Selasa, 17 Januari 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Anwar Saman Utusan RM50 Juta

Posted: 17 Jan 2012 06:18 AM PST

MSO


Anwar Ibrahim hari ini mengambil tindakan drastik menyaman Editor dan Utusan Melayu Sdn Bhd penerbit akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran kenyatan Hasan Ali yang mendakwa Anwar menghalalkan kegiatan homeseksual seperti mana disiarkan dalam akhbar itu di muka depan hari ini.

Kenyataan Hasan itu yang disiar akhbar berkenaan berbunyi; "Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali membidas Datur Seri Anwar Ibrahim kerana mempertikaikan undang-undang homeseksual di negara ini.

"Menurut beliau, pendirian Anwar tersebut bukanlah baharu kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asal penasihat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut.

"Oleh itu beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kehancuran dalam negara."

Manakala berita di bawah tajuk "Parasit ancam Pas, Anwar mesti ditolak", disiarkan di muka 10 berbunyi; "Hasan: Inilah salah satu sebab saya tidak boleh bersekongkol dengan Anwar Ibrahim. Inilah sebabnya rakyat Malaysia mesti menolak perjuangan Anwar Ibrahim. Kalau kegiatan gay, lesbian, homeseksual dan transgender, itu hendak dihalalkan di Malsysia, saya rasa masyarakat akan bergolak dan berpecah. Saya nampak kekecauan akan berlaku ini pandangan saya. Sebenarnya pandangan Anwar Ibrahim bukan hanya di Mumbai melalui BBC itu saja."

Editor dan akhbar berkenaan diberi tempoh 48 jam untuk membuat permohonan maaf di atas kenyataan berkenaan. Bagaimana pun Hasan Ali tidak dinamakan dalam surat tuntutan yang dikirimkan ke email saya sekejap tadi.

Saman itu dikemukakan oleh Edwin Lim Suren & Soh

Banjir; bala bagi rakyat, laba kepada JKKK dan Umno

Posted: 17 Jan 2012 06:06 AM PST

Wartawan Buletin

SETIU – Rakyat pada umumnya menganggap, banjir yang sering melanda pada musim tengkujoh di negeri ini adalah bala bencana sebaliknya, merupakan 'laba' kepada Jawatakuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan pemimpin Umno.

Menurut Yang DiPertua PAS Setiu, Ustaz Mohd Pauzi Muda, JKKK mengambil kesempatan mengaut laba dengan memanipulasikan bantuan banjir, manakala pemimpin Umno menjadikan banjir sebagai 'laba' dengan meraih publisiti.

" JKKK pernah meminta bantuan banjir dibawa ke rumahnya sedangkan ia sepatutnya dihantar ke pusat-pusat pemindahan,

"pemimpin Umno biasanya muncul apabila banjir melanda dengan membawa media masa, sedangkan sebenarnya mereka tidak turun ke kawasan yang terjejas,"ujarnya

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan banjir di kampung Hulu Seladang, di sini pada Ahad, 15 Januari.

Beliau turut sama dalam operasi membantu mangsa banjir yang terpaksa menaiki bot kerana jalan yang menghubungkan Kampung Hulu Seladang dengan Kampung Besut telah dinaiki air.

Katanya, Unit Banjir PAS DUN Permaisuri yang diketuai oleh Pengerusi MTD Permaisuri, Hasan Basari Wan Omar telah menghantar bantuan berupa barangan keperluan dapur.

Selain Kampung Hulu Seladang, bantuan turut dihantar ke pysat pemidahan banjir Kampung Tasik.

Sehubungan itu, Ketua PAS Cawangan Kampung Besut, Azizan Abdul Rahman mengesahkan Dato' Mohd Jidin telah datang kerumahnya bersama pihak media.

"Dia (Mohd Jidin) datang waktu pagi ke rumah saya bersama TV3, tapi dia tak pergi ke Kampung Hulu Seladang yang terputus hubungan,"jelasnya.

Kesal krisis air UMP Pekan berlarutan

Posted: 17 Jan 2012 05:58 AM PST

Muhamad Fazli Abdul Rahim



Maklum balas yang diterima daripada pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang rentetan isu krisis gangguan air ini antara lain menyatakan bahawa:

(1) Masalah bekalan air yang tidak stabil di UMP (Universiti Malaysia Pahang), Pekan akan berpanjangan sehinggalah suatu sistem bekalan air yang sempurna disiapkan untuk kampus berkenaan.

(2) Bagi mengatasi masalah tekanan air rendah adalah dengan menyalurkan bekalan air secara terus ke kampus dari Loji Air Peramu.

(3) Pihak kami menjangkakan kerja-kerja pemasangan paip ini siap di akhir tahun 2012.

Berikut adalah antara petikan maklum balas yang diberikan oleh pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang dalam menjawab krisis air yang dialami oleh mahasiswa UMP Pekan.

Berdasarkan maklum balas yang diterima, krisis gangguan ini akan berterusan dalam satu tempoh jangka masa yang panjang.

Pihak kami mendesak dan menggesa agar projek pembinaan bekalan air secara terus dari Loji Air Peramu ke Kampus UMP Pekan dipercepatkan bagi menyelesaikan kemelut yang dialami.

Usaha yang dijalankan oleh pihak pengurusan universiti dalam menangani krisis ini sewajarnya diberikan pujian seperti menggunakan khidmat lori tangki air bagi penghantaran air ke kampus sebagai satu langkah sementara dalam meredakan permasalahan ini.

Namun sewajarnya hal tersebut dimainkan secara serius oleh pihak JBA Pahang yang berfungsi dan dipertanggungjawabkan dalam menyediakan kemudahan dan perkhidmatan tersebut.

Pihak kami bimbang krisis ini akan bertambah serius apabila beberapa bangunan baru seperti perpustakaan, pusat aktiviti pelajar dan bangunan fakulti pembuatan yang dijangka beroperasi secara penuh pada awal semesta hadapan, yang secara umumnya menyebabkan tekanan air menjadi lebih rendah.

Melihat kepada keadaan semasa yang mana kebanyakan kelewatan projek berlaku dalam proses pembangunan kampus Pekan, pihak kami kurang berkeyakinan projek tersebut akan disiapkan dalam tempoh jangka masa yang ditetapkan.

Oleh hal sedemikian pelbagai pihak yang akan terjejas akibat permasalahan tersebut seperti mahasiswa, pensyarah, pengusaha kafeteria dan pengurusan universiti sendiri.

Masyarakat setempat turut terjejas

Krisis gangguan air ini bukan hanya menjejaskan warga UMP Pekan tetapi turut menjejaskan masyarakat sekitar kampus.

Untuk makluman UMP Pekan serta masyarakat sekitar berkongsi sumber air yang sama iaitu sumber air daripada Loji Air Kuala Pahang.

Apabila terdapat banyak aduan yang diterima akibat gangguan air di UMP maka air akan disalurkan lebih ke UMP yang dalam masa yang sama masyarakat sekitar pula akan mengalami gangguan. Begitulah yang berlaku seterusnya.

Oleh hal sedemikian pihak kami menuntut pihak yang bertanggungjawab dalam menangani krisis ini mengambil tindakan yang sewajarnya agar kemelut ini akan dapat diselesaikan dengan segera.

Pihak kami mengharapkan pihak JBA Pahang bersedia menjawab permasalahan ini secara terbuka agar segala keraguan dapat diatasi dengan segera.

Sekiranya pihak JBA Pahang gagal mengatasi permasalahan tersebut saya memohon agar pihak kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan Datuk Seri Adnan Yaakob campur tangan agar kemelut dan permasalahan ini dapat diselesaikan dengan segera.

Penulis merupakan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang dan pengerusi Gerakan Mahasiswa Penggesa Air Kampus (GEMPAK).

Kisah wanita Melayu cinta lelaki Negro

Posted: 17 Jan 2012 05:53 AM PST

KL TODAY.COM



Bukan sekali, bukan dua kali, malah berkali-kali. Sudah banyak dilaporkan mengenai kebodohan wanita Melayu menjadi mangsa seks 'Mat Negro' atau 'Awang Hitam' di negara ini. Inilah wanita Melayu, Shana,yang dimaksudkan itu. Jika diukur dari sudut ketampanan, lelaki asing ini mendapat markah paling corot dalam kalangan mana-mana lelaki bukan sahaja di Malaysia, malah Asia.Namun, faktor tarikan seks menyebabkan ramai wanita Melayu menjadi nanar dan kemaruk menyerahkan batang tubuh tanpa banyak soal.

Natijahnya mereka membuat onar terhadap suami atau ibu bapa sendiri!

Terbaharu ialah seperti pendedahan blog mazidulakmal.com yang menceritakan pengakuan terus terang seorang wanita Melayu (gambar) menjalinkan hubungan seks berkali-kali sejak lebih tujuh bulan lalu dengan Awang Hitam yang diterima sebagai kekasihnya.

Blog berkenaan milik Penerbit Eksekutif TV3, Mazidul Akmal Sidik.

Menurut blog berkenaan, perkara itu terdedah dalam operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Taman Mas di Putra Perdana, Puchong pada 27 Disember lalu.

Operasi itu bertujuan memberkas warga Nigeria dipercayai terbabit dalam kegiatan penipuan menggunakan Internet.

Dalam operasi itu, pasukan keselamatan menahan kerani operasi berusia 31 tahun dikenali sebagai 'Shana' (bukan nama sebenar) di sebuah kilang di situ.

Shana (gambar) berusia 31 tahun berasal dari Raub, Pahang, setelah didesak, mengaku biasa melakukan seks dengan warga Nigeria bernama 'Iko'. Warga asing itu dipercayai telah memperdayakan ramai mangsa menyalahgunakan Internet dan meraih keuntungan kira-kira RM1 juta.

"Saya bersama (mengadakan hubungan seks) dengan Iko, purata empat kali sebulan, selama lebih tujuh bulan. Pada hujung minggu saya pergi ke rumah dia, lepak dan kemudian check in di hotel bajet di Putra Perdana," jelas Shana.

Menurut blog berkenaan, wajah Shana "kelihatan selamba" sahaja ketika berkongsi kisah kehidupannya.

Ketika serbuan ke rumah Iko pula, pasukan itu mendapati bilik teman lelaki Shana berbau hapak.

Seperti dicatatkan blog berkenaan:

"Saya berasa amat hairan bagaimanakah gadis tempatan sanggup melepak di ruang hamis serta bersepah seperti itu.

"Barangkali kerana cinta, cinta membutakan mata dan hatinya".

Telekung milik Shana juga ditemui di rumah itu, dipercayai di bilik Iko.

Pemeriksaan juga menemui petunjuk kemungkinan Iko bercadang membawa pulang Shana ke negaranya pada 17 Disember lalu, mungkin untuk menyambut Krismas di sana.

Menggambarkan lebih lanjut mengenai lelaki asing itu, Shana berkata, Iko "sungguh caring".

Daripada kisah itu, ternyata makin ramai wanita Melayu menjadi nanar, kemaruk dan culas demi menghirup nikmat seks gila dan terlarang.

Apa yang didengar dan dibaca selama ini hanya secebis; banyak lagi kes seumpama ini, termasuk membabitkan wanita Melayu berwajah cantik dan kaya, tetapi tidak dilaporkan sebaliknya berlaku dalam senyap.

Jika anda seorang wanita Islam yang sedang membaca artikel ini dan turut terbabit dengan seks haram seumpama ini, ingatlah Allah swt sedang memerhati: Dia tidak tidur dan tidak pernah mengantuk.

Apabila tiba detik dan saatnya, balasan Tuhan amat pedih dan menyakitkan!

DI MANA KHIR TOYO ? HASSAN ALI BOLEH TUBUH PARTI BARU

Posted: 17 Jan 2012 05:52 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

KHIR TOYO terus menyepi walaupun hari ini sudah masuk tarikh 16 Januari, ertinya sudah 8 hari daripada 09 Januari iaitu hari keputusan DS Anwar di dalam kes Liwat II. Sebelum ini, mantan MB Selangor tersebut berjanji akan mengumumkan masa depan politiknya selepas 09 Januari iaitu tarikh yang mungkin `simbolik' buat beliau.


Wajah yang di `transformasi'kan sejajar dengan transformasi Najib

Sebelum ini juga, Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas Khir Toyo di bawah Seksyen 36 (1), Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997 di atas kesalahan mendapatkan untuk dirinya dan isterinya suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam.

Khir Toyo telah membuat rayuan ke atas kes ini. Difahamkan sehingga kini, wartawan telah mula mencari-cari mantan MB Selangor tersebut untuk mengetahui apakah tindakan beliau selepas ini di dalam kerjayanya sebagai ahli politik. Saya mencadangkan agar beliau menubuhkan parti baru di mana Presidennya adalah Dr Hassan Ali, Timbalannya adalah beliau sendiri dan Ahli-Ahli Jawatankuasa yang lain bolehlah dipilih dari beberapa `ekor katak' yang masih belum bertuan seperti Zahrain, Zul Kulum, Gobalakrishnan dan beberapa orang lagi.

Itu sekadar cadangan saya sahaja. Apapun kita masih ternanti-nanti kenyataan dari Khir Toyo. /wfauzdin.blogspot.com

Media Dikendali Manusia Rosak Akhlak?

Posted: 17 Jan 2012 04:24 AM PST

TIDAK kiralah sama ada media TV, radio atau media cetak; selagi ia dikawal dan dikuasai oleh UMNO/BN, kesemuanya sudah hilang kewarasan dan akhlak manusiawi. Memang mengaib dan memalukan!

Media di Malaysia yang dikendalikan oleh orang yang mengaku beragama Islam, memiliki akhlak dan moral yang telah rosak sehingga ke tahap paling rendah, berbanding pengendali media Barat yang tidak beragama Islam.

Kita lihat dengan mata dan hati yang bersih, seorang Kapten kapal penumpang yang kapalnya telah terlanggar batu karang di kepulauan Itali baru-baru ini, mengakibatkan kapal tersebut senget lalu tersadai di perairan yang cetek, telah diberi ruang oleh media BBC, CNN, ALJAZEERA, CCTV bagi menjelaskan cerita sebenar mengikut versi Kapten kapal tersebut.

Walhal, pada awal berita yang disiarkan, banyak pihak telah menuding jari ke arah Kapten kapal tersebut kerana kononnya telah mengemudi kapalnya terlalu hampir kepada tebing yang cetek airnya.

Apabila beliau diberikan ruang seadilnya bagi menjelaskan rentetan peristiwa yang membawa kapal tersebut tersadai, rakyat dan penonton disajikan dengan berita dan gambaran dari dua pihak yang bertentangan i.e. yang membuat tuduhan dan yang kena tuduh. Itu cerita pasal media yang dikendali oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Bagaimana dengan media Malaysia, media yang diikendalikan oleh orang yang mengaku beragama Islam? Orang Islam diajar supaya takut dengan kerja-kerja fitnah, takut dengan balasan pada Hari Mahsyar, takut dengan balasan di dunia dan akhirat!

Banyak sejarah yang telah dipaparkan dengan cerita-cerita yang mengerikan tentang balasan ke atas pembuat dosa! Kenapa media Malaysia masih terus menabur fitnah bahawa kononnya Anwar Ibrahim menyokong hak lelaki mengahwini lelaki dan lelaki meliwat lelaki!

Itulah yang saya dengar dengan mata telinga saya sendiri. Nazri Aziz kutuk Anwar, Rais Yatim kutuk Anwar, yang kesemuanya berpunca daripada rasa dendam kesumat mereka ke atas kehebatan sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap PR yang diketua Anwar Ibrahim.

Lebih menyedihkan apabila seorang yang bergelar Mufti, Tan Sri Harussani Zakaria, tanpa usul periksa telah membuat kesimpulan sendiri di atas ucapan Anwar sewaktu di interview oleh BBC London berhubung isu gay.

Mana hak Anwar untuk menjelaskan isu tersebut di media Malaysia yang telah dilacur semahunya untuk terus menikam peribadi Anwar? Kenapa bertindak zalim dan aniaya ke atas Anwar Ibrahim? Kenapa takut beri laluan kepada Anwar bercakap di media Malaysia yang dikendalikan oleh orang yang mengaku beragama Islam?

Saya meneliti dan cuba memahami apa yang diungkapkan oleh Anwar dalam interview BBC tersebut. Saya mengesahkan bahawa tiada suatu bukti sekecil zarah sekalipun yang Anwar pernah mengeluarkan kata-kata menyokong hak gay.

Saya berpesan kepada pengendali media Malaysia, cukuplah, cukuplah, cukuplah. Takutlah kamu akan doa orang yang dianiaya dan dizalimi. Tiada hijab doa di antara mereka dengan Allah s.w.t.

Sedarlah bahawa sekuat manapun sokongan kamu ke atas Najib, UMNO dan BN, mereka pasti akan jatuh tersungkur menyembah bumi. Pelajari sejarah kejatuhan Hosni Mubarak dan pemimpin lain di dunia;semoga tidak berlaku di Malaysia.

Komik "Transformasi Najib" diedar di sekolah

Posted: 17 Jan 2012 04:19 AM PST

malaysiadaily
SATU lagi bukti bahawa, larangan berpolitik di sekolah hanyalah terhadap penyokong Pakatan Rakyat. Jika mahu berpolitik menyokong Barisan Nasional di sekolah, dibenarkan malah dialu-alukan.

Salah seorang forumer di Forum Lowyat mendedahkan bagaimana buku komik Transformasi Najib yang dipenuhi dengan unsur propaganda mendidik murid sekolah menyokong Barisan Nasional disebarkan di sekolah anaknya. Di bawah ini beberapa gambar buku komik yang dimaksudkan.

Anda pasti kenal watak ini? Dalam komik ini, Lady Gajah digambarkan sebagai wanita jelita yang menjadi tulang belakang kepada Najib.

Rakyat yang tidak menyokong Barisan Nasional pula digambarkan sebagai musuh di dalam selimut.



Jika mereka boleh menyebarkan fahaman politik di sekolah dan Universiti, sepatutnya Pakatan Rakyat juga dibenarkan berbuat demikian. Tapi perkara sebaliknya yang berlaku. Nak berpolitik boleh, tapi kena sokong BN.



UMNO semakin terdesak! propaganda ala Korea Utara pula dimainkan untuk tatapan anak-anak kita di sekolah. Tiba masanya kita bersama kerja keras menghumban Gerombolan ini yg sudah tidak Relevan dgn masa kini!

http://milosuam.blogspot.com

Hasan Ali nafi HIMPUN Bangkit Kebencian Kristian.

Posted: 17 Jan 2012 04:17 AM PST

Radhi Razak

alt

KUALA LUMPUR - "HIMPUN is getting stronger and stronger," itu penegasan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali mengenai momentum sokongan terhadap Himpunan Selamatkan Akidah (HIMPUN) yang sedang meneruskan sessi jelajah ke seluruh Negara. [VIDEO DI SINI]

Beliau turut menafikan dakwaan pihak Pakatan yang mengatakan bahawa HIMPUN telah menjadi platform buat dirinya untuk menaikkan rasa kebencian di kalangan pemimpin-pemimpin beragama Kristian di Negara ini.

"Saya tak sentuh siapapun (rakan-rakan Kristian). Saya hanya mengatakan bahawa terdapat fenomena bahawa orang Islam itu dimurtadkan," tegas beliau ketika menjawab soalan wartawan berkenaan isu tersebut.

Hassan turut menjelaskan adalah menjadi tanggungjawab beliau selaku umat Islam yang berjawatan Pemimpin untuk memperjelaskan bahawa fenomena tersebut mesti dicegah segera.

"Sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap Allah dan manusia, sebagai seorang yang diberikan sedikit tugas kepimpinan, saya mesti berada di hadapan untuk mempertahankan keharmonian dan kesucian Islam itu," kata beliau pada Sidang Media di rumahnya petang tadi. [VIDEO DI SINI]

Beliau yang juga merupakan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor mendakwa HIMPUN akan terus bergerak sebagai sebuah sayap organisasi yang berhemah lantas mampu menyedarkan umat Islam agar timbul kesedaran untuk menghindar dari terus terjebak dalam fenomena Murtad.

HIMPUN sebelum ini telah diadakan di Seremban Negeri Sembilan. Himpunan tersebut mendapat sambutan di luar jangkaan dengan kehadiran lebih dari 3000 umat Islam.

Zakat - Pemuda PAS desak Siasat Jamil Khir Segera.

Posted: 17 Jan 2012 04:16 AM PST

Syukri Hamzah

alt

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi mendesak polis menyisat dan mengambil tindakan ke atas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali.

Menurut ketuanya, Kamaruzaman Mohamad, laporan polis tersebut dibuat berhubung dengan salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) oleh Jamil dan Che Mat.

Tambah beliau, laporan tersebut dibuat berdasarkan bukti yang dikemukakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang boleh dianggap sebagai satu bukti besar.

"Pendedahan tersebut adalah set dokumen berupa baucer bayaran oleh MAIWP sebanyak RM32,150 bertarikh 29 April 2010 serta surat daripada Ketua Audit Negara kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Negara, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat digunakan bagi membayar kos guaman Menteri dan Pengarah JAWI menggunakan dana zakat MAIWP," kata Kamaruzaman.

"Jesteru, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan membuat laporan ini untuk mendesak pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap MAIWP, Jamil Khir serta Che Mat," tambah beliau.

Sebagai susulan, beliau berkata mereka akan menghantar satu memorandum kepada Che Mat pada hari Khamis ini.

Surau Al Jabbar bakal Diroboh - Pemuda PAS pelik tiada Suara PERKASA.

Posted: 17 Jan 2012 04:15 AM PST

Radhi Razak

alt

KENYATAAN MEDIA ISU IKS DAN SURAU AL JABBAR OLEH DEWAN PEMUDA PAS PUSAT KAWASAN SETIAWANGSA.



Benarlah selama ini slogan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' hanyalah retorik UMNO/BN semata-mata. Mereka akan berbuat apa sahaja demi kepentingan kroni dan untuk mengaut keuntungan peribadi semata-mata.

Rakyat hanyalah 'perkakas' mereka ketika pilihanraya untuk memastikan mereka terus berkuasa dan melaksanakan 'kerja jahat' mereka.

Ini terbukti dalam isu ini apabila mereka yang berniaga di kawasan Industri Kecil & Sederhana (IKS), Jalan Air Keroh Setapak Kuala Lumpur yang boleh dikatakan hampir 98 % terdiri daripada orang melayu akan dihalau keluar daripada kawasan yang mereka duduki sejak dari tahun 1995.

Mereka dihalau tanpa dibayar sebarang pampasan dengan alasan tanah di kawasan itu telah dijual dan akan dimajukan benar-benar mengejutkan semua pihak disitu.

Ini kerana para peniaga telah berusaha mendapatkan geran di kawasan berkenaan sejak dari mula mereka mendudukinya namun pihak berkuasa mengatakan mustahil geran boleh dikeluarkan memandangkan ianya dikatakan kawasan lombong atau paya yang mana tidak sesuai untuk diduduki.

Atas 'janji-janji manis' pihak-pihak tertentu, mereka dibenarkan menjalankan urusniaga disitu dan tidak akan di'kacau' menyebabkan mereka tidak lagi memohon geran hak milik atas jaminan 'mulut' tersebut namun tiba-tiba tanah di kawasan tersebut dijual tanpa ada sebarang perbincangan dengan pemilik bengkel IKS tersebut.

Persoalannya ialah mengapa tanah tersebut dijual sedangkan sebelum ini dikatakan tanah lombong yang mana tak mungkin akan dikeluarkan geran? Mengapa tiada perbincangan dibuat dengan pengusaha-pengusaha bengkel tersebut?

Mengapa selepas perhimpunan aman tempohari barulah Menteri Wilayah, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin memberikan respon sedangkan sebelum ini hanya 'mematikan' diri.

Dewan Pemuda PAS Kaw. Setiawangsa (DPPkS) kesal dengan tindakan mereka yang terus-menerus menekan orang melayu akan tetapi dalam masa yang sama 'berkokok' melaungkan slogan 'Hidup Melayu' namun hakikatnya merekalah yang 'menjahanamkan' orang melayu.

Yang menyedihkan lagi, yang dihalau keluar itu rata-ratanya adalah penyokong tegar parti 'perkauman' melayu namun ini tidak diendahkan. Atas nama pembangunan, mereka dihalau seolah-olah mereka bukan warganegara Malaysia.

Dimana suara PERKASA yang kononnya memperjuangkan bangsa melayu? Dimana pemimpin UMNO yang 'galak' mempertahankan maruah melayu? Bukankah mereka yang dihalau ini juga melayu?

Tidak ada belas kasihankah kepada pengusaha bengkel yang 'kais pagi makan pagi' sedangkan mereka yang kononnya perjuangkan nasib melayu hidup kaya raya. Rakyat perlu lakukan sesuatu pada pilihanraya yang akan datang ini sebelum lebih banyak lagi hak orang melayu tergadai. BERSIHKAN MALAYSIA!!

Homoseksual: Jangan terpengaruh dakyah dan fitnah jahat media UMNO

Posted: 17 Jan 2012 01:30 AM PST

Ahmad Kasim


Seusai pembebasan Anwar Ibrahim dari pertuduhan fitnah pada 9 Januari 2012 yang lalu, media yang dikongkong UMNO terus memintal fitnah baru demi menjejaskan wibawa beliau sebagai seorang muslim, rakyat Malaysia dan pemimpin Pakatan Rakyat. Beberapa hari kebelakangan ini, Anwar Ibrahim dilontar pula dengan tohmahan bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis) di negara ini.

Fitnah yang dipintal media UMNO seperti Utusan Malaysia itu kononnya dipetik dari jawapan Anwar Ibrahim (gambar kanan) ketika ditanya dalam satu wawancara BBC (British Broadcasting Corporation). Sekiranya diteliti jawapan Anwar Ibrahim itu, ternyata beliau tidak menyebut berhasrat mahu menghalalkan homoseksualiti di negara ini. Saya nukilkan petikan jawapan Anwar Ibrahim tersebut bersama pautan rakaman wawancara BBC itu:

http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714

"We will have to review archaic laws ...and we, muslims and non muslims generally believe and committed to support the sanctity of marriage between man and woman in Malaysia.

..but we should not be seen as punitive and consider the archaic laws as relevant. We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain. We will not make apologies towards that. I think to use this sort of legislation to be punitive, punish innocent people cannot be condoned and be tolerated
."

Berdasarkan jawapan dan petikan itu, pertamanya, ditegaskan sebagai orang Islam, kita menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan. Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis). Walau bagaimanapun beliau berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak. Undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun.

Saya ingin menyeru supaya semua pihak merujuk kenyataan atau jawapan tersebut dan tidak dipengaruhi dakyah jahat media UMNO. Justeru saya juga menyeru agar jangan sesiapapun bersekongkol subahat memintal fitnah ini kononnya atas nama perjuangan Islam. Perjuangan Islam tidak sama sekali membenarkan fitnah sedemikian.

*Kenyataan media oleh HJ Ahmad bin Kasim (gambar kiri) selaku ahli parlimen Kuala Kedah, dan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat.

Adun Umno didakwa berbohong

Posted: 17 Jan 2012 01:24 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY

Mohd Rahin Said didakwa melakukan dua kali iaitu ketika projek baru dimulakan dan sewaktu mengumumkan bayaran pampasan tanah tersebut.

KUALA TERENGGANU: Seorang bekas pemimpin Puteri Umno di Terengganu mendakwa Adun Telok Pasu, Datuk Mohd Rahin Said telah memperdaya penduduk kampung dalam pengambilan tanah.

Kerajaan negeri mengambil tanah di Kampung Banggol Donas dekat Kuala Terengganu bagi pembinaan jalan dan jambatan.

Rusni Hassan berkata, Adun itu didakwa berbohong sebanyak dua kali iaitu ketika projek baru dimulakan dan kali kedua sewaktu mengumumkan bayaran pampasan tanah tersebut.

Bukan ketua

"Beliau ucap terima kasih keana penduduk kampung bersetuju dengan pembinaan tersebut, sedangkan tiada perbincangan dengan orang kampung,

"Minggu lalu pula Rahin berkata pampasan tanah RM1 juta bagi sehektar, mana boleh sama pampasan tanah pembangunan dengan tanah pertanian,"ujar Rusni.

Ketika dihubungi, Rahin berkata, Rusni bukan ketua Puteri Umno seperti yang didakwa.

Katanya, Rusni bebas bercakap apa sahaja kerana negara mengamalkan demokrasi.

Bila Lagi Jamil Khir Mahu Cuti Dari Jawatan Menteri Seperti Shahrizat?

Posted: 17 Jan 2012 01:22 AM PST

KELAB GREENBOC




S
eleweng zakat: Satu lagi laporan polis terhadap Jamil Khir

KUALA LUMPUR: Pemuda Pas Wilayah Persekutuan mendesak polis menyiasat dan bertindak terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali berhubung penyelewengan wang zakat.

Laporan dibuat ketuanya, Kamaruzaman Mohamad ekoran bukti yang dikemukakan Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad sebelum ini.

Pendedahan itu ialah set dokumen berupa baucer MAIWP berjumlah RM32,150 bertarikh 29 April 2010 dan surat Ketua Audit Negara kepada Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan penggunaan wang berjumlah RM63,650.

Jumlah itu merangkumi bayaran pertama RM31,500 pada 9 Febuari 2010 dan RM32,150 yang tercatat pada boucer itu yang diguna bagi membayar kos guaman Jamil dan Che Mat dalam berdepan tuntutan qazaf yang difailkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kamaruzzaman ketika sidang media selepas membuat laporan polis itu turut membidas dakwaan Jamil kononnya penggunaan wang zakat itu dibolehkan atas alasan tergolong dalam asnaf fisabilillah kerana mempertahankan Islam.

"Kalau betul mahu pertahankan Islam, patutnya sokong permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu kes dipindahkan dari mahkamah sivil ke mahkamah syariah.

"Maka dengan ini kami desak polis menyiasat dan mengambil tindakan undnag-undang terhadap dua individu ini bersama MAIWP dengan segera," katanya.

Turut serta membuat laporan polis itu Timbalannya, Suhaimi Abdul Aziz bersama beberapa pemuda Pas Wilayah Persekutuan.

Ulasan GB

Jika Shahrizat Jalil sudah bercuti 3 minggu untuk memberi laluan siasatan SPRM terhadap kes NFC, kini sepatutnya Jamil Khir Baharum turut ikut jejak Shahrizat.

Cuti dari jawatan menteri untuk siasatan SPRM segera sebelum anda dihukum rakyat di dalam pilihanraya akan datang!

Si Makmum Yang Baca Kuat Tersilap Tafsir Teori

Posted: 17 Jan 2012 01:17 AM PST

MSO


Sebahagian
orang Pas khasnya yang geli dengan kerenah politik Hasan Ali tentunya boleh menarik nafas lega apabila mengetahui bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu membayangkan dia tidak akan merayu untuk kembali menjadi ahli Pas. Menurut katanya seperti dilapor beliau tidak melihat ada keperluan untuk dia merujuk kepada Pas.

Kali ini cerdik pula Hasan saya tenguk. Dia tahu membaca tindakan dan motif pemecatannya itu. Dia arif menyelami tindakan itu yang bertujuan untuk memaksa beliau meninggalkan jawatan Exco dan juga tidak akan bertanding lagi di Dun Gombak Setia.

Kenapa saya berkata begitu kerana tempoh yang diberikan kepada Hasan untuk merayu selama 30 hari itu satu jangka masa berstrategi. Dan apabila Pas memecatnya bermakna beliau tidak boleh memegang jawatan Exco atas tikit Pas. Manakala dengan tempoh itu Pas atau MB Selangor akan lekas bertindak supaya Hasan meletakkan jawatan Exco untuk membolehkan nama lain diganti. Kekosongan jawatan Itulah yang dikehendaki Pas.

Kalau Pas ikhlas Pas boleh memberi tempoh dua minggu saja kepada Hasan untuk beliau berfikir, bermahasabah diri dan memutuskan secara tepat. Dalam tempoh sebegitu MB tidak tergesa-gesa untuk melantik pengganti baru.

Tetapi bila tempoh itu panjang sudah pasti Hasan akan berlengah dan ia memberi ruang kepada Pas untuk melantik penggantinya. Inilah strateginya. Baguslah Hasan boleh membaca strategi itu, bahawa dia sudah tidak 'dihingini' lagi dan mengambil sikap tidak merayu bagi mengelakkan mendapat malu secara gratis.

Nasib yang diterima Hasan kini telah diulas dan diramalkan dari berbagai sudut oleh macam-macam orang. Pemecatan dan implikasi juga telah dispekulasi dan dicatat di merata tempat dan turut dibualkan di mana-mana saja. Sebagai rekod, pada perhatian saya nasib yang diterima Hasan kini; hilang keahlian, hilang jawatan dan hilang juga penghormatan politik disebabkan kelemahan beliau sendiri.

Ataupun kerana kedangkalan para penasihat dan master mind politiknya. Selalunya seseorang politik bertaraf tokoh seperti Hasan akan dikelilingi beberapa penasihat kumpulan pemikir politik yang memberi tunjuk ajar dan nasihat-nasihat terbaik dan world class.

Bila menghalusi dan diletakkan kanta pembesar di sekelilingi diri Hasan, betullah seperti mana kata Setiausaha Agung Pas Mustafa Ali, Hasan terperangkap. Cuma saya nak perbetulkan sedikit di sini bukan sangat terperangkap dengan pemimpin Umno, (pemimpin Umno pun bukan licik sangat) tetapi terperangkap dengan kepandirannya sendiri. Kepandiran yang menjelma dari ijazah yang berjela-jela.

Hasan bagi saya tersalah membuat congakan dan teori politik. Kebijaksanaannya dengan memiliki berbagai ijazah sehingga Phd gagal menyelamatkan beliau dalam politik dan menjadikan beliau seorang strategis politik, melainkan hanya bual politik. Bagi saya ada tiga keadaan atau salah baca oleh Hasan Ali menyebabkan dia terjerumus ke lembah kehinaan seperti hari ini.

Pertama, Hasan mungkin mengira Pas tidak akan memecatnya. Kononnya Pas takut untuk pecat kerana beliau kini popular dan pemecatannya menganggukan hasrat Pas untuk terus memerintah Selangor. Jadi walau macam mana Pas akan mengambil sikap sabar dan tahan marah dari memecatnya. Saya percaya Hasan diberi laporan kononnya pengaruhnya kini semakin meluas apabila beliau berdiri atas prinsip akidah dan kembali menggamit penyokong menerusi kaca tv semula.

Sedihnya keadaan jadi sebaliknya. Pas tidak gentar dan merasakan bayangan itu satu keadaan menjadikan Pas serba salah. Pas mengambil keputusan tidak popular dan berisiko tinggi, Pas pecat Hasan Ali. Di sinilah saya mengira 'badak tuli yang tidur di lebuh raya' yang saya anologikan kepada presiden Pas telah bangun dan menunjukkan powernya. Tahniah Abdul Hadi. Tindakan ke atas Hasan itu meletakkan Hadi seorang presiden yang ada tahap kesabarannya dan tidak selamanya boleh diperendahkan.

Kedua, mungkin Hasan fikir Anwar Ibrahim akan diringkukkan ke dalam penjara. Dia mahu mengharap laba dari keadaan (trajis) itu dan sedia kalau pun Pas memecatnya. Hasan mungkin bercita-cita untuk mengisi ruang kewiraan yang ditinggalkan Anwar tetapi dalam medan yang berlainan. Hasan mungkin sependapat dengan Umno kalau Anwar dihantar ke penjara kekuatan Pakatan Rakyat akan lemah dan Umno akan kembali berkuasa di Selangor.

Atas teori itu mungkin Hasan mengira dia boleh bersatu dengan Umno untuk menentang Pas dengan dia nanti akan diberikan jawatan peting termasuk MB Selangor dan dengan cara itu angan dan mimpinya untuk jadi MB seperti Muhammad Taib, Khir Toyo dan Khalid Ibrahim akan tergapai.

Bagaimana pun telahan dan bacaan Hasan sekali lagi silap. Anwar tidak dimasukkan ke penjara bahkan mahkamah membebaskan alasan tiada kesalahan. Kini yang terpenjara (hati) bukan Anwar tetapi Hasan Akidah. Yang bebas dan mampu mendongak ke langit bukan Hasan yang betul akidahnya tetapi Anwar si pluralisme itu.

Ketiga, mungkin juga Hasan mengira kalau pun dia disuruh letak jawatan, baginda Sultan Selangor akan mempertahankanya. Beberapa kes atau persedent (kes contoh maaf kalau ejaan Inggeris itu salah) sebelum ini mungkin dijadikan alasan atau hujah, di mana seseorang Exco kalau tidak dilucutkan oleh Sultan dia akan kekal. Alasannya angkat sumpah memegang jawatan bukan hadapan MB tetapi hadapan Sultan.

Hasan juga mungkin yakin penganugerahan datuk paduka kepadanya baru lalu sebagai cerminan yang istana sayangkan kepadanya? Malangnya perasaan syok dan 'hidung besar' itu ternyata juga tersilap. Sultan berdiri atas garis lurus tidak berpihak kepada mana-mana dan berdiri atas kuasa dan peraturan yang dibenar dan ada kepadanya. Apabila Khalid Ibrahim memberi pandangan Sultan terima kemudian meminta Khalid mengisikan kekosongan itu harapan Hasan yang jauh di sudut hati agar sultan membelanya termusnah.

Itulah tiga senario politik yang tidak dapat dibaca dengan tepat oleh Hasan. Dalam sekelip mata sahaja Hasan kalah 3 - 0 selepas baru sahaja dia menang dalam 'permainan persahabatan' (bertelagah) dengan Mustapa Ali dimana dia menang 2 -1.

Di sini Hasan terlupa bahawa permainan sebenar berbeza dengan permainan persahabatan yang lebih kepada untuk menguji minda dan jasmani. Kealpaan inilah membawa malang dan celaka kepada dirinya.

Bercakap mengenai Hasan Akidah, aik Hasan Ali (sebab ada orang marah panggil Hasan Akidah), semalam ketika berjumpa dengan para wakil rakyat Pas secara tertutup di Shah Alam, Nik Aziz ditanya mengenai hal Hasan Ali untuk mereka mudah memberi penjelasan kepada rakyat.

Biasalah Nik Aziz tidak menjadi secara langsung tetapi penuh dengan anologi dan mantik. Beliau memberi perumpamaan dengan merujuk kepada sembahyang berjemaah. Katanya dalam sembahyang berjemaah jemaah makmum kena ikut imam. Imam boleh baca deras (kuat) tetapi makmum tidak boleh baca kuat. Dalam kes Hasan ini dia adalah makmum yang membaca kuat.

Betul sembahyang tidak terbatal dan sah tetapi sikap dan kelakuan Hasan itu menganggu imam dan boleh mengelirukan makmum lain terutamanya yang lurus dan jujur. Jawaban dan kiasan Tokguruku Nik Aziz itu memang tepat dan kena sekali. Maka tindakan Pas mengambil tindakan ke atas makmum itu, selepas sembahyang bukan dalam sembahyang adalah tepat dan betul.

Ketika saya di Alor Star seorang tokoh Pas yang juga merupakan pembaca tegar blog Merah Tinta bertanya saya mengenai Hasan, apa sudah jadi dengan Datuk Hasan, tanyanya. Saya tidak banyak mengulas dan menjawab secara mantik juga; katanya saya, "dia sedang memperbetulkan akidah politiknya dari betul kepada tidak betul". Tokoh itu tersenyum, berjabat tangan kemudian berlalu sambil tergelak-gelak kecil kelucuan.

Masalah Alam Perdana Selesai Tidak Lama Lagi

Posted: 17 Jan 2012 01:15 AM PST

Oleh Naeem Raffi


KUALA SELANGOR : Seramai 2,500 pembeli rumah kos rendah di Taman Alam Perdana, Kuala Selangor akan mendapat unit-unit masing-masing berserta Sijil Layak Menduduki (CF) tidak lama lagi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, projek terbengkalai itu diberikan nafas baharu selepas Kerajaan Selangor mengambil alih tanah daripada pemaju untuk membolehkan kerja-kerja menyiapkan unit-unit rumah kos rendah itu dapat diteruskan.

"Kerajaan negeri membayar RM147 juta untuk mengambil alih tanah daripada pemaju LCBN. Pengambil alihan tanah ini adalah langkah terakhir selepas pemaju gagal mengadakan usaha-usaha untuk menyiapkan projek terbengkalai itu.

"Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) memperuntukkan RM40 juta untuk memulihkan projek terbengkalai ini," kata Menteri Besar pada sesi dialog bersama pembeli di Kuala Selangor baharu-baharu ini.

Bagi 1,318 pembeli rumah teres berkembar dan rumah teres setingkat, mereka dijangka akan menerima unit masing-masing berserta CF pada Mac ini.

Manakala, bagi pembeli yang bermasalah dengan pihak bank, Kerajaan Negeri akan membantu dengan mengadakan perbincangan bersama bank untuk mengurangkan beban kewangan pembeli yang terbabit.

Tambah Abdul Khalid, anak syarikat kerajaan negeri, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) diberi tanggungjawab menyiapkan projek terbengkalai itu.

Kerajaan Negeri akan memastikan kemudahan asas seperti bekalan air, sistem saliran, elektrik dan kemudahan lain disediakan.

Kerajaan Negeri juga akan meneruskan usaha menyelesaikan masalah 203 pembeli rumah teres berkembar Arcadia yang tidak boleh dipulihkan kerana alami kerosakan teruk.

Pihaknya juga sedang mengkaji beberapa pilihan termasuk merobohkan rumah-rumah berkenaan untuk dibina baru.

"Rumah-rumah ini tidak selamat untuk diduduki. Kita akan mengadakan perbincangan berasingan dengan pembeli rumah ini.

"Bagi 643 pembeli lot rumah banglo, mereka terpaksa menunggu lebih lama kerana usaha pengambilan tanah telah dibantah oleh LCBN dan Maybank Berhad dan perkara ini telahpun menjadi pertikaian mahkamah. Ini bermakna Kerajaan Negeri tiada pilihan selain menunggu keputusan mahkamah," kata Abdul Khalid.

Khalid: TNB Perlu Perjelas Status Bina Kabel di Cheras

Posted: 17 Jan 2012 01:13 AM PST

Oleh Hafizan Taib


SHAH ALAM : Kerajaan Negeri akan mengadakan perjumpaan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Khamis ini bagi mendapatkan kata putus berhubung projek pembinaan kabel berkuasa tinggi di kawasan Cheras di Kuala Lumpur.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya berharap satu keputusan akan dicapai menerusi perjumpaan itu supaya projek tersebut dapat diteruskan selepas beberapa siri perbincangan sebelum ini.

Menurutnya, TNB harus memberikan satu keputusan mengenai projek itu yang tidak membelakangkan kepentingan penduduk setempat.

"Minggu ini kita akan jemput pada hari Khamis pihak TNB untuk menjelaskan pendirian mereka," katanya dalam sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan Kerajaan Negeri Selangor di sini semalam.

Abdul Khalid berkata, difahamkan TNB telah membuat keputusan berbeza dari yang dipersetujui selepas mengadakan perbincangan dengan penduduk, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan tersebut.

"Saya ingin jelaskan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) telah mengadakan beberapa perbincangan. Ia lebih kurang enam bulan dibincangkan dan kita telah meminta TNB membuat inisiatif untuk beberapa kajian tetapi hasil daripada kajian tersebut TNB bersetuju tentang jajaran yang telah kita setujui iaitu melalui bukit juga memasuki hutan simpan supaya tidak melibatkan rumah-rumah.

"Saya difahamkan bahawa hasil daripada perbincangan penduduk, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan tersebut mereka mengatakan TNB bersetuju pula untuk jajaran D (di kawasan lain). Kita akan panggil TNB betul atau tidak? Kalau betul mengapa dia.....dulu dia setuju situ tetapi kenapa (sekarang) dia setuju sini," katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri berpendirian jelas iaitu projek tersebut dijalankan bagi menyalurkan bekalan tenaga elektrik mencukupi bagi kawasan di Lembah Klang.

Katanya, pihaknya tiada mempunyai kepentingan lain tetapi hanya berkepentingan dari segi pelaksanaannya sahaja.

Projek pembinaan kabel berkuasa tinggi oleh TNB di sekitar Cheras mendapat bantahan kira-kira 500 penduduk di kawasan berhampiran iaitu Cheras Hartamas dan Taman Bukit Segar Jaya dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Projek tersebut dibekukan sejak Oktober tahun lalu selepas Abdul Khalid mengarahkan TNB berunding dengan penduduk terlebih dulu.

BN Abai Hak Rakyat Pulau Pinang

Posted: 17 Jan 2012 01:12 AM PST

Oleh Hafizan Taib


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong menyelarkan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Dr Teng Hock Nan dengan menyatakan pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat perlu memahami akan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan di dalam menjaga kepentingan rakyat di negara ini.

Menurutnya, tindakan Dr Teng menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang membuat kenyataan melalui media adalah tidak kena pada caranya.

Jelasnya, ia memberi gambaran bahawa Gerakan sebagai komponen BN hanya patuh dan mengikut telunjuk Umno sebagai parti utama dalam gabungan tersebut.

"Tindakan Dr Teng yang mengatakan Lim tidak menggunakan "saluran yang betul" bagi meminta Kerajaan Persekutuan menjayakan projek pembangunan adalah pada dasarnya mengakui rakyat berhak meminta Kerajaan Persekutuan melaksanakannya.

"Cara sebegini adalah cara Gerakan yang menimbulkan kemarahan rakyat hingga menyebabkan rakyat menolak BN di Pulau Pinang dalam Pilihanraya Umum ke 12 pada 2008 lalu," katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Bernama hari ini melaporkan bahawa Dr Teng berkata jika Ketua Menteri mempunyai sebarang masalah dengan apa-apa projek, beliau harus menggunakan saluran yang betul untuk menangani dan tidak melalui media.

Liew seterusnya berkata, Dr Teng harus memahami Kerajaan Persekutuan sebagai pihak memungut cukai perlu menjalankan amanah dan tanggungjawab bagi pembangunan di semua negeri di Malaysia.

"Lim sebagai Ketua Menteri bercakap bagi pihak rakyat Pulau Pinang dan Kerajaan Persekutuan perlu menjalankan tanggungjawab bagi pembangunan di Pulau Pinang.

"Jika Kerajaan Persekutuan tidak bertindak selaras dengan kehendak rakyat dan Perlembagaan Persekutuan, demi masa depan Pulau Pinang dan rakyatnya, marilah kita menukar teraju kepimpinan di Putrajaya," katanya.

Beliau berkata, Gerakan dan BN juga berdusta berhubung penghapusan tol Sungai Nyior dengan merujuk kepada Kerajaan Negeri Pulau pinang ditadbir Pakatan Rakyat sedangkan kuasa menghapuskannya adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Malah bagi mengatasi masalah yang membebani rakyat, jelasnya, Kerajaan Negeri telah membina jalan alternatif sebagai pilihan.

"Hanya Kerajaan Persekutuan yang boleh menghapuskan bayaran tol. Mungkin pemimpin Gerakan lupa akan perkara itu. Lim telah berusaha bersungguh-sungguh bagi mengatasi masalah tol ini dan membantah pemberian konsesi tol kepada pihak swasta," ujarnya.

Liew juga menyokong cabaran Lim terhadap Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk berdebat mengenai bagaimana cara untuk mengurangkan beban tol ke atas orang ramai.

Tambahnya, Kerajaan Persekutuan perlu memahami dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil, adalah penting untuk terus membangunkan ekonomi dalam negeri.

Cara terbaik, katanya untuk meningkatkan permintaan dalam negeri adalah dengan meningkatkan pendapatan di kalangan rakyat di negara ini.

Tuan Ibrahim: Hasan Ali Bukan Lagi Ahli PAS

Posted: 17 Jan 2012 01:11 AM PST

Oleh Naeem Raffi


SHAH ALAM : Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali yang di pecat 8 Januari bebas untuk membuat sebarang kenyataan dan tindakan peribadi memandangkan beliau bukan lagi menjadi ahli PAS.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Hasan tidak mempunyai halangan melancarkan siri ceramahnya ke seluruh negara bagi mendedahkan kononnya terdapat kumpulan 'parasit' dalam PAS.

Beliau menyifatkan usaha tersebut sebagai satu tindakan pribadi kerana ia adalah diluar kawalan dan tanggungjawab parti.

"Kita berlapang dada untuk Hasan meneruskan ceramahnya, kerana beliau bukan lagi ahli PAS dan tidak ada kena-mengena dengan kepimpinan PAS.

"Terpulang kepada orang ramai untuk percaya atau tidak dengan dakwaannya itu, kita tidak boleh halang kerana jelas beliau bukan lagi Ahli PAS," katanya.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim tidak menafikan hak Hasan Ali untuk membuat sebarang keputusan, dan pada masa sama perlembagaan PAS memperuntukkan ahli yang dipecat boleh merayu kepada Majlis Syura dalam tempoh 30 hari, namun terserah kepadanya untuk membuat keputusan.

Hingga ke saat ini Hasan di dakwa tidak mengemukakan sebarang rayuan berhubung pemecatan beliau. Tarikh rayuan tersebut berakhir 7 Februari depan.

Hasan pada sidang medianya semalam berkata, beliau akan mendedahkan kumpulan 'parasit' dalam PAS pada program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan.

Hasan mendakwa, kumpulan itu memainkan peranan memesongkan PAS dari perjuangan Islam.

Hasan juga membayangkan, kumpulan berkenaan menduduki jawatan penting dalam parti dan antara lainnya mereka berjaya mengubah hala tuju PAS termasuk dalam isu pemecatan beliau daripada parti itu.

Ketika dihubungi TVSelangor, Tuan Ibrahim berkata, tidak pernah wujud kumpulan 'parasit' dalam kepimpinan PAS seperti yang didakwa bekas Exco Hal Ehwal Islam negeri Selangor itu.

Kenyataan Hasan tersebut juga dianggap tidak munasabah kerana sebarang keputusan parti perlu menerusi perbincangan dalam mesyuarat tertinggi.

"Kita ada majlis syura yang akan menentukan dasar parti dan perkara yang besar pula akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

"Jadi dakwaan yang mengatakan wujud kumpulan perosak itu antara punca beliau dipecat langsung tidak boleh diterima, kerana keputusan besar dalam parti adalah keputusan bersama bukannya keputusan antara kumpulan,"katanya.

Dalam perkembangan sama, Tuan Ibrahim berkata keghairahan media arus perdana mengambil kesempatan dengan mendampingi bekas ahli pembangkang sudah diramal.

Namun, bagi PAS, ia tidak menjejaskan perjalanan mereka untuk terus memberi fokus kepada pilihanraya yang bakal tiba tidak lama lagi.

"Fenomena biasa, kalau beliau (Hasan) kritik PAS, media arus perdana akan membuat liputan, tidak ubah seperti apa yang berlaku kepada Zulkifli Nordin dan beberapa pemimpin lain ,"jelasnya.

Hasan dakwa Anwar akan halalkan homoseksual

Posted: 17 Jan 2012 01:06 AM PST

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR— Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti ditolak oleh semua rakyat Malaysia kerana pemimpin PKR itu akan melakukan sesuatu terhadap undang-undang menentang homoseksual jika dipilih mentadbir kerajaan persekutuan, demikian dakwa Datuk Dr Hasan Ali.

Bekas ketua PAS Selangor itu berkata, itu merupakan sebab mengapa dia tidak boleh bekerja atau menghadiri perbincangan empat mata dengan pemimpin pembangkang tersebut, dan temubual baru-baru ini antara Anwar dengan BBC menunjukkan dia mempunyai "pandangan peribadi" berhubung isu tersebut.

"Ini ialah sebab mengapa saya tidak boleh bekerja dengannya. Ini adalah faktor mengapa rakyat Malaysia perlu menolak Anwar.

"LGBTs (lesbian, homoseksual, dwiseksual dan transeksual) disahkan di Malaysia! Tuhan melarang! Saya boleh melihat keadaan yang sukar jika perkara itu berlaku," Hasan (gambar) memberitahu pemberita di sini.

"(Dia) akan menjadikan perkara itu 'halal'. Tuhan melarang, dan masyarakat akan berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir jika itu berlaku.

"Pandangan-pandangan dalam temubual bersama BBC mencerminkan pandangan peribadinya," tambah anggota Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini lagi.

Selepas dibebaskan meliwat bekas pembantunya, Anwar telah dituduh menjadi penyokong hak-hak homoseksual, dengan Umno mendakwa memiliki bukti-bukti Anwar berkata demikian semasa satu temubual dengan rangkaian televisyen BBC baru-baru ini.

Mingguan Malaysia memetik pemimpin Pembangkang sebagai berkata semasa temubual bersama BBC itu, undang-undang dan hak-hak homoseksual di Malaysia dianggap "purba" dan "bukan berkaitan."

Wartawan BBC telah meminta Anwar mengulas sama ada menolak idea anti diskriminasi dan hak-hak homoseksual, di mana dia telah dituduh berkata "kami perlu mengkaji semula beberapa undang-undang purba kami."

"Kami orang Islam dan bukan Islam di Malaysia pada umumnya percaya dan komited menyokong kesucian perkahwinan antara wanita dan lelaki, tetapi kami tidak sepatutnya dilihat untuk menjadi punitif dan mempertimbangkan undang-undang purba seperti berkaitan," kata Anwar kepada BBC.

Tetapi petikan tambahan pemimpin de facto PKR ttidak dinyatakan Utusan and Berita Harian.

Anwar juga berkata Pakatan Rakyat (PR), "kami tidak menggalakkan homoseksual, dan kami tidak perlu meminta maaf untuk itu."

Hasan berkata, jawapan Anwar semasa temuduga itu sahaja menunjukkan mengapa tekaannya terhadap pemimpin de facto PKR itu ialah "sah."

"Tujuan saya sangat mulia, saya rasa hanya Allah akan tahu," kata Hasan.

Dia menuduh Anwar gila kuasa, dan berkata PR gagal dalam rampasan kuasa pada 16 September, di mana Anwar telah berjanji akan berlaku pembelotan beramai-ramai dari Ahli Parlimen Barisan Nasional, terutama yang dari Sarawak dan Sabah.

"Jadi, saya atau Anwar yang gila kuasa? Saya berada di puncak kuasa sebagai satu exco, tetapi saya bersetuju untuk dikorbankan," tambah Hasan.

Isytihar aset: SPRM sambut baik cadangan, TI-M kata kakitangan awam juga perlu

Posted: 17 Jan 2012 01:05 AM PST


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambut baik cadangan Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria agar kesemua hakim mengisytiharkan harta masing-masing bagi menentukan ketelusan dan integriti badan kehakiman.

"Suruhanjaya ini menyambut baik dan berpandangan tindakan mengisytihar harta oleh hakimhakim adalah satu tindakan yang dijangka dapat memperkasakan integriti institusi kehakiman di negara ini.

"SPRM dari semasa ke semasa sentiasa bersedia membantu mana-mana agensi awam dan swasta dalam mengkaji dan memberi nasihat ke atas sistem dan prosedur untuk penambahbaikan atau memperkenalkan system dan prosedur baru untuk meningkatkan integriti institusi ini," kata SPRM dalam satu kenyataan.

Sebelum ini Ariffin seperti yang dilaporkan beberapa media berkata Jabatan Kehakiman akan bekerjasama dengan SPRM dalam mengisytiharkan harta hakim.

"Satu perkara yang saya fikirkan ialah supaya semua hakim mengisytiharkan harta kami, bagi semua hakim mengisytiharkan mereka," katanya.

Arifin berkata, sebaik saja perisytiharan harta itu dibuat, tindakan selanjutnya terserah kepada SPRM.

"Saya pasti semua anda tidak perlu takut, jadi kita perlu bekerjasama dengan SPRM dalam perkara ini," katanya.

Menurut SPRM, satu unit khas telah dibentuk untuk mengenalpasti

mekanisme yang bersesuaian bagi perlaksanaan dan pemantauan proses pengisytiharan harta hakim selaras dengan Arahan yang ditetapkan dalam Perintah-perintah Am Dan Arahan Pentadbiran 1993.

"Hakim-hakim yang dilantik melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan juga adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan pegawai Awam (kelakuan dan Tatatertib) 1993.

"Suruhanjaya ini sebagai sebuah agensi yang mempromosi amalan integriti dan ketelusan sentiasa menyokong apa sahaja usaha daripada mana-mana agensi yang ingin bekerjasama dengan suruhanjaya ini," katanya.

Sementara itu Presiden ransparency International Malaysia (TI-M) Datuk Paul Low berkata selain hakim, semua kakitangan awam sama ada kerajaan, pembangkang atau Bebas perlu mengisytiharkan harta masing-masing.

"TI-M percaya gambaran sebenar, liabiliti, pinjaman dan hutang juga akan dapat didedahkan.

"Pendedahan ini akan meningkatkan keyakinan rakyat Malaysia dan pelabur asing terhadap integriti, tanggungjawab dan pentadbiran yang baik," katanya.

Dr Rani tiada masalah dengan pihak Istana, peluang dilantik exco cerah, kata PAS Selangor

Posted: 17 Jan 2012 12:58 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER



KUALA LUMPUR — PAS Selangor menegaskan Dr Abd Rani Osman tidak mempunyai sebarang masalah dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sehingga boleh menjejaskan peluang dilantik sebagai exco kerajaan negeri yang baru menggantikan Datuk Dr Hasan Ali.

Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata selama ini hubungan parti Islam itu dengan pihak Istana baik malah Abd Rani selaku pesuruhjaya negeri juga sentiasa menjaga baik hubungan itu.

"Kita menghormati pihak Istana dan hubungan kita baik...tiada masalah langsung, selain itu kita tidak pernah ada sebarang masalah dengan Istana dan tiada isu antara pimpinan PAS Selangir dengan pihak Istana.

"Malah pandangan yang dikemukakan Dr Abd Rani (gambar) juga tiada masalah, hubungan dengan Istana sentiasa dijaga dan saya rasa isu ini sengaja ditimbulkan untuk mempengaruhi pihak Istana (dalam membuat keputusan)," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Utusan Malaysia hari ini bahawa Abd Rani berkemungkinan menghadapi kesukaran untuk mendapat perkenan Sultan Selangor bagi dilantik sebagai exco berikutan pertikaiannya berhubung isu tauliah mengajar selain kritikan beliau terhadap pengagihan bantuan zakat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kepada kerajaan negeri Perlis.

"Itu hanya cakap-cakap orang di bawah, kita minta cerita atau spekulasi yang ditimbulkan ini dihentikan...kita serahkan kepada menteri besar dan Tuanku untuk membuat penilaian," tambah Mohd Khairuddin.

Selain itu, beliau menambah PAS Selangor sebulat suara mencadangkan Abd Rani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru untuk menggantikan Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat keanggotaannya.

"Kita (PAS Selangor) sebulat suara mencadangkan pesuruhjaya (Abd Rani) untuk menggantikan Dr Hasan dan setakat ini kita lihat tiada masalah dengan cadangan itu.

"Kita hanya berikan satu nama sahaja kepada kepimpinan PAS pusat, tapi kita masih belum dapat sebarang maklumat terbaru daripada PAS pusat dan juga menteri besar," katanya.

Pelantikan exco yang bakal menggantikan Hasan akan diumumkan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim esok yang akan diadakan serentak dengan upacara mengangkat sumpah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Abd Rani menjadi pilihan untuk menggantikan Hasan yang sebelum ini memegang jawatan Pengerusi Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Selain mengatakan peluang Abd Rani akan terjejas, Utusan Malaysia juga mengatakan Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi disebut-sebut akan menggantikan kekosongan ditinggalkan Hasan.

Mohd Khairuddin berkata Sultan Selangor akan menilai dan membuat keputusan terbaik dalam melantik exco yang baru.

"Kita yakin Tuanku akan menilai dengan baik dan membuat keputusan yang tepat," katanya.

Hasan dipecat keanggotaannya pada 8 Januari lalu kerana berulang kali mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang bertentang dengan dasar parti Islam itu.

Beliau dilihat tidak akan mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama walaupun diberikan tempoh 30 hari sehingga 7 Februari depan.

Hasan merupakan Adun Gombak Setia.

NFC Jamin Mampu Bayar Balik Pinjaman

Posted: 17 Jan 2012 12:46 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Perbadanan Fidlot Kebangsaan Sdn Bhd (NFC) pada Selasa menjelaskan bahawa mereka kini telah bersedia untuk membayar semula ansuran pinjaman dengan kerajaan sebagaimana yang ditetapkan dalam perjanjian.

Menurut NFC, perjanjian pinjaman di antara mereka dengan Kerajaan yang diwakili oleh Kementerian Kewangan telah ditandatangani pada 6 Disember 2007, dan bukannya pada tahun 2010 sebagaimana yang dilaporkan oleh banyak pihak.

Pinjaman pertama berjumlah RM7 juta kata NFC diterima pada Januari 2008.

Proses ini kata NFC mematuhi segala prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan.

Pengarah Eksekutif NFC, Wan Shahinur Izmir dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pagi Selasa berkata, satu lagi perjanjian berasingan berhubung pelaksanaan projek pusat NFC itu telah ditandatangani di antara NFC dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 8 Mac 2010.

Menurut Wan Shahinur Izmir, di bawah perjanjian pinjaman tersebut, NFC dijadualkan untuk membayar semula pinjaman mereka mulai tahun ini.

"Pihak syarikat berkeyakinan penuh bahawa keperluan untuk memenuhi syarat-syarat sepertimana yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut akan dapat ditunaikan oleh syarikat sebagaimana yang diprojekkan," katanya lagi.

Malah katanya, untuk bulan ini sahaja (Januari), permintaan untuk daging lembu telah mencecah RM1.9 juta.

Permintaan untuk daging lembu dan produk yang berkaitan dengannya meingkat sehingga 100 peratus setiap tahun.

"Kemudahan pinjaman yang diluluskan kepada NFC pada tahun 2007 adalah berjumlah RM250 juta, iaitu untuk merancang, membina, mengekalkan dan mewujudkan jaringan pengeluaran daging negara yang bersepadu sehingga membolehkan negara ini mengeluar dan menghasilkan produk daging ke tahap 40 peratus.

"Dalam membina perniagaan ini yang kini telah memasuki tahun keempat operasinya, kami telah meletakkan NFC di kedudukan yang membolehkan kami melaksanakan satu projek berimpak tinggi yang meliputi penghasilkan produk komersil pertanian berskala besar, mewujudkan ladang fedlot satelit serta program lain yang dapat menyokong pengeluaran produk daging lembu," katanya lagi.

Menurut beliau, perjanjian pinjaman yang ditandatangani pada tahun 2007 itu meliputi pembayaran balik untuk tempoh 20 tahun dengan tempoh tangguh selama tiga tahun.

Beliau juga menjelaskan, semua lembu yang dipelihara oleh NFC adalah dari baka Australia bagi memastikan daging yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi.

Sehingga sekarang, NFC telah membekalkan daging kepada pasar raya besar, pasar raya, pasar mini, pasar basah, pembekal daging proses, hotel, restoran dan kafe yang menyediakan hidangan daging.

Katanya, perniagaan NFC mempunyai kapasiti dan keupayaan untuk berkembang maju dengan syarat ia mempunyai rumah penyembelihan yang mencukupi untuk memenuhi permintaan mereka yang tinggi.

Dalam konteks ini, NFC sedang membina pusat penyembelihan lembu yang kedua terbesar di negara ini dalam usahanya untuk memenuhi permintaan tersebut.

Malah kata beliau, misi NFC kini adalah untuk meningkatkan pengeluaran daging domestik iaitu dari 20 peratus kepada 40 peratus menjelang 2015.

"Kami mempunyai tempoh tiga tahun lagi untuk memenuhi permintan tersebut dan rumah penyembelihan yang sedang kami bina ini akan mampu mengendalikan sehingga 200 penyembelihan sehari.

"Bersama-sama projek ini juga, kami turut mewujudkan model perniagaan perladangan lembu yang membolehkan kami memberikan manfaat dan faedah kepada 150 usahawan penternakan lembu di dalam negara," tambah beliau lagi.

Model perniagaan yang NFC bina ini menurut Wan Shahinur adalah berkonsepkan skim FELDA yang membolehkan usahawan yang mengambil bahagian turut meningkat maju bersama 'master developer'.

Dalam konteks ini jelasnya lagi, sebaik sahaja sistem perladangan kontrak ini bergerak sepenuhnya pada tahun 2015 nanti, NFC menjangkakan yang mereka akan dapat menyembelih 186,000 ekor lembu setahun.

Menurut Wan Shahinur, industri ini sebenarnya bernilai RM1.5 bilion.

NFC didirikan di atas tanah seluas 1,500 ekar di Gemas, Negeri Sembilan yang dipajak daripada kerajaan negeri. NFC mempunyai 100 orang kakitangan pelbagai peringkat termasuklah outlet restorannya bernama Meatworks.

Buat masa ini, mereka mempunyai dua outlet restoran di sini dan sebuah di Singapura.-mStar

Wang zakat sudah tidak selamat: Jamil Khir dan Umno tidak lagi takut pada Tuhan

Posted: 17 Jan 2012 12:42 AM PST

Nawawi Mohamad, Malaysia Chronicle


Wang zakat adalah untuk keperluan mereka yang miskin tetapi ada segelintir umat Islam Melayu fikir ini boleh digunakan untuk membayar yuran guaman peguam yang mahal.

Sekiranya kita bertanya dikalangan Pakcik dan Makcik atau pelajar-pelajar sekolah menengah sekalipun, mereka juga tahu bahawa wang zakat tidak boleh sama sekali digunakan untuk tujuan ini.

Apabila Mufti Wilayah Persekutuan, Wan Zahidi berkata bahawa wang zakat boleh digunakan untuk membayar yuran guaman Jamil Khir Baharom, umat Islam dan masyarakat Melayu terkejut dan hairan. Mereka terus menuduh mufti tersebut tunduk kepada ahli politik dan mengutuknya dengan keras-sememangnya dia layak menerima kutukan-kutukan itu.

Siapa nak hormat Mufti Malaysia sekarang?

Mufti yang berilmu itu mungkin mempunyai pendapatnya sendiri tetapi perkara yang berat sebegini harus dibicarakan oleh golongan agama yang berilmu dahulu dan diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengelakkan kekeliruan dan memburukkan imej Islam dan semua mufti di Malaysia.

Kenapa Wan Zahidi memberi komen itu dengan sendirinya? Kenapa dia sibuk menjadi 'lone ranger'? hanya satu sahaja kemungkinan iaitu dia digunakan oleh UMNO. Jamil adalah Menteri Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan Perdana Menteri- seorang yang berkuasa dalam melantik atau menggugurkan seseorang dari jawatannya.

Ada diantara musuh Wan menuduhnya menjadi sebahagian daripada skandal itu. Dia telah gagal menunjukkan hikmah dan kepimpinannya seperti yang perlu ada pada setiap mufti. Apabila terdapat banyak kekeliruan berkenaan Islam di Malaysia termasuk juga agama lain, dia sepatutnya bertindak dengan lebih bijak dan berhati-hati.

Adakah kerana dia mahukan focus lebih kepada dirinya kerana cemburukan Mufti Perak,

yang paling disegani Harussani atau Mufti Perlis, Dr Juanda ataupun pilihan ramai, bekas Mufti Perlis

, Dr Asri. Mungkinkah Wan telah pun dipengaruhi oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dan mahu meraih reputasi sebagai lain dari yang lain. Sesungguhnya, hanya Wan sahaja yang tahu apakah motif sebenarnya disebalik komen tersebut. Jadi, dia harus menerima akibatnya.

Minta maaf dan letak jawatan

Mufti Wan perlu membuat penjelasan tentang isu tersebut dan jika dia mendapati dirinya bersalah, dia harus minta maaf dan yang paling afdal baginya adalah meletak jawatan walaupun baginya ia adalah sesuatu yang amat berat, namun itu adalah kesilapannya sendiri. Dia harus bertanggungjawab dengan bermaruah dan menerima akauntabiliti itu. Mata penganut agama lain sedang memerhatikannya dan orang Islam tidak patut membiarkan agama dipermainkan oleh mereka yang hanya mahu cari makan sahaja.

Ya, ia memang nampak kasar. Tapi, tiada cara lain untuk menterjemahkan kelakuan Wan itu, cari makan sahaja.

Ini adalah kebiasaan di dalam UMNO, menggunakan agama untuk agenda sendiri. Pada 6 Januari yang lalu, UMNO sekali lagi menggunakan Khutbah Jumaat untuk memberitahu orang Islam bahawa apa jua bentuk demonstrasi jalanan yang mengugat keamanan, keharmonian dan keselamatan Negara adalah haram- tidak dibenarkan dalam Islam dan berdosa.

Tapi khutbah itu tidak pula memberitahu bahawa UMNO lah yang boleh menentukan apa yang boleh menggugat keamanan, keharmonian dan keselamatan Negara. Khutbah UMNO itu juga lupa menyentuh tentang korupsi, salahlaku pemimpin termasuk salah guna wang zakat, membazirkan wang rakyat, mencuri hak rakyat termasuk pembunuhan Altantuya dimana dua pengawal peribadi Perdana Menteri Najib Razak telah dihukum gantung dan ini bukanlah khabar angin sahaja- semuanya perbuatan salah dan berdosa.

Memupuk kebencian antara Islam dan agama lain

UMNO bukan sahaja menggunakan Islam dan orang Islam untuk maksud politik dan mencari lebih wang tetapi menggunakan orang Kristian dan agama Kristian itu sendiri untuk memburukkan imej Gereja. Ia telah menuduh orang Kristian menyesatkan orang Islam dan menggunakan kabajikan untuk memancing orang Islam. Ini adalah supaya orang Islam akan menyokong UMNO dalam usahanya memusnahkan 'ancaman' orang kafir ini. Jahat? Ya, dan lebih dari itu, berdosa besar.

Perkara yang sama juga berlaku ke atas orang Hindu. Dengan UMNO memprovokasi mereka dengan memusnahkan kuil mereka dan mengheret kepala lembu di jalanan semata-mata untuk menghina komuniti itu. Provokasi ini juga akan mencetuskan ketegangan di antara orang Hindu dan Islam.

Sebelum bermulanya tahun baru, beberapa kepala babi dijumpai diluar kawasan sebuah masjid. Empat orang telah ditahan berikutan kejadian itu tetapi Johor- kerusi panas PRU ke 13-sedang hebat merancang satu lagi ketegangan antara orang Melayu dan Cina yang dijangka akan mengundi Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Ketua pembangkang Anwar Ibrahim.

Penyalahgunaan yang keterlaluan

Ya, UMNI telah menjadi begitu hina sekali akibat keterdesakan. Seperti yang dinyatakan oleh Anwar, UMNO sudah tidak takut pada tuhan. Tidak pernah dalam sejarah, agama disalahgunakan ketahap ini hanya untuk memastikan sesebuah parti politik masih berkuasa.

UMNO tidak hanya menggunakan agama dengan serndirinya, mereka menggunakan untuk merancang strategi kotor untuk menarik perhatian dan memenangi sokongan dengan apa jua cara. Seperti yang telah ditunjukkan dalam isu zakat Jamil Khir- UMNO tidak lagi takutkan Tuhan.

Mufti, Mufti apa dah jadi?

Kata-katamu mengguris kalbu

Kata orang Melayu sudah "celaru"

Nak salahkan siapa jika bukan dirimu?

Bukan salahku jadi tak usah nak tunding jari,

kau dipetik, dilapor jadilah begini

Usaha kau sia-sia, memang dah pasti

Satu penghinaan buat mereka sakit hati

Dengan terburu-buru

kau sokong kerja PPZ yang memang tak patut

Sebelum ini berdiam diri dan saiz pun kecut

Namun kau bisa berfikir, tenang dan bijak.

Seperti mana seorang imam sepatutnya bertindak

Kepada hukuman, kerakusan orang berkuasa

kau nak kena jawab dengan Yang Maha Esa

Berbuat baiklah pada orang Malaysia, tak kira Kristian, Islam dan Yahudi

Kepada semua kau mesti hormati

Sama ada orang berada, datuk atau datin

Untuk orang biasa kau pun mesti prihatin.

Mungkin kepalamu didalam UMNO atau berada di alam nyata?

Menghirup teh sambil berkata 'ya'?

Atau sedang berbincang nasib masyarakat yang merintih?

Walau apa pun, daku harap kau tak pilih bulu

Kerna bukankah itu ynag sepatutnya buatmu?

Ku tahu berat tugasmu, banyak perjuangan kecil yang tak bisa ku nampak

Dan kau sentiasa ada dihati umat, walau di mata engkau memang tak nampak

Harapan kami, teman kami, dan paling utama sahabat kami.

Bisakah kau beri keputusan bijak dan adil nanti.

Jika keadilan ditegakkan, jadi semuanya bisa beres kan?

Dan bicaramu, integritimu tidak bahan jolokan.

Mufti, Mufti di manakah dirimu sebenarnya? Malaysia Chronicle

10 berita paling popular minggu lalu

Posted: 17 Jan 2012 12:41 AM PST

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR, 16 Berita berkaitan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemecatan Datuk Dr Hasan Mohd Ali menjadi berita paling popular dalam Harakahdaily sepanjang minggu lalu (8-14 Januari).

Berikut adalah 10 berita paling popular minggu lalu sebagaimana yang dipilih oleh peminat facebook Harakdaily.

1) Marah keputusan mahkamah, banner jadi mangsa

2) PAS pecat Hasan Ali

3) Rashid, Husam dedah misteri dakwat kekal PRU12

4) Mengapa saya pilih ungkapan 'Mampus Umno'?

5) Saari Sungip dipanggil dan diberi amaran

6) Pembaca berita TV3 mohon maaf, tersasul sebut Anwar

7) Pengiring Anwar terkena suntikan beracun

8) Rumah Wardina dirompak, suami dipukul

9) Utusan cuba sensasikan 'kesalahan' muslimat PAS

10) Jumpa Hasan: Ismail Kamus mahu saman media

PAS hantar calon ganti Hasan kepada MB Selangor

Posted: 17 Jan 2012 12:40 AM PST

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR - PAS Pusat telah menghantar nama calon bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor kepada Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 12.30 tengah hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, beliau menghantar nama calon berkenaan telah menerima nama itu daripada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"PAS Pusat telah buat keputusan tentang orang yang akan menggantikan Datuk Hasan Ali dan saya telah menerima nama itu daripada Presiden dan nama itu telah pun saya maklumkan kepada Pejabat Menteri Besar Selangor sekitar pukul 12.30 tengah hari.

"Dan saya pun dah berhubung Pejabat Menteri Besar dan dah dimaklumkan mereka terima makluman itu," katanya kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau bagaimanapun tidak bersedia mendedahkan nama calon yang dicadangkan itu.

"Tapi untuk hari ini, saya rasa saya tak sedia untuk memaklumkan nama itu sekarang kerana urusan selanjutnya urusan kerajaan negeri dengan DYMM Sultan Selangor," ujarnya lagi.

Jelasnya, terserah kepada pihak-pihak berkenaan untuk mengambil langkah selanjutnya.

Semalam, beliau memberitahu Presiden PAS akan membuat keputusan calon bagi menggantikan Hasan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau berkata, nama itu akan beliau sampaikan kepada Menteri Besar Selangor.

"Kita jangka, jika tidak ada sebarang masalah, mesyuarat Exco Selangor Rabu ini akan mendapat anggota baru dari PAS," katanya.

Hasan dipecat daripada menjadi ahli PAS pada 8 Januari lepas oleh Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau bagaimanapun berpeluang membuat rayuan terhadap keputusan itu kepada Majlis Syura Ulamak dalam tempoh 30 hari selepas dipecat.

Bagaimana pun, malam semalam Hasan membuat keputusan tidak akan merayu. Ia diumumkan beliau dalam satu majlis di Gombak.

Pada 13 Januari lepas, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan perlantikan exco kerajaan negeri yang baru bagi menggantikan Hasan akan diadakan pada 18 Januari nanti di Istana Kayangan, Shah Alam.

Beliau yang hadir pada sidang media selepas mengadap Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberitahu pertemuan tersebut adalah bagi membincangkan status kedudukan Hasan yang tidak lagi menjadi ahli PAS.

Tiada ulasan: