Khamis, 26 Januari 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Butut... butut. Lia ciakap manyiak butut.

Posted: 26 Jan 2012 07:15 AM PST


Apek ciakap... Najib manyiak fofular. Lagi manyiak fofular dali Anwar.

Wah... Itu maciam ka?? Kalau itu Najib manyiak fofular dali Anwar, lai lorr... lebat sama lia. Apasat takut mau lebat??

Butut... butut... Jangan takut maa. Mali lebat maa. Lai... lai...

Apasat Najib talak mau lebat??

Najib takut sama Anwar ka?? Takut fofulaliti jatuh ka??

Haiyoo.... 1Malaysia punyia Perdana Mentili talak boleh itu maciam maa. 1Malaysia punyia Perdana Mentili mesti tunjuk hebat maa.

Haiyaa... ini maciam talak machio maa.


KUALA LUMPUR, 26 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya tidak perlu takut untuk menyambut cabaran debat yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, apatah lagi beliau dikatakan lebih popular berbanding Ketua Pembangkang itu.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohd Nor berkata, dengan populariti Najib yang dikatakan sedang meningkat naik, maka cabaran debat tersebut adalah peluang terbaik untuk beliau mengutarakan visi dan misi beliau.

"Populariti Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan semakin baik dan mengalahkan populairiti Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dinyatakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

"Dengan populariti yang baik dan meningkat naik, tidak wajar Datuk Seri Najib melepaskan peluang ini untuk menerima pelawaan debat yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia," ujar Riduan.

Menurut beliau lagi, banyak pihak sedang ternanti-nanti kedua-dua pemimpin utama negara itu bersemuka di atas satu pentas bagi melihat hujah yang dikemukakan oleh pemimpin tersebut.

Malah baginya, debat adalah suatu dimensi politik baru yang perlu diterokai oleh kedua-dua pemimpin negara ini.

Suasana juga ujarnya sudah berubah di mana rakyat sudah semakin terbuka dan bijak dalam menilai sesuatu maklumat yang diterima.

Rakyat tegasnya memerlukan suatu saluran bagi mendapatkan suatu informasi berharga bagi menajamkan pemerhatian mereka terhadap politik negara dan debat terbuka adalah langkah terbaik untuk semua.

"Jika selama ini, rakyat terbelenggu dengan hanya maklumat dari sebelah pihak sahaja.

"Dengan cengkaman media yang berat sebelah, ditambah pula dengan propaganda yang memburukkan imej pemimpin pembangkang di negara ini sejak sekian lama, wacana debat adalah perlu bagi menilai pandangan kedua-dua tokoh terbabit," tegasnya.

Mengulas lanjut, Riduan berkata, debat yang bakal dianjurkan ini bakal menjadi suatu peristiwa bersejarah kerana pemimpin negara berjiwa besar sanggup duduk semeja dan berhujah dengan Ketua Pembangkang.

"Oleh itu, Datuk Seri Najib tidak perlu risau dan gentar bagi menghadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pentas perdebatan.

"Yang diadili bukan siapa menang atau kalah, yang penting siapa yang benar dan siapa yang salah. Jika Datuk Seri Najib di pihak yang benar, apa yang perlu ditakutkan," soalnya tegas.-HarakahDaily

Makin difitnah... sokongan makin mencurah-curah

Posted: 26 Jan 2012 05:15 AM PST


Hahahaha.... Mati akai UMNO dengan Anwar Ibrahim. Makin dia difitnah... makin banyak sokongan yang dia terima.

Ini yang dikatakan senjata makan tuan. Kesannya, UMNO makin terpinggir dan dipinggirkan lantaran serangan fitnah yang bertubi-tubi terhadap Anwar. Sebab tu... Anwar is not a liability to Pakatan Rakyat seperti yang mereka cuba war-warkan. Sebaliknya, Anwar is an aset beb!! Aset yang amat menguntungkan Pakatan Rakyat.

Agaknya, menyedari hakikat inilah, Anwar amat digeruni oleh mereka. Mereka buat itu dan ini terhadap Anwar untuk menjatuhkannya tapi Anwar masih steady dan terus berdiri gah!! Serba tak kena UMNO dibuatnya wa cakap lu.

Baca apa kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tentang Anwar dan fitnah yang UMNO lemparkan kepadanya.

".....tindakan berterusan media pro-BN yang berterusan menyerang Anwar dilihat sebagai strategi mencalar imej Ketua Pembangkang serta mengekang kemaraan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat tempat di hati rakyat."

"Di samping keupayaan menyatupadukan parti-parti pembangkang di Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dilihat sebagai seorang pemimpin yang dilihat rakyat sebagai pemimpin yang mampu menerajui kerajaan pakatan.

"Itulah yang dibimbangkan oleh kerajaan sekarang kerana walaupun dihina dan difitnah dengan hebat, rakyat terus menzahirkan sokongan kepada Anwar. Inilah karisma yang terdapat pada beliau"

[Sepenuhnya di sini]

PAS tak berkudis pun dengan ter-nyah-nya si parasit

Posted: 26 Jan 2012 03:48 AM PST


PPP: Pemecatan Hasan Ali tidak beri kesan negatif
January 26, 2012

KUALA LUMPUR, 26 Jan — Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menyatakan, pemecatan keanggotaaan Datuk Dr Hasan Ali daripada PAS tidak memberikan kesan negatif kepada parti dan pemecatan tersebut juga tidak memberikan kesan yang membimbangkan kepada parti Islam terbabit.

Pengarah Operasi PPP, Dr Ahmad Zuhdi Marzuku menjelaskan, pihaknya telah menjalankan tinjauan untuk menilai kesan pemecatan Datuk Dr Hasan Ali ke atas pengundi-pengundi Melayu.

Tinjauan tersebut telah menggunakan dua kaedah iaitu: pertama, dengan menilai komen-komen pembaca terhadap isu pemecatan ini sebagaimana yang dipaparkan oleh media-media baru seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Berita Semasa dan Youtube dan keduanya, dengan melakukan wawancara terhadap responden-responden terpilih yang mewakili 24 kawasan parlimen seluruh Negara.

"Berdasarkan tinjauan berkenaan, kami mendapati 85 peratus daripada komen-komen pembaca Malaysiakini dan 67 peratus daripada komen-komen pembaca Malaysian Insider adalah positif terhadap pemecatan. Manakala bagi pembaca Berita Semasa pula 44 peratus menyokong pemecatan, manakala 49 peratus tidak menyokong dan selebihnya tidak pasti.

"Tinjauan juga dibuat terhadap penonton klip Youtube berkaitan dengan pengumuman Presiden PAS mengenai pemecatan Dr Hasan Ali seperti yang diterbitkan oleh TVPAS. Daripada 67,796 penonton, 273 penonton memberi maklumbalas sama ada like atau dislike yang boleh menjadi petunjuk sama ada menyokong atau tidak. 80 peratus daripada 273 penonton yang memberi maklumbalas itu, menyatakan 'like' yang boleh digambarkan sebagai positif terhadap pemecatan.

"Melihat kepada penilaian terhadap respon pembaca-pembaca dan penonton-penonton media baru, kesan positif hasil daripada pemecatan Dr Hasan Ali adalah lebih dominan," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.

Zuhdi turut menjelaskan, pihaknya turut menjalankan tinjauan melalui kaedah wawancara terhadap 24 Yang Dipertua PAS kawasan, dengan anggapan pandangan mereka mewakili pandangan golongan pakar disebabkan keterlibatan mereka secara langsung dengan masyarakat akar umbi di samping pengalaman mereka yang luas dalam kegiatan politik.

Berdasarkan tiinjauan tersebut jelas Zuhdi, dapat disimpulkan bahawa bagi ahli-ahli PAS, pemecatan Dr Hasan Ali tidak langsung menimbulkan reaksi negatif.

Manakala bagi masyarakat awam pula khususnya pengundi-pengundi Melayu, Sembilan Yang Dipertua PAS kawasan menjangkakan pemecatan itu boleh memberi kesan negatif kepada kawasan mereka, manakala 15 yang lain melihatnya memberi kesan yang positif atau tidak memberi apa-apa kesan.

"Berdasarkan hasil wawancara tersebut, boleh disimpulkan penerimaan masyarakat Melayu di kalangan bukan penyokong parti terhadap pemecatan tersebut adalah terpecah dua iaitu 50 – 50," katanya lagi.

Berdasarkan kedua-dua tinjauan, penilaian terhadap komen-komen pembaca media baru dan wawancara yang dijalankan, kesan negatif dari pemecatan Dr Hasan Ali di kalangan masyarakat Melayu khususnya adalah sangat minima.

"Dengan mengambil kira julat sokongan pengundi-pengundi Melayu kepada PAS dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lalu dan pilihanraya-pilihanraya kecil selepasnya, iaitu antara 45 peratus hingga 55 peratus, kesan negatif pemecatan Dr Hasan Ali dilihat masih dalam lingkungan julat tersebut.

"Malah sekiranya merujuk kepada maklumbalas pembaca-pembaca akhbar alternatif seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider, kesan positif pemecatan dilihat lebih ketara berbanding kesan negatif. Sehubungan dengan itu, boleh disimpulkan kesan negatif pemecatan Dr Hasan Ali tidaklah membimbangkan," tambahnya lagi.-MI

Siasat mengapa dan bagaimana boleh wujud kelemahan itu

Posted: 25 Jan 2012 09:00 PM PST


KUALA LUMPUR 25 Jan: Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengakui kelemahan Pusat Fidlot Nasional (PFN) dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat sekiranya terdapat unsur-unsur penyelewengan.-Keadilandaily

Baca lagi apa kata JAN....

"Pada pendapat Jabatan Audit Negara (JAN), sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek ini terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek ini.

"Jikalau tidak, mengapa pada bulan Mei 2009 (sebelum pengauditan dijalankan), kerajaan perlu menangguhkan pelaksanaan PFN sehingga satu kajian viability and business model (model perniagaan) dijalankan bagi projek ini?," soal beliau.


Ooooo.... ada kelemahan dalam NFC, kata Jabatan Ketua Audit Negara. Mereka juga serahkan samada kepada PDRM atau SPRM untuk menyiasat kelemahan-kelemahan tersebut. Ya lah... nak determine samada ada penyelewengan ke atau apa ke...

Persoalannya sekarang, ada atau tak de arahan dikeluarkan oleh kerajaan untuk PDRM atau SPRM jalankan siasatan selepas laporan audit dikeluarkan??

Jika kerajaan 1Malaysia, sebuah kerajaan yang accountable terhadap wang rakyat, maka arahan segera wajib dilakukan bagi penyiasatan diadakan. Tapi ada ke ia dibuat?? Wallahua'lam, tak pernah dengar pun...

Aha... setelah dibongkar dan didedahkan oleh PKR, barulah kecoh seluruh alam 1Malaysia. Agaknya, kalau tidak dibongkar dan didedahkan oleh PKR.... kebarangkalian wujudnya unsur penyelewengan dalam urusan NFC akan terus lenyap dan disenyapkan daripada pengetahuan rakyat. Maklumler... itu syarikat kroni yang melibatkan seorang menteri mereka.

Namun... setelah havoc satu negara tentang isu ini, barulah nampak mereka terhegeh-hegeh mengarahkan pihak-pihak yang berwajib menjalankan penyiasatan. Barulah Najib terhegeh-hegeh memberi arahan membekukan apa yang patut dibekukan, walaupun nampak macam tak serius jer. Buat kerana dah terpaksa beb!!

Dan.... siasatan akan dilakukan samada oleh pihak PDRM atau pun SPRM. Hahahaha.... kedua-dua institusi ini sedang berhadapan dengan masalah hilang kepercayaan rakyat. Oleh itu, bolehkah rakyat menaruh harapan tinggi untuk mendapatkan kebenaran serta keadilan bagi duit mereka yang telah lenyap hangus!!

Tapi, nasib baik pihak yang dikaitkan dengan NFC, dikatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduh kerana dikatakan telah menfitnah. Yang syiuknnya lagi.... pihak yang kononnya akan berhadapan dengan tindakan mahkamah, relax jer and welcome tindakan pihak yang berhadapan dengan isu NFC ini.

Bertambah lawak lagi... pihak yang terlibat serta barua mereka, boleh pulak mempertikaikan Laporan Ketua Audit Negara. Weh... sapa lu orang mahu mempertikaikannya. Sedarlah diri sikit yang kamu tu pihak yang kena tuduh. Kalau laporan audit salah.... buktikan. Kalau setakat cakap mulut tak main ler....
Hahahahaha.... Apa-apa pun, bagi Rafizi dan Zuraida, tindakan Shahrizat mahu menyaman mereka, bagai pucuk dicita, ulam yang datang. Samanlah. Harap-harap semua kelemahan yang dikatakan oleh JAN, akan terbongkar dalam mahkamah nanti, insyaAllah.

Kita pulak.... tunggu dan lihat senario citer NFC yang amat syiuk dan sensasi ini. Siapa yang akan jatuh dan siapa yang akan tergolek?? Tunggu....

Wasatiyyah ala Najib Razak. Eeee... hipokritnyer!!

Posted: 25 Jan 2012 06:45 PM PST


Najib pura-pura sederhana?

25 January 2012

KUALA LUMPUR, 25 JAN: Datuk Seri Najib Razak masih belum cukup sederhana untuk memperkenalkan Gerakan Kesederhanaan Global. Buktinya, para pemimpin UMNO dan lidah rasminya Utusan Malaysia sangat bersifat ultra kaum kerana mengajak Melayu membenci kaum lain.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata lakonan Perdana Menteri untuk menonjolkan diri di mata dunia gagal sama sekali kerana sikap perkauman kebanyakan pemimpin UMNO serta Perkasa pun tidak dapat dibendungnya.

Katanya Najib gagal menunaikan apa yang dikhutbahkannya apabila beliau membenarkan perkauman tebal dan ektremisme agama mekar di bawah sokongan UMNO dan pencacainya Perkasa.

"Najib sebagai Perdana Menteri negara ini…mengangkat diri sebagai 'suara kesederhanaan' gagal mengajar Perkasa…ahli-ahli UMNO yang terlibat mahu pun lidah rasmi parti Utusan Malaysia kerana menggalakkan kebencian kaum dan sikap tidak bertoleransi antara agama.

"Sebaliknya, Najib telah lebih daripada sekali membuat pusingan-U bagi menenangkan Ibrahim Ali, supremo Perkasa itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata demikian mengulas kenyataan Najib dalam kata pengantar buku untuk Persidangan Antarabangsa Pergerakan Kesederhanaan Global minggu lalu.

Dalam kata pengantarnya Najib dipetik sebagai berkata: "…masanya sudah tiba buat semua golongan sederhana dari semua negara, semua agama untuk mengambil alih peranan, untuk menebus semula agenda keamanan dan pragmatisme serta meminggirkan golongan pelampau."

Justeru Pua yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat DAP menempelak kenyataan Najib itu sebagai 'lembik' dan caca merba dalam melawan sifat ekstremisme.

Walau pun Najib gagal melaksanakan apa yang dicita-citakannya, Pua menyokong kenyataan Najib menentang ekstermisme.

"Ia adalah apa pegangan DAP yang diperkenalkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada konvensyen parti 2010 yang digelar sebagai Jalan Tengah Malaysia," katanya.

Tambahnya lagi, Guan Eng telah menerangkan bahawa "melalui Jalan Tengah Malaysia, DAP lebih sukakan kerjasama bukannya konflik; konsultasi berbanding konfrantasi; dan sebuah masyarakat bersama yang inklusif iaitu merangkumi semua, bukannya ekslusif."

Menurutnya, walau sekuat mana usaha Najib untuk membentuk sifat kesederhanaan di Malaysia, beliau seharusnya memperbetulkan dahulu permasalahan dan kacau bilau yang dibuat 'anak didik' beliau dalam UMNO. – Roketkini.com.

Aku setuju sesangat dengan pandangan Tony Pua. Najib memang pelakon handalan. Dia pandai malah pakar dalam bab berpura-pura ni. Terkini.... cakap tak serupa bikinnya terserlah dalam isu wasatiyyah ala-Najib Razak.

Isu kepura-puraan Najib bukan saja dalam 'wasatiyyah'-nya berkaitan dengan isu kaum tetapi juga dalam aspek cara hidup dia sekeluarga. Menyuruh rakyat ber'wsatiyyah' tetapi dia...??

Menginap dalam bilik mewah yang berharga RM65,100 semalam, berwasatiyyah ke?? Bershopping dan berbelanja sampai RM325,000 di sebuah butik, berwasatiyyah ke?? Itu belum lagi citer beli cincin dan lelainnyer. [sini]

Sebab itu.... kita usah terpedaya ler dengan labun wasatiyyah si Najib Razak. Bak kata Tony Pua, itu semua pura-pura si Najib jer. Wallahua'lam dan wassalam.

Apa masalah?? Tak der masalah. pun...

Posted: 25 Jan 2012 04:45 PM PST


Apabila si Hassan Akidah dah tak jadi jaga di tempat itu, yang bermasalah ialah puak-puak UMNO. Mereka menghadapi masalah kerana tidak berpeluang lagi untuk memanipulasikan institusi tersebut.

Dulu..... semasa jaga yang dah kena tendang keluar tu, berada di tempat tu, mereka senang-senang boleh kaw tim dengan dia untuk menguntungkan politik UMNO dengan pelbagai tindak tanduk yang kononnya dibuat demi kepentingan Islam. Tetapi hakikatnya.... ia lebih memberi keuntungan kepada UMNO.

Sekarang... yang jadi jaga institusi tersebut ialah Khalid Ibrahim. Dengan jaga ni.... UMNO tak boleh main-main. Nak kunta-kinte dia pun jauh sekali ler. Dia ni.... kita boleh harapkan. Sebab tu, puak-puak penjilat UMNO, begitu resah dan gelisah. Kehadiran Khalid Ibrahim tidak mendatangkan apa-apa keuntungan politik kepada mereka. Pelbagai alasan mereka beri untuk memperkecilkan kewibawaan Khalid Ibrahim yang kini menjaga hal ehwal agama Islam di Selangor. Alasan pulak tu.... bodoh-bodoh belaka!!

Tapi, bekas Mufti WP menyangkal dakwaan serta alasan yang mereka beri. Katanya....

Sesiapa sahaja layak menyandang portfolio Hal Ehwal Agama Islam asalkan mereka mempunyai keupayaan dan kesungguhan dalam menyebarkan syiar Islam kepada masyarakat.

Baca seterusnya pandangan beliau di sini.

Aha.... dengar tu PERKASA??

Tak der masalah tapi sengaja nak cari masalah. Pooraahhh!!

Sebenarnya, lu orang yang bermasalah dan bawak banyak masalah kepada masyarakat Malaysia yang berbagai kaum dan agama. Sekian terima kasih.

Tiada ulasan: