Kelab Greenboc |
- Hassan Ali Diminta Dedahkan Siapa Parasit Yang Dimaksudkan
- Pemahaman Hassan Ali Salah, Beliau Dakwa Masih Ahli PAS [updated]
- Pelajar Malaysia Mati Lemas Di Air terjun Dua Warna Sibolangit Medan
- Ong Tee Keat Menjadi Ong "Tiket " Kerana Khuatir Nama Tercicir Daripada Senarai Calon
- Amah Maut Dihempap Pintu Pagar Rumah
- Guru PASTI Kemalangan, Seorang Meninggal Dunia, 5 Cedera
- Pelajar USM Ditahan Kerana Tulis Dalam FB Nak Bom Helikopter Najib
- Calon BN Lembah Pantai: Sharizat Bakal Disembelih, Nong Chik Ambil Alih
- Kes Kompleks PKNS: Faekah Bidas Gelagat Najib Seperti Hero Filem Tamil
Hassan Ali Diminta Dedahkan Siapa Parasit Yang Dimaksudkan Posted: 16 Jan 2012 12:12 AM PST Shah Alam – Pas Selangor mencabar bekas Pesuruhjayanya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendedahkan senarai nama sekumpulan parasit yang didakwanya wujud dalam Pas. Pesuruhjaya Pas Negeri, Dr Abd Rani Osman (gambar) berkata, setiap tuduhan yang dibuat perlu berlandaskan bukti bagi memastikan dakwaan terbabit bukan fitnah. Abd Rani berkata, pendedahan senarai nama itu boleh membantu parti itu untuk mengambil tindakan sewajarnya. "Kalau dia ada bukti mengatakan dalam Pas ini ada parasit maka perkara itu perlu didedahkan kerana dalam Islam sendiri setiap tuduhan itu perlu ada buktinya. "Kita pun nak tahu juga siapa parasit yang ada dalam Pas ini supaya kita sendiri boleh mengambil tindakan terhadap mereka," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Semalam akhbar ini melaporkan Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia mendakwa terdapat sekumpulan parasit di dalam parti itu yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain. Hasan mendakwa kumpulan parasit itu tidak suka isu arak dan murtad diperjuangkan di negeri ini. Sementara itu, timba-lannya, Khalid Abdul Samad turut membidas kenyataan Hasan dan memintanya mendedahkan nama-nama tersebut. "Parasit adalah orang yang hidup atas kekuatan Pas sambil menghisap darah atau zat darinya tanpa memikirkan kecederaan yang dialami Pas hasil dari tindakannya. Siapa mereka?," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). -SH Nik Aziz nasihat Hasan Ali 'jaga mulut' Ulasan GB Suka main tuduh-tuduh. Sepatutnya kemukakan aduan berserta bukti kepada pihak pimpinan. Itu cara berorganisasi, itu kaedah berjemaah. Kalau tak mahu ikut cara itu pergi duduk dalam hutan. Lansung tak hiraukan "arahan" yang berbentuk nasihat daripada Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz. Dah kena pecat bermacam-macalah karenahnya. Semasa belum dipecat tak mahu beringat. |
Pemahaman Hassan Ali Salah, Beliau Dakwa Masih Ahli PAS [updated] Posted: 15 Jan 2012 10:42 PM PST Hasan Ali: 'Secara teknikal saya masih ahli Pas' PETALING JAYA - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali tidak mempunyai masalah sekiranya digugurkan sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam . Bagaimanapun beliau mempersoalkan tindakan terburu-buru Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk mengugurkan beliau sebagai Exco. Malah, Hasan turut mempersoalkan tindakan tersebut kerana beliau secara teknikal masih ahli Pas kerana mempunyai ruang untuk merayu sehingga 7 Februari depan. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan. "Sikap ini seperti ada pihak yang tidak sabar-sabar untuk mendapatkan jawatan saya sebagai Exco. "Saya tidak mempunyai masalah digugurkan sebagai Exco tetapi tindakan terburu-buru menggugurkan saya sedangkan saya masih lagi ahli Pas kerana mempunyai masa untuk membuat rayuan," katanya pada sidang media di kediaman beliau di sini, hari ini. Hasan turut memberitahu bahawa beliau telah menerima surat dari pihak istana berhubung pembatalan pelantikan beliau sebagai Exco. Pada 9 Januari lalu, Jawatankuasa Pas Pusat mengambil tindakan memecat keahlian Hasan berkuat kuasa serta-merta. -SH Ulasan GB Pemahaman Hassan Ali salah. Apabila anda sudah dipecat dari PAS, maka dengan sendirinya keahlian PAS gugur sekalipun boleh merayu. Jika merayu dan rayuan diterima barulah keahlian anda diterima semula, bermula fresh dari seorang ahli biasa. Tanyalah mana-mana peguam sekalipun. Begitulah jawapannya. Dan apabila pihak istana sendiri telah menghantar surat kepadanya perlantikan exconya dibatalkan, tiada soaljawab lagi di dalam hal tersebut kerana perlantikan exco adalah hak prerogatif istana, sementelah lagi parti sudah tidak perkenankan anda sebagai wakil PAS dalam kerajaan Selangor. Anda sendiri yang menyatakan sebelum ini anda tidak akan membuat rayuan dan tak boleh kekal dalam PAS. Masih hendak berdolak-dalik? klik untuk baca |
Pelajar Malaysia Mati Lemas Di Air terjun Dua Warna Sibolangit Medan Posted: 15 Jan 2012 08:33 PM PST Mahasiswa Malaysia Tewas di Sibolangit Seorang mahasiswa Fakulti Kedoktoran Gigi (FKG) Universiti Sumatera Utara (USU) yang berasal dari Malaysia, Settho Bathi Rao (20) terkorban diseret arus di Air Terjun Dua Warna, Sibolangit, semalam 15/1). "Kami mendapat maklumat mangsa ikut bersama rakan-rakannya memasuki ke dalam air dan ternyata tidak pandai berenang yang akhirnya meninggal dunia di dalam air," kata Ketua Polis Pancur Batu, AKP Ruruh Wicaksono, ketika ditemui Tribun di bilik jenazah RSUP Adam Malik Jalan Bunga Lau Medan, malam tadi. Ruruh memnjangkakan kejadian nahas itu berlaku sekitar jam 12.00 WIB. Tetapi kerana kesukaran jaringan telekomunikasi di daerah tersebut, polis sektor Pancurbatu Polresta Medan hanya menerima pesananan pada jam 15.00 WIB. Beliau menjelaskan, pihak polis sendiri yang sampai di lokasi pukul 16.00 WIB, terus membawa jenazah menggunakan kenderaan penyelamat Basarnas menuju Medan. Tepat pukul 20.10 WIB, jenazah terus dibawah ke kamar jenazah dan menunggu komunikasi dari keluarga di Malaysia dan pihak kedutaan Malaysia di Medan, untuk pengumpulan data. Mangsa warga negara Malaysia yang sedang berkuliah di FKG USU pendaftaran 2011. Hingga ketika ini kami juga sedang meminta keterangan dari 10 rakannya di pejabat, untuk pengumpulan data," ujarnya. Tribun tiba di bilik jenazah RSUP Adam Malik sekitar pukul 20.00 WIB, pada awalnya hanya melihat belasan polis yang sedang mengawasi. Setelah pukul 21.15 WIB, rakan korban sesama warga Malaysia mula tiba. M Samil (22), perwakilan dari gabungan mahasiswa Malaysia Medan, mengaku tidak begitu mengenal mangsa. Tetapi sebagai mahasiswa sesama Malaysia, ia langsung memperoleh maklumat bahwa ada mahasiswa Malaysia yang meninggal dunia di Air Terjun Dua Warna. "Saya dengan mangsa bersama-sama menuntut di USU Fakultas Kedoktoran. Tetapi saya tidak mengenalnya. Beliau baru masuk kuliah 2011 lalu, mungkin bersama temannya mereka merayakan sebai saja ujian semester selesai. Saya juga terkejut mendengar ia meninggal sekitar pukul 15.00 WIB," katanya dengan logat Melayu. Ia bersama 20 mahasiswa Malaysia dilihat menjenguk jenazah mangsa. "Kami sudah menghubungi dengan pihak Kedutaan Malaysia dan pihak USU, agar memberikan maklumat kematian pada keluarganya. Saya tidak tahu dia dari negeri mana," ujarnya. Kedutaan Malaysia untuk Medan, Norlin Othman, belum dapat memastikan bilakan jenazah akan dibawa pulang ke Malaysia, kerana harus menghubungi dengan berbagai pihak. "Saya akan menghubungi semua pihak terlebih dahulu sebelum membawa jenazah ke Malaysia," katanya ketika disahkan sekitar pukul 22.00 WIB. -tribunnews |
Ong Tee Keat Menjadi Ong "Tiket " Kerana Khuatir Nama Tercicir Daripada Senarai Calon Posted: 15 Jan 2012 07:00 PM PST Ong Tee Keat akan dapat 'tiket' Oleh Tan Soo Aun Saya suka menarik perhatian laporan berita Malaysiakini bertajuk "Ong Tee Keat nafi akan sertai Pakatan Rakyat" dan menjangkakan penafian ini tidak akan berkekal lama. Lambat laun berita Ong Tee Keat melompat parti akan menjadi kenyataan. Atas sebutan namanya "Ong Tee Keat" berbunyi seakan-akan "Ong Tiket", bermaksud beliau sentiasa mempunyai ticket untuk bertanding dalam pilihanraya walaupun hampir-hampir digugurkan setiap kali menjelang pilihan raya umum sejak tahun 1995 lagi. Ong Tiket tetap ada tiket dan oleh itu lagenda kebolehan beliau memenangi pencalonan dan seterusnya kerusi parlimen tersebar luas di kalangan politik MCA. Kali ini, nampak jelas anggota parlimen Pandan hampir pasti akan kehilangan "ticket" buat selama-lamanya. Oleh itu, beliau kini muncul aktif memperjuangkan "ticket" pertandingan dari pucuk pimpinan MCA dan BN. Tetapi senario politik MCA sudah banyak berubah, perjuangan menghidup "ticket" pertandingan perlu dibawa dan diterjemahkan menerusi parti-parti Pakatan Rakyat. Ong tidak akan melompat ke Pakatan Rakyat kalau tidak ditawarkan tiket pertandingan di kawasan Pandan atau tempat lain. Desas-desus dan spekulasi mengenai kemungkinan beliau melompatkan parti direkacipta untuk mendesak pucuk pimpinan MCA dan BN dan seterusnya menawarkan ticket pertandingan untuk beliau meneruskan kerjaya politik. Apabila BN menolak pencalonan beliau secara muktamad maka hari itu juga Ong akan keluar dari parti MCA. Ong perlu mendapatkan tiket pertandingan samada menerusi BN ataupun Pakatan Rakyat. Tetapi, bagi orang-orang yang akrab dengan selok-belok parti, tindak-tanduk Ong tidak melambangkan tingkahlaku yang baik. Apa lagi yang hendak diperjuangkan jika beliau sudah diberi peluang menyandang jawatan Presiden MCA dan menteri kabinet. Apakah bukan lebih enak dan elok bagi beliau mengundurkan diri secara terhormat setelah disingkirkan oleh perwakilan parti pada 28 Mac 2010. Dewasa ini terdapat ramai tokoh-tokoh veteran dalam Barisan Nasional yang tidak rela berundur walaupun sudah berkhidmat begitu lama dalam politik. Bagi mereka persaraan tidak adalah sesuatu yang tidak ujud dalam kamus peribadi. Keadaan ini dimudaratkan pula dengan senario politik tempatan yang semakin kompetitif dan dengan itu memberikan ruang untuk tokoh-tokoh veteran melanjutkan usia politik masing-masing. Kalau bukan di pihak pemerintah, mereka akan cuba dapat ticket pertandingan dari kem Pakatan Rakyat. Dari segi undang-undang dan perlembagaan, persaraan politik memang tidak ujud dan boleh dilanjutkan sehingga hembus nafas terakhir. Walau bagaimanapun, tokoh-tokoh veteran dari parti pemerintah sepatutnya menginsafi tindak-tanduk mereka boleh melemahkan parti sendiri. Adakah mereka cintakan parti hanya dengan syarat diri mereka diberikan peluang untuk bertanding? Apabila mereka sendiri tidak berpeluang turun bertanding, mereka akan bertindak mencetus kecelaruan di mana-mana sehingga tuntutan mereka dilayan? Berapa ramaikah orang yang bernasib baik seperti Ong, sudah diberikan peluang memegang jawatan menteri kabinet dan President MCA? Jikalau rekod kejayaan seperti ini masih tidak dapat memuaskan hati dan nafsu tokoh-tokoh veteran, maka masalah yang utama bukan lagi berpunca dari parti. Tepuk dada dan tanya selera, apakah agenda politik yang masih belum selesai lagi? Ong Tee Keat nafi akan sertai Pakatan Rakyat |
Amah Maut Dihempap Pintu Pagar Rumah Posted: 15 Jan 2012 04:56 PM PST Johor Bahru: "Ketika saya cuba mengangkat pagar itu, Bibik masih bernyawa, tetapi beberapa minit kemudian dia diam dan tidak bergerak," kata Shahrul Hassan, 41, menceritakan insiden amahnya terbunuh akibat dihempap pintu pagar rumah majikannya di Jalan Raja Udang, Larkin Jaya, di sini, semalam. Gambar: TUTUP...mayat mangsa di tempat kejadian, semalam. Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang dikenali sebagai Oneh, 50-an, tergelincir ketika membersihkan halaman rumah dan memaut pintu pagar bagi mengelakkan terjatuh, namun pagar besi seberat lebih 200 kilogram itu tumbang lalu menghempap kepala serta badannya. Shahrul berkata, dia menyedari kejadian itu apabila terdengar dentuman kuat. Sebaik keluar rumah untuk mencari punca bunyi, dia menemui Oneh yang dipanggil Bibik dan bekerja dengan ibu bapanya sejak lebih tiga tahun lalu, berlumuran darah dihempap pintu pagar. "Saya sedih melihat keadaannya dan tidak banyak yang dapat kami buat untuk menyelamatkannya. Saya juga sebak mengenangkan hasrat Bibik mengerjakan haji tidak tercapai kerana dia pernah memberitahu wang simpanannya sudah mencukupi. "Bagaimanapun, kami sekeluarga reda dengan ketentuan ini dan menganggap ia sebagai takdir Allah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. -hm Amah maut ditimpa pintu pagar 200kg |
Guru PASTI Kemalangan, Seorang Meninggal Dunia, 5 Cedera Posted: 15 Jan 2012 03:20 PM PST 5 guru Pasti kemalangan, seorang meninggal dunia GELANG PATAH, 15 Jan: Seorang guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya berhampiran Simpang Renggam kira-kira jam 3 petang tadi. Mangsa, Zainon Maas, 30, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan MPV jenis Honda Wish yang dinaikinya bersama lima lagi rakan guru Pasti yang lain, dirempuh dari arah belakang. Akibat rempuhan itu, mangsa yang duduk di tempat duduk bahagian belakang didakwa tercampak keluar melalui bonet belakang yang terbuka, dan kemudian dilanggar oleh sebuah kenderaan lain yang mengakibatkan beliau cedera parah dan meninggal di tempat kejadian. Dalam kejadian itu juga, seorang lagi rakannya juga dilapor turut cedara parah, manakala yang lain hanya mengalami cedera ringan. Jenazah Zainon dan rakannya difahamkan kemudiannya dibawa ke Hospital Kluang. Difahamkan juga, kesemua mereka ketika itu dalam perjalanan pulang dari menghadiri Usrah Perdana Pasti Negeri Johor di Parit Raja tengah hari tadi. Guru berdedikasi Allahyarhamuha Zainon adalah seorang anak peneroka Felda Pasir Raja yang mengajar di Pasti Siswa 2 di Gelang Patah dan telah berkhidmat di sana lebih empat tahun. Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Mazlan Aliman ketika menghubungi Harakahdaily merakamkan takziah buat keluarga allahyarhamuha. Katanya, pemergian allahyarhamuha bagi PAS Johor disifatkan sebagai satu kehilangan besar, lebih-lebih lagi beliau seorang guru yang sangat berdedikasi. "Saya mewakili PAS negeri dan kawasan merakamkan takziah kepada keluarga beliau. "Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh," katanya yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Tenggara. Jenazah Allahyarhamuha menurut Mazlan akan dikebumikan pagi esok. -hd Guru PASTI Gelang Patah Kemalangan : Seorang Meninggal Dunia Ulasan GB Semuga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Allahyarhamah. Alfatehah... |
Pelajar USM Ditahan Kerana Tulis Dalam FB Nak Bom Helikopter Najib Posted: 15 Jan 2012 09:49 AM PST Georgetown - Seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan di Nibong Tebal ditahan polis hari ini untuk diambil keterangan berhubung tindakanya membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman sosial Facebook. Difahamkan, penuntut berusia 23 tahun itu mengajak pihak lain meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatannya ke kampus itu minggu depan. Antaranya penuntut itu menulis, "Najib datang ke kampus... mari bom helikopter beliau." Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pelajar itu ditahan kira-kira jam 9.30 pagi selepas kenyataanya itu dikesan seorang blogger yang menyatakan perkataan-perkataan yang mengandungi unsur-unsur jenayah. "Satu laporan polis telah dibuat berkaitan dengan isi kandungan blog itu di Balai Jelutong," katanya dalam kenyataan media hari ini. Menurutnya, bagi membantu siasatan lanjut, pelajar berkenaan telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang kira-kira jam 1.30 tengah hari. "Siasatan dibuat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan dengan isi kandungan blog berkenaan. Bagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan beliau akan mengadakan sidang media berkenaan mengenai perkara ini esok. -SH Ugut letup helikopter PM: Pelajar USM ditangkap |
Calon BN Lembah Pantai: Sharizat Bakal Disembelih, Nong Chik Ambil Alih Posted: 15 Jan 2012 06:47 AM PST Nong Chik dakwa Nurul Izzah tak buat kerja KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) yakin dapat menawan semula kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum berdasarkan prestasi wakil rakyat kawasan itu, Nurul Izzah Anwar yang menurutnya tidak turun membantu penduduk bahagian tersebut. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya menumpang usaha BN membantu penduduk Lembah Pantai. "PKR hanya tahu mengkritik, tapi hampir empat tahun tiada perkara yang membina telah dibuat, hanya bila kita (BN) berjaya membuat sesuatu, mereka cuba menumpang, contohnya kita dapatkan peruntukan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk cat rumah di Taman Sri Sentosa dan Terminal Sejahtera pun, dia kata atas desakkan dia, bila dia desak, tak ada pun, dia tak buat apa pun selama dua tahun ini," kata beliau yang juga Ketua Umno Lembah Pantai. Nurul Izzah menang di bahagian Lembah Pantai dengan menewaskan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada pilihan raya umum 2008. Ia salah satu daripada 10 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dimenangi oleh komponen Pakatan Rakyat (PR). "Selama ini, dia hanya ikut dan perjuangkan bapanya, bila dekat pilihan raya baru nak sibuk jadi pejuang rakyat," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Tahun Baru Cina di Padang Bola Sepak Dewan Bandar raya Kuala Lumpur, Taman Seri Sentosa di sini. Beliau berkata, sikap pemimpin PKR itu menjadikan sokongan rakyat mula beralih arah kepada BN kerana yakin pengundi akan membuat pemilihan atas keupayaan BN yang membantu rakyat. "BN, Umno, MCA dan parti komponen lain dah lama berjuang bertahun-tahun, malahan saya sendiri sudah 25 tahun di Lembah Pantai, kita tak guna platform untuk keluarga atau kepentingan sendiri. "Kita ikhlas membantu penduduk Lembah Pantai, itulah perbezaannya dengan PKR," kata beliau lagi. Raja Nong Chik menambah, "oleh itu, kita boleh lihat sambutan yang telah ditunjukkan oleh penduduk, BN yakin kita boleh rampas kerusi Lembah Pantai." Ketika mengulas desas-desus akan bertanding di Lembah Pantai menentang Nurul Izzah, Raja Nong Chik berkata, beliau hanya menunggu keputusan pucuk pimpinan jika mahu meletakkannya sebagai calon. Sementara itu, Raja Nong Chik turut menegaskan, isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) tidak akan mengganggu gugat kedudukan BN untuk menawan kembali Lembah Pantai. "Kita bagi peluang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan kita tidak boleh menghukum sesiapa pun, jika (Datuk Seri) Anwar Ibrahim boleh dilepaskan dengan pelbagai andaian, kita beri juga peluang menyiasat dengan betul kepada mereka-mereka yang terlibat. "Kita tidak boleh anggap orang yang bersalah kecuali didapati memang betul bersalah, biarlah penyiasatan berlaku oleh pucuk pimpinan negara," katanya yang juga Timbalan Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan. Ulasan GB Patutlah Najib menyatakan beliau gembira Sharizat ambil cuti 3 minggu (atau memang perancangan Najib arahkan Shahrizat bercuti?) Rupa-rupanya ada perancangan lain, untuk meletakkan kawan karib Rosmah Mansor, iaitu Raja Nong Chik, menteri bertaraf senator, untuk bertanding di Lembah Pantai. Kini Nong Chik melilau di sekeliling Lembah Pantai untuk pamer diri sebagai calon Lembah Pantai, menyerang Ahli Parlimen sekarang, Nurul Izzah Anwar. klik untuk baca |
Kes Kompleks PKNS: Faekah Bidas Gelagat Najib Seperti Hero Filem Tamil Posted: 15 Jan 2012 04:50 AM PST Majoriti setuju kenaikan sewa Kompleks PKNS PETALING JAYA: Seorang pegawai kanan Menteri Besar Selangor menegaskan mereka yang menentang kenaikan kadar sewa kompeks PKNS di Shah Alam bukan penyewa. "Mereka yang menentang kenaikan kadar sewa di kompleks itu adalah golongan kaya raya. "Di rumah mereka berderetan kereta mewah hasil dari aktiviti sebegini?" kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Faekah Husin dalam kenyataan media hari ini. Sebenarnya, kata beliau 70 peratus penyewa terbabit setuju dengan kenaikan ini. Penyewa-penyewa ini telah menikmati kadar sewa 70 peratus lebih murah berbanding pasaran, tambahnya. Faekah mengulas lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke kompleks itu semalam. Najib dilaporkan sebagai berkata beliau mahu menitis air mata mendengar keluhan peniaga-peniaga tentang kenaikan kadar sewa di Kompleks PKNS. Hero filem Tamil Faekah menyifatkan gelagat Najib itu sebagai hero filem Tamil. Lakonan beliau sehingga kononnya akan mengeluarkan airmata telah memualkan banyak pihak, katanya. Sebaliknya beiau mendakwa kerajaan BN telah merompak kekayaan Selangor sejak 50 tahun lalu dan perbuataan ini terhenti apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor. "Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila bekas Menteri Besar, Dr Khir Toyo menggunakan hampir RM2 juta duit rakyat untuk lawatan ke Disneyland. "Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila melihat pemimpin Umno yang tamak haloba dengan tersenarainya nama mereka dalam senarai pemiliki tanah Felda dan Felcra yang sepatutnya menjadi milik peneroka. "Najib juga sepatutnya menangis apabila seorang wakil rakyat Melayu menjual tanah rezab Melayu kepada tauke Cina dan tanah yang diwartakan untuk pembinaan surau dijual bagi memberi laluan kepada projek pembangunan," kata Faekah. -FMT Faekah: Gelagat Najib tidak ubah bagai hero filem Tamil |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan