Jumaat, 6 Januari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Perhimpunan Aman 601: Surat Terbuka PKR Selangor kepada Hasan Ali

Posted: 06 Jan 2012 03:24 PM PST

 
Saya petik:

Penerangan KEADILAN Selangor terpanggil untuk memberikan sedikit kenyataan terhadap Hasan Mohd.Ali dalam beberapa liputan media kebelakangan ini. Kenyataan ini pastinya adalah pendirian yang dilahirkan setelah sekian lamanya tersimpan hingga senak terasa di perut! Hendak dibuang "angin bimbang berbau busuk, hendak ditahan sakit sudah melata ke dada".

Saya percaya Hasan Ali  adalah seorang yang istimewa. Saya sendiri, malah ramai rakan-rakan saya bersetuju bahawa Hasan Ali mempunyai kelebihan dan perwatakan yang menarik, petah dan tegas. Namun saya juga mempercayai bahawa Hasan Ali, dengan sesungguhnya tanpa ragu-ragu, mempercayai bahawa Hasan Ali sendiri terlebih-lebih istimewa.

Perkara ini dapat disimpulkan dalam pelbagai tindakan, ulasan dan gaya Hasan Ali sehingga kini, erutamanya apabila melihat isu pertelagahan "dalam kain" antara pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Selangor.

Saya tidak begitu "berani" mempersoalkan pentadbiran dalaman sahabat seperjuangan PAS dalam menangani isu ini kerana "amat hormatkan saudara tua", namun apabila saya terlihat temubual Hasan Ali agar adik-adik siswa dan siswi menjauhkan diri daripada menghadiri hari "penultimate" Anwar Ibrahim, Penerangan KEADILAN Selangor tidak terdaya lagi menahan jari untuk menulis kenyataan ini dengan menyatakan "perasaan menyampah sangat" dengan tindakan Hasan Ali.

Apakah siswa dan siswi akan secara otomatisnya gagal dan mencapai CGPA yang rendah apabila memperjuangkan kebenaran dan keadilan? Apakah perjuangan hanya digalas oleh mereka yang berintelek dan berijazah daripada Universiti Pittsburgh?

Secara tidak langsungnya Hasan Ali telah menghina mereka yang turut merasakan kezaliman rejim UMNO dan BN dan mereka yang dianiaya tanpa pembelaan sewajarnya. Umum mengetahui bahawa di Malaysia ini "justice is only available to those who could afford it" dan sekiranya manusia Anwar Ibrahim ini dapat menyatukan rakyat untuk menyatakan tidak kepada kes fitnah 2 tanpa bukti kukuh, dan membelakangi undang-undang Syari'ah kepada kedudukan "second-tier", apakah salahnya mereka hadir untuk menyatakan dan menzahirkan sokongan mereka? Sekurang-kurangnya sebagai sokongan moral kepada Anwar Ibrahim: simbol kepada mangsa fitnah berterusan!

Pencapaian akademik tidak selama-lamanya merupakan pre-requisite kejayaan kerana "otak tanpa ruh Islam" akan menyebabkan keruntuhan akhlak para genius Melayu sepertimana berlaku sekarang di United Kingdom dan Eropah.

KEADILAN Selangor hairan, Hasan Ali seolah-olah terperangkap dengan hujah "counter-intelligence" UMNO bahawa isu ini hanyalah isu peribadi. Sebenarnya Hasan Ali, isu ini adalah isu nasional. Buktinya adalah perjuangan beliau dan rakan-rakan semuanya berlandaskan kepentingan rakyat. Polisi Pakatan Rakyat dimodelkan atas premis primer ini dan kini Rakyat dapat merasakan hasil titik peluh mereka sendiri walau dinafikan oleh UMNO selama ini.

Sedangkan UMNO dan PDRM sendiri menyatakan bahawa ini melibatkan keselamatan persekutuan! Bagaimana Hasan Ali boleh mengatakan ia peribadi?

Parti Keadilan Rakyat telah menunjukkan solidaritinya bersama PAS dan Pakatan Rakyat apabila mengheret ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dan menyingkirkannya walaupun dalam keadaan genting. Namun tindakan Hasan Ali cuma menambahkan derita dengan tidak menggalakkan secara terbuka (melalui RTM dan TV3 juga) agar tidak hadir ke Mahkamah.

Apakah Hasan Ali sebegitu buta hati terhadap masalah Anwar Ibrahim (DSAI)? Apakah sebegitu gelap dan jijik pandangan Hasan Ali terhadap DSAI? Bukankah isu DSAI itu sendiri membantu Hasan Ali mendapat kemenangan dalam pilihanraya yang akhirnya menjayakan Hasan Ali menduduki kerusi empuk di Bangunan SSAAS Shah Alam? Inilah padahnya jika "terlalu kerap terlewat hadir di taklimat dan mesyuarat yang diadakan". Saya percaya Hasan Ali tertinggal semua taklimat penting hingga Hasan Ali tenggelam punca.

Tindakan Hasan Ali seolah-olahmenyatakan bahawa sesiapa sahaja boleh menuduh zina kepada mana-mana Rakyat dan kita harus mendiamkan diri. Tindakan ini adalah tindakan pengecut, pentingkan diri sendiri dan kebas terhadap penderitaan mereka yang difitnah.

Hasan Ali juga sebegitu pasif dan naif dalam membuat kenyataan. Hasan Ali sehingga hari ini gagal menjawab Harakah berkenaan dakwaan Hasan Ali bahawa pertemuan Hasan Ali bersama Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan adalah berkenaan permohonan maaf.


Apabila kes diumumkan tutup, Hasan Ali tanpa segan silu menggunakan media UMNO lagi untuk membuat serangan selanjutnya. Apakah sebegitu dendam Hasan Ali sehingga sanggup membakar rumah sendiri? KEADILAN Selangor yakin Hasan Ali sudah "terkena sesuatu".

Hasan Ali, sama ada setuju atau tidak Hasan Ali kini merupakan liabiliti kepada Pakatan Rakyat. Hasan Ali mungkin merasakan Hasan Ali berjuang berlandaskan jalan Allah SWT namun saya ingin Hasan Ali bermuhasabah diri sendiri dan bertanya sama ada Hasan Ali benar-benar di pihak yang benar atau benar-benar keliru.

Kedua-duanya lain dan melihat tindakan Hasan Ali yang terkini, seolah-olah Hasan Ali menyatakan bahawa Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tersilap dan tersasar. Apakah Hasan Ali sebegitu fasih, qatam dalam agama sehingga sanggup menyatakan sedemikian?

Sejak bila Islam dan Melayu itu satu Hasan Ali? Islam tidak memerlukan Melayu malah Melayu dan manusia amnya yang memerlukan Islam. Menyatukan keduanya adalah sesuatu yang jahil melihatkan kepada kes perkahwinan jantina sejenis bersongkok dan keruntuhan moral anak bangsa di luar Negara kini.

Saya menyeru agar Hasan Ali jangan terlalu mengikut perasaan. Masa Hasan Ali untuk menjadi Menteri Besar masih ada. Jangan kita merajuk sampai terlupa kita sebenarnya membakar rumah kita sendiri.

Masih ada ruang "untuk berjiwa besar" dengan menoleh sejenak ke belakang. Apakah langkah Hasan Ali sederap dengan pimpinan, atau ia semakin sumbang? Hasan Ali lebih mengerti dengan maksud "kura kura dalam perahu".

Saya memohon maaf sekiranya tulisan saya menyakiti hati dan perasaan Hasan Ali. Sesungguhnya tulisan, ucapan dan tindakan Hasan Ali telah melukakan hati saya dan ramai teman seperjuangan yang lain termasuk Anwar dan keluarganya. Dalam keadaan mereka memerlukan, sekurang-kurangnya janganlah kita merendahkan moral dan menjatuhkan lagi semangat mereka yang mungkin perlu dipaksa berpisah lagi sekali dan berhubung hanya melalui jeriji besi.

Sila bayangkan sekiranya perkara yang sama berlaku kepada Hasan Ali.

*Surat terbuka ini ditulis oleh Shuhaimi Haji Shafiei (gambar kanan) selaku Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, merangkap ADUN Sri Muda.





[PANAS] Perhimpunan Aman 901: Amy Search Ikut Jejak Hassan Ali?

Posted: 06 Jan 2012 04:02 AM PST


Pertama, saya jumpa paparan skrin ini di blog pencacai UMCO.

Kedua, saya tidak pasti sama ada akaun Twitter ini benar-benar milik Amy atau tidak. Rujuk di sini.

Ketiga, jika benar akaun itu milik Amy, jika benar Amy menulis seperti apa yang tertulis di atas, maka pandangan itu adalah pandangan peribadinya. Luahan pandangan itu merupakan haknya sebagai warganegara Malaysia.

Keempat, jika Amy mahu mengikut jejak langkah Hassan Ali, biarkanlah kerana itu juga adalah haknya.

Kelima, jangan lupa turun 9 Januari nanti, abaikanlah "nasihat" idola anda kerana dia mungkin mendapat maklumat yang salah tentang Perhimpunan 901.

Keenam, buktikan kepada orang Malaysia bahawa anda boleh berhimpun secara AMAN pada 9 Januari nanti demi menegakkan keadilan dan menentang kezaliman!





Perhimpunan Aman 901: Presiden PAS Akan Hadir, Adakah Anda Mengikut Jejak Hasan Ali??

Posted: 06 Jan 2012 03:01 AM PST


Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 6 Jan: "Saya akan hadir, dan untuk ahli PAS pula, terserah masing-masing,"  kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika ditanya apakah beliau akan hadir dalam perhimpunan aman 9 Januari ini.
 
Perkara ini disampaikan Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Harakahdaily.
Manakala itu Dewan Muslimat PAS, Dewan Pemuda dan PAS Selangor membuat keputusan  akan menyertai perhimpunan aman di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi meminta mana-mana pihak tidak salah faham dengan perhimpunan tersebut dengan menganggap ianya merupakan sokongan peribadi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Muslimat PAS akan memberi sokongan kepada perhimpunan pada 9 Januari bukan semata-mata atas isu Anwar.

"Isu Anwar adalah sebahagian yang menampakkan kepincangan sistem kehakiman negara, tetapi lebih daripada itu ianya adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap kezaliman Umno BN yang mencampur adukkan sistem pengasingan kuasa iaitu Eksekutif, Perundangan, Legislatif dan Kehakiman," katanya kepada Harakahdaily, hari ini.

Pimpinan PAS Selangor juga memutuskan untuk turun 9 Januari ini, kata Pesuruhjayanya, Dr Rani Othman.

"Kita akan bersama presiden di sana. Dalam perbincangan di peringkat negeri juga, kita sudah putuskan akan turun," katanya kepada Harakahdaily.

Pemuda PAS pula sedang memobilisasi ahlinya untuk turun pada perhimpunan tersebut.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pemuda memberi komitmen untuk mencapai sasaran 100,000 orang yang ditetapkan oleh penganjur.
 
"Jika Datuk Seri Najib kena zalim pun kita akan turun," kata Nasrudin.

Bersama Presiden

Aiman turut berkata, muslimat tidak perlu takut untuk bersama-sama 9 Januari ini atas kapasiti parti kerana Presidennya sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan tertinggi yang lain sudah menyatakan komitmen untuk menyertai perhimpunan tersebut.

"Muslimat tidak perlu ragu-ragu kerana PAS sendiri termasuk Presiden kita akan turun bersama-sama. Jadi tidak ada masalah di peringkat parti," katanya.


P/s: Kah kah kah Hassan Ali!


[PANAS] Khutbah Jumaat FITNAH Perhimpunan 901

Posted: 06 Jan 2012 12:29 AM PST


Saya petik:
[MK] Umat Islam yang menunaikan solat Jumaat di masjid-masjid sekitar Wilayah Persekutuan hari ini diberi amaran supaya tidak melakukan "kesilapan besar" dengan menghadiri demonstrasi jalanan.

Menurut khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), mereka yang bersekongkol dengan penganjur demonstrasi jalanan melakukan kesalahan besar dan menzalimi umat Islam.

Amaran itu dikeluarkan menjelang perhimpunan yang dirancang oleh penyokong-penyokong ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Kuala Lumpur pada hari keputusan perbicaraan kes liwat membabitkan dirinya dan pembantu peribadinya diumumkan pada 9 Januari ini.

"Kita sedar hari ini sekali lagi pelbagai cara dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melemahkan perpaduan umat Islam dan keamanan negara di antaranya melalui pembohongan fakta, pencemaran budaya, penyebaran racun perpaduan samada melalui media massa dan alam siber, melanggari undang-undang negara.

"Mereka juga cuba meruntuhkan keamanan yang dikecapi selama ini dengan mengadakan pelbagai helah dan cara termasuklah mencetuskan perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan.

"Mereka menghasut rakyat dengan menyemai perasaan tidak puas hati dan benci kepada pemerintah dengan melaungkan slogan tertentu yang digambarkan sebagai gelombang rakyat yang membantah,
" petik khutbah yang dibacakan itu.

Menurut khutbah itu lagi, penganjur perhimpunan itu yang bertopengkan atas dasar menuntut keadilan dan ketulusan sebenarnya mahu mengheret rakyat ke jalanan supaya dapat dijadikan sebagai perisai.

"Tetapi hakikatnya mempunyai agenda tersendiri untuk menghuru-hara negara, melemahkan pemerintah dan perpaduan rakyat yang akhirnya membawa tanggapan di mata dunia bahawa negara ini tidak lagi berada dalam keamanan.

"Mimbar ingin menegaskan kepada jemaah dan umat Islam sekalian bahawa sesiapa yang terlibat dan bersekongkol dengan golongan ini sebenarnya telah melakukan kesalahan yang besar dan menzalimi umat Islam serta keamanan negara,"
petik khutbah itu lagi.


P/s: MEMALUKAN!

Sebelum anda mempertikaikan perkataan "fitnah" itu, cuba baca betul-betul kandungan khutbah yang dipetik oleh MK di atas! Siapa yang bikin fitnah?



[Kemas Kini] Perhimpunan Aman 901 HALAL (BERSYARAT), Sila Hadir Beramai-ramai

Posted: 05 Jan 2012 11:03 PM PST



Seluruh rakyat Malaysia, kecuali Hassan Ali & geng,  yang percaya dan yakin bahawa kezaliman telah berlaku kepada DSAI dijemput hadir untuk memberikan sokongan. 

Berdasarkan maklumat terkini, pihak polis telah memberikan kebenaran Perhimpunan Aman 901 selaras dengan semangat Akta Perhimpunan Aman 2011. Menurut media, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, Perhimpunan 901 boleh diadakan di  di tempat letak kereta awam di luar kompleks Mahkamah Jalan Duta.

"Berdasarkan perbincangan, pihak polis benarkan mereka mengadakan perhimpunan selaras dengan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang belum digazetkan.

"Kita bersetuju benarkan mereka berhimpun di tempat letak kereta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur di sini, Jumaat.

Persetujuan itu dibuat ketika mengadakan pertemuaan dengan wakil pembangkang yang diketuai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali. Selain Mohamed Azmin, empat lagi pemimpin PKR yang turut serta dalam pertemuan kira-kira dua jam itu ialah Naib Presiden, N. Surendran; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin; KetuaWanita, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi, Mohd Rafizi Ramli.


P/s: Kita tidak tahu sama ada "ada udang di balik batu" berkaitan dengan kebenaran mengadakan Perhimpunan 901. Kita tidak tahu sama ada wujud rancangan pihak tertentu untuk mecetuskan provokasi pada 9 Januari nanti kerana pelbagai kemungkinan wujud untuk mencemarkan imej perhimpunan tersebut.

Jadi, pihak penganjur jangan lupa merakamkan suasana perhimpunan itu supaya dapat dijadikan bahan bukti jika keadaan memerlukan mereka mengemukakan bukti pada kemudian hari.


Kemas Kini:
 Baru sebentar tadi, dalam laporan di TV3, pihak polis menetapkan sepuluh syarat yang pada pendapat saya akan merencat Perhimpunan 901.

N Srendran dalam kiriman di Twitternya mendakwa 10 syarat itu tidak dipersetujui dengan parti itu terlebih dahulu.

10 syarat tersebut ialah:


@nsurendrann Polis mungkir janji dengan mengenakan 10 syarat malam ini berhubung himpunan 901- tidak dipersetujui dengan kita (PKR)

1) Penggunaan risalah / banner dengan tagline 'Bebaskan Anwar 901' atau 'Bebaskan Anwar' adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.

2) Penggunaan pembesar suara selain daripada 'loud hailer' TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

3) Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.

4) Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah.

5) Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

6) Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan parkir Mahkamah.

7) Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

8) Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.

9) Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.

10) Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.




Tiba-tiba saya terfikir tentang saiz tapak letak kereta awam Mahkamah Jalan Duta. Besarkah tapak letak kereta itu? Kerana salah satu syarat yang ditetapkan, perhimpunan hanya dibenarkan di kawasan itu, jika kawasan itu sudah dipenuhi peserta, maka peserta yang tidak dapat masuk diarah pulang.

Kalau peserta yang datang mencecah puluhan ribu, namun tempat letak kereta itu hanya boleh menampung seribu orang atau 500 orang, maka.....







[Gambar&Video] Anwar di Seremban & Machang

Posted: 05 Jan 2012 10:42 PM PST








Gambar di Seremban.



Gambar di Machang

Seremban:







Perhimpunan Aman 901: Ahli PAS Mahu Dengar Cakap Hassan Ali atau Mat Sabu?

Posted: 05 Jan 2012 06:30 PM PST


Saya petik:

[MK] Ahli, pemimpin dan penyokong PAS boleh menghadiri perhimpunan 'Bebaskan Anwar' pada 9 Januari ini meskipun tiada arahan bertulis daripada pemimpin atasan, kata timbalan presiden parti itu Mohamad Sabu.

Beliau mengulas kenyataan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang semalam mengeluarkan kenyataan bahawa adalah tidak sesuai mengheret rakyat menyertai perhimpunan haram itu semata-mata bagi mempertahankan isu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEHasan yang juga exco kerajaan negeri Selangor juga mengumumkan bahawa beliau tidak akan hadir pada Isnin ini.

"Itu kehendak dia. Presiden dan saya akan hadir... Setakat ini tidak ada arahan bertulis (daripada PAS Pusat).

"Kalau presiden dan timbalan presiden hadir, maknanya ahli boleh hadir,"
katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam.

"Ahli dan penyokong PAS, boleh mengiringi presiden dan timbalan presiden untuk mengikuti keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini," kata Mohamad (atas, kanan) yang popular dengan panggilan Mat Sabu.

Pandangan peribadi
Hasan juga semalam turut menasihatkan mahasiswa dan pelajar khususnya yang sedang menghadapi peperiksaan dalam tempoh ini supaya tidak menghadiri perhimpunan itu.

Pemimpin PAS yang rapat dengan Umno itu juga mempersoalkan kewajaran Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman yang mengarahkan ahli-ahli PAS supaya hadir dengan berkata bahawa ia adalah tidak sesuai, meskipun Abdul Hadi dan Mohamad telah mengesahkan kehadiran mereka.

azlanHasan juga mencadangkan supaya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang diangkat menjadi perdana menteri jika ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim didadapati bersalah pada perbicaraan kes liwatnya, Isnin ini.

Hasan secara tidak langsung menyindir ketua pembangkang itu dengan berkata apabila memilih seseorang pemimpin, selain rekod prestasi mereka dalam kerajaan dan peringkat antarabangsa, latar keluarga mereka juga perlu diberi perhatian.

Mengulas keceluparan pemimpin PAS itu, Mohamad berkata ia adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian rasmi PAS.

"Beliau masih lagi ahli jawatankuasa PAS Pusat, beliau boleh mengemukakan (cadangan itu) dalam mesyuarat jawatankuasa. Beliau ada saluran dalam PAS.

"Kemudian PAS akan mengemukan cadangannya itu dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. Keputusan mesyurat (Pakatan) adalah pandangan yang sebenar.

"Sistem kita sistem parti, bukan sistem individu," katanya.

Buta hati, buta mata
Menurut Mohamad lagi, adalah lebih baik cadangan tersebut disalurkan melalui parti daripada terus diumumkan kepada umum.

NONETindakan Hasan itu juga mengundang keberangan daripada PKR.

"Hasan Ali sudah buta hati dan buta mata. Hanya mampu mengulangi skrip Umno.

"Ketika Hasan Ali mencerca Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada masa yang sama, 5 petang tadi (semalam)  YAB Tuan Guru Datuk Nik Aziz sedang meraikan Anwar di Kota Bharu,"
tulis timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali di twitter.

Menjawab cadangan yang dikemukakan di twitter oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya Menteri Besar Selangor memecat Hasan, Azmin membalas "Apakah Umno bersedia menerimanya?"




Duit Rasuah Banyak Sangat...Sampai Simpan dalam Lipatan Telekung

Posted: 05 Jan 2012 06:17 PM PST


Saya petik:

BERTIMBUN...pegawai SPRM mengira wang hasil suapan yang dirampas, semalam.
BERTIMBUN...pegawai SPRM mengira wang hasil suapan yang dirampas, semalam.
[HM] IPOH: Seorang pegawai Jabatan Perhutanan Perak dikesan menyembunyikan wang tunai lebih RM700,000 disyaki hasil suapan diterimanya di merata lokasi di kediamannya termasuk dalam kain telekung, selain di bilik tidur, ruang tamu dan dapur.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 50-an dikatakan turut mengagihkan wang suapan yang keseluruhannya dipercayai melebihi RM4 juta di dalam beberapa akaun bank milik anggota keluarganya, berdasarkan buku bank yang turut ditemui di rumahnya.

Perbuatan jijik suspek terbongkar apabila sepasukan lebih 10 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), melakukan serbuan mengejut di kediaman anggota perkhidmatan awam itu di Gerik, awal pagi semalam.

Sumber berkata, suspek yang bekerja di Jabatan Perhutanan Perak, ditahan ketika berada di rumahnya bersama isteri dan anak-anaknya.

"Hasil pemeriksaan, pegawai SPRM menemui sejumlah wang yang disembunyikan suspek di dalam bilik, dapur dan ruang tamu rumahnya, selain dalam telekung.


P/s: Saudara pembaca, kes ini baru melibatkan pegawai biasa, cuba anda bayangkan kes rasuah yang membabitkan jerung-jerung besar!

Tiada ulasan: