Rabu, 11 Januari 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Skandal Terbaru Azalina

Posted: 11 Jan 2012 08:03 AM PST

Bekas seorang menteri wanita didakwa telah menerima wang RM300 ribu dari seorang peniaga berasal dari Johor. Ini adalah dakwaan terbaru oleh blogger TheWhistleblower711 .

Sebelum ini blogger ini menimbulkan 'ribut' dengan mendedahkan rasuah dua pembantu pemimpin tertinggi negara dan seorang Timbalan Menter - Awang Adek Hussin; dan dua pembantu yang bertugas dibawah Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Anai-Anai 3

Posted: 11 Jan 2012 02:11 AM PST



"Semua ahli dan pimpinan parti juga diseru menguatkan kesedaran politik agar tidak mudah dipengaruhi permainan jahat pihak lawan," kata Tuan Ibrahim.

Dalam suasana mencabar ini, tambahnya, semua ahli PAS diseru memperkukuhkan perpaduan dan ukuhwah dalaman parti agar "kita dapat menjauhi kerja yang tidak menguntungkan jamaah dan menumpukan seluruh masa, tenaga dan dana bagi menghadapi persiapan pilihanraya umum yang semakin hampir." Baca lagi di sini

Anai-Anai 2

Posted: 10 Jan 2012 09:10 PM PST



PAS menegaskan pemecatan keanggotaan Datuk Dr Hasan Ali sebagai ahli parti itu bukan berpunca daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi kerana kesalahan sendiri.

Ketua Penerangan PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Anwar tiada kaitan dengan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat kelmarin.

"Banyak sebab lain dan untuk memecat keanggotaan ahli ia melibatkan barisan kepimpinan parti dan langkah ini diambil disebabkan tindakan-tindakan yang dianggap merugikan parti.

"Keahlian boleh dipecat jika melakukan tindakan merugikan parti... Anwar tiada kena mengena dalam membuat keputusan dan ia tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak kerana keputusan ini dibincangkan dan dicapai secara bersama," katanya di sini

Anai-anai 1

Posted: 10 Jan 2012 05:06 PM PST


Updated :
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, soal ahli keluar masuk parti, sama ada dipecat ataupun undur sendiri adalah perkara biasa.

"Memecat ahli tidak memberi apa-apa kecacatan, sebaliknya ada signifikan terhadap semua ahli. Mereka masih boleh gunakan saluran yang ada untuk pertahankan diri. Kerana itu, adanya Majlis Syura untuk kita buka semula kes dan dengar hujah mereka selepas sesuatu tindakan diambil," katanya.

Selain itu, kata Haron, tindakan memecat juga dapat mendidik semua ahli untuk lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan.

Menurutnya, kenyataan yang selari dengan garis panduan dan perjuangan parti tidak akan memberi apa-apa kesan yang negatif.

"Bukan tidak boleh bersuara, tetapi jangan berlawanan dengan parti. Jika sedikit, ia boleh dimaafkan, tetapi jika memudaratkan parti tiada amaran atau teguran, sebaliknya terus dipecat.

"Ini kerana tindakan yang seperti itu boleh mengundang masalah kepada parti," katanya di sini

Tiada ulasan: