Ahad, 15 Januari 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tindakan Hasan Akidah sebenarnya yang drastik - bukan PAS

Posted: 15 Jan 2012 08:03 AM PST

Apabila PAS mengambil keputusan memecat Hasan Akidah, pada mulanya, beliau cuba meraih simpati jemaah dengan hanya menyatakan rasa sedih kerana usahanya memperjuangkan agama Islam selama ini dibalas dengan tindakan pemecatan itu. Beliau tuduh tindakan PAS itu adalah drastik.

Bersungguh-sunguh Hasan Akidah cuba meletakan dirinya sebagai manusia paling suci dalam perjuangan Islamnya dengan berkata "Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa amat kotor, ini yang saya perjuangkan.

Sebenarnya, tindak laku Hasan Akidah itu sendirilah yang patut dikira drastik. Tetapi beliau cuba pula menyalahkan orang lain dan memilih Anwar Ibrahim untuk dipersalahkan bila PAS memutuskan untuk memecat beliau.Terkini beliau berkata , perjuangannya di dalam PAS dikhianati khususnya oleh sekumpulan 'parasit' yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain.Semua orang salah, dia seorang sahaja yang botol!

Ya, ini-lah kerja seorang pejuang Islam bernama Hasan Akidah - Menghasut orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan 901 untuk menyokong Anwar dan menganggapnya sebagai membuang masa. Sikap menghasut ini selari dengan sikap PERKASA dan pencacai Umno yang turut membantah perhimpunan tersebut.Waima Presiden PAS sendiri telah buat kenyataan untuk turut hadir.Bukankah lebih baik kalau Hasan Akidah tutup mulut busuknya itu?

Sekiranya benar Hasan Akidah seorang pejuang Islam yang sejati, beliau patut menerima hakikat bahawa hanya Allah yang tahu sama ada kes liwat yang sebenarnya yang berlaku di antara Anwar dan Saiful kerana tiada saksi mata sama sekali.

Tentunya Hasan Akidah menyedari bahawa menabur fitnah, melemparkan tuduhan keji (zina/liwat) tanpa pembuktian secara syar`i (menghadirkan empat orang saksi yang adil dan berwibawa) merupakan kesalahan jenayah qazaf yang membawa hukuman deraan fizikal lapan puluh kali sebatan. Cara pembuktiannya hanya satu : hadirkan empat saksi, dan tidak lain daripada itu.Dalam kes seperti ini pembuktian dengan cara bersumpah sama sekali tidak relevan.

Apakah Hasan Akidah mahu ikut bersekongkol dengan penabur fitnah yang keji begini?

Bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya, dalam hal ini pembuktiannya harus berdasarkan hukum syara`. Pembuktian yang tidak dilakukan secara syara` adalah tidak sah.

Anwar Ibrahim, atau siapa sahaja yang dilempari tuduhan qazaf (menuduh liwat dan zina) tanpa pembuktian secara syar`i berhak membela diri dan menuntut keadilan berasaskan hukum syara'.

Kalau sungguh Hasan Akidah yakin kebobrokan Anwar, kenapa tidak cuba berusaha membantu supaya kes Qazaf Saiful dapat dibicarakan di Mahkamah Syariah?

Gempar - Laksamana Madya Bersara Mengejut !

Posted: 14 Jan 2012 06:44 PM PST


Sangat menarik untuk mengetahui - siapakah dan kenapa? Bila membaca satu laporan tidak resmi di sini yang menyatakan, seorang pegawai kanan berpangkat Laksamana Madya, telah meletakan jawatan baru-baru ini.

Menariknya ialah kerana bukan main calang-calang pangkatnya! Tentu ada rahsia yang tersembunyi disebalik perletakan jawatan tersebut yang dibuat secara luar biasa - dengan tetiba sahaja.

Laporan tersebut tiada menyatakan sebab yang diberikan selain 'hal peribadi' mengenai perletakan jawatan secara tiba-tiba itu.

Menurut laporan itu lagi, seorang pegawai kanan dalam ATM menyatakan, "Perkara ini dijangka akan dibangkitkan pada mesyuarat Majlis Angkatan Tentera, untuk keputusan akhir"

Hanya ada tiga pegawai dalam Tentera Laut yang berpangkat naib laksamana, mereka adalah Timbalan Ketua Tentera Laut Dato' Nordin Mohd Ali, Komander Armada Dato' Jamil Osman dan Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia Ibu Pejabat Dato 'Ahmad Kamaruzzaman Badaruddin.

Sama-samalah kita tunggu laporan yang rasmi nanti.

Tiada ulasan: