Kerabu Bersuara ® |
- Live! DS Anwar Sedang Berucap
- Live Ceramah Anwar! Penuh Luar Dewan
- Live Dari Ceramah Anwar! Dewan Sesak Dengan Hadirin
- Mahasiswa Pegang Banner 'Kami Sokong Tok Pa'. Apa Kata Menteri Pengajian Rendah?
- Terkini Dari Kami! Gambar Sesi Taklimat Pakatan Rakyat Kepda Duta Dan Diplomat
- Persidangan Kebangsaan DAP 2012: Mahu ke mana DAP? – Oleh Mazir Ibrahim
- Bangunan UMNO di Kedah disembur cat, kata nista
- Terkini! Sidang Media Ketua Polis Bersama Azmin Sekejap Tadi
- Ustaz Mahathir Ingin Bercakap Soal Melayu Islam?
- Dr Hasan Dah Angau
- Utusan Cakap Ceramah Anwar Dihadiri 500 Orang? Tengok Gambar Ni
Posted: 06 Jan 2012 07:10 AM PST |
Live Ceramah Anwar! Penuh Luar Dewan Posted: 06 Jan 2012 07:01 AM PST Terima kasih sahabat yang berkongsi gambar. |
Live Dari Ceramah Anwar! Dewan Sesak Dengan Hadirin Posted: 06 Jan 2012 06:33 AM PST Kehadiran yang baik. Dewan penuh dengan penyokong. |
Mahasiswa Pegang Banner 'Kami Sokong Tok Pa'. Apa Kata Menteri Pengajian Rendah? Posted: 06 Jan 2012 06:17 AM PST Auku? kepala hotak lu umno. kalau belah umno buat kerja, takda pun hukum auku. mahasiswa kena paksa ikut program bodek. mana puak umno? boleh pulak geng ni main politik? |
Terkini Dari Kami! Gambar Sesi Taklimat Pakatan Rakyat Kepda Duta Dan Diplomat Posted: 06 Jan 2012 02:51 AM PST Sebentar tadi telah berlangsung sesi taklimat khas kepada para duta dan diplomat negara asing mengenai hala tuju dan masa depan Pakatan Rakyat selepas keputusan perbicaraan kes fitnah liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini. Taklimat yang dihadiri hampir kesemua duta dan perwakilan asing termasuk dari Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, United Kingdom, Itali dan singapura. Taklimat disampaikan oleh Bendahari PKR yang juga ahli parlimen Selayang, William Leong Jee Ken di hadapan puluhan hadirin dalam suasana kawalan ketat oleh pasukan keselamatan hotel. Di samping itu, kelihatan puluhan anggota polis Cawangan Khas (SB) berpangkat kanan dilihat merayau-rayau di sekitar hotel dan juga di lobi. William Leong yang menjelaskan berkata, Pakatan Rakyat tidak hanya ditadbir oleh seorang pemimpin sahaja, kerana pakatan itu berasaskan fahaman konsensus (muafakat) di antara ketiga-tiga parti yang berbincang kesemua isu sebelum mengeluarkan pendirian bersama. Menurut ahli parlimen Batu, Tian Chua, para diplomat juga diberikan penjelasan berhubung sistim perjalanan Pakatan Rakyat termasuk struktur organisasi dan strategi perlaksanaan sebelum sesi soal jawab diadakan. Ternyata para diplomat sangat mengikuti perkembangan Pakatan Rakyat termasuklah isu fitnah liwat Anwar Ibrahim yang bakal diketahui Isnin nanti. Antara pemimpin lain yang hadir, Azmin Ali, Nurul Izzah, Sivarasa Rasiah dan Zuraida Kamaruddin. Anwar turut meneliti fakta-fakta dan penerangan yang disampaikan khas kepada para perwakilan. Kini, sedang berlangsung taklimat oleh Sivarasa yang juga peguam Anwar berkenaan perjalanan kes fitnah liwat yang berakhir bulan lalu. Sivarasa mengupas bagaimana pertuduhan cacat dikenakan serta bukti yang sangat mencurigakan termasuk sampel air mani yang boleh diterima mahkamah walaupun lebih 96 jam berada di luar kawalan. Kesemua yang hadir memberikan respon baik dan ada yang berbual dengan Ketua Pembangkang sendiri tentang kupasan isu dan lain-lain. |
Persidangan Kebangsaan DAP 2012: Mahu ke mana DAP? – Oleh Mazir Ibrahim Posted: 06 Jan 2012 02:42 AM PST 6 JANUARI – Pada Ahad ini 8 Januari 2012 bersamaan dengan 14 Safar 1433H akan menyaksikan sebuah parti pelbagai kaum – Parti Tindakan Demokratik (DAP) – yang bakal bersidang di Shah Alam, Selangor. Perhimpunan kali ini dilihat amat penting dalam waktu yang cukup genting. Ini adalah kerana para ahli dan pemimpin DAP akan menetapkan agenda parti dalam meneruskan legasi ketuanan rakyat yang bebas dari perkauman dan keagamaan yang sempit. Apa sahaja keputusan, rancangan dan matlamat yang bakal diungkapkan, pasti untuk memastikan parti ini terus dilandasan idealisme dan bersedia menghadapi apa jua kemungkinan dalam gelora politik yang mendatang. Kerana itu juga, ia dilihat sebagai perhimpunan dalam waktu yang genting atau kritikal. Dalam mengerah intelek dan kudrat tenaga untuk bekerja, tekanan dari parti memerintah cukup menggila sekali. Maka pada kongres kali ini DAP mengajukan tema 'Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia'. Tema ini jelas dan tepat, tiada konotasi negative, malah ia mengandungi satu pernyataan 'harapan' yang besar dalam maksud tema tersebut. Harapan ahli Para perwakilan DAP yang akan hadir dari segenap pelusuk negara, sudah tentunya datang untuk memastikan harapan ahli-ahli dan juga rakyat umumnya, agar parti moderat ini akan terus setia memperjuangkan nasib bangsa (nation). Bukan dengan kata-kata, tetapi dengan satu ketetapan yang jelas dengan usaha kerja. Ahli-ahli dan rakyat hidup dalam persekitaran masing-masing, ada yang miskin, ada yang berada, ada yang berpendidikan tinggi dan ada yang kurang berpendidikan. Inilah latarbelakang ahli dan rakyat yang mendukung DAP. Justeru, mereka ini semua mahukan nilai kepemimpinan yang bersih, kerajaan dan pentadbiran yang kekal telus demi menjamin kestabilan hidup rakyat. Prestasi cemerlang urus tadbir di negeri-negeri Pakatan Rakyat, khususnya di Pulau Pinang, harus terus dikekalkan dan diperluas ke negeri-negeri yang bakal diterajui kelak (dengan izin Tuhan dan mandat rakyat). Kehidupan rakyat bergelumang dengan rutin harian, mereka mahu persekitaran yang bersih dari kekotoran sampah-sarap, bersih dari urusan perniagaan kronisme dan rasuah, bersih dari sebarang provokasi melaga-lagakan sifat berpuak-puak dan perkauman. Semua ini adalah perkara yang dihadapi oleh ahli dan rakyat sehari-harian baik dari tekanan parti UMNO BN, mahu pun kadangkalanya dari segelintir pemimpin Pakatan. Ia adalah suatu hal yang hakikat, inilah yang mereka mahu dijauhkan. Ahli dan rakyat tidak meminta lebih dari itu. Harapan pemerhati Tidak dapat dinafikan sama sekali, pasca pilihan raya umum 2008 benar-benar telah mengubah perwatakan atau imej DAP di mata, hati dan minda rakyat Malaysia. Selama ini DAP digambarkan sebagai cauvinis dengan segala konotasi negatif, malah mereka tidak berpeluang langsung untuk mempertahankan diri dan menunjukkan bukti kemampuannya mengurus dan mentadbir sesebuah kerajaan kerana media massa yang kesemuanya dikawal oleh UMNO-BN. Kini persepsi buruk itu kian melebur. DAP muncul dengan imej baru tanpa menggadaikan prinsip perjuangannya yang ditegakkan dengan ideologi demokrasi sosial serta menyokong penuh sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Asakan demi asakan untuk menconteng arang pada imej baru DAP ini kelihatan menemui titik kegagalan. Inilah hasilnya apabila rakyat memberi peluang kepada parti-parti Pakatan Rakyat khususnya DAP untuk menunjukkan kebolehan mereka. Jika tidak pasti DAP masih bergelut dengan stigma lama UMNO itu. Di sebalik rangkaian perubahan ini, sebagai pemerhati yang cenderung untuk meletakkan sekian harapan dan sasaran, pastinya mahu melihat sejauh mana kesediaan DAP untuk menyulam dimensi baru politik mereka demi menjadi sebuah parti yang berideologikan jalan tengah, moderat dan penuh dengan kepelbagaian budaya dan ras kaum. Cabaran ini bukan mudah, dasar parti yang berbilang kaum sememangnya menjadi dasar dan pratiknya. Namun kini, dasar yang sama itu juga tidak semestinya akan memberi impak yang sama seperti sebelumnya. Keghairahan DAP dengan menjemput bakat-bakat baru dari kalangan Melayu khususnya, pasti akan berdepan dengan pelbagai cabaran, bukan sahaja dari serangan UMNO-BN tetapi juga sentimen, semangat dan setiakawan dari dalam Pakatan Rakyat sendiri. Dan jangan kita lupa, sejauh mana iltizam politik di kalangan ahli dan pimpinan pusat DAP dalam isu ini. Apakah mereka benar-benar bersedia untuk menerima perubahan yang bakal memberi kesan dengan kehadiran bakat-bakat baru khususnya di kalangan orang-orang Melayu ini? Perubahan ini kelak akan berasiosasi antara budaya lama dengan budaya baru yang merangkumi dimensi kerja, fikir dan pendekatan politik. Sungguh pun dasar DAP itu sudah jelas dan kukuh, pelaku-pelaku didalam organisasi yang semakin membesar ini pasti akan berdepan dengan pelbagai ragam. Pesanan kepada pengkritik DAP Dalam prospek pilihan raya, DAP berdepan tugas sukar bukan sahaja untuk mempertahankan kemenangan kerusi tetapi mereka juga perlu memastikan kemenangan moral. Ini sudah tentu akan memberi impak besar kepada imej dan kredibiliti DAP. DAP tidak perlu bimbang dengan segala kritikan melampau dan tidak munasabah, sebaliknya gunakanlah itu sebagai bukti perlaksanaan prinsip mereka sendiri, iaitu 'Jalan Tengah'. Pengkritik juga boleh melihat bahawa ini adalah pengorbanan besar yang telah dibuat dan dibuktikan oleh DAP – parti yang setia dengan janji dan semangat setia kawan Pakatan Rakyat. Memang diakui DAP masih tandus dengan kehadiran ahli-ahli dari kalangan Melayu yang benar-benar berkualiti dan memenuhi pakej sebagai seorang pemimpin. Kini cabarannya lebih besar, bukan sekadar menarik orang Melayu menyertai parti untuk menjadi sukarelawan, pekerja, pemimpin dan calon, tetapi mendapatkan mereka dari kalangan yang bersifat dan bersikap sederhana dan tawadhuk dengan dasar parti serta berjiwa Malaysia. Kerja ini ibarat mencari seinci jarum dalam rimbunan jerami. Namun ia bukanlah suatu hal yang fantasi atau mustahil. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kerja, kerja dan teruskan kerja Untuk membersihkan sekeping lantai sekali pun kita memerlukan kayu mop yang baik, air yang bersih, sabun yang bermutu, berus yang baik dan pekerja yang sihat dan rajin. Hanya dengan pakej ini sahaja yang mampu membersihkan lantai dengan sempurna sebelum berupaya membersihkan sebuah rumah atau sebuah bangunan yang besar. Keinginan atau azam mesti diterjemahkan dengan usaha kerja. Siapa bilang kerja yang berulang-ulang itu suatu kerja yang bodoh? Kerja berulang bukan bererti di takok lama, ia perlu disertakan dengan inovasi dan cara baru dari semasa ke semasa. Namun ia tetap kerja. Hanya si pemalas sahaja yang mahu melakukan sekali kerja dan bermimpi untuk melihat perubahan besar. Dan seterusnya DAP akan menyambung segala usaha-usaha ini dengan satu kerja yang cukup besar iaitu " Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia". Jika ditanya mahu ke mana DAP, maka inilah jawapannya. Selamat bersidang. – Roketkini.com |
Bangunan UMNO di Kedah disembur cat, kata nista Posted: 05 Jan 2012 09:35 PM PST ALOR SETAR 6 Jan. - Beberapa bangunan milik UMNO Kedah disembur cat dan kata-kata nista terhadap parti itu menjelang keputusan mahkamah pada Isnin ini berhubung kes liwat melibatkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Turut menjadi mangsa ialah kenderaan orang awam serta bas yang disembur cat warna hitam dengan perkataan "Bebaskan Anwar" dan "Gerakan 901". Bangunan Tunku di sini yang menempatkan pejabat Badan Perhubungan UMNO Kedah, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah dan Bank CIMB, disembur perkataan memburukkan UMNO, Barisan Nasional dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Bangunan UMNO Padang Terap di Kuala Nerang dan bangunan UMNO Kubang Pasu di Jitra turut menjadi sasaran kumpulan tidak bertanggungjawab yang menyembur perkataan serupa. UMNO Kedah membuat laporan polis di Balai Alor Setar, Kuala Nerang dan Jitra, pagi ini. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, UMNO Kedah sangat kesal dengan perbuatan vandalisme berunsur provokatif itu. — BERNAMA |
Terkini! Sidang Media Ketua Polis Bersama Azmin Sekejap Tadi Posted: 05 Jan 2012 08:16 PM PST Berlansung sidang media tadi. Azmi Ali juga turut serta di atas pentas. |
Ustaz Mahathir Ingin Bercakap Soal Melayu Islam? Posted: 05 Jan 2012 06:46 PM PST Sedikit loya apabila Mahathir dengan begitu membicarakan soal Melayu dan Agama Islam. |
Posted: 05 Jan 2012 06:14 PM PST Oleh Adnan Ibrahim AMAT meluat dengar steatment Dr Hasan Ali bila beliau sudah tidak faqeh, tak cerdik berpolitik dan tidak kenal mana sasaran. Saya tidak pasti sama ada dia baca atau tidak kenyataan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang bila menyentuh tentang perselisihan beliau, Mustafa Ali, Saari Sungip dan Nasharuddin Mat Isa. Kalau dia baca maknanya dia memang tidak cukup feqah (kefahaman). Kalau dia tidak baca memang dia meletakkan dirinya dalam kejahilan. Rugi orang yang berpendidikan tetapi meletakkan dirinya taraf itu. Kalau dia faham, feqah rasanya dia akan berpolitik secara bijaksana. Bukan berdepan dengan media tetapi membuat kenyataan menyerang rakan seperjuangan dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani. Kalau dia masih orang PAS Selangor Dr Rani tu pemimpinnya. Saya nak hentam ni pasal baru balik dari menghadiri sidang media beliau di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Saya hormati dia punya pandangan tetapi ia tidak patut bagi beliau dalam PAS dan bekerjasama dengan PKR meluahkan pendapat beliau pada media. Kalau beliau anggap kes Anwar adalah peribadi, ia boleh dibincang dalam PAS, bahas dalam mesyuarat PAS. Kenapa perlu bercakap kepada media? Kenapa tidak jaga hati rakan kita? Memang saya akui ramai juga pemimpin PAS berpendapat seperti beliau tetapi kebanyakkan pemimpin feqah uslub dakwah yang perlu diambil kesempatan oleh PAS. Kenapa Dr Hasan Ali amat tidak cerdik? Apakah terlalu kuat otaknya dipengaruhi Suwardi. Memang kes Anwar kes peribadi tetapi ia berkait dengan qazaf dan hudud yang diperjuangkan PAS. Sepatutnya inilah masa yang perlu PAS perjuangkan untuk menegakkan keadilan hudud. Tetapi Hasan tidak fekah. Itu yang rugi. Mewar-warkan qazaf dan hudud supaya umat Islam faham undang-undang Islam. Kita ambil kesempatan daripada rakyat yang sedang membicarakan system kehakiman yang tidak adil. Hasan perlu faham kes Anwar kalau dibicara perlu dibawah qazaf kerana pertuduh tidak bawa empat saksi. Saksi yang ada sekarang saksi teknikal bukan saksi sah untuk hudud. Saksi teknikal hanya untuk takzir. Memang Anwar boleh dibicara dibawah takzir tetapi sebelum dibicara dibawah takzir, kes dia kena dibicara dibawha qazaf terlebih dahulu. Ini Hasan Ali kena mengaji lebih sikit ni. Dia tidak fekah lalu dia tuduh kes Anwar kes peribadi. Ini aku geram ni… kalau aki geram aku kata mu bodoh Hasan Ali. Daripada situ kita boleh lihat kes Anwar tidak memberi keadilan kepadanya. Pasal perbicaraan dia jauh daripada sistem Islam. Memang tidak adil. Yang adil hanya Islam. Hasan Ali kata nak perjuangkan Islam tetapi hal ni pun tak faham. Macam mana ni…? Hasan kata kenapa kita bercakap tentang dia? Ada banyak lagi masalah pembangunan dan kepala kita yang perlu memikirkan tentang kejuruteraan memajukan negara. Macam Korea, Taiwan dahulu kebelakang daripada kita tetapi mereka lebih maju daripada kita. Itu betul la Hasan sebab pemimpin negara kita juga dok asyik berfikir macam mana nak menjatuhkan musuh politik mereka. Jadi Hasan tidak patutlah hendak menolak isu ini kerana isu ini akan sentiasa dimainkan oleh mereka yang tamak kuasa, tamak kekayaan sebagaimana diterangkan dalam al-Quran. Ini pun Hasan tidak faham. Sebab itu nak jadi negara maju dan bertamadun kena buang mereka mereka yang ada perangai macam ni. Perangai bunuh orang, kaut kekayaan sendiri, asal aku je yang senang orang lain biar susah. Ni kawan Hasan ada perangai macam ni. Jadi cek la tak yah gi jauh. Adanya perangai-perangai macam tu, itu sebab rakyat terus susah. Yang kaya macam Hasan Ali dan rakan sewaktu dengannya. Bila dia cakap macam tu, saya memang ada hasrat nak jumpa dia sorang sama sorang. Saya nak hujah yagn dia kata itu kes peribadi Anwar. Saya akui itu memang kes peribadi tetapi ia ada kaitan perjuangan PAS sekiranya mahu memperjuangkan qazaf, hudud dan undang-undang jenayah Islam. Maka bagi saya perlu kepada orang perjuangan memberi kesedaran kepada rakyat yang belum sedar. Jadi turun pada 9 Januari ini memang kerja betul untuk war-warkan kepada rakyat bahawa sistem undnag-undnag negara pincang tidak betul. Lainlah kalau kepada Hasan Ali kata betul. Selain itu kita mahu sistem kehakiman yang adil bukan dipengaruhi kuasa eksekutif. Kita kena fekah kerana inilah Islam itu datang dan berjaya. Bukan kerana tangkap orang minum arak dan berkhalwat. Tetapi kepincangan tamadun manusia. Satu lagi yang saya nak gelak Hasan Ali cakap kemajuan dan pembangunan jangan bercakap hal kes liwat tetapi beliau buat kerja tangkap orang khalwat tangkap orang minum. Bukan fikir macam mana nak majukan bangunkan umat Islam. Kalau nak cakap la bukan saya tak setuju operasi itu tetapi sikap Hasan tu bila tang dia ok bila tang orang kata peribadi. http://nanbinjai.blogspot.com/ |
Utusan Cakap Ceramah Anwar Dihadiri 500 Orang? Tengok Gambar Ni Posted: 05 Jan 2012 04:20 PM PST Utusan Malayau pada hari ni cakap ceramag Anwar hanya dihadiri 500 orang? |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan