Biaqpila |
ANAK GADIS BAWA LELAKI NEPAL MASUK BILIK Posted: 03 Jan 2012 08:26 PM PST KLANG: "Memang selama ini naluri keibuan saya seperti ada sesuatu yang tak kena kepada anak gadis. Akhirnya saya bertindak menyiasat sendiri dan luluh hati apabila menangkap anak saya dengan lelaki Nepal di bilik tidur rumah kami," kata seorang ibu berusia 30-an. Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam kelmarin di Pelabuhan Klang, di sini, wanita terbabit berpura-pura tidur untuk melihat pergerakan anak gadisnya berusia 17 tahun yang sebelum ini di adu jiran menjalinkan hubungan dengan warga asing. Menurutnya, pada malam kejadian dia nekad mengintai pergerakan anak gadisnya itu selepas kerap menerima aduan perihal kurang menyenangkan. "Biasanya saya tidur di ruang tamu sebab lebih senang menjaga suami yang sakit. Namun, saya runsing memikirkan aduan mengenai anak saya oleh jiran-jiran. "Kira-kira jam 12.30 tengah malam saya dan suami sudah masuk tidur di bilik dan sebelum itu memang saya lihat anak mundar-mandir macam ada yang tak kena. "Saya mengintai dan melihat anak keluar membuka pintu rumah sebelum mengajak seorang lelaki di dalam biliknya. Pada masa itu perasaan saya hanya Allah saja yang tahu," katanya. Dia dan suami menyerbu ke dalam bilik berkenaan sebelum memberkas warga Nepal berusia 20-an. Menurutnya, ketika pintu bilik dibuka dia geram melihat lelaki itu berada di atas katil anak gadisnya dan mereka mengaku sudah sembilan bulan menjalin hubungan dan lelaki itu adalah bekas rakan sekerja kilang anak gadisnya. Bagaimanapun, katanya, dalam kekecohan di rumahnya itu, lelaki Nepal terbabit menyusup keluar dan gagal dikesan. Sehubungan itu, wanita berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan semalam dan merujuk anak gadisnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan dan siasatan dilakukan menjurus kepada kes rogol. "Apapun, polis perlu menunggu laporan daripada hospital sebelum siasatan lanjut dijalankan. Setakat ini suspek yang dikenalpasti belum diberkas," katanya. HM KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Mahasiswi dipecat bertekad terus menetap di asrama Posted: 03 Jan 2012 04:41 PM PST Seorang daripada pelajar yang disingkirkan daripada kolej kediaman Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, beliau akan terus menetap di asrama berkenaan sehingga notis rasmi diberikan.siti nurul piteriah abd halim UPSI sacked studentSiti Nurul Piteriah Abdul Halim (kiri), yang menyertai demonstrasi mahasiswa di luar UPSI di Tanjung Malim pada 1 Jan, berkata setakat ini beliau hanya diberikan notis lisan daripada rakan-rakan kolej, yang memetik pesanan "dari pihak atasan". "Saya masih di kolej."Selagi tidak ada notis (rasmi), saya akan tetap tinggal di sana. Itu adalah hak saya," kata pelajar diploma kesusasteraan Melayu hari itu.Menurut Siti Nurul, beliau dimaklumkan untuk mengosongkan asrama kediamnya berkuat kuasa serta-merta, jam 9.30 malam, selepas dia dibebaskan pada sebelah petang hari demonstrasi berkenaan.smm protest in sultan idris university 010112 03Katanya, selain dirinya, beliau juga difahamkan seorang lagi pelajar yang turut diarahkan meninggalkan asrama kediaman mereka adalah pelajar diploma Alif Ashraf.Siti Nurul berkata demikian kepada pemberita di luar sidang akhbar oleh pemimpin-pemimpin pelajar di luar ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur, semalam. Pada sidang akhbar berkenaan Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia, Ahmad Syukri Ab Razab juga menuntut supaya UPSI membenarkan semula kedua-dua pelajar berkenaan kembali menginap di kolej kediaman masing-masing."Tarik balik segera perintah itu, atau hadapi tekanan yang lebih kuat daripada pelajar," kata Ahmad Syukri memberi amaran. Di samping itu, beliau juga mengutuk polis kerana menafikan bahawa pelajar diserang sebelum sebarang siasatan dibuat, dan juga dakwaan bahawa pemimpin pelajar Muhammad Safwan Anang dipaksa menandatangani dokumen yang menyatakan bahawa kecederaan yang dialaminya adalah akibat terjatuh.Pada perhimpunan pro-kebebasan akademik di UPSI itu, kira-kira 20 aktivis mahasiswa ditahan polis. Published with Blogger-droid v1.7.4 |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan