Khamis, 5 Januari 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Polis benar penyokong Anwar berhimpun di tempat lain

Posted: 05 Jan 2012 03:23 PM PST

MALAYSIA KINI

Polis membenarkan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perhimpunan Isnin ini, tetapi ia hendaklah diadakan di lokasi lain dan bukan di hadapan Kompleks Mahkamah, di Jalan Duta demi menjaga ketenteraman awam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pihak penganjur perlu bertemu dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh bagi membincangkan lokasi
yang bersesuaian untuk mengadakan perhimpunan itu.

"Kami boleh benarkan perhimpunan itu dijalankan tetapi bukan di mahkamah. Mereka boleh berhimpun di tempat yang tidak mengganggu ketenteraman awam dan
kelancaran trafik.

"Walaupun undang-undang Akta Perhimpunan Aman 2011 belum digazetkan, kami sedia membenarkan penganjur meneruskan perhimpunan itu dengan syarat mereka membatalkan perhimpunan di hadapan mahkamah itu bagi menjaga kepentingan umum," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman hari ini.

Beliau berkata jika nasihat untuk membatalkan perhimpunan itu tidak diendahkan,pihaknya bersedia untuk mengawal keadaan serta mengambil tindakan bersesuaian supaya tidak terjadi kekacauan dan juga tekanan kepada mahkamah.

Jika keadaan demonstrasi di luar kawalan, Ismail berkata polis akan menggunakan elemen penyuraian seperti penggunakan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), 'water cannon' dan gas pemedih mata sekiranya perhimpunan itu mengancam keselamatan awam.

"Saya menyeru orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan di hadapan mahkamah itu kerana dikhuatiri kedatangan mereka itu hanya akan mengganggu ketenteraman awam dan keselamatan negara dan mendatangkan ancaman kepada orang lain," katanya.

Beliau turut mengingatkan orang awam agar matang dan menghormati keputusan mahkamah dan sebarang tindakan yang menentang atau melawan keputusan mahkamah merupakan satu kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Ismail berkata dalang-dalang perhimpunan itu kini dipantau dan polis sentiasa memantau keadaan terkini melalui laman siber dan media.

Beliau berkata pihak penganjur juga tidak sepatutnya menggunakan slogan 'Bebaskan Anwar' kerana ia seolah-olah membelakangkan mahkamah dan tidak menghormati sistem keadilan negara kerana keputusan belum dikeluarkan.

"Hormati keputusan mahkamah. Saluran rayuan sentiasa terbuka kepada mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan mahkamah dan bertindaklah dengan kematangan, bukan emosi seiring dengan amalan demokrasi dan budaya masyarakat Malaysia," katanya.

Sehingga hari ini, polis menerima 535 laporan daripada pelbagai pihak di seluruh negara kerana membantah perhimpunan itu yang dirancang diadakan Isnin ini. Bernama

Penyelewengan NFC: RM13 Ribu Untuk Main Golf

Posted: 05 Jan 2012 02:57 AM PST

Oleh Lizawati Madfa


SHAH ALAM : Laporan kewangan sepanjang 2009 mendapati sebanyak RM 12,980.24 telah digunakan oleh Pengerusi NFC, Datuk Seri Salleh Ismail serta anaknya Wan Shahinur Izran dan Izmir untuk membayar keahlian kelab termasuk bermain Golf di beberapa kelab Golf sekitar Lembah Klang.


Berdasarkan lapuran kewangan yang didedahkan oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli sepanjang tahun tersebut sebanyak RM84 juta ringgit dari RM250 juta wang yang diperuntukan kerajaan telah dibelanjakan.

Perbelanjaan terbesar telah dilakukan pada 5 Mei 2009 dimana sebanyak RM 3,116.84 dikeluarkan dari akaun bagi membayar yuran keahlian di Kelab Taman Perdana Diraja Kuala Lumpur.

Satu lagi pembayaran dibuat ke atas Bukit Kiara Resort Berhad pada 4 Ogos 2009 untuk membiayai yuran keahlian Izmir dan Izran, anak-anak kepada Datuk Salleh dan Datuk Shahrizat Jalil iaitu sebanyak RM 2,040.30.

Jika dilihat dalam dokumen yang didedahkan itu, selain kedua-dua kelab tersebut, kelab golf lain yang sering dikunjungi oleh ketiga beranak ini ialah Tropicana Golf and Country Club, Berjaya Golf Resort Berhad, Kuala Lumpur Golf and Country Club serta The Royal Selangor Golf Club.

Petang semalam Rafizi telah membuat laporan polis berhubung penyelewengan wang rakyat yang dilakukan NFC kepada bahagian siasatan jenayah komersial, Bukit Perdana.

Dalam laporan tersebut Rafizi turut menyerahkan dokumen transaksi NFC sepanjang 2009 kepada pihak polis untuk membolehkan siasatan serius dilakukan.

Menurut Rafizi, Dokumen dalam bentuk senarai perbelanjaan terperinci dari akaun bank utama yang dimiliki oleh NFC diperoleh secara sulit dari seorang yang tidak dikenali.

Transaksi Beli Dua Kondo di Bangsar Bertarikh 2/12/09

Posted: 05 Jan 2012 02:55 AM PST

Oleh TVSelangor


SHAH ALAM: Siri pendedahan penyelewengan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dengan pemberian pinjaan mudah berjumlah RM250 juta daripada kerajaan diteruskan dengan pengedaran bukti transaksi kewangan yang berlaku sepanjang tahun 2009.

Berdasarkan dokumen transaksi kewangan NFC, terdapat empat transaksi pembayaran yang berlaku tarikh 2 Disember 2009 dengan jumlah RM9,758,140.

Transaksi ini melibatkan pembayaran yang dilakukan oleh NMLC kepada Bandar Raya Development Berhad berhubung pembelian Kondominium One Menerung, Bangsar.

Kesemua urusan ini berlangsung dari akaun semasa NFC sendiri di Bandk CIMB Cawangan Tun Dr Ismail.

Semalam, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menyerahkan dokumen asas berhubung isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada pihak polis.

Beliu hadir dan memberi keterangan berhubung isu berkenaan kepada bahagian siasatan jenayah komersial, Bukit Perdana.

Projek NFC yang diusahakan suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan juga anak-anak mereka, meraih kontroversi apabila projek berkenaan ditimbulkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010.

NFC didakwa menyeleweng pinjaman mudah RM250 juta itu untuk perbelanjaan tidak berkaitan, termasuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar.

PKR Selangor Sasar 20,000 Ahli Sertai 901

Posted: 05 Jan 2012 02:54 AM PST

Oleh TVSelangor


SHAH ALAM: Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei hari ini memberi jaminan untuk mengarahkan 20,000 ahli PKR negeri untuk menyertai himpunan Aman bermula sehari lebih awal dari tarikh 9 Januari ini.

"PKR Selangor dengan ini menyeru semua anggota parti untuk berhimpun dengan cara seaman yang boleh di Mahkamah Jalan Duta bermula dari 8 Januari depan. Komintmen KEADILAN Selangor ini diterjemahkan dengan cara mengerahkan sekurang kurangnya, 20,000 anggota parti dari Selangor duduk secara aman sejak awal pagi lagi di kawasan Mahkamah Jalan Duta.

Katanya perhimpunan rakyat pada 9 Januari ini bukanlah di atas niat untuk mencetus huru-hara ataupun revolusi sebagaimana yang diputarbelitkan oleh beberapa pihak termasuk PERKASA.

"Sebagai rakyat yang faham pada Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang Undang sudah tentu keamanan merupakan satu aset penting yang wajib dipertahankan oleh semua pihak termasuklah Polis, anggota parti dan orang awam.

"Hak untuk berhimpun secara aman adalah dijamin oleh undang undang dan Perlembagaan Negara ini tidak harus disempitkan oleh gesaan PERKASA dan mereka yang tidak matang." jelas beliau yang juga Adun Sri Muda.

Ujar beliau,Perhimpunan 901 merupakan satu manifestasi sokongan rakyat kepada idealisma perjuangan yang dibawa oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.

"Satu perkara yang sering dilupakan oleh pemfitnah beliau adalah merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang mewakili puluhan Ahli Parlimen Dewan Rakyat yang dipilih rakyat.

Dalam pada itu beliau menyambut baik usaha Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri untuk berbincang berhubung perhimpunan 9 Januari ini.

"Besar harapan rakyat negara ini jika kedua dua mereka bijak untuk menggunakan secebis keadilan yang tersisa ini bagi mencuci arang yang sekian lama terpalit di muka agensi keselamatan.

"Kepada anggota parti, inilah saatnya untuk menunjukkan disiplain tinggi anggota Parti Keadilan Rakyat." tegas beliau lagi.

Hotel Bajet Jadi Tumpuan Maksiat Sambut Tahun Baru

Posted: 05 Jan 2012 02:51 AM PST

Oleh Afix Redzuan


SHAH ALAM: Hotel bajet dan beberapa pusat hiburan di sekitar Selangor menjadi tumpuan utama dalam Operasi Khas Anti Zina Sempena Sambutan Tahun Baru 2012.

Operasi yang diketuai oleh Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Ali bersama Bahagian penguatkuasa Jais dan Pihak Berkuasa tempatan serta polis.

Datuk Hassan dalam sidang medianya memaklumkan, operasi melibatkan semua 9 daerah di Selangor dengan Operasi Cegah Arak di pusat hiburan manakala hotel bajet untuk Operasi Khalwat dan Zina yang bermula selepas jam 12.00 pagi dan tamat sekitar jam 5.00 pagi.

"Dalam operasi yang dibuat, adalah jelas bahawa hotel-hotel bajet telah dijadikan tempat melakukan maksiat paling popular dikalangan mereka yang terlibat. Untuk semua daerah, kerjasama pemilik dan kakitagan hotel yang terlibat bolehlah dikatakan memuaskan walaupun pada peringkat awalnya terdapat percubaan untuk melindungi penginap-penginap hotel tersebut," katanya.

Seramai 18 orang ditahan yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 6 orang perempuan dalam operasi cegah arak yang dilakukan di dua pusat hiburan yang terletak di Damansara dan Petaling Jaya pada malam 30 Disember 2011.

"Melalui ujian yang dibuat, mereka yang boleh disabitkan kesalahan meminum arak akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah sementara 69 orang lagi yang memerlukan khidmat kaunseling, mereka akan diminta memberi keterangan dan menjalani sesi kaunseling pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian," katanya.

Mengulas lanjut katanya, operasi mencegah khalwat dan zina dibuat pada awal pagi tahun baru 2012, seramai 234 orang telah ditahan.

Mereka terdiri daripada 119 pasangan melibatkan 127 lelaki dan 107 Wanita.

Daerah Gombak mencatatkan jumlah yang ditahan paling tinggi dengan 74 orang (37 pasangan), Klang 28 orang (14 pasangan), Hulu Selangor 27 orang (13 Pasangan) dan Hulu Langat 20 orang (10 pasangan). Mereka yang ditahan berada dalam lingkungan umur 16 tahun hingga ke 50 tahun.

"Sebagai pihak bertanggungjawab, saya akan mengadakan mesyuarat khas membincangkan oeprasi yang telah dilakukan. Saya juga akan mengemukakan beberapa cadangan hasil daripada perbincangan yang bakal diadakan kepada pihak berkuasa supaya masalah jenayah Syariah ini dapat ditangani dengan lebih berkesan," katanya.

Mereka yang terlibat akan dipanggil untuk memberikan keterangan pada 12 dan 13 Januari sementara tarikh untuk mereka hadir ke sesi kaunseling akan dimaklumkan kemudian.

Kedua-dua operasi ini dilakukan sebagai langkah menguatkuasakan Seksyen 18 (Minuman Yang Memabukkan) dan Seksyen 29 (Khalwat) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

Shahrizat Terus Nafi Letak Jawatan

Posted: 05 Jan 2012 02:47 AM PST

Oleh Naeem Raffi


KUALA LUMPUR : Status Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terus menjadi isu hangat dikalangan rakyat pada masa ini.

Ketua Wanita Umno itu sebelum ini didesak oleh kawan dan lawan dalam politik agar melepaskan jawatan bagi memberi ruang selesa kepada Umno-Barisan Nasional menghadapi pilihanraya.

Hari ini Shahrizat sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malah, pemimpin sayap wanita Umno itu menyerahkan segala keputusan berhubung status jawatannya didalam kabinet kepada Perdana Menteri.

"Semuanya terpulang kepada Perdana Menteri untuk menentukannya kerana jawatan Kabinet adalah kuasa di atas bahu Perdana Menteri Malaysia.

"Itu tidak benar. Saya tidak pernah beri surat peletakan jawatan. Banyak khabar angin kerana sebenarnya itu yang pembangkang hendak tengok berlaku,"tambahnya.

Shahrizat berkata demikian kepada pemberita selepas Program Pemantapan Jentera Pilihan Raya Wanita Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, di Kuala Lumpur, semalam.

Sehingga kini Najib masih belum memberi maklumbalas berkenaan status Shahrizat yang bertaraf senator itu. Hanya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengesahkan belum menerima surat perletakkan jawatan beliau.

Shahrizat sebelum ini dikaitkan penyelewengan dana awam membabitkan wang rakyat yang diamanahkan oleh kerajaan Pusat kepada Pusat Fidlot kebangsaan (NFC).

PKR sebelum ini mendedahkan, sejumlah RM250 juta dana awam diberikan kepada syarikat berkenaan yang dikaitkan dengan suami Menteri Pembangunan, Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun wang itu didakwa telah disalahguna sehingga projek tersebut dikatakan dalam 'kucar-kacir' seperti dirumuskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

PKR kemudiannya mendedahkan wang tersebut digunakan oleh NFC bagi membeli dua buah unit kondominium mewah di Bangsar bernilai RM13.8 juta.

Selain itu, PKR turut mendakwa sejumlah RM5 juta pula dibelanja untuk membeli kereta Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga menteri itu.

Selain PKR, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga berpendapat siasatan awal mendapati beberapa kelemahan yang berlaku pada awal perancangan dan juga perlaksanaan.

Kronologi pendedahan ini mendapat liputan hangat media dan reaksi daripada ramai pemimpin termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Mahadhir Mohamad mengesa Shahrizat melepaskan jawatannya sebagai tanda bertanggungjawab.


MB : Tanpa Bukti Dakwaan RPK Hanya Fitnah

Posted: 05 Jan 2012 02:45 AM PST

Oleh Afeeqa Afeera


SHAH ALAM : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyangkal dakwaan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin (RPK) berkenaan rasuah yang melibatkan usahawan Cina di Selangor sambil menyifatkannya sebagai fitnah yang tiada bukti.

Abdul Khalid berkata RPK seharusnya memberikan maklumat berhubung dakwaannya memandangkan Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM15 juta untuk membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di Selangor.

"Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM15 juta untuk memerangi rasuah dan memastikan mereka yang terlibat dengan rasuah ditangkap dan diberkas.

Tujuannya adalah untuk menentukan hasrat kita tercapai dalam usaha mengurangkan gejala rasuah selain mengurangkan fitnah yang mengatakan Selangor mengamalkan rasuah tetapi tidak mempunyai bukti yang jelas," jelasnya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan RPK sebelum ini bahawa kerajaan Pakatan Rakyat gagal membawa perubahan di Selangor.

Pada Ahad lalu, RPK berkata maklum balas daripada ahli perniagaan mendakwa tahap rasuah di Selangor masih sama selain masih ada yang membayar duit 'bawah meja'.

RPK turut menyifatkan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal melaksanakan tugas dengan berkesan.




Lagi Kesalahan BN : 20 Tahun Membanting Tulang Orang Lain Raih Untung

Posted: 05 Jan 2012 02:43 AM PST

Oleh Sheridan Mahavera


KLANG : Usaha gigih sekumpulan penduduk kampung di sini tidak ke mana apabila tanah yang mereka teroka dan bercucuk tanam selama 20 tahun akhirnya dipercayai diseleweng dan diberi kepada orang lain semasa pentadbiran Barisan Nasional(BN) Selangor yang lalu.

Tanah seluas 157 ekar berhampiran Batu Tujuh, Jalan Kebun itu diusahakan 63 orang penduduk Kampung Jalan Kebun sejak tahun 1984.

Akan tetapi geran milik tanah tersebut diberikan kepada individu-individu yang tidak kenali pada tahun 2002. Ini berlaku walaupun penduduk kampung telah memohon hak milik tanah itu 18 tahun dulu.

Wakil kumpulan peneroka itu, Abdul Aziz Rashid mendakwa lesen hak milik sementara (TOL) telah diberikan kepada individu yang bukan penduduk kampung malahan bukan orang yang mengusahakan tanah itu.

Tindakan tersebut menunjukkan bagaimana pemimpin BN dengan sewenang-wenangnya mengurniakan tanah percuma kepada kroni-kroni mereka, dakwanya.

Ketika ditemui seorang dari peneroka tanah itu, Haripin Tauhid, 49, menceritakan latarbelakang kawasan tersebut.

"Tanah ini dulu hutan terbakar dan belukar. Kita pun tidak ada akitiviti dan kawasan ini tak maju, jalan ini pun jalan mati. Sambil mengisi masa lapang, kita bercucuk tanam dan kalau boleh, masa itu kita nak mohon supaya tanah ini diberikan hak milik pada kita," ceritanya.

Sementara itu, seorang lagi peneroka, Manaf Pamar memberitahu mereka meneroka tanah ini di awal tahun 1980an sehingga tahun 2000.

"Asal usul tanah ini memang hutan terbakar jadi ramai-ramai penduduk mengerjakannya. Seorang satu ekar. Tetapi akhirnya musnah, tak apa benda yang kita dapat," kata Manaf yang berharap dapat memperjuangkan kawasan yang diteroka dahulu.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, pada tahun 1984, bekas Adun mereka Datuk T M Thurai berjanji kepada peneroka untuk memohon dan mendapatkan milik tanah itu.

Apabila usaha itu menemui jalan buntu, penduduk kemudianya berjumpa dengan bekas Ahli Parlimen Shah Alam, Datuk Salamon Selamat pada 1995 untuk meminta pertolongan tetapi tiada kata putus.

Akhirnya, peneroka mengambil keputusan berjumpa dengan bekas Menteri Besar Dr Mohamad Khir Toyo pada tahun 2000.

"Saya pergi ke rumah Khir Toyo dan tunggu hampir tiga jam dan akhirnya saya dapat berjumpa dengan Khir Toyo di rumah beliau dan saya memberi surat yang sama.

"Dia berjanji dan beritahu pada saya dan rakan-rakan lain, Aziz sekiranya tanah ini tidak dimiliki mungkin akan diluluskan kepada peneroka. Tetapi kalau ada pihak pihak lain mendakwa dia mempunyai milik dia tidak akan meluluskan kepada individu.

"Kalau ada permohonan dia akan ambil tanah tersebut untuk dimajukan untuk buat perumahan.

"Bermakna seorang akan mendapat rumah pada harga yang berpatutan," Abdul Aziz berkata.

Tetapi, permohonan mereka senyap dengan begitu sahaja hingga dua tahun kemudian apabila Abdul Aziz didatangi seorang individu yang bukan daripada kampung itu dan bukan seorang peneroka.

"Saya terkejut. Macam mana orang yang tidak meneroka tanah yang tidak tahu lokasi tanah boleh dapat geran tanah dengan pelan.

"Di sini saya nampak ada satu penyelewengan dan pemberian hak milik tanah. Itu saya nak kata. Di mana kejujuran kepimpinan dahulu, kepimpinan barisan nasional khususnya yang sepatutnya membela nasib rakyat," Abdul Aziz berkata.

Menurut Abdul Aziz, pada masa sekarang sebahagian daripada tanah tersebut telah di wartakan sebagai tanah pertanian revolusi hijau bagi kawasan Johan Setia.

Difahamkan pemegang TOL yang bukan dari kumpulan peneroka tersebut telah menjual lesen mereka kepada pihak lain.

Abdul Aziz berharap pentadbiran Pakatan Rakyat dapat mengambil perhatian terhadap masalah mereka. Beliau berkata kumpulan peneroka itu sedang meneliti kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Pakatan Rakyat Selangor Akan Turun Beramai-ramai pada Jan 9

Posted: 05 Jan 2012 02:40 AM PST

Oleh Lizawati Madfa


SHAH ALAM : Pakatan Rakyat Selangor hari ini berikrar akan menggerakkan sebanyak mungkin anggota parti bagi perhimpunan Bebaskan Anwar 901 yang diadakan di hadapan kompleks mahkamah Jalan Duta minggu hadapan.

Perkara ini dinyatakan oleh ketiga-tiga ketua penerangan parti komponen Pakatan Rakyat, iaitu Shuhaimi Shafie (PKR), Jenice Lee (DAP) dan Saari Sungib (Pas) di dalam satu sidang media di sini hari ini.

"iIni adalah menjadi tanggungjawab PR dan pencinta keadilan untuk bersama-sama hadir bagi mendengar keputusan yang pastinya akan mengubah lanskap politik negara ini," ujar Shuhaimi.

Saari Sungib turut memberitahu bahawa PAS akan menggerakkan semaksimum mungkin ahli-ahli PAS untuk sama-sama berhimpun pada 9 Januari ini menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Bagi kami perkara ini merupakan hak asasi rakyat untuk berhimpun secara aman yang dibenarkan oleh perlembagaan negara dan ini merupakan perkara biasa bagi mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi.

"Perkara ini juga merupakan kesinambungan kepada usaha-usaha yang telah dilakukan oleh rakyat negara ini yang telah dilakukan pada tahun 1998 lagi pada peringkat pertama reformasi," ulas Saari.

Mahkamah akan menentukan samada Anwar bersalah atau dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 9 Januari.

Jenice pula berpendapat keadaan akan menjadi terkawal seandainya polis menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keselamatan.

Mengikut pengalaman sebelum ini seperti Bersih 2.0 pada 9 Julai, jelas kekecohan tidak dicetuskan oleh orang awam sebaliknya dilakukan oleh pihak tertentu, Jenice berkata.

Maklumat diperoleh dari akaun NFC sendiri- Rafizi

Posted: 05 Jan 2012 02:38 AM PST

Oleh: Nabihah Hamid



PETALING JAYA : Ekoran pendedahan mengenai penyelewengan dana RM250 juta oleh National Feedlot Corporation (NFC), Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dipanggil untuk memberikan keterangan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Kuala Lumpur.

Menurut Rafizi, beliau akan menyerahkan dokumen asas yang diperolehi melalui satu kiriman email kepada pihak polis ketika memberikan keterangan jam 3 petang ini.

Dokumen itu, katanya, dihantar secara sulit seseorang yang tidak dikenali, dalam bentuk senarai perbelanjaan terpeinci dari akaun bank utama NFC.

Sebelum ini, Rafizi dan Saifuddin Nasution di Parlimen mendedahkan pembelian kondominium One Menerung di Bangsar.

"Berdasarkan dokumen asas ini, orang ramai tidak perlu ragu-ragu kesahihan maklumat yang diberikan kerana ia adalah maklumat terperinci dari sistem perakaunan NFC sendiri," kata Rafizi.

Rafizi kesal dengan pihak berkuasa kerana sejak skandal itu dibongkar, tumpuan siasatan hanya tertumpu kepada kesahihan dokumen-dokumenyang digunakan oleh KEADILAN dan bukannya menyiasat penyelewengan dana tersebut.

"Ramai yang menuduh kononnya dokumen ini palsu sehinggakan seolah-olah siasatan lebih banyak tertumpu untuk mencari identiti mereka yang membocorkan maklumat kepada KEADILAN.

"Kalau kita (KEADILAN) boleh dedahkan pelbagai bukti hanya melalui dokumen ini yang hanya sedikit maklumat, pihak polis dan SPRM sepatutnya tidak mempunyai apa-apa masalah untuk mendapatkan bukti dengan secepat mungkin," kata beliau.

Zuraida seru wanita sertai himpunan 9 Januari

Posted: 05 Jan 2012 02:36 AM PST

(Oleh: Nabihah Hamid)

PETALING JAYA : Wanita KEADILAN menyeru anggotanya dan golongan wanita khasnya untuk turut serta memberikan sokongan ketika keputusan perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, 9 Januari ini.


Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin berkata, perhimpunan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu bukan bertujuan membela Anwar semata-mata, tetapi mempertahankan badan kehakiman daripada terus dicabuli kerajaan Umno-BN.

"Tindakan Kerajaan yang 'menulikan' institusi kehakiman demi memenuhi aspirasi politik buas Perdana Menteri, adalah kemuncak kepada pencabulan Umno-BN terhadap sistem demokrasi negara selama ini,"

"Ini bukan soal individu tapi soal sistem keadilan dan kehakiman Negara," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Wanita KEADILAN katanya, turut menegaskan samada Anwar dipenjara atau tidak, mereka akan terus komited untuk memperkuatkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum.(PRU13)

"Sebagai gerak kerja menyeluruh, maka melalui program WAJAH (Wanita KEADILAN jelajah Kampung) telah merancang siri jelajah keseluruh negara untuk menyampaikan maklumat dan fakta sebenar (kes Fitnah II)," kata Zuraida lagi.

Di sidang media sama, Ketua Serikandi KEADILAN, Siti Aishah Sheikh Ismail turut membidas tindakan polis yang cuba memberi gambaran negatif kepada rakyat mengenai perhimpunan aman tersebut.

" Saya tegaskan disini, himpunan ini bukan himpunan haram. Ia adalah untuk mengatakan sokongan terhadap kepimpinan Anwar, Kita mahu sistemperundangan negara pulih dan tidak dikongkong,"


"Anggota polis perlu membuka ruang kepada rakyat kerana kita bukan nak buat kekacauan. Oleh itu polis perlu bekerja secara profesional untuk membenarkan kami berhimpun," katanya.


Kementerian Kewangan perlu beku akaun NFC – Rafizi

Posted: 05 Jan 2012 02:34 AM PST

Oleh: Ahmad Fadli

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa Kementerian Kewangan membekukan segera aset dan akaun bank National Feedlot Corporation (NFC).

Beliau berkata, tindakan itu bertujuan untuk mengelak pengurusan syarikat itu menggunakan dana yang diperolehnya untuk merasuah dan mempengaruhi siasatan ke atas mereka.

"Polis mungkin mengambil sedikit masa untuk menjalankan siasatan jadi sepatutnya buat masa sekarang Kementerian Kewangan perlu ambil tindakan bekukan perbelanjaan, aset dan akaun bank NFC," kata Rafizi.


Menurutnya, jika tindakan itu dilakukan sejak awal kes itu didedahkan, Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail tidak mungkin dapat menggunakan wang sebanyak RM1.755 juta untuk merasuah polis dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau membuat gesaan itu sewaktu hadir untuk menyerahkan dokumen berkaitan penyelewengan RM250 juta oleh NFC kepada Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (CCID) PDRM di Bukit Perdana petang tadi

Menurut Rafizi, antara dokumen yang akan diserahkan kepada polis adalah buku aliran tunai NFC yang memperincikan penyelewengan seperti pembelian kondominium mewah One Menerung di Bangsar dan di Singapura.

Menurutnya lagi, buku aliran tunai itu mengandungi kira-kira 1,099 urusniaga NFC dan KEADILAN berjaya membongkar siri-siri penyelewengan sebelum ini dengan hanya meneliti kira-kira lima dan enam urusniaga yang meragukan.

"Kalau berdasarkan dokumen yang saya serahkan, polis sepatutnya sudah boleh menyiasat perkara ini sehingga ke akar umbi," kata Rafizi menggesa polis meneliti baki urusniaga lain yang terdapat dalam dokumen itu.

Jaminan keselamatan pemberi maklumat

Bercakap lanjut, Rafizi berkata dokumen itu diperolehi dari pemberi maklumat yang mengirimkannya melalui emel.

Beliau juga berkata tidak tertakluk kepada undang-undang untuk mendedahkan identiti pemberi maklumat itu.

Namun, beliau percaya individu berkenaan berani tampil ke hadapan jika ada jaminan perlindungan keselamatan dari polis.

Selain itu, dokumen lain yang diserahkan adalah dokumen yang memang boleh diperolehi daripada carian umum seperti daftar syarikat.

Rafizi dalam pendedahan susulan terbaru isu NFC pagi tadi mendakwa Mohamad Salleh cuba merasuah pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

Cubaan itu dibuat Mohamad Salleh, yang juga suami kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil, melalui Datuk Shamsubahrin Ismail. Shamsubahrin kini didakwa atas tuduhan menipu Mohamad Salleh sebanyak RM1.755 juta

9 Januari: KEADILAN Perak, Perlis kerah 10,000 anggota

Posted: 05 Jan 2012 02:30 AM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : KEADILAN Perak dan Perlis akan mengerahkan 10 000 anggota untuk menyertai perhimpunan aman pada hari keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, 9 Januari ini.

Pengarah Strategi KEADILAN Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata, setiap cabang KEADILAN di negeri itu akan menghantar sekurang-kurangnya 500 anggota dan penyokong bagi berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari berkenaan.

"Kita yakin sasaran 10 ribu orang dapat dicapai walaupun tarikh tersebut adalah hari bekerja," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya yang juga ADUN Kuala Kurau, pihak polis perlu bersikap adil dan menghormati hak orang awam untuk berkumpul secara aman bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Hak yang sama juga sedang dinikmati oleh pihak-pihak lain seperti Pemuda UMNO, PERKASA dan NGO-NGO yang pro kerajaan yang sejak akhir-akhir ini begitu giat mengadakan demonstrasi jalanan seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor,"

"(Justeru) walaupun polis memberi pelbagai amaran dan tekanan namun rakyat tidak gentar kerana hak berhimpun secara aman telah termaktubdi dalam perlembagaan negara," katanya dalam satu kenyataan media.

Sementara itu Pengerusi KEADILAN Perlis, Mohamad Faisol Abd Rahman pula berkata akan memastikan para penyokong mematuhi segala displin dengan tidak menimbulkan sebarang bentuk provokasi sewaktu berhimpun.

"(Namun) kita juga berharap supaya pihak keselamatan tidak bertindak sebagai penghalang laluan seperti menyekat jalan raya secara keterlaluan yang menjadi faktor gangguan lalu lintas," kata beliau.

Katanya lagi, perhimpunan secara aman tersebut adalah untuk memberi simbolik bahawa rakyat sudah bosan dengan mainan politik Umno dalam kes Fitnah II ini.

"Tindakan ini adalah selaras dengan keputusan dan pendirian Pakatan Rakyat bahawa Anwar perlu di adili dengan sistem kehakiman yang adil, dan tidak ada sebarang unsur campur tangan ghaib yang memungkinkan kepincangan dalam keputusan tersebut," katanya.

Najib takut dakwa Taib Mahmud ke mahkamah

Posted: 05 Jan 2012 02:28 AM PST

Oleh: Masdar Wahid


SARAWAK : Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak takut mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang bergelumang dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa.

Naib Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, See Chee How berkata, ini kerana Najib masih menaruh harapan kepada Taib bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

"Najib sebenarnya takut, namun pada masa sama beliau masih percaya Taib akan membantu BN menang di Sarawak pada PRU akan datang.

"Namun, bagi kita, dengan kekalnya Taib sebagai Pengerusi BN negeri akan memudahkan laluan Pakatan Rakyat untuk menawan lebih banyak kerusi pada PRU kali ini," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan polis antarabangsa Interpol bahawa tindakan terhadap Taib hanya boleh dilakukan pihak berkuasa tempatan di Malaysia.

Ia ekoran pendedahan Dana Bruno Manser (BMF) dan 16 NGO yang menulis sepucut surat mendedahkan kepentingan keluarga Taib dalam lebih 400 syarikat di 25 negara yang dianggar berbilion ringgit.

BMF dan NGO itu, dalam suratnya menggesa kerajaan Malaysia menahan Taib dan ahli keluarganya kerana melakukan salahgunakuasa, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah.

Surat 10 muka itu ditandatangani 13 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom.

Mengulas lanjut, Chee How berkata, rakyat Sarawak sudah lama mempertikaikan kekayaan luar biasa yang dimiliki Ketua Menteri paling lama berkuasa di Malaysia itu.

"Buktinya, pada Pilihanraya negeri April lepas, kita berjaya menambah bilangan kerusi berbanding pilihanraya sebelumnya dalam keadaan Pakatan Rakyat dinafikan hak untuk memperkenalkan manifesto di media milik kerajaan.

"Respon rakyat sepanjang kempen itu ialah mengapa Najib masih mengekalkan Taib sedangkan jelas Ketua Menteri itu banyak melakukan salah guna kuasa dan rasuah sepanjang 30 tahun menjadi Ketua Menteri," tegasnya.

Sharizat cermin diri dulu sebelum kritik Himpunan 901 – Zuraida

Posted: 05 Jan 2012 02:26 AM PST

Oleh: Nabihah Hamid


KUALA LUMPUR: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil perlu mencermin dirinya terlebih dahulu sebelum mengeluar kritikan berhubung Himpunan Bebaskan Anwar, 9 Januari ini.

Zuraida menyifatkan Ketua Wanita Umno itu tidak layak memberi kenyataan sedemikian kerana keluarganya sendiri terpalit dengan kontroversi penyelewengan dana sebanyak RM250 juta oleh National Feedlot Corporation.

Beliau mengulas kenyataan Shahrizat yang menyatakan perhimpunan itu hanya membawa kekecohan dan menyokong perjuangan individu, malah meminta pihak polis mengambil tindakan.


"Sharizat tak perlulah memberi apa-apa kenyataan mengenai kempen 901 ini, kes nya pun tak habis lagi. Skandal NFC sebenarnya yang bersifat individu malah menipu duit rakyat," kata beliau kepada keadilandaily.

Ahli Parlimen Ampang menjelaskan kempen tersebut bertujuan memberikan sokongan dan mempertahankan pemimpin yang difitnah Umno- Barisan Nasional.

Dalam pada itu, Zuraida berkata, keengganan Shahrizat meletakkan jawatan berhubung skandal NFC, mempamerkan sikap memalukan.

Malah katanya, kenyataan Shahrizat itu seolah-olah mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sehingga masih enggan mengambil sebarang tindakan.


"Tindakan Shahrizat masih lagi tidak mahu meletakkan jawatan dan kononnya menyerahkan Datuk Seri Najib Razak untuk buat keputusan sebenarnya hanya mencabar PM. Sehingga kini, Najib pun tidak berani buat keputusan," ujarnya.

Pengesahan daftar pemilih: Izzah kesal SPR tolak cadangan PSC

Posted: 05 Jan 2012 02:14 AM PST

Oleh: Norutul Ilham

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar kesal keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), menolak cadangan melantik Mimos Berhad, sebagai badan pengesahan daftar pemilih.

Menurut Izzah, cadangan melantik Syarikat Inovasi dan Teknologi Maklumat itu, sebelum ini dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi penambahkan Pilihan Raya (PSC).

Bagaimanapun katanya, SPR menolak cadangan itu selepas mengadakan pertemuan dengan Pengarah SPR Wilayah Persekutuan, Shafei Taib, di bangunan Yayasan Selangor, Kampung Baru di sini hari ini.

"Ini membimbangkan, maksudnya cadangan PSC ditolak setakat ini oleh SPR berkenaan lantikan Mimos sebagai badan pengesahan verifikasi.

"SPR terbaru memutuskan Mimos tidak digunapakai sebagai syarikat yang mengesahkan daftar pemilih. Keputusan itu dibuatnya pada Disember lalu," kata Izzah.

Beliau yang terkejut kerana tidak dimaklumkan dengan keputusan itu berkata, ia jelas menunjukkan SPR masih terikat dengan arahan pemerintah.

"(Keputusan) ini perlu ada justifikasi, ini kerana jika cadangan PSC pun tidak boleh diterima, bagaimana yang lain. Sedangkan PSC itu hanya tiga perlapan daripada tuntutan Bersih.

"Ini akan memberikan kesan kepada 122 Parlimen seluruh negara," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Pada November lalu, PSC mengemukakan 10 cadangan yang bertujuan memastikan proses pilihan raya di negara ini dilaksanakan secara bebas dan adil.

Sebanyak 10 cadangan yang dikemukakan berhubung penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13); pengundian awal; pengundi tidak hadir luar negara; pengundi luar kawasan dan penukaran kawasan pendaftaran.

Cadangan lain ialah pembersihan daftar pemilih; pameran rang daftar pemilih tambahan; ketelusan proses mengundi; penambahbaikan proses pencalonan dan pengukuhan SPR.

Bagi melancarkan pelaksanaan cadangan itu, PSC mengesyorkan SPR melantik Mimos membuat verifikasi terhadap isu seperti dua pemilih dengan satu kad pengenalan yang sama, pengundi yang sudah meninggal dunia tetapi masih berada dalam daftar pemilih, dan pemilih bukan warga tempatan.

Mulakan 2012 dengan secangkir darah

Posted: 05 Jan 2012 02:14 AM PST

Oleh Izmil Amri


Aku ini penggemar kopi. Aroma kopi awal pagi (atau lewat petang, bergantung pukul berapa bangun tidur) adalah cara mudah untuk buka luas kelopak mata. Ada mazhab lain yang lebih cenderung ke bilik mandi dan basuh muka, atau yang lebih gemar minuman coklat; tetapi tidak aku. Kopi, itu yang aku mahu. Itu ritual piawai bila bangun tidur. Ritual bila ada kemampuan untuk beli kopi.

Awal pagi 1 Januari, tidak ada kopi. Jam 3.30 pagi, Eekmal talipon. "Hilman kena tangkap," kata Eekmal. Lima minit sebelumnya aku sudah baca di garis masa Twitter. "Safwan Anang nazak dibelasah polis." Demikian propaganda mahasiswa meraih simpati Twitterjaya supaya datang berhimpun di Tanjung Malim awal pagi buta kerana katanya polis sudah menggila sepak terajang anak mahasiswa.

Safwan, ketika aku sampai tidak berada di sekitar UPSI. Sudah dibawa ke hospital katanya dengan ambulan. Dipanggil ambulan itu kerana polis yang baik hati telah mencabut kunci kereta yang mahu digunakan untuk menghantar mahasiswa malang itu ke hospital. Kereta anak mahasiswa malang yang itu pula diserang dan cermin depannya cuba dipecahkan. Bukti bergambar menunjukkan demikian.

Safwan, peneraju BEBAS, organisasi mahasiswa yang akhir-akhir ini mendesak hebat pemansuhan AUKU dan kebebasan akademik, tidak sedar diri untuk waktu yang panjang akibat usaha polis untuk menahan beliau. Giginya patah, mata kirinya terkatup dek kerana mukanya ditumbuk, punya kesukaran bernafas kerana didakwa telah diinjak oleh sepatu pihak keselamatan. Safwan tidak melawan. Tiada daya, pastinya. Dia hanya anak mahasiswa yang kecil molek. Suaranya juga lembut dan punya peribadi menjaga tutur kata.

Safwan, ketika akhirnya membuka mata dan mampu bersuara bertanya lembut kepada yang dikeliling katil hospital, "Kawan-kawan yang lain di mana? Mereka okay?" Hek eleh, kau tu mata pun tak boleh bukak. Gigi pun patah, kau risau diri kau lah. "Tak apa, saya okay. Kawan-kawan macam mana?"

Si Hilman yang popular dengan kes UKM4-nya tenang-tenang di Balai Polis Tanjung Malim. Uniknya balai ini, letaknya hanya sepelaung dari pintu utama UPSI, bersebelahan dengan masjid. Hilman disumbat masuk ke lokap banjir, bau mengalahkan longkang. Selayaknya mungkin bagi seorang pejuang hak asasi mahasiswa, biarpun kini sudah graduasi.

Hakikatnya mudah, polis telah berkasar dengan mahasiswa, dan ada antaranya yang cedera teruk. Awal pagi 1 Januari 2012 disambut dengan secangkir darah anak muda mahasiswa.

Jadi kenapa harus sampai disepak terajang dan dilayan macam haiwan? Keselamatan siapa yang mahu dijaga sampai perlu pijak henyak mahasiswa?

Tak cukupkah yang kerajaan bagi?

Soal kebebasan akademik adalah soal nasional. Ini bukan soal sentimen atau soal romantisme pasca syarah umum Fahmi Reza. Sungguh, syarah-syarah itu telah memberi inspirasi tentang kehidupan sebelum ada AUKU; kehidupan kampus yang lebih terbuka, kritis dan berani.

AUKU, sebagai suatu aparat menambat mahasiswa di meja studi adalah kezaliman yang membodohkan. Justeru lahirlah sekelompok besar graduan universiti yang selesa dan redha membayar hutang pengajian sambil tersenyum tanpa rasa bersalah apabila dengar cerita suami menteri serta anak pinaknya kaya raya dapat pinjaman mudah kerajaan untuk ternak lembu. Bagi kelompok ini, dengan langkah begitu, orang Melayu akan tambah maju.

Kenapa mahasiswa beriya mahu hapus AUKU? Apa tidak cukup ruang diberi kerajaan untuk belajar dan timba ilmu? Tidak cukup kemudahan infrastruktur di kampus? Tidak cukup kedai makan disubsidi untuk kenyangkan mahasiswa? Di mana yang anak mahasiswa ini semua pedih sangat dengan AUKU dan soal kebebasan akademik?

Mari aku tunjukkan di mana pedihnya anak mahasiswa sampai sanggup buat kerja gila baring atas jalan depan UPSI sampai perlu dileraikan dengan kekerasan polis. Sifir dalam cerita ini sangat mudah, segalanya bermula dengan masalah-masalah dalam negara yang berpokok pangkal kepada partai pemerintah, United Malays National Organisation. Di sinilah puncanya bagaimana pergulatan mahasiswa akhirnya terkait politik kepartaian.

Ramai yang tidak nampak, mari sini aku cerahkan

Kita mulakan dari Tanjung Malim, di bumi tumpahnya darah anak mahasiswa pada pagi tahun baru 2012, di depan pagar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nama manja UPSI ini, ramai tidak tahu; termasuklah aku. Selain namanya yang berbunyi seolah baru tersedar melakukan kesalahan itu, UPSI dikenal sebagai 'Suluh Budiman'.

Sekitar 1957, si Suluh Budiman inilah yang bertanggungjawab melahirkan segolongan intelek Melayu nasionalis guna mengisi ruang kemerdekaan. Antara lain, nama-nama besar yang lahir dari Tanjung Malim termasuklah Senu Abdul Rahman, Embong Yahya, Syed Nasir Ismail, Ibrahim Yaakob, Abdul Rahman Talib dan Abdul Ghafar Baba.

Nama-nama lain dalam bidang sastera budaya antara lain Haji Buyung Adil, Harun Aminurrashid, Abdullah Sidek, Shahrom Hussein, Awang Had Salleh dan ramai lagi. UPSI adalah kilang tenaga pendidik anak bangsa, pengisi kemerdekaan.

Tidak perlu hairan kenapa mereka kritis dan responsif. Mahasiswa melihat masalah-masalah negara hasilan kebobrokan UMNO dan Barisan Nasional. Mahasiswa tahu bahawa masalah-masalah ini lahir daripada kebijakan UMNO yang gagal. Justeru membuaklah rasa di dada untuk menyuarakan kritik-kritik itu.

Malang bagi mahasiswa, ada pula satu malaon bernama AUKU yang menutup mulut mereka ini. AUKU ini tidak memberi izin untuk menyatakan simpati kepada idea puak-puak yang tidak bersetuju dengan pemerintah. Maka dilawanlah malaon yang satu ini di awal pagi Januari 2012.

Malang lagi bagi anak mahasiswa, AUKU ini kerja buat pemerintah yang mahu kekal kuasa, kerana katanya mahu kekalkan ketuanan dan kepemimpinan. Maka dikerahlah sekalian aparat keselamatan untuk menyelamatkan si pemerintah daripada desakan anak mahasiswa.

Tambah malang, aparat keselamatan ini pula tidak selalunya cerdik. Kita sudah digemparkan dengan pengakuan seorang pegawai FRU yang menyatakan bahawa dia tidak tahu bangunan yang sedang ditembaknya dengan meriam air pada 9 Julai tahun lalu ialah Hospital Tung Shin, padahal tembakan dihalakan tepat ke papan tanda yang tertulis besar 'Hospital Tung Shin'.

Mahasiswa melawan akar masalah

Malang bertimpa-timpa. Maka disepak terajang sekalian mahasiswa, malah dituduh pula kemudiannya bahawa si mahasiswa cedera kerana perbuatan sendiri. Mungkin kerana dulu ada seorang perdana menteri yang menuduh lawannya yang juga mantan timbalannya menumbuk muka sendiri dalam penjara hingga pecah mata dan lebam teruk.

Maka apa nak dihairankan apabila mahasiswa akhirnya melawan akar masalah, yakni regim kerajaan pimpinan United Malays National Organisation, dan dilihat memihak kepada mana-mana kelompok yang turut sama menentang organisasi etnosentrik ini.

Rasa macam darah pukul kepala? Pening? Sakit dada? Itu sebabnya jangan mulakan hari dengan secangkir darah mahasiswa. Cari kopi panas, itu lebih baik.

Mana aku letak cawan kopi aku tadi? – Roketkini.com

Tragedi UPSI: Bukti UMNO-BN pinggirkan mahasiswa

Posted: 05 Jan 2012 02:11 AM PST

Roketkini.com


PETALING JAYA – Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang bertindak zalim terhadap mahasiswa dan menuntut agar Datuk Seri Najib Razak campur tangan segera terhadap tragedi UPSI untuk membuktikan ketelusan Perdana Menteri dalam Program Transformasi Negara.

Ketua Parlimen DAP Lim Kita Siang berkata, apa yang berlaku terhadap pelajar adalah akibat keganasan pihak polis dan ia tidak patut berlaku kerana cara terbaik menanganinya ialah melalui pentadbiran universiti.

"Kejadian pada ambang tahun baru itu sangat dikesali, malah Perdana Menteri sendiri patut menunjukkan keperihatinannya supaya kejadian seperti itu tidak berulang lagi," katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur menjelaskan, mahasiswa sekarang mahukan kebebasan akademik dan kebebasan berfikir dengan mansuhnya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Dalam masa sama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Majlis Pimpinan Pakatan kesal dan mengutuk sikap keras kerajaan Barisan Nasional terhadap tragedi tersebut.

"(Malah, menyesal) dengan sikap beberapa universiti yang mengongkong pemikiran, yang menghalang wacana bebas bertentangan dengan semangat pendidikan dan tradisi akliah dan ilmu," katanya.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR, isu yang menyentuh kedudukan mahasiswa dan anak muda adalah antara yang akan dibincangkan selain beberapa penambahan isu pokok bagi manifesto Pakatan untuk pilihan raya ke-13.

Konvensyen Pakatan Rakyat ketiga yang bertemakan "Bersihkan Malaysia" akan diadakan di Alor Setar pada 14 dan 15 Januari ini. – Roketkini.com

Polis didesak sisasat keganasan polis di UPSI

Posted: 05 Jan 2012 02:09 AM PST

Roketkini.com


KUALA LUMPUR – Sekumpulan aktivis mahasiswa telah membuat laporan polis terhadap insiden keganasan polis di perhimpunan aman di luar perkarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim di ambang tahun baru 2012.

Kumpulan mahasiswa BEBAS yang diwakili oleh Haziq Abdul Aziz membuat laporan polis tersebut di IPD Dang Wangi jam 2 petang semalam.

Dalam laporan itu, mahasiswa mendesak polis agar membuat siasatan secara bebas dan terbuka terhadap dakwaan insiden-insiden keganasan melampau yang digunakan terhadap peserta perhimpunan aman.

Antaranya insiden pembelasahan Safwan Anang oleh pihak polis sehingga terpaksa mendapatkan rawatan hospital, dan juga dakwaan bahawa ramai demostran turut dibelasah polis seperti disepak, dipijak dan disembam muka mereka di atas jalan raya.

Seorang jurucakap kumpulan mahasiswa berkenaan berkata bahawa janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjunjung demokrasi dan hak asasi adalah satu penipuan kerana kerajaan Malaysia pada 1990 telah menerima Prinsip Asas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Terhadap Penggunaan Kekerasan dan Senjata Api yang menyekat kekerasan polis.

"Mahasiswa tiada apa-apa senjata. Hanya ada suara, suara itu menuntut kebebasan akademik, namun dipukul, dipijak dan dihalang daripada mendapat rawatan perubatan mahu pun guaman," kata jurucakap itu.

Menurutnya, ia jelas merupakan satu kesalahan berunsur jenayah yang harus disiasat secara adil dan individu-individu yang bersalah harus dihadapkan ke mahkamah. – Roketkini.com

Berhimpun kerana hak, bukan untuk pengaruhi mahkamah

Posted: 05 Jan 2012 02:06 AM PST

Roketkini.com


KUALA LUMPUR– Perhimpunan aman Bebas Anwar 9 Januari ini sama sekali tidak bermaksud untuk mempengaruhi keputusan mahkamah, kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Sebaliknya, beliau berkata, selain tanda sokongan rakyat terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia juga dijamin akan diadakan secara aman dan bersurai sebaik keputusan mahkamah diumumkan.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, adalah hak rakyat untuk berhimpun untuk mendengar sendiri keputusan mahkamah dan kebebasan berhimpun termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Mengapa harus berhimpun? Persoalannya mengapa tidak boleh berhimpun? Kerana perhimpunan aman adalah merupakan sesuatu yang dijamin dalam Perlembagaan.

"Selesai keputusan, walau apa pun keputusan yang dibuat (mahkamah) kita akan bersurai secara aman," katanya kepada Roketkini.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kesediaan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar untuk berbincang dengan PKR dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman Isnin ini yang dikenali dengan singkatan perhimpunan 901.

Menurutnya, Pakatan Rakyat akan menghormati sebarang keputusan mahkamah, sama ada yang baik mahu pun yang buruk.

"Begitu pun, kita tunggu perbicaraan sehingga selesai dahulu dan dalam masa sama sudah tentu rakyat Malaysia akan berhimpun (Isnin) atas dasar kebebasan berhimpun dan mendengar (keputusan) itu.

"Adalah hak mahkamah untuk membuat keputusan, tetapi hak rakyat juga harus dihormati untuk menuntut satu keadilan diberikan kepada Anwar," katanya.

Azmin turut menjelaskan bahawa Anwar tetap relevan bukan sahaja kerana beliau sebagai Ketua Pembangkang yang berjaya menggabungkan tiga parti pembangkang terbesar iaitu DAP, PAS dan PKR dalam sebuah pakatan, tetapi juga simbol perpaduan kaum. – Roketkini.com

PKR yakin polis ada kes kukuh ke atas NFC

Posted: 04 Jan 2012 05:06 PM PST

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yakin polis akan mendapat kes yang kukuh daripada siasatan ke atas dakwaan penyelewengan dana awam dalam projek National Feedlot Corporation.

Polis juga maklum dengan kes yang dikemukakannya itu, kata Rafizi selepas bertemu hampir dua jam dengan pegawai polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman petang ini.

azlanKatanya lagi, beliau percaya bahawa pertemuan dengan polis itu juga bertujuan untuk mendapatkan kennyataan beliau bagi mengukuhkan lagi siasatan.

Malah, polis juga nampaknya "berada di landasan yang betul" dalam beberapa perkara yang masih diraguinya berhubung kes berkenaan.

"Daripada apa yang mereka kata, saya mendapat petanda bahawa siasatan itu mungkin akan berakhir dalam beberapa minggu," katanya kepada pemberita selepas pertemuan tersebut.

Tambahnya, siasatan polis juga berbeza dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menurutnya hanya berminat untuk mengetahui identiti individu yang membocorkan maklumat berhubung kes tersebut kepada PKR.

"Kita tidak langsung menyentuh identiti pembocor maklumat," katanya lagi.

Hisham: Demo tak akan ubah keputusan mahkamah

Posted: 04 Jan 2012 05:05 PM PST


MALAYSIA KINI

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata sebarang demonstrasi jalanan tidak akan mengubah mana-mana keputusan mahkamah.

perkasa visit kdn on isa 290911 hishamuddinBeliau yang merujuk kepada demonstrasi Kempen "Bebaskan Anwar 901" yang dirancang pada Isnin ini berkata, orang ramai tidak perlu terlalu emosi dan mudah terpengaruh jika ada pihak tertentu cuba menghasut mereka bagi menyertai demonstrasi berkenaan.

"Saya nak ingatkan orang ramai kes yang ada di mahkamah yang akan dijatuhkan hukumannya tak lama lagi sudah lama berjalan, kenapa baru sekarang ada perancangan tertentu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pasca kabinet kementerian itu di Putrajaya, petang semalam.

Demonstrasi itu dikatakan bertujuan menuntut keadilan bagi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadual memberi penghakiman berhubung kes liwat membabitkan beliau pada hari tersebut.

Hishammuddin berkata polis tidak akan berkompromi dengan cubaan penganjur untuk mengadakan perhimpunan itu sehingga boleh mengganggu-gugat keselamatan orang awam.

"Yang menjadi sandaran Polis Diraja Malaysia ialah keselamatan, ketenteraman dan kepentingan orang awam termasuk peniaga dan penjaja. Jika tidak menjejaskan keadaan, saya tengok tidak mendatangkan masalah.

home minister and igp in parliament 051011 hishammuddin hussein and ismail omar story image"Tetapi kalau sekiranya jelas apa yang nak dilakukan ini disengajakan atau akan menimbulkan huru-hara ini akan menjadi pertimbangan pihak polis," katanya.

Pada sidang akhbar sama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata beliau telah mengarahkan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh untuk mengadakan pertemuan dengan penganjur demonstrasi itu.

Dalam perkembangan lain, Ismail sekali lagi menegaskan bahawa anggota polis tidak menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan ambang Tahun Baru di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak Ahad lalu.

"Jadi tuan-tuan tengok sendiri. Kita dah tunjuk video itu. Sudah ada dalam You Tube sekarang ini. Nilai sendirilah siapa yang bercakap benar siapa yang tak benar," katanya sambil menegaskan polis cukup profesional dalam menghadapi kejadian itu. Bernama

Umno mahu rampas kerusi majoriti peneroka Felda

Posted: 04 Jan 2012 05:03 PM PST


MALAYSIA KINI
Umno berhasrat merampas semula kerusi Parlimen yang mempunyai majoriti peneroka Felda pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata terdapat 54 kerusi Parlimen di tanah rancangan Felda atau 24 peratus daripada 222 kerusi.

NONE"Hasrat kita ialah semua kawasan Parlimen yang kalah (pada pilihan raya lalu) kita nak menang kali ini, dan antaranya kawasan seperti Tanah Merah (Kelantan), Baling, Padang Terap dan Sik (Kedah)," katanya kepada pemberita di Putrajaya, semalam.

Sebelum itu, Ahmad menghadiri pertemuan bersama Gabungan Peneroka Generasi Wawasan Felda Kebangsaan (Gempak) di pejabatnya.

Mengenai strategi 'luar biasa' untuk memenangi kawasan majoriti Felda, beliau berkata "ia adalah satu rahsia".

Bagaimanapun, katanya, masyarakat Felda menerima baik langkah yang diambil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam memajukan Felda.

"Anak-Anak Felda tidak akan mengecewakan pengasas Felda," katanya. - Bernama

MAHB ‘sembunyikan’ kenaikan kos tambahan perpindahan KLIA2, kata Pua

Posted: 04 Jan 2012 05:02 PM PST



KUALA LUMPUR — Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) gagal memaklumkan kepada pegawai kerajaan mengenai kos KLIA2 yang mencecah RM3.9 bilion, meningkat hampir dua kali ganda apabila berpindah ke terminal baru dari lokasi asal, kata Tony Pua hari ini.

Ketua Publisiti DAP berkata MAHB tidak memaklumkan maklumat penting itu pada satu mesyuarat yang diadakan pada 15 April 2008, apabila mengendali lapangan terbang itu mula menjalankan kerja-kerja di tapak KLIA Barat untuk mengambil pegawai dari Kementerian Kewangan dan pegawai dari Kementerian Dalam Negeri.

Walaupun pelan asal KLIA Master Plan 1992 menyatakan keadaan tanah di bahagian barat tidak sesuai untuk pembinaan lapangan terbang tanpa mengambil langkah-langkah penting yang dicadangkan jurutera," kata Pua.

"Isu ini yang dinyatakan dalam rancangan induk tidak diambil untuk dimasukkan dalam rancangan induk yang baru," katanya kepada pemberita di ibu pejabat DAP di sini.

"Saya hanya boleh membuat kesimpulan bahawa MAHB dengan sengaja memilih untuk tidak mendedahkan maklumat penting ini kepada pegawai kementerian berkaitan."

Tindakan itu menyebabkan kekurangan bantahan untuk memindahkan KLIA Utara ke KLIA Barat yang menyebabkan kos terminal pengangkutan tambang murah boleh melambung dari RM2 bilion kepada RM3.9 bilion, katanya.

Pua juga mempersoalkan keputusan MAHB untuk berpindah ke lokasi baru, mengatakan pengendali lapangan terbang itu telah mengesahkan tapak asal sebagai lokasi pilihan terbaik dalam satu pembentangan kepada Kementerian Kewangan pada 6 Julai 2007.

Bulan lalu Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini menganggarkan kerja-kerja di tapak baru itu akan menelan kos RM1.2 bilion daripada 1.9 bilion kos tambahan untuk membina KLIA2.

Beliau menegaskan langkah untuk memindahkan KLIA Barat bermakna satu landasan kapal terbang ketiga perlu dibina yang menelan kos RM270 juta serta satu menara kawalan kedua berharga RM500 juta.

Pua juga mengambil tugas Kementerian Pengangkutan dengan mengatakan keputusan MAHB itu dibuat tanpa mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dan menggesa Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengambil tindakan terhadap pegawai kementerian itu yang terlibat dalam perbincangan KLIA2.

Beliau menambah tindakan juga mesti diambil terhadap pengurusan atasan MAHB kerana menyembunyikan perkara sebenar.

MAHB berkata kenaikan kos KLIA2 itu berlaku disebabkan keputusan untuk meningkatkan keupayaan kapasiti terminal kepada 45 juta penumpang setiap tahun berbanding 30 juta sebelum ini.

Ia dilakukan untuk menampung unjuran penerbangan tambang murah AirAsia yang mempunyai penumpang seramai 45.3 juta orang yang akan menggunakan terminal pengangkutan tambang murah baru menjelang 2020, katanya.

Pengendali kapal terbang itu turut menyalahkan kelewatan enam bulan untuk perubahan dalam sistem pengendalian bagasi (BHS), yang diminta AirAsia.

Tetapi AirAsia menafikan meminta BHS supaya memberikan perkhidmatan lebih baik atau terminal lebih besar dengan mengatakan hanya meminta MAHB memperluaskan KLIA2 jika diperlukan.

KLIA2 akan menjadi terminal tambang murah terbesar di dunia apabila siap dibina pada April 2013.

Gereja gesa Najib: Hormati undang-undang, gugur polisi anti-Kristian

Posted: 04 Jan 2012 05:01 PM PST




KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Razak seharusnya menghormati undang-undang dengan menggugurkan perundangan dan polisi yang menjadikan Kristian sebagai mangsa birokrasi, menurut satu kumpulan yang mewakili 90 peratus gereja semalam.

Dalam kenyataan tegas mereka, kumpulan yang dikenali sebagai, Christian Federation of Malaysia (CFM) itu menggesa Perdana Menteri untuk mengkaji semula perkembangan sistematik keagamaan yang menentang Kristian sejak setahun lalu.

Mereka turut menuntut Najib (gambar) mengambil tindakan dan menghentikan cubaan tersebut untuk mengelakkan komitmen dan legasi kesederhanaan keagamaan beliau "hancur" dan "musnah".

Bishop Anglican Ng Moon Hing, ketua CFM, menggesa Perdana Menteri untuk menubuhkan sebuah kementerian agama bukan Islam untuk menjamin keselamatan dan memelihara hak dan keinginan bukan sahaja untuk Kristian, malah Buddha, Siks, Taoisme, dan Hindu.

"Kami berharap agar akan ada perundingan untuk menghormati struktur dan operasi kementerian tersebut," katanya. Tambahnya lagi, ini adalah langkah pertama sebagai pemimpin Kristian yang tidak naif untuk meletakkan isu agama akan dapat diselesaikan tanpa komitmen dan penyertaan daripada seluruh kementerian dan organisasi kerajaan.

Ng, yang juga merupakan ketua Anglican Barat Malaysia, menggesa Najib untuk menarik balik larangan penggunaan perkataan "Allah" yang turut merujuk kepada tuhan mereka.

Katanya, Kristian keseluruhannya telah dijadikan mangsa oleh golongan dengan "pembacaan terpilih Perlembagaan Persekutuan yang berniat menggunakannya untuk mendikriminasikan undang-undang yang memihak kepada satu komuniti sahaja,".

Tambahnya lagi, Kristian sekarang tidak mempunyai pilihan melainkan dengan mengetengahkan isu ini memandangkan ianya merupakan jalan terbaik supaya kerajaan mengambil tindakan.

Beliau juga menambah, ketua gereja sudah letih bermesyuarat dengan "pihak kementerian tertinggi" Putrajaya dan melihat tiada tindakan yang diambil untuk menyelesaikan semua isu yang dibangkitkan secara tersusun, cepat dan efisien.

"Perkara ini dilihat berleluasa dan sangat berbeza dengan apa yang diharapkan terjadi dengan realiti sebenar."

"Polisi kesederhanaan yang diamalkan dilihat tidak ditapis mengikut setiap peringkat kerajaan," katanya, selepas satu jam bersama perdana menteri keenam negara semalam.

Kerajaan turut membangkitkan isu berkenaan pernyataan untuk menjanjikan komitmen penuh dan perundingan berkenaan isu Kristian bermula dengan misi sekolah, pendidikan Bible dan pengecualian cukai untuk menubuhkan organisasi yang berkaitan dengan pemulihan hubungan dengan gereja.

Mereka menyatakan hak organisasi ini telah musnah setelah hak mereka menggunakan perkataan "Allah" telah dinafikan meskipun mahkamah telah memutuskan mereka menang di dalam kes tersebut.

Tiada ulasan: