Sabtu, 7 Januari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Pembaca Berita TV3 Tersasul Sebut Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri

Posted: 07 Jan 2012 03:18 PM PST


Pembaca berita TV3 yang dimaksudkan ialah Nur Jamalina Mohd Jamali. Videonya boleh anda tonton di bawah ini. Berdasarkan paparan skrin yang saya salin dan tampal dari Jalan Pulang menunjukkan pembaca berita itu meminta maaf kerana tersalah menyebut nama PM.





P/s: Biasalah, kadang-kadang mulut tersasul. Moga-moga, selepas PRU13, perkara yang tersasul malam tadi, menjadi kenyataan.


[PANAS] YB Khalid Samad Mohon Allah MUSNAHKAN Golongan Khianat , Anda Tahu Siapa Orang Itu!!!

Posted: 07 Jan 2012 08:35 AM PST


Sebentar tadi, saya sempat menjengah blog YB Khalid Samad. Dalam entrinya bertajuk "Doa Agar Dimusnahkan Golongan yang Khianat", beliau menulis:

Sambil menunaikan umrah pada kali ini, sempat juga saya meluahkan perasaan kepada Allah yang maha mengetahui dan menyelitkan doa supaya dimusnahkan golongan pengkhianat. Sememangnya tiada yang lebih hina dari seorang pengkhianat. Semoga Allah musnahkan mereka di dunia dan memberikan mereka balasan yang setimpal di akhirat.
Pengkhianat adalah seseorang yang telah bersama kita, mendapat kepercayaan dan bantuan dari kita, tetapi atas sebab kepentingan diri, sanggup menghalakan pisau ke dada kita. Ada yang akan mendakwa bahawa ianya dilakukan di atas alasan kononnya untuk menyelamatkan kita, namun bagaimana mungkin kita diselamatkan melalui tikaman yang menuju tepat ke dada?

Setiap patah perkataannya menolong pihak musuh sambil menimbulkan persengketaan di kalangan kita. Kata-kata yang mengiyakan dakyah dan tuduhan musuh diulanginya atas alasan ingin menyelamatkan kita
. Selamatkan kita dari pendirian kita sendiri, supaya kita menerima wawasan dan pendirian musuh? Itu bukan usaha menyelamat namanya, tetapi pengkhianatan!

Seorang pengkhianat yang mengerti betapa hinanya tindakan khianat akan hanya sanggup menikam kawan dari belakang. Dirinya merasa malu atas tindakan khianatnya. Sebaliknya, seorang pengkhianat yang tidak faham betapa hinanya tindakan khianat terus menikam dari depan. Dia tidak mengerti makna setiakawan dan baginya tindakannya sesuatu yang mulia dan dibanggakan. Bagi dirinya tiada yang lebih mulia dari dirinya sendiri atau perjuangan yang lebih aula dari mementingkan diri. Maka pengkhianatan adalah perkara biasa yang tidak perlu merasa malu atau hina kerananya.

Hakikatnya, tiada sesiapa yang mampu mengasihi seorang pengkhianat. Termasuklah mereka yang menjadi sebab pengkhiantan itu dilakukan.
Akhirnya sang pengkhianat akan tetap dibuang bagaikan sampah yang busuk dan berulat oleh mereka yang dibantunya. Pengkhianatannya tidak akan mendatangkan manfaat dan beliau menjadi hina di dunia dan di akhirat

Semoga Allah memusnahkan golongan pengkhianat. Samada dia insaf dan kembali kepada pangkuan jemaah atau dimusnahkan oleh Allah atas sebab pengkhianatanya.


Saya tidak mahu menyebut nama, namun saya juga sependapat dengan YB Khalid agar golongan yang berpura-pura berjuang kerana Islam, namun sebaliknya bersekongkol dengan golongan yang menghina agama, mengkhianati amanah rakyat dan sebagainya "dimusnahkan" oleh Allah. 


P/s: Anda tahu siapa orang itu!


PARAMEDIK Rogol PESAKIT di dalam Ambulans

Posted: 07 Jan 2012 06:51 AM PST


Kejadian yang "menakutkan" pesakit wanita ini berlaku di AS. Saya siarkan kerana tidak mustahil perkara yang sama boleh berlaku di Malaysia.

Menurut berita Agensi, polis di Hamden, Connecticut, Amerika Syarikat menahan seorang paramedik yang didakwa merogol seorang wanita yang terbaring tidak sedarkan diri serta diikat pada pengusung di dalam sebuah ambulans.

Mangsa yang berusia 22 tahun telah terjatuh dan mengalami gegaran ketika menghadiri sebuah parti percutian. Wanita itu mendakwa dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana diikat pada pengusung. Dia didakwa diserang secara seksual ketika dalam perjalanan ke Hospital Yale-New Haven 

Kata wanita itu, dia berusaha mencari orang yang menyerangnya semasa di dalam ambulans pada Disember 25 lalu, lapor polis Hamden.

Mark Powell, 49, North Haven, menyerah diri pada hari Khamis bagi menghadapi tuduhan serangan seksual darjah pertama dan satu tuduhan lain. Dia telah dibebaskan dengan bon jaminan bernilai AS$25 000 (RM78 625).

Ketua Polis Hamden Thomas Wydra berkata bahawa dakwaan tersebut mewakili "tingkah laku yang keterlaluan dan menakutkan" oleh pegawai perubatan kecemasan.

"Masyarakat meletakkan tahap kepercayaan dan keyakinan yang tinggi kepada kakitangan yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat awam, dan situasi yang berlaku dalam kes ini jelas menunjukkan pelanggaran terhadap kepercayaan itu."

"Mangsa dalam kejadian ini telah menunjukkan kekuatan dan keberanian yang tinggi untuk membawa aduan ini ke hadapan," katanya. -DCM


 P/s: Gila-berahi! Saya rasa pakaian pesakit ini mungkin terlalu seksi atau pesakit itu benar-benar menghairahkan si tertuduh!


[Video] Kebetulan@Tiba-tiba PEKIDA Ada Program di Kawasan Berhampiran Perhimpunan 901?

Posted: 07 Jan 2012 06:08 AM PST


Berdasarkan maklumat video, Ahli Majlis Tertinggi PEKIDA, Shahril Abdul Aziz ketika ditemui media selepas keluar IPK menjelaskan bahawa pertubuhan itu dipanggil polis berkenaan Program Qiamullail yang dikatakan akan diadakan pada 8hb Jan hingga 9hb Jan di Masjid Wilayah.

Yang menimbulkan tanda tanya apabila pertubuhan yang rapat dengan UMCO itu mengadakan program tersebut di kawasan berhampiran dengan Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, lokasi Perhimpunan Aman 901.

Dakwa Shahril,  program berkenaan telah lama dirancang dalam jadual aktiviti mereka dan tiada kena-mengena dengan Perhimpunan Aman 901. Siapa percaya? Sila angkat tangan!

Mesej PEKIDA kepada peserta 901: "Kami ramai, kita ramai...jangan ganggu" Siapa gerun? Sila angkat tangan?


P/s: Nasihat DCM kepada peserta 901, jangan termakan provokasi  pihak tertentu!
 

Saya sudah Jangka, Tapak Parkir Kereta Mahkamah Hanya Boleh Muat 5 Ribu Orang

Posted: 07 Jan 2012 05:10 AM PST


Apabila polis mengenakan syarat, walaupun didakwa tidak dibincangkan semasa bertemu dengan wakil PKR, banyak orang berasa pelik dengan respons positif pihak polis terhadap penganjuran Perhimpunan Aman 901. Hal ini bertentangan dengan respons mereka terhadap Bersih 2.0. Rupa-rupanya ada udang di balik batu.

Saya bangkitkan isu keluasan tapak parkir kereta Mahkamah Jalan Duta sejurus pihak polis mengenakan syarat-syarat tersebut. Rupa-rupanya, tapak parkir itu hanya mampu memuatkan 5 000 ribu orang. Anggaran ini didedahkan sendiri oleh KPN dalam satu kenyataan yang dipetik oleh Bernama. Harus kita ingat, anggaran pihak polis itu mungkin salah dan jangan terkejut jika tapak parkir itu mungkin dapat memuatkan kurang daripada 5 000 orang.

Berdasarkan syarat, orang ramai yang tidak dapat memasuki kawasan parkir, diminta bersurai dan beredar dari kawasan itu. Menurut KPN, tiada sesiapa akan dibenarkan berhimpun di mana-mana tempat lain untuk tujuan serupa, kecuali di kawasan parkir yang dimohon penganjur dan diluluskan Polis Sentul.

Selain syarat itu, peserta perhimpunan juga dilarang membawa sepanduk atau kain rentang "Bebas Anwar" atau kain rentang berkaitan dengan Kempen 901. Malah peserta dilarang berbuat bising dan membuat sebarang bentuk pengucapan awam.

Oleh itu, tidak hairanlah pembangkang seperti yang diberitakan di Mstar menolak sepuluh syarat yang ditetapkan polis. Azmin Ali berkata, pembangkang hanya akan menerima pakai persetujuan yang dicapai dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dalam mesyuarat yang diadakan pada Jumaat termasuk untuk berhimpun di kawasan letak kereta awam di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

"Persetujuan itu tidak menyentuh beberapa sekatan yang diumumkan kemudiannya oleh pihak polis," katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perkembangan terbaru apabila polis mengenakan sepuluh syarat kepada penganjur demonstrasi 901 setelah menimbang faktor keselamatan dan ketenteraman awam. -DCM

P/s: UMCO sesekali tidak akan membenarkan perhimpunan rakyat secara besar-besaran kerana itu akan memberikan persepsi negatif kepada BN untuk menghadapi PRU13. Sokongan rakyat berbilang bangsa dalam hal ini akan menjadi isyarat penting kepada masyarakat Malaysia bahawa BN akan berkubur dalam PRU 13. Zaman Reformasi 1998 cukup memberikan kesan dan pengajaran kepada BN.

Soal keselamatan negara? Jangan kelentonglah kerana rakyat Malaysia sudah matang, lagipun orang berkumpul untuk menyatakan sokongan kepada DSAI bukan untuk berperang!



3 Orang Termasuk Wartawan Suara Keadilan Ditahan Atas Dakwaan Melukis Grafiti "TTR901"

Posted: 07 Jan 2012 04:38 AM PST


Saya petik:

[SH] SHAH ALAM - Tiga individu termasuk seorang wartawan Suara Keadilan ditahan kerana melukis grafiti di dinding sebuah bangunan di kawasan Lembah Pantai, dipercayai ada kaitan dengan kempen Bebaskan Anwar 901, Isnin ini.

Difahamkan, semburan cat atau lukisan grafiti itu tertera tulisan 'TTR901' dan turut dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi semalam mengesahkan penahanan ketiga-tiga individu lelaki berusia antara 26 hingga 29 tahun itu.

Beliau berkata, polis menahan mereka di sekitar kawasan Lembah Pantai kira-kira jam 6.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berhubung kes lukisan grafiti terbabit.

"Mereka ditahan reman selama empat hari sehingga 10 Januari ini untuk siasatan lanjut.

"Siasatan dibuat menjurus mengikut Seksyen 506 dan 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah serta kata-kata atau perlakuan yang bertujuan memberi malu terhadap seseorang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sementara itu, peguam, Yusmadi Yusoff berkata, ketiga-tiga individu terbabit kini berada dalam tahanan di lokap Balai Polis Lembah Pantai dan direman selama empat hari.

"Saya dimaklumkan mereka ditahan kerana melukis grafiti berkaitan Rosmah. Bagaimanapun saya percaya tindakan mereka itu tiada kaitan dengan mana-mana parti," katanya.


Berkaitan:
[MK] Polis menahan beberapa individu di Kuala Lumpur kerana didakwa melakukan vandalisme yang dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan 'Bebaskan Anwar 901'.

"Saya boleh mengesahkan tangkapan dibuat," kata Ketua Polis Daerah Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Khalid.

Bagaimanapun, Wan Abdul Bari tidak dapat mengesahkan jumlah individu yang ditahan atau lokasi tempat kejadian.

"Saya masih mengumpul maklumat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dipercayai individu berkenaan ditahan kerana menyembur cat 'TTR901'.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada grafiti itu ada kaitan dengan perhimpunan menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana keputusan perbicaraan kes liwat terhadapnya akan diumumkan pada 9 Januari ini.



[Video] Hishammudin Rais MENGHASUT Orang Ramai Hadiri 901

Posted: 07 Jan 2012 01:05 AM PST




P/s: Terbaik!

[Video] "Syaitan Ramadi" Penembak Hendap Paling Hebat dalam Sejarah AS (Paling Dikehendaki oleh Orang Islam di Timur Tengah)

Posted: 06 Jan 2012 11:00 PM PST



Bekas anggota Navy SEAL dinobatkan sebagai "sniper" atau penembak hendap paling banyak membunuh mangsa dalam sejarah Amerika dengan rekod 255 orang mangsa, 160 daripadanya diakui sendiri oleh Pentagon. Chris Kyle (37) memadamkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh Adelbert F Waldron, anggota tentera darat AS semasa Perang Vietnam. Rekod Waldron adalah 109 orang mangsa.

Dalam autobiografi yang berjudul American Sniper, Kyle mengisahkan pengalamannya membunuh musuh AS dari jarak jauh. Antara pengalaman tersebut termasuklah tembakan jarak jauh pertamanya. Korban pertamanya ialah seorang perempuan yang didakwanya mendekati sekelompok anggota tentera laut AS sambil membawa bom tangan, seperti dilaporkan oleh DM Online (3/1/2012).

Empat kali menjalankan misi di Iraq, Kyle mendapat julukan "Al-Syaitan Ramad" atau Syaitan Ramadi daripada kumpulan penentang yang sentiasa berwaspada daripada bidikan senjatanya. Beberapa laporan menyebut bahawa pihak penentang di Iraq menyediakan ganjaran sehingga 20 000 dolar AS kepada sesiapa yang dapat membunuh atau menangkap Kyle.

Sebelum menyertai angkatan laut AS, Kyle yang berasal dari Odessa, Texas, bekerja sebagai pemain rodeo profesional. Selain itu, dia sering berburu rusa dan burung pegar dengan senapang pemberian ayahnya. Kyle mengakui tidak menyedari kemampuan menembaknya sehinggalah dia menyertai AL dan unit operasi khusus SEAL.

Menurut media, tembakan Kyle yang dianggap legenda dilakukannya di Sadr City pada tahun 2008. Ketika itu, dia menembak mati seorang anggota penentang yang didakwa membawa alat peluncur roket berhampiran dengan sebuah konvoi tentera AS. Kyle menembak mangsa dari jarak tidak kurang dari 2 000 meter menggunakan senjatanya, selaras 338 Manual Magnum. Dengan prestasinya, Kyle menerima tiga Silver Stars dan lima Bronze Stars serta digelar sebagai "The Legend" oleh anggota SEAL.

"Pembunuh" ini mengaku agak ragu-ragu saat menembak mangsa pertamanya, namun menyatakan bahawa dia tidak pernah menyesal ketika membunuh mangsa.

"Sudah menjadi tugas saya untuk menembak musuh dan saya tidak menyesalinya. Yang saya sesali apabila saya tidak dapat melindungi anggota tentera AS dan teman-teman yang lain. Saya akan bertanggungjawab di hadapan Tuhan. Saya melakukan tugas itu dengan hati nurani," katanya dalam wawancara dengan majalah Texas Monthly. Kyle menamatkan perkhidmatan sebagai anggota tentera AS pada tahun 2009 setelah 10 tahun berkhidmat.

Berdasarkan rekod dunia, Chris Kyle bukanlah penembak hendap terhebat. Rekodnya masih jauh ketinggalan berbanding dengan rekod Simo Hayha, penembak hendap Finland yang membunuh 542 tentera Soviet ketika negara komunis itu menjajah Finland dalam Perang Dunia II. Bagi tembakan terjauh, rekod itu dipegang oleh Craig Harrison, anggota tentera Inggeris yang membunuh dua anggota Taliban dari jarak 2 700 meter.  - DCM

P/s: Harap-harap mangsa pembunuh ini mati syahid!


Lelaki Bunuh Diri Minta Dibakar Bersama dengan Gitar Kesayangan

Posted: 06 Jan 2012 09:15 PM PST


Saya petik:

[SH] KUANTAN - Seorang lelaki yang ditemui mati dipercayai membunuh diri dengan menyedut gas helium (gas belon) dalam sebuah resort di sini sempat meninggalkan nota kepada keluarga meminta supaya mayatnya dibakar bersama gitar kesayangan manakala abunya ditabur ke laut di Pantai Timur.

Nota dalam Bahasa Inggeris yang ditinggalkan mangsa yang berusia 28 tahun dari Kuala Lumpur itu turut menyebut dia sudah letih dengan masalah yang dilalui dan mahu berehat dengan aman di sini.

Dalam surat itu juga, dia sempat memuji keindahan pantai di sini dan memilih sebuah bilik resort menghadap pantai di Beserah untuk mencari ketenangan sebelum mengakhiri riwayat hidupnya.

Di dalam perenggan terakhir nota itu, mangsa memaklumkan dia meninggalkan satu pendrive di dalam sampul surat yang diletakkan di atas meja penginapan untuk ibu bapanya namun tidak diketahui isi kandungannya.

Dia yang dipercayai tertekan dengan masalah kehidupan turut meninggalkan sekeping nota ringkas yang tertera beberapa maklumat termasuk nombor telefon kedua-ibu bapanya, punca kematian dan kereta jenis Toyota Vios hitam yang diletakkan di tepi resort terbabit.

Dia dipercayai mendaftar masuk ke resort itu kira-kira jam 4 petang 4 Januari lalu sebelum ditemui mati dalam keadaan terlentang lengkap berpakaian di atas katil bilik penginapan bersama sebuah gitar berwarna merah yang berada di bahagian atas dadanya.

Mayat mangsa ditemui seorang pekerja resort kira-kira jam 5 petang kelmarin dalam keadaan muka di baluti plastik lut sinar dengan wayar getah yang disambung terus kepada tong gas helium di tepi katil.

Pekerja resort yang enggan namanya disiarkan berkata, dia datang ke bilik itu selepas mendapati mangsa tidak mendaftar keluar setelah tamat tempuh penginapannya kira-kira jam 12 tengah hari, kelmarin.
Menurutnya, dia mengetuk pintu bilik itu beberapa kali namun tiada sebarang tindak balas.

"Saya meninggalkan bilik tersebut kerana tidak mahu mengganggu penghuninya yang disangka tidak bercadang untuk daftar keluar dan ingin meneruskan penginapannya di resort ini," katanya.

Pekerja itu memberitahu, dia datang kembali kira-kira jam 4 petang bagaimanapun pintu bilik mangsa masih terkunci manakala penghuninya tidak menyahut walaupun namanya dipanggil berulang kali.

"Saya mula curiga lalu mengambil kunci pendua dan membuka pintu bilik tersebut sebelum ternampak mangsa terbaring di atas katil bersama gitar dalam keadaan kepala diserkup plastik.

"Menyedari mangsa sudah meninggal dunia, saya terus memberitahu majikan sebelum memaklumkan penemuan mayat itu kepada polis.," katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar berkata, beberapa anggota polis dari Balai Polis Beserah segera ke tempat kejadian selepas mendapat maklumat berhubung penemuan mayat tersebut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati mangsa sudah tidak bernyawa dan dipercayai mati dalam tempoh antara jam 3 hingga 6.30 pagi kelmarin.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana membunuh diri dan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Kamaruzzaman berkata, polis turut menemui kereta jenis Toyota Vios berwarna hitam milik mangsa yang diletakkan di resort berkenaan dan kenderaan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan sebelum diserahkan kepada warisnya.


Perhimpunan Aman 901: PAS Selangor Minta 75 Ribu Ahli Sertai 901

Posted: 06 Jan 2012 08:30 PM PST


Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 7 Jan — Berikutan kesediaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyertai perhimpunan 901 pada 9 Januari ini, PAS Selangor meminta semua ahli parti Islam di negeri itu untuk sama-sama hadir memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Tinggi, Jalan Duta di sini.

Menurut Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman, pesuruhjaya negeri Dr Abdul Rani Osman meminta semua ahli yang dianggarkan melebihi 75,000 orang untuk mengiringi Abdul Hadi, Presiden PAS ke perhimpunan aman itu di kawasan parkir kereta di luar Kompleks Mahkamah Tinggi.

"Berikutan kesediaan Presiden PAS untuk sama-sama hadir dalam himpunan 9 Januari ini, maka Pesuruhjaya PAS Selangor dengan ini meminta semua ahli-ahli PAS di Selangor yang berjumlah melebihi 75,000 orang untuk bersama-sama hadir dan mengiringi Presiden PAS ke perhimpunan aman 901, di Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.

Abdul Hadi telah mengesahkan diri untuk sama-sama menyertai perhimpunan menyokong Anwar menambah "untuk ahli PAS pula terserah kepada masing-masing."

Perkara itu disampaikan Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Harakahdaily.

Anwar, Ketua Umum PKR didakwa atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, satu tuduhan yang mana beliau telah menafikan sekeras-kerasnya dan menyifatkan ia satu konspirasi untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dijangka akan mengumumkan keputusan kes liwat itu pada Isnin ini.

Tambah Mohd Khairuddin, semua ahli PAS yang akan menyertai perhimpunan aman itu perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan kepimpinan parti.

"Sepanjang perhimpuan tersebut, semua ahli PAS diminta untuk mematuhi semua bentuk arahan yang dikeluarkan oleh kepimpinan parti," katanya.

Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Ini merupakan kali kedua dirinya berdepan tuduhan liwat.

Sekiranya disabitkan kesalahan, Anwar akan dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara, tetapi akan terlepas hukuman sebat kerana umurnya sudah melebihi 60 tahun.


P/s: Kecuali Hasan Ali

Ibu BUNUH Anak Umur Setahun Secara Langsung di Skype

Posted: 06 Jan 2012 08:05 PM PST


Saya petik:

[HM] LONDON: Seorang wanita Norway melemaskan anaknya berusia setahun dalam baldi dengan disaksikan oleh teman lelakinya di Britain menerusi Internet.

Yasmin Chaudhry membenamkan anaknya dengan kepala dulu pada jam 3 pagi dengan disaksikan oleh kekasihnya itu menerusi panggilan Skype.

Yasmin, 26, berkata, lelaki itu ingin tahu bagaimana dia mendisiplinkan anaknya kerana terjaga pada awal pagi dan 'tidak ikut arahannya.' Baik Yasmin mahupun lelaki Britain itu, yang bukan bapa kanak-kanak berkenaan dan masih belum didedahkan namanya, menafikan mempunyai niat untuk membunuh budak itu. 

Penyiasat dari Oslo, tiba di Britain untuk menyoal siasat lelaki itu dengan bantuan Scotland Yard, sejurus selepas Krismas lalu.

Jurucakap Polis, Kristin Rusdel berkata: "Kedua-duanya mempunyai cerita yang sama tetapi sedikit berbeza.

"Wanita itu berkata, lelaki berkenaan yang mengarahkannya berbuat demikian. Lelaki itu pula berkata, mereka mengambil tindakan itu selepas berbincang mengenai cara untuk mendisiplinkan kanak-kanak berkenaan.

"Lelaki itu berkata, tujuannya bukan untuk membunuh kanak-kanak itu. Mereka sama-sama takut dan mengambil keputusan untuk menyembunyikan kejadian itu.

"Dia adalah kekasih Internetnya. Mereka pernah bertemu sekali dan meneruskan hubungan menerusi Internet untuk kira-kira setahun." 

Kejadian itu berlaku pada Oktober 2010. Yasmin memberitahu anggota ambulans, anaknya jatuh ke dalam baldi secara tidak sengaja. Kanak-kanak berkenaan disahkan mati keesokannya.

Yasmin ditahan kerana disyaki membunuh dan anak lelakinya berusia lima tahun diserahkan kepada pihak berkuasa.

Semalam, penahanannya dilanjutkan hingga 4 Februari. Bapa kanak-kanak itu kini menetap di Pakistan selepas bercerai dengan Yasmin.

Peguamnya berkata di Islamabad: "Dia sudah tentu terkejut." - Agensi


P/s: GILA lahanat!

Datuk Gila-Berahi-Seks CABUL & Simpan Gambar KEMALUAN Cucu

Posted: 06 Jan 2012 05:15 PM PST


Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang ibu selepas mendapat tahu anak perempuannya yang berusia sembilan tahun dicabul bapa mentuanya sejak beberapa hari lalu.

Sumber polis berkata, kejadian itu terbongkar selepas ibu mangsa yang bekerja sebagai eksekutif jualan membawa anaknya untuk membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik swasta selepas kanak-kanak itu mengadu sakit perut, kelmarin.

Bagaimanapun, ketika menunggu untuk menerima rawatan, mangsa mula menangis.

"Ketika cuba ditenteramkan, kanak-kanak itu mengadu dicabul datuknya ketika berada di rumah lelaki itu dan terkejut dengan penjelasan itu, ibu mangsa memaksa anaknya itu menceritakan lebih lanjut mengenai tindakan tidak berperikemanusiaan warga emas itu," katanya.

Sumber berkata, warga emas gila seks itu juga merakam gambar kemaluan cucu perempuannya itu dan disimpan di dalam telefon bimbit selain mengugut kanak-kanak itu untuk tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa.

Sebagai tindakan susulan, wanita itu membawa anaknya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan lanjut dan sebelum membuat laporan di Balai Polis Pantai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.


P/s: GILA!



Penarik Kereta: “Kalau aku tak dapat kau, aku pastikan orang lain pun tak dapat." - Selepas itu Tikam Teman Wanita.

Posted: 06 Jan 2012 04:33 PM PST


Saya petik:

DITAHAN...suspek yang menikam teman wanitanya menggunakan pisau pemotong sayur (gambar kecil).
DITAHAN...suspek yang menikam teman wanitanya menggunakan pisau pemotong sayur (gambar kecil).

[HM] MELAKA: "Kalau aku tak dapat kau, aku pastikan orang lain pun tak dapat." Itu kata seorang lelaki sebelum menikam kekasihnya dengan sebilah pisau selepas mereka bertengkar berikutan mangsa tidak mahu lagi meneruskan percintaan mereka.

Kejadian berlaku berhampiran tempat letak kereta sebuah restoran berhadapan bangunan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Ayer Keroh di sini, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Akibat dua tikaman oleh teman lelakinya itu, mangsa, Norzila Alismadi, 22, yang bekerja sebagai juruwang restoran makanan segera, cedera parah di perut serta rusuk kiri dan kini menerima rawatan di Hospital Melaka (HM).

Suspek yang bekerja sebagai penarik kereta dikatakan nekad menikam Norzila menggunakan pisau pemotong sayur kerana cemburu selepas wanita itu berkawan dengan lelaki lain serta mahu memutuskan hubungan mereka yang dijalin sejak lapan bulan lalu.

"Sebelum itu dia (suspek) tanya betul saya tak nak dia lagi? Saya kata kalau hendak pun, dia kena bekerja dan saya minta dia cari perempuan lain. Dia kemudian berkata kalau dia tak dapat saya, dia akan pastikan orang lain pun tak dapat. 





 

Tiada ulasan: