Rabu, 18 Januari 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Isu Pertukaran Potfolio Exco Selangor. Ini Kenyataan Terkini YB Iskandar A. Samad

Posted: 18 Jan 2012 06:44 AM PST

SPEKULASI POTFOLIO HAL EHWAL ISLAM

Saya yakin Dato' Menteri Besar Selangor telah membuat keputusan untuk mengambil alih potfolio Hal Ehwal Islam buat sementara waktu kerana untuk memberi masa kepada YB Dr Ahmad Yunus Hairi untuk menyesuaikan diri sebagai Exco.

Potfolio tersebut membawa tanggungjawab yang berat dan memerlukan seorang Exco yang dapat memberi tumpuan yang tidak berbelah bahagi.

Saya yakin Dato' Menteri Besar akan menyerahkan potfolio tersebut kepada YB Dr Yunus pada masa yang sesuai.

Saya turut yakin YB Dr Yunus berupaya meneruskan perancangan dan kerja-kerja yang ditinggalkan oleh YB Dato' Dr Hasan Ali.

Saya berharap orang ramai akan memberhentikan sebarang spekulasi berhubung potfolio yang penting ini.

Iskandar A. Samad
18 Januari 2012

Hasan Ali dan parasit

Posted: 18 Jan 2012 03:36 AM PST

Mujahid Yusof Rawa is MP for Parit Buntar and PAS National Unity Committee chairman.

18 JAN — Memecat ahli dalam mana-mana parti politik adalah suatu perkara yang lumrah kerana perlembagaan parti memperuntukkan satu bab penting iaitu tentang disiplin parti, tanggungjawab ahli dan kuasa-kuasa yang ada pada Presiden untuk melaksanakan tugas memelihara kepentingan parti.

Mungkin yang menjadikan ia suatu isu ialah kedudukan dalam parti ahli yang dipecat, selain dari itu pemecatan atau penggantungan atau amaran lisan adalah tindakan-tindakan yang normal dalam suasana sesebuah parti politik. PAS tidak terkecuali dari norma organisasi ini dan apa yang berlaku kepada Datuk Hasan Ali adalah sebahagian daripada rencah-rencam kehidupan sebuah organisasi politik.

Jikalau kita menyusuri sejarah PAS, tindakan disiplin selalu berlaku atas beberapa cetusan antaranya ialah permasalahan yang dihadapi di peringkat cawangan dan kawasan atau negeri, lazimnya ia berlaku atas kapasiti konflik individu lawn individu. Ada juga tindakan disiplin diambil atas dorongan kelompok tertentu tidak mematuhi keputusan-keputusan yang dibuat dan cuba membawa fahamannya tersendiri di peringkat kawasan atau cawangan, konflik ini dikenali sebagai kumpulan vs kumpulan.

Di peringkat atasan selalunya konflik berlaku di atas sebab-sebab yang lebih strategik seperti tidak bersetuju langkah-langkah strategi yang diambil oleh parti dan selalunya dikaitkan keputusan strategi yang diambil dengan pertembungan kepentingan dasar utama parti. Alasan-alasan yang diberi akan menyinggung soal prinsip parti yang dilihat tergugat serta diperincikan alasan-alasan tersebut dengan tuduhan-tuduhan wujudnya kelompok tertentu dalam parti yang cuba menguasai kepimpinan.

Amat menarik untuk diberi perhatian bahawa semasa Datuk Mohd Asri Hj Muda dipecat dan beliau merupakan Presiden PAS ketika itu, isunya ialah soal strategik juga di mana Asri mempertikaikan penguasaan parti itu dikatakan didalangi oleh kumpulan radikal yang terpengaruh dengan revolusi Iran dan PAS telah menjadi radikal tersasar dari landasan PAS ketika itu.

Apa yang gagal difahami oleh Asri ketika itu ialah PAS sedang melalui proses pembaharuan fikrah Islam yang lebih jelas dan transformasi PAS menjadi Gerakan Islam yang melihat kesyumulan perjuangan dan bukan sahaja di medan siyasah. Kegagalan Asri ketika itu memahami tuntutan semasa dan masih dalam kepompong lamanya menyebabkan kritikan dan penentangannya kepada perubahan ini dibayar dengan harga yang mahal apabila PAS ketika itu sudah bersiap sedia memperkemaskan dirinya dalam bentuknya yang baru ketika itu.

Corak dan riak-riak pemecatan Hasan hari ini saling tidak tumpah seperti yang dilalui oleh Asri, kegagalan Hasan memahami realiti transformasi politik PAS hari ini yang berusaha untuk menyesuaikan dirinya dalam perkembangan-perkembangan terkini menyebabkan Hasan menjadi mangsa jerat mindanya sendiri.

Hasan juga gagal menghayati dinamika PAS yang hingga hari ini mampu terus bernyawa walaupun telah melalui berbagai cabaran untuk PAS sampai pada tahapnya hari ini. Alasan Hasan bahawa PAS telah lari dari perjuangannya, sama sahaja nada yang pernah disebut oleh Asri seketika dahulu, bezanya Asri menuduh PAS dikuasai radikal Iran, Hasan menuduh adanya golongan Parasit dalam PAS yang "meraikan" rakan lebih daripada perjuangan parti. Semua gara-gara pendekatan politik PAS memilih untuk tidak bersama Umno dan meneruskan agenda usaha Pakatan Rakyat menggantikan Barisan Nasional hari ini.

Pengaruh Asri sudah tentulah jauh lebih besar dari Hasan, siapalah Hasan berbanding dengan Asri dalam PAS dan kerana itu pemecatan Asri diikuti dengan kumpulan 13 yang lain di mana hampir separuh daripadanya adalah merupakan AJK PAS Pusat. Ini tidak termasuk kawasan-kawasan lain mampu dipengaruhi Asri.

Adapun Hasan, katanya dalam seminggu lagi akan ada penyokong-penyokongnya dari PAS yang akan bersamanya, namun saya agak skeptikal kerana seperti mana yang saya sebutkan siapalah Hasan yang mampu mengumpul orang di belakangnya? Kalau orang-orang Perkasa atau Umno entahlah?

Arus bawah yang mendasari bibit-bibit krisis ini ialah kocakan-kocakan yang sebenarnya menandakan kemunculan PAS yang lebih terkini mendepani perubahan lanskap politik semasa. Saya kira bukan Hasan sahaja, siapa yang gagal memahami kemunculan ini dalam bentuknya yang begitu laju dan dinamik pasti akan terjerat dalam perangkap minda masing-masing.

Dan sememangnya tidak pelik jikalau Umno akan kipas isu PAS lari dari perjuangan (seperti mana mereka lakukan ke atas Ustaz Nakhaie Hj Ahmad yang masih bercakap dengan nada yang sama) kerana Hasan adalah alat terbaik yang dapat menjalankan tugas-tugas Umno khusus bagi cover up isu pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari baru baru ini.

Seperti kes Asri, walaupun ada sedikit kocakan tetapi krisis ketika itu memberi peluang kepada PAS untuk mencipta kemunculan baru dalam bentuk kepimpinan ulamak yang telah melakarkan pencapaiannya tersendiri.

Seperti biasa PAS akan terus mantap kerana sudah menjadi penerimaan umum ahli PAS bahawa pemimpin datang dan pergi namun perjuangan ini tetap akan meneruskan cita-citanya. Seperti lirik lagu PAS yang berbunyi "....suburlah hidupnya dan pasti berbuah..."

Pemimpin BN Terlibat Bawa RM1.07 Trilion Keluar Negara?

Posted: 18 Jan 2012 02:49 AM PST

SHAH ALAM, 18 JANUARI : Ahli Parlimen Selayang, William Leong mempertikaikan samaada ada dikalangan pemimpin BN terlibat dalam pengaliran wang haram keluar negara berjumlah USD291 bilion (RM1.07 trilion) sejak 10 tahun lalu.

Katanya berdasarkan pendedahan Bank Negara bahawa pengaliran wang haram tersebut membuktikan tiada usaha dilakukan oleh kerajaan BN untuk menangani isu tersebut.

"Pengaliran wang haram ke luar negara dalam tempoh 10 tahun berjumlah USD291 bilion (RM1.07 trilion) membuktikan amalan rasuah dan aktiviti haram di negara ini berlaku secara berleluasa.

"Saya pertikai ketelusan kerajaan BN yang tidak mengambil sebarang tindakan drustik berhubung hal ini.

"Apakah hal ini tidak diambil tindakan disebabkan oleh ramai pemimpin BN terlibat. Inilah persepsi rakyat sekiranya kerajaan bersikap lepas tangan dan tidak mengambil sebarang usaha untuk menghentikan kegiatan yang merugikan negara ini.

Kata William, Pakatan Rakyat merasa amat kesal dan bimbang dengan pengaliran aset negara tersebut.

"Amat membimbangkan apabila Malaysia di istihar sebagai negara ke lima di dunia menjadi pusat pengaliran wang haram.

"Jumlah ini bukan sedikit tetapi amat besar serta memberikan imej buruk kepada negara dimata antarabangsa.

"Secara tidak langsung menjadikan negara ini sebagai pusat kegitan haram antarabangsa yang gagal ditangani oleh kerajaan." kata beliau ketika di hubungi TV Selangor.

Beliau yang juga seorang ahli ekonomi berkata masalah pengeluaran wang haram yang telah berlaku sekian lama dinegara ini tidak ditangani oleh kerajaan BN.

"Mengapa isu ini tidak ada pemimpin BN yang bersuara untuk mengatasinya kerana sudak 10 tahun negara berhadapan masalah ini." ujar beliau

Katanya, tidak sukar untuk mengenal pasti isu tersebut kerana transaksi pengaliran wang haram tersebut boleh dilakukan oleh pihak Bank Negara dan Kementerian Kewangan.

"Saya bimbang ada komplot yang besar yang beroperasi di negara ini dan saya menyeru supaya kerajaan segera bertindak menghalang kegiatan ini." tegas beliau

Dalam pada itu beliau berkata sekiranya Pakatan Rakyat di pilih menerajui negara dalam pilihanraya akan datang, usaha untuk memburu dan mengatasi masalah ini akan diberi perhatian utama.

"Kita tidak mahu wang negara dan aset negara dikhianati oleh mereka yang tidak bertanggungjawab." katanya

Hasan Ali 'pertikai' lantikan Exco baru, dakwa terlalu awal

Posted: 18 Jan 2012 02:46 AM PST

SHAH ALAM - Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah menerima surat daripada Datuk Dr Hasan Ali yang menyifatkan pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai exco baru terlalu awal kerana beliau masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Majlis Syura Pas.

"Saya ada menerima surat bertarikh 10 dan 11 Jan daripada Datuk Dr Hasan Ali...beliau (Hasan) berkata bahawa pelantikan ini terlalu awal kerana
beliau (Hasan) masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Majlis Syura Pas.

"Saya telah menjawab surat Hasan dengan menyatakan bahawa keputusan saya menggugurkan beliau (Hasan) adalah lanjutan daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat yang melucutkannya sebagai anggota Pas pada 8 Januari lepas dan isu rayuan tidak dinyatakan dalam surat berkenaan," kata Khalid kepada pemberita selepas upacara angkat sumpah oleh Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai anggota exco Selangor yang baru di Istana Bukit Kayangan di sini.

Hasan dipecat daripada Pas kerana didakwa bertindak bertentangan dengan kepentingan parti dan telah diberikan sehingga 7 Feb untuk merayu
penyingkirannya.

Sebelum digugurkan, Hasan memegang jawatan sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Abdul Khalid berkata Hasan mempertikaikan tarikh pemecatannya sebagai anggota Exco kerajaan Selangor kerana mendakwa ia bercanggah dengan kuatkuasa keanggotaannya sebagai anggota Pas yang sepatutnya tamat pada hari akhir tempoh rayuan.

Dengan pemecatan Hassan, Ahmad Yunus akan bertanggungjawab terhadap portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan manakala portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastuktur dan Kemudahan Awam, kini dipengang oleh Abdul Khalid.

"Pertimbangan kita ke atas pelantikan ini adalah atas dasar kerja...proses rayuan adalah amalan yang dipraktikkan oleh Pas sebagai sebuah parti politik dan saya percaya ia tidak bermaksud memberi sebarang prasangka kepada kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri.

"Saya berharap Dr Hasan dapat menerima keputusan ini dengan berlapang dada dan saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih di atas peranan beliau ketika berkhidmat sebagai ahli MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri)," kata Abdul Khalid.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kedudukan Hasan yang masih memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Abdul Khalid berkata itu terpulang kepada budi bicara Sultan untuk menentukannya. - Bernama

Terkini! Rombakan Jawatan Exco Selangor

Posted: 17 Jan 2012 07:21 PM PST

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/396724_10150532588368901_38012338900_8792785_1047207362_n.jpg

Sidang akhbar bersama ahli Exco yang baru, YB Dr. Yunus Ahmad Hairi. YB Dr. Rani Osman, Pesuruhjaya PAS Selangor turut hadir bersama.

YB Dr. Yunus akan memegang portfolio Adat Resam Melayu serta portfolio Belia dan Sukan. Portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Asas akan dipegang oleh Menteri Besar. YB Dr. Rani memegang jawatan Pengerusi Skimsel dan YB Dr. Shafie Abu Bakar memegang jawatan Pengerusi PADAT

Gambar ADUN Sijangkang YB Dr. Yunus Ahmad Hairi mengangkat sumpah sebagai Ahli Exco yang baharu di hadapan DYMM Sultan Selangor di Istana Kayangan

Posted: 17 Jan 2012 06:56 PM PST

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/400911_10150532516903901_38012338900_8792568_753099611_n.jpg
http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/405509_10150536435784883_87363369882_8555477_158090956_n.jpg
http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/405818_10150532495468901_38012338900_8792540_1044002532_n.jpg
ADUN Sijangkang YB Dr. Yunus Ahmad Hairi mengangkat sumpah sebagai Ahli Exco yang baharu di hadapan DYMM Sultan Selangor di Istana Kayangan pagi ini.

Semoga YB Exco tegas dalam isu umat Islam di Selangor
ingatan ikhlas dari kami team Kerabu Bersuara
Allahukhbar!

Tiada ulasan: