Sabtu, 21 Januari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Azizan Razak Akan Tersungkur Kerana Kebodohan Sendiri

Posted: 20 Jan 2012 11:26 PM PST

antara KUIN dan BOLA..punca azizan tesungkoq....!!



aduhai Azizan depa kata hang gedebe.... Depa kata hang pongouih.... Depa kata hang ketegaq..... Depa kata hang diktator..... Depa kata cenge.... Itu depa kata laaa... Tapi ini aku nak kata.... Hang sebenaqnya hebat di segi pentadbiran namun sekali sekala hang memang tak boleh pakai akai hang yg depa dok kata tuuu.... Dok gedebe tak kena tempat.....

Dengan akai yang depa kata tu lah akan menyebabkan hang akan tersungkoq pada pru13 nanti.... Pasai apa aku kata macam tu..sebab 2 benda tu iaitu KUIN dan BOLA ia merupakah sentuhan golongan dari anak muda... Anak muda yg mana nanti mereka merupakan pengundi majority.... Suara dan jiwa raga mereka dekat dengan 2 intitusi ini... Jadi paham-paham laa noooo...kalau hang dok buat kerja berlawan arus nie.... Kira hang dah berlaga dengan anak muda...

jadi lu pikir la sendiri....

DepaKata


Tak payah isytihar harta, hanya isytihar kepada PM sahaja: Nazri

Posted: 20 Jan 2012 06:11 PM PST

Sekarang isu pengisytiharan harta oleh ahli Jemaah Kabinet menjadi bahan perbincangan rakyat ramai di mana-mana. Belum pun habis dengungan saranan yang anjurkan oleh DAP serta MACC, Nazri Aziz, seorang menteri kanan kerajaan negara, dengan pantas tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Nazri memberikan alasan yang jika dilakukan pengisytiharan harta itu ia akan merbahayakan keselamatan individu itu. Apa bahayanya saya pun tidak tahu melainkan Nazri didapati mempunyai harta yang bertimbun secara haram. Nazri bersetuju jika pengisytiharan harta itu hanya dibuat kepada Perdana Menteri sahaja. Lain-lain perkataan Nazri hanya sanggup memberitahu PM sahaja berapa jumlah harta beliau sejak menjadi menteri ini.


Selangor telah mengambil tindakan mengisytiharkan harta ahli Exconya dua tahun lepas dan P Pinang telah mengambil tindakan mengisytiharkan harta ahli majlis mesyuarat kerajaannya dan boleh dilihat melalui internet oleh semua rakyat. Contoh-contoh baik yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat ini patut diikuti oleh kerajaan BN di peringkat persekutuan dan negeri-negeri yang ditadbirnya.

Dalam kes pengisytiharan harta ini nampaknya pihak Pakatan Rakyat lebih telus dan nampak kesediaan harta mereka dilihat dan diketahui umum. Bak kata Lim Guan Eng, DAP merasakan rakyat sepatutnya tahu tentang harta-harta yang ada pada mereka yang menduduki jawatan awam terutamanya yang mewakili kumpulan legislatif dalam kerajaannya.

Keengganan Nazri dan yang lain-lain dalam Kerajaan Persekutuan untuk mengisytiharkan harta secara terbuka menunjukkan yang kumpulan pemimpin dalam BN ini mempunyai banyak perkara yang hendak dilindungi dari pengetahuan umum.

Pengisytiharan harta ini merupakan amalan yang biasa bagi negara-negara yang maju dan mengamalkan pentadbiran mengikut undang-undang dan etika yang tinggi. Di negara-negara maju memang inilah amalannya. Selagi pengisytiharan harta ini tidak dilakukan selagi itulah kerajaan itu tidak boleh dianggap sebagai negara yang telus pentadbirannya dan tinggi etika kepimpinannya.

Jika menteri-menteri kita hanya mengisytiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri sahaja ia tidak akan membawa apa-apa makna kepada pengisytiharan harta itu. Jika cara Nazri ini dilakukan hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu dan tidak akan dapat 'public scrutiny' seperti yang berlaku di negara-negara maju.

Jika hanya Perdana Meneterri sahaja yang tahu, paling mampu yang dilakukan oleh Perdana Menteri ialah untuk membandingkan di antara jumlah harta yang dikumpulkan oleh Nazri dan harta yang dikumpulkan oleh Perdana Menteri dan isterinya.

Kenyataan Nazri itu amat mengecewakan ramai dan ia hanya memberikan gambaran yang pemimpin-pemimpin kita tidak berani untuk menunjukkan bagaimana harta-harta yang menggunung itu didapati oleh mereka. Dalam isu pengisytiharan harta ini kita akan nampak dengan jelas yang di sebelah BN dan UMNO, pemimpin mereka tidak menggemari ini dilakukan dan hanya pihak Pakatan Rakyat sahaja yang berani melakukannya.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2012/01/tak-payah-isytihar-harta-hanya-isytihar.html


Kerja Bodoh Dari Orang-Orang Bodoh Dalam Umno

Posted: 20 Jan 2012 05:09 PM PST

Samseng Melayu Belasah Penyokong Pas di Masjid Kg Pandan!!


Kecoh di Masjid Nurul Hidayah Kg Pandan. Sekumpulan jemaah yang baru selesai menunaikan solat jumaat di Masjid Nurul Hidayah Kg Pandan telah berkumpul untuk memberi taklimat tentangg AUKU di luar perkarangan masjid telah digempur dengan tidak bermoral oleh sekumpulan yang tidak puas hati dengan sessi taklimat tersebut.






http://karatijau.blogspot.com/2012/01/bangsattsamseng-melayu-belasah.html


Perutusan Tahun Baru Cina Presiden Pas

Posted: 20 Jan 2012 04:49 PM PST

Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan disambut oleh masyarakat Tionghua di Malaysia dan di seluruh dunia minggu ini, Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengucapkan selamat menyambut hari kegembiraan tersebut. Perayaan yang turut melibatkan majlis makan besar dalam keluarga besar merupakan satu nilai positif yang juga turut disanjung ajaran Islam. Islam juga menggalakkan hubungan kekeluargaan dipereratkan, malah jika sudah memeluk Islam sekalipun, hubungan kekeluargaan tidak pernah putus khususnya dengan kedua ibu bapa mereka.

Apa yang malangnya ialah pemerintahan negara selama puluhan tahun ini masih belum mampu mewujudkan perpaduan nasional yang mantap. Malah hidup dalam kegelisahan akibat permainan politik perkauman pihak pemerintah. Bahkan hubungan masyarakat Tionghua di Tanah Melayu ini telah wujud seawal pemerintahan kerajaan Islam Melaka melalui hubungan diplomatik Laksamana Cheng Ho dengan kerajaan Melaka.


Masyarakat Tionghua di Malaysia merupakan kelompok kedua terbesar di negara ini dan memberi kesan terhadap politik dan sosial negara. Perubahan yang mereka lakukan dalam pilihanraya ke-12 yang lalu membuka lembaran baru politik negara yang menyentak keselesaan pemerintah di peringkat pusat. Perubahan yang dilakukan adalah untuk melihat negara maju ke hadapan dan keluar daripada politik usang yang menindas, diskriminasi dan zalim kepada rakyat kepada politik yang adil dan saksama sesama rakyat.

Namun ianya belum cukup merubah keseluruhan sistem 'usang' negara dan menginsafkan pemimpin pusat yang terus menerus menindas negeri-negeri dan rakyat. Maka tibalah masanya kita membuat perubahan total diperingkat kerajaan pusat. Maka sekali lagi masyarakat Tionghua adalah penting dalam mengekalkan dan meningkatkan undi mereka kepada Pakatan Rakyat dan seterusnya bersama membina negara yang adil untuk semua.

PAS akan sentiasa menghormati dan mengiktiraf kehadiran dan peranan masyarakat Tionghua di Malaysia dalam membentuk sebuah kerajaan yang lebih adil dan makmur. PAS juga kini melalui Kelab Penyokongnya telah berjaya menjalin hubungan baik dengan masyarakat Tionghua khususnya dalam saling faham-memahami dan hormat-menghormati serta saling tolong-menolong di antara satu sama lain. Semoga sifat bersefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan.

Gong Xi Fa Cai kepada semua.

Presiden PAS



Hasan Ali Tak Ada Maruah..

Posted: 20 Jan 2012 06:22 AM PST

Jika ada maruah , Hasan Ali kena letak jawatan Timbalan Pengerusi MAIS

SHAH ALAM, 20 Jan : Pas tidak menganggap jawatan Exco Hal Ehwal Agama Selangor sebagai hak mutlak parti itu dan membidas Datuk Dr Hasan Ali kerana menuduh ia sebagai pak turut dalam Pakatan Rakyat.

Naib Presiden Pas Mahfuz Omar berkata Islam bukan hanya boleh dikembangkan menerusi portfolio itu sahaja dan Hasan sepatutnya mempunyai minda lebih terbuka sebelum membuat tuduhan sebegitu.

"Saya katakan di sini Islam tidak boleh kita sempitkan dalam satu portfolio, Islam kalau hendak dicakap dalam masjid, maknanya Islam dalam masjid sahajalah.


Jadi kita hendak suruh orang datang ke masjid, pelajar sekolah datang ke masjid dan ini yang kita hendak bawa sekarang," katanya kepada antarapos.

Mahfuz berkata beliau menerima keputusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memastikan sesuatu portfolio Exco tidak hanya dipegang oleh parti tertentu sahaja.

Beliau menegaskan Exco daripada Pas tetap akan mengembangkang syiar Islam menerusi portfolio yang dipegang oleh mereka.

"Contohnya portfolio pendidikan kini dipegang oleh Dr. Halimah (Ali) menunjukkan di mana Islam hendak berkembang melalui pendidikan, Iskandar (Abdul Samad) umpamanya memegang portfolio perumahan.

Kemelut rombakan Exco Selangor tercetus kerana Khalid melantik Dr Ahmad Yunus sebagai exco baru daripada Pas untuk menggantikan Hasan yang dipecat oleh parti itu pada 8 Januari lalu.

Bagaimanapun Khalid tidak menyerahkan portfolio Hal Ehwal Agama kepada Yunus, sebaliknya mengambilalih tanggungjawab penting itu. Yunus, Adun Sijangkang, dilantik sebagai Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan.

Hasan berkata maruah Pas dipijak kerana sebagai sebuah parti Islam, ia sepatutnya diberikan portfolio itu yang disandangnya dahulu.

Beliau dukacita kerana pimpinan parti itu menerima keputusan Khalid dan menyifatkannya sebagai bukti parti itu sekali lagi menjadi pak turut kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Mahfuz sekali lagi menegaskan pihaknya tidak bermasalah dengan susunan baru Exco Selangor dan yakin Menteri Besar boleh menguruskan portfolio Hal Ehwal Agama dengan berkesan.

Malah, menurut Mahfuz, Khalid akan menangani apa yang disebut beliau sebagai masalah-masalah ketelusan di dalam Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor.

"Saya percaya dia (Khalid Ibrahim) mampu menyelesaikan banyak masalah dalam ketidaktelusan dalam MAIS da JAIS hari ini," kata beliau.

Dalam pada itu, Mahfuz mendesak Hasan supaya meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi MAIS setelah beliau digugurkan sebagai Exco.

"Jadi saya harap Hasan Ali kalau ada maruah dia letak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi MAIS. Dia kena letak jawatan sebab dia dulu diletakkan di situ kerana dia Exco Agama," kata beliau.

"Walaupun dia dilantik oleh jawatankuasa MAIS memang dia kena letak jawatan sebagai orang bermaruah supaya membolehkan Tan Sri Khalid dan pihak lain yang dilantik untuk berada di situ," katanya.

Hasan digugurkan sebagai Exco Kerajaan Negeri sebelum tamat tempoh untuk beliau merayu keputusan itu kepada Majlis Syura parti pada 7 Febuari.

Beliau mendakwa pemecatannya daripada Pas didalangi oleh sekumpulan parasit yang mahu mengubah perjuangan Islam parti itu dan berjanji mendedahkan mereka menerusi siri ceramah di seluruh negara.


Surau Roboh Atau Tidak Aman Central Tetap Diteruskan - MB Kedah

Posted: 20 Jan 2012 04:09 AM PST

ALOR SETAR: Kerajaan PAS Kedah akan meneruskan projek Aman Central berharga RM500 juta seperti yang dijadualkan, tanpa mengira sama ada keputusan mahkamah memihak kepada kerajaan negeri dan Majlis Fatwa Kedah atau sebaliknya.

Menteri Besar, Azizan Abdul Razak bagaimanapun yakin Jawatankuasa Madrasah Salihiah, Kancut yang memfailkan writ di Mahkamah Tinggi Alor Setar 9 Januari lalu untuk menghalang madrasah itu dirobohkan, akan mengubah pendirian mereka. Writ saman itu akan didengar 6 Februari ini.


"Saya fikir masalah ini akan selesai, projek mercu tanda baru bandar raya Alor Setar ini akan diteruskan. Kalau mahkamah tahan tidak boleh roboh tak apalah. Biar surau tu dok di situ. Kita akur keputusan mahkamah.

"Jika keputusan mahkamah mengendalakan projek ini, saya lawan kerana Aman Central akan memajukan Alor Setar, selain menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 2,000 orang," katanya selepas jamuan dengan masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Sri Mentaloon di sini, semalam.


Pejabat AG fail rayuan terhadap keputusan kes liwat

Posted: 20 Jan 2012 01:24 AM PST

Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat.

Rayuan itu difailkan pada jam 4.30 petang ini di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: