:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
KUPASAN TENTANG MENGUGURKAN PEMERINTAH ZALIM [1] Posted: 26 Jan 2012 12:37 PM PST [1] Dalam nas (al-Quran atau Hadis),ia hendaklah diperhatikan kepada dua perkara; 1- Wasail 2- Maqasid. Maksud maqasid adalah capaian bagi kemuncak bagi syariat, yangdengannya disyariatkan segala hukum. Maqasid syarik (melayu :tujuan pensyariatan oleh pembuat syariat) ialah memberi kemaslahatan kepadahamba pada dunia mereka dan akhirat mereka, sama ada dengan cara menarikmanfaat atau dengan cara menolak mudharat[1].Sekiranya mendatangkan kemaslahatan, maka ia adalah perkara yang perludiperakui. Adapun mendatangkan mafsadah, maka ia hendaklah ditolak. Adapun wasail, ia adalah penghubung kepada capaian terhadapmaqasid[2].Tanpanya, maqasid tidak akan tercapai. Dengan erti kata yang lain, wasailsebagai "orang tengah" dalam menentukan capaian terhadap keputusan akhir,apakah ia mencapai maslahah atau mafsadah. Perkara ini diakui oleh ulama-ulamamaqasid sendiri. antara yang mengakui perkara ini adalah al-Izz bin Abdal-Salam[3]. [2] Antara contoh untuk memahami tentang wasail dan maqasid ini adalahseperti berikut; Pertama; Hadis daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW ada bersabda; صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ غُبِّيَ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا عِدَّةَ شَعْبَانَ ثَلَاثِينَ "Berpuasalah kamudengan melihat anak bulan, dan berhari rayalah kamu dengan melihat anak bulan.Sekiranya kabur, maka hitunglah/hisablah bilangan dalam syaaban sebanyak tigapuluh (hari)"( Al-Bukhari, bab perkataan Nabi SAW"apabila kamu nampak anak bulan, maka berpuasalah. Apabila kamu nampak anakbulan, berhari rayalah", hadis no : 1776. Muslim, bab kewajipan berpuasa dan berhari raya dengan tengok anakbulan, hadis no : 1810.) Dalam hadis ini, dipaparkan wasail untuk mencapai maqasid(berpuasa dan berhari raya), iaitu dengan melihat anak bulan. Namun begitu,dalam hadis ini juga, Nabi Muhammad SAW menyebut "sekiranya kabur (tidaknampak anak bulan), maka hitunglah/hisablah bilangan dalam syaaban sebanyaktiga puluh (hari)". Maka dengan itu, ada sebilangan ulama seperti al-Imam Taqi al-Dinal-Subki membenarkan penggunaan Hisab Falaki atau kiraan falak sebagaiwasail untuk mencapai maqasid (berpuasa di bulan Ramadhan dan penentuan hariraya)[4]. Kedua; Firman Allah SWT; وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ "Danperangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi"(Surah al-Baqarah, ayat 193) Berperang itu merupakan wasail, sedangkan maqasiddalam ayat ini adalah mengelak dari berlaku fitnah. Dengan maksud, dalambeberapa keadaan, tempat dan masa, (seperti di Malaysia) berperang itu sendiriboleh mendatangkan fitnah. [3] Mengugurkan pemerintah dari hadis-hadis yang melarang itu bersifatwasail. Jika perang bertujuan untuk mengelak fitnah, tetapi situasi di Malaysiapula berperang itu sendiri boleh mendatangkan fitnah, maka begitujuga hadis-hadis yang digunakan oleh pihak yangharamkan gugur pemerintah yang zalim. Hadis-hadis itu bersifat wasail, bukan maqasid. Apabila iabersifat wasail, bermakna ia bukan satu perkara yang haram secara mutlak,tetapi tertakluk kepada kondusif tertentu. Dengan maksud, ia haram dalam kerangka Negara monarki, tetapitidak haram dalam kerangka Negara demokrasi. Juga, ia haram jika mendatangkanmudharat yang lebih besar, tetapi jika mendatangkan kemaslahatan yang lebihbesar, maka ia adalah satu perkara yang dibenarkan. Wallahu Alam. [1]Dr Yusuf al-Alim, Al-maqasid al-'ammah li-al-syariiyyah al-islamiyyah :79. [2]Ibid. [3]Al-Izz bin Abd al-Salam, Qawaid al-Ahkam fi Masalih al-Anam : 1/53 [4]al-Qaradhawi, Al-Siyasah al-Syariiyyah fi Dau' Nusus al-Syariah wamaqasiduha, hlmn 123. |
You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan