Blog-list Malaysia |
- Kerana Terlalu Bodoh Hasan Lupa Bahawa Dialah Parasit Dalam PAS
- Sidang Media Bodoh Dan Syok Sendiri Dari Si Bodoh Bernama Hasan Ali..
- Hasan dakwa Anwar akan halalkan homoseksual
- Kerja-Kerja Khianat Dan Sabotaj Hasan Ali Akan Bemula Depan..
- Beku aset NFC sia-sia kecuali gaji keluarga Shahrizat dipotong
- Hasan boleh bebas melayang di angkasa raya
- Ahmad Maslan Yang Habis-Habis Dengan Kebodohannya..
- Foto Pelajar USM Yang Ditahan Ugut Bom Helikopter PM
- Persidangan Umno Paling 'Cool' Di Selangor..
- Notis Saman Papagomo Dan Parpukari
Kerana Terlalu Bodoh Hasan Lupa Bahawa Dialah Parasit Dalam PAS Posted: 15 Jan 2012 11:56 PM PST Ulasan Pedih - Si Makmum Yang Baca Kuat Tersilap Baca Teori Sebahagian orang Pas khasnya yang geli dengan kerenah politik Hasan Ali tentunya boleh menarik nafas lega apabila mengetahui bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu membayangkan dia tidak akan merayu untuk kembali menjadi ahli Pas. Menurut katanya seperti dilapor beliau tidak melihat ada keperluan untuk dia merujuk kepada Pas. Kali ini cerdik pula Hasan saya tenguk. Dia tahu membaca tindakan dan motif pemecatannya itu. Dia arif menyelami tindakan itu yang bertujuan untuk memaksa beliau meninggalkan jawatan Exco dan juga tidak akan bertanding lagi di Dun Gombak Setia. Kenapa saya berkata begitu kerana tempoh yang diberikan kepada Hasan untuk merayu selama 30 hari itu satu jangka masa berstrategi. Dan apabila Pas memecatnya bermakna beliau tidak boleh memegang jawatan Exco atas tikit Pas. Manakala dengan tempoh itu Pas atau MB Selangor akan lekas bertindak supaya Hasan meletakkan jawatan Exco untuk membolehkan nama lain diganti. Kekosongan jawatan Itulah yang dikehendaki Pas. Kalau Pas ikhlas Pas boleh memberi tempoh dua minggu saja kepada Hasan untuk beliau berfikir, bermahasabah diri dan memutuskan secara tepat. Dalam tempoh sebegitu MB tidak tergesa-gesa untuk melantik pengganti baru. Tetapi bila tempoh itu panjang sudah pasti Hasan akan berlengah dan ia memberi ruang kepada Pas untuk melantik penggantinya. Inilah strateginya. Baguslah Hasan boleh membaca strategi itu, bahawa dia sudah tidak 'dihingini' lagi dan mengambil sikap tidak merayu bagi mengelakkan mendapat malu secara gratis. Nasib yang diterima Hasan kini telah diulas dan diramalkan dari berbagai sudut oleh macam-macam orang. Pemecatan dan implikasi juga telah dispekulasi dan dicatat di merata tempat dan turut dibualkan di mana-mana saja. Sebagai rekod, pada perhatian saya nasib yang diterima Hasan kini; hilang keahlian, hilang jawatan dan hilang juga penghormatan politik disebabkan kelemahan beliau sendiri. Ataupun kerana kedangkalan para penasihat dan master maind politiknya. Selalunya seseorang politik bertaraf tokoh seperti Hasan akan dikelilingi beberapa penasihat kumpulan pemikir politik yang memberi tunjuk ajar dan nasihat-nasihat terbaik dan world class. Bila menghalusi dan diletakkan kanta pembesar di sekelilingi diri Hasan, betullah seperti mana kata Setaiusaha Agung Pas Mustafa Ali, Hasan terperangkap. Cuma saya nak perbetulkan sedikit di sini bukan sangat terperangkap dengan pemimpin Umno, (pemimpin Umno pun bikan licit sangat) tetapi terperangkap dengan kepandirannya sendiri. Kepandiran yang menjelma dari ijazah yang berjela-jela. Hasan bagi saya tersalah membuat congakan dan teori politik. Kebijaksanaannya dengan memiliki berbagai nijazah sehingga Phd gagal menyelamatkan beliau dalam politik dan menjadikan beliau seorang strategis politik, melainkan hanya bual politik. Bagi saya ada tiga keadaan atau salah baca oleh Hasanh Ali menyebabkan dia terjerumus ke lembah kehinaan seperti hari ini. Pertama, Hasan mungkin mengira Pas tidak akan memecatnya. Kononnya Pas takut untuk pecat kerana beliau kini popular dan pemecatannya menganggukan hasrat Pas untuk terus memerintah Selangor. Jadi walau macam mana Pas akan mengambil sikap sabar dan tahan marah dari memecatnya. Saya percaya Hasan diberi laporan kononnya pengaruhnya kini semakin meluas apabila beliau berdiri atas prinsip akidah dan kembali menggamit penyokong menerusi kaca tv semula. Sedihnuya keadaan jadi sebaliknya. Pas tidak gentar dan merasakan bayangan itu satu keadaan menjadikan Pas serba salah. Pas mengambil keputusan tidak popular dan berisiko tinggi, Pas pecat Hasan Ali. Di sinilah saya mengira 'badak tuli yang tidur di lebuh raya' yang saya anologikan kepada presiden Pas telah bangun dan menunjukkan powernya. Tahniah Abdul Hadi. Tindakan ke atas Hasan itu meletakkan Hadi seorang presiden yang ada tahap kesabarannya dan tidak selamanya boleh diperendahkan. Kedua, mungkin Hasan fikir Anwar Ibrahim akan diringkukkan ke dalam penjara. Dia mahu mengharap laba dari keadaan (trajis) itu dan sedia kalau pun Pas memecatnya. Hasan mungkin bercita-cita untuk mengisi ruang kewiraan yang ditinggalkan Anwar tetapi dalam medan yang berlainan. Hasan mungkin sependapat dengan Umno kalau Anwar dihantar ke penjara kekuatan Pakatan Rakyat akan lemah dan Umno akan kembali berkuasa di Selangor. Atas teori itu mungkin Hasan mengira dia boleh bersatu dengan Umno untuk menentang Pas dengan dia nanti akan diberikan jawatan peting termasuk MB Selangor dan dengan cara itu angan dan mimpinya untuk jadi MB seperti Muhammad Taib, Khir Toyo dan Khalid Ibrahim akan tergapai. Bagaiman pun telahan dan bacaan Hasan sekali lagi silap. Anwar tidak dimasukkan ke penjara bahkan mahkamah membebaskan alasan tiada kesalahan. Kini yang terpenjara (hati) bukan Anwar tetapi Hasan Akidah. Yang bebas dan mampu mendongak ke langit bukan Hasan yang betul akidahnya tetapi Anwar si pluralisme itu. Ketiga, mungkin juga Hasan mengira kalau pun dia disuruh letak jawatan, baginda Sultan Selangor akan mempertahankanya. Beberapa kes atau persedent (kes contoh maaf kalau ejaan Inggeris itu salah) sebelum ini mungkin dijadikan alsan atau hujah, di mana seseorang Exco kalau tidak dilucutkan oleh Sultan dia akan kekal. Alasannya angkat sumpah memegang jawatan bukan hadapan MB tetapi hadapan Sultan. Hasan juga mungkin yakin penganugerahan datuk paduka kepadanya baru lalu sebagai cerminan yang istana sayangkan kepadanya? Malangnya perasaan syok dan 'hidung besar' itu ternyata juga tersilap. Sultan berdiri atas garis lurus tidak berpihak kepada mana-mana dan berdiri atas kuasa dan peraturan yang dibenar dan ada kepadanya. Apabila Khalid Ibrahim memberi pandangan Sultan terima kemudian meminta Khlid mengisikan kekosongan itu harapan Hasan yang jauh di sudut hati agar sultan membelanya termusnah. Itulah tiga senario politik yang tidak dapat dibaca dengan tepat oleh Hasan. Dalam sekelip mata sahaja Hasan kalah 3 - 0 selepas baru sahaja dia menang dalam 'permainan persahabatan' (bertelagah) dengan Mustapa Ali dimana dia menang 2 -1. Di sini Hasan terlupa bahawa permainan sebenar berbeza dengan permainan persahabatan yang lebih kepada untuk menguji minda dan jasmani. Kealpaan inilah membawa malang dan celaka kepada dirinya. Bercakap mengenai Hasan Akidah, aik Hasan Ali (sebab ada orang marah panggil Hasan Akidah), semalam ketika berjumpa dengan para wakil rakyat Pas secara tertutup di Shah Alam, Nik Aziz ditanyan mengenai hal Hasan Ali untuk mereka mudah memberi penjelasan kepada rakyat. Biasalah Nik Aziza tidak menjadi secara langsung tetapi penuh dengan anologi dan mantik. Beliau memberi perumpaan dengan merujuk kepada sembahyang berjemaah. Katanya dalam sembahyang berjemaah jemaah makmu kena ikut imam. Imam boleh baca deras (kuat) tetapi makmu tidak boleh baca kuat. Dalam kes Hasan ini dia adalah makmu yang membaca kuat. Betul sembahyang tidak terbatal dan sah tetapi sikap dan kelakuan Hasan itu menganggu imam dan boleh mengelirukan makmu lain terutamanya yang lurus dan jujur. Jawaban dan kiasan Tokguruku itu memang tepat dan kena sekali. Maka tindakan Pas mengambil tindakan ke atas makmu itu, selepas sembahyang bukan dalam sembahyang adalah tepat dan betul. Ketika saya di Alor Star seorang tokoh Pas yang juga merupakan pembaca tegar blog saya, bertanya saya mengenai Hasan, apa sudah jadi dengan Datuk Hasan, tanyanya. Saya tidak banyak mengulas dan menjawab secara mantik juga; katanya saya, "dia sedang memperbetulkan akidah politiknya dari betul kepada tidak betul". Tokoh itu tersenyum, berjabat tangan kemudian berlalu sambil tergelak-gelak kecil kelucuan. [wm.kl.12"27 t/hari 16/01/12] http://msomelayu.blogspot.com/2012/01/ulasan-pedih.html |
Sidang Media Bodoh Dan Syok Sendiri Dari Si Bodoh Bernama Hasan Ali.. Posted: 15 Jan 2012 11:37 PM PST |
Hasan dakwa Anwar akan halalkan homoseksual Posted: 15 Jan 2012 11:23 PM PST KUALA LUMPUR, 16 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti ditolak oleh semua rakyat Malaysia kerana pemimpin PKR itu akan melakukan sesuatu terhadap undang-undang menentang homoseksual jika dipilih mentadbir kerajaan persekutuan, demikian dakwa Datuk Dr Hasan Ali. Bekas ketua PAS Selangor itu berkata, itu merupakan sebab mengapa dia tidak boleh bekerja atau menghadiri perbincangan empat mata dengan pemimpin pembangkang tersebut, dan temubual baru-baru ini antara Anwar dengan BBC menunjukkan dia mempunyai "pandangan peribadi" berhubung isu tersebut. "Ini ialah sebab mengapa saya tidak boleh bekerja dengannya. Ini adalah faktor mengapa rakyat Malaysia perlu menolak Anwar. "LGBTs (lesbian, homoseksual, dwiseksual dan transeksual) disahkan di Malaysia! Tuhan melarang! Saya boleh melihat keadaan yang sukar jika perkara itu berlaku," Hasan (gambar) memberitahu pemberita di sini. "(Dia) akan menjadikan perkara itu 'halal'. Tuhan melarang, dan masyarakat akan berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir jika itu berlaku. "Pandangan-pandangan dalam temubual bersama BBC mencerminkan pandangan peribadinya," tambah anggota Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini lagi. Selepas dibebaskan meliwat bekas pembantunya, Anwar telah dituduh menjadi penyokong hak-hak homoseksual, dengan Umno mendakwa memiliki bukti-bukti Anwar berkata demikian semasa satu temubual dengan rangkaian televisyen BBC baru-baru ini. Mingguan Malaysia memetik pemimpin Pembangkang sebagai berkata semasa temubual bersama BBC itu, undang-undang dan hak-hak homoseksual di Malaysia dianggap "purba" dan "bukan berkaitan." Wartawan BBC telah meminta Anwar mengulas sama ada menolak idea anti diskriminasi dan hak-hak homoseksual, di mana dia telah dituduh berkata "kami perlu mengkaji semula beberapa undang-undang purba kami." "Kami orang Islam dan bukan Islam di Malaysia pada umumnya percaya dan komited menyokong kesucian perkahwinan antara wanita dan lelaki, tetapi kami tidak sepatutnya dilihat untuk menjadi punitif dan mempertimbangkan undang-undang purba seperti berkaitan," kata Anwar kepada BBC. Tetapi petikan tambahan pemimpin de facto PKR ttidak dinyatakan Utusan and Berita Harian. Anwar juga berkata Pakatan Rakyat (PR), "kami tidak menggalakkan homoseksual, dan kami tidak perlu meminta maaf untuk itu." Hasan berkata, jawapan Anwar semasa temuduga itu sahaja menunjukkan mengapa tekaannya terhadap pemimpin de facto PKR itu ialah "sah." "Tujuan saya sangat mulia, saya rasa hanya Allah akan tahu," kata Hasan. Dia menuduh Anwar gila kuasa, dan berkata PR gagal dalam rampasan kuasa pada 16 September, di mana Anwar telah berjanji akan berlaku pembelotan beramai-ramai dari Ahli Parlimen Barisan Nasional, terutama yang dari Sarawak dan Sabah. "Jadi, saya atau Anwar yang gila kuasa? Saya berada di puncak kuasa sebagai satu exco, tetapi saya bersetuju untuk dikorbankan," tambah Hasan. |
Kerja-Kerja Khianat Dan Sabotaj Hasan Ali Akan Bemula Depan.. Posted: 15 Jan 2012 09:24 PM PST Jelajah Hasan Ali dedah 'parasit' PAS Bekas anggota majlis kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali tetap enggan mendedahkan kumpulan "parasit" dalam PAS yang didakwanya telah mempengaruhi parti itu. Katanya, perkara itu hanya akan didedahkannya dalam program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan. Beliau sekadar berkata, kumpulan berkenaan bergerak dengan tujuan tertentu dalam parti itu dan turut menduduki jawatan penting dalam PAS. Hasan juga mengelak apabila ditanya sekiranya kumpulan berkenaan merupakan 'golongan Erdogan' dalam parti itu. Tambahnya, beliau hanya akan menyertai semula PAS sekiranya parti itu dibersihkan dari golongan "parasit" tersebut. Hasan juga tangkas mengulas apabila ditanya mengenai kenyataan ketua umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyokong kegiatan gay dan lesbian. Katanya, masyarakat akan berpecah sekiranya kegiatan seperti itu dibenarkan. "Inilah sebab saya tidak boleh bersekongkol dengan Anwar Ibrahim," |
Beku aset NFC sia-sia kecuali gaji keluarga Shahrizat dipotong Posted: 15 Jan 2012 08:55 PM PST KUALA LUMPUR, 16 Jan — Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang hari ini menegaskan, tindakan kerajaan membekukan aset Pusat Fidlot Nasional (NFC) adalah satu tindakan sia-sia kecuali jika gaji bulanan keluarga Shahrizat dipotong kepada dua pertiga daripada RM215,000 kepada RM71,000. Lim dalam kenyataannya hari ini berkata, pengumuman Pengarah Eksekutif NFC, Wan Shahinur Izmir Salleh bahawa pembekuan aset syarikat berkenaan tidak mengganggu perjalanan syarikat adalah satu tindakan yang mengecewakan kerana menunjukkan tindakan pembekuan tersebut adalah seperti satu tindakan yang sia-sia. "Perkara itu mengecewakan rakyat Malaysia, dan mereka tertanya-tanya sama ada "pembekuan sementara" aset-aset NFC hanyalah satu kepura-puraan kerajaan untuk meredakan ketegangan penduduk Malaysia yang ingin tahu berkenaan projek tersebut. "Siapa bekukan aset NFC? Bila aset berkenaan dibekukan? dan siapa yang berkuasa untuk membebaskan aset berkenaan?" soal Kit Siang dalam kenyataan tersebut. Menurutnya, perkara pokok adalah berapa nilai sebenar aset NFC yang telah dibekukan, kerana rakyat Malaysia tidak akan terkejut sekiranya NFC tidak lagi mempunyai sumber kewangan ekoran penyelewengan yang berlaku dalam projek tersebut yang bermatlamat untuk menghasilkan projek ternakan lembu berimpak tinggi itu. "Boleh Najib jelaskan dengan teliti berapa lama tempoh pembekuan aset tersebut-oleh siapa, bila, bagaimana, dan aset apa yang telah dibekukan beserta jumlahnya?" tambahnya. "Bila Izmir mengumumkan bahawa "perniagaan berjalan seperti biasa" walaupun aset NFC mengalami "pembekuan sementara", apa yang mengejutkan rakyat Malaysia adalah penyalahgunaan dana masih lagi berlaku tanpa sekatan, yang mana menyaksikan keluarga Shahrizat menggunakan dana dalam projek NFC tersebut sebagai sumber pendapatan mereka," tambahnya. Menurut Lim (gambar), suami Shahrizat Dr. Mohammad Salleh Ismail selaku Pengerusi Eksekutif NFCorp mendapat pendapatan sejumlah RM100,000 gaji bulanan, anak lelaki mereka yang berumur 31 tahun, Izmir selaku Pengarah Eksekutif berpendapatan RM45,000 sebulan, manakala, seorang lagi anak lelaki mereka, Wan Shahinur Izran berumur 27 selaku CEO berpendapatan RM35,000 sebulan, manakala Wan Izzanah Fatimah, 25 tahun, berpendapatan RM35,000 atas jawatan sebagai pengarah. - satu jumlah keseluruhan bernilai RM215,000 gaji bulanan untuk suami dan tiga anak Shahrizat. "Selepas hampir enam bulansejak pemdedahan Laporan Ketua Audit Negara, berkenaan terdapatnya kecelaruan dalam NFC, tiada sebarang tindakan yang dilakukan kabinet untuk membetulkan keadaan. "Lebih malang lagi, apabila Shahrizat tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah mahupun menyesal terhadap tindakannya itu," kata Kit Siang. Tambah Lim, sekurang-kurangnya, rakyat Malaysia menjangkakan aset NFC yang dibekukan adalah termasuk potongan sebanyak dua pertiga daripada gaji keseluruhan Pengerusi. Pengarah Eksekutif, CEO dan pengarah lain daripada pendapatan bernilai RM215,000 hanya kepada RM71,000. Adakah ini akan dibincangkan di Kabinet esok? Menteri mana yang bernai untuk mengutarakan perkara ini," soal Kit Siang. |
Hasan boleh bebas melayang di angkasa raya Posted: 15 Jan 2012 06:44 PM PST SUDAH tentu PAS rasa amat dukacita memecat keahlian Dato Hasan Ali kerana ia amat jarang memecat ahlinya. Bukan mudah untuk mendapatkan seorang Islam dan rakyat Malaysia menyertai parti itu dalam negara yang memberi banyak pilihan kepada setiap rakyat, maka tentulah tidak mudah pula ia memecat ahlinya, apa lagi ahli itu ada sedikit sebanyak jasa dan sumbangannya. Sudah tentu pada PAS setiap yang menyertainya, diharapkan tidak menyertainya untuk satu ketika tetapi sebolah-bolehnya biarlah dia mati dalam parti itu. Jika boleh kita mahu ada dalam PAS seorang ahli macam Dato Ibrahim Ali bagi UMNO, sesudah dihina dan dipecat dari ahli seumur hidup, dia tidak berubah setia pada UMNO, menunggu untuk diterima semula menjadi ahli UMNO. Ketika UMNO tidak bercadang untuk mengambilnya semula, dia buat macam-macam kegiatan untuk partinya yang membuangnya itu. Apa pun Hasan tentu tidak dipecat sampai mati. Dia ada peluang untuk merayu kalau mahu, kalau dia rasa parti itu dapat menjadi saluran kepadanya memperjuangkan kepentingan Islam, bangsa Melayu dan raja. Itu pun kalau dia mahu jadi macam kebanyakan ahli PAS yang bercita-cita untuk mati sebagai ahli PAS. Tentu ramai yang pilu atas tindakan ke atasnya, bahkan mengeluarkan air mata, tetapi tidaklah air mata itu sampai menjadi sebatang sungai baru di Selangor. Justeru setiap ahli PAS ada juga jasanya disamping ada sebab musabab dia terpaksa dipecat. PAS pernah memecat keahlian bekas Yang Dipertua Agungnya Dato Asri bersama beberapa orang ahli anggota Jawatankuasa Agung yang lain. Siapa kata Dato Asri tiada jasa dalam PAS? Bahkan besar jasanya kepada parti. Tetapi demi kepentingan parti, jasa-jasa yang besar dan banyak tidak menjadi sebab seseorang tidak boleh dipecat. Pemecatan tidak dibuat atas kemahuan Mursyidul Am atau Presiden parti, tetapi dibuat oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Tentunya ia tidak dibantah oleh Majlis Syura. Saya pernah mewakili PAS ke Ijtimak Jamiatee Islami Bangladesh. Jamiatee adalah sama bagi Pakistan dan India. Tiada siapa boleh terus jadi ahli parti Islam itu melainkan setelah sepuluh tahun menjadi Rukun, satu nama bagi pemohon menjadi ahli. Sesudah 10 tahun jadi Rukun pun belum tentu diterima menjadi anggota Jamiatee Islami. Dalam keadaan demikian berpuluh ribu anggota Rukun menunggu dengan sabar untuk menjadi ahli. Tetapi PAS tidak seketat rakan-rakan parti Islam di benua kecil India. Hassan Ali tidak perlu menunggu 10 tahun untuk menjadi ahli Jawatankuasa Pusat dan Naib Presiden parti. Dan diberi amanah selama lapan tahun jadi Pesuruhjaya PAS Selangor. Di Selangor dia jadi orang PAS yang paling bertuah sepanjan sejarah, menjadi Exco kerajaan Negeri Selangor apabila Pakatan memerintah. Orang yang lebih besar dan lama perjuangannya di Selangor tidak sebertuah sepertinya. Saya tahu sedikit sebanyak masalah dalaman parti. Penggal pertama Hassan menjadi pesuruhjaya, dia telah tidak menjadi calon tunggal untuk menyambung amanah itu. Dia sudah tidak dinamakan, tetapi Jawatankuasa PAS memberi peluang kepadanya untuk menjadi PJ lagi hinggalah ke tahun 2011. Setakat dia mempertikai dasar terkini PAS secara terbuka, PAS tidak begitu segera untuk bertindak drastik, tetapi apabila dia boleh menserba-salahkan hubungan PAS dengan sekutu-sekutunya dalam Pakatan Rakyat, maka PAS tidak banyak pilihan melainkan. Sekarang Hasan sudah bebas, seperti burung dia boleh terbang melayang sejauh mana dan setinggi mana pun di angkasa raya. Dia boleh kata apa yang dia rasa perlu kata. Dia boleh hinggap di mana dahan yang ada. Melepaskannya dari PAS adalah untuk membebaskannya bersuara bebas seperti yang dijamin oleh perlembagaan negara. Harakahdaily |
Ahmad Maslan Yang Habis-Habis Dengan Kebodohannya.. Posted: 15 Jan 2012 04:57 PM PST Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mendakwa mendapat sokongan pelbagai pihak dari Barisan Nasional (BN) bagi memastikan Pakatan Rakyat (PR) menguasai Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang hanyalah pembohongan semata-mata, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan. Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kenyataan itu tidak benar sama sekali dan tiada bukti menunjukkan ada anggota B Nyang dikesan memberi sokongan kepada pakatan itu. "Dia berbohong dan saya menafikan kenyataan itu. Jika ada sokongan dari pihak BN, saya minta dia tunjukkan senarai siapa orang BN yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Empat Peringkat Penerangan BN di sini, Ahad. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang ada pihak dalam BN, termasuk bekas menteri dan menteri, yang menawarkan sokongan untuk menumbangkan BN sekaligus membantu PR menguasai Putrajaya. Mat Sabu berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen PR Ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah, Sabtu. Ahmad berkata: "Apa yang diucapkan atau dikatakan oleh Mat Sabu itu tidak boleh diguna pakai. Ia adalah sama seperti mana kenyataan beliau sebelum ini yang mengatakan bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan sedangkan Mat Indera itu merupakan anggota Parti Komunis Malaya (PKM) dan itu sudah pun terbukti." |
Foto Pelajar USM Yang Ditahan Ugut Bom Helikopter PM Posted: 15 Jan 2012 04:33 PM PST Mungkin dia ingin bergurau tetapi gurauannya silap. Silap kerana gurauannya menjadi ugutan. Mungkin juga dia begitu bersemangat bencikan Najib, mengajak pihak lain meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki PM Najib ketika lawatannya ke kampus itu minggu depan. Akibatnya dia ditahan. Cepatnya tindakan dia ditahan bergantung kepada siapa dia mengugut!! Dia penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan di Nibong Tebal dan berusia 23 tahun. Dia ditahan kira-kira jam 9.30 pagi dan disahkan Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob dan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Melalui carian di Facebook pelajar itu dikenali sebagai Janartana V Chandra. Bandingkan imej dengan imej yang disiarkan Sinar Harian. http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=11815 |
Persidangan Umno Paling 'Cool' Di Selangor.. Posted: 15 Jan 2012 05:00 AM PST |
Notis Saman Papagomo Dan Parpukari Posted: 15 Jan 2012 04:16 AM PST keluaran The Star 14hb Januari 2012 dan disiarkan nama mereka sekali Terpapar dalam media arus perdana The Star Notis Tuntutan terhadap parpukari @ Mohd Salim Iskandar seperti disebut dalam notis tersebut dan papagomo @ Wan Mohamad Azri kerana dikatakan menulis mengenai perkara yang melibatkan fitnah melibatkan seorang ahli perniagaan Abdul Razak bin Mohd Noor. Semua ini terpapar dalam The Star bertarikh 14hb Januari 2012. Era saman menyaman terhadap tulisan yang tidak disambut dengan bukti kukuh semakin bermula. Papagomo @ Wan Mohamad Azri serta Parpukari adalah laman pro UMNO paling popular dengan isu-isu sensasi serta kritikan yang agak keterlaluan dengan pemilihan perkataan yang tidak begitu menyenangkan. Dengan label mereka adalah laman pro UMNO popular maka UMNO juga disabitkan dengan tindakan-tindakan laman web mereka yang hari ini sudah mula di saman. Melihat perkembangan yang ada penulis-penulis blog kadangkala gagal mengasingkan makna perang saraf dengan apa yang disebut fitnah. Melihat satu kenyataan dari parpukari@Mohd Salim Iskandar dalam isu laporan polis ke atas fitnah papagomo@Wan Mohamad Azri oleh artikulis www.themalaysianinsider.com Amin Iskandar – mereka memaklumkan bahawa tulisan itu adalah hak kebebasan bersuara – satu justifikasi yang amat dangkal. Teruskan membaca UMNO dalam isu ini seharusnya tidak terlibat atau campur tangan dalam membela laman – laman yang sebenarnya lebih membawa gambaran buruk kepada UMNO. Namun dalam banyak hal kami dimaklumkan ada sumber-sumber sahih yang mengatakan ada kepimpinan UMNO yang terlampau ghairah dalam penglibatan laman web sehingga UMNO terpalit dengan apa yang negatif dibawa oleh laman-laman pro UMNO ini. UMNO akibat penulisan beberapa laman web pro UMNO ini akhirnya di manipulasi oleh pembangkang untuk menjatuhkan imej UMNO sendiri. Tindakan ini akhirnya meletakkan kita tersepit antara keseronokan menulis dengan usaha untuk menarik lebih ramai anak muda – orang yang tidak berparti melihat UMNO sebagai wadah sokongan mereka. Mungkin sudah sampai masanya UMNO melakukan pembersihan – mengasing diri dari terus dilabel terlibat dalam pendedahan palsu dan menggunakan laman pro UMNO sendiri untuk tujuan peribadi dan politik sendiri. http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=1362&Itemid=58 |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan