Kerabu Bersuara ® |
- Jawapan Ringkas Ustaz Azhar Idrus Apabila Blogger Tun Faisal Menghina Dengan Kata-Kata Kesat
- Panas! Gambar Seksi Pelajar Pintar Malaysia Nur Amalina Tersebar!
- Gambar: Dato M Karathu Bekas Jurulatih Kelantan Hadiahkan Pingat Kepada Tok Guru Nik Aziz
- Politik Islam: Kaedah dan Pendekatan PAS Selangor
- Safwan akan ambil tindakan mahkamah insiden di UPSI
- Hiburan: Abby Abadi Bergambar Dengan Ustaz Azhar Idrus Sebagai Kenangan
- Setiausaha Politik: Raja Petra Perlu Beri Maklumat Lanjut Dakwaan Rasuah
- Tiada Sebab Nak Tolak Kepimpinan PR Kedah
Jawapan Ringkas Ustaz Azhar Idrus Apabila Blogger Tun Faisal Menghina Dengan Kata-Kata Kesat Posted: 02 Jan 2012 03:31 PM PST |
Panas! Gambar Seksi Pelajar Pintar Malaysia Nur Amalina Tersebar! Posted: 02 Jan 2012 06:35 AM PST https://www.facebook.com/amalina.bakri Pihak kami juga ada dapat beberapa keping gambar ini melalui email. Kami berharap, mereka yang berkenaan tambil untuk menafikan perkara ini andai berlaku kekeliruan. |
Gambar: Dato M Karathu Bekas Jurulatih Kelantan Hadiahkan Pingat Kepada Tok Guru Nik Aziz Posted: 02 Jan 2012 05:07 AM PST |
Politik Islam: Kaedah dan Pendekatan PAS Selangor Posted: 02 Jan 2012 02:12 AM PST Saya ingin menjelaskan pandangan saya berhubung kaedah dakwah yang perlu diguna-pakai oleh PAS Selangor dalam keadaan PAS Selangor berada dalam kerajaan bersama PR. Bagi sebahagian orang yang tidak memahami proses dakwah, mereka menganggap kedudukan PAS Selangor sebagai 'minor' partner adalah tidak bermakna dan tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada perjuangan dakwah Islam yang dibawanya. Kekeliruan ini akan terus menghantui mereka sehingga persoalan ini dijelaskan. Pada mulanya saya ingin mengatakan bahawa walaupun kerusi PAS adalah agak kurang, namun, kerajaan PR tidak boleh terus berkuasa tanpa adanya PAS bersamanya. Maka kedudukan PAS adalah sepenting parti komponen lain dalam PR. Oleh itu, tanggapan bahawa 'minor' partner adalah tidak berpengaruh atau tidak berkuasa adalah amat meleset sekali. Kedua, dan ini adalah lebih penting, banyak kekeliruan boleh diperbetulkan oleh PAS sambil berkongsi kuasa dan di sini, saya ingin menjelaskan apa yang boleh diusahakan. Mungkin selama ini wawasan sebegini tidak diperjelaskan dan oleh itu ada yang menganggap tiada yang bermakna boleh dicapai melalui PR. Oleh kerana adanya tanggapan yang negatif yang sebegini, persoalan ini amat penting diperjelaskan sebelum PRU ke 13 ini. Di sini saya jelaskan matlamat yang perlu dicapai oleh PAS walaupun PAS hanya sebahagian dari kerajaan yang memerintah. 1. Membuktikan politik Islam adalah bersih dan PAS mampu menggantikan UMNO Apabila PAS memerintah Selangor bersama PR, PAS menengahkan barisan pemimpin yang mampu membuktikan bahawa politik tidak semestinya kotor. Sering kita diberitahu "kalau PAS memerintah, sama sahaja. Orang PAS pun akan makan rasuah kerana politik itu kotor". Selama 4 tahun memerintah PAS telah memberi suntikan ubat yang hebat kepada ummat Islam yang telah lama dijangkiti virus belaan UMNO ini. Mereka dapat melihat betapa bersihnya pemimpin PAS dan PR dan dengan itu terbukti bahawa politik tidak semestinya kotor. Begitu juga pegangan khurafat bahawa hanya UMNO mampu memerintah. Pegangan ini dapat dilenyapkan dari pemikiran ummat Islam apabila terbukti kemampuan pemimpin PAS dan PR memerintah Negeri Selangor dengan baik dan cemerlangnya. Walaupun ini dilihat sebagai persoalan remeh oleh sebahagian masyarakat Islam, ianya persoalan kefahaman dan aqeedah. Ia perlu diperbetulkan sebelum kita boleh harapkan sesuatu yang lebih dari ummat Islam dan rakyat jelata. 2. Membuktikan keadilan Islam terhadap seluruh manusia Satu lagi kekeliruan besar yang telah lama disebar-luas oleh UMNO ialah kepercayaan bahawa Islam itu adalah Melayu dan Melayu adalah Islam. Berdasarkan fahaman sebegini, perjuangan untuk menjadikan Melayu sebagai 'tuan' adalah sebahagian dari perjuangan Islam. Berdasarkan fahaman ini juga, maka apa jua penyelewengan dan kezaliman yang dilakukan, sekiranya yang mendapat manfaat adalah beberapa orang kroni Melayu, maka ianya diharuskan oleh Islam. Terbayang jelas seorang yang walaupun terbukti telah songlap RM 250 Juta, bertempik dengan beraninya, "Allah bersama kita. Allah bersama kita". PAS, dalam kedudukan memerintah melalui PR boleh menggunakan kedudukan yang ada untuk membuktikan keadilan Islam dan hakikat bahawa Islam itu didatangkan untuk manfaat manusia. Melalui tingkah laku para pemimpin PAS dan sikap serta pendirian mereka maka keadilan Islam boleh dizahirkan. Apabila PAS, di atas nama Islam menzahirkan keadilan Islam, maka ketakutan bukan Islam terhadap Islam akan turut dikurangkan. Pada masa yang sama, orang Islam juga akan semakin memahami bahawa Islam itu adalah rahmat untuk seluruh manusia, bukan untuk orang Islam atau orang Melayu sahaja. 3. Meningkatkan kefahaman ummat Islam dan bukan Islam terhadap ajaran Islam Melalui perkongsian kuasa, PAS boleh berusaha untuk membuka seluasnya saluran dakwah dan pendidikan Islam yang formal dan tidak formal. Kejahilan ummat Islam terhadap Islam perlu ditangani dan begitu juga kekeliruan bukan Islam terhadap Islam. Kejahilan dan kekeliruan ini diusahakan UMNO selama ini supaya mereka kekal berkuasa. Apabila PAS berkongsi-kuasa, maka perlu tangani masalah ini secara berkesan lagi berhemah. Sekolah agama perlu dibantu. Gaji para guru agama perlu dinaikkan dan segala usaha ke arah pembinaan kefahaman Islam yang mantap perlu dipertingkatkan. Masjid dan Surau perlu dijadikan medan ilmu untuk memuaskan ummat Islam yang sentiasa dahagakan ilmu. Jawatan-jawatan ketua-kampung, ahli JKK, ahli majlis, Nazir Masjid, Imam dan Bilal serta AJK Masjid dan Surau perlu dimanfaatkan untuk mengarahkan ummat Islam dan masyarakat kearah pemahaman dan penghayatan Islam secara menyeluruh. Sebelum ini, di bawah pemerintahan UMNO, kesemua saluran ini ditutup rapat. 4. Perubahan secara paksaan Berdasarkan apa yang disebut di atas, pasti ada yang tidak berpuas-hati dsan mungkin akan berkata, "Soal membenteras rasuah, keadilan, kefahaman, aqeedah dan ilmu boleh perbetulkan oleh orang lain. Itu kerja dakwah, kita parti politik. Kita ada kuasa, kita guna kuasa dan paksa." Bagi mereka, selagi jualan arak di Seven-11 tidak dihentikan, kedai-kedai nombor ekor tidak ditutup, adanya manusia muslim yang tidak bersembahyang, tangan pencuri tidak dipotong dan penzina tidak direjam, maka Islam itu tidak berkuasa dan tiada manfaat segala yang lain. Membenteras rasuah, keadilan, kefahaman, aqeedah dan ilmu adalah perkara yang boleh diusahakan oleh golongan 'pendakwah' bukan golongan 'ahli politik Islamik'! Maka inilah juga sebenarnya sebahagian dari kecetekan ilmu yang ada di kalangan mereka yang menggelar diri sebagai ahli politik Islamik. Mereka menganggap bahawa cara hidup Islam itu perlu dipaksa ke atas masyarakat dan ahli politik Islamik adalah manusia pilihan Allah untuk memaksanya! Sedangkan perjuangan ahli politik Islamik tidak dapat dipisahkan dengan dakwah Islam dan setiap ahli politik Islamik adalah pendakwah. Ahli politik Islamik boleh diumpamakan sebagai seorang doktor. Masyarakat pula sebagai pesakit. Pesakit sedang mengidap berbagai jenis penyakit sehingga tidak boleh berjalan dan berlari seperti orang yang sihat. Oleh kerana penyakitnya begitu kronik, pesakit terlentang atas katil. Seorang doktor yang bijak akan merawatnya sedikit demi sedikit sehingga pesakit semakin sihat, boleh duduk, bangun berdiri, berjalan dan akhirnya berlari. Sekiranya doktor memaksa pesakit itu untuk terus bangun dan berlari, tanpa terlebih dahulu merawat penyakitnya, pesakit itu akan pitam dan mungkin bertambah parah keadaannya atau lebih teruk lagi akan terus mati. Kalau tidak mati sekalipun, apa yang dikhuatiri pesakit itu akan menggantikan doktor itu dengan doktor lamanya. Sedangkan semua sedia maklum bahawa doktor lama itulah yang selama ini meracuninya sehingga dia jatuh sakit pada asalnya! PAS sebagai doktor baru mesti merawat penyakit-penyakit khurafat, kekeliruan dan kejahilan yang ditimpakan ke atas masyarakat oleh doktor asal masyarakat iaitu UMNO. Terapinya panjang kerana penyakitnya kronik. Namun PAS perlu bersabar kerana tidak mahu pesakit itu menggantikannya dengan doktor yang asal yang akan menjadikan penyakitnya semakin kronik. Inilah kaedah yang perlu diguna-pakai oleh PAS Selangor. Jangan terburu-buru dan jangan memaksa. Tetapi tentukan risalah Islam itu dari segi keadilannya dan rahmatnya sentiasa kedengaran dan kelihatan jelas. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD |
Safwan akan ambil tindakan mahkamah insiden di UPSI Posted: 02 Jan 2012 01:01 AM PST Oleh Mohd Farhan Darwis KUALA LUMPUR, 2 Jan — Mohd Safwan Anang, mahasiswa yang mendakwa dibelasah teruk oleh anggota polis ketika insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa atas kecederaan yang dialaminya. Peguam kepada Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) ini, Mohd Khairuddin Othman mendakwa pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak berkuasa berkenaan dalam masa terdekat. "Safwan mendakwa dia dipukul menggunakan lutut oleh anggota polis terbabit sehingga pecah bibir, sakit dada, dan keadaannya sekarang stabil dan dia sudah sedarkan diri. "Sehubungan itu, keluarganya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak polis dalam masa terdekat, dan antara defendan adalah Ketua Polis Negara, Ketua Polis Perak, dan anggota polis yang terlibat dalam kejadian awal pagi tahun baru itu," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Menurut Khairuddin, keluarga Safwan akan membuat pemeriksaan kesihatan lanjutan berikutan pihaknya kini masih lagi belum memperoleh sebarang laporan kesihatan daripada Hospital Hospital Slim River. Laporan The Malaysian Insider semalam menyatakan bahawa polis telah menafikan dakwaan mereka memukul beberapa aktivis mahasiswa semasa menghuraikan demonstrasi aman di UPSI dan menegaskan "tiada pergelutan" berlaku apabila tangkapan dibuat. Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan sementara itu berkata "tindakan perlu" diambil demi keselamatan awam dan salah seorang mahasiswa "tercedera sendiri". "Kumpulan mahasiswa tidak mendengar arahan polis supaya bersurai dan kami terpaksa bertindak dengan menangkap mereka. Menurut Khairuddin lagi, seorang pegawai penyiasat pihak polis hari ini ada berjumpa Safwan dan mengambil keterangannya. "Keadaan Safwan masih lemah, dan sementara ini kami akan kumpulkan bukti, apabila Safwan sudah pulih sepenuhnya, kami akan membawa kes ini ke mahkamah," katanya lagi. Awal pagi tahun baru lalu, sekumpulan 60 mahasiswa telah mengadakan demonstrasi aman di perkarangan pintu masuk UPSI dan mendakwa telah berlaku pergelutan dengan pihak polis. Ketika insiden tersebut, seramai 17 antara mahasiswa terbabit telah ditahan polis Tanjung Malim, dan kemudiannya dibebaskan. Sementara itu, PKR dan DAP terus mengkritik tindakan polis terhadap mahasiswa, semasa demonstrasi aman untuk memberikan sokongan kepada aktivis mahasiswa dan menuntut kebebasan akademik di UPSI, Tanjung Malim selepas tengah malam kelmarin. Parti pembangkang mendakwa polis termasuk dua anggota dari Unit Cawangan Khas menggunakan tindakan kasar terhadap mahasiwa yang didakwa mereka seramai 100 orang berbanding 60 orang yang dikatakan peguam hak asasi Fadiah Najwa Fikri apabila kumpulan itu enggan bersurai. Ketika kejadian berkenaan, Safwan dikatakan dipukul, ditumbuk dan ditendang sehingga tidak sedarkan diri |
Hiburan: Abby Abadi Bergambar Dengan Ustaz Azhar Idrus Sebagai Kenangan Posted: 01 Jan 2012 10:46 PM PST |
Setiausaha Politik: Raja Petra Perlu Beri Maklumat Lanjut Dakwaan Rasuah Posted: 01 Jan 2012 06:44 PM PST Saya terpanggil untuk memberi komen selepas membaca temubual eksklusif bekas rakan reformasi yang juga Penulis Blog, Raja Petra Kamaruddin (RPK) bersama akhbar-akhbar milik UMNO yang disiarkan semalam. Meskipun saya menghormati hak RPK melakukan analisa politiknya namun saya berasa mushkil dan sesungguhnya hanya beliau seorang sahaja yang mengetahui logik sebenar kenyataan tersebut. Pada masa yang sama saya percaya rakyat boleh menilai sendiri kenyataan dan dakwaan yang dibuat oleh RPK seperti disiarkan The Sunday Times dan Berita Minggu- dua akhbar yang dulunya pernah mengkritik dan mengutuk RPK secara keras kerana menentang Kerajaan Barisan Nasional. Walau apapun sebab yang membawa kepada tindakan akhbar-akhbar tersebut bertukar selera serta ghairah memberi keistimewaan kepada RPK, yang pasti RPK harus bertanggungjawab ke atas apa yang beliau telah katakan. Tuduhan beliau bahawa wujud amalan rasuah di Selangor; duit kopi yang melibatkan para usahawan berbangsa Cina, adalah tuduhan serius. Kami menuntut RPK untuk tampil memberikan butiran lanjut kepada Kerajaan Negeri dan pihak berwajib agar penyiasatan terperinci dapat dilakukan. Kerajaan Negeri bersedia membayar kos perjalanan RPK ke Pejabat Pentadbiran Kerajaan kerana untuk makluman RPK Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM15 juta untuk membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di Negara ini khususnya di Selangor. Jumlah tersebut termasuk di dalam Geran Selangorku yang diumumkan oleh YAB Dato' Menteri Besar ketika pembentangan Belanjawan 2012 yang lalu. Sesungguhnya inilah sekecil-kecil jasa yang beliau boleh lakukan untuk membantu kerajaan yang benar-benar mahu membenteras rasuah; apatah lagi beliau sendiri dari darah bangsawan negeri Selangor. RPK tidak seharusnya melemparkan dakwaan liar hanya semata-mata mahu memperlekeh usaha Kerajaan Negeri untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang baik, bersih dan penuh pertanggungjawaban. Kami sesungguhnya simpati dan amat memahami kekecewaan beliau yang terpaksa hidup dalam buangan di tengah-tengah permasalahan peribadi yang beliau hadapi, tetapi dengan melemparkan dakwaan liar sebegini tidak akan membantu membawanya pulang ke negara ini. Sebaliknya ianya hanya akan mencemarkan lagi imejnya yang sudah sediakala tercalar. Rata-rata teman reformasi yang sempat dihubungi serta rakyat biasa, telahpun membuat kesimpulan bahawa RPK begitu terdesak serta mengharapkan kebebasan dan dibenarkan pulang ke negara ini. Insuransnya mudah; tohmahan dan fitnah terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai serangan awal menghadapi pilihan raya umum. FAEKAH HUSIN SETIAUSAHA POLITIK KEPADA YAB DATO' MENTERI BESAR SELANGOR |
Tiada Sebab Nak Tolak Kepimpinan PR Kedah Posted: 01 Jan 2012 05:08 PM PST Oleh : ROSLINDA HASHIM Tarikh : January 1, 2012 ALOR SETAR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yakin Kedah kekal bawah pentadbiran Pas kerana tiada sebab untuk rakyat menolak kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Kedah. Katanya, rekod cemerlang yang ditunjukkan oleh kepimpinan sedia ada jauh berbeza dengan kepimpinan yang diterajui Barisan Nasional (BN) lebih 50 tahun lalu. "Pemimpin Pas tidak pernah guna dana Kerajaan Negeri untuk anjur program parti, berbeza dengan pemimpin Umno yang secara terang-terangan buat begitu, Buktinya semak sahaja Laporan Audit Negara atau bandingkan kewangan negeri ketika ditadbir Pas dan BN," katanya, ketika berucap pada Jamuan Dana Pilihan Raya Pakatan Rakyat Dun Derga, Parlimen Pokok Sena, di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), malam kelmarin. Pada majlis itu, Mahfuz selaku Ahli Parlimen Pokok Sena menerima sumbangan untuk disalurkan kepada dana pilihan raya terbabit. Menurutnya, Pas Kedah telah membuktikan transformasi politik di negeri ini adalah lebih baik berbanding diterajui BN. "Kita amal politik bersih, sebab itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, saya percaya kita boleh melangkaui lebih jauh untuk ambil alih Putrajaya dan ubah masa depan rakyat," katanya. Mengulas isu Madrasah Salihiah, Mahfuz berkata, pihak berkenaan didakwa cuba putar belit fakta, kerana asyik menggembar-gemburkan mengenai perobohan madrasah, sebaliknya surau baru yang digantikan tidak pula dihebahkan. "Mereka beri gambaran seolah-olah Kerajaan Negeri kejam dan tidak benar orang solat, sedangkan di Makkah pun, pernah dirobohkan masjid dan dibina yang baru, tidak pula timbul masalah," katanya. Mahfuz turut mengingatkan umat Islam di negeri ini supaya tidak mengheret institusi diraja mahupun agama dalam isu politik. "Kita cuma mahu perindahkan Bandaraya Alor Setar, dan mencantikkan madrasah sedia ada. Diharap tiada pihak cuba cemar nama baik Tuanku Sultan apabila masing-masing pertahan fakta hingga mengaitkannya dengan perkenan Tuanku," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan