Khamis, 26 Januari 2012

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


AUKU tidak perlu dikaji, hapus sahaja

Posted: 26 Jan 2012 09:07 AM PST

Pakar Undang-undang dan Perlembagaan, Prof Dr. Aziz Bari (gambar) menegaskan bahawa Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) tidak perlu lagi dikaji keberkesanannya, yang perlu adalah mansuhkan sahaja.

Beliau yang berkata pada program wacana di kompleks Karangkraf hari ini memberitahu undang-undang yang sedia ada di negara ini sudah merangkumi semua perkara jika seseorang itu melakukan kesalahan samada mahasiswa ataupun mereka yang berada di luar.

"Universiti sekarang perlu fokus kepada sebuah pusat akedemik bukannya mencampuri urusan lain, jika sebuah pusat pendidikan lebih tertumpu kepada apa yang berlaku sekarang saya pasti tahap pendidikan negara ini tidak dapat menandingi universiti di negara-negara luar.

"Kita tidak perlu buang masa untuk mengkaji semula AUKU, kenapa perlu satu pembaziran yang besar dalam kita membuat kajian untuk sebuah pindaan. Tidakkah kita boleh memansuhkannya terus," jelasnya.

Tambahnya lagi, melihat kepada kebangkitan Universiti Malaya sebelum wujudnya AUKU, pentadbiran dan juga pendidikan mereka cukup cantik malah berkesan apatah lagi kedudukannya diperingkat antarabangsa.

"Dalam keadaan sekarang apa perlu kita kekalkan AUKU setelah melihat kemerosotan sistem pendidikan negara, malah pelajar pula menjadi mangsa kepada sebuah akta yang jelas mengekang kebebasan mereka untuk bersuara.

"Malaysia telah cukup dengan segala undang-undang dan juga akta, ini dengan sendirinya kita tidak perlu lagi takut jika berlaku apa-apa perkara diluar jangkaan, kenapa kita ingin menambahkan lagi negara ini dengan akta AUKU ini," sambungnya lagi.

Aziz juga berpendapat, dalam keadaan negara ini juga memperlihatkan sikap pilih kasih yang mana ada pihak akan terlepas dari tindakan jika mereka mendokongi kumpulan pemerintah tetapi sebaliknya akan berlaku kepada mahasiswa yang menentang.

"Kalau AUKU dimansuhkan sekali pun, kita akan melihat terdapat dua perkara akan berlaku yang mana individu yang menyokong pemerintah tidak akan dikenakan tindakan tetapi sebaliknya akan berlaku kepada pihak yang menentang.

"Inilah masalahnya siapa yang mengadakan perhimpunan, pemerintah sudah pasti boleh memilih siapa yang perlu dikenakan tindakan," katanya lagi.

Kata Aziz lagi, terdapat dua pihak yang mempunyai perbezaan pendapat tentang AUKU dan rakyat sendiri mengetahui bahawa secara jelas Barisan Nasional menyokongnya tetapi tidak kepada Pakatan Rakyat, keputusan boleh dibuat pada pilihanraya nanti untuk melihat ia dimansuhkan terus atau masih lagi pada skala pindaan.

"Mahasiswa sudah cukup matang sekarang dan mereka tahu apa yang dilakukannya, kita perlu beri kebebasan kepada mereka dan tidak akan rosak sebuah pendidikan negara jika AUKU dimansuhkan.

"Pendidikan negara akan rosak dan tercemar jika wujudnya campurtangan pihak luar terutamanya mereka yang mempunyai kepentingan di dalam pentadbiran negara yang menentukan sepenuhnya perjalanan akedemik mahupun keputusan dan juga perlantikan seseorang pegawai peringkat tertinggi," sambungnya lagi.

Jelasnya lagi negara yang maju adalah sebuah negara yang tidak mempunyai undang-undang yang banyak bukannya negara yang bangga dengan pelbagai akta serta kekangan.


(Moderator dan anggota penal wacana)
Turut sama  dalam wacana tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Pindaan AUKU/Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamad Maliki Mohd Rapiee, Pemangku Presiden/Naib Censelor Universiti Selangor (UNISEL), Prof Dr Anuar Ahmad, Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa (Aspirasi Malaysia), Mohd Shahar Abdullah.

Manakala moderatornya adalah bekas pemimpin pelajar dan pengacara TV Al-Hijrah, Amin Idris.

Sementara itu pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli bersama beberapa anggota Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) juga turut mengikut wacana tersebut.

GERAK KERJA DS ROSMAH DS NAJIB DALAM MENANGANI ISU WAJAR DIJADIKAN CONTOH

Posted: 26 Jan 2012 06:30 AM PST

Aku Jimat, permainan elektronik kedua paling popular di kalangan aplikasi berbayar Malaysia, nampaknya sudah tidak ada lagi selepas sembilan hari diperkenalkan.

NONEPermainan tersebut yang dipercayai diilhamkan dari watak Datuk Seri Rosmah Mansor - isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak -  nampaknya telah dibuang daripada iTunes App Store Apple.

Malaysiakini telah mendapat maklumat mengenainya semalam.

Pada hari Sabtu, Aku Jimat muncul sebagai permainan kedua paling popular di kalangan aplikasi berbayar di Malaysia selepas beberapa portal berita melaporkan mengenainya.

Permainan itu yang diberikan penarafan lima bintang oleh pengguna, dibangunkan oleh Kumpulan Antartika dan dijual pada harga US$0.99 setiap muat turun.

Tidak diketahui bila aplikasi permainan itu dibuang. Kuasa untuk berbuat demikian terletak di tangan Apple dan pemaju permainan tersebut.

Malaysiakini telah mengirimkan emel pertanyaan mengenai perkara itu kepada Apple,. Bagaimanapun sehingga ini belum mendapat jawapan.
Menurut syarikat pemajunya, permainan itu adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung" sejak kecil dan "lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan".

NONEDengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama ada sebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15, 000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000).

Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$24 juta (RM74 juta).

Setiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan.

Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom.

Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukkan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk "bersara" pada usia 99 tahun.

KRITIK PARTI DAN PENERANGAN PAS: JANGAN SALAHKAN KAMI

Posted: 26 Jan 2012 12:15 AM PST

mengkritik parti dimana manapun seringkali ia akan diberikan satu ayat: kritiklah ikut saluran.

bagi ahli parti atau simpatisan sesebuah organisasi yg jauh dari kepimpinan atau jabatan saluran dalaman itu jauh dari jangkaun,sedangkan yg sudah jadi ajk pun terkadang teguran dan kritikan melalui saluran tidak di indahkan mengapakah kita yg hanya simpatisan atau ahli tahap kacang hendak menuruti kehendak mengikut saluran bila mana saluran dalaman itu tidak berfungsi, atau hanya membakul sampahkan aduan atau kritikan serta saran pesan kita?.


zaman sudah berubah saluran meluahkan rasa tersedia dalam dunia maya yg nyata kesannya, mengapa pula pemimpin tidak berapa suka dikritik secara berdepan sedangkan contoh kita ialah umar ra yg dikritik wanita dihalayak ramai?.

mengenai kepimpinan pemuda PAS pusat dan jabatan penerangan pas pusat, ingatlah dizaman revolusi tanpa internet dulu kala, penggerak revolusi sanggup bersabung nyawa membagi bagikan lembar lembar makalah dan risalah agar maklumat dan sokongan dapat dicapai sesuai hasrat, mengapa anda tidak mahu mencontohi dan memperkasai memulai untuk menebarkan semua maklumat penerangan kepada facebooker blogger atau sesamanya,bukankah ia tidak sesulit membagikan risalah seperti dulu... jangan berdiam diri dengan mengharap para facebooker blogger pergi kepada satu web satu center seharusnya andalah yg pergi mendapatkan mereka para facebooker dan blogger atau sejenisnya.

sikap pemuda pas dalam kepatuhan terhadap pemimpin tidaklah sebaik kepatuhan pemuda UMNO, walau di hina sana dan sini,namun tetap mempertahankan kepimpinan yg di atas, mengapa mereka lebih baik dari ketua pemuda pas yg berpendidikan islam?..















Tiga negeri Pakatan tak akan serah tanah pada FGV

Posted: 25 Jan 2012 10:10 PM PST

Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman berkata tiga negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat - Kedah, Selangor dan Kelantan- tidak akan menandatangani perjanjian untuk menyerahkan tanah kepada Felda Global Venture (FGV).

"Ketiga-tiga negeri Pakatan, tidak akan menandatangani perjanjian ini, untuk menyerahkan tanah Felda kepada Felda Global Venture," kata Mazlan dalam sidang media.

Timbalan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Dr Rosli Yaacop yang turut hadir menjelaskan perjanjian tanah untuk mendapat hak milik perlu mendapat kelulusan menteri besar.

"Jadi Felda Global Venture kena jumpa MB kerana ia berada di bawah kuasa MB," katanya.
Menurut Mazlan lagi, pendirian tidak akan menyerahkan tanah Felda kepada FGV telah diputuskan oleh Jawatankuasa PAS pusat bulan lalu bagi negeri yang diperintah parti itu - Kedah dan Kelantan.

Manakala bagi Selangor, katanya, beliau telah memanjang perkara itu kepad Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melalui wakil PAS di negeri itu.

Ketika dihubungi kemudiannya, Mazlan berkata, perkara itu juga telah disampaikan kepada pengerui Biro Felda PKR, Suhaimi Said, yang memanjang perkara itu kepada menteri besar.

Mazlan berkata, beliau telah dimaklum bahawa menteri besar Selangor memang mengambil pendirian yang sama.
Mazlan juga berkata, pihaknya akan mengadakan siri jelajah Gerakan Selamatkan Felda di ketiga-tiga negeri tersebut dan bertemu dengan menteri besar masing-masing bagi menyatakan pendirian dan sokongan terhadap kerajaan negeri.

Malah, kata Mazlan, di negeri-negeri yang ditadbir BN, setahunya, belum ada yang menandatanganinya walaupun difahamkan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob "memberi respon positif" berhubung perkara itu.

"Kita akan desak supaya beliau jangan tandatangani (perjanjian itu)," katanya.

KETUA PEMUDA PAS PUSAT WAJR LETAK JAWATAN!!?

Posted: 25 Jan 2012 06:00 PM PST

isu sejuta ummat mendedahkan pendirian pemuda pas yg sebenar dalam mematuhi arahan kepimpinan pas pusat,kehadiran mereka sangat tidak sesuai dengan cara berjamaah bilamana sang imam rukuk sepatutnya rukuk jugalah makmumnya,bukan pula beriktidal.

perbuatan pemuda pas ini boleh dikatan menikam dari belakang keputusan kepimpinan parti,yg tentu sahaja dalam mebuat keputusannya telah dimusyawarahkan terlebih dulu dalam beberapa peringkat.

tindakan pemuda pas dalam banyak isu adalah tindakan anak anak kecil yg baru meningkat remaja dan nakal,tidak wajar dibawa dalam politik tahap atasan,ia sungguh memualkan untuk dibaca dan sangat berpasir untuk dimakan.

isu terbaru yg menjadi daging busuk bagi pas ialah keputusan pemudanya yg ingin berjumpa mb selangor dalam isu exco agama,selayaknya pemuda pas bertemu dulu kepimpinan parti yg telah merestui keputusan khalid itu,bukan membusung dada kepada khalid yg akhirnya tindakan ini memberi ruang kepada parti lawan mengambil kesempatan dan membeberkan kelemahan kita untuk dipukul canai oleh musuh,ataukah pemuda pas ini sememangnya tali barut musuh? sehingga dalam beberapa kes tindakan pemuda lebih menguntungkan pihak umno dari pihak pas sendiri.


sikap dan pendirian pemuda pas yg selalu tidak seiring dengan pendirian pemimpin utama parti sangat disesalkan,jika pemuda pas tidak dapat memperkuat pendirian presiden parti adalah wajar pemuda pas meletakkan jawatannya.

6 remaja ditahan bantu siasat gangguan majlis ABU

Posted: 25 Jan 2012 04:00 PM PST

Polis menahan enam orang remaja untuk membantu siasatan berhubung kejadian gangguan terhadap majlis ceramah pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam, Sabtu lalu.

abu ceramah disturbed 220112 05Mereka termasuk seorang pelajar tingkatan empat, seorang pelajar tingkatan lima dan pelajar orang yang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Manakala yang lainnya menganggur.

Tiga daripada mereka ditahan pada 24 Januari lalu, manakala tiga lagi ditahan awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob memberitahu satu sidang akhbar bahawa mereka berusia antara 16 hingga 19 tahun.

NONEMenurut ACP Zahedi (kiri), mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 148,
Kanun Keseksaan. Seksyen berkenaan berkaitan kesalahan rusuhan.

Katanya, kesemua mereka - semuanya penduduk tempatan di situ - telah dibebaskan dengan ikat jamin polis pagi ini.

"Kita tidak reman mereka, tetapi kita mengambil keterangan mereka," katanya.

Polis juga, katanya, sedang mengesan beberapa orang lagi individu untuk membantu siasatan kes tersebut.
 "Masih lagi (dalam siasatan). Belum sudah lagi (siasatan). Kita mencari individu yang dikenalpasti, mengenai rakaman termasuk video yang disumbangkan oleh Encik Kumaran dalam Youtube Malaysiakini.

abu ceramah disturbed 220112 04"Jadi kita mencari pesonaliti kedua-dua pihak," tegasnya dalam sidang yang turut dihadiri dua lagi pegawai atasan polis daerah tersebut.

Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah ABU di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam di Jalan Kebun itu, terpaksa ditunda selepas diganggu sekumpulan lelaki yang dilapor bersenjatakan kayu dan topi keledar.

Akibat serangan tersebut, seorang lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital. Mangsa kini dilaporkan stabil dan masih trauma dengan kejadian tersebut.

Dalam sidang media itu juga, Zahedi berkata seramai 30 lelaki bermotosikal yang mengetahui ceramah tersebut melalui kain rentang yang dipasang, telah menghala ke dewan itu untuk menghalang perjumpaan atau ceramah berkenaan.

NONEKemudian, katanya, berlakunya perbalahan, termasuk kata-kata
kesat dan menyinggung kedua-dua pihak, sehingga berlakunya kekecohan sehingga menyebabkan ada yang mengalami kecederaan.

"Polis dimaklumkan mengenai perkara itu selepas kekecohan berlaku dan dapat mententeram (keadaan) sesudah tiba dilokasi," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Zahedi berkata, setakat ini pihaknya menerima enam laporan polis berhubung insiden berkenaan dan tindakan telah diambil terhadap laporan tersebut.

"Kita akan mengambil tindakan jika berlakunya kesalahan. Negara kita demokratik dan berpelembagaan, maka dalam konteks ini setiap orang sama mengikut undang-undang.

"Kita laksanakan tugas kita dengan adil dan saksama dan berpegang teguh dengan undang-undang di negara ini," katanya.

ADAM ADLI?

Posted: 25 Jan 2012 10:27 AM PST

Tiada ulasan: