DUNIACACAMARBA |
- [Gambar] Benarkah Gadis "Sosial Maut" Ini adalah Nur Amalina Che Bakri?
- Respons Faekah Husin terhadap Tuduhan Liar RPK Berkaitan dengan Amalan Rasuah di Selangor
- Ezam TUDUH, Aziz Bari JAWAB Tuduhan Melulu Ezam
- Guru Bawa Anak Cuba Kaburi Orang Ramai untuk Memadu Kasih dengan Teman Lelaki
- Susulan Cerita Orang Minyak di Kampung Laksamana, Gombak
- Hantu Kak Limah Didakwa Berjaya Dipenjarakan di dalam Botol
- Isteri Orang & Duda Bawa Anak Masing-masing untuk Memadu Kasih di Hotel Bajet
- Abang Tidak Sedar Adik Ehem-ehem dengan Warga Asing
[Gambar] Benarkah Gadis "Sosial Maut" Ini adalah Nur Amalina Che Bakri? Posted: 02 Jan 2012 06:30 AM PST Sekitar tahun 2009 lalu, timbul cerita Nur Amalina gagal dalam pengajiannya di UK. Cerita itu kemudiannya dinafikan oleh beberapa pihak termasuk rakannya yang berada di universiti yang sama. Baru-baru ini timbul pula dakwaan bahawa gadis genius yang pernah menggemparkan negara kerana berjaya memperoleh 17A1 dalam SPM berubah dari segi gaya hidup dan penampilan kerana kejutan budaya ketika menuntut di UK. Dakwaan itu disertakan beberapa keping gambar yang didakwa diperoleh daripada akaun FB milik Nur Amalina. Sebelum ini, negara dikejutkan dengan pendedahan tentang Sufiah Yusuf, genius matematik yang menjadi pelacur selepas menghadapi masalah rumah tangga dan keciciran semasa menuntut di sebuah universiti. P/s: Kalau benar gambar-gambar di atas ialah Nur Amalina yang sebelum ini manis menutup aurat, maka sudah pasti 1Malaysia terkejut dengan perubahan yang berlaku kepada dirinya. Yang pasti, masih belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan. | ||
Respons Faekah Husin terhadap Tuduhan Liar RPK Berkaitan dengan Amalan Rasuah di Selangor Posted: 02 Jan 2012 06:15 AM PST Saya petik: Saya terpanggil untuk memberi komen selepas membaca temubual eksklusif bekas rakan reformasi yang juga Penulis Blog, Raja Petra Kamaruddin (RPK) bersama akhbar-akhbar milik UMNO yang disiarkan semalam. Meskipun saya menghormati hak RPK (gambar kanan) melakukan analisa politiknya namun saya berasa mushkil dan sesungguhnya hanya beliau seorang sahaja yang mengetahui logik sebenar kenyataan tersebut. Pada masa yang sama saya percaya rakyat boleh menilai sendiri kenyataan dan dakwaan yang dibuat oleh RPKseperti disiarkan The Sunday Times dan Berita Minggu - dua akhbar yang dulunya pernah mengkritik dan mengutuk RPK secara keras kerana menentang Kerajaan Barisan Nasional. Walau apapun sebab yang membawa kepada tindakan akhbar-akhbar tersebut bertukar selera serta ghairah memberi keistimewaan kepada RPK, yang pasti RPK harus bertanggungjawab ke atas apa yang beliau telah katakan. Tuduhan beliau bahawa wujud amalan rasuah di Selangor; duit kopi yang melibatkan para usahawan berbangsa Cina, adalah tuduhan serius. Kami menuntut RPK untuk tampil memberikan butiran lanjut kepada Kerajaan Negeri dan pihak berwajib agar penyiasatan terperinci dapat dilakukan. Kerajaan Negeri bersedia membayar kos perjalanan RPK ke Pejabat Pentadbiran Kerajaan kerana untuk makluman RPK Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM15 juta untuk membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di Negara ini khususnya di Selangor. Jumlah tersebut termasuk di dalam Geran Selangorku yang diumumkan oleh Menteri Besar ketika pembentangan Belanjawan 2012 yang lalu. Sesungguhnya inilah sekecil-kecil jasa yang beliau boleh lakukan untuk membantu kerajaan yang benar-benar mahu membenteras rasuah; apatah lagi beliau sendiri dari darah bangsawan negeri Selangor. RPK tidak seharusnya melemparkan dakwaan liar hanya semata-mata mahu memperlekeh usaha Kerajaan Negeri untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang baik, bersih dan penuh pertanggungjawaban. Kami sesungguhnya simpati dan amat memahami kekecewaan beliau yang terpaksa hidup dalam buangan di tengah-tengah permasalahan peribadi yang beliau hadapi, tetapi dengan melemparkan dakwaan liar sebegini tidak akan membantu membawanya pulang ke negara ini. Sebaliknya ianya hanya akan mencemarkan lagi imejnya yang sudah sediakala tercalar. Rata-rata teman reformasi yang sempat dihubungi serta rakyat biasa, telahpun membuat kesimpulan bahawa RPK begitu terdesak serta mengharapkan kebebasan dan dibenarkan pulang ke negara ini. Insuransnya mudah; tohmahan dan fitnah terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Penasihat Ekonomi Negeri, Anwar Ibrahim sebagai serangan awal menghadapi pilihan raya umum. *Kenyataan media oleh Faekah Husin (gambar kiri) selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim. | ||
Ezam TUDUH, Aziz Bari JAWAB Tuduhan Melulu Ezam Posted: 02 Jan 2012 05:30 AM PST Tuduhan melulu dan bermotif politik Raja Sesumpah itu boleh ditonton di bawah ini: Respons dan Penafian Dr Aziz Bari di bawah ini: [AntaraPos] SHAH ALAM, 2 JAN : Pakar Undang- undang, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari menafikan segala tuduhan yang dibuat Senator Dewan Negara, Ezam Mohd Nor kononnya beliau adalah pengkhianat agama dan bangsa. Aziz juga berkata, beliau enggan terjebak dalam pertikaman lidah dengan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu, yang padanya tidak mempunyai asas yang kukuh untuk menuduhnya berbuat sedemikian. Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu juga membidas Ezam yang menuduhnya mendapat tajaan daripada sebuah yayasan di Jerman untuk menghasilkan buku- buku perundangannya. "Yayasan Jerman apa? Dia kena spesifik dan jelas macamana saya buat buku dan sebagainya. Tetapi saya malas nak layan dia, terpulang pada dia. "Tak betul fakta itu, dia kena periksa balik. Dia jangan main tuduh saja," tegas Aziz. Ezam semalam mendakwa Aziz mendapat wang royalti hasil penulisannya terlebih dahulu biarpun buku- bukunya belum dijual dipasaran. Ezam juga mendakwa Aziz mendapat tajaan daripada sebuah yayasan dari Jerman untuk membiayai kajian dan penyelidikannya sehingga berjaya menerbitkan karya perundangannya. Yayasan tersebut katanya bertanggungjawab menghimpunkan para intelektual dari seluruh dunia untuk membuat satu ketetapan untuk menyamakan semua agama. "Dia ada bukti bawalah. Buat apa dia nak lawan saya sebab saya tak nak lawan dia. Itu suka hati dia. Saya taknak layan dia," katanya. Ezam yang berucap di Perhimpunan Penerangan Perdana di Shah Alam semalam bertindak menyerang Aziz yang kurang 48 jam mengumumkan hasrat beliau untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 13 akan datang. Aziz juga enggan melatah apabila Ezam menuduhnya menyerang Sultan Selangor yang menyokong pemeriksaan Jabatan Agama Islam (JAIS) terhadap sebuah gereja di Damansara, Ogos lepas. "Suka hati dialah (Ezam Mohd Nor). Kalau dia faham apa dia cakap atau tak faham suka hati dia. Saya tak mahu layan dia. Dia boleh cakap apa yang dia suka," katanya. Ezam sebaliknya mempertahankan tindakan Umno mengkritik institusi istana kononnya kerana mahu mempertahankan imej institusi itu. Ketika ditanya AntaraPos.com, Aziz berkata beliau tidak menolak kemungkinan untuk menyaman Ezam jika tuduhan terhadapnya terlalu tersasar dari kenyataan sebenar. Minggu lalu, Aziz mengesahkan beliau berbesar hati untuk bertanding pada PRU akan datang namun enggan berkecimpung dalam politik untuk mengejar jawatan dalam parti. Beliau sebaliknya bertekad memainkan peranan berkesan di Parlimen semata- mata. P/s: Mengarut!!! | ||
Guru Bawa Anak Cuba Kaburi Orang Ramai untuk Memadu Kasih dengan Teman Lelaki Posted: 02 Jan 2012 04:14 AM PST Saya petik: [SH] AMPANG - Taktik seorang guru menggunakan dua anaknya berusia tujuh dan empat tahun ketika berasmara dengan seorang lelaki bagi mengaburi pihak berkuasa tidak menjadi, apabila dicekup awal pagi semalam. Pasangan itu ditahan Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat dan Pegawai Masjid Al-Azim dalam operasi cegah maksiat di hotel murah di Ampang, Taman Seraya dan Pandan Indah, kira-kira jam 2.30 pagi, selepas mendapat maklumat pasangan bukan muhrim menjadikan hotel murah untuk memadu asmara. Ketika penguat kuasa menyerbu bilik hotel berkenaan, wanita berusia 28 tahun, yang mengajar di Perak bersama pasangannya berusia 29 tahun itu bertegas mereka suami isteri, tetapi gagal menunjukkan sijil nikah. Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, wanita berkenaan dipercayai membawa anaknya bagi melindungi tindakan jijik bersama pasangannya. "Orang ramai akan menyangka pasangan itu suami isteri apabila ada anak bersama dalam bilik hotel berkenaan, tetapi kami membongkar rahsia pasangan itu setelah disoal siasat secara berasingan," katanya. Beliau berkata, wanita itu berkhidmat sebagai guru sandaran di sebuah sekolah, manakala pasangannya seorang kontraktor. "Lelaki berkenaan memakai singlet dan berseluar panjang, manakala pasangannya berpakaian lengkap dan berkain batik," katanya. P/s: Apa nak jadi? | ||
Susulan Cerita Orang Minyak di Kampung Laksamana, Gombak Posted: 02 Jan 2012 03:00 AM PST Saya petik: [SH] GOMBAK – Tiga bekas berisi minyak hitam dan satu botol minyak zaitun ditemui dalam sebuah rumah kosong di Jalan Laksamana 1/5. Barangan tersebut ditemui susulan maklumat yang diterima unit rondaan penduduk mengenai satu lembaga yang melompat ke rumah tinggal berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi semalam. Penduduk, Norhan Shafiq, 22 berkata, dia memberanikan diri memasuki kawasan rumah kosong bagi membuat pemeriksaan sebelum terjumpa bekas minyak berkenaan. "Saya jumpa bekas berwarna kuning di dalam tandas manakala dua lagi bekas minyak dan satu botol minyak zaitun ditemui di bilik utamanya," katanya. Sementara itu pemeriksaan lanjut turut menemui beberapa helai pakaian di dalam rumah tersebut. Penduduk mensyaki rumah kosong tersebut menjadi lokasi sementara suspek menyembunyikan diri dan bertukar orang minyak Bagaimanapun rondaan sehingga jam 6.00 pagi tidak menemui sebarang perkara pelik di sekitar kampung tersebut. Penduduk guna benang, jaring cekup orang minyak GOMBAK – Benang dan jaring bakal digunakan penduduk Kampung Laksama dalam misi menangkap lembaga didakwa orang minyak. Pengamal perubatan alternatif, Kamal Abu Zaman penggunaan bahan-bahan itu adalah sebahagian ikhtiar memberkas pengamal ilmu hitam yang menyebabkan kampung itu huru-hara sejak dua minggu yang lalu. Menurutnya benang dan jaring yang sudah dibacakan ayat suci al-Quran itu akan direntangkan lokasi yang disyaki menjadi laluan orang minyak. "Apa yang kita buat ini adalah antara ikhtiar yang dipraktikkan sejak zaman Rasullah dan ianya berkesan untuk menumpaskan pembuat sihir dan ilmu hitam menggunakan beberapa surah utama ayat suci al-Quran. "Insya-Allah bila makhluk itu terpijak atau terkena jaring ini, kuasanya sihirnya akan hilang dan dianya akan bertukar menjadi manusia biasa kembali dan ketika itu kita boleh menangkapnya," katanya. Menurutnya mereka yang terlibat dalam mengamalkan ilmu hitam itu sebenarnya disumpah dan mereka perlu menjadi orang minyak untuk memastikan ilmunya bertambah kuat. "Saya yakin gangguan ini akan berakhir tidak lama lagi kerana kuasa Allah tidak mampu ditandingi oleh sesiapa kerana kita semua adalah sebahagian dari makhluk ciptaan-Nya," katanya. Gangguan berterusan GOMBAK – Gangguan didakwa perbuatan orang minyak semakin menjadi-jadi. Terbaru, sebuah rumah di Jalan Laksamana 2, di sini dipercayai diganggu makhluk berkenaan sejak dua malam berturut-turut. Mangsa, Sahimah Ismail, 40, berkata, rumahnya mula diganggu sejak Selasa lalu dan kejadian disedari anak saudara dan abang iparnya yang tidur di ruang tamu. "Mereka terjaga selepas terdengar bunyi tombol pintu sebelum diikuti dengan ketukan pada pintu rumah selama kurang seminit sebelum bunyi itu lenyap," katanya mempunyai anak gadis berusia 19 tahun. Menurutnya, menyedari gangguan itu, pemeriksaan dilakukan namun tidak ada sesiapa dikesan berada di kawasan luar rumah. Gangguan tidak berhenti setakat itu dan pada malam Jumaat lalu seisi rumahnya terjaga selepas dikejutkan dengan kejadian tingkap cermin tiiba-tiba pecah. "Bunyi kaca pecah itu mengejutkan semua orang malah sebelum itu tombol pintu itu turut dipulas beberapa kali," katanya. Rela bergilir adakan rondaan GOMBAK – Anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) Kampung Laksamana dengan kerjasama Unit Amal Gombak akan mengadakan rondaan secara bergilir setiap malam bermula jam 1 pagi sehingga Subuh di kampung itu. Ketuanya, Anuar Harun berkata pihaknya mengalu-alukan penyertaan orang kampung bagi menambah keanggotaan pasukan beruniform di kampung itu. Menurutnya jika ramai yang menyertai rondaan secara bergilir dan bersistematik dapat diatur bagi memastikan tahap keselamatan kampung berada pada tahap yang terbaik. "Platun di kampung ini meskipun masih baru ianya berperanan besar dan masalah terbaru di kampung ini ketika amat memerlukan penugasan anggota yang meronda berjalan kaki dan menunggang motosikal," katanya. Menurutnya terdapat 60 orang anggota Rela berdaftar di kampung itu dan jumlah itu diharap boleh bertambah dalam masa beberapa hari lagi. "Anggota sebelum ini pernah menggagalkan cubaan memecah masuk rumah tahun lalu ,"katanya. | ||
Hantu Kak Limah Didakwa Berjaya Dipenjarakan di dalam Botol Posted: 02 Jan 2012 01:00 AM PST Saya petik: [SH] Misteri gangguan makhluk halus menyerupai hantu Kak Limah menyelubungi kehidupan satu keluarga di Kampung Temiang, Marang Terengganu sejak lebih seminggu lalu terungkai apabila seorang ustaz yang menggunakan kaedah perubatan secara Islam tampil membantu. Proses pemulihan yang dilakukan Ustaz Nor Hasrul Mohd Hassan dari Perubatan Syifa Al Ikhlas yang berpangkalan di Serendah, Selangor itu yang tiba kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, bermula di rumah pusaka keluarga berkenaan di Jerangau kira-kira jam 4 petang. Bagaimanapun usaha untuk menghalau makhluk halus di rumah Syaawal Mazlan di Kampung Temiang, di sini hanya dilakukan kira-kira jam 9 malam berikutan detik itu dikatakan bermulanya kehadiran makhluk menyerupai hantu Kak Limah itu. Kak Limah adalah nama watak seorang wanita yang disangka jelmaan hantu dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mendapat sambutan hangat di pawagam tahun lalu. Usaha Sinar Harian untuk tiba ke lokasi berkenaan agak mencabar berikutan lokasi rumah keluarga terbabit yang agak terpencil, selain keadaan hujan lebat ditambah jarak rumah agak jauh lain merumitkan lagi proses mendapatkan maklumat daripada penduduk kampung. Bagaimanapun, selepas berjaya masuk ke jalan yang bakal menghubungkan Kampung Temiang melalui laluan Wakaf Tapai-Marang, kewujudan sebuah warung kopi di tepi jalan dengan kesediaan pelanggannya yang terdiri daripada penduduk tempatan memberi maklumat diperlukan, memudahkan usaha untuk menjejaki rumah Syaawal yang menjadi lokasi liputan bahan berita itu. Sebaik tiba di lokasi dituju, wartawan Sinar Harian terpaksa pula meninggalkan kereta di tepi jalan kecil kerana rumah itu terletak agak jauh di tengah padang. Dalam keadaan hujan renyai-renyai, perjalanan menuju ke rumah itu amat mencabar. Terpaksa meredah selut berlumpur selain situasi gelap yang amat menyeramkan. Sedia menanti termasuk bapa Syaawal, Mazlan Ali, 55, dan ahli keluarga terdekat selain penduduk kampung turut tidak melepaskan peluang. Sinar Harian yang tiba ke rumah papan dibina semula daripada perkayuan rumah pusaka keluarga berkenaan bagaimanapun tiba-tiba dikejutkan dengan situasi tegang melibatkan adik Syaawal, Mat Ali, 15, yang secara tiba-tiba menangis, tidak sedarkan diri dipercayai akibat dirasuk. Selang beberapa minit kemudian, tatkala ahli keluarga sedang menenteramkan Mat Ali, kakaknya, Masliana, 31, tiba-tiba dikatakan terpandang lembaga berambut panjang duduk di alang rumah. Ustaz Hasrul pada ketika itu berada di rumah berdekatan selepas menikmati makan malam sebaik dimaklumkan perkara itu, bergegas ke rumah Syaawal lalu terus memulakan proses menghalau makhluk halus yang merasuk. Pada masa itulah, Masliana tiba-tiba menunjukkan aksi dan tenaga luar biasa, membuka pencak silat untuk bertarung dengan Ustaz Hasrul. Tiada langsung ciri-ciri kewanitaan pada lagaknya, yang kelihatan hanya langkah pendekar. Namun, biar begitu hebat pun Masliana, mudah sahaja langkahnya dimatikan Ustaz Hasrul dengan ayat suci al-Quran. Ternyata yang bersilat itu bukan Masliana sebenar tetapi makhluk halus yang menguasai tubuhnya. Bacaan ayat al-Quran selain azan akhirnya berjaya membuat jin yang menguasai wanita itu terperangkap. Masliana pulih apabila jin terbabit berjaya dikurung di dalam botol oleh Ustaz Hasrul. Kena sembelih Mat Ali dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat dirasuk makhluk halus dipercayai jin kafir itu sempat berkomunikasi dengan Ustaz Hasrul sebelum jin itu dimatikan melalui sembelihan leher secara kaedah kebatinan. Jin yang merasuk ke dalam tubuh Mat Ali akhirnya berjaya dikeluarkan selepas hampir setengah jam berhempas pulas dan ia turut dimasukkan ke dalam botol plastik. Ustaz Hasrul kemudian menepung tawar katil pusaka dipercayai menjadi punca segala kemelut yang berlaku. Proses rawatan tidak menggunakan sebarang alat lain seperti kemenyan atau asap yang biasa digunakan bomoh tradisional kecuali air penawar itu berakhir kira-kira jam 11.15 malam, sebelum penduduk kampung bersurai setelah kesemuanya berpuas hati dengan kejayaan rawatan diberikan. Akhirnya, kehadiran Ustaz Hasrul membantu mengusir makhluk halus yang mengganggu keluarga tanpa bayaran, berjaya mengembalikan semula keharmonian hidup keluarga Syaawal. | ||
Isteri Orang & Duda Bawa Anak Masing-masing untuk Memadu Kasih di Hotel Bajet Posted: 01 Jan 2012 11:06 PM PST Saya petik: [BH] KLUANG: Seorang ibu muda yang masih dalam proses perceraian tergamak membawa anaknya yang baru berusia setahun ketika memadu asmara semasa menyambut tahun baru di sebuah bilik hotel bajet di sini bersama seorang duda beranak satu yang juga turut membawa anaknya yang berusia lima tahun, pagi semalam. Namun, helah pasangan itu yang pada mulanya mengaku sebagai pasangan suami isteri gagal mengaburi pasukan penguat kuasa Majlis Agama Islam Daerah Kluang apabila mereka akhirnya ditahan kerana disyaki berkhalwat selepas gagal menunjukkan sebarang bukti ikatan perkahwinan mereka. Ketika serbuan dijalankan sekitar hotel bajet itu, pasangan terbabit mengambil masa hampir 20 minit sebelum membuka pintu selepas pegawai bertugas mengetuk bilik mereka. Sebaik pintu dibuka duda berusia 29 tahun itu dilihat hanya memakai seluar pendek dan kemeja yang tidak berbutang dan ibu muda 24 tahun itu memakai seluar ketat dan kemeja, manakala kedua-dua anak itu sedang tidur di atas katil. Pegawai Penguat Kuasa Majlis Agama Islam Daerah Kluang, Ustaz Anuar Kosnin yang mengetuai operasi cegah maksiat ambang tahun baru itu berkata, pasangan terbabit yang mengaku dalam perjalanan dari Pahang ke Batu Pahat itu memberi alasan keletihan dan hanya singgah berehat di hotel berkenaan. "Bagaimanapun mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat apabila hasil soal siasat akhirnya mereka mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan sah suami isteri, selain mengaku akan berkahwin tidak lama lagi," katanya ketika ditemui pada operasi cegah maksiat selama enam jam di sekitar daerah ini. Dalam operasi cegah maksiat bersepadu sempena sambutan tahun baru yang dijalankan bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Cawangan Penyiasatan Khas Kem Mahkota bermula jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi, tiga pasangan lain termasuk dua pasangan warga Indonesia ditahan. Sementara itu, dalam tangkapan berasingan yang dilakukan di Simpang Renggam, sepasang kekasih berusia 35 dan 24 tahun, masih tidak serik apabila ditangkap berkhalwat untuk kali ketiga. Pasangan itu yang juga pekerja di sebuah kilang papan dikenali di kalangan penguat kuasa agama daerah ini kerana pernah diberi kaunseling dan nasihat di hadapan keluarga masing-masing sebelum ini. Ketika ditahan pihak berkuasa, pasangan itu langsung tidak menunjukkan reaksi cemas, sebaliknya sanggup memberi alasan mahu melepaskan rindu. Malah, turut memanggil nama timangan masing-masing iaitu 'papa dan mama' di hadapan semua pegawai operasi yang bertugas tanpa rasa bersalah dan janggal ketika soal siasat dijalankan. Semua pasangan itu akan didakwa mengikut Seksyen 27 (1) (a) & (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997, yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan. P/s: Air dah naik ke kepala! | ||
Abang Tidak Sedar Adik Ehem-ehem dengan Warga Asing Posted: 01 Jan 2012 04:57 PM PST Saya petik: [SH] BANDARAYA MELAKA – Seorang abang tidak sedar adiknya membawa seorang wanita asing masuk ke dalam bilik rumah disewa mereka bersama sehingga kediaman mereka diserbu Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi di sebuah taman perumahan di sini, rumah berkenaan disewakan lelaki tempatan berusia 22 tahun bersama dua adik beradiknya yang lain. Sepasukan anggota penguat kuasa Jaim bertindak menyerbu rumah berkenaan selepas mendapat maklumat orang ramai berkaitan seorang wanita dikesan masuk dalam rumah berkenaan. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, sebaik saja anggotanya melakukan serbuan, pihaknya menemui seorang wanita warga Indonesia berdua-duaan bersama seorang lelaki di dalam bilik rumah berkenaan. "Ketika pemeriksaan, wanita berusia 25 tahun itu didapati sedang berada di dalam bilik air dalam keadaan bogel dan mendakwa baru pertama kali datang ke rumah lelaki itu yang dikenalinya sejak tiga bulan lalu," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Rahimin berkata, ketika serbuan juga, abang kepada suspek yang berada dalam rumah itu tidak menyedari adiknya membawa seorang perempuan ke dalam bilik. "Pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan denda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali," katanya. Rahimin berkata, Jaim kesal dengan kejadian itu dan menasihati umat Islam di negeri ini supaya tidak mengambil kesempatan terhadap warga asing yang bekerja di negara ini. P/s: Harap-harap abang si lelaki yang kantoi ini benar-benar tidak sedar! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan