Ahad, 15 Januari 2012

Bila Harimau Sudah Menaip...

Bila Harimau Sudah Menaip...


Datuk Saifuddin Nasution

Posted: 15 Jan 2012 12:47 AM PST

Kalau bab hujah dan pidato, aku paling minat dengar dari mulut Saifuddin Nasution. Sekarang, beliau sudah dapat Darjah Setia Diraja Kedah yang membawa gelaran Datuk. DSDK dikurniakan oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Tahniah Datuk. Teruskan berhujah. Hanya hujah sahaja yang dapat membeli keyakinan dan kepercayaan. Setakat cakap kosong, kat pasar malam Ampangan pun belum tentu laku.

Rakan saya pernah mengungkapkan, Datuk adalah permata yang disia-siakan oleh UMNO. Pindahlah berapa ratuspun orang PKR ke dalam UMNO, dia tidak mungkin begitu. Namun, jika Datuk Saifuddin melompat, maka berkuburlah PKR dalam sekelip mata.

Percayalah.

link: Latar Belakang politik Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Tiada ulasan: