Biaqpila |
- Saya Tak Pernah Pindahkan Jin Dengan Bas – Dr. Haron Din
- PR vs BN : BUKTI DEPAN MATA
- Kelab Taat Suami Lancar Kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” Pulak Dah!
- UMNO KATA PAS DIPERKUDA DAP,MCA KATA DAP DIPERKUDA PAS
Saya Tak Pernah Pindahkan Jin Dengan Bas – Dr. Haron Din Posted: 26 Jan 2012 04:00 AM PST Seingat penulis, kisah Ustaz Datuk Dr. Haron Din memindahkan jin menggunakan bas ini seolah-olah sinonim dan sebati dengan segelintir masyarakat Melayu di negara ini. Kononnya ia berlaku sewaktu proses pembinaan sebuah kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) suatu ketika dulu. Dikatakan segalanya bermula apabila sekumpulan jin ‘menganggu’ penuntut di situ sehingga Dr. Haron dan rakan-rakannya terpaksa dipanggil untuk mengusir makhluk berkenaan. Dr. Haron kemudiannya didakwa telah memindahkan jin-jin ini dengan menggunakan beberapa buah bas. Kisah Dr. Haron Din memindahkan jin menggunakan bas ini dikatakan tersebar setelah salah seorang pemandu yang ditugaskan membawa bas itu menceritakannya peristiwa itu kepada orang ramai. Ternyata kisah ini kemudiannya tersebar dengan begitu meluas, apatah lagi bila mengenangkan yang Dr. Haron memang pakar dalam hal menangani masalah melibatkan jin dan makhluk halus ini. Persoalannya, adakah peristiwa tersebut benar-benar berlaku? Penulis yang sebelum ini ‘macam nak percaya’ dengan cerita itu lega apabila mendapat tahu yang ia CUMA DONGENG DAN PENIPUAN semata-mata! Lebih melegakan lagi kerana penafian itu datang dari mulut Dr. Haron sendiri sepertimana yang tersiar dalam laman Youtube tidak lama dulu. Beliau bagaimanapun mengaku sering diminta untuk membantu kerja-kerja menghalau makhluk halus ini. Namun begitu, katanya, ia dibuat melalui doa, zikir, tahlil serta bersembahyang hajat dan tidak lebih dari itu. Dalam erti kata lain, katanya, penggunaan bas untuk memindahkan jin seperti yang didakwa itu tidak wujud sama sekali. ” Tujuan kita hanyalah untuk meminta kepada Allah agar diberi kekuatan, diberi dengan kaedah rawatan supaya mereka (jin) itu boleh berpindah dengan sendiri. ” Tak payah pakai bas, mereka tak tau pun yang bas itu ada kerana mereka boleh jalan sendiri…boleh terbang sendiri dengan laju kerana mereka dibuat daripada api, api ada kelajuan sendiri,” kata Dr. Harun. Beliau kemudiannya meminta masyarakat agar jangan mudah terpedaya dengan cerita ‘temberang’ tersebut. Dr. Haron mengakhiri klip video berkenaan dengan meminta semua pihak agar menerima penjelasan beliau dan tidak mempercayai kisah yang tersebar sejak sekian lama itu. – Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my) mynewshub KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 26 Jan 2012 12:00 AM PST Sudah terang lagi bersuluh kerajaan PR jauh lebih baik dari BN. Apa rahsianya...pemimpin PR tidak rasuah, tiada boros, tiada penyalahgunaan kuasa, Takut pada Allah dan tidak PELAHAP. Apa tunggu lagi tumbangkan kerajaan BN di negeri dan di pusat pada PRU 13 nanti. Klik pada imej untuk gambar yang lebih BESAR. mutaligat KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Kelab Taat Suami Lancar Kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” Pulak Dah! Posted: 25 Jan 2012 08:00 PM PST Anda pernah dengar Kelab Taat Suami? Kalau belum, penulis nak bagi sikit latar belakang mereka. Kelab ini mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan. Kini kelab tu dah ada di Malaysia dan Indonesia. Khabarnya organisasi syarikat itu merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan. Untuk pengetahuan anda, masa lancar saja, kelab ni dah mula buat kontroversi. Apa tidaknya, awal-awal lagi Naib Presidennya, Dr Rohaya Mohamed mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama'. Katanya, seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama' bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi. "Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang. "Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami. "Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami," katanya. Tak cukup dengan kontroversi itu, mereka menerbitkan pula buku panduan seks bertajuk "Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia." Namun Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku panduan seks itu. Penerbitan buku tersebut yang dikatakan panduan kepada ahli kelab itu dan mereka yang sudah berkahwin, antara lain menceritakan mengenai hubungan suami isteri secara roh di mana suami boleh melakukannya serentak dengan semua isteri. Buku setebal 115 muka surat itu yang dihasilkan Hatijah Aam atau Ummu Jah, yang juga isteri kepada pemimpin bekas pemimpin Al-Arqam, Asaari Muhammad turut mendakwa ketika dunia menyangka Asaari atau Abuya sudah meninggal dunia, pengikutnya kini bangkit memperjuangkan seks Islam. Dan paling terbaru, Kelab Taat Suami melancarkan kempen "Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam" sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Kempen selama 12 hari itu (bermula hari ini), adalah untuk meraikan kelahiran Nabi Muhammad pada 5 Februari depan atau 12 Rabiul Awal mengikut kalendar Islam. Menurut presidennya, Fauziah Ariffin, kempen itu diadakan bagi mengajak umat Islam terutamanya pasangan suami isteri untuk mengamalkan kehidupan Rasulullah. Beliau berkata ramai "umat Islam sudah terlalu jauh dengan Rasulullah." "Sudah tentu ikutan (Rasulullah) menjadi panduan dan ia termasuk aspek ibadah keluarga bahkan termasuk dalam kehidupan seks. Tentu bila sebut tentang hal seks suci ramai yang terlupa tentang hal yang terangkum dalam hal suami isteri, sesuatu yang kita lakukan hari-hari. "Dalam kehidupan biasa ia bukan sesuatu yang kontroversi tapi kita sudah terlalu jauh dengan Rasulullah, jadi kita mahu mengajak umat Islam mendokong melaksanakan kehidupan Islam yang sebenar tambahan kalau kita lihat banyak gejala tidak sihat yang berlaku sekarang," katanya pada sidang media selepas pelancaran kempen "Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam" di Pusat Perdagangan Pelangi, Damansara di sini. Jelas Fauziah dalam The Malaysian Insider, sekiranya umat Islam melaksanakan kehidupan dengan berlandasakan prinsip Islam segala gejala homoseksual dapat dielakkan. "Kalau kita lihat sekarang secara terang-terangan lelaki berkahwin sesama lelaki dan wanita berkahwin sesama wanita," jawabnya. Terlebih dahulu dalam ucapan perasmiannya, Fauziah berkata Islam membenarkan hubungan seks dilakukan namun ia mesti "seks suci" antara suami isteri. "Seks dibenarkan asal ada batasnya, bukan seperti gay yang memaparkan seks yang tidak sepatutnya dan melanggar batas norma, juga tidak melakukan seks bebas yang melanggar perintah Tuhan. "Kami berasa tanggungjawab untuk mengajak umat Islam melaksanakan kehidupan Islam, suami adalah pemimpin dan isteri adalah pengikut tapi nampaknya umat kita sudah gagal," katanya. Baik. Penulis tidak bercadang untuk memberi pertimbangan sendiri berhubung apa yang kelab ini buat dan apa yang kelab ini lakukan. Penulis percaya, anda sebagai pembaca tentu ada pandangan dan pendapat yang tersendiri mengenainya. Pun begitu, menamakan Rasulullah sebagai tokoh seks tetap bagi penulis satu perbuatan yang tidak boleh diterima! Mungkin kelab itu hanya nampak ‘ketokohan’ Baginda dalam soal itu saja….atau bagaimana? – Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my) mynewshub KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
UMNO KATA PAS DIPERKUDA DAP,MCA KATA DAP DIPERKUDA PAS Posted: 25 Jan 2012 05:26 PM PST Sebenarnya kedua-duanya tidak benar yang benar ialah PR diperkudakan dengan perjuangan menegakkan keadilan kepada Rakyat. BIASA kita dengar propaganda pemimpin-pemimpin Umno bahawa jika Melayu sokong PAS, maka DAP akan berkuasa dan memerintah negara ini. Media-media propaganda seperti Utusan dan TV3 Al-Musyrikin selalu menyebarkan dakyah kononnya PAS diperkudakan oleh DAP, PAS tunduk kepada DAP, PAS jadi alat DAP dan sebagainya. Tujuan propaganda ini dicipta sangat mudah dibaca. Mereka memainkan sentimen perkauman dan agama agar orang-orang Melayu tidak akan mengundi Pakatan Rakyat, yang terdiri daripada PAS, KEADILAN dan DAP. Bagi Presiden MCA, Chua Soi Lek, lain pula nadanya beliau terpaksa menarik sokongan kaum cina dengan propaganda yang begitu jelas bercanggah dengan propaganda Umno. Chua Soi Lek yang juga merupakan pelakon video lucah terkenal itu mendakwa jika cina menyokong DAP, PAS pula akan berkuasa dan memerintah. Jelas sekali propaganda Barisan Nasional terkantoi di situ. Ini semua muka-muka pemimpin lidah bercabang, buat propaganda yang bukan-bukan untuk menipu orang-orang kampung, ayam itek, lembu dan kambeng. Mereka ingat rakyat Malaysia semuanya tak mampu gunakan otak untuk berfikir. Strategi politik terdesak untuk meraih sokongan ini akhirnya memakan diri. milosuam KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan