Khamis, 26 Januari 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Tutup Mulut Atau Sedia Digempur - Azmin Ali.

Posted: 26 Jan 2012 03:29 AM PST

Tun Izhalmi Ishak

alt


PETALING JAYA - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata Pakatan Rakyat (PR) mempunyai bukti dan fakta yang kukuh siapa penganjur siri jelajah ceramah bekas pemimpin Pas, Datuk Dr Hasan Ali jika beliau terus menerus menyerang pembangkang.

Beliau yakin rakyat sudah cukup matang untuk menilai kerakusan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu, yang menggunakan platform jelajahnya untuk menyerang peribadi pemimpin pembangkang dan PR. Azmin turut menyifatkan Hasan Ali sebagai seorang yang terlalu mengikut emosi setelah dipecat dari parti dan tidak memahami sepenuhnya semangat PR.

Azmin turut melontarkan cabaran kepada bekas Exco Selangor tersebut "Hasan perlu berterus terang kepada rakyat sama ada tindakannya atas keinsafan diri atau beliau sememangnya sanggup dipergunakan oleh pihak ketiga."

Beliau turut meminta Pas mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi serangan yang dilakukan oleh bekas pemimpin parti tersebut berdasarkan maklumbalas akar umbi dan Kerajaan Negeri.

"Jangan cari salah orang lain, bukan saya atau Datuk Seri Anwar yang memecat Hasan dari parti. Ini keputusan yang dibuat oleh Pas.

"Keputusan kepimpinan Pas memecat Hasan adalah atas pertimbangan parti tersebut. Hasan adalah parasit dalaman parti dan musuh dalam selimut," kata Azmin.

Musuh Khairy dalam Umno, bukan DAP

Posted: 26 Jan 2012 03:24 AM PST

Aspan Alias



Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno Malaysia, telah meminta DAP mengeluarkan senarai ahli-ahlinya dari kaum Melayu jika benar DAP sekarang sedang mendapat sokongan dari kaum Melayu. Khairy berkata setakat tiga orang Melayu yang menyertai DAP itu tidak melambangkan yang parti itu sudah diterima oleh orang Melayu. Saya tidak yakin kenapa penyertaan orang Melayu di akhir-akhir ini menjadi isu dari Sabah hingga ke Perlis.

Saya hanya hendak memberikan komen yang pendek terhadap cabaran Khairy ini dan saya rasa boleh memberikan jawapan kepada kenyataan Khairy itu kerana saya adalah salah seorang dari orang Melayu yang telah menyertai DAP baru-baru ini.

Untuk pengetahuan Khairy (gambar),DAP tidak membuat pengasingan ahli-ahlinya mengikut bangsa dan agama. Di dalam borang permohonan menjadi ahli, tidak ada petak yang bertanyakan dari kaum apa pemohon-pemohon tersebut kerana sebagai sebuah parti yang memperjuangkan untuk semua tanpa mengira kaum dan budaya bangsa dan ethnik ahli-ahli tidak menjadi perkara penting.

Jika Khairy benar-benar mahu tahu jumlah keahlian Melayu dalam DAP, mungkin saya boleh mencadangkan kepada DAP untuk Khairy datang ke pejabat DAP dan mengira sendiri jumlah keahlian dari kaum Melayu. Khairy boleh dibekalkan dengan semua borang-borang permohonan yang ada di dalam setor DAP dan kiralah satu persatu setiap borang permohonan dari orang Melayu itu. Selepas itu Khairy boleh mengumumkannya sendiri.

Jika Khairy melakukan pengiraan sendiri, jadi tidak akan timbul isu tentang jumlah keahlian orang Melayu lagi dan tidak payah hendak menyusahkan DAP untuk membuat pengiraan itu. DAP tidak hendak bersaing untuk menunjukkan keahlian Melayu. Hanya parti itu telah mula mendapat suntikan semangat dengan ramai penyertaan dari kaum Melayu.

Bagi saya yang lebih penting Khairy lakukan ialah untuk menjaga keahlian Umno yang berjuta orang itu yang semuanya Melayu. Elok kita memberikan input yang nyata dan jelas yang di antara lebih dari tiga juta keahlian Umno itu, lebih dari satu juta dari mereka telah memangkah simbol pembangkang di dalam pilihanraya yang lalu. Tindakan mereka itu serupalah seperti meninggalkan parti juga.

Di Rembau itu sendiri Khairy perlu mengambil perhatian kerana tidak semua ahli-ahli dan pimpinan Umno di sana memberikan sokongan kepada beliau. Pengalaman selama 40 tahun dalam Umno itu memadai untuk saya membuat penilaian terhadap banyak bahagian Umno di mana-mana khususnya di Negeri Sembilan.

Memang Umno ramai orang Melayu, malahan semuanya dari kaum Melayu. Tetapi kaum ini jugalah yang akan memberi masalah kepada Umno khususnya Khairy. Kalaulah pemimpin Umno seperti Khairy sedar, masalah Umno bukan ditimbulkan oleh pembangkang, tetapi oleh ahli-ahlinya sendiri.

Maka Khairy elok tumpukan masa dan tenaga beliau untuk memulihkan kesatuan dalam Umno itu sendiri.

Biarkan DAP itu melaksanakan tugasnya walaupun dengan hanya "segelintir" Melayu yang mempunyai pemikiran di dalamnya. Yang sakit sekarang bukannya DAP tetapi Umno. Yang kelam kabut sekarang bukannya PAS tetapi Umno. Yang menyakitkan Umno adalah oleh ahli-ahlinya sendiri bukannya PKR.

Kalau hendak terima pandangan ini terimalah. Kalau tidak terima pun ia bukannya menjadi kudis kepada Pakatan Rakyat. Itu Khairy kena faham. Musuh Khairy bukannya kami di sebelah sini tetapi mereka yang ada di bawah ketiak beliau sendiri dan juga di kalangan "warlords" dalam Umno itu.

Tangani murtad: Jawatankuasa ditubuh

Posted: 26 Jan 2012 03:23 AM PST

KL TODAY.COM



Jawatankuasa Pusat Penguatkuasaan Undang-undang Syariah akan ditubuhkan bagi mempertingkatkan lagi penguatkuasaan enakmen berhubung penyebaran agama oleh bukan Islam kepada orang Islam.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata jawatankuasa itu akan memantau secara dekat pelaksanaan penguatkuasaan enakmen tersebut oleh jabatan agama Islam negeri masing-masing.

"Jawatankuasa juga akan membantu kes berhubung dengan penangkapan dan pendakwaan mengikut enakmen negeri masing-masing," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penasihat undang-undang negeri dan pengarah jabatan agama Islam seluruh negeri, di sini, Khamis.

Penubuhan jawatankuasa itu yang berkuat kuasa hari ini, diputuskan dalam pertemuan tersebut yang berlangsung hampir dua jam.

Jawatankuasa akan dipengerusikan Jamil Khir (gambar) dan dianggotai pengarah jabatan agama Islam negeri, wakil Kementerian Dalam Negeri, wakil Jabatan Peguam Negara dan wakil Polis Diraja Malaysia.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata enakmen itu telah lama wujud, namun terdapat negeri yang kurang dalam penguatkuasaaan.

"Bagi negeri yang belum mewujudkannya (enakmen) pula diminta membawa perkara itu kepada pihak yang berkenaan untuk diwujudkan dan dikuatkuasakan undang-undang itu," katanya.

Beliau berkata penubuhan jawatankuasa itu bukan untuk mengenakan mana-mana pihak tetapi demi menjaga keharmonian masyarakat dan sebagai pembelaan kepada mereka yang dimurtadkan.

Liam Neeson berminat peluk Islam

Posted: 26 Jan 2012 03:20 AM PST

KL TODAY.COM



Hollywood, Liam Neeson dilaporkan oleh laman web thesun.co.uk sedang menimbang untuk memeluk agama Islam selepas mendengar azan.Aktor berusia 59 tahun yang merupakan penganut Katholik itu mengakui bahawa perasaannya tersentuh selepas mendengar azan ketika dia sedang menjalani penggambaran di Istanbul, Turki, baru-baru ini.

"Pada minggu pertama saya mendengar bunyi azan yang berkumandang sebanyak lima kali sehari, ia membuatkan saya berasa terganggu. Namun, lama-kelamaan bunyi itu mula menusuk ke jiwa saya dan ia kedengaran begitu indah, perkara yang paling indah.

"Terdapat kira-kira 4,000 buah masjid di bandar raya itu. Sebahagiannya kelihatan begitu memukau dan menarik minat saya untuk bergelar seorang Muslim," katanya.

Neeson yang dibesarkan di Ireland Utara merupakan seorang penganut Katholik yang warak dan pernah berkhidmat di gereja.

Malah, nama aktor itu juga diberikan bersempena nama seorang paderi di kawasan perumahannya.

Bagaimanapun, aktor yang telah kematian isterinya iaitu pelakon Natasha Richardson dalam satu kemalangan ketika bermain ski pada 2009, difahamkan kerap mempersoalkan mengenai kepercayaan.

"Saya dibesarkan sebagai penganut agama Katholik tetapi kita sering bertanya kepada diri sendiri, secara tidak sedar, apakah tujuan kehidupan kita di muka bumi ini?

"Saya kerap membaca pelbagai buku yang berkaitan Tuhan, kewujudan-Nya dan kepercayaan bahawa Tuhan tidak wujud (athisme)," katanya lagi.

Filem terbarunya, The Grey yang berkisar tentang sekumpulan pasukan penggali minyak yang terdampar di Alaska, akan mula ditayangkan di United Kingdom pada Jumaat ini.

'Sedarlah Soi Lek, sekarang sudah 2012'

Posted: 25 Jan 2012 09:40 PM PST

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menasihatkan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek agar sedar bahawa kini sudah tahun 2012 di mana rakyat tidak lagi termakan dengan sentimen politik perkauman sempeit yang diperjuangkannya.

Ketua Penerangannya Riduan Mohd Nor berkata, kenyataan Chua Soi Lek bahawa sokongan kepada DAP akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa adalah suatu kenyataan provokasi dan penuh sentimen kebencian terhadap PAS.

Menurutnya, presiden MCA itu cuba menanamkan sikap prejudis antara kaum supaya timbul perasaan tidak senang komuniti Tionghua terhadap PAS.

Sedangkan, rakyat katanya mahukan kesejahteraan, keadilan dan kemakmuran di dalam sistem politik baru yang sedang dibawa oleh Pakatan Rakyat lebih dari sentimen politik sempit perkauman.

"Kenyataan Datuk Seri Dr Chua sebenarnya adalah kenyataan lapuk yang telah ditolak oleh masyarakat yang peka dan arif dengan perkembangan politik negara.

"Datuk Seri Dr Chua kelihatan seperti ketinggalan zaman dengan kenyataan-kenyataan 'usang' yang cuba diolah kembali bagi 'menghidupkan' kembali politik beliau yang telah dilupakan orang," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam wawancaranya dengan The Malaysian Insider semalam.

Dalam wawancara itu, Chua Soi Lek mengatakan masyarakat Cina mula kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) kerana mereka sedar sokongan kepada "DAP akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa."

Mengulas lanjut Riduan menjelaskan, PAS bersama Pakatan Rakyat tetap komited memerangi rasuah, penyalahgunaan kuasa, kronisme, kezaliman, penyelewengan, penindasan serta sikap rasis sesetengah pihak.

"Pakatan Rakyat bertekad mahu membebaskan rakyat dari belenggu rejim korup Umno BN yang sedang menanti rebah.

"Adakah ini yang sangat ditakuti oleh pemimpin seperti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek," soalnya.

Menurut Riduan lagi, beliau sangat yakin, sekiranya semua kaum mengerti matlamat perjuangan PAS, mereka tidak akan membantah, malah akan terus memberikan sokongan kepada PAS.

Ianya terbukti apabila PAS kini memiliki Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang terus memberikan sokongan meskipun mereka tahu PAS meletakkan perjuangan Islam sebagai matlamatnya.

"Justeru, DPPM menasihatkan Datuk Seri Dr Chua agar bermain politik secara bijak dan matang.

"Rakyat mahu melihat apakah hasil dari perjuangan yang telah diusahakan oleh beliau dan partinya, bukan hanya berkokok tidak tentu pasal," tegasnya. -Harakahdaily

Nama Najib baik tetapi tidak Umno dan BN

Posted: 25 Jan 2012 09:36 PM PST

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Para pemimpin Umno kini mula mempertikaikan tindakan presiden mereka yang berlebihan mempromosikan dirinya sedang nama baik parti dan negara terus menjunam.

Mereka mula menyedari hal ini sejak akhir-akhir ini apabila kajian yang dibuat menunjukkan rating Datuk Seri Najib Razak terus meningkat.

Tetapi dalam masa yang sama rating pemimpin kerajaan yang lain, Umno, Barisan Nasional bahkan kerajaan Malaysia sendiri terus merudum.

"Kalau macam ini berterusan, dalam pilihan raya nanti dia je lah yang menang, kami semua lingkup," kata seorang pemimpin Umno yang kini mula bosan dengan apa yang berlaku.

Menurut beliau yang bertanding dalam sebuah Dun tetapi kalah dalam pilihan raya umum 2008 lalu, pelbagai kajian menunjukkan populariti Najib meningkat hatta melampaui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bahkan, nama timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin terus menjunam ke belakang.

Beliau memberikan contoh bagaimana Najib mengendalikan isu NFC - National Feedlot Centre - di mana Najib menyerahkan isu ini untuk dikendalikan Muhyidin dan Datuk Seri Noh Omar.

Padahal, katanya, Najib yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Impak Besar (High Impak Comitte) yang meluluskan projek ini.

Ada juga yang mempertikaikan kenapa Najib tidak menghalang laporan Ketua Audit Negara berhubung dengan NFC ketika dia menerima laporan tentang projek NFC yang bermasalah pada tahun 2010 lalu.

Selain Muhyidin, turut menghadapi masalah di zaman Najib adalah parti-parti komponen BN khasnya MCA, Gerakan dan MIC.

"Dari 15 kerusi Parlimen yang dimenangi MCA sekarang, hanya 7-8 kerusi sahaja yang selamat dalam pilihan raya umum akan datang," kata satu sumber kepada Harakahdaily.

Antara agensi yang dirujuk menaikkan nama Najib adalah Pasukan Komunikasi Kebangsaan (National Communications Team - NCT) dan pasukan penasihat luar negara termasuk Apco.

NCT yang kini beroperasi di Bangsar, selepas berpejabat di The Garden, ditubuhkan di bawah Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Ketuanya yang pertama adalah Jalil Hamid, bekas Timbalan Ketua Biro Reuters di Kuala Lumpur. Kini Jalil mengetuai NST apabila Najib bimbang kalau-kalau petugas NST mengkhianati beliau di sana.

Pengganti beliau adalah Sufi Yusuff, bekas Setiausaha Akhbar Tun Dr Mahathir yang masih bertugas dengan Tun hingga kini.

Di samping itu, NCT juga mempunyai Datuk Khalid Mohamad, bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan yang kini adalah Penasihat NCT.

Di sinilah juga terletaknya beberapa wartawan veteran yang dilantik sebagai konsultan dan pegawai penyelidik.

Peranan NCT adalah untuk memastikan nama baik kerajaan terbela, namun peranan yang selalu mereka jalankan adalah nama baik Najib selaku Perdana Menteri.Harakahdaily

Respon Dunia, mengutuk tindakan ‘U turn’ Najib dalam pembebasan Anwar

Posted: 25 Jan 2012 09:32 PM PST

Maria Begum, Malaysia Chronicle)


Portal berita antarabangsa mula memberitakan bahawa kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memutuskan untuk merayu pembebasan Anwar, Ketua Pembangkang, yang didapati "tidak bersalah" oleh Hakim Mahkamah Tinggi minggu lepas.

Phil Robertson, Timbalan Pengarah Bahagian Asia, bagi Human Rights Watch adalah antara mereka yang paling awal mengutuk pentadbiran Najib bagi flip-flop terbarunya.

"Mahkamah percubaan memberi kerajaan peluang untuk tunduk anggun dari pendakwaan bermotifkan politik Anwar. Ia adalah amat malang bahawa mereka tidak mengambil.Keputusan ini bermakna rakyat Malaysia akan terus tertakluk kepada politik yang lebih komplot di mahkamah sebagai kerajaan perpetuates ini ejekan perbicaraan bagi jenayah yang tidak seharusnya menjadi satu jenayah di tempat yang pertama, "kata Phil dalam satu kenyataan.

Penganiayaan, bukan pendakwaan

Sementara itu, peguam Anwar, Sankara Nair berkata beliau masih belum diberitahu tentang keputusan itu. Beliau mengecam langkah itu sebagai suatu "penindasan politik" dan bukanlah pendakwaan yang sebenarnya.

"Saya tidak pernah secara rasminya dimaklumkan oleh pihak pendakwaan. Walau bagaimanapun, jika ini benar, maka ia adalah sesuatu yang amat dikesali kerana bersifat kejam . Ini adalah kerana hakim perbicaraan telah mengatakan dengan jelas bahawa keputusan beliau dibuat berdasarkan bukti penting yang telah diganggu," kata Sankara.

"Oleh itu, asas pendakwaan sememangnya lemah, justeru, apa-apa rayuan, tidak kira berapa kali, adalah satu tindakan terdesak yang sia-sia. Ini jelas adalah kes penganiayaan politik Anwar dan bukan pendakwaan atas salah laku."

Anwar sendiri memberitahu bahawa ia adalah hak Peguam Negara untuk membuat rayuan tetapi juga memberi amaran akan campur tangan kerajaaan mahupun politik. Walau bagaimanapun, ramai rakyat Malaysia tahu bahawa ini adalah mainan manipulasi Umno kerana pihak Najib telah memerintah Malaysia selama 5 dekad yang lalu.

Hakim mengakui bukti utama DNA telah dikomprom

Pihak pendakwa Malaysia telah memfailkan kertas rayuan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi jenayah pada pukul 4:30 petang pada hari Jumaat, 20 Januari, menurut Timbalan Pendaftar Bahagian Jenayah Halilah Suboh.

Pada 9 Januari, Anwar telah dibebaskan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan kerana kekurangan bukti. Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah menyampaikan keputusannya ke bilik perbicaraan yang penuh sesak manakala lebih 10,000 penyokong berkumpul di luar bangunan mahkamah untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap pemimpin yang berkarisma dan popular itu.

"Setelah meneliti bukti-bukti yang ada, saya tidak boleh yakin 100 peratus bahawa bukti tidak dikompromi. Oleh itu, mahkamah tidak boleh mensabitkan tertuduh atas apa-apa keterangan daripada SP1 Saiful. Mahkamah tidak menolak kemungkinan sampel (DNA) telah dikompromi. Oleh itu, tertuduh dibebaskan, "kata Mohd Zabidin memberitahu bilik mahkamah keputusan yang mengejutkan itu, ia mengambil masa sebelum sorakan di bilik mahkamah pecah kerana kegembiraan.

Kepimpinan Najib yang lemah dan menjadi perhatian global

Keputusan itu mendapat sambutan di seluruh dunia dan ketidakupayaan terbaru Najib ini memberi kesan kepada kepala-kepala Umno seperti bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, dimana secara undang-undang akan meningkatkan tanggapan negatif terhadap Malaysia yang bertambah buruk pada zaman pemerintahannya dulu. Langkah itu juga akan menunjukkan ketidakupayaan Najib dalam mengekalkan kestabilan politik dan membuat pemulihan kepada keadaan ekonomi yang perlahan.

"Anwar, saya baru sahaja mendengar berita pembebasan anda. Tahniah. Tidak pernah ada apa-apa keraguan ke atas anda. Telah disahkan bahawa dunia suka menyaksikan satu perkara yang menakjubkan. Kita semua amat gembira untuk anda dan untuk Malaysia," tulis Paul Martin, bekas perdana menteri Kanada.

Sebenarnya, tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar, yang telah menyalahkan Najib dan isterinya Rosmah Mansor kerana terlibat dalam plot si pengadu Saiful Bukhari Azlan untuk mematahkan semula kemunculan politiknya. Memandangkan ketipisan bukti, pihak pemerhati yang pakar tidak pernah menjangkakan Najib untuk membawa kes ke peringkat perbicaraan, tetapi dia tunduk kepada tekanan dari sayap kanan Umno, khususnya Mahathir, yang masih bercita-cita untuk memusnahkan Anwar akibat kebencian yang mendalam terhadapnya.

Penganalisis politik berkata Mahathir bimbang jika Anwar, bekas timbalannya yang hampir berjaya mendahuluinya pada tahun 1998 kerana tahu terlalu banyak akan urusannya. Jika tidak dipenjarakan, kemungkinan Anwar menjadi perdana menteri Malaysia yang seterusnya adalah tinggi untuk memimpin Pakatan Rakyat memenagi pilihan raya umum pada April 2013.

Adil dan saksama, kata Saiful

Anwar didakwa pada 8 ogos 2008 di bawah Seksyen 377B, Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan di luar tabii. Beliau dituduh meliwat Saiful di Desa Damansara Condominium, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, pada 26 Jun, 2008. Jika didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun

Sementara itu, dalam reaksinya, Saiful berkata rayuan itu menunjukkan bahawa sistem undang-undang Malaysia adalah adil dan saksama.

"Saya dan keluarga ingin menyatakan bahawa dengan memfailkan notis rayuan, hak saya seperti yang dinyatakan dalam laporan polis 2008 telah didengar, dan telah melalui proses keadilan yang sepatutnya, di Mahkamah Tinggi Mahkamah. Mengikut undang-undang ia telah dicapai," tulisnya didalam blog.Malaysia Chronicle

Sokongan Cina kepada DAP akan beri PAS kuasa, kata Soi Lek

Posted: 25 Jan 2012 09:28 PM PST




KUALA LUMPUR — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membangkitkan isu undang-undang Islam di Malaysia, mengatakan masyarakat Cina mula kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) kerana mereka sedar sokongan kepada "DAP akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa."

"PAS menjadi parti dominan. PAS yang akan memberi arahan, PAS yag akan memerintah jika mereka (pembangkang) berkuasa.

"Jika mereka berkuasa, PAS akan memerintah," kata Presiden MCA kepada The Malaysian Insider dalam temubual ekslusif minggu lalu.

Dr Chua (gambar) menegaskan ia adalah fakta dan menafikan ia hanya strategi untuk meraih semula sokongan komuniti Cina pada pilihan raya umum akan datang.

"Ini adalah sesuatu yang komuniti Cina perlu sedar - pengundi DAP berikan kuasa kepada DAP, memperkuatkan DAP (dan) membuka jalan kepada PAS, yang akan berkuasa di peringkat pusat," katanya.

Dr Chua mengingatkan PAS "hari kemenangan" akan berlalu dengan pantas dan mentertawakan sebarang kemungkinan PKR akan menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, PKR tidak mampu bersaing dengan parti Islam itu dalam soal organisasi, disiplin parti dan yang lebih penting, kesetiaan ahli, menyifatkan parti itu lebih lemah dalam gabungan tiga parti itu.

Bekas menteri kesihatan ini berkata PKR berkeyakinan dalam mengetuai barisan pembangkang ke Putrajaya namun ia telah menghadapi masalah dalaman iaitu "pembelot" dari pemimpin penting mereka.

"PKR mungkin satu-satunya parti di dunia yang begitu yakin dapat menawan Putrajaya, satu-satunya parti yang mendakwa akan menang tetapi mempunyai banyak masalah.

"Ia satu-satunya parti yang mempunyai paling ramai ahli meninggalkan parti, 50 pemimpin utama meninggalkan PKR termasuk 12 atau 13 wakil rakyat yang secara terbuka mengatakan mereka kecewa dengan PKR," kata Dr Chua.

Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR paling ramai di Parlimen dengan 31 orang, berjaya menawan lima negeri dan memperoleh 83 kerusi Parlimen bersama Pakatan Rakyat.

Namun PKR berdepan dengan satu persatu "pembelot" dalam parti itu selepas pilihan raya umum 2008.

Kemudian PKR gagal mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor dalam pilihan raya kecil sebelum enam ahli Parlimen mereka berindak keluar parti dan kini menyebabkan DAP mempunyai jumlah yang paling besar di Parlimen dengan 28 orang.

Untuk mengelakkan kejadian sama berulang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu akan meletakkan 40 peratus calon baru dengan membariskan profesional dan aktivis.

Selepas buku seks Kelab Taat Suami lancar kempen ‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’

Posted: 25 Jan 2012 09:26 PM PST



KUALA LUMPUR — Disebalik kontroversi buku panduan seks, Kelab Taat Suami hari ini melancarkan kempen "Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam" sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Kempen selama 12 hari itu (bermula hari ini) adalah untuk meraikan kelahiran Nabi Muhammad pada 5 Februari depan atau 12 Rabiul Awal mengikut kalendar Islam.

Menurut Presiden Kelab Taat Suami Malaysia Fauziah Ariffin, kempen itu diadakan bagi mengajak umat Islam terutamanya pasangan suami isteri untuk mengamalkan kehidupan Rasulullah.

Beliau berkata ramai "umat Islam sudah terlalu jauh dengan Rasulullah."

"Sudah tentu ikutan (Rasulullah) menjadi panduan dan ia termasuk aspek ibadah keluarga bahkan termasuk dalam kehidupan seks. Tentu bila sebut tentang hal seks suci ramai yang terlupa tentang hal yang terangkum dalam hal suami isteri, sesuatu yang kita lakukan hari-hari.

"Dalam kehidupan biasa ia bukan sesuatu yang kontroversi tapi kita sudah terlalu jauh dengan Rasulullah, jadi kita mahu mengajak umat Islam mendokong melaksanakan kehidupan Islam yang sebenar tambahan kalau kita lihat banyak gejala tidak sihat yang berlaku sekarang," katanya pada sidang media selepas pelancaran kempen "Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam" di Pusat Perdagangan Pelangi, Damansara di sini.

Jelas Fauziah, sekiranya umat Islam melaksanakan kehidupan dengan berlandasakan prinsip Islam segala gejala homoseksual dapat dielakkan.

"Kalau kita lihat sekarang secara terang-terangan lelaki berkahwin sesama lelaki dan wanita berkahwin sesama wanita," jawabnya.

Terlebih dahulu dalam ucapan perasmiannya, Fauziah berkata Islam membenarkan hubungan seks dilakukan namun ia mesti "seks suci" antara suami isteri.

"Seks dibenarkan asal ada batasnya, bukan seperti gay yang memaparkan seks yang tidak sepatutnya dan melanggar batas norma, juga tidak melakukan seks bebas yang melanggar perintah Tuhan.

"Kami berasa tanggungjawab untuk mengajak umat Islam melaksanakan kehidupan Islam, suami adalah pemimpin dan isteri adalah pengikut tapi nampaknya umat kita sudah gagal," katanya.

Sebelum ini Kelab Taat Suami menerbitkan buku panduan seks bertajuk "Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia."

Namun Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku panduan seks itu.

Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci.

Buku 115 muka surat yang dikatakan panduan kepada isteri dan pengantin baru untuk melayan suami di ranjang.

Permainan 'Aku Jimat' dibuang?

Posted: 25 Jan 2012 09:23 PM PST

Aku Jimat, permainan elektronik kedua paling popular di kalangan aplikasi berbayar Malaysia, nampaknya sudah tidak ada lagi selepas sembilan hari diperkenalkan.

NONEPermainan tersebut yang dipercayai diilhamkan dari watak Datuk Seri Rosmah Mansor - isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak - nampaknya telah dibuang daripada iTunes App Store Apple.

Malaysiakini telah mendapat maklumat mengenainya semalam.

Pada hari Sabtu, Aku Jimat muncul sebagai permainan kedua paling popular di kalangan aplikasi berbayar di Malaysia selepas beberapa portal berita melaporkan mengenainya.

Permainan itu yang diberikan penarafan lima bintang oleh pengguna, dibangunkan oleh Kumpulan Antartika dan dijual pada harga US$0.99 setiap muat turun.

Tidak diketahui bila aplikasi permainan itu dibuang. Kuasa untuk berbuat demikian terletak di tangan Apple dan pemaju permainan tersebut.

Malaysiakini telah mengirimkan emel pertanyaan mengenai perkara itu kepada Apple,. Bagaimanapun sehingga ini belum mendapat jawapan.

Menurut syarikat pemajunya, permainan itu adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung" sejak kecil dan "lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan".

NONEDengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama ada sebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15, 000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000).

Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$24 juta (RM74 juta).

Setiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan.

Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom.

Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukkan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk "bersara" pada usia 99 tahun.

Ribut: 30 motosikal, 10 kereta dihempap zink

Posted: 25 Jan 2012 09:21 PM PST


MALAYSIA KINI

Bumbung 12 unit kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka di Lembah Pantai di ibunegara diterbangkan angin dalam kejadian ribut petang semalam.

Dalam kejadian itu, kira-kira 30 motosikal dan 10 kereta musnah dihempap zink.

Bagaimanapun, tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu kerana tingkat atas flat berkenaan tidak berpenghuni.

Ketua Operasi yang juga Ketua Balai Bomba Pantai Hamid Daud berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 7.05 petang dan tiba di tempat kejadian tiga minit kemudian.

"Kita dibantu lapan anggota dari Balai Bomba Damansara. Kita dapati zink tercabut semasa hujan petang tadi. Pada masa ini, kita sedang mengalihkan zink yang jatuh itu," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Sementara itu, bumbung tingkat 17 Pangsapuri Muhibbah di Taman Desa, yang terletak berhampiran PPR Seri Cempaka, turut diterbangkan angin.

Ketua Bomba Taman Desa Saparisan Ramli berkata walaupun terdapat penghuni di tingkat itu, tidak ada kecederaan dilaporkan.

Seorang penghuni PPR Seri Cempaka, Ahmad Yusof, 58, berkata kejadian bermula dengan hujan renyai, diikuti angin kencang selang lima minit.

"Pada masa itu, kanak-kanak yang sedang bermain di bawah bangunan, menjerit dan lari bertempiaran apabila zink bumbung jatuh secara tiba-tiba. Beberapa kenderaan turut musnah dan nasib baik tidak ada penduduk yang cedera," katanya kepada Bernama.

Sejumlah 26 anggota dan tiga jentera dari Balai Bomba Pantai, Hang Tuah dan Sri Hartamas terlibat dalam operasi menyelamat berkenaan.

Seorang lagi penghuni, Mohd Izwan Abd Rahmad, 24, berkata dia hanya menyedari bahagian depan keretanya remuk dihempap zink apabila menjenguk melalui tingkap rumahnya di tingkat 14.

"Selepas petir, saya dengar bunyi kuat. Saya jenguk ke bawah... nampak zink berterbangan dan dapati kereta saya remuk dihempap zink," katanya.


Sementara itu, Menteri Wilayah persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin ketika melawat lokasi kejadian di PPR Sri Cempaka berkata kementerian itu, melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), memperuntukkan RM500,000 sehingga RM1 juta untuk membaik pulih kerosakan di lima kawasan terjejas.

"Kawasan yang terlibat adalah Sungai Besi, Seputeh, PPR Kampung Limau, Pangsapuri Taman Desa, dan yang paling terjejas adalah di PPR Sri Cempaka.

"Di Sri Cempaka, kita kesan tiga keluarga perlu dipindahkan sementara di kawasan berhampiran kerana ada kerosakan di rumah mereka dan aspek keselamatan yang kita pentingkan," katanya kepada pemberita malam ini.

Beliau berkata DBKL akan membaik pulih rumah PPR yang terjejas, termasuk kedai yang rosak akibat ribut itu.

"Penghuni rumah yang terjejas dan pemilik rumah yang terjejas boleh membuat tuntutan insurans termasuk pemilik kereta," katanya sambil menambah pengusaha loji kumbahan BEWG (M) Sdn Bhd turut menyalurkan bantuan sebanyak RM50,000 untuk membaik pulih rumah yang terjejas. Bernama

Pengantin baru maut dalam kemalangan

Posted: 25 Jan 2012 09:17 PM PST

MALAYSIA KINI

Hasrat seorang pengantin baru menziarahi datuk saudaranya yang tenat di hospital tidak kesampaian apabila maut akibat kemalangan jalan raya kira-kira lima jam selepas majlis pernikahannya dengan lelaki pilihan.

Roshnida Razali, 28, dari Kampung Seri Medang, yang terlibat dalam nahas jalan raya di satu selekoh tajam berhampiran Kampung Beting Lintang di Besut, Ahad lepas, meninggal dunia kira-kira 3.40 pagi tadi ketika dirawat di Hospital Besut.

Mangsa, seorang ibu tunggal, melangsungkan perkahwinan dengan Azhar Mustafa, 35, dalam satu majlis 11.30 pagi Ahad, berhasrat menziarah datuk saudaranya di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu bersama suami dan anggota keluarga lain pada sebelah petang hari yang sama.

Azhar ketika ditemui hari ini berkata mereka ke Kuala Terengganu pada kira-kira 5 petang dan kemalangan itu berlaku hanya 10 minit selepas bertolak dari rumah isterinya.

"Ketika tiba di tempat kejadian, tiba-tiba sebuah kereta Perodua Kembara datang dari arah bertentangan memasuki laluan saya ketika mengambil selekoh, yang menyebabkan perlanggaran kuat dengan kenderaan kami," katanya.

Azhar berkata dalam kejadian itu, dia pengsan seketika dan setelah sedar semula mendapati mangsa yang duduk di sebelahnya, mengerang kesakitan.

Turut berada dalam kereta Proton Saga yang dipandu Azhar ialah ibu mertuanya, Mek Nak Hamid, 51, serta anak Roshnida, Nik Norinsyirah
Dialina Nik Mohd Shamsul, 9 tahun.

Azhar berkata isterinya dan dua yang lain dihantar ke Hospital Besut.

Ibu mertua dan anak tirinya kemudian dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan kerana kedua-duanya patah kaki kanan.

"Roshnida ditahan di wad Hospital Besut kerana pihak hospital memberitahu isteri saya tidak mengalami patah atau kecederaan serius, sementara saya dibenarkan pulang pada hari sama walaupun masih berasa teramat sakit pada bahagian dada," katanya.

Azhar berkata Roshnida masih mampu bercakap dengannya namun keadaan mangsa benar-benar tidak bermaya sehinggalah isteri yang dikenali tiga bulan lalu menghembuskan nafas terakhir di depannya awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut Superintenden Kamaruddin Zakaria mengesahkan kejadian. Bernama

Karpal: Penghakiman bertulis pembebasan Anwar belum siap

Posted: 25 Jan 2012 09:15 PM PST

MALAYSIA KINI

Penghakiman bertulis berhubung pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan masih belum siap, kata peguam Karpal Singh.

Karpal berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh setiausaha hakim perbicaraan kes berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat pertanyaan tentang penghakiman itu kepada setiausaha hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di ibunegara hari ini.

Kata peguam bela utama Anwar itu, seseorang hakim perbicaraan perlu memberi asas penghakiman bertulis dalam tempoh lapan minggu daripada tarikh notis rayuan difailkan, seperti yang disebutkan dalam Surat Pekeliling Ketua Hakim Negara.

Pada 20 Januari, Pejabat Peguam Negara (PPN) memfailkan notis rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat. Notis berkenaan, yang ditandatangani Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun, difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur.

Karpal berkata PPN mempunyai kuasa untuk tidak meneruskan rayuan itu setelah meneliti asas yang terkandung dalam penghakiman bertulis yang disediakan hakim perbicaraan.

Katanya PPN juga boleh membuat keputusan untuk tidak meneruskan rayuan setelah membaca dan berpuas hati dengan penghakiman bertulis yang mengandungi barang kes, nota prosiding dan penghakiman bertulis.

"Kami pernah buat begitu (tidak merayu) dalam kes lain. Apabila saya mendapat petisyen rayuan, saya dapati asasnya tidak berbaloi untuk meneruskan rayuan," katanya.

Karpal berkata mengikut Peraturan Mahkamah Rayuan 1994, PPN mempunyai masa 10 hari untuk memfailkan petisyen rayuan sebaik saja menerima rekod rayuan dan sekiranya tempoh 10 hari itu berlalu begitu saja, maka ia (pestisyen rayuan) dikira sudah ditarik balik.

Pihak yang telah memfailkan notis rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, perlu memfailkan petisyen rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan sekiranya mereka ingin meneruskan rayuan itu, setelah menerima rekod rayuan yang lengkap.

Pada 9 Januari, Hakim Mohamad Zabidin membebaskan dan melepaskan Anwar setelah mahkamah mendapati ia tidak 100 peratus pasti integriti sampel DNA tidak diusik dan mahkamah itu keberatan mensabitkan kesalahan Anwar semata-mata berdasarkan keterangan Mohd Saiful yang tidak disokong oleh bukti.

Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful, 26, di sebuah unit kondominium Desa Damansara,Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Bernama

Keputusan sama ada Dr Ling dipanggil bela diri Jumaat ini

Posted: 25 Jan 2012 09:15 PM PST

MALAYSIA KINI

Bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik akan mengetahui keputusan Mahkamah Tinggi Jumaat ini sama ada perlu membela diri atau dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan menipu Kerajaan Malaysia berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Permasalahan dalam projek PKFZ turut melibatkan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) O.C. Phang dan bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy.

Phang didakwa atas tiga tuduhan pecah amanah membabitkan RM254.85 juta manakala Chang didakwa menipu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi melibatkan RM1.9 bilion.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan masing-masing.

Ling, 69, yang menjadi Menteri Pengangkutan selama 17 tahun sejak 1986, didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 sekaki persegi iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.

Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Dr Ling yang diwakili peguam Wong Khian Keong didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 Sept dan 6 Nov 2002.

Bagi pertuduhan pertama, Dr Ling didakwa mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dengan denda atau kedua-duanya manakala bagi dua pertuduhan pilihan (pindaan), beliau didakwa mengikut Seksyen 417 kanun berkenaan yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan yang didengar di hadapan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi selama tiga bulan itu melibatkan 25 orang saksi pendakwaan dan sebanyak 173 eksibit dikemukakan termasuk dokumen kerajaan berstatus 'rahsia'.

Antara saksi yang dipanggil ialah Phang, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, bekas Menteri Pertanian Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi, pegawai kanan Kementerian Pengangkutan dan beberapa pegawai kanan JPPH.

Pada perbicaraan lepas, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengatakan bahawa Dr Ling bertanggungjawab terhadap kandungan surat kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai projek PKFZ kerana beliau menandatangani surat itu.

Beliau berkata Dr Ling tidak boleh menyalahkan orang lain kerana beliau sudah sedia maklum mengenai terma dan syarat dalam surat itu, termasuk nilai RM25 sekaki persegi (skp) berdasarkan nilaian khas.

Tun Abdul Majid juga berkata tertuduh turut menyokong pembelian tanah di Pulau Indah, Klang Selangor serta menandatangani surat kepada Dr Mahathir bertarikh 3 April 2002 dan sepucuk lagi pada 29 Jun 2002.

Beliau berkata tertuduh sedia maklum bahawa RM1.088 bilion bukan kos keseluruhan dalam pembelian tanah namun tidak mahu kabinet mengetahuinya.

Bagaimanapun peguam Wong berhujah Dr Ling hanyalah 'kambing hitam' dan kabinet sememangnya dimaklumkan mengenai faedah pada kadar 7.5 peratus setahun.

Wong berkata anak guamnya juga tidak memberi gambaran yang salah kepada kabinet bahawa kadar RM25 skp dan faedah 7.5 peratus itu telah disahkan serta dipersetujui JPPH.

Beliau berkata meskipun Dr Ling adalah penandatangan surat kepada Dr Mahathir 29 Jun 2002 serta nota bertarikh 29 Oktober tahun yang sama, kedua-dua dokumen tidak disediakan sendiri oleh tertuduh.

Sebelum menutup kes pada 17 November lalu, pihak pendakwaan telah menawarkan 113 saksi termasuk Dr Mahathir dan Abdullah serta beberapa menteri kabinet sekiranya Dr Ling dipanggil membela diri.

Sepanjang perbicaraan, Dr Ling yang juga bekas Presiden MCA sentiasa ditemani isterinya Toh Puan Ong Ee Nah dan dua anak lelaki mereka Hee Leong dan Hee Kiat. Bernama

Tiada ulasan: