Isnin, 2 Januari 2012

Biaqpila

Biaqpila


Umno/BN Ibarat Telur Di hujung Tanduk Lembu

Posted: 02 Jan 2012 02:00 PM PST

PETALING JAYA, 2 JAN: Umno/BN yang semakin terdesak ekoran penolakan rakyat memaksa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa menggunakan pelbagai fitnah dan penipuan serta memperbodoh rakyat di saat Pilihanraya Umum ke-13 kian hampir.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan medianya berkata strategi serangan terhadap Anwar Ibrahim adalah usaha terus-terusan Umno/BN dan menghumban Anwar ke dalam penjara dianggap bakal memberi sedikit nyawa untuk mereka terus wujud dan merompak harta rakyat dan Negara.

"Keterdesakan Umno/BN di bawah Najib semakin terserlah dan jelas tidak boleh diselindung lagi. Perkiraan Najib untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum dalam tempoh terdekat ini bakal mengundang padah yang besar bagi dirinya dan isteri beliau Rosmah, serta pada keseluruhan parti usang Umno/BN." ujar beliau.

Katanya tindakan media milik Umno yang membesarkan kenyataan Raja Petra Kamaruddin (RPK) menunjukkan betapa media tersebut ketandusan idea selain membesarkan isu lapok.



"Umum tidak harus lupa bahawa Raja Petra Kamaruddin, yang kini semakin diketahui sebagai 'blogger upahan UMNO' juga pernah membuat kenyataan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan kejam model Mongolia Altantuya Shariibu tidak lama dahulu yang walaubagaimanapun, sememangnya dan tentunya tidak dilapor langsung oleh akhbar-akhbar ini.

Menurut Ahli Parlimen Machang itu lagi, ketakutan Najib dan Rosmah berhubung sokongan terhadap Anwar ekoran ramai penyokong yang akan turun memberi sokongan ketika 9 Januari nanti dianggap sebagi cubaan untuk menghuru-harakan negara.

"Anwar Ibrahim merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum PKR. Sebagai seorang pemimpin politik, tentunya beliau mempunyai pengikut dan penyokongnya. Kehadiran pengikut dan penyokong Anwar dan anggota-anggota Parti bagi menunjukkan sokongan terhadap beliau tidak harus dianggap sebagai cubaan menghuru-harakan negara.

"Dari nada pimpinan UMNO dan media milik UMNO berhubung perkara ini kebelakangan ini serta dari pengalaman lampau, saya dapat menjangka bahawa UMNO sendirilah yang akan mencetuskan provokasi pada hari tersebut. Saya sekali lagi menyeru kalangan anggota dan penyokong Parti untuk berhati-hati dan tidak terjebak dengan perangkap UMNO dan Barisan Nasional yang ingin menjadikan 9 Januari ini suatu hari hitam dalam diari perjuangan kita." kata beliau.

Tambah beliau, kecelikan rakyat berhubung sumber maklumat serta kebangkitan rakyat memaksa kepimpinan Najib melakukan pelbagai penyelewengan dan salah guna kuasa.

"Umno/BN kini umpama 'telur di hujung tanduk'. Rakyat dan pengundi negara ini telah celik dan cukup sedar bahawa kerajaan telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab yang dimandatkan untuk memimpin negara dan membela nasib mereka.

"Kesemua penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa pimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang telah dibongkar masih belum dapat dijawab oleh Najib dan kabinetnya.

"Malah dalam kes syarikat Fidlot Nasional, rakyat masih terus dibohong apabila siasatan dan pertuduhan hanya dibuat terhadap lelaki yang disyaki menipu suami kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang juga Pengerusi Eksekutif syarikat itu sendiri dan tidak terhadap pengarah-pengarah syarikat, yang terdiri dari anak-anak mereka mahu pun Shahrizat sendiri.

"Pendedahan penyalahgunaan wang zakat oleh Ketua Audit Negara oleh Menteri Jamil Khir terus dipertahan.

"Kezaliman dan penindasan terhadap peneroka-peneroka dalam merebut kekayaan FELDA oleh pemimpin tertentu UMNO terus dipertingkat dan digalakkan.

"Kebangkitan mahasiswa menuntut penghapusan AUKU dan hak dan kebebasan bersuara serta menentang kezaliman dan kebobrokan UMNO dan Barisan Nasional segera ditentang dengan kekejaman dan kekerasan Polis.

"Dalam pada itu, usaha memporak-perandakan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini masih dileluasakan." tegas beliau

Sehubungan itu beliau menyeru supaya seluruh rakyat berbilang kaum serta para pengundi menolak Umno/BN dalam pilihanraya akan datang yang disifatkan semakin terdesak dan melampau.

tvs



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Wanita Hamil 12 Bayi

Posted: 01 Jan 2012 11:00 PM PST


Wanita Tunisia ini mengaku sedang mengandung 12 bayi. Wanita yang enggan disebutkan namanya itu mengungkapkan kehamilan ini sangat menggembirakan kerana sebelumnya dia mengalami dua kali keguguran. Dia dan suaminya berharap memiliki enam anak laki-laki dan enam anak perempuan. Ketika ini wanita tersebut diperkirakan sedang hamil sembilan bulan dan dalam masa menunggu melahirkan.

Namun, para pakar kesihatan mengkritik keras apa dialami wanita ini. Mereka menuduh doktor yang merawat pasangan itu mempertaruhkan kesihatan serta kehidupan ibu dan bayi yang dikandung. Tidak diketahui pengubatan kesuburan apa yang mereka lakukan, tapi sang suami, bernama Marwan, mengungkapkan yang mereka mengharapkan anak kembar.

Sang ibu mengungkap ingin segera memeluk bayi kembarnya dan ingin melahirkan secara normal. Tetapi menurut para ahli kandungan itu tidak mungkin. Marwan, yang mengajar di sebuah sekolah di Gafsa, bahagian barat Tunis, mengatakan kehamilan 12 bayi ini adalah satu keajaiban.

"Awalnya aku berfikir bahawa isteriku akan melahirkan kembar dua. Tetapi ditemukan lebih banyak janin," kata Marwan seperti dikutip dari Telegraph.co.uk. Keadaan tersebut menurut Simon Fisher, pakar fertiliti dari University of Oxford, sangat menakutkan. Dia mengatakan kehamilan tersebut dapat terjadi kerana pasangan mengabaikan nasihat dari doktor dengan melakukan hubungan seksual selama pengubatan.

"Kesempatan untuk janin bertahan hidup sangat kecil. Mungkin beberapa dari janin akan hidup tanpa masalah kesihatan tetapi risiko mereka mengalami masalah kesihatan yang serius juga sangat besar," kata Fisher. Kondisi ini juga sebelumnya dialami oleh seorang wanita dari Amerika Syarikat, Nadia Sulaeman, tetapi jumlah bayinya tidak sebanyak wanita Tunisia tersebut. Pada Januari 2010, ia berhasil melahirkan delapan bayi hasil IVF (pembuahan buatan).

Lalu pada Mei lalu, wanita England, Nuala Conway, melahirkan enam bayi kembar. Satu dari empat anak perempuan dan dua anak lelakinya meninggal bulan lalu. Pada 1996, wanita Inggeris lainnya, Mandy Allwood, juga hamil kembar delapan setelah mengambil ubat kesuburan.

Mandy ditawarkan untuk menggugurkan beberapa janin demi memberi kesempatan bertahan hidup janin lainnya, tapi ia menolak. Akibatnya bayi kembar delapan, enam anak laki-laki dan dua perempuan.

idahsalam


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

GUA TAK HERAN LA POLIS GANAS

Posted: 01 Jan 2012 05:00 PM PST


Sejak Bila Polis Bijaksana?

"Puk* Mak!, Celaka, Haram Jadah, Kurang Ajar....." bertalu-talu ayat itu tersembur keluar dari mulut Pak Ya, prebet polis di Balai Penanti ketika mengheret saya dan seorang kawan lagi pada tahun 1985 dahulu. Kami ditangkap oleh Pak Ya kerana menaiki motosikal yamaha kapchai CDI tanpa memakai topi keledar.

Sepanjang dia mengekori kami sambil membonceng motosilanya dari belakang tak henti-henti murutnya menyumpah kami berdua sehinggalah sampai ke balai. Kami berdiri tegak didepannya sambil mendengar sumpah serapahnya tak henti-henti.

Kedua kami disuruk ketuk ketampi. Naik turun sambil mulutnya menyupah memaki hamun kami berdua yang makin kepenatan kena ketuk ketampi. Akhirnya saman diberikan kepada kami berdua atas kesalahan naik motosikal tanpa bertopi keledar.


Itu pengalaman ketika remaja yang sampai sekarang saya masih ingat tersemat dalam minda saya dan bayangan Pak Ya masih jelas dalam fikiran saya. Saya membenci polis bernama Pak Ya itu sehinggalah saya dapat tahu dia telah meninggal dunia akibat barah usus.

Itu cerita lama yang memberikan persepsi kepada saya bagaimana tidak bijaksanannya seorang anggota polis menegakkan undang-undang jalanraya. Saya tak kisah didenda dan menerima pengajaran daripada denda tersebut yang sampai sekarang saya pegang agar sentiasa mengelakkan daripada melakukan kesalahan indang-undang.

Tapi sikap anggota polis tersebut hanya memberikan imej buruk anggota polis kepada ramai remaja lain yang apabila bernama remaja memang tak sunyi daripada menentang undang-undang yang dianggap mengongkong kebebasan mereka. Apa salahnya polis bertindak bijaksana dalam menangani remaja dengan kaedah yang lebih memberikan kesan hormat kepada keperibadian mereka.

Bagi saya tidak ada kebijaksanaan pada kebanyakan anggota polis. Mereka hanyalah anggota biasa yang mencari makan demi meneruskan kehidupan. Amanah dalam tugas jauh daripada amalan kebanyakan mereka. Siapa tak pernah merasuah anggota polis dalam hal kesalahan trafik.

Dalam kebanyakan tindakan mereka nafsu amarah sentiasa menguasai segala perbuatan mereka. Dalam kes mereka meleraikan pelajar di UPSI baru-baru ini kita tidak sepatutnya merasakan terkejut dengan sikap ganas mereka, itu bukanlah kali pertama. Kebijaksanaan tiada dalam diari kehidupan mereka. yang pentingnya kami melaksanakan tugas. Kami ada kuasa dan jangan cuba melawan atau kami belasah.

Tiada bezanya antara remaja, pelajar orang awam atau apa saja. Mereka semuanya musuh kepada negara. Penjenayah tidak patut diberikan muka. Kerja mendidik bukan salah satu daripada tugas kami. Barangkali itulah falsafah mereka.

Oleh itu kecaman Mufti Perlis, Dr Juanda agar pihak polis menjalankan tugas mereka dengan bijaksana sebenarnya tidak sedikitpun mendatangkan kesan kepada mereka. Baca komen Dr Juanda tentang kes UPSI di sini.

wartashubhi


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: