak BN memerintah.

Menurutnya, dalam hubungan itu, tumpuan utama Pakatan Rakyat adalah terhadap persoalan krisis kepimpinan beramanah yang berlaku di dalam Kerajaan BN sehingga menyebabkan rakyat tertindas dalam pelbagai aspek.

Katanya, akibat krisis kepimpinan beramanah telah mencetuskan pelbagai krisis lain di negara ini termasuk krisis politik, ekonomi dan sosial.

"Semua itu telah menyebabkan negara berada dalam keadaan tidak sihat dan Pakatan Rakyat perlu mengatasinya dengan meletakkan kembali kepimpinan beramanah demi kepentingan negara serta rakyat dengan tindakan-tindakan yang tegas," katanya pada sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat, di sini, hari ini.

Pemilihan Kedah sebagai tempat konvensyen itu, menurutnya, berdasarkan pusingan, hasil persetujuan bersama parti-parti gabungan Pakatan Rakyat untuk mengadakan program tersebut di negeri-negeri yang berada di bawah pemerintahan pakatan itu.

"Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-1 telah diadakan di Shah Alam, Selangor pada tahun 2009, kedua di Kepala Batas di Pulau Pinang pada tahun 2010 dan kini tibalah pula ke Alor Setar di Kedah," jelasnya yang juga Pengerusi Induk Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menjelaskan, dengan itu dalam masa yang sama, semua pihak akan beralih tumpuan ke Kedah yang berada di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak, untuk dinilai perkembangannya yang jauh lebih baik berbanding negeri itu berada di bawah pemerintahan BN sebelum ini.

Pada konvensyen tersebut, beberapa kertas kerja akan dibentangkan oleh pembentang-pembentang kertas kerja yang berwibawa meliputi empat aspek terpenting terutama dalam konteks semasa termasuk perkhidmatan awam, federalism, ekonomi dan Felda.

"Kertas kerja mengenai aspek perkhidmatan awam yang melibatkan cadangan kerajaan untuk melaksanakan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dibentangkan oleh Datuk Husam Musa dari PAS, kertas kerja mengenai aspek federalism akan dibentangkan oleh Anthony Loke dari DAP.

"Manakala kertas kerja mengenai aspek ekonomi akan dibentangkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR dan kertas kerja mengenai Felda pula akan dibentangkan oleh Haji Suhaimi dari PKR," tegas beliau.

Konvensyen tersebut akan berlangsung di Stadim Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Suka Menanti dengan melibatkan 600 perwakilan bagi setiap parti gabungan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP, bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang, manakala pada sebelah malamnya akan diadakan Rapat Rakyat Perdana.

Pada acara Ucapan Pembukaan Pimpinan yang bermula jam 9.15 pagi, pemimpin-pemimpin yang akan berucap termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Senator Tunku Abdul Aziz, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Mulai jam 10.30 pagi pula, akan bermula acara Ucapan Suara Nurani Rakyat Malaysia yang dipengerusikan oleh Datuk Johari Abdul yang turut melibatkan wakil Felda, Siti Khalijah; wakil penjawat awam, Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab; wakil Sabah, Tan Sri Simon Sipaun; wakil Sarawak, Nicholas Mujah; wakil budayawan, Dinsman; wakil akademik, Profesor Dr Nazari Ismail; wakil NGO, Datuk Ambiga dan wakil pemuda atau pelajar, Shukri Razab.

Mulai jam 11.45 pagi akan diadakan perbahasan perwakilan sehingga ke waktu rehat jam 1.15 petang yang akan disambung pula ke jam 2.30 petang dan akan disusuli dengan Pembacaan Ikrar Setia Para Perwakilan pada jam 3.00 petang.

Ini akan disusuli dengan ucapan penggulungan pimpinan yang dipengerusikan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dengan melibatkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha DAP, Lim Guan Eng; Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Pengerusi DAP, Karpal Singh; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Acara Rapat Rakyat Perdana yang akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah bermula jam 7.00 malam dengan solat Maghrib dan Isyak berjamaah dan kemudian disusuli dengan ceramah oleh tokoh-tokoh penting Pakatan Rakyat.

Mereka terdiri daripada Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Tan Seng Giaw, Tan Sri Khalid Ibrahim, Mohamed Azmin Ali, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Karpal Singh, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir pada sidang media itu, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, Naib Presiden PKR, N Surendran dan Naib Pengerusi DAP, Tan Kok Wai.

Majlis Fatwa: Guna dakwat kekal harus, dibenar

Posted: 11 Jan 2012 03:05 AM PST

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) adalah harus dan dibenarkan.

Pengerusinya Prof Tan Sri Abdul Shukor Husin berkata, perkara itu diputuskan berdasarkan tiga kriteria iaitu dakwat tersebut tidak najis, tidak memudaratkan dan boleh menyerap air.

"Dakwat itu jika digunakan oleh umat Islam ia boleh diserap air jadi tidak akan menimbulkan sebarang masalah untuk menunaikan sembahyang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai perkara itu di Putrajaya.

Mesyuarat yang berlangsung di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia itu turut dihadiri wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Kimia, Kementerian Kesihatan dan para mufti.

Pada Disember lalu, SPR mengumumkan dakwat kekal jenis "silver nitrate" akan digunakan pada PRU13.

Dakwat itu adalah berlainan dengan dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum 2008, namun tidak digunakan selepas keberkesanan kaedah tersebut dipersoalkan pelbagai pihak.

Mengulas lanjut, Abdul Shukor berkata, ujian yang dijalankan Jabatan Kimia dan Kementerian Kesihatan juga mendapati penggunaannya tidak memudaratkan atau pun memberikan kesan sampingan.

Bagaimanapun, katanya, keputusan itu adalah tertakluk kepada penggunaan dakwat berdasarkan sampel sama yang telah diberikan kepada Jawatankuasa Fatwa dan yang telah diuji sahaja.

"Jika SPR berhasrat menggunakan dakwat jenis lain, maka keputusan lain perlu dibuat. Tetapi difahamkan SPR hanya akan menggunakan dakwat yang sama," katanya.

AMK desak Utusan dedah 'sumber polis'

Posted: 11 Jan 2012 03:03 AM PST


MALAYSIA KINI

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam sekeras-kerasnya laporan berita bertajuk 'Bom milik peserta perhimpunan' yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Utusan Malaysia hari ini memetik sumber polis bahawa bom buatan sendiri dipercayai dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan Kempen Bebas Anwar 901.

NONE"Laporan berita ini jelas bersifat jahat dan bertujuan untuk memburuk-burukkan imej penyokong Anwar Ibrahim," kata ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Katanya, berdasarkan pemantauan pihak AMK pada pagi tersebut, peserta perhimpunan hanya dibenarkan masuk ke kawasan kompleks mahkamah seawal jam 6.30 pagi dengan dikawal ketat oleh pihak polis.

"Pihak polis turut memeriksa beg setiap peserta perhimpunan yang masuk ke perkarangan kawasan sekitar kompleks mahkamah dan kemudiannya meneruskan kawalan sehingga perhimpunan bersurai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, AMK berpandangan insiden letupan bom ini adalah percubaan jahat pihak tertentu untuk mencemarkan imej polis kerana difahamkan bahawa bom tersebut telah diletakkan di bawah kon keselamatan pihak polis sendiri.

"Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memburukkan imej peserta perhimpunan yang jelas berjaya menurut semua arahan polis dan memberikan kerjasama penuh dalam memastikan perhimpunan tersebut berjalan dalam situasi aman dan selamat," tegasnya.

NONEAMK juga mendesak akhbar Utusan Malaysia supaya mendedahkan identiti 'sumber polis' yang dikatakan mendakwa bahawa tiga butir bom yang meletup kelmarin adalah milik peserta perhimpunan Bebas Anwar 901.

"Adalah cukup pelik kerana pihak polis sendiri masih belum mengumumkan hasil siasatan berhubung insiden tersebut tetapi akhbar Utusan Malaysia telah melaporkan 'hasil siasatan' mereka sendiri yang kemudiannya diolah menjadi berita fitnah dan propaganda jahat.

"Justeru, pihak AMK akan menulis surat rasmi kepada Ketua Polis Kuala Lumpur bagi memohon beliau mengumumkan hasil siasatan polis dan pihak yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut yang mana telah menyebabkan beberapa peserta perhimpunan mengalami kecederaan," tegasnya.

ANAK dakwa cubaan sogok perwakilan EGM KPF

Posted: 11 Jan 2012 03:02 AM PST

ANAK - NGO berkaitan PAS yang berjuang melindungi hak peneroka Felda - menyuarakan kebimbangan yang mendalam tentang dakwaan percubaan menyogok perwakilan ke mesyuarat agung luar biasa (EGM) Koperasi Permodalan Felda (KPF) pada 8 Februari depan.

Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman mendakwa, pihaknya mendapat tahu mengenai beberapa individu yang menemui para perwakilan berkenaan.

NONEBeliau berkata, pihaknya bimbang sogokan ditawarkan kepada
perwakilan supaya menyokong penyenaraian Felda Global Ventures (FGV).

Mazlan menggesa Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) supaya memantau keadaan tersebut bagi mengelak percubaan sedemikian.

KPF adalah salah sebuah koperasi terbesar di negara ini dengan dana bernilai RM1.46 bilion serta lebih 200,000 ahli.

Mazlan mendakwa, durian runtuh akan dibayar sekiranya FGV disenaraikan, dan ini akan dimumkan bagi menarik sokongan terhadap langkah tersebut apabila EGM itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, Mazlan mendakwa, pembayaran itu akan dibuat daripada 6 peratus ekuiti KPF sendiri yang akan akan dibubarkan untuk tujuan tersebut.

Oleh itu, katanya, pembayaran itu bukanlah durian runtuh, tetapi wang mereka sendiri.

Menurut Mazlan lagi, pihaknya bimbang wang peneroka sendiri yang akan digunakan untuk memperdayakan mereka supaya bersetuju dengan penyenaraian FGV.

Mazlan memberitahu pemberita demikian selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada ANGKASA di Kelana Jaya hari ini.

Halang tugas polis, aktivis pelajar diheret ke mahkamah

Posted: 11 Jan 2012 02:56 AM PST

Aktivis pelajar Universiti Malaya Mohamed Bukhairy Mohamed Safian, 22, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas dakwaan menghalang anggota polis dalam menjalankan tugas mereka.

NONEMohamed Bukhairy (kanan), pelajar tahun kedua Akademi Islam, didakwa berkelakuan agresif terhadap pegawai polis Rohaizat Akbar Ramlie berhampiran masjid Ar Rahman di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 11:35 pagi pada 6 Januari.

Beliau adalah juga timbalan setiausaha majlis pelajar Universiti Malaya dan diwakili oleh peguam, Farhana Abd Halim.

Timbalan Pendakwa Raya Tan Sew Peng meminta ikat jamin ditetapkan pada RM6,000, tetapi Farhana berhujah bahawa Mohamed Bukhairy berasal dari keluarga miskin, dan tidak lagi mempunyai seorang bapa.

"Beliau juga terpaksa menduduki kertas peperiksaan esok dan juga minggu depan dan jumlah ikat jamin yang tinggi akan menghalangnya daripada menduduki peperiksaan.

NONE"Ikat jamin hanya bertujuan memastikan kehadiran di mahkamah dan bukan membebankan tertuduh. Tambahan pula, ini adalah tuduhan pertama," kata Farhana (kiri).

Majistret Parvin Hameedah Natchiar menetapkan ikat jamin sebanyak RM2, 000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Februari bagi sebutan kes itu.

Bapa Saiful mohon Peguam Negara rayu kes liwat II

Posted: 11 Jan 2012 02:52 AM PST

Azlan Mohd Lazim, bapa kepada pengadu kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari berkata beliau akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sivil susulan keputusan Mahkamah Tinggi Isnin lalu yang memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEKatanya, buat masa ini beliau masih menunggu langkah yang akan diambil peguam negara -- sama ada akan merayu keputusan tersebut.

Peguam Negara juga masih belum menghubungi beliau berhubung tindakan itu, kata Azlan, 58, ketika ditanya pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu, Azlan turut menyelar Majlis Peguam yang sebelum ini membuat saranan kepada Peguam Negara untuk tidak merayu kes berkenaan.

"Pada hemat saya, tindakan majlis peguam itu... langkah untuk menidakkan hak seseorang warganegara untuk diadili dan didengar rayuannya ke peringkat tertinggi," katanya.

Badan itu sebaliknya perlu bersikap neutral dan tidak menghalang proses keadilan, kata Azlan lagi.

"Adakah gesaan itu melambangkan pendirian semua peguam atau hanya pendirian individu tertentu yang menduduki kerusi Majlis Peguam yang berkepentingan politik?

"Diharap pihak Peguam Negara tidak terpengaruh," katanya lagi yang menambah anggota keluarga itu juga menerima keputusan mahkamah dengan tenang.

saiful bukhari azlan images 300608 01Katanya, masih ramai yang masih bersimpati dengan Saiful dan juga keluarga beliau atas keputusan tersebut.

"Tapi apa boleh buat itu keputusan mahkamah," katanya lagi dalam sidang media di kediamannya di Petaling Jaya.

"Sebagai bapa saya akan terus bersama anak saya untuk dapatkan keadilan,

Katanya lagi, Mohd Saiful, 26, kini berada di dalam negara dan bekerja di Kuala Lumpur.

Azlan berkata anaknya itu juga kini masih bujang, seperti dirinya.

'Jentolak' PERKASA dihalang masuk pejabat KM

Posted: 11 Jan 2012 02:51 AM PST

Anggota kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, hari ini menghantar replika sebuah jentolak kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai simbol dakwaan kerajaan negeri merobohkan rumah-rumah dan kawasan perniagaan masyarakat Melayu.

NONEKumpulan itu diketuai Ketua Wira Pulau Pinang Mohd Risuan Asudin yang membawa replika jentolak itu ke pejabat bangunan kerajaan negeri di tingkat 3, Komtar.

Antaranya, mereka membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan sebuah bengkel motosikal di Jelutong pada tahun lalu, yang mana pemiliknya kebetulan adalah seorang ahli PERKASA.

Mereka, bagaimanapun, dihalang daripada memasuki pejabat Lim di tingkat 28. Pejabat Lim juga tidak melayan kumpulan itu yang sering-kali menimbulkan kekecohan di Pulau Pinang dengan tidak menghantar sebarang pegawai untuk menerima 'hadiah' berkenaan.

NONEKecewa dengan tindakan itu, anggota PERKASA melepak dan bersila di lantai, dengan harapan bahawa pintu pejabat ketua menteri akan dibuka tetapi sebaliknya pengawal mengunci mereka.

Kumpulan itu kemudian membidas Lim kerana didakwa tidak mahu berjumpa dengan rakyat dan menerima 'hadiah' mereka.

"Ia hanya replika, kenapa dia begitu takut?" soal Risuan, sebelum membuka sehelai kain merah yang digunakan untuk membalut replika itu.

Tergugat di Perak, 135 wakil rakyat BN berkampung

Posted: 10 Jan 2012 08:27 PM PST

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Tindakan BN yang akan mengadakan pemukiman Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka selama tiga hari bermula 12 Januari ini di Perak menandakan mereka rasa tidak selamat lagi di negeri itu.

AJK PAS Pusat Idris Ahmad berkata, pemimpin Umno sekarang sedar bahawa rakyat Perak masih dengan sentimen membenci BN ekoran cara mereka mengambil alih negeri yang disifatkan tidak demokratik.

"Sekarang mereka cuba mengambil hati rakyat dengan program turun ke padang, konon cuba menyelami masalah rakyat bawahan.

"Apabila rakyat perhatikan selepas rampasan kuasa tidak ada apa-apa kelebihan yang Umno tawarkan untuk rakyat malahan apa yang berlaku ialah hanya dendam kesumat dan fitnah kononnya kerajaan PR menindas Melayu," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Difahamkan seramai 135 wakil rakyat BN akan mengikuti program pemukiman itu di beberapa kawasan di Perak.

Sebelum ini Pengerusi Kelab Adun BN (BNBBC), Datuk Nadzri Ismail berkata, setiap wakil rakyat akan menetap bersama keluarga angkat masing-masing di 135 kampung terpilih melibatkan lapan bahagian utama iaitu Larut, Parit Buntar, Bagan Serai, Bukit Gantang, Taiping, Padang Rengas, Beruas dan Lumut.

Pemukiman sama sebelum ini telah dibuat di Selangor.

"Kawasan-kawasan ini adalah kawasan yang gelap pada perkiraan BN, maka tumpuan khas harus diberikan untuk menarik sokongan.

"Sekarang pemimpin Umno BN terpaksa melutut kepada rakyat unuk mengemis undi daripada rakyat," katanya.

100,000 dijangka hadir Konvensyen Pakatan ke-3

Posted: 10 Jan 2012 08:24 PM PST

Harakahdaily,

ALOR SETAR: Seramai 100,000 dijangka akan hadir pada Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 yang akan berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar 14 Januari ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi merangkap Pengarah Sekretariat Konvensyen berkata, pemilihan Kedah sebagai tuan rumah untuk program itu kali ini sangat bermakna kepada seluruh rakyat negeri itu.

Pada konvensyen tersebut, semua tokoh-tokoh utama Pakatan Rakyat akan hadir antaranya Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim kit Siang.

"Konvensyen kali ini bertemakan 'Bersihkan Malaysia' dan akan dihadiri oleh semua tokoh-tokoh utama Pakatan Rakyat.

"Ucapan pembukaan akan disampaikan oleh (Menteri Besar Kedah) Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai tuan rumah, kemudian diikuti (Ketua DAPSY) Anthony Loke, (Setiausaha Agung PAS) Datuk Mustafa Ali dan (Setiausaha Agung PKR) Saifuddin Nasution," katanya.

Selain mereka, hadirin juga akan mendengar rintihan suara rakyat dalam slot 'Suara Hati Nurani Rakyat Malaysia' yang bakal menampilkan Datuk A. Samad Said sebagai wakil Budayawan, Prof. Dr Aziz Bari sebagai wakil Akademik serta lain-lain termasuk wakil Felda, penjawat awam, NGO, Pemuda & Mahasiswa serta wakil dari Sabah dan Sarawak.

Ucapan penggulungan pula akan disempurnakan oleh pimpinan utama parti-parti dalam Pakatan Rakyat termasuklah Tuan Guru Nik Aziz, Datuk Seri Anwar, Tuan Guru Abdul Hadi, Karpal Singh, Lim Guan Eng dan Azmin Ali.

Pada sebalah malamnya pula akan diadakan program ceramah 'Rapat Rakyat Perdana' yang akan dihadiri pimpinan utama Pakatan Rakyat.

Ianya adalah program kemuncak yang akan bermula dengan solat maghrib berjamaah, solat hajat, kuliah Datuk Dr. Harun Din sebelum mendengar ceramah dari pimpinan utama Pakatan.

Bersih: Mahkamah tolak rayuan Peguam Negara

Posted: 10 Jan 2012 08:21 PM PST

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan daripada Peguam Negara yang merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Mei 2009 yang melepaskan dan membebaskan 10 orang termasuk beberapa pimpinan PAS daripada pertuduhan terlibat dengan perhimpunan Bersih pada 11 Disember 2007 lalu.

Keputusan tersebut dibaca oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Su Yeok Geam.

Mahkamah Sesyen pada 4 Mei 2009 telah melepaskan dan membebaskan 10 orang tersebut di mana pihak pendakwa menurut mahkamah gagal membuktikan wujudnya perhimpunan haram pada hari tersebut yang menyalahi Seksyen 27 (5) (a) Akta Polis 1967.

Antara mereka yang ditahan kerana dituduh menyertai perhimpunan itu ialah Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Ketua Pemuda dan Muslimat PAS Pusat, Nasrudin Hassan dan Ustazah Nuridah Salleh, dan Presiden PSM, Dr Mohd Nasir Hashim.

Manakala lima lagi adalah Badilah Muda, Hashim Awang, Azira Arifin, Mohd Sabri Syafie dan Ang Hok Gan.

Mereka pada jam 11.30 pagi, 11 Disember 2007, telah hadir ke bangunan parlimen bagi menghantar satu memorandum, mendesak kerajaan supaya tidak melanjutkan khidmat Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada waktu itu.

Semua tertuduh diwakili oleh barisan Peguam daripada Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia yang diketuai oleh Ketua Unit Tindakan Kes-kes Jenayah Juham, Ariff Azami dan dibantu oleh Radzlan Jalal, Azizul Shariman, Dr Zulqarnain Luqman, Noorazmir Zakaria dan Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.

Menurut Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, keputusan itu membuktikan bahawa pertuduhan dan pendakwaan tersebut jelas bermotifkan politik di mana mereka yang dituduh hanya melaksanakan hak kebebasan bersuara seperti mana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Utusan cuba sensasikan ‘kesalahan’ muslimat PAS

Posted: 10 Jan 2012 08:18 PM PST

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: "Apalah 'kesilapan' yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, penyelewengan, kezaliman, penolakan hukum hudud yang dilakukan pimpinan Umno BN serta Fitnah I dan II terhadap Anwar?" kata Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siri Mariah Mahmud (gambar).

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang telah menghebahkan gambar dari rakaman YouTube kegembiraan sebahagian Muslimat PAS, Wanita Keadilan dan penyokong Pakatan selepas pengumuman pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mempertikaikan akhlak Muslimat PAS.

Katanya, kegembiraan yang dizahirkan secara nyanyian beramai-ramai dan senikata yang zahir secara spontan telah menaikkan kemarahan penyokong Umno dan BN dan membuka peluang mereka untuk membina persepsi negatif terhadap PAS.

Tambahnya, ia satu kesinambungan usaha Umno BN untuk memburukkan PAS yang cuba menggambarkan yang akhlak muslimat buruk dan mempersoalkan moral muslimat.

Baginya, rakaman itu sebenarnya hendak ditujukan kepada ahli-ahli PAS dan penyokong PAS yang tidak hadir di Himpun 901 dan akan melihat rakaman tersebut di luar konteks peristiwa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, rakaman itu juga diharapkan akan menimbulkan keresahan sebahagian penyokong PAS yang sekarang dipasak dengan idea yang PAS telah lari dari perjuangan asal.

"Kami menduga ianya akan memberi persepsi negatif terhadap muslimat PAS kepada mereka yang mungkin tidak pernah turun ke jalan raya untuk demonstrasi dan tidak mungkin memahami perasaan mereka yang sentiasa berhadapan dengan kezaliman pihak berkuasa, biasa disembur dengan gas pemedih mata dan air beracun," ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, anak-anak muda itu menghabiskan usia muda mereka bersama berjuang menuntut keadilan dan menyanggah kezaliman regim Umno BN.

"Saya menghadiri dan bersama dengan sebahagian wanita dalam Himpun 901 dari awal hingga peserta Himpun 901 bersurai. Saya juga acap kali turun berdemo dan sentiasa memantau pergerakan muslimat," katanya.

Jelasnya lagi, sesiapa yang ada bersama pada Himpun 901 tahu yang sebahagian Muslimat PAS dan wanita yang hadir telah berhimpun di satu sudut tempat berhimpun untuk bermunajat kepada Allah SWT untuk membebaskan Anwar.

"Kami telah mengetuai bacaan Ma'thurat dan Yasin. Malah pengumuman pembebasan Anwar diumumkan sebaik sahaja muslimat habis membaca Yaasin," ujarnya.

Katanya lagi, sebahagian muslimat telah mengadakan sujud syukur sebaik sahaja keputusan diketahui di tempat perhimpunan.

"Semasa bergerak keluar daripada tempat parkir menuju ke masjid berhampiran kami berselawat beramai-ramai. Ini semua tidak pula dimasukkan ke YouTube," katanya.

Tambah beliau lagi, selepas berselawat barulah mereka menyanyikan lagu reformasi dengan spontan.

Baginya, tidak ada apa salahnya bernyayi beramai-ramai dengan bersemangat dalam sekitar 10 minit.

Kata beliau, sememangnya semua yang hadir dari sebelum Subuh lagi terlalu gembira dengan pembebasan Anwar.

Jelasnya lagi, tidak ada percampuran dengan lelaki dan perempuan, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada lenggang lengguk yang menggiurkan, intonasi suara bukan intonasi yang jatuh kepada haram, dan perkataan yang digunakan tidaklah lucah.

"Kalau kita singkap sirah Rasulullah saw, apabila Nabi s.a.w. sampai di Madinah baginda di sambut oleh muslimat dengan nanyian dan rebana untuk menzahirkan kegembiraan," katanya.

Katanya, kalau nak dipertikaikan melodi yang sering dimainkan oleh pancaragam sekolah yang digunakan ianya melodi nyanyian reformasi yang selama ini digunakan oleh anak muda semasa berdemo.

"Mungkin yang kasar sikit ialah 'Mampus Umno'.Kalau kita lihat budaya wanita timur tengah pun begitu. Mereka akan bertepuk-tepuk dan mengangkat-angkat tangan sambil bernyanyi.

"Saya pernah bersama dengan Gerakan Islam Wanita di peringkat antarabangsa, Sudan, Indonesia, Algeria , Mesir dan lain-lain negara Islam yang lebih bersemangat dalam menyanyikan lagu-lagi jihad.

"Hanya orang yang tidak mendalami hukum sahaja yang membangkitkan isu suara wanita itu aurat pada ketika ini," ujarnya.

DMPP juga, katanya yakin yang apa yang berlaku bukan satu kesalahan dan dosa, ianya bukan kayu ukur akhlak dan moral muslimat.

"Apa pun oleh kerana ia satu perkara baru dan bukan satu budaya muslimat, bagi mereka yang merasa tersinggung, Dewan Muslimat memohon maaf dan akan lebih berhati-hati dengan perangkap Umno BN di masa akan datang," ujarnya.

Haron Din, Taib, Ismail tiada di rumah Hasan Ali

Posted: 10 Jan 2012 08:14 PM PST

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengesahkan bahawa laporan berita mengenai kehadiran beberapa pemimpin PAS yang dilaporkan berada di rumah bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Ali, Ahad malam yang lalu adalah palsu.

Selepas Hasan dipecat pada siang hari, media melaporkan bahawa ramai pemimpin PAS yang hadir memberikan sokongan moral kepada bekas Pesuruhjaya PAS Selangor tersebut.

Antara nama yang disebut hadir ialah Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib dan Datuk Ustaz Ismail Kamus.

"Laporan tersebut adalah tidak betul dan mempunyai niat tidak senonoh, kerana hakikatnya kesemua mereka tidak bersama pada malam tersebut.

"Ketika penjelasan itu diberikan, PAS mengesahkan bahawa Datuk Dr Haron Din sedang bermesyuarat Majlis Syura Ulamak di pejabat agung PAS, Ustaz Taib Azamuddin pula berada di China dan Ustaz Ismail Kamus sedang menerima rawatan," terang Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim turut menjelaskan bahawa mantan timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang turut hadir bersama presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk memberikan sokongan moral kepada Hasan ada memaklumkan kepada Majlis Syura akan kehadirannya terlebih dahulu.

"Jelas perkara di atas adalah usaha pihak tertentu bermotif untuk memberi imej buruk kepada para pimpinan parti dan mengelirukan ahli-ahli PAS sehingga bersangka buruk terhadap pimpinan parti demi mengganggu persiapan terakhir pilihanraya.

Lantaran itu, semua ahli dan pimpinan parti mesti merujuk kepada media rasmi parti iaitu Harakahdaily dan Harakah cetak untuk mendapatkan sumber sahih dan rasmi parti," tegas Tuan Ibrahim.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu juga menasihatkan semua ahli dan pimpinan parti untuk menguatkan kesedaran politik agar tidak mudah dipengaruhi permainan jahat pihak lawan.

"Dalam suasana ini, semua ahli PAS diseru untuk memperkukuhkan perpaduan dan ukuhwah dalaman parti agar kita dapat menjauhi kerja yang tidak menguntungkan jamaah dan menumpukan seluruh masa, tenaga dan dana bagi menghadapi persiapan pilihanraya umum yang semakin hampir," seru beliau.

Nakhaie: ‘Adakah Hasan akan dapat keadilan jika buat rayuan’

Posted: 10 Jan 2012 08:09 PM PST



Hasan mempunyai tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama. — Gambar fail


KUALA LUMPUR — Bekas naib presiden PAS Datuk Nakhaie Ahmad menyifatkan "perkara sama" pasti akan berulang sekiranya Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat keahlian oleh PAS tanpa mengikut prosedur perlembagaan parti, mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama.

Nakhaie menegaskan prosedur pemecatan Hasan tidak wajar kerana bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu tidak diberi peluang membela diri di peringkat jawatankuasa disiplin parti itu.

"Proses pemecatan Hasan Ali tidak wajar kerana beliau tidak diberi peluang mempertahankan diri dan adalah jelas pandangan Hasan Ali mewakili pandangan lama era kepimpinan ulama yang dianggap oleh pemimpin baru PAS sebagai sesuatu yang sudah lapuk," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah pertemuan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini hanya "pertemuan biasan" dan bukannya pertemuan dengan jawatankuasa disiplin parti.

Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) ini menegaskan PAS telah menggunakan kuasa secara tidak adil terhadap exco kerajaan negeri Selangor itu kerana tidak melaksanakan prosedur yang sepatutnya.

"Ia pertemuan biasa (antara Hasan, Abdul Hadi dan Nik Aziz), bukan jawatankuasa disiplin dan tidak ada surat tunjuk sebab pun... mungkin jawatankuasa agung ada kuasa tapi kuasa itu digunakan secara tidak adil kerana prosedur keadilan tidak dilaksanakan.

"Kalau sekiranya peringkat pertama tak sempurna apa ertinya peringkat kedua (rayuan)...di peringkat pertama orang yang dituduh dipanggil untuk membela diri dengan memberikan sebab mengapa parti tidak boleh mengambil tindakan terhadapnya dan kalau kita lihat proses ini tidak berjalan," kata Nakhaie.

Hujung minggu lalu Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia telah dipecat keanggotaan berkuatkuasa serta-merta kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti.

Tindakan memecat Hasan dibuat berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian sebagai ahli PAS.

Hasan sebelum ini seringkali mengeluarkan kenyataan yang "menongkah arus".

Keputusan memecat Hasan dibuat sebulat suara dalam mesyuarat jawatankuasa kerja PAS pusat.

Bagaimanapun Hasan tidak menghadiri mesyuarat itu.

Hasan mempunyai tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

Nakhaie berkata terpulang kepada Hasan sama ada mahu membuat rayuan atau tidak kepada Majlis Syura Ulama.

"Tapi adakah di peringkat kedua ini, rayuan pihak tertuduh akan dipertimbangkan secara adil? Itu terpulang kepada Hasan Ali.

"Kalau sekiranya Hasan Ali yakin bahawa keadilan boleh ditegakkan menerusi proses rayuan mungkin beliau akan buat rayuan tapi kalau beliau fikir rayuan tidak akan dipertimbangkan secara adil maka saya tidak fikir Hasan Ali akan buat rayuan," katanya.

Bekas pemeriksa kilang hadapi 21 pertuduhan, suapan bernilai RM341,922

Posted: 10 Jan 2012 08:07 PM PST



KUALA LUMPUR — Seorang bekas pemeriksa kilang BP Chemicals (Malaysia) Sdn. Bhd hari ini dihadapkan ke mahkamah atas 21 tuduhan menerima suapan, menerima wang hasil aktiviti haram dan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram.

Tertuduh, Gauthaman A/L Thangaraju, 42 tahun, di hadapkan ke Mahkamah Sesyen 3 Melaka atas dakwaan menerima untuk dirinya suapan berjumlah RM 341,922 daripada pihak berkepentingan sebagai upah bagi membantu Syarikat Soo Min Inc. mendapatkan tawaran kerja-kerja membekal dan membaiki peralatan Bellows di BP Chemicals (M) Sdn Bhd.

Gauthaman, menghadapi sejumlah lapan pertuduhan bagi kesalahan ini, didapati telah berbuat demikian di Maybank Berhad Cawangan Melaka Main, Jalan Hang Tuah, Melaka Tengah, pada 3 Februari 2006, 10 Februari 2006, 18 Oktober 2006, 2 Februari 2007 dan 20 Januari 2007.

Perkara ini merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 10 (a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997 serta Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sekiranya disabitkan bersalah, tertuduh boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun.

Selain itu, tertuduh juga menghadapi tujuh pertuduhan kerana telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima sejumlah wang tunai hasil aktiviti haram sebanyak RM 65,050 serta sejumlah wang hasil aktiviti haram sebanyak RM 43,000 melalui cek tunai daripada pihak berkepentingan.

Perkara ini merupakan suatu kesalahan di bawah Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Dia telah dituduh berbuat demikian di Malayan Banking Berhad Cawangan Melaka Main, Jalan Hang Tuah, Melaka Tengah, pada 3 Februari 2006, 10 Februari 2006, 18 Oktober 2006 dan 2 Februari 2007.

Seterusnya, tertuduh didakwa melibatkan diri dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram iaitu menerima wang berjumlah RM 95,258.90 daripada wang berjumlah RM 233,872 yang merupakan hasil aktiviti haram, daripada akaun peribadi HSBC milik isterinya, Selvi A/P Karupaiah.

Gauthaman telah dituduh berbuat demikian di Hong Kong Shanghai Bank Corporation (HSBC) Cawangan Melaka Main, Jalan Hang Tuah, Melaka Tengah, pada 20 Januari 2010.

Tertuduh turut didakwa menggunakan wang berjumlah RM 95,258.90 yang merupakan hasil aktiviti haram daripada akaun HSBC milik isterinya untuk membeli Draf Serahan HSBC di atas nama Kah Motor Co. Sdn. Bhd.

Tertuduh didapati telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menggunakan sekeping Draf Serahan HSBC di atas nama Kah Motor Co. Sdn. Bhd. berjumlah RM 95,258.90 untuk membayar deposit pembelian sebuah kereta Honda Accord 2.4L I-VTEC(A), yang merupakan hasil aktiviti haram.

Dia telah dituduh berbuat demikian di HSBC Cawangan Melaka Main, Jalan Hang Tuah, Melaka Tengah, pada 16 Mac 2010 serta Kah Motor Co. Sdn. Bhd. pada 24 Mac 2010.

Perkara ini merupakan suatu kesalahan di bawah Subseksyen 4(1)(a) AMLATFA.

Selain itu, tertuduh juga didakwa telah melibatkan diri dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram iaitu dalam pemindahan wang berjumlah RM 233,872 daripada Akaun Simpanan HSBC milik P. Senthilkumaran A/L Paranthaman Naidu kepada akaun peribadi HSBC isterinya, dan pengeluaran wang tunai berjumlah RM 20,000 yang merupakan hasil aktiviti haram daripada akaun isterinya serta menggunakan wang tunai berjumlah RM17,092 untuk membeli polisi insurans hayat untuk Dashita A/P Gauthaman.

Tertuduh, yang menghadapi tiga pertuduhan bagi kesalahan ini, telah berbuat demikian di HSBC Cawangan Melaka pada 20 Januari 2010 dan juga Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad Cawangan Melaka pada 6 Mei 2010.

Perkara ini merupakan suatu kesalahan di bawah Subseksyen 4(1)(a) AMLATFA.

Sekiranya disabitkan bersalah, tertuduh boleh didenda tidak kurang daripada lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Tertuduh tidak mengaku salah terhadap semua pertuduhan dan minta untuk dibicarakan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohammed Heikal Bin Ismail dan Pegawai Pendakwaan, Mohd Sa'ad Bin Shukor daripada SPRM Melaka di hadapan Hakim Y.A Ahmad Sazali Bin Omar manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguambela.

Hakim menetapkan wang jaminan sebanyak RM 50,000 dengan seorang penjamin bagi kesalahan di bawah AMLATFA dan wang jaminan sebanyak RM 50,000 dengan seorang penjamin bagi kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan APR 1997.

Hakim juga mengenakan syarat tambahan iaitu pasport tertuduh diserahkan kepada pihak mahkamah serta menetapkan 10 Februari 2012 untuk sebutan semula kes bagi membenarkan tertuduh melantik peguambela.

Hutang negara dan GDP sama menjelang 2019 jika Putrajaya terus boros, kata pakar ekonomi

Posted: 10 Jan 2012 08:04 PM PST



KUALA LUMPUR — Hutang Malaysia akan mencecah 100 peratus Keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2019 sekiranya Putrajaya berterusan meminjam lebih daripada hasil pendapatan, kata pakar ekonomi.

Bekas pengarah ekskutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Mohamad Ariff Abdul Kareem mengingatkan bahawa kadar perolehan pendapatan kerajaan pusat terlalu perlahan dan tidak mampu membayar pinjaman yang meningkat 53.1 peratus KDNK pada 2010.

Beliau berkata jumlah hutang ditanggung kerajaan tidak terlalu besar namun kadar pertumbuhan dalam beberapa tahun kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan.

Nisbah hutang-KDNK meningkat dari 41.1 peratus pada 2008 kepada 53.1 peratus pada 2010 manakala hutang kerajaan bertambah 14.6 peratus pada 2008 dan 18.3 peratus pada 2010, jauh mengatasi pertumbuhan KDNK negara, tambah Mohamad Ariff.

"Jika tiada perancangan untuk mengubah trend ini dalam perbelanjaan dan hasil negara, hutang negara akan mencecah 100 peratus KDNK menjelang 2019.

"Sekiranya pertumbuhan hutang semakin laju, ini boleh berlaku tidak lama lagi," katanya melalui emel kepada The Malaysian Insider.

Mohamad Ariff menjelaskan ketika kerajaan mengambil langkah rangsangan fiskal untuk menghadapi krises ekonomi dunia yang mana ia digunakan untuk pembangunan infrastruktur terdapat keperluan untuk mengurangkan perkhidmatan awam, yang menjadi asas pengurusan perbelanjaan Putrajaya.

Katanya perkhidmatan awam Malaysia - terbesar setiap kapita di Asia Pasifik mengikut OECD - meningkat dari 23.3 peratus pada 2007 operasi bajet kepada 33.1 peratus pada 2010, meningkat kepada 41.6 peratus pada 2010 jika bayaran pencen dimasukkan.

Ini adalah beban kewangan utama kerajaan iaitu daripada kos berlebihan, pembaziran dan rasuah yang didedahkan setiap tahun oleh Ketua Audit Negara, kata seorang profesor dari Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF).

"Ia satu keperluan untuk kerajaan mengawal perbelanjaan yang mana ia termasuk mengurangkan perkhidmatan awam, membawa kerajaan untuk meningkatkan ketelusan dan tanggungjawab serta melaksanakan reformasi kutipan cukai untuk mendapat pendapatan," kata Mohamad Ariff.

Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings Bhd Dr Yeah Kim Leng berkata Putrajaya perlu mempunyai "kemahuan politik" untuk melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (GTP), yang bertujuan untuk menhentikan kenaikan defisit.

"Kita mesti melakukannya secara konsisten kerana (defisit fiskal) merupakan kelemahan utama ekonomi Malaysia," katanya.

Yeah berkata Malaysia akan berada dalam kedudukan terbaik untuk mengurangkan defisit fiskal untuk jangka masa panjang jika Putrajaya kekal melaksanakan rancangan itu tetapi mengingatkan ia berdasarkan pertumbuhan tahunan KDNK antara lima hingga enam peratus.

Ini kerana mana-mana kelembapan ekonomi yang berlaku akan mendorong berlakunya potongan gaji dan kadar pengangguran lebih tinggi, yang akan memberikan impak negatif kepada hasil cukai, katanya.

"Terdapat satu hubungan antara pertumbuhan dan hasil kerajaan," katanya menambah pengurangan setiap satu peratus dalam pertumbuhan KDNK, kutipan cukai akan menurun 0.8 petaus.

"Semasa perlahan kita boleh jangkakan defisit kewangan kerajaan sebenarnya besar."

Beliau menambah bahawa kerajaan tidak mempunyai masa untuk mengukuhkan kedudukan fiskal sebagai pendapatan daripada sektor minyak dan gas, yang membantu meningkatkan jumlah pendapatan kerajaan kira-kira 40 peratus, namun dijangka akan menurun dalam tempoh lima hingga 10 tahun kerana hasil minyak Malaysia berkurangan.

PAS: Ramai takut dedahkan maklumat pengundi hantu

Posted: 10 Jan 2012 04:18 PM PST

"Tidak ada saksi yang berani ke depan, mereka takut untuk dedahkan. Pengundi hantu ini dilindungi sindiket," kata Suhaizan Kayat.



PETALING JAYA: Pemuda PAS mendakwa orang ramai takut memberi maklumat mengenai pengundi hantu kerana bimbang keselamatan mereka.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilasasi Pumuda PAS, Suhaizan Kayat, banyak maklumat yang diterima mengenai pengundi hantu tidak lengkap menyebabkan sukar mengambil tindakan lanjut.

"Tidak ada saksi yang berani ke depan, mereka takut untuk dedahkan. Pengundi hantu ini dilindungi sindiket.

"Ini satu satu bisnes…ramai yang takut untuk mendedahkannya. Mereka lebih utamakan diri sendiri daripada negara," kata beliau.

Beberapa bulan lalu, biro ini begitu aktif mendedahkan mengenai percubaan pihak tertentu mahu mendaftarkan warga asing sebagai pengundi.

Suhaizan yang juga ketua Pemuda PAS Johor berkata, pihaknya tidak tidak boleh bertindak lebih lanjut jika tidak mendapat maklumat lengkap.

Maklumat tidak lengkap

Sebagai contoh, katanya, malam tadi beliau mendapat maklumat mengenai ada bas yang didakwa membawa pengundi hantu di Tanjung Pengelih, Kota Tinggi tetapi tidak lengkap.

Katanya, dengan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum 13, memberi kerakyatan kepada warga asing merupakan pilihan untuk menang pilihan raya.

"Tetapi kita (pembangkang) tidak mempunyai akses dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JBPN)," tambah beliau.

Suhaizan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pengundi hantu tampil ke depan.

Katanya, jika mereka tidak mahu memberikan maklumat itu kepada PAS mereka boleh berbuat demkian kepada pihak lain.

Proses mahkamah untuk cabar penggantungan Adam Adli?

Posted: 10 Jan 2012 04:11 PM PST

Keputusan untuk mencabar penggantungan bergantung kepada Adam Adli.



PETALING JAYA: Penggantungan sesi akademik pemimpin pelajar Adam Adli Abdul Halim oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan dicabar di mahkamah.

"Kita bercadang untuk mencabar penggantungan tersebut di mahkamah tetapi tindakan tersebut hanya akan diputuskan oleh Adam Adli setelah saya berbincang dengan beliau," kata peguam Adam, Fadiah Nadwa Fikri ketika dihubungi.

Pengajian Adam telah digantung selama tiga semester oleh jawatankuasa tatatertib UPSI yang dipengerusikan Profesor Datuk Dr Zainal Kling semalam.

`Gangggu ketenteraman awam'

Hukuman tersebut dijatuhkan atas alasan Adam "menjejaskan reputasi dan imej baik universiti" dan "mengganggu ketenteraman awam."

Adam 22, merupakan pelajar sarjana muda tahun ketiga UPSI yang menurunkan bendera potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra ketika menyertai perhimpunan protes mahasiswa bulan lepas.

Perhimpunan mahasiswa tersebut menuntut kebebasan akademik dan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Letupan di mahkamah: Polis teliti rakaman video

Posted: 10 Jan 2012 04:09 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY

Juga akan menyiasat di tapak letupan itu berlaku dan juga tentang perjalanan perhimpunan.



KUALA LUMPUR: Polis sedang meneliti rakaman video bagi mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab berhubung tiga letupan semasa penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta di sini semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis juga akan mengumpul segala maklumat yang diperoleh bagi memutuskan sama ada penganjur perhimpunan didapati melanggar peraturan atau tidak.

"Kita akan tengok video yang kita rakam dan akan melihat secara keseluruhan keadaan semasa perhimpunan dan juga dalang yang meletakkan bahan letupan buatan sendiri itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mohmad berkata polis juga akan menyiasat di tapak letupan itu berlaku dan juga tentang perjalanan perhimpunan.

Semalam, Anwar dibebaskan dan dilepaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008. Seramai 4,500 penyokongnya berhimpun di luar mahkamah untuk mengetahui keputusan itu.

Bagaimanapun, perhimpunan itu dicemari tiga letupan yang dipercayai daripada bom buatan sendiri mengakibatkan lima orang cedera.- Bernama

Karpal: Calon DAP hanya tandingi satu kerusi

Posted: 10 Jan 2012 04:08 PM PST

MALAYSIA KINI

Setiap calon DAP akan hanya bertanding di satu kerusi pada pilihan raya umum akan datang, kata Pengerusi Kebangsaan parti Karpal Singh.

Beliau berkata amalan baru itu bagi memastikan calon terbabit dapat memberi perhatian penuh kepada kawasannya jika dia memenangi kerusi yang ditandingi.

NONE"Tiada lagi dua kerusi, tidak seperti masa kami, kami dulu tidak mempunyai calon yang mencukupi. Sekarang keadaan sudah berubah, kami mempunyai ramai calon dan kami mesti beri peluang kepada yang lain. Saya ambil serius isu ini, tiada lagi kerusi berganda dalam DAP," katanya pada sidang media di pejabatnya, di Kuala Lumpur, semalam.

Bagaimanapun kata Karpal, keputusan itu tidak meliputi Sabah dan Sarawak memandangkan DAP tidak mempunyai ramai calon di kedua-dua negeri berkenaan.

Ditanya sama ada parti lain dalam pakatan pembangkang akan melakukan perkara serupa, beliau berkata: "Kami (DAP) tidak boleh campur tangan dengan pakatan, tetapi pakatan wajar mencontohi jejak langkah DAP."

Katanya walaupun beliau tidak boleh mendesak rakan sekutu DAP dalam pakatan melaksanakan langkah itu, perkara tersebut akan dibangkitkannya pada mesyuarat bulanan jawatankuasa eksekutif pusat bulan depan.- Bernama

HASSAN ALI - MASUK PAS KERANA ISU ANWAR, DIPECAT PUN KERANA ANWAR JUGA?

Posted: 10 Jan 2012 03:58 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS


TIDAK perlu rasanya Dr Hassan Ali cuba mencari alasan mengapa beliau dipecat dari PAS. Apa pun alasan beliau, PAS kini telah melabelkan beliau setaraf dengan Zul Kulim dan Berahim alkataki, tidak kurang atau lebih dari itu. Maka, alasan Dr Hassan Ali seperti yang beliau sebut di Malaysiakini bahawa beliau dipecat kerana DS Anwar merupakan satu alasan paling bodoh, bengap dan gelabah dari seorang Pakar Motivasi.

Semua tahu Dr Hassan Ali sertai PAS sewaktu PAS mulai merasa `kesenangan' bukan di kala PAS susah. Isu pemecatan dan kezaliman DS Anwar, tidak seorang pun boleh menafikan membantu menaikkan sokongan terhadap PAS dan di kala itu lah Dr Hassan Ali memasuki PAS.

Di kala PAS berada di dalam keadaan `sukar' sebelum itu, Dr Hassan Ali senang lenang di bawah BTN. Ertinya, faktor DS Anwar Ibrahim jugalah menjadi salah satu sebab Dr Hassan Ali beralih kepada PAS. Jika beliau tidak mahu mengaku, terpulang kepadanya tetapi kita tahu Dr Hassan Ali sertai PAS ketika PAS mula mendapat sokongan ramai atas isu DS Anwar ketika itu.

Jika Dr Hassan Ali berada di dalam PAS adalah disebabkan oleh isu DS Anwar, maka kali ini beliau terpelanting dari PAS juga adalah kerana orang yang sama? Dr Hassan Ali jangan fikir orang lain yang bukan pakar motivasi sebodoh itu untuk menerima alasan beliau dipecat. Terdapat dua persoalan yang saya mahu ulas di dalam isu Dr Hassan Ali ini.

Pertama, beliau berkata beliau dipecat kerana DS Anwar. Bilakah masanya pernah sepatah atau sebaris ayat yang DS Anwar memberikan bayangan agar Dr Hassan Ali disingkirkan dari PAS? Tiada sebab DS Anwar mahu Dr Hassan Ali dipecat sedangkan perlantikan jawatan Exco Agama yang diberikan kepada beliau oleh MB Selangor dari PKR itu tidak pernah dibantah oleh DS Anwar. Jika DS Anwar anti sangat kepada beliau, mudah sahaja, DS Anwar boleh arahkan Tan Sri Khalid selaku MB Selangor melantik tokoh PAS yang lain untuk jawatan Exco Agama tersebut.

Kedua, Dr Hassan Ali menyebut bahawa mengapa YB Azmin mencampuri urusan dalaman PAS dengan mencadangkan agar beliau dipecat dari PAS. Dr Hassan Ali lupa bahawa beliau juga telah menyentuh dan memburukkan imej DS Anwar Ibrahim yang pada waktu itu sedang berdepan dengan mahkamah. Dr Hassan Ali terang-terangan meminta mahasiswa dan orang ramai agar tidak menghadiri perhimpunan di mahkamah pada 09 Jan yang lalu untuk memberikan sokongan kepada DS Anwar. Beliau turut menyatakan bahawa kes DS Anwar adalah kes atau masalah peribadi dan tiada kena mengena dengan rakyat.

Bukankah kenyataan beliau itu menghina secara peribadi DS Anwar dan para penyokongnya? Lupakah beliau bahawa DS Anwar itu adalah Ketua Umum PKR. Apa hak beliau untuk menghina Ketua Umum PKR? Jika beliau tidak mahu hadir bersama anak bininya ke mahkamah pada 09 Jan yang lalu, mengapa busuk sangat hati perut beliau untuk menghasut orang lain agar tidak menyokong DS Anwar? Maka, dengan penghinaan sedemikian rupa Dr Hassan Ali terhadap Ketua Umum PKR maka beliau mengharapkan ahli-ahli dan penyokong PKR boleh berdiam diri?

Justeru itu, amat tepat dan wajib bagi YB Azmin selaku Timbalan Presiden PKR bangun membantah dengan keras keegoan Dr Hassan Ali itu. Jika beliau boleh hina pemimpin PKR, mengapa beliau pertikaikan YB Azmin mencampuri urusan dalaman PAS? Pemimpin PAS tidak sebodoh Dr Hassan Ali yang, maka atas dasar Dr Hassan Ali melakukan perbuatan yang merugikan atau memalukan PAS maka beliau seharusnya dipecat. Jika kelakuan seperti ini dibiarkan di dalam PAS, suatu hari nanti akan ada ahli-ahli atau pemimpin lain dari PKR atau DAP yang menghina pemimpin PAS pula. Sehubungan itu, tindakan PAS ke atas Dr Hassan Ali amat tepat dan bijak.

Oleh yang demikian, Dr Hassan Ali jangan cuba untuk melindungi sifat ego, sombong dan bebal yang ada pada dirinya dengan menyalahkan orang lain. Beliau memang tidak selayaknya berada di dalam PAS kerana beliau bukan pejuang Islam yang tulen. Pejuang Islam yang tulen tidak mempunyai hati yang busuk dan bersifat hasad dengki. Jika beliau sekarang ini kesempitan wang samada tidak mencukupi untuk menangung hutang atau mahu hidup mewah, tempat beliau sebenarnya adalah di dalam Umno. Itu pun jika beliau sanggup menjadi `lembu di dalam kondo'./wfauzdin.blogspot.com

Udin Jangan Melihat Pas Dalam Cermin Retak

Posted: 10 Jan 2012 03:43 PM PST

MSO


[kemaskini] Udin anak Yassin mempertikai tindakan Pas memecat Hasan Akidah sebagai tidak bertimbang rasa kerana tidak meminta Hasan memberi tunjuk sebab. Udin anak Yassin tidak tahu apa yang berlaku dalam Pas. Kalau setakat berpadukan kepada media PB selamanya Pas dilihat huduh dan tidak adil. Udin janganlah melihat Pas dalam cermin yang retak.

Soal tunjuk sebab kepada Hasan Akidah tidak timbul sebenarnya. Peluang untuk merayu kepada Majlis Syura Ulamak itu adalah keadilan dalam Pas. Itulah timbang rasa paling tinggi dan 'constitution'. Kalau Pas zalim dan kejam, peluang itu tidak diberikan. Hak Hasan Akidah itu ada dalam perlembagaan.

Sesiapa jahil mengenai organisasi Pas boleh beli perlembagaan Pas, tenguk dan fikir sendiri. Atau kalau sudi hantarkan alamat saya boleh tolong bantu kirimkan.

Pertemuan mahabbah di antara Hasan Akidah bersama Haron Din, Abdul Hadi Awang dengan Mursyidul Am Nik Abdul Aziz di JKR 10 di Kota Bharu adalah 'tunjuk sebab' yang tulen diberikan kepada Hasan. Pertemuan itu dibuat untuk menyelesaikan pertelagahan sebelum ini. Pertemuan itu mengandungi berbagai maksud dan tujuan antaranya ialah memberi peringatan kepada semua pihak agar henti bergaduh.

Dalam pertemuan itu semua khasnya Hasan Akidah berjanji untuk berdamai. Tetapi Hasan Akidah melanggar 'janji' itu. Beliau mempertikaikan apakah dia tidak boleh sentuh Anwar. Iya dalam keadaan dan suasana hari ini tidak elok dia menyentuh Anwar. Apa disifatkan Nik Aziz, Hasan tidak senonoh itu benar. Apa kata Abdul Hadi Awang Hasan tidak arif mengenai feqah politik betul. Anwar sebagai rakan dalam PKR suka atau tidak suka dia kena diamkan saja sebagai menghormati persepakatan.

Hasan Akidah cuba menunjukkan dia hebat dan kuat. Saya kira dia tidak fikir pun yang Pas akan memecatnya. Dia merasakan kalau Pas memecatnya dia boleh melemahkan Pas di Selangor. Pemecatannya difikir akan menjadi penganggu kepada Pas. Pas tidak berfikiran seperti Hasan Akidah.

Dalam parti, Pas ia akan mengutamakan soal pokok dari soal cabang. Bagi Pas untuk menang di Selangor soal cabang manakala soal Hasan - tindak tanduknya adalah soal pokok. Sebab cara Hasan itu boleh melemah dan menganggu kosentrasi Pakatan untuk merampas Putrajaya. Mungkin Hasan tidak bersetuju dengan Pas, tindakan baik ialah beliau keluar sebelum diberikan dua kad kuning.

Bagi Pas menerima Anwar dalam konteks polis harus, manakala membiarkan Hasan yang memalu kawan dalam deram sendiri adalah haram. Sebagai parti Pas akan memilih harus dari haram.

Pas tidak tamak kepada kuasa. Jadi kalau Hasan mengatakan Pas melebihi Anwar darinya adalah tidak betul.

Berbalik kepada dakwaan Udin anak Yassin tadi yang Pas tidak adil sepatutnya Udin tenguk ke dalam dirinya sendiri dulu. Apakah parti itu adil dan lebih bertimbang rasa berbanding dengan Pas. Pastikah? Udin kena kencing dalam tempurung dan renung lama-lama.

Di sini saya nak ambil dua contoh saja bagaimana Umno zalim dan kejam ke atas ahlinya. Pertama ialah apa yang berlaku ke atas Inchek Ibrahim Ali. Ibrahim Ali dibuang sebagai ketua bahagian Umno 2004 tanpa ada sebab-sebab munasabah. Dia juga dinafikan bertanding dalam pilihan raya yang akhirnya menyebabkan dia bertanding atas tikit bebas.

Ibrahim mengamuk sakan. Bukankah itu disebabkan ketidakadilan Umno kepada ahlinya. Ibrahim dikatakan meghabiskan RM6 juta untuk membangun dan membina Umno Pasir Mas. Alih-alih beliau dinafikan haknya. Apakah itu tidak dinamakan zalim?

Satu kes lagi melibatkan bekas setiausaha Umno Tanah Merah sdr Amran. Amran dipecat sebagai setiausaha secara tektikal. Beliau telah mengadu kepada ibu pejabat Umno tetapi tidak dilayan. Alkhirnya beliau ambil tindakan mahkamah menyebabkan dia dipecat. Anih dalam kes di Tanah Merah pencuri dan penyamun bebas yang mengadu ditangkap dan dihukum. Apakah itu bertimbang rasa? Jawab Udin?

Apakah Umno sebelum menghukum Amran itu Umno minta tunjuk sebab. Atau telah Umno layan sewajarnya laporan beliau yang disertakan dengan bukti-bukti menunjukan dakwaanya benar. Kenapa terjadi terbalik kod di Tanah Merah kerana Umno hanya melayan dan memberi keistimewaan kepada ahli yang kaya manakala ahli yang marhain terus dihaprakkan.

Sepatutnya sebelum Udin mengatakan Pas tidak timbang rasa dia buka dulu fail melibatkan Amran ini. Apakah Udin terlupa kerana terperanjat dengan pembebasan Anwar?

Pemimpin Umno janganlah hendak menuduhkan Pas zalim, kejam kepada ahlinya kalau kita sendiri juga bertindak jauh lebih kejam. Kata gemula datuk saya, jangan sesekali nak buka syarikat ubat kurap kalau ditubuh kita penuh dengan panau dan kurap !.

Hampa seronok sangat ka Anwar tak bersalah?

Posted: 10 Jan 2012 03:35 PM PST

Oleh Penarik Beca


Dhttp://umno-online.com/wp-content/uploads/2011/08/judge1.jpgah dua hari Celcom buat hal. Sampai malam ni. Hantaq mesej lambat sampai. Line Celcom broadband pun macam nak mintak penampaq.

Bila keluaq keputusan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi, saya terus teringat kes Perak, negeri asal saya. Itulah yang saya beritahu kawan-kawan yang telefon saya. "Jangan seronok sangat," saya kata kepada yang menyokong Anwar.

Salah seorang dari mereka yang berada di perkarangan mahkamah memberitahu saya bahawa beberapa orang kuat Anwar dalam PAS, bergurau sinis dan bertanya, " bakaq mana? Tak nampak pun". Kawan saya itu beritahu, "dia tak mai, tapi dia tak sabotaj orang nak mai".

Petang tadi jumpa kawan-kawan di Restoran Thaqwa, termasuk seorang bekas Ahli Parlimen. Belum duduk lagi, depa macam tanya apa ulasan saya. Saya rasa gitu la. Harap sangat saya tak perasan macam orang nak tanya pulak.

Saya pun beritahu dalam loghat orang Perak: "Jangan jadi macam Yeop kite, mahkamah tinggi kate menteri beso. Mahkamah lepeh tu pulak, tumpo!"

Tak kisahlah tu. Saya yakin ramai yang fikir macam tu. Bagai yang dikatakan oleh wak yet paling lawak Datuk Seri Najib Tun Razak, belum muktamad.

Yang nak bajet macam innocent dan cuci najis yang tak habis-habis di hati dam mulutnya, dah pun bersuara.

Saya malas nak tulis apa-apa lagi. Saya dah beli maruku kat kedai minyak petang tadi. Ni sambil makan maruku, saya nak tengok apa penyokong Anwar tulis, apa pembenci Anwar tulis.

Saya juga nak bergelak ketawa puas-puas nak baca apa Raja Petra Kamarudin. Dari pagi tadi lagi, saya beritahu kawan saya, seorang pemberita Harakah, saya tak sabar nak nak tengok macam Raja Petra Kamarudin bajet diri macam best sangat. Saya beritahu kawan saya, kalau tak tepat apa dia tulis, saya jangka dia akan kata tu semua red herring. Macam-macam la dia akan kata untuk bajet diri dia tu macam bagus sangat.

Saya tidak menafikan jasa Raja Petra. Saya hargai susah payah dan penat lelah dia, walau dia pun macam saya dan orang lain, ada salah dan silap. Saya tak nak berlaku tidak adil kepada Mamat itu. Benda yang baik dia buat, sampai Akhirat pun tetap baik.

Yang saya nak buat satu sahaja, sambil makan maruku dan minum air sejuk, saya nak berhibur melihat asyiknya Raja Petra angkat-angkat diri dia sendiri dan ayat-ayat jakunnya terhadap diri sendiri. Harap tak marah, saya hanya nak berhibur!

Kalau anda pun nak berhibur setelah penat jugak buat beberapa kerja hari ni, mari baca "Who lost the plot?"
http://penarikbeca.blogspot.com

Tiada ulasan: