Anak Sungai Derhaka |
- Homoseksual: Apa kata Anwar sebenarnya....
- Shahrizat bercuti, Nong Chik yakin BN akan rampas Lembah Pantai?
- Papagomo dan Parpukari di saman...
- Ugut Letup Helikopter PM: Pelajar USM Ditangkap
- Gambar: Lebih 50,000 hadir Rapat Rakyat Perdana
- Ceramah Pakatan Rakyat di Konvensyen juga hambar? (Video Inside)
- Konvensyen Pakatan Rakyat Hambar?.. Tengoklah gambar ni.. hambar atau tidak?
Homoseksual: Apa kata Anwar sebenarnya.... Posted: 15 Jan 2012 08:14 AM PST Setelah DS Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan meliwat si Saiful, media media cetak yamg menjadi tunggangan UMNO/BN terkial-kial untuk mencari isu bagi meneruskan agenda untuk memburuk-burukkan DS Anwar Ibrahim dimata pembacanya yang sebahagian besarnya jauh dari capaian internet. Kali ini media-media tunggangan UMNO/BN memainkan isu kononnya DS Anwar Ibrahim dalam satu temuramahnya selama kira-kira empat minit oleh BBC Asia yang berlangsung pada 12 Januari lalu. Media-media tunggangan UMNO/BN iaitu Utusan/Mingguan Malaysia dan Berita Harian menyiarkan hanya sebahagian dari temubual tersebut untuk memperlihatkan seolah-olah DS Anwar Ibrahim menyokong golongan . Dimana Utusan/Mingguan Malaysia @ Lidah Rasmi UMNO telah menyairkan di bawah tajuk "Anwar ulas isu Gay".. Sambil menyifatkan undang-undang tertentu sebagai lapuk, Anwar juga berkata, ia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.Manakala Berita Harian pula telah meminta pendapat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang jelas tidak tahu menahu apa sebenarnya diucapkan DS Anwar dalam temubual itu. . Dan melaporkannya di bawah tajuk "Tindakan Anwar sokong homosexual dikecam".. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata umat Islam tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang dilihat menyokong amalan seks sejenis iaitu homoseksual, lesbian atau liwat antara dua jantina berbeza kerana ia boleh menyebabkan mereka terkeluar daripada asas akidah.Benarkan DS Anwar Ibrahim telah menyatakan sokongannya terhadap golongan homoseksual sebagaimana yang dilaporkan oleh media-media tunggangan UMNO/BN itu? Mari kita lihat ayat apakah yang tidak disiarkan sama sekali oleh media-media tunggangan UMNO/BN itu. Kedua-dua media tunggangan UMNO/BN itu telah menyiarkan terjemahan ayat dibawah ini.. A BBC reporter had asked Anwar whether he was prepared to push for the idea of anti-discrimination as far as gay rights were concerned, to which he had allegedly said "we will have to review some of our archaic laws."Tetapi petikan ini iaitu ayat yang disebut DS Anwar Ibrahim selepas ayat di atas tidak disiarkan sama sekali oleh mereka.. Anwar had also said Pakatan Rakyat (PR) was of the view that "we do not promote homosexuality within the public domain, and we do not need to make apologies for that."Kata DS Anwar Ibrahim "we do not promote homosexuality within the public domain, and we do not need to make apologies for that." Ayat yang jelas membuktikan beliau tidak menyatakan sokongan terhadap homoseks.. Kalau korang tak faham.. copy ayat tu dan gunakan google translate.. Video temubual tersebut sila lihat di SINI |
Shahrizat bercuti, Nong Chik yakin BN akan rampas Lembah Pantai? Posted: 15 Jan 2012 07:07 AM PST Selama ini aku sangka bahawa Shahrizat itu merupakan seorang sahabat kepada Rosmah Mansor.. rupa-rupanya aku silap, kerana ada pihak mengatakan Shahrizat bukanlah kawan karib kepada Rosmah tetapi Shahrizat adalah kawan karib Najib.. Nong Chik dikatakan sebagai kawan karib Rosmah sebenarnya.. Nong Chik dakwa Nurul Izzah tak buat kerja KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) yakin dapat menawan semula kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum berdasarkan prestasi wakil rakyat kawasan itu, Nurul Izzah Anwar yang menurutnya tidak turun membantu penduduk bahagian tersebut. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya menumpang usaha BN membantu penduduk Lembah Pantai. "PKR hanya tahu mengkritik, tapi hampir empat tahun tiada perkara yang membina telah dibuat, hanya bila kita (BN) berjaya membuat sesuatu, mereka cuba menumpang, contohnya kita dapatkan peruntukan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk cat rumah di Taman Sri Sentosa dan Terminal Sejahtera pun, dia kata atas desakkan dia, bila dia desak, tak ada pun, dia tak buat apa pun selama dua tahun ini," kata beliau yang juga Ketua Umno Lembah Pantai. Nurul Izzah menang di bahagian Lembah Pantai dengan menewaskan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada pilihan raya umum 2008. Ia salah satu daripada 10 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dimenangi oleh komponen Pakatan Rakyat (PR). "Selama ini, dia hanya ikut dan perjuangkan bapanya, bila dekat pilihan raya baru nak sibuk jadi pejuang rakyat," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Tahun Baru Cina di Padang Bola Sepak Dewan Bandar raya Kuala Lumpur, Taman Seri Sentosa di sini. Beliau berkata, sikap pemimpin PKR itu menjadikan sokongan rakyat mula beralih arah kepada BN kerana yakin pengundi akan membuat pemilihan atas keupayaan BN yang membantu rakyat. "BN, Umno, MCA dan parti komponen lain dah lama berjuang bertahun-tahun, malahan saya sendiri sudah 25 tahun di Lembah Pantai, kita tak guna platform untuk keluarga atau kepentingan sendiri. "Kita ikhlas membantu penduduk Lembah Pantai, itulah perbezaannya dengan PKR," kata beliau lagi. Raja Nong Chik menambah, "oleh itu, kita boleh lihat sambutan yang telah ditunjukkan oleh penduduk, BN yakin kita boleh rampas kerusi Lembah Pantai." Ketika mengulas desas-desus akan bertanding di Lembah Pantai menentang Nurul Izzah, Raja Nong Chik berkata, beliau hanya menunggu keputusan pucuk pimpinan jika mahu meletakkannya sebagai calon. Sementara itu, Raja Nong Chik turut menegaskan, isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) tidak akan mengganggu gugat kedudukan BN untuk menawan kembali Lembah Pantai. "Kita bagi peluang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan kita tidak boleh menghukum sesiapa pun, jika (Datuk Seri) Anwar Ibrahim boleh dilepaskan dengan pelbagai andaian, kita beri juga peluang menyiasat dengan betul kepada mereka-mereka yang terlibat. "Kita tidak boleh anggap orang yang bersalah kecuali didapati memang betul bersalah, biarlah penyiasatan berlaku oleh pucuk pimpinan negara," katanya yang juga Timbalan Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan. Sinar Harian |
Papagomo dan Parpukari di saman... Posted: 15 Jan 2012 04:28 AM PST Terpapar dalam media arus perdana The Star Notis Tuntutan terhadap parpukari @ Mohd Salim Iskandar seperti disebut dalam notis tersebut dan papagomo @ Wan Mohamad Azri kerana dikatakan menulis mengenai perkara yang melibatkan fitnah melibatkan seorang ahli perniagaan Abdul Razak bin Mohd Noor. Semua ini terpapar dalam The Star bertarikh 14hb Januari 2012. Era saman menyaman terhadap tulisan yang tidak disambut dengan bukti kukuh semakin bermula. Papagomo @ Wan Mohamad Azri serta Parpukari adalah laman pro UMNO paling popular dengan isu-isu sensasi serta kritikan yang agak keterlaluan dengan pemilihan perkataan yang tidak begitu menyenangkan. Dengan label mereka adalah laman pro UMNO popular maka UMNO juga disabitkan dengan tindakan-tindakan laman web mereka yang hari ini sudah mula di saman. Melihat perkembangan yang ada penulis-penulis blog kadangkala gagal mengasingkan makna perang saraf dengan apa yang disebut fitnah. Melihat satu kenyataan dari parpukari@Mohd Salim Iskandar dalam isu laporan polis ke atas fitnah papagomo@Wan Mohamad Azri oleh artikulis www.themalaysianinsider.com Amin Iskandar – mereka memaklumkan bahawa tulisan itu adalah hak kebebasan bersuara – satu justifikasi yang amat dangkal. UMNO dalam isu ini seharusnya tidak terlibat atau campur tangan dalam membela laman – laman yang sebenarnya lebih membawa gambaran buruk kepada UMNO. Namun dalam banyak hal kami dimaklumkan ada sumber-sumber sahih yang mengatakan ada kepimpinan UMNO yang terlampau ghairah dalam penglibatan laman web sehingga UMNO terpalit dengan apa yang negatif dibawa oleh laman-laman pro UMNO ini. UMNO akibat penulisan beberapa laman web pro UMNO ini akhirnya di manipulasi oleh pembangkang untuk menjatuhkan imej UMNO sendiri. Tindakan ini akhirnya meletakkan kita tersepit antara keseronokan menulis dengan usaha untuk menarik lebih ramai anak muda – orang yang tidak berparti melihat UMNO sebagai wadah sokongan mereka. Mungkin sudah sampai masanya UMNO melakukan pembersihan – mengasing diri dari terus dilabel terlibat dalam pendedahan palsu dan menggunakan laman pro UMNO sendiri untuk tujuan peribadi dan politik sendiri. keluaran The Star 14hb Januari 2012 dan disiarkan nama mereka sekali |
Ugut Letup Helikopter PM: Pelajar USM Ditangkap Posted: 15 Jan 2012 04:14 AM PST GEORGETOWN, 15 JAN : Polis menahan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan selepas membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman blognya, di Georgetown hari ini. Dalam kenyataannya pelajar terbabit dikatakan mahu meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke kampus itu minggu hadapan. Pelajar terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan akan mengadakan sidang media mengenainya esok. Bernama |
Gambar: Lebih 50,000 hadir Rapat Rakyat Perdana Posted: 14 Jan 2012 07:08 PM PST ALOR SETAR, 15 Jan: Lebih 50,000 rakyat di seluruh Kedah hadir pada Rapat Rakyat Perdana yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, malam tadi. Kehadiran orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat itu menjadikan padang bola Stadium Sultan Abdul Halim penuh sesak sehingga melimpahi ke luar stadium. Keadaan itu menjadikan suasana di padang stadium itu dipenuhi pandangan kopiah yang memutih yang cukup memukau pandangan jika dilihat dari atas tempat duduk di stadium itu. "Macam duduk di Padang Arafah," begitulah reaksi yang dituturkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hendak memulaklan ucapannya. Dalam ucapannya, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan antara lain mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi perintah Allah sepanjang hidup di dunia ini. Sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap antara lain meminta orang ramai mengekalkan sokongan kepada PAS bagi membolehkan Kerajaan Pakatan Rakyat terus memerintah di negeri itu pada PRU Ke-13 akan datang. Program yang dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar itu turut menampilkan beberapa penceramah lain dari PAS dan Pakatan Rakyat, dengan dimulai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Turut hadir dan menyampaikan ucapan termasuk Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR , Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali. Manakala dari DAP, Pengerusi dan Timbalan pengerusi parti itu, Karpal Singh dan Tan Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong. Ceramah pada malam tadi adalah kemuncak kepada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 yang diadakan di stadium tersebut bermula jam 8.00 pagi tadi. Laporan dari Harakahdaily Lagi gambar sila lihat di SINI |
Ceramah Pakatan Rakyat di Konvensyen juga hambar? (Video Inside) Posted: 14 Jan 2012 09:59 AM PST Video ucapan DSAI diakhir entry.. Sinar Harian melaporkan Pakatan Rakyat (PR) menyasarkan kira-kira 70,000 orang hadir pada program Rapat Rakyat sempenan Konvensyen PR di sini malam ini. Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, kehadiran ini berdasarkan kepada tempoh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang semakin dekat. Malangnya gambar yang disiarkan (bawah) kelihatan seperti ceramah DSAi di Jeniang, Kedah suatu masa yang lalu jadi kehadiran dalam ceramah tersebut memanglah bukan seperti apa yang dilaporkan itu. Dan ini telah mengundang kritikan pencacai UMNO yang meninggalkan komen seperti berikut "Haha.. nampak sgt kamera trick..kawasan dewan kecik memang la nampak penuh..cuba kira matematik.. row =20.. column = rasa dalam 23 orang...darapkan.. x sampai 500 orang yg sampai..aduh.. kalo BN buat program...kawasan besar..haha lawak tul =). Gambar yang aku siarkan diatas adalah sekeping gambar dari tapak ceramah sebenar, kehadiran dilaporkan mencecah 100,000 orang atau korang silalah kira sendiri dari gambar diatas dan juga di bawah ni.. kira juga yang dalam video tu sekali.. |
Konvensyen Pakatan Rakyat Hambar?.. Tengoklah gambar ni.. hambar atau tidak? Posted: 14 Jan 2012 09:15 AM PST Nampaknya gaya laporan dari mStar ini menyamai laporan yang biasa dibuat oleh para Blogger Belaan UMNO dimana mereka hanya menyiarkan gambar awal sesuatu majlis yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.. Dimana pada awal majlis memanglah suasana di dalam stadium itu lenggang kerana para perwakilan sedang berada diluar stadium untuk sessi pendaftaran. Atau mungkin juga Blogger Upahan UMNO yang sudah mula ketandusan isu untuk dibawa telah diterima bekerja dengan mStar.. Jika dikatakan Konvensyen ini hambar gambar-gambar dibawah akan menjelaskan segalanya. Aku difahamkan dalam Konvensyen ini setiap Parti yang berada di dalam gabungan Pakatan Rakyat dikehendaki menghantar hanya 600 orang wakilnya.. Jadi korang kiralah sendiri berapakah yang hadir dalam Konvensyen ini.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan