Ahad, 8 Januari 2012

Era Pasca

Era Pasca


Hassan (Akidah) yg ku kenali

Posted: 08 Jan 2012 01:26 AM PST

(1)Terimakasih gua ucapkan kepada Ahli jawatankuasa Pas Pusat kerana berani membuat satu keputusan yang bijak dengan memecat Dr Hasan Akidah dari Pas,keputusan yang gua rasakan seperti mimpi yg selama ni gua fikir AJK Pas pusat tidak akan berani membuat keputusan seumpama itu terhadap Dr Hassan Akidah yg dikatakan kebal daripada hukuman disiplin parti,tetapi dengan keputusan ini ia menunjukkan Pas dah mula tegas tentang disiplin Parti dan Pas mengambil berat tentang hubungan dalam Pakayan Rakyat. Terimakasih,terimakasih,terimakasih.


(2)Kerenah Hassan Akidah ini bukanya perkara yg baru terjadi..bahkan tahun-tahun sudah beliau suka mengeluarkan pendapatnya sendiri dan selalu memberi ucapan yg "melawan arus" antara sesama ahli didalam parti,Tindakan terbaru beliau mengkritik PAS yang menjalankan kempen sokongan terhadap DS Anwar di mahkamah pada 09 Jan ini nanti sudah cukup buat kita mengenali `hati budi' Dr Hassan Akidah selama ini.

Saya tidak kisah samada Dr Hassan Akidah suka, sokong, benci atau meluat dengan DS Anwar atas apa jua alasan beliau, tetapi kenyataannya yang menghasut agar rakyat, penyokong PAS termasuk Mahasiswa jangan menyokong DS Anwar di dalam menghadapi perbicaraan nanti menunjukkan betapa busuknya hati Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor itu.


Beliau menganggap apa yang berlaku terhadap DS Anwar itu adalah masalah peribadi yang PAS tidak boleh camportangan.  Ertinya, selama ini Almarhum Ustaz Fadzil Noor, Tuan Guru Hj Hadi dan Mursyidul Am PAS, bahkan Ulamak Muktabar seperti Syeikh Yusuf Qardhawi, Syeikh Taha dan Dr Wahbah tersilap kerana menyokong masalah peribadi DS Anwar?
Itukah fahaman Dr Hassan Akidah di dalam perjuangan sesama rakan sendiri?  Bagi saya, hal peribadi adalah seperti seseorang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi MB sehingga sanggup `berunding dalam gelap' bersama musuh.


Adakah Dr Hassan Akidah pejuang Islam? 


Jika beliau benar-benar pejuang Islam, sewajarnya beliaulah orang pertama yang membantah kes DS Anwar itu dibicarakan di Mahkamah Sivil dan beliau juga sepatutnya orang pertama yang menyokong kuat kehendak DS Anwar untuk memilih Mahkamah Syariah di dalam kes Qazaf.


Tetapi, mengapa di dalam hal ini beliau membisu? 


Mengapa beliau mahu DS Anwar terima sahaja keputusan mahkamah nanti yang kononnya `Qada dan Qadar' Allah terhadapnya? 
Jika mahu mencari `seketul daging busuk' di dalam PAS, carilah pada Dr Hassan Akidah.
Beliau sudah lama dilihat tidak bersunguh-sungguh berjuang di dalam PAS. Siapa boleh beri jumlah berapa kalikah Dr Hassan Akidah turun berdemontrasi bersama PAS mahupun anjuran PR atau NGO yang menentang sebarang ketidakadilan?
Pernahkah anda melihat Dr Hassan Akidah disirami air kimia Water Canon jauh sekali dipukul atau dikasari oleh FRU? 
Jika kehadiran orang ramai pada 09hb Jan ini nanti tidak digemari oleh Dr Hassan Akidah kononnya itu adalah masalah DS Anwar, bagaimana pula dengan perhimpunan-perhimpunan atau demontrasi-demontrasi lain yang turut disertai oleh pemimpin Pembangkang?
Ini menunjukkan Dr Hassan Akidah mahu jalan paling mudah untuk berjuang iaitu pentingkan diri sendiri.
Bayangkan jika beliau berada di tempat DS Anwar sekarang? 
Apakah beliau dan anak bininya mampu bertahan seperti yang dilakukan oleh DS Anwar? 
Apa perasaan beliau jika tiada seorang pun yang bersimpati atau menyokong beliau tatkala beliau difitnah?
Dr Hassan Akidah lebih layak tinggal di dalam hutan kerana beliau pentingkan dirinya sendiri dan tidak peduli apa pun yang berlaku ke atas orang lain. Jika di dalam PKR, sudah terlalu banyak `daging-daging busuk' yang telah berjaya dikeluarkan, kini di dalam PAS masih terlekat seketul daging busuk yang kini berjaya dihidu oleh Umno.
Puji-pujian Dr Hassan Ali kepada Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz diharapkan tidak melekakan PAS dari membuang seketul daging busuk ini dari merebak lebih jauh.(roll back)


allahhuallam..

Tiada ulasan: