Ahad, 8 Januari 2012

Politiksukusakat

Politiksukusakat


PAS pecat Hassan Ali yang menjadi pengkhianat perjuangan parti!!!

Posted: 07 Jan 2012 11:37 PM PST

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato' Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS.


Setelah sekian lama episod hentam menghentam, dan Hassan berhempas pulas menjadi jurucakap Umno-BN dalam PAS, akhirnya barulah seluruh kepimpinan bertindak dengan setegasnya memecat Hassan yang terlalu banyak membuat onar dalam PAS.

Nah, kepada pihak-pihak yang mempertahankan bekas Pengarah Biro Tata Negara ini dan memanggil dengan gelaran 'kekanda', segalanya terjawab kini bahawa Hassan Ali telah mengkhianati parti...


Sebelum ini terus Harakah dihentak termasuk oleh beberapa blog 'jumud' yang sebenarnya hanya mahu selamatkan Hassan Ali.

Habis semua dihentam, kononnya ada perancangan puak tertentu ambik alih PAS, sedangkan tahukah kalian semua, Hassan hanya masuk PAS pada tahun 1998 semasa Anwar Ibrahim dipecat daripada Umno.

Ada yang kata Hassan ni cukup tarbiyahnya, nahhh...sekarang terjawab semuanya, kerana cukup tarbiyahlah dia dipecat kan?.....

Kalau sebelum ini duk salahkan Harakah, tak tenpu pasal Harakah kena hentak kerana menyiarkan wawancara penuh bersama Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali sedangkan wawancara itu adalah mempertahankan parti.

Nyatalah kini, segalanya berakhir...TAKBIRRRR...tahniah kepada Presiden dan seluruh AJK PAS Pusat..kalian semua adalah pemimpin yang tegas dan sayangkan jemaah...Teruskan perjuangan..kami sentiasa menjadi benteng kepada DASAR PAS...tegakkan Islam..TAKBIRRRR

Tiada ulasan: