Isnin, 16 Januari 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Anwar akan halalkan liwat di Malaysia, kata Hassan Ali

Posted: 16 Jan 2012 01:47 AM PST

HASSAN Ali akhirnya menunjukkan belangnya sebagai "agen Umno" yang selama ini menyorok bagaikan cancer di dalam Parti Islam se Malaysia PAS.

Tugasnya sudah lama bermula. Rancangannya untuk memporak perandakan PAS dan Pakatan Rakyat dari dalam berjaya dihidu oleh pimpinan, yang membawa kepada tindakan memecat beliau.

Hari ini Hassan Ali terpaksa melakukan gerakan "all out" bagi menunjukkan kepada bossnya bahawa dia telah melakukan kerja yang cemerlang.

Terbaru, Hassan Ali menyerang Anwar habis-habisan dengan menuduh Anwar akan menghalalkan liwat di Malaysia [TMI].




Tidak hairanlah selama ini Hassan Ali gemar mencetuskan kontroversi dari isu rampasan arak sampailah isu menyerbu gereja. Semua ini agenda politik untuk menyampaikan fahaman yang salah terhadap Islam.

Dr Asri juga sebelum ini secara terbuka menyifatkan Hassan Ali sebagai orang yang begitu lama menyampaikan mesej yang salah tentang Islam sepanjang memegang Jawatan exco Agama Selangor.






ReJaM© "Tindakan memecat Hassan Ali memang tepat..."

Komik Transformasi Najib diedar di sekolah-sekolah

Posted: 15 Jan 2012 03:15 PM PST

SATU lagi bukti bahawa, larangan berpolitik di sekolah hanyalah terhadap penyokong Pakatan Rakyat. Jika mahu berpolitik menyokong Barisan Nasional di sekolah, dibenarkan malah dialu-alukan.

Salah seorang forumer di Forum Lowyat mendedahkan bagaimana buku komik Transformasi Najib yang dipenuhi dengan unsur propaganda mendidik murid sekolah menyokong Barisan Nasional disebarkan di sekolah anaknya.

Di bawah ini beberapa gambar buku komik yang dimaksudkan.




Dalam komik ini, Lady Gajah digambarkan sebagai wanita jelita yang menjadi tulang belakang kepada Najib.




Rakyat yang tidak menyokong Barisan Nasional pula digambarkan sebagai musuh di dalam selimut.




Jika mereka boleh menyebarkan fahaman politik di sekolah dan Universiti, sepatutnya Pakatan Rakyat juga dibenarkan berbuat demikian. Tapi perkara sebaliknya yang berlaku. Nak berpolitik boleh, tapi kena sokong BN.



ReJaM© "Lady Gajah jadi wanita jelita, kah kah kah..."


Sumber: [Lowyat]

Lebih 100 penyokong Hassan Ali keluar PAS

Posted: 15 Jan 2012 02:16 AM PST

DIPETIK dari akhbar Utusan Malaysia. Lebih 100 ahli PAS Kampung Kerdas Gombak sertai UMNO kerana kecewa apabila Hassan Ali dipecat oleh pimpinan PAS.

Maka dari berita ini jelas sekali bahawa ahli PAS yang dimaksudkan di sini adalah penyokong Hassan Ali. Rujuk prinscreen di bawah, ia dipetik dari portal Utusan Malaysia.




Namun yang menariknya, mereka mengaku menyertai Umno kerana yakin hanya Umno yang boleh membela nasib rakyat. Lihat ayat ini "Kami tak percaya dengan Pas dan kami yakin hanya UMNO dan Barisan Nasional yang mampu membela nasib rakyat".

Apa kaitannya tak puas hati Hassan Ali dipecat dengan BN boleh bela nasib rakyat? Patutnya buatlah alasan Hassan Ali tak ada dalam PAS maka Islam akan hancur, hanya Hassan Ali pembela Islam sebenar bla bla bla... baru orang percaya.


ReJaM© "Sejak Hassan Ali dipecat, hanya BN membela nasib rakyat! Kah kah kah..."

Tiada ulasan: