Sabtu, 21 Januari 2012

.

.


Susupan Pagi

Posted: 20 Jan 2012 06:17 PM PST

RM3 Billion Dari Arab Untuk Bantu UBN?

Cerita atau cakap-cakap Ha Najib Razak kini dalam keadaan resah gelisah bukan saja terbatas di kalangan orang politik yang jadi tukang syarah atau propagandis. Cerita itu juga mula dibawa atau dibualkan oleh pegawai tinggi kerajaan baik dalam perkhidmatan awam maupun tentera.

Dua tiga hari lepas saya makan nasi kerabu di Setapak bersama seorang kawan dan kawannya eorang bekas pegawai tentera. Sambil makan kami bercerita perihal politik negara. Pegawai tentera itu yang pernah berkhidmat sebagai atasi (atase) di sebuah negara jiran memberi tahu perihal laporan nyang disediakan oleh risikkan tentera mengenai kedudukan Najib dan UBN hari ini.

Ia sedikit mengejutkan saya dengan apa yang dicakapkan itu.

Katanya hasil risikan itu sikap dan penerimaan rakyat kepada UBN sekarang ini sungguh membimbangkan Najib. Begitu juga dengan pengaruh UBN di hampir seluruh negeri berada di bawah 60 peratus ke bawah. Menurutnya, Najib tidak senang dengan apa yang berlaku sekarang ini.

Katanya menurut laporan risik itu, dalam pilihan raya akan datang UBN bukan saja tidak mampu untuk merampas balik beberapa buah negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat kini, tetapi parti itu juga kemungkinan akan hilang beberapa buah negeri lain. Ini paling mencemaskan.

Menurut kajian itu negeri yang mungkin akan berpindah tangan ialah Negeri Sembilan. Kedudukan UBN di negeri ini sungguh mencemaskan. Di samping itu risik yang bekerja langsung dengan Najib itu juga memaklumkan peluang UBN untuk mempertahankan Terengganu juga dalam keadaan 50 - 50.

Perak yang diambil menerusi rampasan kuasa menggunakan undang-undang, istana dan mahkamah juga akan terlepas semula kepada Pakatan Rakyat.

Manakala Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor adalah amat sukar untuk UBN menawan atau merampas negeri berkenaan.

"Inilah yang memeningkan Najib," ujar kawan itu menceritakan apa yang diucapkan risik berkenaan.

Dalam pada itu menurut kawan itu seperti mana dibualkan oleh risik berkenaan UBN kini sedang mengumpul wang sebanyak yang mungkin. Sebanyak RM3 billion kini sudah pun ada dalam tangan dan wang berkenaan katanya dari Arab Saudi?

Semoga saya dapat berjumpa lagi dengan kawan itu dan akan ada maklumat baru dari pegawai tinggi tentera yang dikatakan berkhidmat langsung dengan Najib itu. Sedikit yang menjadi persoalan saya sejauh mana kebenaran cakap-cakap ini, masakan risik berkenaan menjadi ringan mulut untuk mendedahkan keadaan itu? [wm.kl.10:27 am 21/01/12]

Ulasan Malam

Posted: 20 Jan 2012 03:27 AM PST

Pintu Mahkamah Belum Tutup

Saya sudah menjangkakan Peguam Negara akan membuat rayuan terhadap keputusan Mohamed Zabidin Mohd Diah, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat II.

Apa yang berlaku dalam kes membabitkan bekas penasihat politik dan pakar strategi Najib Razak, Abdul Razak Baginda yang dibebaskan oleh mahkamah kerana tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya Sharribbu, saya tidak fikir ia akan menimpa atau keadaan sama berlaku ke atas Anwar. Begitu mustahil dirasakan kalau ia ada persamaan dari segi sikap dan pendirian pihak pendakwa raya.

Dalam kes Razak Baginda peguam negara tidak mengemukakan notis rayuan keputusan mahkamah yang membebas dan melepaskan Razak dari terbabit dengan tuduhan membunuh Altantuya. Rasanya tidak perlu ditafsirkan kenapa berlaku dan wujud perbezaan itu. Hak mengemukakan notis rayuan dalam apa-apa kes jenayah terserah kepada pihak Peguam Negara dan proses merayu itu adalah dibenarkan dalam sistem perundangan negara.

Kalau pendakwa merasakan sesuatu keputusan hakim itu lemah, boleh dipertikai atau terkhilaf , pendakwa berhak membuat rayuan untuk membolehkan lebih banyak hakim memutuskannya. Maksud di sini ialah untuk memastikan keadilan diperolehi dan terjadmin untuk semua pihak.

Tidak baik kalau dipersoalkan apakah pihak keluarga Altantuya telah mendapat keadilan secukupnya dari apa yang berlaku? Apakah pembebasan dan perlepasan Abdul Razak Baginda itu tidak mngecewakan keluarga Altantuya Sharibbu? Dan apakah rayuan dan desakan termasuk menggunakan media masa tidak dilakukan oleh keluarga Altantuya supaya pendakwa membuat rayuan terhadap keputusan melepas dan membebaskan Abdul Razak?

Dalam kes Razak Baginda cepat sangat pendakwa memaklumkan yang mereka tidak akan membuat rayuan. Seolah-olah pendakwa sudah berpuas hati dengan keputusan penghakiman yang diterima. Semacam kelegaan serta merta diberikan pendakwa itu kepada Abdul Razak. Seolah pihak pendakwa telah meneliti serta merta keputusan kehakiman terhadap Razak itu. Apakah keputusan kehakiman mengenai pembebasan Abdul Razak itu sudah disedikan awal dan diberikan hari yang sama? Kalau benar begitu ia amat berbeza dengan kes melibatkan Anwar ini.

Pendakwa terpaksa mengambil masa hingga saat-saat akhir untuk membuat atau mengemukakan notis rayuan itu. Alasan pihak pendakwa mereka perlu meneliti keputusan penghakiman yang dibuat oleh Mohamed Zabidin Mohd Diah. Kesenjangan masa itu menyebabkan timbul berbagai persepsi dan tanggapan. Ada mengatakan bahawa pendakwa tidak akan merayu. Kalau tidak merayu bermakna keputusan Zabidin itu tidak boleh digugah lagi.

Kerena kesenjangan itu menyebabkan pihak Anwar dan penyokongnya merasa lega dengan apa yang berlaku. Mereka menerima bahawa Anwar dibebas dan dilepaskan dengan mutlak. Secepat itu juga saham Anwar naik mendecut dan rakyat juga mendapat suntikan semangat baru. Perjuangan rakyat untuk menumbangkan UBN menjadi berkobar-kobar semula. Banyak majlis kesyukuran bagi meraikan kemenangan Anwar itu yang dianggap kemenangan rakyat diadakan. Dalam keseronokan itu tidak ada yang membuat perhitungan dan bacaan lain dari merasakan keseronokan itu.

Sebelum ini saya telah menduga sendirian, kenapa rayuan tidak disegerakan dan dibuat pada saat-saat akhir. Hati saya merasakan ia ada motifnya. Yang boleh saya kira mungkin ia disengajakan untuk melihat keadaan selepas Anwar dibebaskan. Yang hendak diperhatikan ialah gelora dan semangat rakyat selepas Anwar dianggap suci dan bersih. Kelewatan itu mungkin untuk melihat momentum yang wujud. Dalam catatan sebelum hari perbicaraan saya sudah mempersoalkan sejauh mana Najib Razak sebagai perdana menteri tidak terlibat dengan keputusan yang akan dibuat terhadap kes itu.

Ternyata kesenjangan yang mungkin disengajakan itu berjaya. Kerana semangat dan gelora rakyat berubah secara drastik sebaik keputusan itu dibuat. Rakyat menjadi bersemangat kembali dan majlis-majlis anjuran Pakatan Rakyat yang dihadiri Anwar mendapat sambutan luar biasa. Perkembangan ini menyeronokkan satu pihak dan menggeletarkan satu pihak lain. Senario ini diambil kira.

Mungkin setelah melihat keadaan itu maka keputusan dibuat agar pembebasan itu hendaklah dikaji semua. Rayuan perlu dibuat. Dalam hal ini bagi saya desakan dan ritihan si pengadu (pembacuh kopi dan ayahnya serta Dr Mahathir) hanya helah semata-mata. Ia mungkin sandiwara untuk menarik simpati supaya kes itu dirayu. Walhal sudah ada perancangan seperti saya maksudkan itu di sebalik tindakan peguam negara itu yang melengahkan menyatakan sama ada hendak rayu atau tidak.

Mengenai kes Anwar ini ia anih dan pelik dan luar biasa. Sebelum ini tidak ada campur tangan awal terhadap proses rayuan ini sama ada perlu merayu atau sebaliknya. Tetapi dalam kes Anwar ini ada desakan awam agar pendakwa membuat rayuan. Bekas PM sendiri ikut sama bersuara dengan berselindung di sebalik keadilan untuk satu pihak. Kenapa?

Keadaan itu menjadikan saya bertanya dan tidak sedap hati. Semalam pun ketika mengikuti Anwar berucap semasa majlis kesyukuran di rumahnya yang mana saya merasakan Anwar begitu seronok dengan keputusan itu telah membisikkan akan perasaan saya kepada seorang teman yang duduk di sebelah saya.

Saya merasa tidak seonok dengan ucapan Anwar yang terlebih dalam mengulas keputusan itu seolah segala-galanya muktamad dan seolah Allah sudah berada dipihaknya.

"Anwar tidak sepatutnya berkata demikian, dia harus jimat bahasa dan waspada. Ingat masa untuk pendakwa membuat rayuan masih ada beberapa jam lagi. Pintu mahkamah belum ditutup," demikian kata saya. Teman itu terdiam.

Mungkin dalam kotak fikir Anwar malam tadi dan orang lain juga sudah yakin apabila pendakwa seakan terus membisu daripada mengemukakan notis rayuan, bahawa pintu mahkamah dalam kes itu sudah pun ditutup. Beliau mungkin beranggapan bahawa pendakwa tidak akan merayu dan kes itu tamat dengan kemenangan mutlak kepadanya. Tetapi apa yang berlaku kini sebaliknya.

Rayuan itu boleh menyebabkan berbagai kemungkinan. Ia boleh menukarkan warna putih menjadi hitam atau merah atau mengekalkan warna asli. Yang paling manakutkan ia boleh membawa Anwar ke Sungai Buloh. Dan paling ditakuti ia boleh menyebabkan Anwar kehilangan hak untuk bertanding dalam pilihan raya. Madah klasik saya mengenai politik; sumpah dan janji orang politik tidak boleh dipercayai, dan jangan merasai pelik dengan tindakan orang politik. Demi kuasa dan kedudukan orang politik sanggup membelakang adat dan hukum agama.

Memang benar, Anwar bersedia menghadapi rayuan. Peguam Anwar Karpal Sigh juga mengatakan dia tidak gentar dengan rayuan. Memanglah begitu adat berlawan dan mempertahankan diri. Tetapi jauh di lubuk hati saya merasakan tentu mereka lebih enak kalau kedua-duanya tidak ke mahkamah lagi. Bukan saja Anwar, tetapi seluruh ahli dan penyokong Pakatan Rakyat mengharap pintu mahkamah ditutup kemas dan semua akan memberi tumpuan kepada menuju untuk membuka pintu Putrajaya. Tetapi apabila rayuan dibuat ia boleh mengenjatkan sedikit tumpuan itu.

Entah terbetik didalam hati saya bila rayuan dibuat ia boleh mengulangi sejarah dua tahun lalu. keadaan terbalik mungkin boleh berlaku. Dalam kes liwat I dulu, hakim Mahakamah Tinggi, Ariffin Jaka telah mendapati Anwar bersalah atas tuduhan liwat dan Anwar dipenjarakan sembilan tahun.

Bagaimana pun hukuman itu dinafikan apabila mahkamah rayuan terdiri dari tiga orang Hakim membatalkan keputusan itu dengan 2 - 1. Dua hakim tidak mempercayai Anwar liwat dan satu hakim mempercayai. Anwar dibebaskan tetap persepsi dia meliwat tetap melekat di kepala sesetengah khasnya yang membenci kepadanya.

Apakah kali ini akan terbalik, hakim mahkamah rayuan akan menolak keputusan hakim yang membebaskan dan melepaskan Anwar dan mereka mendapati Anwar didapati bersalah? Ironisnya di sini kalau dulu hakim mahkamah rayuan melepaskan Anwar kali ini hakim mahkamah rayuan akan mensabitkan Anwar.

Selain itu apa yang berlaku dalam kes menuntut siapa berhak menjadi MB Perak antara Nizar Jamaluddin dengan Zambry Abdul Kadir dua tahun lepas akan berulang kembali. Pada mulanya mahkamah membuat keputusan yang Nizar Jamalduddin adalah menteri besar yang sah. Belum sempat ayam berkokok untuk keesokkan harinya mahkamah membuat keputusan lain mengesahkan kedudukan Zambry sebagai MB yang sah. Keputusan yang drastik dan terbelaik kuang itu menyebabkan rakyat Perak menjadi mabuk dan gila!

Apakah akan berlaku demikian dalam kes Anwar ini? Mulanya mahkamah memberi kelegaan dan kegembiraan kepada Anwar dan penyokongnya, kemudian selepas itu mahkamah juga akan menyentak dan menarik balik kegembiraan itu? Begitukah?

Kita tidak boleh membuat spekulasi lebih jauh dari itu. Bagaimana pun persediaan perku dibuat untuk menghadapai kemungkinan-kemungkinan berpandukan kepada sejarah dan peristiwa masa lampau. Istidraj tidak mustahil boleh terjadi dalam apa juga keadaan dan kepada siapa juga termasuk terhadap kes Anwar ini.

Yang paling saya takut apakah ramalan saya, bahawa Parlimen akan dibubarkan sebaik saja Anwar digiring ke penjara masih valid? Inilah yang menganggu pemikiran banyak orang sekarang ini. Kita boleh mengatakan sama ada Anwar di dalam atau di luar, Pakatan Rakyat terus mara dan mara... tetapi hakikatnya kalau Anwar berada di dalam ia memarahkan Pakatan Rakyat?

Dan saya tidak tahu apakah setelah hakim mahkamah rayuan nanti ditakdir menolak keputusan Hakim Zabidin itu Anwar masih boleh mengemukakan merayu kepada peringkat lebih tinggi! Izinkan saya berihat untuk menulis lagi esok. [wm.kl.:04 pm 20/0/2]

Tiada ulasan: