Biaqpila |
- Jangan Terpengaruh Dakyah dan Fitnah Jahat Media UMNO
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 17/1/2012
- Jawapan Kepada Fitnah Blogger UMNO
- VIDEO: ORANG UMNO PUN DAH MENYESAL PANGKAH BN
- NAJIB DALAM BAHAYA?
| Jangan Terpengaruh Dakyah dan Fitnah Jahat Media UMNO Posted: 17 Jan 2012 02:00 PM PST –Kenyataan Media Untuk Edaran Segera— 17hb Januari 2012 Jangan Terpengaruh Dakyah dan Fitnah Jahat Media UMNO Seusai pembebasan Dato' Seri Anwar Ibrahim dari pertuduhan fitnah pada 9hb Januari 2012 yang lalu, media yang dikongkong UMNO terus memintal fitnah baru demi menjejaskan wibawa beliau sebagai seorang muslim, rakyat Malaysia dan pemimpin Pakatan Rakyat. Beberapa hari kebelakangan ini, Dato' Seri Anwar Ibrahim dilontar pula dengan tohmahan bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis) di negara ini. Fitnah yang dipintal media UMNO seperti Utusan Malaysia itu kononnya dipetik dari jawapan Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya dalam satu wawancara BBC (British Broadcasting Corporation). Sekiranya diteliti jawapan Dato' Seri Anwar Ibrahim itu, ternyata beliau tidak menyebut berhasrat mahu menghalalkan homoseksualiti di negara ini. Saya nukilkan petikan jawapan Dato' Seri Anwar Ibrahim tersebut bersama pautan rakaman wawancara BBC itu: http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714 "We will have to review archaic laws and we, muslims and non muslims generally believe and committed to support the sanctity of marriage between man and woman in Malaysia. but we should not be seen as punitive and consider the archaic laws as relevant. We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain. We will not make apologies towards that. I think to use this sort of legislation to be punitive, punish innocent people cannot be condoned and be tolerated." Berdasarkan jawapan dan petikan itu, pertamanya, ditegaskan sebagai orang Islam, kita menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan. Dato' Seri Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis). Walaubagaimanapun beliau berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak. Undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun. Saya ingin menyeru supaya semua pihak merujuk kenyataan atau jawapan tersebut dan tidak dipengaruhi dakyah jahat media UMNO. Justeru saya juga menyeru agar jangan sesiapapun bersekongkol subahat memintal fitnah ini kononnya atas nama perjuangan Islam. Perjuangan Islam tidak sama sekali membenarkan fitnah sedemikian. YB HJ AHMAD BIN KASIM, Ahli Parlimen Kuala Kedah, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, Parti Keadilan Rakyat. sumber KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK | |||
| KEPUTUSAN LIGA SUPER 17/1/2012 Posted: 17 Jan 2012 06:45 AM PST
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
| Jawapan Kepada Fitnah Blogger UMNO Posted: 17 Jan 2012 04:00 AM PST Jawapan Kepada Fitnah Blogger UMNO Dari TKM1 Pulau Pinang. ![]() Tajuk yang disiarkan oleh Blog pencacai UMNO yang suatu masa dulu pernah melemparkan fitnah terhadap anak Guan Eng bukanlah merupakan satu soalan tapi lebih kepada satu tuduhan. Lihat tanda seruan yang terdapat di akhir tajuk.. ‘KANTOI ! Timbalan Ketua Menteri PKR Penang Miliki Rumah Kos Rendah!’. Aku tulis tu sebab ada pencacai UMNO yang mengatakan blogger tersebut hanya bertanya bukannya menuduh, lihat komen pada printscreen di bawah.. ![]() Bodoh rupanya pencacai-pencacai UMNO ni.. aku ingatkan kebanyakkan mereka tak faham Bahasa Inggeris, rupanya Bahasa Malaysia sendiri pun tak faham.. Ini jawapan Timbalan Ketua Menteri I (TKM I), Datuk Mansor Othman mengenai fitnah pencacai UMNO tu.. Mansor beli rumah murah sebelum jadi TKM GEORGETOWN - Timbalan Ketua Menteri I (TKM I), Datuk Mansor Othman menjelaskan bahawa rumah kos rendah berharga RM25,000 dibeli pada tahun 1980-an dibina oleh pemaju swasta. Beliau berkata rumah itu dibeli kira-kira 30 tahun lalu ketika menjadi pensyarah Universiti Sains Malaysia iaitu sebelum menjadi TKM1. “Saya membeli rumah kos rendah itu ketika saya masih menjadi pensyarah di USM iaitu pada 1980-an. Rumah itu bukan projek Kerajaan Negeri tetapi ia milik pemaju swasta. "Oleh itu, tiada apa yang perlu dipertikaikan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam. Mansor yang juga Pengerusi PKR Pulau Pinang diminta mengulas entri pengendali blog Media Intelek Melayu (MIM), Dr Novandri Hasan kelmarin yang mempertikai bagaimana Mansor boleh memiliki rumah seumpama itu, yang kebiasaannya diperuntukkan kepada penduduk berpendapatan rendah . Novandri mempertikaikan aet yang dimiliki Mansor dan hairan bagaimana Mansor boleh mempunyai sebuah rumah kos rendah bernilai RM25,000. Novandri turut mempertikaikan kelayakan Mansor untuk memiliki rumah flat itu yang hanya layak dimiliki oleh golongan miskin dan ia dianggap tidak logik kerana Mansor mampu membeli Toyota Camry berharga RM140,000 dan memiliki saham Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM157,819 - Sinar Harian darisungaiderhaka KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
| VIDEO: ORANG UMNO PUN DAH MENYESAL PANGKAH BN Posted: 16 Jan 2012 11:00 PM PST DEY MACHA!!! BARU SEKARANG DEPA NAK SEDAQ TAPI ALHAMDULILLAH LA SEDAQ JUGAK KITA MINTAK SEMUA RAKYAT AKAN SEDAQ KITA KASI BUNGKUIH ITU UMNOBN KAH! KAH! KAH! KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
| Posted: 16 Jan 2012 05:34 PM PST ![]() Tu dia aihh,penuh kat tangga...ataih bumbung pun ada..semua sokong Anwar.Xnampak? Klik untuk besaqkan gambaq tu. DEY MACHA!!! BAHAYA SEBENAQ YANG MENGANCAM NAJIB, BUKAN KERANA ADA MAHASISWA NAK BOM HELIKOPTER DIA, PASAI KALAU BETOI MAMAT TU NAK BOM DIA, TAKKAN LA NA BAGI TAU DALAM FACEBOOK, TAK KE BANGANG PUNYA KERJA TU, YANG PASTI MAHASISWA TU DAN RAMAI LAGI MAHASISWA DAH MELUAT DENGAN NAJIB, KAH! KAH! KAH! BUKAN SAJA MAHASISWA, KAKITANGAN KERAJAAN PUN RAMAI DAH MELUAT, TENGOK GAMBAQ KAT ATAS TU, KAH! KAH! KAH! INILAH BAHAYA SEBENAQ BUAT NAJIB, PRU DAH NAK KENA BUAT, DUIT BANTUAN DAH BAGI, I DAH HELP U TAPI U TAK HELP ME, INI LAGI BAHAYA LA BEB... TENGOK PULAK GAMBAQ KAT BAWAH NI KAH! KAH! KAH! ![]() Ni pulak gambaq kat ceramah PR di Gemas,Negeri Sembilan semalam... Kat bawah ni suasana ceramah di Tapak Ekspo Seberang Jaya,P.Pinang pada 9.1.12 ![]() ![]() Published with Blogger-droid v1.7.4 KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan