Biaqpila |
- Terkini!!! Pengawal peribadi Presiden PKR disuntik racun
- ANWAR PM MALAYSIA - TV3SUKU
- DEPA HINA ISLAM LAGI!!! : Nombor ekor pada ayat Quran
- SU Politik MB Kedah dedah punca UMNO melatah pasal Surau Salihiah.
- DATUK GILA SEKS CABUL DAN SIMPAN GAMBAR KEMALUAN CUCU
Terkini!!! Pengawal peribadi Presiden PKR disuntik racun Posted: 07 Jan 2012 09:56 AM PST Terkini : Kecemasan di Hospital Seberang Jaya. Khabarnya Pengawal Keselamatan Dr Wan Azizah, Fayyad Di Racun Malam Ini.. Berita Yang Baru Kami Terima, Keadaan Fayyad Stabil & Telah Sedar Diri.-Kami Boikot Buletin Utama TV3 Terkini, pengawal pengiring presiden parti keadilan rakyat dikatakan sedang tenat di salah sebuah hospital di seberang jaya. Pengawal pengiring itu dikatakan telah disuntik dengan racun oleh seseorang yang tidak dikenali, suntikan itu juga dikatakan sebenarnya ditujukan kepada presiden parti PKR. Berita lanjut akan diberikan sebaik info lanjut diberikan... Ribuan terima kasih kepada pengirim. tukanglawan KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 07 Jan 2012 08:12 AM PST |
DEPA HINA ISLAM LAGI!!! : Nombor ekor pada ayat Quran Posted: 07 Jan 2012 04:00 AM PST BALIK PULAU – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Barat Daya menggesa pihak berwajib untuk menyiasat cetakan keputusan nombor ramalan di sebalik kertas yang mengandungi ayat suci al–Quran. Yang Dipertuanya, Mohd Faiz Mohamed Rafeek berkata, tindakan tidak bertanggungjawab syarikat nombor ramalan di pekan Kongsi itu dikesan oleh rakannya pada 1 Januari lalu kira–kira jam 8 malam. "Saya memintanya untuk mendapatkan kertas tersebut dan alangkah terkejutnya apabila keputusan nombor ramalan itu sememangnya mengandungi ayat al–Quran. "Tindakan syarikat itu secara tidak langsung menyentuh sensitiviti umat Islam," katanya. Beliau berkata, tidak sepatutnya kertas yang bercetak ayat al–Quran digunakan sebagai catatan keputusan nombor ramalan, walaupun kertas tersebut dikitar semula dan laporan sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya kelmarin. "Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Mainpp) perlu memainkan peranan untuk membongkar isu yang berlaku di Balik Pulau," katanya. Mohd Faiz berkata, beliau turut mendapat sokongan rakan–rakan laman sosial yang bersetuju akan tindakan yang diambil. "Bukan itu sahaja, saya turut mengajak mereka yang berminat untuk menyerahkan memorandum kepada Mainpp pada minggu hadapan bagi menyatakan kekesalan umat Islam akan kejadian itu. "Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim juga perlu tampil dan membantu memberi penjelasan agar isu tersebut dapat diselesaikan dengan lebih efektif," katanya. SH KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
SU Politik MB Kedah dedah punca UMNO melatah pasal Surau Salihiah. Posted: 06 Jan 2012 11:00 PM PST Mazhab Politik 'Pem-bangunan' - Bukan Pasal lain! Oleh Sanusi Bukan! Bukan! Bukan....bukan pasal surau, bukan pasal tanah wakaf, bukan pasal solat jemaah, pasal imarah, pasal Islam, pasal gereja, pasal apa pun bukan! Ia adalah pasal mazhab ciptaan ciptaan UMNO yang tertanam di benak mereka - hanya UMNO/BN sahaja boleh memerintah kerana hanya UMNO mampu membawa pem-bangunan! Politik pem-bangunan adalah fahaman bahawa kejayaan sebuah kerajaan pemerintah ialah membangunkan bangunan besar- besar, tinggi-tinggi, panjang-panjang...hingga tiada bangunan di dunia ini boleh menandinginya. Kemajuan negara diukur dengan jumlah dan saiz bangunan. Kalau ada bangunan itu semua, berjayalah kerajaan, majulah negara, majulah rakyat, membangunlah masyarakat. Ini mazhab UMNO sejak Merdeka lagi. Tak percaya tunggu musim kempen pilihanraya PRU13 nanti, apa PM dan menteri-menteri nak syarahkan di TV dan akhbar. Plaza Tengku Yaakob selama 33 tahun adalah lambang kegagalan politik pem-bangunan UMNO di Kedah. Ia semak, menyakitkan mata, sarang penagih dan bagai habuk dalam kelopak mata penganut mazhab ini. Selama beberapa dekad, bertukar menteri besar dan exco, ia gagal diselesaikan. Kejayaan Kerajaan Negeri sekarang melalui PKNK menyelesaikan lambang kegagalan 33 tahun UMNO/BN dalam kes Plaza Tengku Yaaob adalah pukulan maut kepada mereka. Parti yang tidak bercakap pasal menara tertinggi di dunia, bangunan pencakar langit, jambatan terpanjang tiba-tiba dalam tempoh 3 tahun mampu menyelesaikan masalah bangunan yang cacat di tengah bandar Alor Setar. Hati mana yang tidak sakit, muka mana yang tak malu, telinga mana yang tak merah, lidah mana yang tak kelu! Gara-gara malu dan jatuh saham mazhab politik pem-bangunan itu, satu-satunya modal yang ada untuk gagalkan Aman Central ialah Madrasah Solihiah dan tanah wakaf. Maka di pasanglah kaki dan perkakas yang sedia menurut perintah untuk GAGALKAN Aman Central. Cari apa saja alasan, gerakkan apa saja sentimen, pertikai apa saja keputusan dan fatwa, pusing apa saja fakta...asalkan Aman Central yang akan menjadi mercu tanda baru bandar Alor Setar dapat digagalkan. Bukti kewujudan perkakas ini ialah kelibat Sobri Sudin yang tetiba bertungkus lumus dalam isu surau dan wakaf...nampak macam bagai rusa masuk kampung. Sewaktu demontrasi depan majlis pelancaran pecah tanah Aman Central, dia terjumpa saya dan dia cakap lain daripada apa yang dia buat sekarang... Tidak membina Aman Central tidak menjejaskan PAS Kedah...tidak mencafatkan Ustaz Azizan sebagai MB. Lagipun kata mereka PAS bukan pandai pun buat pem-bangunan..., PAS parti yang tolak kemajuan dunia, PAS tak pandai cipta kemajuan... PAS parti tok lebai...tak reti memerintah. Dalam tak pandai itu, PAS ada kompleks sendiri, setiap kawasan ada markaz sendiri... Berjaya meneyelesaikan kes Plaza Tengku Yaakob adalah satu alamatul-kubra bahawa mazhab yang dianut oleh BN/UMNO sejak Merdeka sedang menuju ke kubur. Mari selamatkan madrasah adalah ayat lain untuk satu seruan Ayuh! Gagalkan Aman Central! Ke guane? siasahkini KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
DATUK GILA SEKS CABUL DAN SIMPAN GAMBAR KEMALUAN CUCU Posted: 06 Jan 2012 06:21 PM PST KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang ibu selepas mendapat tahu anak perempuannya yang berusia sembilan tahun dicabul bapa mentuanya sejak beberapa hari lalu. Sumber polis berkata, kejadian itu terbongkar selepas ibu mangsa yang bekerja sebagai eksekutif jualan membawa anaknya untuk membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik swasta selepas kanak-kanak itu mengadu sakit perut, kelmarin. Bagaimanapun, ketika menunggu untuk menerima rawatan, mangsa mula menangis. "Ketika cuba ditenteramkan, kanak-kanak itu mengadu dicabul datuknya ketika berada di rumah lelaki itu dan terkejut dengan penjelasan itu, ibu mangsa memaksa anaknya itu menceritakan lebih lanjut mengenai tindakan tidak berperikemanusiaan warga emas itu," katanya. Sumber berkata, warga emas gila seks itu juga merakam gambar kemaluan cucu perempuannya itu dan disimpan di dalam telefon bimbit selain mengugut kanak-kanak itu untuk tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa. Sebagai tindakan susulan, wanita itu membawa anaknya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan lanjut dan sebelum membuat laporan di Balai Polis Pantai. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. HM duniacacamarba KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan