Anak Sungai Derhaka |
- Utusan menipu lagi..
- Himpunan Sejuta Ummat : Kenapa terdesak sangat ni??
- Pemecatan Hasan Ali tidak beri kesan negatif kepada PAS
- Rosmah Mansor dicabar saman Sydney Morning Herald, Andrew Horney dan Carl Kapp jika laporan itu fitnah.
- Permainan 'Aku Jimat' yang menyindir Rosmah sudah dibuang?
- PRU13 : Misi PR tawan Johor
Posted: 26 Jan 2012 04:37 AM PST Apa nak jadi dengan Lidah Rasmi UMNO ini?? biarpun pernah diperintah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membayar denda RM200,000 kepada Guan Eng kerana menyebar fitnah kononnya Kerajaan DAP Anti-Melayu.. Kalau tak pernah baca laporan tu sila baca di SINI. Kemudiannya disaman pula oleh DS Anwar Ibrahim sebanyak RM150Juta juga kerana fitnah (baca di SINI) Mereka masih memutarbelitkan berita hanya untuk memperbodohkan pembaca mereka yang sememangnya kelihatan mula bodoh kerana diperbodohkan Utusan. Kali ini Kenyataan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras)pula menjadi mangsa.. Laporan Utusan tidak benar dan tersasar - Teras Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menafikan laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia 25 Januri lepas dan menyifatkan ianya sebagai tidak benar dan tersasar. Mohd Azmi Abdul Hamid dalam kenyataannya hari ini berkata, "Kenyataan itu sangat menyimpang daripada kenyataan asal saya dan ianya sungguh dikesali." Teras merujuk laporan akhbar dalam Utusan Malaysia bertarikh 25 Januari 2012 yang bertajuk 'Bersih 3 berniat kelirukan rakyat'. "Laporan itu yang kononnya memetik kenyataan saya adalah tidak benar dan tersasar sepertimana yang saya nyatakan. "Kenyataan itu sangat menyimpang daripada kenyataan asal saya dan ianya sungguh dikesali," kata Azmi dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini. Azmi menjelaskan, dalam kenyataannya kepada utusan Malaysia, beliau berkata pihak Bersih 3 berhak untuk memilih saluran samada melalui perundingan dengan pihak yang berkaitan atau melalui demontrasi aman yang di benarkan oleh undang-undang untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. "Saya juga menyatakan bahawa adalah tidak salah salah bagi mana-mana pihak samada pihak kerajaan atau pembangkang untuk melakukan sesuatu tindakan dalam menghasilkan momentum berterusan untuk memenangi hati rakyat bagi memghadapi pilihhanraya umum ke 13 ini," katanya. Bagi beliau, tindakan menghasilkan momentum sokongan rakyat adalah lumrah dalam demokrasi di mana-mana negara. "Saya menegaskan bahawa sesuatu perhimpunan awam yang aman dan mengikut saluran undang-undang adalah sesuatu yang sah dan pihak kerajaan tidak boleh menghalangnya kerana ianya adalah hak rakyat yang termaktub dalam perlembagaan negara serta tidak bertentangan dengan syariat Islam," katanya. Beliau juga menegaskan bahawa perhimpunan aman yang bertujuan baik untuk menuntut sesuatu hak oleh rakyat akan diterima oleh rakyat Malaysia sebagai suatu proses pembinaan negara yang akan menghasilkan sebuah kerajaan dan pentadbirannya yang lebih adil, saksama dan bebas dari pengelewengan serta rasuah yang sangat dibenci oleh rakyat. Berbeza dengan laporan akhbar Umno itu, Azmi berkata, tindakan sebegini tidak 'mengelirukan rakyat' bahkan akan mematangkan lagi mana-mana kerajaan dan rakyat untuk terus membangunkan negara ini dengan penuh amanah dan tidak mengkhianatinya dengan amalan politik yang korup dan zalim kepada rakyat - Harakahdaily Dibawah ialah apa yang Utusan laporkan.. Bersih 3 berniat kelirukan rakyat |
Himpunan Sejuta Ummat : Kenapa terdesak sangat ni?? Posted: 26 Jan 2012 02:29 AM PST Mungkin kerana menyedari Program anjuran mereka iaitu Himpunan Sejuta Ummat Selamatkan Akidah di Pulau Pinang bakal menurut jejak program yang telah dianjurkan mereka di Shah Alam beberapa ketika lalu iaitu tidak mendapat sambutan. Surat jemputan yang menggunakan kepala surat palsu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi menjemput pengerusi-pengerusi Qaryah Masjid di Pulau Pinang telah diedarkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, YB Hj Abdul Malik Kassim melahirkan kekesalannya terhadap tindakan yang tidak bertanggungjawab itu, dan menurutnya "kerajaan negeri tidak terlibat dalam penganjuran majlis tersebut". Samada mereka terdesak untuk menghimpunkan seramai mungkin bagi menjayakan program Himpunan Sejuta Umat atau sengaja mahu menimbulkan rasa curiga pihak lain terhadap Exco Agama Islam Pulau Pinang dari PKR hanya mereka yang tahu. Kalau dah terdesak sekalipun takkanlah sampai terpaksa menipu pengerusi-pengerusi Qaryah Masjid kot.. Untuk melihat surat palsu yang telah diedarkan oleh mereka ini.. sila klik pada image.. KENYATAAN MEDIA 26 Januari 2012 JEMPUTAN PROGRAM HIMPUNAN SEJUTA UMAT MENGGUNAKAN KEPALA SURAT PALSU PEJABAT EXCO AGAMA ISLAM Saya begitu kesal dengan tindakan pihak tertentu, memalsukan surat saya dengan menggunakan kepala surat palsu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) berhubung Jemputan Menghadiri Program Perhimpunan Himpunan Ummah Selamatkan Akidah yang dijadual pada 28 Januari 2012 di Pusat Budi Penyayang, Kepala Batas. Surat bertarikh 19 Januari 2012, yang ditujukan kepada pengerusi Qaryah Masjid Pulau Pinang itu juga menggunakan nombor rujukan palsu, selain hanya memaparkan nombor faks pejabat saya tanpa meletakkan nombor telefon pejabat. Ingin saya tegaskan kerajaan negeri tidak terlibat dalam penganjuran majlis tersebut, yang saya difahamkan adalah anjuran beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Tindakan memalsukan surat rasmi bagi menjemput orang ramai menghadiri majlis tersebut, bukan sahaja menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab dan tidak beretikanya pihak berkenaan, bahkan ia mencerminkan hati budi mereka yang sebenarnya. Lanjutan daripada itu, saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Timur Laut, George Town pada jam 2.12 petang tadi bagi menyiasat perkara ini. YB ABDUL MALIK KASIM, EXCO HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG 26 Januari 2012 |
Pemecatan Hasan Ali tidak beri kesan negatif kepada PAS Posted: 26 Jan 2012 01:50 AM PST KUALA LUMPUR, 26 Jan — Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menyatakan, pemecatan keanggotaaan Datuk Dr Hasan Ali daripada PAS tidak memberikan kesan negatif kepada parti dan pemecatan tersebut juga tidak memberikan kesan yang membimbangkan kepada parti Islam terbabit. Pengarah Operasi PPP, Dr Ahmad Zuhdi Marzuku menjelaskan, pihaknya telah menjalankan tinjauan untuk menilai kesan pemecatan Datuk Dr Hasan Ali ke atas pengundi-pengundi Melayu. Tinjauan tersebut telah menggunakan dua kaedah iaitu: pertama, dengan menilai komen-komen pembaca terhadap isu pemecatan ini sebagaimana yang dipaparkan oleh media-media baru seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Berita Semasa dan Youtube dan keduanya, dengan melakukan wawancara terhadap responden-responden terpilih yang mewakili 24 kawasan parlimen seluruh Negara. "Berdasarkan tinjauan berkenaan, kami mendapati 85 peratus daripada komen-komen pembaca Malaysiakini dan 67 peratus daripada komen-komen pembaca Malaysian Insider adalah positif terhadap pemecatan. Manakala bagi pembaca Berita Semasa pula 44 peratus menyokong pemecatan, manakala 49 peratus tidak menyokong dan selebihnya tidak pasti. "Tinjauan juga dibuat terhadap penonton klip Youtube berkaitan dengan pengumuman Presiden PAS mengenai pemecatan Dr Hasan Ali seperti yang diterbitkan oleh TVPAS. Daripada 67,796 penonton, 273 penonton memberi maklumbalas sama ada like atau dislike yang boleh menjadi petunjuk sama ada menyokong atau tidak. 80 peratus daripada 273 penonton yang memberi maklumbalas itu, menyatakan 'like' yang boleh digambarkan sebagai positif terhadap pemecatan. "Melihat kepada penilaian terhadap respon pembaca-pembaca dan penonton-penonton media baru, kesan positif hasil daripada pemecatan Dr Hasan Ali adalah lebih dominan," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini. Zuhdi turut menjelaskan, pihaknya turut menjalankan tinjauan melalui kaedah wawancara terhadap 24 Yang Dipertua PAS kawasan, dengan anggapan pandangan mereka mewakili pandangan golongan pakar disebabkan keterlibatan mereka secara langsung dengan masyarakat akar umbi di samping pengalaman mereka yang luas dalam kegiatan politik. Berdasarkan tiinjauan tersebut jelas Zuhdi, dapat disimpulkan bahawa bagi ahli-ahli PAS, pemecatan Dr Hasan Ali tidak langsung menimbulkan reaksi negatif. Manakala bagi masyarakat awam pula khususnya pengundi-pengundi Melayu, Sembilan Yang Dipertua PAS kawasan menjangkakan pemecatan itu boleh memberi kesan negatif kepada kawasan mereka, manakala 15 yang lain melihatnya memberi kesan yang positif atau tidak memberi apa-apa kesan. "Berdasarkan hasil wawancara tersebut, boleh disimpulkan penerimaan masyarakat Melayu di kalangan bukan penyokong parti terhadap pemecatan tersebut adalah terpecah dua iaitu 50 – 50," katanya lagi. Berdasarkan kedua-dua tinjauan, penilaian terhadap komen-komen pembaca media baru dan wawancara yang dijalankan, kesan negatif dari pemecatan Dr Hasan Ali di kalangan masyarakat Melayu khususnya adalah sangat minima. "Dengan mengambil kira julat sokongan pengundi-pengundi Melayu kepada PAS dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lalu dan pilihanraya-pilihanraya kecil selepasnya, iaitu antara 45 peratus hingga 55 peratus, kesan negatif pemecatan Dr Hasan Ali dilihat masih dalam lingkungan julat tersebut. "Malah sekiranya merujuk kepada maklumbalas pembaca-pembaca akhbar alternatif seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider, kesan positif pemecatan dilihat lebih ketara berbanding kesan negatif. Sehubungan dengan itu, boleh disimpulkan kesan negatif pemecatan Dr Hasan Ali tidaklah membimbangkan," tambahnya lagi. The Malaysian Insider |
Posted: 25 Jan 2012 09:20 PM PST Di saat seluruh rakyat Malaysia berdepan dengan kenaikan harga barang makanan dan keperluan hidup , dalam keadaan rakyat berpendapatan rendah dan golongan miskin menderita untuk terus hidup , isteri Perdana Menteri membeli belah ratusan ribu RM. Dari manakah wang yang diperolehi oleh beliau untuk berbelanja mewah sehingga di gelar 'FIRST LADY OF SHOPPING'? FIRST LADY OF SHOPPING : JINGGA 13 DESAK SPRM SIASAT DAN ROSMAH MANSOR DICABAR SAMAN AUSTRALIA SYDNEY MORNING HERALD , ANDREW HORNEY DAN CARL KAAP KERANA FITNAH JINGGA 13 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dari manakah wang yang digunakan oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor , isteri Perdana Menteri Malaysia perolehi sehingga mampu berbelanja mewah seperti di laporkan dalam seksyen 'Private Sydney' yang disiarkan akhbar Australia Sydney Morning Herald, di mana kolumnis Andrew Horney memetik kenyataan pereka fesyen, Carl Kapp mengenai Rosmah Mansor yang dikatakan membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di butik milik beliau di Sydney. Bukan sahaja berbelanja mewah, dilaporkan juga Rosmah Mansor menginap di hotel bersama suaminya Datuk Seri Najib Razak berharga RM65,100 semalam di Hotel Darling , Sydney , namun tidak dilaporkan berapa malamkan mereka menginap di sana. Termasuk perkhidmatan lain seperti parkir khas untuk limosin beliau. JINGGA 13 amat hairan kenapa sehingga sekarang tiada sebarang tindakan oleh SPRM terhadap pelbagai laporan yang dibuat terhadap tabiat berpoya-poya isteri Perdana Menteri Malaysia yang berbelanja mewah yang amat melampau. Adakah SPRM hanya khusus untuk menyiasat dan mendakwa rakyat biasa dan terlalu dayus untuk menyiasat isteri Perdana Menteri dan pimpinan UMNO? Di saat seluruh rakyat Malaysia berdepan dengan kenaikan harga barang makanan dan keperluan hidup , dalam keadaan rakyat berpendapatan rendah dan golongan miskin menderita untuk terus hidup , isteri Perdana Menteri membeli belah ratusan ribu RM. Dari manakah wang yang diperolehi oleh beliau untuk berbelanja mewah sehingga di gelar 'FIRST LADY OF SHOPPING'? Jika ada pihak yang sponsor segala perbelanjaan mewah tersebut , siapakah? JINGGA 13 meminta seluruh rakyat Malaysia membuka minda dan hati agar bangkit mempersoalkan dari manakah wang yang Rosmah Mansor perolehi sehingga berbelanja mewah yang mungkin sudah puluhan juta RM daripada keseluruhan melibatkan barang kemas, pakaian,beg tangan birkin dan sebagainya termasuk perbelanjaan pengangkutan dan penginapan. SPRM harus bertindak adil dan profesional dan bukan bertindak dwi-standard. JINGGA 13 benar-benar hairan dengan tindakan menikus SPRM terhadap kekayaan dan kemewahan yang dimiliki oleh Rosmah Mansor yang mampu yang dilihat melampau dan keterlaluan. JINGGA 13 MENCABAR Rosmah Mansor untuk menyaman akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney dan pereka fesyen, Carl Kapp jika ianya adalah satu fitnah dan karut . First Lady Of Shopping wajar mengambil tindakan undang-undang terhadap semua yang terlibat memfitnah beliau dengan laporan yang tidak benar dan fitnah. Sesiapa pun boleh menafikan dan menganggap menjadi mangsa atau ianya adalah merupakan berita karut , liar dan tidak benar. Sedangkan tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap segala laporan yang dibuat . Adalah memalukan dengan perlakuan boros dan berpoya-poya Rosmah Mansor yang merupakan isteri Perdana Menteri Malaysia menjadi bualan dan dilaporkan di beberapa negara serta yang tidak pernah dilakukan oleh isteri-isteri Perdana Menteri Malaysia yang lalu. MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI FARIZ MUSA Ketua Koordinator JINGGA 13 |
Permainan 'Aku Jimat' yang menyindir Rosmah sudah dibuang? Posted: 25 Jan 2012 07:49 PM PST Nampaknya ada pihak yang benar-benar terasa dengan permainan 'Aku Jimat'.. Setelah sembilan hari berada di pasaran, permainan 'Aku Jimat' yang menjadikan Rosmah sebagai inspirasi permainannya telah dibuang atau ditiadakan dari pasaran.. Permainan ini dijual secara on-line, jadi untuk membolehkan ianya dihentikan penjualannya dipasaran, ganti rugi perlu disediakan.. berapa agaknya jumlah gantirugi yang dah dibayar untuk mengeluarkannya dari pasaran? Takkanlah ianya ditarik begitu saja sedangkan ianya telah menjadi permainan elektronik kedua paling popular di kalangan aplikasi berbayar di Malaysia.. Mana ada syarikat yang mahu rugi begitu saja kerana Rosmah.. Permainan 'Aku Jimat' dibuang? Aku Jimat, permainan elektronik kedua paling popular di kalangan aplikasi berbayar Malaysia, nampaknya sudah tidak ada lagi selepas sembilan hari diperkenalkan. NONEPermainan tersebut yang dipercayai diilhamkan dari watak Datuk Seri Rosmah Mansor - isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak - nampaknya telah dibuang daripada iTunes App Store Apple. Malaysiakini telah mendapat maklumat mengenainya semalam. Pada hari Sabtu, Aku Jimat muncul sebagai permainan kedua paling popular di kalangan aplikasi berbayar di Malaysia selepas beberapa portal berita melaporkan mengenainya. Permainan itu yang diberikan penarafan lima bintang oleh pengguna, dibangunkan oleh Kumpulan Antartika dan dijual pada harga US$0.99 setiap muat turun. Tidak diketahui bila aplikasi permainan itu dibuang. Kuasa untuk berbuat demikian terletak di tangan Apple dan pemaju permainan tersebut. Malaysiakini telah mengirimkan emel pertanyaan mengenai perkara itu kepada Apple,. Bagaimanapun sehingga ini belum mendapat jawapan. Menurut syarikat pemajunya, permainan itu adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung" sejak kecil dan "lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan". NONEDengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama ada sebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15, 000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000). Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$24 juta (RM74 juta). Setiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan. Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom. Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukkan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk "bersara" pada usia 99 tahun. Malaysiakini |
Posted: 25 Jan 2012 06:26 PM PST KUALA LUMPUR – Selepas berjaya merampas negeri Selangor dan tiga negeri lain yang dikatakan sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), kini Pakatan Rakyat menyasarkan sebuah lagi negeri yang menjadi kubu kuat BN - Johor. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, adalah tidak mustahil untuk merampas negeri Darul Takzim itu kerana yakin rakyat Johor telah mula ingin melihat wahana politik baru di negeri itu. Azmin melahirkan keyakinan itu ketika negara bersiap sedia untuk mengadakan PRU13, yang ramai menjangkakan akan diadakan menjelang pertengahan tahun ini. Pada Mac 2008, PR yang dianggotai PAS, DAP dan PKR menawan Kedah, Pulau Pinang dan Perak, selain mengekalkan Kelantan yang dikuasai Pas sejak 1990. Bagaimanapun PR hilang kerajaan negeri Perak pada awal 2009. "Jika Johor berjaya dirampas, ini merupakan permulaan yang baik untuk Pakatan Rakyat (PR) menyusun langkah bagi menawan Putrajaya tetapi perkara ini tidak mungkin berlaku jika Sabah dan Sarawak tidak berada dalam genggaman," kata beliau dalam satu wawancara bersama Sinar Harian Online semalam. "Dalam usaha untuk menawan Johor, kami juga akan berusaha untuk mempertahankan Selangor dan dalam masa yang sama kami akan memperluaskan pengaruh ke daerah-daerah yang telah ditakluki," katanya. Sementara itu, Azmin turut mengulas kenyataan terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor yang meminta kepimpinan BN Selangor untuk merampas Selangor dengan apa cara sekalipun. "Jelas kenyataan itu menunjukkan Najib menggalakkan ahlinya boleh menghalalkan apa cara sekalipun termasuk rasuah, mengugut ataupun merampas demi mencapai matlamat yang ingin dicapai. "Jika beliau (Najib) merupakan kelompok yang sederhana, beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana boleh membimbangkan rakyat," kata Pengerusi PKR Selangor ini. Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak menambah, Najib sebagai seorang pemimpin yang demokrat sewajarnya menghormati keputusan rakyat Selangor yang telah memilih PR sebagai peneraju baru negeri itu. Beliau bagaimanapun tidak bimbang tentang situasi ini kerana merasakan apa yang berlaku sekadar retorik dalam politik semata-mata. Katanya, maklum balas yang diterima oleh rakyat Selangor terhadap kepimpinan PR adalah sangat positif terutamanya kini rakyat Selangor dapat merasai hasil dari khazanah negeri itu. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan