Biaqpila |
- ISU AMALINA DAN ‘MORAL POLICING’
- Alhamdulillah! Sufiah Yusuf Pelajar Genius Matematik Sudah Insaf Dari Pelacuran
- PM akan rombak kabinet
- Ramai Lelaki Panggil Ambulans Cuma untuk Urusan Kemaluan
ISU AMALINA DAN ‘MORAL POLICING’ Posted: 05 Jan 2012 04:00 AM PST Apabila masyarakat Malaysia bercakap isu Nur Amalina Che Bakri dan tudungnya, adakah disebabkan peduli atau menyibuk urusan peribadi orang lain? Sementara apabila masyarakat Malaysia membisu mengenai pelbagai ketempangan dalam negara, adakah ia disebabkan terlalu sibuk atau tidak prihatin? Saya memulakan komentar terhadap isu ini dengan lontaran persoalan ini memandangkan terlalu ramai masyarakat Malaysia yang mengambil bahagian dalam isu tersebut, sambil sebahagian yang lain buat tidak endah dalam isu rasuah, kezaliman dan lain-lain. Isu tudung adalah dosa peribadi, adapun isu penindasan dan kezaliman adalah dosa yang melibatkan kepentingan banyak pihak yang lain. Amalina mempunyai kebebasan dan pilihan untuk menuruti atau melanggar arahan bertudung, dan dalam masa yang sama kita juga mempunyai kebebasan dan pilihan untuk menasihati beliau supaya menjadi seorang Muslimah yang praktis, sementara selebihnya terserah kepada kedua ibu bapanya dan Allah swt. Hal ini sejajar dengan antara asas utama yang menjadi pegangan kita iaitu "Agama itu nasihat" sebagaimana terdapat dalam surah al-'Asr dan hadis nabi saw. Adapun isu rasuah, penyelewengan wang zakat, kezaliman dan lain-lain, melibatkan hak manusia lain, justeru semua kita wajar menentang dan mencegahnya semampu kudrat yang ada. Ia merupakan dosa yang memberi kesan sosial dan melanggar hak manusia yang lain. Justeru konsep nasihat dan mencegah kemungkaran seperti ini berbeza dengan konsep nasihat dalam bab dosa peribadi, kemungkaran sebegini wajar ditentang dan disebar supaya masyarakat awam mengetahui, kerana isu tersebut melibatkan hak mereka juga. Saya melihat, di sinilah kekurangan kita dalam memahami falsafah dosa pahala. Tidak sewajarnya kita menjaja kisah peribadi manusia lain selagimana dosa tersebut hanya berkait dengan dirinya sahaja. Kita wajar menasihati, bukannya mencerca dan memaki tanpa henti. Sementara dalam masa yang sama, segelintir manusia lain buat tidak reti dan peduli dalam isu hak dan kepentingan mereka sendiri sendiri seperti pencabulan demokrasi, kezaliman, rasuah, kronisme dan sebagainya. Aneh. Berbalik kepada isu Amalina, ada beberapa isu yang wajarnya kita perhatikan iaitu perkaitan antara mahasiswa dan budaya ilmu, sejauh mana keberkesanan sistem pendidikan negara dalam memberi jaya, kepentingan peranan institusi keluarga (termasuk kursus perkahwinan yang lebih mementingkan lawak lucah berbanding bab tanggungjawab berkeluarga), apa yang ditumpukan dalam kursus-kursus perguruan (adakah nilaian A semata-mata?) dan seumpamanya, bukannya menyebarkan kesilapan Amalina dan disertai pelbagai cemuhan. Kepada yang mencela, jangan lupa anda ada anak atau setidak-tidaknya bakal mempunyai anak yang akan hidup dalam dunia yang sangat berbeza. Jangan terlalu bermudah-mudah berasa puas hati dengan amalan kita, lantas lupa melihat segala kelemahan diri kita. Seorang tidak bertudung yang berasa malu kepada Tuhan atas dosanya lebih baik daripada seorang yang "soleh" namun takabbur dan memandang hina kesalahan orang lain. Selain itu, apabila membincangkan soal dosa tidak bertudung, kita sentiasa lupa bahawa pertimbangan dosa pahala dalam Islam sangat penting. Contohnya dosa tidak bertudung dan dosa seorang pelajar yang membazir dan menyalahgunakan wang biasiswa dan zakat tidak sama, dosa tidak bertudung melibatkan dirinya dan Tuhannya sementara dosa berkaitan wang biasiswa dan zakat berkaitan dengan amanah yang diberikan oleh para pembayar cukai dan zakat. (Perkara harus masih lagi dibenarkan, termasuk membeli makanan, pakaian dan sebagainya. Bukan bererti hanya membeli kitab dan membayar yuran sahaja. Contoh salah guna dan pembaziran ialah membeli rokok dan untuk tujuan maksiat yang lain. Adapun dalam bab harus, sebaiknya sentiasa dimuhasabah supaya perbuatan harus itu menjadi ibadah. Wallahua'lam.) Kita sentiasa terlebih sentimen dan emosional dalam menilai keburukan dan kelemahan orang lain, namun sebaliknya kita sentiasa bersangka baik dan memujuk diri sendiri apabila menilai keburukan dan kelemahan kita. Sesungguhnya kejujuran kita dalam menasihati dan menegur kesalahan seseorang terbukti menerusi kesungguhan kita mentaati perintah agama. Selain kita diamanahkan untuk emnjadi umat yang saling menasihati dalam persoalan dosa peribadi, kita juga dipinta supaya menentang segala dosa yang memberi kesan kepada sosial dan negara. Akhirnya, marilah kita merenungi dan menginsafi sebuah hadis nabi saw: "Seorang lelaki bernama 'Abdullah, digelar 'himar' (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: "Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap". Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: "Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya". (Riwayat al-Bukhari). Sesungguhnya tugas kita bukanlah untuk menghukum dan memberi pelbagai label kepada manusia, biarlah Allah yang menilainya. Kepada yang berbuat demikian, sudahkah anda membelah dada dan melihat hatinya? Wallahua'lam - http://www.marwanbukhari.com kl-today KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Alhamdulillah! Sufiah Yusuf Pelajar Genius Matematik Sudah Insaf Dari Pelacuran Posted: 05 Jan 2012 01:00 AM PST KUALA LUMPUR - Wanita genius matematik yang juga bekas pelajar Universiti Oxford, Sufiah Yusof, 23, menyesal dengan tindakannya terbabit pelacuran. Perkara itu didedahkan Pengarah Perancangan dan Strategi Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), Hanafi Abdul Malek yang dihubungi Harian Metro, semalam. Untuk mengesahkan perkara itu, Hanafi berkata, pihaknya menghubungi pengurusan yang pernah menjadi ejen wanita itu menjual tubuh yang turut mengakui dia tidak lagi terbabit dengan kegiatan itu. “Dia dah tak buat lagi kerja tu dan kini hanya aktif melakukan kerja amal. Melalui e-mel yang dihantar kepada saya kira-kira seminggu selepas Aidilfitri lalu, Sufiah kata dia betul-betul menyesal dengan perbuatan itu. “Kami juga ada menghubungi agensi teman sosial yang menguruskan Sufiah dan mengesahkan mereka tidak dapat menghubunginya serta tidak tahu di mana dia berada,” katanya. Kisah kehidupan Sufiah disiarkan akhbar News of the World keluaran 31 Mac lalu yang mendedahkan wanita yang dianugerah kepintaran semula jadi itu menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130 paun Sterling (RM845) bagi satu sesi. Wanita itu bertemu wakil akhbar terbabit yang menyamar sebagai pelanggan di laluan masuk ke fletnya dengan hanya memakai skirt pendek, but kulit dan baju-T. Apabila wartawan itu berbual dengannya, Sufiah menyatakan dia masih belajar untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang ekonomi menerusi kursus separuh masa selama dua tahun di London. Sufiah yang ibunya berasal dari Malaysia dan bapa dari Pakistan dilaporkan terpaksa menawarkan khidmat seks kerana kesempitan hidup. Dia dikatakan menjalani kehidupan di flet terbabit dengan menjual tubuhnya untuk membayar sewa. Pembabitan wanita itu dalam pelacuran di Salford, Manchester, adalah tragedi hitam yang menimpa hidupnya sejak zaman kegemilangannya ketika dia bergambar dengan topi graduan di depan wartawan di luar Kolej St Hilda yang begitu berprestij. Pendedahan akhbar itu berlaku serentak ketika bapanya, Farooq yang berasal dari Pakistan mula menjalani hukuman penjara kerana mencabul dua gadis berusia 15 tahun ketika memberi mereka tuisyen matematik. Mengulas lanjut, Hanafi berkata, Sufiah kini lebih tenang selain senang dan gembira dengan rakyat negara ini yang mengambil berat mengenai dirinya. "Bagaimanapun melalui e-mel sama, dia jelaskan belum bersedia untuk bertemu keluarga, terutama ibunya (Halimaton Yusof). “Sungguhpun begitu, saya gembira dengan perkembangan positifditunjukkan Sufiah dan menasihatkannya supaya sentiasa ingat serta memohon pertolongan kepada Allah,” katanya. Kata Hanafi, rancangan untuk merawat Sufiah menggunakan kaedah Islam mungkin dapat dilaksanakan sekitar bulan depan. Ini kerana dia akan ke Belanda atas urusan kerja sebelum ke England untuk bertemu Sufiah. ~hmetro addin77 KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 04 Jan 2012 07:43 PM PST Perdana Menteri dijangka merombak Kabinetnya bulan ini dan menunda tarikh pilihan raya ekoran skandal yang membabitkan sekurang-kurangnya dua menterinya, menurut sumber dalaman Umno. Pegawai kanan Pejabat PM sudah menyenaraikan menteri dan timbalan menteri yang berpotensi dan dilihat sebagai orang Najib untuk menjalankan Model Ekonomi Baru (NEM) dan transformasi politiknya untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. "Dato Seri Najib Razak memerlukan lebih ramai orangnya di Kabinet. Beliau perlu menggantikan mereka kerana dilihat sebagai pencemaran untuk menghadapi pilihan raya," menurut pembuat dasar Umno yang mempunyai hubungan rapat dengan presiden, sambil merujuk kepada skandal Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan hal ehwal keagamaan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, dan timbalan menteri Datuk Awang Adek Hussin, yang mengaku menerima sumbangan kewangan. Terdapat spekulasi dalam kalangan media Cina termasuk penganalisis politik Najib akan membubarkan Parlimen selepas sambutan Tahun Baru Cina pada 23 Januari dan pilihan raya pada Mac, empat tahun selepas Pilihan Raya Umum 2008. Adalah difahamkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mula menempah sekolah dan dewan komuniti untuk pilihan raya pada Mac nanti. Walaubagaimanapun, sumber lain mengatakan pilihan raya dilaksanakan selepas Tawaran Awal Awam (IPO) daripada kerajaan negeri dan pemaju Felda. Sumber lain Umno menyebut bahawa parti berkenaan belum bersedia untuk pilihan raya walaupun Najib memberitahu anggota partinya berdepan dengan " peperangan kerusi" untuk pilihan raya awal. "Kami belum betul-betul bersedia. Sesetengah menteri masih lagi tidak mahu menyerahkan kerusi mereka untuk pilihan raya akan datang," katanya kepada The Malaysian Insider. Setakt ini hanya bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh bersuara secara terbuka untuk tidak bertanding pada pilihan raya. Kebanyakan menteri menjangka mereka akan dipilih semula. Dan sekiranya tidak terpilih, mereka enggan bekerjasama seperti apa yang berlaku pada 2008," demikian menurut sumber. Umno hanya memenangi 79 daripada 112 kerusi persekutuan yang ditandinginya pada 2008 bila Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga kerusi parlimen dan empat negeri. Umno kini diselubungi isu Shahrizat (yang didesak meletakkan jawatan oleh kalangan Umno sendiri) ekoran skandal lembu Pusat Fidlot Nasional (NFC), yang menurut laporan Ketua Audit Negara terdapat kekacauan selepas menerima RM250 juta dana awam. Umno juga kelihatan terbukti terkait dengan rasuah apabila bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan rasuah dan dipenjarakan setahun atas kesalahan pembelian tanah dan rumahnya bernilai jutaan ringgit. Dia sedang membuat rayuan terhadap kes berkenaan. Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal ehwal Islam) Datuk Seri Jamil Khir Baharoom (mengikut laporan Ketua Audit Negara) menggunakan RM63,650 daripada wang Lembaga Zakat untuk membiayai kos guamannya dalam kes Anwar Ibrahim menamakan mereka sebagai responden dalam permohonan Qazaf. Ia turut disahkan apabila jumlah itu dibayar semula selepas badan berkenaan menerima RM70,000 pada Jun lepas sebagai sebahagian daripada sumber kerajaan. (edited) penangdaily KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Ramai Lelaki Panggil Ambulans Cuma untuk Urusan Kemaluan Posted: 04 Jan 2012 04:00 PM PST Tahun lalu banyak mencatatkan kejadian unik bagi para petugas ambulans di Victoria, Australia. Panggilan darurat yang masuk selama tahun 2011 didominasi oleh keluhan yang tidak mendesak, termasuk urusan kemaluan.Keunikan yang dikeluhkan oleh sebahagian besar petugas unit darurat ini dirasakan sangat mengganggu dan membuang waktu. Beberapa masalah yang disampaikan melalui panggilan darurat sebenarnya kadang boleh diatasi sendiri dan tidak harus terburu-buru. Menurut data Emergency Services Telecommunications Authority (ESTA), sepanjang 2011 tercatat 100 pesakit laki-laki memanggil layanan unit darurat hanya untuk urusan kemaluan. Tidak dijelaskan lebih spesifik apa masalahnya, tapi tidak menutup kemungkinan hanya masalah susah ereksi.Masalah lainnya yang banyak disampaikan melalui layanan unit darurat sepanjang 2011 adalah sembelit atau susah buang air besar, yang jumlahnya mencapai 637 panggilan. Selain itu, ada juga 178 panggilan kerana sakit telinga dan 233 panggilan kerana sakit gigi.Di luar panggilan-panggilan unit darurat dengan keluhan tersebut, ada juga panggilan yang sama sekali tidak relevan bagi petugas paramedis. Misalnya dalam salah satu kes, seorang laki-laki menelefon ambulans hanya untuk mengatakan dirinya baru saja menemukan mesin waktu. Data yang dihimpun ESTA tersebut diambil berdasarkan catatan panggilan masuk dalam 12 bulan terakhir, terhitung sejak Oktober 2010 hingga Oktober 2011. Dikutip dari Ninemsn, Minggu (1/1/2012), ESTA menerima tak kurang dari 1000 panggilan kecemasan. Selain membuang waktu, panggilan untuk masalah remeh dianggap boleh membahayakan pesakit dalam keadaan darurat yang sebenarnya. Misalnya ketika kereta ambulans habis untuk menangani masalah remeh, pesakit dengan masalah serius yang mengancam jiwa tidak dapat ditolong. Published with Blogger-droid v1.7.4 |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan