Biaqpila |
- NFC: Pejabat AG tak puas hati siasatan polis
- KITA HANYA PERLU ISYTIHAR HARTA PADA KETUA PENYAMUN
- IBU POTONG KEMALUAN BAYI LELAKI
- BR1M: 1Malaysia Kena Kelentong Hidup-Hidup
NFC: Pejabat AG tak puas hati siasatan polis Posted: 19 Jan 2012 02:00 PM PST Jabatan Peguam Negara telah memulangkan semula kertas siasatan skandal syarikat penternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada pihak polis dan mengarahkan mereka meneruskan siasatan serta mengemukakan laporan terperinci. Ketua Pendakwa, Jabatan Peguam Negara Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang dihubungi Malaysiakini hari ini mengesahkan bahagiannya telah meminta pihak polis untuk menyiasat lanjut perkara itu. "Kertas siasatan dipulangkan kepada polis pada Selasa lalu," katanya. Adalah menjadi kelaziman bagi Pejabat Peguam Negara memulangkan semula kertas siasatan kepada polis, walaupun sehingga berulang kali, jika tidak berpuas hati dengan laporan yang dikemukakan sebelum memutuskan sama ada untuk membuat dakwaan. Pihak polis telah menyerahkan kertas siasatan mereka kepada Jabatan Peguam Negara awal minggu ini. Isnin lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan mengumumkan siasatan polis lengkap selepas mengambil 54 keterangan, termasuk daripada kakitangan NFC. Kes berkenaan pada mulanya disiasat mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan atas tuduhan jenayah pecah amanah. Namun Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada 30 November lalu berkata siasatan awal menunjukkan tiada unsur pecah amanah. Sementara itu, pada hujung minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula mengumumkan bahawa semua aset NFC dibekukan. MK KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
KITA HANYA PERLU ISYTIHAR HARTA PADA KETUA PENYAMUN Posted: 18 Jan 2012 08:00 PM PST DEY MACHA!!! LU ORANG PERNAH DENGAQ AYAT NI KA? "KITA HANYA PERLU ISYTIHAR HARTA PADA KETUA PENYAMUN" KAH! KAH! KAH! TAU PUN TAKUT TU LA SAPA SURUH ROMPAK BANYAK SANGAT DAH...DAH.. PI TIDOQ ESOK NAK BANGUN AWAI LAGI PUN MALAM JUMAAT NI KAH! KAH! KAH! KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
IBU POTONG KEMALUAN BAYI LELAKI Posted: 18 Jan 2012 08:00 PM PST Jiangsu – Gara-gara terlalu inginkan anak perempuan, seorang ibu muda sanggup bertindak kejam dengan memotong alat sulit bayi lelakinya yang berusia lima bulan.Xiao Meng, 23, kini dihukum penjara lima tahun. Menurut kertas pertuduhan di mahkamah, pada bulan Ogos tahun lalu, ibu mertuanya yang terdengar suara bayi berkenaan menangis, telah terkejut selepas mendapati alat sulit cucunya itu dipotong oleh menantunya dengan menggunakan gunting. Bayi tersebut kemudiannya dihantar ke hospital dengan segera.Menurut doktor, bayi itu selamat dan boleh membuang air kecil secara normal selepas rawatan dijalankan di Shanghai.Namun doktor memaklumkan adalah mustahil baginya untuk memberikan zuriat apabila dewasa kelak. Sementara itu, di mahkamah, Xiao Meng mengaku telah membeli gunting dan memotong kemaluan anaknya itu hanya kerana dia ingin memiliki anak perempuan..Dalam pada itu, suaminya, Zhan berkata, sejak bayi lelaki mereka, Yaya dilahirkan, Xiao Meng sering bercakap seorang diri `saya berharap dia adalah bayi perempuan'. Zhan turut memaklumkan, Xiao Meng tidak menyukai anak lelaki kerana mereka akan membebankan ibu bapa yang terpaksa membelikan rumah dan mencarikan isteri.Xiao Meng juga, katanya selalu menampar bayi mereka namun dia tidak begitu mempedulikannya kerana menyangka Xiao Meng mengalami tekanan selepas melahirkan bayi mereka. mynewshub Published with Blogger-droid v1.7.4 |
BR1M: 1Malaysia Kena Kelentong Hidup-Hidup Posted: 18 Jan 2012 05:00 PM PST Oleh : Tok Janggut Begitu gembira rakyat yang berjaya digula-gulakan oleh Kerajaan UMNO apabila mendapat RM500 dibawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia yang hangat diperkatakan sekarang. Gembira seketika dan akan berdukacita untuk selama-lamanya selagi UMNO berkuasa di Putrajaya. Tahukah rakyat semua, dari manakah wang yang kononya diberikan itu sebagai prihatin kerajaan dan ingin meringankan bebanan rakyat? RM500 boleh belanja untuk berapa hari? Untuk meringan beban apa? Sedangkan puak-puak lanun di atas sana merompak beratus ribu malahan berjuta-juta ringgit wang rakyat dan negara. Bagi RM500 sibuk satu dunia. Wang RM500 itu adalah wang yang dipinjam oleh kerajaan dari jabatan-jabatan yang menyimpan dan memungut wang dari rakyat selama ini. Samada wang dari KWSP, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Tabung Haji, Wang milik peneroka Felda dan sebagainya. Ianya wajib dibayar semula oleh kerajaan kepada jabatan-jabatan ini dengan faedahnya sekali. Siapa yang akan membayarnya dan dari wang diambil untuk membayarnya kelak? Tidak lain dan tidak bukan, rakyat juga yang akan dipaksa untuk membayar pinjaman itu kelak dengan cara menaikan bil letrik, minyak petrol dan diesel, barangan kegunaan harian seperti gula, tepong, susu, beras dan lain-lain lagi. Termasuk juga barangan binaan sepeti simen, kayu, atap dan banyak lagi. Malahan kerajaan akan mendapat jumlah yang berliapat kali ganda banyaknya dari apa yang diberikan kepada rakyat itu. Kenaikan ini berkekalan sepanjang masa sehingga bila-bila kecuali UMNO berjaya ditumbangkan pada PRU13 nanti. Tidak ada dan belum pernah lagi kerajaan yang beri wang tunai kepada rakyat secara percuma, semuanya mempunyai muslihat dan ada udang disebalik batu. Termasuklah wang ihsan RM300 yang diberikan selama ini. Semua bukanya percuma, kena bayar semula secara halus dan tanpa disedari oleh rakyat. Ketika setiap kali musim pilihanraya pula, UMNO juga menabur wang tunai kepada rakyat untuk tujuan meraih undi. Yang itu bukan wang pinjaman tetapi adalah wang cagaran yang ditaburkan oleh syarikat-syarikat judi, kilang arak dan pusat maksiat dan persundalan yang dilesen kan oleh kerajaan UMNO. Itu sebabnya UMNO mewah menabur wang pada setiap kali pilihanraya. Pihak-pihak yang memberi wang itu bukan saja-saja beri, malahan juga mempunyai niat supaya jasa mereka dibalas semula apabila UMNO menang dan berkuasa semula selepas pilihanraya. Lesen judi, kilang arak dan pusat maksiat akan disambung semula lesen mereka. Mereka akan dibenarkan untuk menambah cawangan atau kilang-kilang baru dan tidak akan diganggu atau diserbu. Maka gemuklah rakyat yang gembira sakan pada musim pilihanraya kerana ditaburkan wang haram oleh UMNO. Berbeza dengan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor dan Pulau Pinang yang memerikan wang tunai kepada rakyat mereka. Mereka gunakan wang lebihan dari hasil penjiamatan belanjawan tahunan. Belanjawan yang mereka gunakan untuk pembangunan negeri berlebihan setiap tahun, maka lebihan itulah yang diagihkan kepada rakyat secara tunai. Bukan pinjam dari pihak lain. Sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor dan Pulau Pinang, belanjawan negeri mengalami "surplus" atau wang berlebih termasuk juga negeri Kedah. Bukanya seperti negeri-negeri di bawah pemerintahan UMNO/BN, belanjawan tak pernah cukup dan sentiasa mengalami "defisit" yang tak pernah kurang malahan bertambah setiap tahun. Kerana apa? Kerana penyelewengan dan rasuah yang terlalu banyak. Berlaku pecah amanah dan penyewengan dalam menggunakan wang rakyat secara berluas-luasa tanpa kawalan. Maka itu sebablah ada negeri dibawah pentadbiran hampir "bankrap" jika tidak dibantu kewanganya oleh Kerajaan Pusat. Itulah sebab dan puncanya orang Melayu hidup merempat, melarat dan ketinggalan dalam semua aspek berbanding dengan bangsa lain. Mereka ditipu oleh bangsa sendiri. Ditindas dan digula-gulankan oleh pemimpin yang sebangsa dengan mereka, kemudian mereka salahkan DAP dan bangsa lain kononya menindas orang Melayu dan merampas hak orang Melayu. Tetapi sebenar puncanya ialah angkara puak UMNO sendiri yang pandai bermanis muka dan berlakun di hadapan rakyat yang berbangsa Melayu. Melayu UMNO sanggup buat apa saja kerja kotor mereka asalkan mereka berjaya memperdayakan bangsa mereka sendiri untuk mengundi dan memberi mereka kuasa untu memerintah lagi. Kemudian mereka tipu dan tindas lagi orang Melayu yang mengundi mereka itu. Sampai bilakah Melayu sanggup diperbodohkan dan menjadi seperti lembu dan kerbau peliharaan UMNO? Jika masih sanggup berkeadaan begitu, jangan menyesal nanti jika bangsa asing menguasai semua hal dalam negara kita termasuk dalam urusan politik. Pemimpin UMNO tidak peduli emua ini kerana mereka sudah menyimpan dan mengumpulkan wang kekayaan yang melimpahruah diluar negara sana. Jika terjadi apa-apa kepada negara, mereka dan keluarga dengan mudah lari ke luar negara dan meninggalkan rakyat yang sudah tidak berguna lagi buat mereka. Jadi, apakah ketika itu baru orang Melayu hendak sedar? Sudah tidak berguna lagi. Negara sudah tergadai kerana hutang terlalu banyak, maka bersedialah kita senasib dengan saudara kita di Palestin sana. Berubahlah dari sekarang. Masa dan peluang masih ada. Tinggalakan UMNO untuk selamanya. Tumbangkan mereka dalam PRU13 nanti. Itulah sumbangan terbesar kita kepada agama, bangsa dan negara tercinta. Wallahualam. laksamanabukitbintang KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan